PENGGUNAAN TEKNOLOGI LMS DALAM KALANGAN PELAJAR DAN PENSYARAH DI UNIVERSITI AWAM MENGGUNAKAN PENDEKATAN ECT
Aggilanda Easwary Muruthy1 & Fadhilah Mat Yamin1 Abstrak
Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) adalah satu sistem yang dibina dan digunakan secara meluas dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pengguna, iaitu pelajar dan tenaga pengajar dalam penggunaan LMS dalam proses P&P di universiti awam seterusnya meramalkan keperluan mereka pada masa depan dalam penggunaan LMS. Oleh itu, satu tinjauan telah dijalankan yang melibatkan pelajar dan tenaga pengajar dari universiti awam wilayah utara. Kajian ini telah menggunakan Expectation Confirmation Theory (ECT) untuk mengkaji gelagat pengguna dalam menerima LMS. Seramai 727 responden telah dijalankan sebagai sampel kajian. Data kajian telah dianalisis menggunakan perisian SPSS 20.0, bagi menentukan hubungan antara pemboleh ubah yang dipilih. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat enam pembolehubah penting untuk menjangka gelagat pengguna dalam penggunaan LMS secara berterusan.
Kata kunci: sistem pengurusan pembelajaran, ECT, P&P.
PENGENALAN
Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) merupakan salah satu instrument bagi e- pembelajaran. LMS juga merupakan teras sumber bagi pengajaran dan sering digunakan dalam sesi pembelajaran. Selain itu, LMS direkabentuk bagi menghubungkan pengajar dengan pelajar dan membolehkan mereka mencapai sistem dari mana-mana sahaja pada bila-bila masa (Kokensparger, 2013; Naveh, Tubin, Pliskin, 2010). Menurut Moses, Wan Ali, Eric Krauss (2014), terdapat universiti yang menggunakan LMS bagi menyokong permindahan maklumat dan pengetahuan di antara pengajar dan pelajar. Melalui LMS juga pelajar memperolehi ruang mereka sendiri bagi pembelajaran atas talian (Meishar-Tal, Kurtz
& Pieterse, 2012; Min, Yamin & Ishak, 2012). Terdapat pelbagai contoh LMS yang lazim digunakan seperti Moodle, Sakai, eFront, Dokes dan ILIAS. Moodle merupakan LMS yang paling popular digunakan dikebanyakkan universiti seluruh dunia.
LMS membolehkan pengguna mencipta kandungan, memantau penglibatan pelajar, dan melakukan perbincangan. LMS juga menyediakan interaksi peringkat tinggi di antara penggunanya melalui aplikasi yang disediakan. LMS telah digunakan sebagai aplikasi untuk menjejak, mengurus pangkalan data secara sistematik, menilai, merancang, dan kelas maya bagi kursus tertentu (Adzharuddin, 2013).
LMS mengandungi beberapa ciri yang menarik pengguna untuk menggunakannya bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Ciri-ciri yang dibincangkan dalam ITVIZ (2012), Ferriman (2012), Sharma and Vatta (2013), Edutech Wiki, Reliant (2009), dan Yamin, Ishak
& Ibrahim (2014) adalah seperti petadbiran secara automatik (pendaftaran & kemasukkan), perkhidmatan layan diri (akaun pengguna), pendaftaran kursus (tambah dan padam), menyusun dan menyampaikan kandungan pembelajaran dengan pantas, menggabungkan inisiatif bagi latihan, menyokong piawaian dan mudah alih, kandungan boleh di ubahsuai, mencapai dan melengkapkan peniaian prestasi, ujian kemahiran yang lengkap dan
1 Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi & Logistik, Universiti Utara Malaysia
ID16
membenarkan pengguna menggunakan semula pengetahuan dan menyampaikannya melalui webinars dan sesi latihan atas talian.
Kertas kerja ini bertujuan untuk meninjau jangkaan pengguna menggunakan LMS secara berterusan bagi proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Seksyen seterusnya membincangkan ulasan kajian, metodologi dan dapatan kajian.
ULASAN KARYA
Setakat ini, banyak kajian menunjukkan bahawa penggunaan LMS dalam kalangan pengguna telah berkurang berbanding dengan teknologi baharu yang sedang berkembang, iaitu alat web 2.0. Selain itu, kajian yang dijalankan pada tahun 2011 oleh Mohamed Amin mengenai sistem e-pembelajaran di institusi pendidikan tinggi Malaysia menunjukkan bahawa teknologi web 2.0 seperti Slide Share (45.3%), Facebook (36.8%) dan YouTube (37%) digunakan secara meluas sebagai aplikasi alternatif untuk tujuan pengajaran.
Menurut Ishak, Yamin & Ibrahim (2018) pelajar didapati selesa menggunakan teknologi web 2.0 sebagai alternatif kepada sistem sedia ada. Penggunaan web 2.0 dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara tidak langsung mengurangkan penggunaan LMS dalam kalangan pengguna. Keadaan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa alat web 2.0 adalah ancaman kepada kelangsungan implementasi LMS.
Di samping itu, pelajar dan pensyarah juga merasa lebih selesa menggunakan rangkaian sosial untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran mereka. Bagaimanapun, LMS adalah medium yang hebat yang mampu menyokong komunikasi antara pelajar dan pensyarah.
Terdapat kajian yang membincangkan mengenai penggunaan alat LMS dan web 2.0 dalam kalangan pelajar. Tujuan utama kajian tersebut adalah untuk menentukan perbezaan antara Facebook dan LMS. Kajian tersebut menganalisis harapan pelajar dan kepuasan dalam menggunakan Facebook dan LMS. Kajian tersebut juga tertumpu kepada pelaksanaan Facebook sebagai LMS kerana faedah dan potensi daya majunya (Meishar- Tal, Kurtz, & Pieterse, 2012; Gutschmidt, 2012). Walau bagaimanapun, mereka gagal memahami bahawa melaksanakan Facebook dalam proses pengajaran dan pembelajaran boleh menyebabkan universiti tidak mendapat maklumat yang mencukupi mengenai prestasi pengguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Kesemua data yang direkodkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah sangat penting untuk memahami persepsi pengguna dan berguna untuk analisis masa depan.
Berdasarkan isu telah dibincangkan di atas persoalan utama dalam kajian ini adalah seperti berikut:
Apakah kesan kepuasan pengguna terhadap niat berterusan menggunakan LMS dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka di universiti di utara Malaysia?
Soalan utama selanjutnya dibahagikan kepada beberapa sub soalan untuk memudahkan penemuan. Sub soalan adalah seperti berikut:
1. Adakah kepuasan pengguna berkait dengan niat penggunaan LMS secara berterusan?
2. Adakah pengesahan harapan pengguna berkait dengan kepuasan mereka menggunakan LMS?
3. Adakah kebergunaan yang dirasakan oleh pengguna mempengaruhi kepuasan mereka?
4. Adakah kebergunaan yang dirasakan oleh pengguna mempengaruhi secara langsung niat penggunaan LMS secara berterusan?
5. Adakah pengesahan harapan pengguna berkait dengan kebergunaan?
6. Adakah kemudahan penggunaan para pengguna mempunyai hubungan dengan kepuasan mereka?
7. Adakah kemudahan penggunaan mempunyai hubungan dengan niat penggunaan LMS secara berterusan?
8. Adakah kemudahan penggunaan mempunyai hubungan dengan kebergunaan?
9. Adakah pengesahan harapan pengguna berkait dengan kemudahan penggunaan?
10. Adakah keseronokan pengguna terhadap LMS mempengaruhi kepuasan mereka secara langsung?
11. Adakah keseronokan pengguna terhadap LMS mempengaruhi niat penggunaan LMS yang berterusan?
12. Adakah keseronokan pengguna terhadap LMS mempengaruhi penggunaan yang mereka anggap mudah digunakan?
13. Adakah pengesahan pengguna berkaitan dengan keseronokan mereka yang dianggap LMS?
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Data dikumpulkan dari 727 responden terdiri daripada pensyarah dan pelajar di universiti awam di utara semenanjung Malaysia.
Universiti terlibat adalah Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Sains Malaysia (USM), dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Kajian ini mengaplikasikan Expectation Confirmation Theory (ECT).
ECT adalah teori yang digunakan untuk menjelaskan kepuasan pasca-pembelian atau pasca adopsi pengguna. Dalam erti kata lain, teori ini juga digunakan untuk menentukan jangkaan pengguna terhadap penggunaan tertentu. Model teori ini telah dibangunkan pada tahun 1977 dan diperluaskan untuk versi baru pada tahun 1980 oleh Richard L. Oliver. Model oleh Richard L. Oliver lebih kepada pra-adopsi. Kemudian, teori ini selanjutnya disesuaikan oleh Bhattacherjee pada tahun 2001, di mana dibangunkan kepada model pasca adopsi. Kajian ini mengikuti konsep model Bhattacherjee IS yang digunakan selepas penggunaan LMS.
Populasi dan sampel
Terdapat 20 universiti awam di Malaysia. Walau bagaimanapun, mengambil semua pengguna dari semua universiti awam di Malaysia adalah sukar. Oleh itu, kajian ini hanya memfokuskan kepada pengguna LMS di universiti awam Malaysia di rantau utara. Oleh itu, terdapat tiga universiti awam yang telah dipilih untuk kajian ini iaitu Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), dan Universiti Sains Malaysia (USM).
Populasi kajian ini melibatkan 70,346 pengguna yang terdiri daripada 66.598 siswa dan 3.784 pensyarah. Disebabkan bilangan responden yang banyak, kajian ini menggunakan jadual Krejcie dan Morgan (1970) untuk menentukan saiz sampel. Merujuk jadual tersebut, jumlah saiz sampel adalah sebanyak 727 pengguna yang terdiri daripada 381 pelajar dan 346 pensyarah. Maklumat terperinci tentang pensampelan ditunjukkan dalam Jadual 1.
Jadual 1: Pensampelan Universiti
Awam
Populasi Pelajar
Peratusan Sampel
(%)
Sampel Pelajar
Populasi Pensyarah
Peratusan Sample
(%)
Sampel Pensyarah
UUM 28,844 43.31 165 1119 29.86 103
USM 24,331 36.53 139 1757 46.88 162
UniMAP 13,423 20.16 77 872 23.26 81
Jumlah 66,598 100 381 3748 100 346
Pembolehubah dan Pengukuran
Niat berterusan pengguna untuk menggunakan LMS adalah tumpuan utama kajian ini berdasarkan kepada jangkaan pengguna terhadap sistem. Ini menjadikan 'niat berterusan' sebagai pembolehubah bersandar. Oleh itu, pembolehubah lain boleh disenaraikan sebagai pembolehubah bebas seperti kemudahan penggunaan, kebergunaan, keseronokan, pengesahan, dan kepuasan penggunaan (Jadual 2).
Jadual 2: Senarai Pembolehubah JENIS
PEMBOLEHUBAH
NAMA PEMBOLEHUBAH
SUMBER BIL ITEM
Pembolehubah Bersandar
Niat pengunaan LMS berterusan (Continued LMS usage
Intention)
Di adaptasi dari Bettayeb (2014)
CI 1, CI 2, CI 3, CI4
Pembolehubah Tak Bersandar
Kebergunaan (Perceived usefulness)
Di adaptasi dari Mohamad Osama A.
Hashim (2011)
PU 1, PU 2, PU 3, PU 4, PU 5, PU6
Pembolehubah Tak Bersandar
Kepuasan (Satisfaction)
Di adaptasi dari Bettayeb (2014)
SAT 1, SAT 2, SAT 3, SAT 4,
SAT 5 Pembolehubah Tak
Bersandar
Kemudahan Penggunaan (Perceived Ease of
Use)
Di adaptasi dari Mohamad Osama A.
Hashim (2011)
PEOU 1, PEOU 2, PEOU 3, PEOU 4, PEOU 5, PEOU 6
Pembolehubah Tak Bersandar
Pengesahan (Confirmation)
Di adaptasi dari Thong, Hong, dan Tam (2006)
CON 1, CON 2, CON 3
Pembolehubah Tak Bersandar
Keseronokan (Perceived Enjoyment)
Di adaptasi dari Childers, Carr, Peck, dan Carson (2001) dan Liao, Tsou, dan Shu (2008)
PE 1, PE 2, PE 3, PE 4, PE 5, PE 6,
PE 7, PE 8 PE 9, PE 10
Soal selidik menggunakan skala Likert lima mata, ini bermaksud skala diatur mengikut urutan dari 1 (sangat tidak setuju) hingga 5 (sangat setuju). Selain itu, soal selidik ini juga mengumpul beberapa maklumat asas yang berkaitan dengan butiran demografi responden seperti umur, jantina, institusi, dan kerjaya mereka.
DAPATAN KAJIAN
Analisis yang dijalankan menunjukkan 84.7% responden menyatakan bahawa teknologi LMS penting untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran manakala 15.3% sebaliknya (Jadual 3).
Jadual 3: Dapatan Kajian
Hipotesis Pernyataan Hipotesis Dapatan
H1 Kepuasan mempunyai pengaruh positif ke atas niat penggunaan LMS secara berterusan.
Disokong H2 Pengesahan mempunyai pengaruh positif terhadap
Kepuasan
Disokong H3 Kebergunaan mempunyai pengaruh positif terhadap
kepuasan
Disokong H4 Kebergunaan mempunyai pengaruh positif terhadap
niat penggunaan LMS secara berterusan
Disokong H5 Pengesahan mempunyai pengaruh positif terhadap
kebergunaan
Disokong H6 Kemudahan penggunaan mempunyai pengaruh positif
terhadap kepuasan
Disokong H7 Kemudahan penggunaan mempunyai pengaruh positif
ke atas niat penggunaan LMS secara berterusan
Disokong
H8 Kemudahan penggunaan mempunyai pengaruh positif terhadap kebergunaan
Disokong H9 Pengesahan mempunyai pengaruh positif terhadap
kemudahan penggunaan
Disokong H10 Keseronokan mempunyai pengaruh positif terhadap
kepuasan
Disokong H11 Keseronokan mempunyai pengaruh yang positif ke
atas niat penggunaan LMS secara berterusan
Disokong H12 Keseronokan mempunyai pengaruh positif terhadap
kemudahan penggunaan
Disokong H13 Pengesahan mempunyai pengaruh positif terhadap
keseronokan penggunaan
Disokong
PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
Matlamat utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti kepuasan pengguna dan kesinambungan penggunaan teknologi LMS dalam kalangan pelajar universiti dan pensyarah. Keseluruhan responden bersetuju bahawa pengesahan mereka terhadap sistem LMS memainkan peranan penting yang mempunyai pengaruh langsung dan tidak langsung terhadap kepuasan dan niat penggunaan secara berterusan.
Selain itu, LMS membantu para pengguna menyelesaikan tugas kompleks mereka dengan cara yang paling mudah di mana mereka boleh menjalankan semua pekerjaan berkaitan dengan pendidikan dalam satu platform. Tambahan pula, semua bahan P&P mereka juga akan dijamin kerana LMS lazimnya dilengkapi dengan sistem keselamatan yang bersesuaian. Sistem LMS juga membantu para pengguna untuk mengurangkan beban mereka. Pendek kata, semua hubungan antara enam pembolehubah yang membentuk 13 hipotesis mempunyai hubungan yang positif.
Sebagai kesimpulan, kerangka dan metodologi yang dicadangkan dalam kajian ini berpotensi untuk direplikasi untuk domain penyelidikan lain dan populasi responden lain.
Walau bagaimanapun, disebabkan latar belakang dan skop yang berbeza, penemuan mungkin berbeza. Selain itu, butiran demografi responden seperti umur, jantina, dan persekitaran, serta pembolehubah baru yang mungkin dapat ditambah dalam kajian seterusbya, dapat mempengaruhi penemuan yang baru.
RUJUKAN
Adzharuddin, N. & Ling (2013). Learning Management System (LMS) among University Students: Does It Work?. IJEEEE.
Bettayeb, A. (2014). Factors Affecting the Intention to use E-Learning Systems in Middle East (Master of Science in Information Technology Management). The British University in Dubai.
Childers, T. L., Carr, C. L., Peck, J., & Carson, S. (2002). Hedonic and utilitarian motivations for online retail shopping behavior. Journal of retailing,77(4), 511-535.
Ferriman, J. (2012). 10 Most Desired LMS Features Released | LearnDash. Learndash.com.
Retrieved 10 November 2014, from http://www.learndash.com/10-most-desired-lms- features-released/
Gutschmidt, A. M. (2012). A Case Study Investigating the Use of Facebook as a Learning Management System in Higher Education, Doctoral dissertation, North Carolina State University. (ERIC Document Reproduction Service No. 3538269).
Ishak, W.H.W., Yamin, F. M., & Ibrahim, A. (2018) Penggunaan Aplikasi Web 2.0 Dalam Pembelajaran dan Pengajaran. Dalam Roos Niza Mohd Shariff & Rohana Yusof, Pembangunan Modal Insan (ISBN 978-967-0910-40-6), pp: 99-118, Northern Corridor Research Centre; Sintok
Kokensparger, B. (2013). Using Compositional Writing Samples to Explore Student Usage Patterns in a Learning Management System (PHD). University of Nebraska.
Krejcie, R.V., & Morgan, D.W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610
Liao, C., Tsou, C., & Shu, Y. (2008). The Roles of Perceived Enjoyment and Price Perception in Determining Acceptance of Multimedia-on-Demand. International Journal of Business and Information, 3(1), 27-52.
Meishar-Tal H., Kurtz G. & Pieterse E. (2012). Facebook Groups as LMS: A Case Study, The International Review of Research in Open and Distance Learning, 13(4).
Min, K.S., Yamin, F.M., & Ishak, W.H.W. (2012) The Usage of LMS among Undergraduate Students. International Journal of Computer and Information Technology, 1(2), pp.
39-42.
Mohamad Osama A. Hashim (2011). Factors Affecting the Adoption of Web-Based Learning Management System by Students In Higher Education: The Case Of Jordan.
Moses, P., Wan Ali, W., & Eric Krauss, S. (2014). Cause Analysis of Learning Management System: Role of Moderator in Improving Students’ Performance. Research and Practice in Technology Enhanced Learning, 9(1), 83-105.
Naveh, G., Tubin, D., & Pliskin, N. (2010). Student LMS use and satisfaction in academic institutions: The organizational perspective. Internet and Higher Education, 13(3), 127-133.
Sharma, A., & Vatta, S. (2013). Role of Learning Management Systems in Education.
International Journal of Advanced Research in Computer Science and Software
Engineering, 3(6), 997-1002.
Thong, J., Hong, S., & Tam, K. (2006). The Effects Of Post-Adoption Beliefs On The Expectation-Confirmation Model For Information Technology Continuance.
International Journal of Human Computer Studies, 64(9), 799-810.
Yamin, F.M., Ishak, W.H.W. & Ibrahim, A. (2014) Students Acceptance on Document Sharing through Learning Management System. Proceedings of 6th International Conference on Education and Information Management (ICEIM-2014), 150-156