• Tidak ada hasil yang ditemukan

EKONOMI MALAYSIA STPM 944/3 KERTAS 3. (Satu jam)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "EKONOMI MALAYSIA STPM 944/3 KERTAS 3. (Satu jam)"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

STPM

944/3

Arahan kepada calon:

Jawab lima soalan dalam Bahagian A dan satu soalan dalam Bahagian B.

Gunakan helaian jawapan yang berasingan bagi tiap-tiap Bahagian A dan B.

Tunjukkan semua penghitungan dan berikan jawapan anda sehingga dua tempat perpuluhan.

Markah untuk soalan atau bahagian soalan dalam Bahagian A dan B diberikan dalam tanda kurung [ ].Markah untuk soalan atau bahagian soalan dalam Bahagian B dan C diberikan dalam tanda kurung [ ].

KERTAS 3

(Satu jam)

EKONOMI MALAYSIA

KERTAS MODEL SET 2

(2)

Bahagian A [30 markah]

Jawab lima soalan sahaja.

1 (a) Terangkan konsep upah yang berikut:

(i) Upah wang [1]

(ii) Upah bukan wang [1]

(iii) Upah benar [1]

(b) Apakah maksud produktiviti buruh? Bagaimanakah produktiviti dapat mempengaruhi jumlah upah yang diterima oleh seseorang buruh? [3]

2 (a) Terangkan struktur hasil Kerajaan Persekutuan. [4]

(b) Berikan dua sumber pinjaman dalam negara dan dua sumber pinjaman luar negara. [2]

3 “Lambakan barang asing di pasaran tempatan akan memberikan kesan yang negatif kepada barangan keluaran Malaysia.”

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan lambakan? [1]

(b) Nyatakan satu jenis barang lambakan yang terdapat di pasaran. [1]

(c) Terangkan dua cara kerajaan Malaysia mengawal aktiviti lambakan di dalam negara. [4]

4 Jadual di bawah menunjukkan kadar pertukaran antara Dolar Amerika (AS) dengan Ringgit Malaysia (RM) bagi tahun 2013 dan tahun 2014.

Tahun Kadar Pertukaran

2013 2014

AS$1.00 = RM3.50 AS$1.00 = RM3.00

(a) Berikan maksud kadar pertukaran asing. [1]

(b) Berdasarkan kadar pertukaran di atas, jelaskan keadaan nilai Ringgit Malaysia pada

tahun 2014 berbanding dengan tahun 2013. [3]

(c) Berdasarkan (b), berikan dua kesan yang berlaku kepada imbangan dagangan Malaysia.

[2]

5 (a) Jelaskan dua kebaikan koperasi dalam setiap aspek yang berikut:

(i) Liabiliti [1]

(ii) Cukai keuntungan [1]

(b) Jelaskan dua peranan agensi yang berikut dalam membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana di Malaysia:

(i) Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) [2]

(ii) Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Usaha Niaga (TEKUN) [2]

6 Huraikan tiga jenis pinjaman yang diberikan oleh bank perdagangan. [6]

(3)

Bahagian B [10 markah]

Jawab satu soalan sahaja.

7 Jadual di bawah menunjukkan jenis barang, harga, dan wajaran bagi tiga jenis barang di sesebuah negara pada tahun tertentu berdasarkan indeks harga pengguna tahun 2010 = 100.

Jenis Barang Wajaran Harga (RM)

Tahun 2010 Tahun 2014

Makanan 5 20 22

Air, elektrik, gas 3 10 12

Pengangkutan 2 5 6

(a) Nyatakan maksud wajaran. [1]

(b) Hitung indeks harga pengguna untuk tahun 2014 dengan berdasarkan wajaran. [5]

(c) Berdasarkan jawapan pada (c), rumuskan indeks harga pengguna yang diperoleh. [1]

(d) Nyatakan langkah untuk menghitung indeks harga pengguna. [3]

8 Jadual di bawah menunjukkan pendapatan kasar bulanan isi rumah purata dan pekali Gini mengikut strata bagi tahun-tahun terpilih antara tahun 2004 hingga tahun 2014.

Tahun

Pendapatan Kasar Bulanan Isi

Rumah Purata (RM) Pekali Gini

Malaysia Bandar Luar

Bandar Malaysia Bandar Luar Bandar

2004 3 249 3 956 1 875 0.462 0.444 0.397

2007 3 686 4 356 2 283 0.443 0.427 0.388

2009 4 025 4 705 2 545 0.441 0.423 0.407

2012 5 000 5 742 3 080 0.431 0.417 0.382

2014 6 141 6 833 3 831 0.401 0.391 0.355

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia dan Unit Perancangan Ekonomi (a) Apakah yang dimaksudkan dengan pekali Gini? Berikan kegunaannya. [2]

(b) Jelaskan agihan pendapatan Malaysia, bandar, dan luar bandar berdasarkan nilai pekali

Gini. [4]

(c) Hitung nisbah pendapatan antara bandar dengan luar bandar bagi tahun 2007, tahun 2009,

tahun 2012 dan tahun 2014. [2]

(d) Berdasarkan jawapan pada (c), tafsirkan nisbah yang diperoleh bagi tahun 2014 dan

bandingkannya dengan nisbah pada tahun 2007. [2]

(4)

Jawapan Cadangan

Bahagian A

1 (a) (i) Upah wang atau upah nominal ialah jumlah pembayaran dalam bentuk nilai wang kepada buruh yang telah memberikan sumbangan dari segi fizikal dan mental dalam proses pengeluaran.

(ii) Upah bukan wang ialah faedah yang diperoleh dalam bentuk bukan wang. Contohnya, kemudahan tempat tinggal, pakaian seragam, serta perkhidmatan kesihatan dan pengangkutan yang disediakan oleh majikan.

(iii) Upah benar ialah kuasa beli atau keupayaan upah wang untuk memperoleh sejumlah barang dan perkhidmatan yang diperlukan. Upah benar merosot jika tingkat harga umum meningkat, dan sebaliknya.

(b) Produktiviti buruh ialah kecekapan dan keberkesanan seseorang buruh untuk menjanakan nilai tambah atau output keseluruhan. Produktiviti buruh boleh ditingkatkan melalui latihan kemahiran, kursus yang dihadiri, dan peningkatan dalam taraf pendidikan. Semakin tinggi produktiviti seseorang buruh, maka semakin tinggi upah yang diterima.

2 (a) Struktur hasil Kerajaan Persekutuan:

• Hasil Kerajaan Persekutuan terdiri daripada cukai langsung, cukai tidak langsung, dan hasil bukan cukai.

Cukai langsung ialah cukai yang dikenakan secara langsung terhadap pembayar dengan beban cukainya tidak boleh dipindahkan kepada pihak lain.

• Cukai langsung meliputi cukai pendapatan syarikat, cukai pendapatan perseorangan, cukai pendapatan petroleum, cukai pendapatan koperasi, dan cukai langsung lain.

Cukai tidak langsung ialah cukai yang beban cukainya boleh dipindahkan kepada orang lain.

• Cukai tidak langsung meliputi duti eksport, duti import, duti eksais, cukai keuntungan harta tanah, cukai jualan dan perkhidmatan, serta cukai tidak langsung lain.

Hasil bukan cukai ialah hasil dan perolehan kerajaan daripada sumber-sumber bukan cukai.

• Antara hasil bukan cukai Kerajaan Persekutuan Malaysia ialah royalti gas dan petroleum, cukai jalan, faedah dan hasil daripada pelaburan awam, serta bayaran lesen dan permit.

(b) Sumber pinjaman dalam negara:

• Penjualan bil perbendaharaan kepada bank perdagangan

• Penjualan sijil pelaburan kepada Bank Islam

• Penjualan sekuriti kerajaan kepada KWSP, BSN, syarikat insurans, Lembaga Tabung Haji, dan bank perdagangan

Sumber pinjaman luar negara:

• Pinjaman pasaran daripada kerajaan negara asing

• Pinjaman projek luar

3 (a) Lambakan merupakan aktiviti menjual barangan di negara asing dengan harga yang lebih rendah daripada harga keluaran dalam pasaran di negara asal.

(b) Barang pengguna seperti barangan plastik kelengkapan rumah dan pakaian.

(c) Cara kerajaan Malaysia mengawal aktiviti lambakan di dalam negara:

Mengenakan tarif

(5)

Mengenakan kuota import

Pengenaan kuota import, iaitu mengehadkan sejumlah barang import yang boleh diimport.

Tindakan ini mengurangkan lambakan barang import di pasaran tempatan kerana kuantiti maksimum barang yang boleh diimport telah ditetapkan.

4 (a) Kadar pertukaran asing ialah nilai mata wang sesebuah negara dinyatakan dalam sebutan mata wang negara asing.

(b) Keadaan nilai Ringgit Malaysia pada tahun 2014 berbanding dengan tahun 2013:

• Ringgit Malaysia naik nilai.

• Semakin sedikit Ringgit Malaysia diperlukan untuk mendapatkan seunit Dolar Amerika.

• Semakin banyak Dolar Amerika diperlukan untuk mendapatkan seunit Ringgit Malaysia.

(c) Kesan naik nilai Ringgit Malaysia kepada imbangan dagangan Malaysia:

• Harga eksport secara relatif lebih mahal berbanding dengan harga import.

• Permintaan eksport berkurang, manakala permintaan import bertambah.

• Nilai import bertambah manakala nilai eksport berkurang; atau wujud eksport bersih negatif.

• Imbangan dagangan berkurang atau mengalami defisit.

5 (a) Kebaikan koperasi:

(i) Liabiliti terhad berdasarkan pegangan saham, iaitu sekiranya koperasi mengalami kerugian, kerugian yang ditanggung oleh ahli-ahlinya setakat jumlah modal yang dilaburkan.

(ii) Cukai keuntungan yang perlu dibayar oleh koperasi adalah lebih rendah daripada cukai keuntungan yang dibayar oleh syarikat berhad.

(b) (i) Peranan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN):

• Agensi amanah bagi melaksanakan dasar-dasar kerajaan terutamanya Rangka Rancangan Jangka Panjang.

• Sebagai pusat sehenti bagi mengendalikan peluang-peluang perniagaan dalam PKS.

• Menyediakan tapak perindustrian, kompleks perniagaan, dan lot kedai serta memberi sewa dengan kadar murah kepada PKS.

(ii) Peranan Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Usaha Niaga (TEKUN):

• Menyediakan maklumat keusahawanan serta peluang perniagaan.

• Memberikan khidmat nasihat dan bimbingan serta sokongan kepada usahawan TEKUN.

• Menanam budaya keusahawanan dalam kalangan masyarakat Malaysia.

6 Jenis pinjaman yang diberikan oleh bank perdagangan:

Pinjaman bercagar

Pinjaman bercagar diberikan bagi tempoh masa tertentu yang bertujuan untuk membiayai aset tetap atau barang tahan lama seperti rumah, tanah, bangunan dan kilang. Peminjam perlu menyediakan cagaran seperti geran tanah, geran rumah atau polisi insurans nyawa yang mempunyai nilai lebih tinggi daripada jumlah pinjaman.

Pinjaman persendirian

Pinjaman persendirian atau pinjaman tidak bercagar diberikan kepada individu yang layak. Pemohon perlu menunjukkan penyata gaji yang disahkan oleh majikan tempat pemohon bekerja. Pinjaman hendaklah dibayar balik dalam tempoh yang dipersetujui.

Pinjaman melalui kad kredit

Pinjaman ini merupakan kemudahan yang diberikan kepada pemegang kad kredit oleh bank perdagangan. Bank perdagangan mengenakan kadar faedah yang tinggi terhadap kredit yang digunakan jika pembayaran dibuat lewat daripada tarikh yang dijanjikan.

(6)

Kemudahan overdraf

Kemudahan overdraf diberikan kepada pemegang akaun semasa bank yang berkenaan. Pemegang akaun semasa dibenarkan untuk membuat bayaran yang melebihi baki simpanan semasanya melalui cek bergantung pada jumlah maksimum yang diluluskan oleh bank yang berkenaan. Bunga dikenakan berdasarkan jumlah wang yang dikeluarkan sahaja dan bukan jumlah pinjaman yang dibenarkan.

Pinjaman secara sewa beli

Sewa beli ialah aktiviti menyewa barangan dengan opsyen untuk membeli barangan tersebut melalui pembayaran secara ansuran. Antara barang yang biasanya diperoleh secara sewa beli ialah barang pengguna dan kenderaan bermotor. Penyewa (pembeli) akan dikenakan kadar bunga tetap terhadap jumlah pinjaman yang diluluskan. Hak milik barang hanya akan berpindah kepada penyewa selepas semua ansuran dijelaskan.

Bahagian B

7 (a) Wajaran ialah kepentingan relatif sesuatu barang dalam pola penggunaan masyarakat.

(b) Pengiraan indeks harga berwajaran bagi setiap barang:

Barang Wajaran Harga (RM) Indeks Harga Berwajaran

=

1

Harga 2014Harga 2010 × 100

2

× Wajaran

2010 2014

Makanan 5 20 22 =

1

2220 × 100

2

× 5

= 550

Air, elektrik, gas 3 10 12 =

1

1210 × 100

2

× 3

= 360

Pengangkutan 2 5 6 =

1

65 × 100

2

× 2

= 240

Indeks harga pengguna tahun semasa (2014) = Jumlah indeks harga berwajaran 2014 Jumlah wajaran

= 550 + 360 + 240

= 115 10

(c) Indeks harga pengguna tahun 2014 bernilai 115 bermakna secara keseluruhannya tingkat harga umum barang pengguna telah meningkat sebanyak 15% dalam tempoh tersebut.

(d) Langkah untuk menghitung indeks harga pengguna:

• Pemilihan tahun asas

• Pemilihan jenis barang pengguna yang mewakili barangan pengguna dalam ekonomi • Pemberian wajaran

• Menentukan harga

• Menghitung indeks harga tahun semasa bagi setiap barang

• Menghitung indeks harga pengguna tahun semasa dengan berdasarkan wajaran

8 (a) Pekali Gini ialah suatu ukuran serakan statistik yang digunakan untuk menentukan keseimbangan agihan pendapatan di sesebuah negara. Pekali Gini bernilai antara 0 hingga 1, dengan nilai 0 menunjukkan agihan pendapatan yang saksama, manakala nilai 1 menunjukkan agihan

(7)

(b) Agihan pendapatan Malaysia semakin seimbang kerana nilai pekali Gini semakin menghampiri 1 (semakin rendah), iaitu pada tahun 2004, nilai pekali Gini bernilai 0.462 menjadi semakin kecil kepada 0.401 pada tahun 2014.

Agihan pendapatan di bandar juga semakin seimbang dengan nilai pekali Gini semakin rendah, iaitu pada tahun 2004, nilai pekali Gini bandar bernilai 0.444 menjadi semakin kecil kepada 0.391 pada tahun 2014.

Secara keseluruhannya, agihan pendapatan di luar bandar semakin seimbang dengan nilai pekali Gini semakin menghampiri 1, iaitu pada tahun 2004, nilai pekali Gini bernilai 0.397 kepada 0.388 pada tahun 2007. Akan tetapi, pada tahun 2009, agihan pendapatan menjadi semakin tidak seimbang kerana nilai pekali Gini meningkat kepada 0.407 sebelum menurun semula kepada 0.382 dan 0.355 pada tahun 2012 dan tahun 2014 yang menunjukkan agihan pendapatan kembali lebih seimbang semula.

(c) Nisbah pendapatan antara bandar dengan luar bandar:

Tahun Nisbah Pendapatan antara Bandar dengan Luar Bandar

2007 = 4 356

2 283

= 1.91 : 1

2009 1.85 : 1

2012 1.86 : 1

2014 1.78 : 1

(d) Pada tahun 2014, nisbah pendapatan antara bandar dengan luar bandar ialah 1.78 : 1 bermakna untuk setiap Ringgit yang diperoleh oleh penduduk luar bandar, penduduk bandar mendapat RM1.78. Nisbah pada tahun 2014 semakin baik jika dibandingkan dengan nisbah pada tahun 2007 kerana jurangnya semakin kecil.

Referensi

Dokumen terkait

S., 2015, Sintesis Dan Karakterisasi Zeolite X Dari Abu Vulkanik Gunung Kelud Dengan Variasi Suhu Hidrotermal Menggunakan Metode Sol-Gel, Skripsi, Jurusan Fisika

Pada tabel tersebut juga terlihat bahwa tingkat kelulushidupan larva ikan selais yang direndam dalam larutan probiotik dengan rentang waktu berbeda (perlakuan P1,

23 media Pembelajaran Interaktif Fitri Siti Sundari, M.Pd.. Elly

Model pembelajaran kooperatif tipe NHT dengan PMR menghasilkan prestasi belajar matematika yang sama baiknya dengan model pembelajaran TSTS dengan PMR; (2) Peserta

(3) Akan tetapi jika orang yang melakukan kejahatan-kejahatan tersebut dalam pasal 364, 373, 379 dan pasal 407 ayat I, sebagai perbuatan berlanjut dan

Dari beberapa pernyataan diatas Peneliti mengharapkan penelitian tentang variasi rasio panjang leading edge dapat memperbaiki gaya drag pada mobil pick up,

Iklim komunikasi organisasi dapat diputuskan sifatnya berdasarkan persepsi-persepsi pesan yang terjadi di dalam organisasi tersebut, seperti yang dijelaskan di

Semua permasalahan, had dan batasan ini hendaklah dikaji, diteliti dan diperhalusi sebelum Skim Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu dapat dilaksanakan dengan seadilnya; baik