DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM WD4053 :
Fiqh Munakahat (Minggu 1) PENSYARAH:
Ustazah Dr Nek Mah Batri
PhD – Pendidikan Agama Islam (UMM) PhD – Fiqh Sains & Teknologi (UTM)
Matlamat modul ini menjelaskan kepada pelajar konsep Munakahat di dalam Islam. Ianya menerangkan tentang peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan ehwal kehidupan berumah tangga, bermula dengan pertunangan, pernikahan dan penceraian..
SINOPSIS
Silibus
Munakahat:
Pernikahan dalam Islam
Poligami dalam Islam
Nusyuz
Fasakh, talak, khuluk dan rujuk
Iddah
Nafkah dan penjagaan anak
Ila’, zihar dan li’an
PERNIKAHAN DALAM ISLAM
PERNIKAHAN DALAM ISLAM
PENGERTIAN NIKAH
Dari segi bahasa: Bersatu dan berkumpul.
Dari segi syarak: Satu akad yang menghalalkan penyatuan dan perkongsian hidup lelaki dan
wanita.
Dalil Pensyariatan Nikah Dalil Pensyariatan Nikah
Dalil pensyariatan pernikahan ialah Surah An-Nisa’ :3, Surah An-Nur:32, Surah Ar-Rum:21.
Hadiths tentang pernikahan:
“Nikah itu sunnahku, barangsiapa yang tidak suka, bukan golonganku”(HR.Ibnu Majah, dari Aisyah r.a.).
“Jika datang (melamar) kepadamu orang yang engkau
senangi agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah (dengan putrimu). Jika kamu tidak menerima (lamaran)nya niscaya terjadi malapetaka di bumi dan kerusakan yang luas”.
(HR. At-Tirmidzi)
HIKMAH NIKAH
Menyahut seruan fitrah manusia
Melahirkan keturunan yang sholeh
Mewujudkan ketenangan jiwa
Memelihara akhlak dari keruntuhan
Memelihara kewujudan manusia
Meluaskan ikatan persaudaraan
Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab
Melaksanakan tuntutan syariat
HUKUM PERNIKAHAN HUKUM PERNIKAHAN
WAJIB
Bagi yang mampu secara zahir dan batin dan ada keinginan kuat yang dikhuatiri jatuh zina.
Pendapat imam Al-Qurtubi:
Orang bujang yang sudah mampu kawin dan takut dirinya dan agamanya jadi rusak, sedang tidak ada jalan untuk
menyelamatkan diri kecuali dengan menikah, maka tidak ada perselisihan pendapat tentang wajibnya dia menikah. Allah berfirman:
” Hendaklah orang-orang yang tidak mampu kawin menjaga dirinya sehingga nanti Allah mencukupkan mereka dengan karunia-Nya,” (QS. An-Nuur: 33).
HUKUM PERNIKAHAN HUKUM PERNIKAHAN
SUNAT
Adapun hukum pernikahan akan menjadi sunnah hukumnya bagi orang-orang yang nafsunya telah mendesak lagi mampu menikah, tetapi masih dapat menahan dirinya dari berbuat zina, maka sunnah lah ia menikah.
Imam Thabrani meriwayatkan dari Sa’ad bin Abi Waqash bahwa Rasulullah bersabda:
” Sesungguhnya Allah menggantikan cara kependetaan dengan cara yang lurus lagi ramah (kawin) kepada kita”. (Sayyid Sabiq 6, 1996:
23).
HUKUM PERNIKAHAN HUKUM PERNIKAHAN
HARAM
Bagi yang tidak mampu secara zahir dan batin tapi bertujuan menzalimi isterinya.
Imam Qurthubi berkata: “Bila seorang laki-laki sadar tidak
mampu membelanjai isterinya atau membayar maharnya atau memenuhi hak-hak istreinya, maka tidaklah boleh ia menikah, sebelum ia berterus terang menjelaskan semua keadaannya kepada istreinya atau sampai datang saatnya ia mampu
memenuhi hak-hak isterinya.
Allah berfirman:
“…Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri kedalam kebinasaan dengan tanganmu sendiri…” (QS. Al Baqarah: 195).
(Al Quran dan terjemahan, Departemen Agama RI, 2002: 36)
MAKRUH
Bagi yang tidak mampu secara zahir dan batin tapi ada keinginan.
Pernikahan akan menjadi makruh hukumnya bagi seorang yang tidak mampu secara zahir dan batin tapi ada keinginan, walaupun tidak merugikan isteri kerana kekayaan yang ada dan keinginan batin yang rendah.
MUBAH
Hukum pernikahan akan menjadi mubah bagi yang mampu tetapi tiada keinginan dan oleh alasan-alasan yang
mewajibkan segera menikah.
HUKUM PERNIKAHAN
PERSEDIAAN SEBELUM PERNIKAHAN
PERSEDIAAN SEBELUM PERNIKAHAN
Memilih Jodoh Yang Baik
Bagi golongan lelaki, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
“ Seorang wanita itu dinikahi kerana empat: kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya.
Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia”
(Bukhari & Imam Muslim)
PERSEDIAAN SEBELUM PERNIKAHAN
PERSEDIAAN SEBELUM PERNIKAHAN
Memilih Jodoh Yang Baik
Bagi golongan wanita pula Rasulullah s.a.w. telah
mengenakan dua syarat pilihan iaitu hanya menerima lelaki yang beragama dan berakhlak sebagai suami.
Ini menunjukkan Islam amat menjaga kebajikan wanita.
Rasulullah sa.w. pernah bersabda “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang, meminang, maka kawinkahlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakan yang besar” .
( HR Tarmidzi dan Ahmad )
FAKTOR PEMILIHAN LELAKI YANG BAIK
Yang berkemampuan
Boleh dijadikan sebagai ganti ayah ibu
Pandai menjaga diri –senantiasa mengajak kepada kebaikan
Berkebolehan di dalam urusan rumahtangga –sering bertolak ansur
Percaya kepada pasangan dan tidak mudah bersangka buruk
Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan (ciri-ciri lelaki tidak pemalas)
Mudah memaafkan
Datang dari keturuan orang yang baik-baik (akhlak dan budi bahasa yang mulia
FAKTOR PEMILIHANPEREMPUAN FAKTOR PEMILIHANPEREMPUAN
YANG BAIK
Yang beragama dan berakhlak mulia (memahami prinsip- prinsip dalam agama Islam serta mempunyai akhlak &
perlakuan yang mulia)
Bersifat pengasih dan penyayang (mampu memberikan
kasih sayang kpd suami & mendidik anak-anak dg kasih sayang
Boleh melahirkan zuriat
Masih perawan (kecuali pada keadaan tertentu-janda)
Keturunan yang baik dari segi keagamaan, kecerdasan, kesihatan dan akhlak yg mulia
Tiada jurang perbezaan yang benar (seeloknya tidak ada jurang umur, status sosial, pendidikan yang terlalu besar antara calon suami dan isteri.
Bukan keluarga yang terdekat dan sekufu’ (hak perempuan &
walinya
TUJUAN PEMILIHAN CALON
Firman Allah SWT dalam surah al-Nisa' ayat 1;
"Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan
daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang
ramai, dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu".
Supaya rumahtangga yang bakal dibina menjadi harmoni
Supaya lahir perasaan kasih-mengasihi dan reda-meredai
Supaya melahirkan zuriat yang mulia dan berguna
PEMINANGAN DAN PERTUNANGAN
Peminangan adalah suatu proses untuk menyatakan
keinginan daripada seorang lelaki kepada seorang wanita untuk dinikahi
Pertunangan adalah ikat janji tempoh pengenalan dan persiapan untuk berumahtangga.
Hukum pertunangan menurut ulama’ adalah disyari’atkan bagi orang yang hendak menikah. Allah SWT. berfirman dalam surat al-Baqarah ayat 235:
"Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang perempuan-perempuan itu dengan sindiran atau kamu sembunyikan (keinginanmu) dalam hati."
PEMINANGAN DAN HUKUM PERTUNANGAN KHITBAH
JENIS-JENIS PINANGAN
Pinangan terus terang (Tasrih)
Contoh berkata: “ Saya ingin mengambil anak awak sebagai isteri saya.” – Ini dibenarkan untuk meminang anak dara, wanita yang tidak berada dalam iddah dan bukan mahram
“Dilarang seorang lelaki meminang di atas pinangan saudaranya, sehinggalah ia berkahwin dengan perempuan lain atau meninggalkan perempuan yang
dipinang” (Riwayat Ahmad & Muslim)
JENIS-JENIS PINANGAN
Pinangan sindiran/kiasan (Ta'rid)
Contoh berkata: “ Anak awak cantik dan ramai orang sukakannya.”
Pinangan ini dibenarkan untuk wanita yang dalam iddah kematian suaminya atau iddah talak bain(talak tiga atau fasakh)
Firman Allah dalam surat Al-Baqarah : 235
ِءاَسِّنلا ِةَبْط ِخ ْنِم ِةِب مُتْض َّرَع اَميِف مُكيَلَع َحاَنُج َلَ َو
Tidak ada halangan bagimu menggunakan kata sindiran dalam meminang perempuan.
PINANGAN YG DIHARAMKAN
Kepada wanita yang bersuami
Kepada wanita yang mahram
Kepada wanita yang dalam iddah talak raj’i
Kepada wanita yang sudah dipinangi dan diterima pinangan
َكرتي وَأ حكني ىتح ههيخأ ةبطخ ىلع لجرّلا ُبُطْخَي َلَ
“Seorang lelaki tidak boleh melamar wanita yang telah dilamar saudaranya, sampai dia menikahi ataumeninggalkanya.”
(H.R.Bukhari dan Muslim)
MINTA PANDANGAN MENGENAI PASANGAN
Mesti menjelaskan dengan jujur kebaikan dan keburukan pasangan itu.
Dalilnya ialah hadith Fatimah binti Qais yang meminta pandangan Nabi saw mengenai dua lelaki yang
meminangnya.
Fatimah binti Qais berkata : “Maka ketika aku telah menjanda aku dilamar oleh Abdur Rahman bin Auf dihantar oleh serombongan sahabat Rasulullah s.a.w.”
(H.R. Muslim Juz VIII hal 203) Nabi saw menceritakan keburukan mereka dan menyuruhnya bernikah dengan Usamah bin Zaid
APA ITU MASKAWIN?
Harta yang wajib diberikan oleh suami kepada isterinya setelah akad nikah
Tujuannya ialah menunjukkan kemampuan dan kesungguhan suami memelihara keluarganya
Hukumnya wajib sebaik sahaja selesai akad nikah
Dalilnya dalam Surah An-Nisa’:4
اًسْفَن ُهْنِم ٍءْيَش ْنَع ْمُكَل َنْبِط ْنِإَف ۚ ًةَلْحِن َّنِهِتاَقُدَص َءاَسِّنلا اوُتآ َو اًئي ِرَم اًئيِنَه ُهوُلُكَف
Berikanlah maskawin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebagian dari maskawin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah)
pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya.
MASKAWIN
Menyebutkan kadar maskahwin ketika akad nikah adalah sunat
Maskahwin adalah milik mutlak seorang isteri tetapi wali akan menerimanya bagi pihak isteri
Tiada had minima dan maksima maskahwin.Ia bergantung kepada kemampuan suami.
Maskahwin boleh disegerakan atau ditangguhkan menurut persetujuan kedua pihak
Maskahwin wajib diberikan sepenuhnya jika suami telah menyetubuhi isterinya atau salah seorang sama ada suami atau isteri meninggal dunia sebelum atau sesudah persetubuhan
Maskahwin wajib diberikan separuh jumlahnya jika suami menceraikan isterinya selepas akad nikah sebelum dia menyetubuhi isterinya.
Maskahwin tidak wajib diberikan jika isteri berpisah dengan suaminya sebelum berlaku persetubuhan dan ianya berlaku disebabkan isteri seperti murtad atau kecacatan
MASKAWIN
SYARAT-SYARAT MASKAWIN
Mestilah benda yang suci dan bersih daripada
sebarang penipuan seperti sesuatu yang tidak ada atau tidak diketahui sama ada pada jenis, jumlah atau sifatnya.
Memberi faedah dan mempunyai nilai seperti mengajar ilmu agama atau Al-Quran
Ia adalah milik suami
HANTARAN
Barang yang daripada maskahwin, persalinan, buah-buahan dan makanan.
Kebiasaannya ia diberikan oleh pihak lelaki dan wanita dalam jumlah yang ganjil seperti 7,9,11 dulang.Tiada kadar tertentu.
Hukumnya harus bukan untuk menunjuk-nunjuk atau membazir.
HIKMAH HANTARAN
Mengeratkan hubungan kekeluargaan
Memuliakan pengantin lelaki dan perempuan
Memuliakan keluarga kedua pihak
Saling bertukar hadiah antara kedua belah pihak
WANITA YANG HARAM DINIKAHI
Pengharaman ini kerana beberapa sebab seperti
penghormatan, fitrah semulajadi manusia dan membina hubungan kekeluargaan.
Wanita seumpama ini digelar mahram. Mereka terbahagi kepad dua golongan:
i) Mahram muabbad - adalah golongan mahram yang tidak boleh dinikahi selamanya.
ii) Mahram muaqqat -adalah golongan mahram tidak boleh dinikahi pada keadaan tertentu saja dan jika keadaan ini hilang maka menjadi halal.
Mahram muabbad
Ibu, nenek moyang ke atas sebelah bapa atau ibu
Anak perempuan, cucu cicit ke bawah
Adik-beradik kandung atau sebapa atau seibu
Anak saudara kandung atau sebapa atau seibu
Emak saudara kandung atau sebapa atau seibu (sebelah bapa)
Emak saudara kandung atau sebapa atau seibu(sebelah ibu)
Pengharaman kerana susuan.Golongan wanita ini adalah sama seperti mahram keturunan
Pengharaman dengan susuan disebabkan pernikahan, contoh:
- Ibu mertua susuan - Anak tiri susuan - Isteri bapa susuan
- Isteri menantu susuan
Mahram muabbad
Pengharaman kerana pernikahan Isteri bapa,datuk ke atas(ibu tiri)
Isteri anak,cucu ke bawah (menantu)
Ibu mertua dan anak tiri
Mahram muabbad
Firman Allah s.w.t
"Di haramkan atas kamu (mengawini) Ibu-ibumu, Anak-anakmu yg perempuan, saudara mu yg perempuan, saudara-saudara bapakmu yg perempuan, saudara-saudara ibumu yg perempuan, Anak-anak perempuan
dari saudara-saudara yg laki-laki, Anak-anak perempuan dari saudara- saudaramu yg perempuan. Dan di haramkan (atas kalian) ibu-ibu kalian yg menyusukan kalian dan saudara-saudara perempuan kalian dari persusuan."
(Qs. Al-Nisa/23)
Mahram muaqqat
Wanita yang diharamkan dinikahi untuk sementara waktu kerana ada halangan
Adik-beradik isteri (ipar)
Emak saudara dan anak saudara isteri
Isteri yang kelima
Wanita kafir penyembah berhala
Isteri orang lain
Isteri dalam iddah
RUKUN-RUKUN NIKAH
Ijab dan kabul
Ijab adalah ucapan wali pengantin wanita kepada pengantin lelaki
Kabul ialah balasan pengantin lelaki kepada ucapan wali pengantin wanita
Tujuannya ialah menzahirkan kerelaan pasangan pengantin terhadap pernikahan itu
RUKUN-RUKUN NIKAH
SYARAT-SYARAT IJAB KABUL
Menggunakan lafaz nikah atau kahwin Ijab kabul bersambung ucapannya
Wali dan pengantin lelaki waras sehingga selesai akad nikah
Tidak bersyarat dan Tidak bertempoh
Rukun kedua nikah
Pengantin wanita, syarat-syaratnya:
- Beragama Islam atau ahli Kitab
- Bukan mahram,dalam iddah,isteri orang lain atau sudah dipinang
Ditentukan siapakah orangnya
Bukan dalam ihram haji atau umrah
Rukun ketiga nikah
Pengantin lelaki, syarat-syaratnya:
- Beragama Islam - Bukan mahram
Ditentukan siapakah orangnya
Bukan dalam ihram haji atau umrah
Tidak mempunyai empat orang isteri
Rukun keempat nikah
Wali iaitu ahli keluarga lelaki yang hampir dengan pengantin wanita
Wali terbahagi kepada dua golongan; wali mujbir dan wali bukan mujbir
Wali mujbir ialah bapa atau datuk sebelah bapa kepada seorang gadis
Wali bukan mujbir ialah wali-wali selain bapa dan datuk sebelah bapa
Hikmah adanya wali
Menjaga keselamatan dan kehormatan wanita dari dipermainkan
Menonjolkan sifat prihatin dan tanggungjawab ahli keluarga wanita
Memelihara sifat malu wanita
Keistimewaan wali mujbir
Bapa atau datuk berhak mengahwinkan anak
gadisnya tanpa kebenaran dan kerelaannya kerana sifat kasihsayang yang mendalam
Ada tiga syarat wali mujbir:
- Tiada permusuhan ketara antara wali dan wanita itu - Pernikahan hendaklah sekufu
- Bakal suami mampu segera bayar maskahwin
Hukum nikah tanpa wali
Nikahnya tidak sah. Pasangan wajib dipisahkan.
Jika berlaku persetubuhan, wanita itu berhak mendapat mahar misil
Pasangan akan dikenakan hukuman ta’zir sama ada penjara, denda atau sebat
Susunan Wali Nikah
Bapa
Bapa kepada bapa (datuk)
Adik-beradik lelaki kandung
Adik-beradik lelaki sebapa
Anak saudara lelaki kandung
Anak saudara lelaki sebapa
Bapa saudara kandung sebelah bapa
Bapa saudara sebapa sebelah bapa
Sepupu lelaki kandung dan Sepupu lelaki sebapa
Syarat-syarat wali
Islam
Adil iaitu tidak buat dosa besar atau berterusan buat dosa kecil
Baligh
Berakal
Bukan dalam keadaan ihram haji atau umrah
Hukum wali enggan Hukum wali enggan
kahwinkan wanita
Jika pilihan wanita itu seorang lelaki yang setaraf dengannya dengan mahar misil, wali mesti
mengahwinkannya. Jika tidak, wanita berhak
mengadu kepada hakim yang akan menikahkannya.
Jika pilihan itu tidak setaraf atau maharnya bukan misil atau wali ada pilihan setaraf, maka berhak wali menghalanginya dan hakim tidak boleh masuk campur.
Hukum jika wali dekat tiada
Jika wali terdekat dengan wanita berada di tempat yang jaraknya dua marhalah atau lebih, maka hak wali berpindah kepada wali hakim.
Jika wali terdekat berada kurang dua marhalah, maka tiada siap boleh mengahwinkan wanita itu tanpa izinnya atau perwakilannya.
Dua wali yang sama taraf
Contohnya dua adik beradik kandung, dua anak saudara kandung,dua pakcik
Dalam hal ini,disunatkan jadi wali:
- Orang yang paling faham hal pernikahan - Orang yang lebih warak
- Orang yang lebih tua
Jika Tiada Wali Langsung
Dalam hal ini, wanita itu akan dinikahkan
oleh wali hakim atau seorang muslim di
tempat itu.
Rukun kelima nikah
Dua orang saksi,syarat-syaratnya:
- Islam - Lelaki
- Berakal dan baligh - Adil
- Mendengar dan melihat
Hak bagi suami isteri bersetubuh dalam keadaan yang dibenarkan
Isteri wajib mentaati dan melayan suami dengan baik
Suami wajib menyerahkan maskahwin
Suami wajib memberi nafkah
Suami wajib berlaku adil jika poligami
Anak yang lahir dinasabkan kepada bapanya
Mewarisi harta pusaka pasangan
Hak dan tanggungjawab
Sunat-sunat akad nikah
Khutbah nikah sebelum akad nikah dimulakan
Mendoakan kebaikan untuk pengantin
Menghebahkan pernikahan dan memukul gendang
Membaca doa ketika ingin bersatu
Mengadakan walimah (kenduri kahwin)
Hukumnya adalah sunat muakkad
Kadarnya menurut kemampuan
Hikmahnya ialah untuk merapatkan persaudaraan dan mengelakkan fitnah
Hukum menghadiri majlis walimah adalah wajib