• Tidak ada hasil yang ditemukan

Hak dan Tanggungjawab Dalam Pengurusan I

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Hak dan Tanggungjawab Dalam Pengurusan I"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

1.1 PENGENALAN

Masyarakat yang baik diasaskan oleh kepimpinan yang baik. Malah boleh dikatakan runtuh dan bangunnya sesebuah negara itu terletak pada pengurusan dan kepimpinan di dalam negara tersebut. Jika hebat kepimpinannya, maka hebatlah rakyat serta ketamadunan negara tersebut. Begitu juga jika sebaliknya.

Maka memilih pemimpin itu adalah kewajipan yang perlu dilaksanakan. Malah ketika Rasulullah s.a.w wafat, para sahabat yang agung telah bertindak membaiʽah Abu Bakar r.a terlebih dahulu sebelum menguruskan jenazah baginda. Ia menunjukkan kepentingan mempunyai seorang pemimpin untuk menentukan segala bentuk tindakan dalam segala hal.

Sehubungan itu, Islam menggariskan panduan kepada kita untuk memilih pemimpin yang benar-benar menepati syariat Allah. Sebagai pemimpin pula harus menyedari akan tanggungjawab dan amanah yang diberikan adalah sangat berat dan besar. Jika pemimpin seorang yang adil, ganjaran pahala yang sangat besar akan diberikan oleh Allah, tetapi jika sebaliknya pemimpin seorang yang zalim, maka azab Allah itu terlalu berat.

Jadi amanah itu perlulah dipikul sebaik-baiknya untuk memandu masyarakat ke arah kebaikan. Sekiranya hak-hak dan semua tanggungjawab berjaya dipenuhi antara pemimpin dan rakyat di bawah pimpinannya, maka negara yang berkualiti mampu dibina dan mampu membawa kepada keamanan dunia.

(2)

2.1 DEFINISI HAK DAN TANGGUNGJAWAB

Sebelum kita mengetahui tanggungjawab dan hak dalam pengurusan Islam, sebaiknya terlebih dahulu kita mengetahui konsep sebenar tanggungjawab dan hak tersebut. Hak dan tanggungjawab adalah dua hukum yang berlainan tetapi sebahagian umat Islam tidak memahaminya malah kadang-kadang bertukar antara keduanya.

Hak ialah sesuatu yang menjadi keperluan yang wajib dipenuhi. Manakala tanggungjawab pula ialah bebanan yang dipikul untuk memenuhi hak tersebut (Ahmad Baei Jaafar 2012). Sebagai contoh ; dalam konsep kepimpinan rumahtangga, seorang suami mempunyai hak atau keperluan yang wajib dipenuhi, seperti hak untuk dihormati, disayangi, dihargai, ditaati, dan dilayani. Maka untuk memenuhi hak ini, seorang isteri mempunyai tanggungjawab yang perlu dipikul seperti meminta izin sebelum keluar rumah, menerima seadanya pemberian suami, mentaati suami selagi tidak melanggar hukum syarak, dan tidak meninggakan tempat tidur suami (Ahmad Baei Jaafar 2012).

3.1 PERKAITAN TERHADAP SIFAT AMANAH

Apabila menyebut tentang hak dan tanggungjawab, ia mempunyai kaitan terhadap sifat amanah. Lawan kepada sifat amanah ini adalah khianat. Dua sifat ini akan membezakan buruk dan baiknya sesebuah pemerintahan dalam sesebuah negara itu. Penerapan sifat amanah ke dalam diri pemimpin akan mendorong pemimpin tersebut melakukan banyak perkara kebaikan dalam pemerintahannya, manakala sifat khianat ini akan membawa pemimpin memperjuangkan kezaliman dalam pemerintahannya.

Amanah adalah perkara yang wajib dipelihara dan ditunaikan kepada penerima amanah. Kemungkinan pengertian amanah adalah luas di mana ia meliputi semua hubungan. Membuat ihsan kepada individu ataupun masyarakat adalah amanah. Memberikan hak kepada yang berhak adalah amanah (Haron Din 2007 : 80). Ini dijelaskan oleh Allah di dalam surah an-Nisāʼ ayat 58 :

     

(3)

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya).”1

Kesalahan dan kekurangan dalam melaksanakan tanggungjawab ini adalah khianat. Ia merupakan sifat yang dicela oleh Islam. Seluruh manusia perlulah menjauhi sifat ini dalam pergaulan seharian terutamanya jika menjawat jawatan sebagai pemimpin. Allah menjelaskan perihal sifat khianat ini di dalam surah al-Anfāl ayat 27:

           

Maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).”

Amanah dalam pemerintahan memastikan penyerahan mandat rakyat kepada yang amanah. Selain itu yang punya kekuatan, ahli dan ikhlas. Apabila tidak diutamakan orang yang sebenarnya berhak dan patut didahulukan, itu adalah petanda bagi diperangi oleh Allah (Haron Din 2007 : 82). Jadi, adalah penting bagi seseorang pemimpin untuk menerapkan sifat amanah dalam pengurusannya dan sekaligus menghindarkan diri dari bersifat khianat terhadap orang yang dipimpinnya.

4.1 HAK DAN TANGGUNGJAWAB DALAM PENGURUSAN ISLAM

Setelah kita berjaya memahami konsep hak dan tanggungjawab yang sebenar serta perkaitannya terhadap sifat amanah dan khianat, seterusnya akan dibahaskan mengenai apakah hak dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dalam pengurusan Islam.

4.1.1 Hak Dan Tanggungjawab Dalam Ketaatan

1 Semua terjemahan ayat al-Qurʼān dalam tulisan ini berdasarkan Tafsir Pimpinan Al-Quran kepada

(4)

Setiap negara di dunia mempunyai kaedah tersendiri dalam memilih dan melantik pemimpin yang akan mengetuai urusan pentadbiran negara masing-masing. Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Demokrasi berparlimen dikenali juga dengan sistem kabinet. Sistem ini berdasarkan kepada hubungan antara badan perundangan dan badan pelaksanaan.

Dalam sistem ini, diasingkan antara kedudukan Ketua Negara dan Ketua Kerajaan. Ketua Negara ialah Raja dan Ketua Kerajaan ialah Perdana Menteri. Ketua Negara hanya sebagai simbol dan tidak ada kuasa untuk memerintah negara. Manakala Perdana Menteri merupakan orang yang mengetuai kabinet yang dipilih oleh Parlimen dan bertanggungjawab kepada parlimen. Parti yang berhak memerintah ialah parti yang menguasai parlimen. Oleh itu, Perdana Menteri dan Kabinet dipilih daripada parti tersebut (Ahmad Redzuwan 2003 : 5).

Setelah pelbagai proses yang dijalankan, maka tertubuhlah satu badan kerajaan yang akan mengetuai pentadbiran negara. Maka ingin dijelaskan di sini, setelah adanya pemimpin, maka pemimpin tersebut berhak untuk ditaati. Jadi, rakyat adalah bertanggungjawab mentaati pemimpin yang telah mereka pilih. Ketaatan kepada pemerintah ini merupakan arahan oleh Allah melalui firmanNya dalam surah an-Nisa’ ayat 59: kepada Rasulullah dan kepada ‘Ulil-Amri’ (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah (al-Qurʼān) dan RasulNya (as-Sunnah), jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.”

(5)

agama maka harus kembali merujuk kitab Allah dan ajaran Islam kerana ini jalan yang terbaik dan sikap sebenar orang-orang yang beriman dengan Allah dan meyakini Hari Akhirat (Zulkifli Yusoff 2011 : 164).

Persoalannya, pemimpin bagaimanakah yang perlu ditaati rakyatnya seperti yang digambarkan melalui firman Allah di atas? Sesungguhnya Allah memerintahkan orang mukmin supaya mentaati Allah dan Rasul serta pemerintah. Taat kepada Allah bererti mengikut kandungan kitab suci Allah dan taat kepada Rasul bermaksud menurut segala ajarannya. Manakala taat kepada pemerintah pula selama mana mereka tidak bertentangan dengan syariat Allah (Zulkifli Yusoff 2011 : 165).

4.1.2 Hak Dan Tanggungjawab Dalam Keagamaan

Hak dan tanggungjawab dalam urusan keagamaan perlulah dititikberatkan oleh pemerintahan Islam. Ini kerana keagamaan berkait dengan unsur kerohanian dan ketuhanan serta membahaskan perihal ukhrawi yang bermatlamatkan untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan juga akhirat. Ia juga merupakan fitrah manusia yang memerlukan kehidupan beragama dan mengamalkan nilai moral yang terkandung di dalamnya.

Antara hak yang perlu dijaga oleh pemerintah Islam adalah kebebasan untuk masyarakat beribadah tanpa sebarang gangguan. Sebagai pemerintah, tanggungjawab yang perlu dilaksanakan adalah dengan menyediakan kemudahan tempat beribadah dengan infrastruktur yang lengkap untuk membolehkan masyarakat beribadah dengan khusyuk dan selesa seperti menyediakan ruang solat yang boleh memuatkan satu komuniti di sesebuah kawasan, meletakkan penghawa dingin, kemudahan tandas dan sistem saliran air yang baik dan pelbagai kemudahan lagi.

(6)

menegaskan, setiap masjid yang didirikan bukan kerana Allah seperti kerana perasaan riak, ujub dan dibuat daripada duit haram adalah dirar (Abdul Hadi Awang 2007 : 91).

Seterusnya rakyat berhak untuk mendalami ilmu ukhrawi selain memenuhi tuntutan terhadap ilmu duniawi. Maka, sebagai pemimpin perlulah bertanggungjawab mengadakan majlis ilmu keagamaan seperti forum, perbahasan keagamaan, konvensyen ilmu, kuliah agama, dan lain-lain lagi program yang berunsurkan ketuhanan dan kerohanian.

Pemimpin yang memenuhi tuntutan ilmu kepada rakyatnya boleh dikatakan pemimpin yang baik kerana menyedari akan kepentingan ilmu terutamanya ilmu berkaitan keagamaan. Ia telah memenuhi suruhan Allah yang pertama yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w supaya menuntut ilmu yang menyuruh manusia membaca dan mengkaji asal usul kejadian.2 Kepentingan mencari ilmu ini

turut disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Ibn Majah:

َمّلَسَو ِهْيَلَع ُهّللا ىّلَص ِهّللا ُلوُسَر َلاَق َلاَق ٍكِلاَم ِنْب ِسَن

َأ ْنَع

.ٍمِلْسُم ّلُك ىَلَع ٌةَضيِرَف ِمْلِعْلا ُبَلَط

Maksudnya:

Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Menuntut ilmu adalah satu fardhu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam.” (Ibn Majah 2000 : 146).

Pengurusan Islam yang baik adalah mampu untuk membawa orang yang di bawah pimpinannya mencapai kebahagiaan bukan sahaja di dunia malah juga mencapai kebahagiaan di akhirat. Kejayaan di dunia termasuklah kejayaan ilmu, harta, pangkat, dan rumahtangga. Manakala kejayaan akhirat pula ialah terlepas dari azab siksa kubur, mendapat syafaat dari Rasulullah, melepasi titian ṣirāt, dan dipilih sebagai penghuni Syurga (Sakinah Salleh 2011 : 66). Inilah kebahagiaan yang hakiki yang perlu dicari oleh seluruh umat manusia.

4.1.3 Hak dan Tanggungjawab Dalam Keadilan

(7)

Pemimpin seharusnya memperlakukan manusia secara adil dan tidak berat sebelah tanpa mengira suku bangsa, warna kulit, keturunan dan lain-lain. Prinsip keadilan ini juga meliputi semua lapisan masyarakat termasuklah yang kaya dan miskin, pemimpin dan rakyat, serta muslim dan bukan muslim. Keadilan merupakan tunjang keharmonian kepada sesebuah masyarakat. Boleh dikatakan sekiranya tiada peraturan dan keadilan masyarakat akan hidup dalam keadaan huru-hara dan sewenangnya melakukan kerosakan.

Sebagai contoh, amalan perbuatan riba dan rasuah yang tidak diberi keadilan akan tetap berterusan dan ini akan membawa kerosakan sistem ekonomi dan sosial sesebuah masyarakat. Adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Lawan kepada adil ialah zalim iaitu meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Islam sebuah agama yang mementingkan keadilan. Al-Qurʼān memerintahkan agar kaum muslimin berlaku adil bahkan ketika berurusan dengan para penentang mereka. Firman Allah di dalam surah an-Naḥl ayat 90 :

                

Maksudnya:

“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.”

(8)

Daripada Auf bin Malik daripada Rasulullah s.a.w bersabda: “Sebaik-baik pemimpin kamu adalah yang kamu suka dan mereka menyukai kamu, kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu, seburuk-buruk pemimpin kamu adalah yang kamu benci dan mereka benci kepada kamu, kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu”. Kata para sahabat: “wahai Rasulullah, apakah tidak boleh kami memerangi mereka?” Jawab baginda: “Tidak boleh selagi dia mendirikan solat dalam kalangan kamu dan jika kamu melihat pemimpin kamu melakukan sesuatu yang dia benci maka bencilah amalannya tetapi jangan cabut tangan dari mentaatinya (dalam makruf)”.3

Rakyat tidak harus dihukum dan ditangkap oleh penguat-kuasa undang-undang hanya kerana mereka menyatakan cadangan dan pandangan yang bernas untuk memulihkan keadilan atau membetulkan penyelewengan pemimpin, kerana apabila hati rakyat telah terluka maka akibatnya pemimpin tidak akan dihormati dan rakyat akan memilih pemimpin lain yang lebih berwibawa, adil dan bertolak ansur.

4.1.4 Hak dan Tanggungjawab Dalam Pendidikan

Islam memandang ilmu itu sebagai sesuatu yang wajib dan termasuk keperluan serta hak asas setiap individu. Berdasarkan apa yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, baginda telah mengarahkan tawanan perang Badar untuk mengajar membaca dan menulis sepuluh anak kaum muslimin sebagai syarat penebusan mereka. Rasulullah telah menjadikan biaya pendidikan setara dengan barang tebusan. dengan memberi upah kepada para pengajar itu dengan harta benda yang seharusnya menjadi milik baitulmal.

Justeru, di dalam bidang pendidikan, memberi pendidikan dan menyediakan segala kemudahan yang berkaitan dengannya adalah tanggungjawab bagi setiap pemimpin dan semuanya mesti disediakan secara percuma kepada rakyat. Pemimpin bertanggungjawab menjaga rakyatnya, bukan membebankan rakyatnya. Bebanan yang diletakkan ke atas bahu rakyat adalah satu bentuk penindasan dan kezaliman oleh seorang pemimpin. Maka, haram ke atas pemimpin melakukan maksiat ini dan mereka pasti akan disoal oleh Allah atas kezaliman dan dosa yang mereka lakukan.

(9)

Bahkan sewaktu zaman pemerintahan Islam dahulu pun, Khalifah Islamiyyah juga memberi pendidikan percuma. Ini dapat dilihat sewaktu pemerintahan Khulafāʼ ar-Rāsyidīn. Di Madinah terdapat tiga orang guru yang mengajar anak-anak. Khalifah Umar memberikan nafkah kepada tiap-tiap mereka lima belas dinar setiap bulan (satu dinar = 4.25 gram emas). Di samping itu, para khalifah sepanjang masa ketika Daulah Khilafah Islamiyyah memerintah, juga memberikan pendidikan percuma kepada warganegaranya. Ibnu Sina dan seangkatan dgnnya jadi hebat akibat daripada sistem pendidika percuma yg dijalankan oleh pemerintah Daulah Abbasiyyah di Baghdad Iraq yg sewaktu tu menjadi pusat ilmu terkemuka dunia.

Hal ini menunjukkan bahawa masalah pembiayaan pendidikan adalah tanggungjawab pengurusan. Atas dasar dan kesedaran ini, pemimpin negara haruslah bertanggungjawab menyediakan pendidikan percuma kepada warganegaranya, sama ada muslim mahupun bukan muslim. Ini bertujuan agar mereka boleh menjalankan kewajipannya (menuntut ilmu) atau memenuhi keperluan asas mereka.

Begitulah keindahan Islam, Islam bukan sahaja agama ataupun sistem kehidupan yang dikhususkan untuk bidang-bidang tertentu, tetapi kesyumulannya membuatkan Islam sangat relevan untuk menyelesaikan permasalahan yang bersifat multidimensi termasuk dalam bidang pendidikan.

KESIMPULAN

(10)

yang diberi pilihan oleh Allah untuk memilihnya seterusnya bertindak untuk memakmurkan dunia.

Setiap manusia yang diciptakan di dunia ini merupakan pemimpin sama ada pemimpin terhadap negara, keluarga dan diri sendiri. Jadi, manusia perlu amanah pada semua pimpinannya. Maka hak dan tanggungjawab inilah yang perlu dipikul dan dilaksanakan untuk mensejahterakan kehidupan di dunia ini.

Secara umumnya, setiap pemimpin negara perlu mengetahui semua hal ehwal semasa yang berkaitan dengan orang yang di bawah pimpinannya. Setiap kebajikan haruslah dijaga. Makan, minum serta keperluan harian perlu diselidiki agar semuanya mempunyai had minima keperluan terhadap sesebuah keluarga.

Secara kesimpulannya, menjadi pemimpin bukanlah merupakan satu medium untuk menunjukkan sifat kemegahan sebagai seorang pemimpin, tetapi perlulah menyedari tanggungjawab dan amanah yang besar yang dihadapi terhadap rakyatnya. Pemimpin akan dipersoalkan atas apa yang dilakukan sepanjang tempoh pemerintahannya di hadapan Allah kelak.

RUJUKAN

(11)

Abdullah Basmeih. 2001. Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Quran 30 Juz. Edisi Ke-12. Kuala Lumpur: Darul Fikir.

Abdul Hadi Awang. 2007. Takwa; Takut Tapi Rindu. Selangor: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Ahmad Baei Jaafar. 2012. Fahami Hak Dan Tanggungjawab Dalam Membina Rumahtangga. Fikrah Islamiah. http://baei.blogspot.com/2012/09/fahami-hak-dan-tanggungjawab-dalam.html [9 Mei 2013].

Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. 2003. Demokrasi Dan Kepimpinan Islam: Suatu Perbandingan. Ulang cetak. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Haron Din. 2007. Islam: Rujukan Efektif Akhlak Mulia. Kuala Lumpur: PTS Millennia Sdn. Bhd.

Ibnu Majah, Abu Abdullah Muhammad bin Yazid. 2000. Sunan Ibn Majah. Jilid 1. Edisi Ke-3. Beirut: Dar el-Marefah.

Sakinah Salleh. 2011. 3i Islam, Iman, Ihsan: Formula Kejayaan Hakiki dan Abadi. Selangor: PTS Millennia Sdn. Bhd.

Referensi

Dokumen terkait

Puji syukur penulis ucapkan ke hadirat Tuhan Yang Maha Esa, yang telah melimpahkan karuniaNya, sehingga penulis dapat menyelesaikan penelitian dan menyusun laporan

PENGARUH METODE MEMBACA REKREATIF DALAM PEMBELAJARAN MEMBACA TEKS CERITA PENDEK.. Universitas Pendidikan Indonesia | repository.upi.edu |

Kesederhanaan visual adalah sesuatu yang utama untuk menghasilkan wayfinding signage yang efektif Signage system dapat membantu menunjukkan tempat dengan lebih aman dan lebih

Tujuan dari penelitian ini adalah mengetahui kehilangan tinggi tekan eksisting di Perumnas Talang Kelapa Blok III.Mengetahui proyeksi jumlah penduduk di Perumnas Talang kelapa Blok

Berdasarkan tabel di atas dapat diketahui bahwa pada tahap evaluasi uji pretest, bahwa siswa yang mencapai tuntas belajar hanya 28,13% (9 siswa), sedangkan siswa yang

Dari kemungkinan pertama di atas maka memunculkan hal kedua yang mungkin menjadi penyebab tidak adanya pengaruh interkasi iklim organisasi, jenis kelamin dan

Tujuan dari penelitian ini untuk mengetahui: (1) Apakah faktor pengalaman, motivasi, kemampuan memahami masalah, keterampilan berfikir berpengaruh positif dan