• Tidak ada hasil yang ditemukan

385XP Arahan panduan. Sila baca manual arahan pengguna dengan teliti dan pastikan anda faham sebelum menggunakan gergaji.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "385XP Arahan panduan. Sila baca manual arahan pengguna dengan teliti dan pastikan anda faham sebelum menggunakan gergaji."

Copied!
36
0
0

Teks penuh

(1)

101 91 37-88

385XP

Arahan panduan

Sila baca manual arahan pengguna dengan teliti dan

pastikan anda faham sebelum menggunakan gergaji.

(2)

Simbol-simbol di gergaji berantai

AWAS! Gergaji berantai amat berbahaya.

Kelalaian atau salah digunakan boleh mengakibatkan kecederaan atau maut kepada pengguna atau orang lain.

Sila baca manual arahan pengguna dengan teliti dan pastikan anda faham sebelum menggunakan gergaji.

Amalkan memakai:

• Topi keledar yang mengikut piawaian

• Pelindung telinga yang mengikut piawaian

• Pelindung mata

Simbol-simbol di manual pengguna

Matikan gergaji dengan menolak suis ke posisi stop sebelum memulakan pemeriksaan penyenggaraan.

Amalkan mengguna sarung tangan yang mengikut piawaian.

Pembersihan diperlukan selalu.

Pemeriksaan visual.

Cermin pelindung mata mesti dipakai.

Produk ini adalah bertepatan dengan arahan penggunaan CE.

Simbol-simbol lain pada mesin merujuk kepada

kelayakan sijil khas untuk pasaran-pasaran tertentu.

(3)

Sebelum menggunakan gergaji baru

• Baca manual pengguna dengan teliti

• Pastikan mesin telah dipasang dengan betul (muka surat 25).

• Penuhkan semula bahan bakar dan hidupkan gergaji. Periksa pelarasan karburetor (muka surat 26-29).

• Jangan gunakan gergaji jika rantainya masih belum dilincirkan dengan sempurna (muka surat 14).

PENTING! Jika campuran bahan bakar di karburetor tidak mencukupi, pergerakan enjin akan terganggu. Penyenggaraan penapis udara yang kurang cekap akan meningkatkan deposit karbon di palam pencucuh (spark plug) dan boleh

mengakibatkan kesukaran menghidupkan enjin.

Jikalau rantai tidak ditegangkan dengan betul, ia akan tingkatkan geseran atau kerosakan kepada papan, gegancu dan rantai.

Anda ditegah membuat sebarang ubahsuai kepada gergaji tanpa kebenaran pembuat.

Gunakan alat ganti asal. Pengubahsuaian tanpa kebenaran boleh mengakibatkan kecederaan atau maut.

Kandungan

Petunjuk simbol-simbol

... 2

Arahan keselamatan

Pakaian keselamatan anda ... 4

Kelengkapan keselamatan gergaji ... 4

Memeriksa, menyenggara dan servis peralatan keselamatan gergaji berantai anda ... 8

Peralatan memotong ... 10

Bagaimana hendak mengelakkan lantunan ... 16

Langkah-langkah keselamatan am ... 18

Arahan am kerja ... 19

Apa dan di mana?

Apa dan di mana? ... 24

Pemasangan

Memasang papan dan rantai ... 25

Pengendalian bahan bakar

Campuran bahan bakar ... 26

Mengisi bahan bakar ... 27

Menghidupkan dan mematikan enjin

Menghidupkan dan mematikan enjin ... 28

Penyenggaraan

Karburetor ... 29

Alat penghidup enjin ... 30

Penapis udara ... 31

Palam pencucuh ... 31

Penyerap bising ... 31

Penyenggaraan bearing jarum ... 31

Pelarasan pam minyak ... 31

Sistem penyejuk ... 32

Pembersihan putar “Air Injection” ... 32

Pemegang yang dipanaskan (385XPG) ... 32

Kegunaan semasa musim sejuk ... 32

Penyenggaraan harian ... 33

Penyenggaraan mingguan ... 33

Penyenggaraan bulanan ... 33

Penentuan teknikal

385XP ... 34 Husqvarna AB mempunyai dasar berterusan mengembangkan

produk dan dengan itu mengekalkan hak untuk mengubah rekabentuk dan rupa produk-produk tanpapemberitahuan terlebih dahulu.

(4)

Gergaji berantai adalah mesin yang berbahaya. Jika disalahgunakan, ia akan mengakibatkan kecederaan atau maut.

Pastikan anda telah membaca serta faham semua arahan.

PAKAIAN KESELAMATAN ANDA

KEBANYAKAN KEMALANGAN BERLAKU APABILA RANTAI TERSENTUH PENGGUNA!

Anda mesti memakai pakaian yang disyorkan apabila menggunakan gergaji. Pakaian keselamatan tidak boleh mencegah kemalangan tetapi boleh mengurangkan kecederaan. Dapatkan nasihat daripada pengedar anda untuk pemilihan kelengkapan yang sesuai.

• Topi keledar

• Pelindung telinga

• Pelindung mata

• Sarung tangan

• Seluar keselamatan untuk pelindungan gergaji

• Kasut keselamatan muncung berkeluli dan bertapak tahan gelincir

Pakaian mesti kemas dan selesa, jangan terlalu longgar

• Amalkan supaya kotak ubat kecemasan berdekatan di tempat anda bekerja

KELENGKAPAN KESELAMATAN GERGAJI

Bahagian ini menerangkan ciri-ciri keselamatan yang terdapat di gergaji, bagaimana ia berfungsi, pemeriksaan dan

penyenggaraan yang perlu dibuat untuk menjamin keselamatan pengguna. (Lihat bahagian “Apa dan di mana?” untuk

menentukan di mana kedudukannya di gergaji).

JANGAN GUNAKAN GERGAJI YANG

MEMPUNYAI KEROSAKAN DI KELENGKAPAN KESELAMATANNYA. Lakukan pemeriksaan, penyenggaraan dan servis mengikut senarai dalam bahagian ini.

1 Pembrek rantai gergaji dan tuil keselamatan

2 Pengunci pecutan

3 Perangkap rantai

4 Pelindung keselamatan tangan kanan

5 Sistem penyerap getaran

6 Suis mematikan enjin

7 Penyerap bunyi

8 Peralatan memotong (lihat bahagian “Peralatan pemotong”)

(5)

1 Brek rantai dan tuil keselamatan

Gergaji berantai anda dilengkapi dengan brek rantai yang direka untuk menghentikan rantai serta merta sekiranya gergaji melantun atau menendang ke arah anda. Brek rantai hanya boleh mengurangkan kecederaan. Anda mungkin boleh mencegah risiko ini.

Berhati-hati semasa menggunakan gergaji anda.

Pastikan zon lantunan kickback) di mata gergaji tidak menyentuh apa-apa objek.

1 Brek rantai (A) boleh diaktifkan sendiri dengan menggunakan tangan kiri anda atau secara auto- matik dengan pelepasan mekanisma inertia (seperti hayunan buah bandul). Dalam

kebanyakan model kami, tuil keselamatan berfungsi sebagai imbangan dalam lantunan.

Brek rantai diaktifkan apabila tuil keselamatan (B) ditolak ke hadapan.

Pergerakan ini

mengaktifkan mekanisma spring yang dipasang untuk mengetatkan gelang brek (C) di bahagian sistem pacuan enjin (D) (dram klac atau gelang klac).

2 Tuil keselamatan bukan hanya direka untuk mengaktifkan brek rantai, tetapi juga untuk

mengelakkan rantai mencederakan tangan kiri anda jika terlepas genggaman pada pemegang hadapan.

3 Anda juga boleh

menggunakan brek rantai sebagai brek sementara apabila menukar posisi atau anda meletakkan gergaji ke bawah untuk sementara waktu. Anda juga patut menggunakan brek rantai secara manual jika terdapat risiko yang boleh mengakibatkan rantai mencederakan sesiapa atau benda berdekatan.

4 Untuk melepaskan brek rantai, tarik semula tuil keselamatan ke arah pemegang hadapan.

5 Seperti yang dinyatakan di seksyen A, lantunan atau kickback boleh berlaku secara spontan dan kuat. Lantunan biasanya kecil dan tidak selalunya mengaktifkan brek rantai. Jika ini berlaku anda haruslah memegang gergaji dengan kuat dan jangan melepaskannya.

B A

B

B

C

D

(6)

6 Brek rantai terpentik secara manual atau automatik bergan- tung kepada kekuatan lantunan dan kedudukan gergaji dengan objek di mana zon lantunan terkena.

Jika anda terkena lantunan yang kuat semasa zon lantunan papan gergaji berada jauh dari anda, brek rantai akan diaktifkan, hasil daripada pergerakan balas berat (INERTIA ACTIVATED).

Jikalau lantunan kurang atau zon lantunan berdekatan dengan anda, brek rantai akan

diaktifkan secara manual, hasil, daripada sentuhan tangan kiri anda.

7 Semasa memotong secara mendatar, pegangan tangan kiri anda berada di posisi tidak dapat mengaktifkan tuil keselamatan. Dalam posisi ini, brek rantai hanya boleh diaktifkan dengan gerakan balas berat gergaji.

Pembrekan secara inertia boleh tingkatkan

keselamatan anda, tetapi tertakluk kepada

beberapa faktor (lihat perkara 6 di atas).

2 Pengunci trotel (Throttle lock)

Pengunci trotel direka untuk mencegah kemalangan akibat kesilapan operasi pengawal pecutan. Apabila anda menekan kunci (A), (semasa menggengam pemegang) ia melepaskan tuil trotel (B).

Apabila anda melepaskan pemegang, tuil trotel dan pengunci trotel boleh menendang balik ke posisi asal. Pergerakan ini dikawal oleh dua tarikan spring berasingan. Ini bermakna pemegang dan tuil trotel akan kembali ke posisi idel apabila dilepaskan.

3 Perangkap rantai

Perangkap rantai direka khas untuk menangkap rantai gergaji jika ia terputus atau terkeluar daripada papan gergaji. Hal ini tidak mungkin berlaku jika rantai gergaji dipasang dan ditegangkan dengan betul (lihat bahagian

“Pemasangan”) dan mata gergaji diservis serta dijaga mengikut peraturan (lihat bahagian “Langkah-langkah kerja am”).

4 Pelindung pemegang tangan kanan

Selain melindungi tangan anda daripada terkena rantai gergaji jika ia terkeluar atau tersentap, pelindung pemegang tangan kanan ini boleh menyekat dahan atau ranting-ranting kayu daripada menggangu genggaman anda pada pemegang belakang.

A

B

(7)

5 Sistem menyerap getaran

Gergaji berantai dilengkapi dengan sistem menyerap getaran yang direka khas untuk meminimumkan getaran dan memudahkan pengenda- lian gergaji.

Semasa anda menggunakan gergaji berantai, getaran adalah hasil daripada sentu- han tidak rata antara rantai gergaji dengan permukaan kayu yang dipotong.

Memotong kayu keras menyebabkan lebih getaran jika dibandingkan dengan yang lembut. Memotong menggunakan rantai yang rosak atau tumpul (seperti salah pilihan rantai atau tidak diasah dengan betul, lihat bahagian D) boleh

meningkatkan kadar getaran.

Sistem menyerap getaran meminimumkan getaran dari enjin dan rantai gergaji dengan pemegang gergaji.

Untuk tujuan tersebut pemegang dan badan gergaji termasuk bahagian memotong dialas/diasingkan dengan penyerap getaran.

Pendedahan yang berpanjangan kepada getaran boleh menyebabkan gangguan pengaliran darah atau saraf. Hubungilah doktor jika anda mengalami tanda-tanda awal disebabkan pendedahan yang berpanjangan untuk pemeriksaan. Tanda-tandanya

termasuklah kebas, kehilangan rasa (kulit), geli cucuk-cucuk, sakit dan perubahan warna kulit. Keadaan ini selalu berlaku di jari-jari dan pergelangan tangan.

6 Suis mematikan enjin

Gunakan suis untuk mematikan enjin.

7 Penyerap bunyi

Penyerap bunyi direka untuk mengurangkan kebisingan ke tahap paling minimum dan mengalihkan arah asap keluar menjauhi pengendali gergaji.

Di negara yang beriklim panas dan kemarau, risiko hutan terbakar adalah tinggi.

Kawasan-kawasan ini kadangkala mempunyai perundangan yang antara lainnya mewajibkan penyerap bunyi dilengkapkan dengan jaring menghalang percikan bunga api.

Untuk penyerap bunyi, anda mestilah mengikut langkah keselamatan semasa

memeriksa, menyenggara dan servis gergaji anda

(lihat bahagian “Memeriksa, menyenggara dan servis alat keselamatan gergaji

berantai”).

Asap ekzos dari enjin yang panas dan mengandungi serpihan bunga api boleh mencetus kebakaran. Jangan hidupkan gergaji di dalam bangunan atau berdekatan dengan bahan-bahan mudah terbakar.

Penyerap bunyi mudah panas. Ianya menjadi panas sewaktu mesin digunakan dan seketika selepas ia digunakan. JANGAN SENTUH SEMASA IA MASIH PANAS.

(8)

3 Memeriksa brek automatik

Pegang gergaji berantai anda atas tunggul pokok atau benda keras yang lain. Lepaskan pemegang hadapan supaya mata gergaji jatuh ke atas tunggul.

Apabila mata gergaji terkena tunggul tadi, brek automatik akan berfungsi serta-merta.

4 Memeriksa tuil brek keselamatan

Hidupkan enjin di atas

tanah yang rata. Pastikan rantainya tidak mencecah tanah atau objek yang lain.

Genggam pemegang gergaji dengan kuat.

Pegang dengan menggunakan kelima- lima jari anda.

Gunakan pecutan penuh dan aktifkan brek rantai dengan menolak

pergelangan tangan anda ke hadapan tanpa melepaskan tangan di pemegang hadapan.

Rantai mesti berhenti serta-merta.

Memeriksa, menyenggara dan servis peralatan keselamatan gergaji

berantai anda

LATIHAN KEMAHIRAN KHAS diperlukan untuk membuat servis dan membaiki gergaji berantai, terutamanya apabila membaiki alat keselamatan. Jika gergaji anda rosak,

jumpalah AGEN PENJUAL anda. Apabila anda membeli produk kami, kami menjamin bahawa hanya pakar-pakar sahaja yang membaik dan menyenggara mesin anda. Jika agen tidak menyediakan perkhidmatan servis, dapatkan alamat AGEN SERVIS yang terdekat untuk perkhidmatan ini.

1 Brek rantai dan tuil keselamatan

1 Memeriksa gelang cengkam brek

Bersihkan segala habuk papan, resin dan kotoran di brek rantai dan klac dram. Kotoran dan cengkam brek yang haus boleh menjejaskan fungsi brek.

Periksa cengkam brek selalu dan pastikan ia tidak haus dan terkurang dari 0,6 mm di tempat paling nipis.

2 Memeriksa tuil keselamatan

A Pastikan TUIL KESELAMATAN tidak rosak dan bebas daripada kerosakan yang boleh dilihat seperti retak.

B Gerakkan tuil

keselamatan ke hadapan dan ke belakang untuk memastikan yang ia berfungsi dan dipasang kuat pada penutup klac.

(9)

4 Pelindung tangan kanan

Pastikan pelindung tangan kanan tidak rosak atau retak.

5 Sistem penyerap getaran

Amalkan memeriksa alat penyerap getaran untuk menentukan ianya tidak retak atau rosak.

Pastikan unit-unit penye- rap getaran dipasang dengan kuat pada unit enjin dan pemegang gergaji.

6 Suis mematikan enjin

Hidupkan enjin dan pastikan enjin mati apabila anda menolaknya ke posisi stop.

2 Pengunci trotel

1 Pastikan tuil pecutan terkunci dengan tepat di posisi idel semasa anda melepaskan kembali.

2 Tekan pengunci pecutan dan pastikan ia kembali ke posisi asal semasa anda melepaskan kembali.

3 Periksa sama ada tuil pecutan dan pengunci pecutan berfungsi dengan sempurna dan spring kembali dengan baik.

4 Hidupkan enjin dan laraskan kepada pecutan penuh. Lepaskan kembali dan lihat sama ada rantai berhenti. Jika rantai masih bergerak, periksa sama ada larasan pada karburetor tepat atau sebaliknya. Lihat bahagian

“Penyenggaraan”.

3 Perangkap rantai

Tentukan PERANGKAP RANTAI tidak rosak dan dipasang kuat pada badan gergaji.

(10)

7 Penyerap bunyi

Jangan gunakan gergaji jika penyerap bunyinya rosak.

Sentiasa pastikan penyerap bunyi dipasang dengan kuat pada gergaji anda.

Jikalau penyerap bunyi gergaji anda dipasang dengan perangkap percikan api, perangkap ini mesti dibersihkan selalu. Perangkap yang tersumbat boleh menyebabkan enjin menjadi terlalu panas dan boleh mengakibatkan kerosakan yang lebih teruk.

Jangan gunakan penyerap bunyi jikalau perangkap percikan api hilang atau rosak.

Jangan gunakan gergaji yang mempunyai peralatan keselamatan yang rosak. Ikuti langkah-langkah keselamatan semasa memeriksa dan menyenggara seperti yang diterangkan dalam bahagian ini. Jikalau gergaji anda tidak berada dalam keadaan baik bagi sebarang peringkat pemeriksaan ini, hubungilah agen servis untuk membaikinya.

PERALATAN MEMOTONG

Bahagian ini menerangkan cara memilih dan menjaga peralatan memotong untuk:

• Mengurangkan risiko lantunan.

• Mengurangkan risiko putus atau terkeluar.

• Mendapatkan prestasi memotong maksimum.

• Memanjangkan hayat peralatan memotong.

5 langkah keselamatan yang asas

1 Hanya gunakan peralatan memotong yang disyorkan oleh kami! Lihat bahagian

“Data teknikal”.

2 Pastikan mata

pemotong rantai diasah dengan betul! Ikuti arahan yang diberikan dan gunakan saiz dan jenis kikir yang kami syorkan. Mata gergaji yang tumpul atau tidak diasah dengan betul boleh meningkatkan risiko berlakunya kemalangan.

3 Pastikan ketebalan mata pemotong mengikut syor kami. Ikuti arahan yang diberikan dan gunakan tolok raker yang kami syorkan.

Ketebalan yang berlebihan akan meningkatkan risiko berlakunya lantunan.

4 Pastikan rantai ditegangkan dengan betul! Jikalau rantai kendur, kemungkinan besar ia akan terkeluar dan menambah kehausan papan, rantai dan

gegancu.

5 Tentukan peralatan memotong dilicir dengan sempurna dan disenggarakan dengan betul! Rantai yang tidak sempurna dilicir akan mudah putus dan menambah kehausan papan, rantai dan gegancu.

(11)

1 Peralatan memotong yang direka untuk mengurangkan lantunan

Peralatan memotong yang rosak atau kombinasi mata gergaji dengan rantai yang salah akan meningkatkan risiko berlakunya lantunan. Gunakan mata gergaji dan rantai mengikut kombinasi yang disyorkan dalam bahagian “Data teknikal”.

Satu cara untuk mengelakkan lantunan adalah dengan memastikan zon lantunan tidak tersentuh apa-apa objek.

Dengan menggunakan peralatan memotong yang mempunyai pelindung lantunan dan menentukan mata pemotong sentiasa tajam boleh mengurangkan risiko lantunan.

A Papan

Lebih kecil garis pusat hujung papan gergaji lebih kecil zon lantunan dan lebih kurang risikonya.

B Rantai gergaji

Seutas rantai gergaji adalah hasil sambungan beberapa mata potongan yang boleh diperolehi dalam versi biasa dan kurang melantun.

Kurang

Tiada Biasa lantunan

MATA MEMOTONG

MATA PENGGERAK

PENGAPIT TEPI

Menggunakan kombinasi jenis mata ini, akan menghasilkan berbagai tahap pengurangan lantunan. Untuk mengurangkan lantunan sahaja, empat jenis sambungan boleh diperolehi.

Mengurangkan Mata Mata Pengapit

lantunan memotong penggerak tepi

KELAS RENDAH

KELAS BIASA

KELAS TINGGI

KELAS TERTINGGI

C Beberapa istilah menerangkan papan dan rantai

Apabila peralatan memotong yang dibekalkan dengan gergaji anda telah haus atau rosak, anda perlu menggantikannya.

Gunakan papan dan rantai yang kami syorkan. Lihat bahagian- bahagian “Data teknikal” untuk memastikan kelengkapan yang telah disyorkan untuk gergaji anda.

Papan

• PANJANG (inci/cm)

• BILANGAN GIGI GEGANCU (T) DI HUJUNG PAPAN.

Bilangan kecil=kecil jejari hujung=lantunannya rendah.

• UKURAN SAMBUNGAN ATAU PITCH RANTAI (inci).

Jarak di antara setiap mata rantai mesti sama dengan gigi di hujung gegancu.

• BILANGAN SAMBUNGAN MATA PENGGERAK.

Bilangan sambungan mata penggerak setiap utas rantai akan ditentukan oleh panjang papan, pitch rantai dan bilangan gigi gegancu di hujung papan.

• LEBAR LURAH PAPAN GERGAJI DAN MATA GERGAJI (inci/mm). Lurah dalam papan gergaji mestilah seimbang lebarnya dengan rantai gergaji.

• LUBANG MINYAK PELINCIR DAN LUBANG UNTUK MENEGANGKAN RANTAI. Papan gergaji mestilah sesuai dengan rekabentuk gergaji.

Rantai gergaji

• PITCH RANTAI GERGAJI (=PITCH) (inci).

• LEBAR MATA

PENGGERAK (mm/inci).

• JUMLAH MATA PENGGERAK

• TAHAP KEKURANGAN LANTUNAN. Tahap kekurangan lantunan pada rantai ditentukan dengan model rantainya. Lihat bahagian “Data teknikal”

untuk mengetahui jenis rantai yang sesuai untuk digunakan bersama gergaji anda.

(12)

2 Mengasah rantai anda dan melaras ketinggian raker

Risiko lantunan meningkat jika rantai gergaji tidak diasah dengan betul!

A Maklumat am untuk mengasah mata pemotong

• Jangan sesekali menggunakan rantai yang tumpul. Apabila mata gergaji tumpul, anda perlu menggunakan lebih daya untuk memaksa gergaji memotong dan hasilnya tidak memuaskan. Jikalau mata gergaji terlampau tumpul, ia tidak akan memotong. Serpihan potongan merupakan habuk sahaja.

• Rantai gergaji yang tajam memotong kayu dengan cepat dan menghasilkan potongan panjang dan tebal.

• Bahagian pemotong di rantai dinamakan

penyambung pemotong dan terdiri daripada gigi

memotong (A) dan bibir raker (B). Tebal pemotongan ialah

perbezaan ketinggian kedua bahagian ini.

• Semasa anda mengasah gigi memotong, terdapat lima faktor penting yang perlu diingati.

SUDUT MENGIKIR

SUDUT MEMOTONG

POSISI MENGIKIR

GARIS LINTANG KIKIR BULAT

KEDALAMAN KIKIR

Lihat bahagian “Data teknikal” untuk mengetahui bagaimana mengasah rantai gergaji anda.

Adalah sukar untuk mengasah rantai tanpa menggunakan peralatan yang sesuai. Kami mengesyorkan supaya anda menggunakan tolok kikir. Ini akan mengurangkan risiko lantunan dan meningkatkan keupayaan memotong.

Kerosakan berikut meningkatkan risiko lantunan.

• SUDUT KIKIR TERLALU BESAR

• SUDUT MEMOTONG TERLALU KECIL

• GARIS LINTANG KIKIR TERLALU KECIL

B Mengasah gigi pemotong

Untuk mengasah gigi

pemotong, anda memerlukan kikir bulat dan tolok kikir. Lihat bahagian “Data teknikal”

tentang saiz kikir dan tolok yang kami syorkan untuk gergaji anda

1 Pastikan rantai ditegangkan dengan betul. Rantai yang kendur susah diasah dengan betul.

2 Sentiasa asah mata pemotong dari permukaan dalam, kurangkan tekanan semasa menarik kikir.

Kikir semua mata satu permukaan dahulu dan kemudian pusingkan gergaji untuk mengikir permukaan di sebelahnya.

3 Kikir semua mata supaya serata. Apabila lebar mata sampai 4 mm (0.16”), ini menunjukkan rantai perlu diganti.

min 4 mm (0.16")

1 5

A B

(13)

D Melaras jarak ketinggian raker

• Sebelum melaras jarak ketinggian raker, mata pemotong haruslah baru diasah. Kami mengesyorkan supaya anda melaras raker selepas tiap-tiap tiga kali anda mengasah rantai. INGAT! Ini hanya boleh diikuti jika anda tidak mengasah mata pemotong berlebihan.

• Untuk melaras ketinggian raker anda memerlukan KIKIR RATA dan TOLOK RAKER.

• Letakkan tolok di bibir raker.

• Kemuidan kikir bahagian bibir yang terkeluar di atas tolok. Ketinggian yang betul ialah apabila tiada terasa halangan semasa mengikir di atas tolok.

3 Menegangkan rantai gergaji

Rantai yang kendur boleh terkeluar dan menyebabkan kecederaan yang teruk atau membawa maut.

• Lebih lama anda menggunakan sesuatu rantai, ia akan menjadi lebih panjang. Adalah penting bagi anda melaras rantai selalu untuk mengurangkan kendur rantai.

• Periksa ketegangan rantai setiap kali anda mengisi minyak.

INGAT! Gergaji baru mempunyai tempoh percubaan dan dalam jangkamasa ini, anda perlu memeriksa ketegangan rantai selalu.

• Ketatkan rantai seketat mungkin tetapi jangan terlalu ketat hingga anda tidak boleh

mengerakkannya dengan tangan.

C Nasihat am untuk melaras ketinggian raker

• Apabila anda mengasah mata pemotong, anda mengurangkan perbezaan ketinggian raker

(kedalaman memotong).

Untuk menentukan tahap pemotongan anda perlu mengikir raker kepada ketinggian yang disyorkan.

Lihat bahagian “Data teknikal” untuk mendapatkan jarak ketinggian raker unutk anda.

• Bagi jenis mata yang mempunyai tahap lantunan rendah, hujung raker adalah bulat. Adalah penting anda mengekalkan bentuk bulat iu apabila membuat pelarasan ketinggian.

• Kami mengesyorkan anda menggunakan tolok raker untuk mencapai ketinggian yang sesuai.

Risiko lantunan adalah tinggi jika jarak ketinggian terlalu banyak.

(14)

4 Melincir alat-alat pemotong

Pelinciran yang tidak mencukupi kepada alat/

bahagian pemotong boleh mengakibatkan rantai terputus dan boleh mencederakan serta mambawa maut.

A Minyak rantai

• Minyak pelincir rantai mesti mengekalkan satu lapisan minyak di rantai dan kekalkan ciri pengalirannya tidak kira cuaca panas atau sejuk.

• Sebagai pembuat gergaji, kami telah menghasilkan minyak pelincir optima berasaskan minyak sayuran dan boleh hancur-larut. Kami syorkan penggunaan minyak pelincir keluaran Husqvarna untuk menentukan hayat maksimum rantai dan pencemaran minimum alam sekitar.

• Jika minyak keluaran Husqvarna tidak dapat diperolehi, gunakan minyak pelincir biasa.

• Di kawasan-kawasan di mana minyak pelincir khas untuk rantai tidak boleh diperolehi, minyak pelincir transmisi jenis EP 90 boleh digunakan.

• Jangan gunakan sisa-sisa minyak!

Ini adalah merbahaya kepada anda, gergaji dan alam sekitar.

B Mengisi minyak pelincir rantai

• Semua model gergaji keluaran kami mempunyai pelinciran rantai automatik.

Bagi sesetengah model, kadar pelincirannya boleh diselaraskan.

• Muatan tangki pelincir dan petrol telah diambil kira dalam reka bentuknya supaya gergaji akan berhenti kehabisan petrol, tetapi pelincir masih ada. Ini bermakna gergaji

digunakan tanpa perlincir tidak timbul.

• Untuk menentukan ciri keselamatan ini berfungsi lancar, anda perlu pastikan bahawa pelincir yang digunakan mengikut piawaian betul. Misalnya, pelincir yang lebih cair akan mengalir lebih cepat daripada yang pekat.

Karburetor yang diselaraskan dengan kekurangan petrol akan berjalan lebih lama dan dalam hal sedemikian pelincir akan habis awal dari petrol. Panjang papan pemotong juga

mempengaruhi kadar guna lebih pelincir. Papan yang panjang akan guna lebih pelincir dari yang pendek.

Keadaan sedemikian juga serupa dengan model- model yang kadar alir pelincirnya boleh diselaraskan.

1 Longgarkan nat yang mengetatkan penutup klac dan brek rantai.

Kemudian ketatkan semula dengan jari sahaja.

2 Angkat hujung papan dan pusingkan skru penegang rantai. Tegangkan rantai hingga kendur di sebelah bawah papan tidak kelihatan.

3 Ketatkan semula nat dengan spanar kombinasi sambil mengampu hujung papan. Pastikan anda boleh tarik dan gerakkan rantai dengan mudah tetapi tidak terlalu longgar dan kendur di bahagian bawah papan.

Posisi skru penegang rantai bergantung kepada model gergaji.

Lihat bahagian “Apa Dan Di Mana” untuk menentukan posisinya pada gergaji anda.

(15)

C Pemeriksaan pelincir rantai

• Periksa pelinciran rantai setiap kali anda mengisi semula petrol.

Acukan hujung papan gergaji ke permukaan cerah kira-kira 20 cm jaraknya.

Selepas seminit enjin berjalan dengan kelajuan pecutan, anda sepatutnya nampak renjisan minyak pelincir di permukaan tersebut.

Jika pelinciran rantai tidak boleh berfungsi:

1 Periksa saluran pelincir, jika tersumbat

bersihkannya.

2 Pastikan lurah papan bersih. Bersihkan jika perlu.

3 Periksa dan pastikan gegancu di hujung papan bergerak betul dan saluran pelincir tidak tersekat. Bersihkan dan lincirkan jika perlu.

Jika pelinciran rantai masih tidak berfungsi selepas manjalankan langkah-langkah tersebut, hubungilah wakil khidmat servis anda.

D Pelinciran gegancu papan

• Lincirkan gegancu papan setiap kali anda mengisi semula petrol. Gunakan pemancut gris dengan gris yang berkualiti.

E Pelinciran bearing gelang klac

• Di antara syaft enjin dengan gelang klac ialah bearing jenis jarum atau jejari dan mesti digris setiap hari.

Gunakan pemancut gris berkualiti unutk melincir bearing tersebut.

F Periksa kehausan pada mata pemotong di rantai

Periksa rantai setiap hari untuk:

• Retak yang ketara di penyambung.

• Rantai kaku.

• Kehausan rivet dan penyambung.

Kita syorkan anda membuat perbandingan visual antara rantai baru dengan yang lama untuk menentukan tahap kehausan rantai.

Apabila kehausan mata pemotong rantai telah haus hingga lebar mata tinggal 4 mm, rantai perlu ditukar baru.

G Gegancu rantai

Gelang klac telah dipasang dengan salah satu daripada gegancu berikut:

A) GEGANCU (integral)

B) GELANG (mudah ditukar)

Selalu periksa tahap kehausan gelang klac.

Tukar gegancu setiap kali anda menukar rantai.

min 4 mm (0.16")

A

B

(16)

H Papan

Periksa selalu:

• Sama ada bekas sumbing di papan. Ratakan dengan kikir jika perlu.

• Sama ada lurah rantai di papan telah haus dan ganti jika perlu.

• Sama ada hujung papan tidak serata atau teruk kehausannya. Jika terdapat lekuk di sebelah bahagian hujung papan, ini

disebabkan rantai kendur.

• Untuk melanjutkan usia papan, pusingkan atau terbalikkan papan setiap hari.

KEBANYAKAN KEMALANGAN BERLAKU APABILA RANTAI TERKENA

PENGGUNANYA.

• GUNA PAKAIAN KESELAMATAN (lihat bahagian

“Pakaian keselamatan gergaji berantai”).

• JANGAN MULAKAN SEBARANG KERJA YANG ANDA TIDAK PASTI (lihat bahagian “Pakaian keselamatan anda”, “Bagaimana hendak mengelakkan lantunan”,

“Araham am kerja” dan “Peralatan memotong”).

• ELAKKAN KEADAAN DI MANA TEDAPAT BAHAYA LANTUNAN (lihat bahagian “Pakaian keselamatan anda”).

• GUNAKAN ALAT-ALAT KESELAMATAN YANG DISYORKAN DAN PASTIKAN IA BERFUNGSI (lihat bahagian “Arahan am kerja”).

• PASTIKAN SEMUA CIRI-CIRI KESELAMATAM GERGAJI DAN ENJIN BERFUNGSI BETUL (lihat bahagian “Ara- han am kerja” dan Peraturan-peraturan am”).

BAGAIMANA HENDAK

MENGELAKKAN LANTUNAN

Lantunan boleh berlaku secara spontan dan kuat. Lantunan gergaji biasanya melibatkan keseluruhan gergaji melantun ke arah pengguna.

Jika ianya berlaku semasa rantai bergerak, kecederaan biasanya teruk, kadang-kala maut.

Adalah penting anda faham bagaimana lantunan berlaku dan cara-cara mengelakkan ia berlaku dengan menggunakan teknik yang betul.

Apakah lantunan?

Lantunan ialah reaksi mengejut gergaji apabila hujung sudut papan tersentuh dengan objek dan ia akan melantun ke belakang. Reaksi lantun hanya berlaku di zon atau sudut hujung papan bahagian atas di mana rantai menukar arah pergerakan. Di zon ini, lantunan ialah ke belakang arah pengguna.

Lantunan biasa berlaku mengikut arah permukaan potongan. Lazimnya mesin melantun ke belakang dan ke atas menuju pengguna.

Walau bagaimapaun ia mungkin menuju ke arah lain tertakluk kepada penggunaan semasa zon lantunan menyentuh objek itu.

Lantunan hanya berlaku apabila zon lantunan papan menyentuh sesuatu objek.

(17)

6 Berjaga-jaga apabila memotong dengan menggunakan bahagian atas papan iaitu memotong sebelah bawah objek. Potongan ini dikenali sebagai strok menolak. Rantai menolak mesin ke belakang ke arah pengguna.

Jika anda tidak menahan tenaga menolak ke belakang, kemungkinan penolakan itu boleh gerakkan gergaji ke zon lantunan. Ini akan mengakibatkan lantunan.

Memotong dengan menggunakan bahagian bawah papan, bermula dari atas ke bawah objek.

Potongan ini dikenali dengan srok menarik.

Apabila gergaji ditarik pokok, ia akan tertahan ke bahan potongan di jari penahannya dan terus memotong.

Pemotongan cara ini membolehkan anda mengawal mesin lebih baik serta posisi zon lantunan.

7 Ikuti arahan mengasah dan penyenggaraan papan dan rantai. Apabila menukar papan rantai, pastikan

kombinasinya betul seperti yang disyorkan. Lihat bahagian

“Alat-alat pemotongan” dan “Data teknikal”.

Bahaya lantunan meningkat jika anda guna- kan alat pemotong yang tidak sesuai dan rantai tidak diasah betul. Kombinasi papan dan rantai yang salah akan tingkatkan risiko lantunan.

Peraturan-peraturan am

1 Jika anda faham apa itu lantunan dan bagaimana ia berlaku, maka anda boleh mengurangkan elemen terkejut.

Biasanya lantunan gergaji tidak merbahaya, akan tetapi kadang-kala ianya boleh berlaku dengan mengejut dan kuat.

2 Pastikan anda memegang gergaji dengan cekal menggunakan tangan kanan di pemegang belakang dan tangan kiri di pemegang hadapan.

Pegang cara ini sama ada anda seorang tangan kanan atau kidal.

Pegangan cara ini boleh mengurangkan lantunan dan gergaji boleh dikawal dengan baik.

Jangan lepaskan genggaman anda!

3 Kebanyakan kemalangan akibat lantunan berlaku semasa mencantaskan dahan. Pastikan anda berdiri dengan stabil tanpa gangguan supaya tidak tergelincir atau terkucil.

Kurang tumpuan boleh mengakibatkan lantunan jika zon lantunan papan tersentuh dahan, pokok berhampiran atau objek lain.

4 Jangan sesekali menggunakan gergaji lebih tinggi dari paras bahu anda dan cuba jangan memotong menggunakan bahagian hujung papan.

Jangan menguna gergaji dengan sebelah tangan!

5 Pastikan anda memotong dengan kelajuan yang cukup.

(18)

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN AM

1 Gergaji berantai telah direka khas untuk memotong kayu.

Alat pemotong yang boleh digunakan dengan gergaji berantai ini hanya kombinasi papan dan rantai yang disyorkan di bahagian “Data teknikal”.

2 Jangan gunakan gergaji jika anda letih, mabuk atau setelah mengambil ubat yang boleh menjejas penglihatan, taksiran dan koordinasi pergerakan anda.

3 Selalu memakai pakaian keselamatan. Sila lihat bahagian

“Pakaian keselamatan anda”.

4 Jangan gunakan gergaji yang telah diubahsuaikan daripada penentuan asal.

5 Jangan gunakan gergaji bermasalah. Buat pemeriksaan, penyenggaraan dan servis mengikut jadualnya. Sesetengah penyenggaraan mesti dikendalikan oleh pakar yang terlatih. Lihat bahagian

“Penyenggaraan”.

6 MENGHIDUPKAN ENJIN

• Jangan hidupkan enjin jika papan, rantai dan penutup klac tidak dipasang betul. (Lihat bahagian

“Pemasangan”).

• Jangan hidupkan enjin dalam ruangan tertutup.

Gas ekzos boleh merbahayakan.

• Sebelum menghidupkan enjin pastikan tiada risiko bagi orang atau haiwan yang

berdekatan.

• Letakkan gergaji ke atas tanah, pijak pemegang belakang dengan kaki kanan, genggam pemegang hadapan dengan tangan kiri dan tarik penghidup dengan tangan kanan. Pastikan kedudukan anda dan gergaji semuanya stabil.

7 KESELAMATAN BAHAN BAKAR

(Pengisian semula, campuran bahan bakar dan simpanan).

Bahan bakar dan wapnya amat mudah ter- bakar. Berhati-hati semasa mengendalikan bahan bakar dan minyak pelincir rantai.

Jauhkan dari api dan jangan hidu wap bahan bakar.

• Jangan cuba mengisi bahan bakar semasa enjin hidup.

• Pastikan pengedaran udara mencukupi semasa mengisi dan mencampur bahan bakar (campuran 2- lejang).

• Pindahkan gergaji sekurang-kurangnya 3 m dari tempat mengisi bahan bakar sebelum anda hidupkan enjin.

• Jangan hidupkan enjin:

a) Jika anda tumpahkan bahan bakar atau minyak rantai di gergaji. Lapkan dan biarkan minyak yang lebih mengwap.

b) Jika pakaian anda terkena bahan bakar, tukar pakaian lain.

c) Jika terdapat kebocoran bahan bakar, kerap buat pemeriksaan atas penutup tangki dan saluran bahan bakar.

• Simpan gergaji dan bahan bakar jauh dari punca percikan api seperti mesin motor elektrik, suis dan sebagainya.

• Simpan bahan bakar dalam takungan yang direka bentuk khas untuk tujuan ini.

• Jika gergaji perlu disimpan lama atau dibawa ke tempat lain, tangki bahan bakar dan pelincirnya perlu

dikosongkan. Pastikan di mana anda boleh membuang baki atau sisa minyak di stesen minyak.

8 Jangan gunakan sebarang aksesori kecuali yang telah disyorkan dalam manual atau nota ini. Lihat bahagian “Alat pemotong” dan “Penentuan teknikal”.

Bahaya kemalangan meningkat jika anda gunakan alat pemotong yang salah atau rantai yang tidak diasah betul. Kegunaan kombinasi rantai dan papan yang salah boleh

meningkatkan risiko kemalangan.

Min. 3 m

(10 ft)

(19)

ARAHAN AM KERJA

Bahagian ini menerangkan peraturan- peraturan asas untuk penggunaan gergaji.

Maklumat ini bukannya pengganti kepada kemahiran profesional dan pengalaman. Jika anda menghadapi situasi di mana anda terasa tidak selamat berhentikan kerja dan dapatkan nasihat pakar (PERKHIDMATAN

PERHUTANAN). JANGAN CUBA MEMBUAT SEBARANG KERJA JIKA ANDA TIDAK PASTI ATAU YAKIN.

Mustahak

1 Sebelum menggunakan gergaji, anda mesti faham akibat lantunan gergaji dan apa yang menyebabkannya. (Lihat bahagian “Bagaimana hendak mengelakkan lantunan gergaji”).

2 Sebelum menggunakan gergaji, pastikan anda faham perbezaan memotong di bahagian atas dan bawah papan.

(Lihat bahagian “Bagaimana hendak mengelakkan lantunan”).

1 Peraturan asas keselamatan

1 Perhatikan persekitaran anda:

• pastikan tiada orang, haiwan atau objek lain yang mungkin mengganggu kerja anda.

• pastikan yang tesebut di atas tidak mendekati gergaji anda atau boleh dicederakan oleh pokok tumbang.

Ikuti peraturan-peraturan di atas, tetapi jangan gunakan gergaji jika anda berada jauh dari tempat untuk

mendapatkan pertolongan jika berlaku kemalangan.

2 Jangan gunakan gergaji dalam keadaan cuaca buruk seperti kabus tebal, hujan lebat, angin kencang, teramat sejuk dan sebagainya.

3 Berhati-hati apabila membuang dahan-dahan kecil dan elakkan dari memotong rumpun ranting. Ranting kecil mudah terkait kepada gergaji yang boleh melantun dan mencederakan anda.

4 Periksa dan pastikan persekitaran anda bebas dari halangan seperti akar, batu, dahan-dahan, parit dan lain-lain untuk anda beredar dengan mengejut. Berhati-hati apabila memotong di kawasan curam.

5 Berhati-hati semasa memotong dahan atau batang pokok yang tegang. Keadaan ini boleh menyebabkan pokok menghayun kembali ke posisi asal sebelum atau selepas anda

memotongnya. Jikalau anda berdiri atau

memotong di tempat yang salah ia mungkin

menghayun ke arah anda atau gergaji anda. Ini akan menyebabkan kemalangan yang teruk.

6 Sebelum mengalihkan gergaji anda, matikan enjin dan kunci rantai menggunakan brek rantai.

Bimbit gergaji dengan mata menghadap ke belakang. Sarungkan pelindung mata gergaji sebelum membawanya ke mana-mana.

7 Jangan letakkan ke bawah gergaji anda semasa enjin masih hidup kecuali anda boleh melihatnya dengan jelas dan rantai dikunci.

Matikan enjin sebelum meninggalkannya untuk sebarang tempoh masa.

(20)

Dua faktor menentukan sama ada rantai akan tersekat atau kayu akan retak dan pecah. Pertama bagaimana kayu disokong dan kedua sama ada ia dalam keadaan tegang.

Hampir bagi kesemua keadaan, anda boleh mengelakkan masalah ini dengan membuat potongan dua peringkat potongan; dari atas dan dari bawah kayu. Anda perlu menyo- kong kayu tersebut supaya ia tidak memerangkap rantai atau pecah semasa memotong.

Jikalau rantai tersekat semasa memotong:

MATIKAN ENJIN! Jangan cuba menarik keluar gergaji. Anda mungkin merosakkan rantai apabila gergaji terlepas dengan tiba-tiba.

Gunakan tuil untuk merenggangkan potongan dan melepaskan rantai.

Panduan berikutnya menerangkan bagaimana hendak mengen- dalikan kebanyakan situasi yang anda akan hadapi semasa menggunakan gergaji berantai.

Memotong

1 Semasa balak di atas tanah, risiko rantai tersekat dan balak retak pecah adalah sedikit.

Walau bagaimanapun ada risiko rantai

mencecah tanah semasa anda menghabiskan potongan.

Potongan dari atas ke bawah. Cuba jangan membiarkan rantai mencecah tanah dan potong dengan pecutan penuh dan bersedia jika rantai tersentap.

A Jikalau balak boleh dipusing, berhenti memotong semasa anda telah memotong 2/3 potongan kayu itu.

B Pusingkan balak dan potong dari permukaan yang bertentangan.

2 Teknik asas memotong

Am

• Selalu gunakan pecutan penuh semasa memotong!

• Kurangkan kelajuan ke idel selepas setiap kali memotong (membiarkan pecutan enjin yang penuh tanpa beban bagi jangkamasa yang lama boleh merosakkan enjin.

• Memotong dari atas = Memotong dengan strok menarik.

• Memotong dari bawah = Memotong dengan strok menolak.

Lihat bahagian “Bagaimana hendak mengelakkan lantunan”

untuk mengetahui strok yang boleh meningkatkan risiko berlakunya lantunan.

Istilah:

Memotong = Perkataan am bagi memotong kayu.

Memotong ranting dan dahan = Memotong ranting dan dahan pokok yang telah di tebang.

Retak dan pecah = Objek yang anda potong retak dan pecah sebelum anda sempat habis memotong.

Ada lima faktor penting yang perlu dipertimbangkan sebelum anda memotong:

1 Memastikan papan tidak akan tersepit atau tersekat sewaktu memotong.

2 Memastikan kayu tidak akan retak dan pecah.

3 Memastikan rantai tidak akan mencecah tanah atau objek lain semasa atau selepas memotong.

4 Adakah risiko lantunan?

5 Adakah suasana dan keadaan sekitar

mengancam keselamatan anda bekerja.

(21)

2 Balak disokong pada satu hujung sahaja. Risiko retak adalah tinggi.

A Mula memotong dari bawah (lebih kurang 1/3 daripada besar kayu).

B Habiskan pemotongan dari atas supaya kedua potongan tadi bertemu.

3 Balak disokong pada kedua-dua hujung. Risiko rantai tersepit adalah tinggi.

A Mula memotong 1/3 dari atas.

B Habiskan memotong dari bawah supaya potongan tadi bertemu.

Memotong dahan dan ranting

Semasa memotong dahan

dan ranting, gunakan cara memotong biasa.

Potong dahan sukar

sebahagian demi sebahagian.

1 2

3

3 Teknik menebang pokok

Untuk menebang pokok, banyak pengalaman yang diperlukan. Mereka yang tidak berpeng- alaman, jangan menebang pokok. JANGAN MENCUBA SESUATU YANG ANDA TIDAK PASTI.

A Jarak selamat

Jarak yang selamat adalah jarak di antara pokok yang ditebang dengan orang berdekatan ialah sekurang-kurangnya 2 1/2 kali tinggi pokok. Pastikan tiada siapa berada dalam “zon risiko”

sebelum dan semasa menebang.

B Arah tumbang

Arah tumbang yang baik adalah tempat yang mudah untuk memotong ranting dan balak. Anda mahu ianya tumbang di tempat yang anda boleh bergerak dengan selamat.

Perkara utama ialah mengelakkan daripada tumbang menimpa pokok lain.

Adalah sukar dan merbahaya untuk menggerakkan pokok dalam keadaan sedemikian (lihat perkara 4 dalam bahagian ini).

Setelah anda membuat keputusan arah mana perlu ianya ditumbangkan, anda mesti membuat tanggapan di mana ia akan tumbang secara semulajadi.

Ini dipengaruhi oleh beberapa faktor:

Arah condong pokok Lentukan

Arah angin Susunan dahan Berat salji (Di iklim sejuk)

Anda mungkin tiada pilihan untuk menumbangkan pokok ke arah yang anda kehendaki, kerana ini mustahil dan bahaya untuk membuat demikian. Adalah lebih mudah jika ia tumbang mengikut arah semulajadinya.

Satu lagi faktor penting adalah memastikan bahawa pokok yang hendak ditebang tiada kecacatan atau reput yang boleh menghempap anda sewaktu menebang.

Semasa detik kritikal dalam operasi peneban- gan, pelindung atau serkup telinga mesti dibuka sebaik sahaja pemotongan selesai supaya bunyi-bunyi dan isyarat amaran boleh kedengaran.

(22)

C Pembersihan pangkal pokok dan persediaan untuk berundur

Potong semua dahan yang menghalang kerja. Cara yang baik untuk membuat kerja ini ialah mulakan dari atas ke bawah dan pastikan batang pokok berada di antara anda dengan gergaji berantai.

Jangan potong dahan melebihi tinggi paras bahu.

Bersihkan semak di sekeliling pangkal pokok dan periksa kawasan akan rintangan (batu, dahan, lubang dan lain- lain) supaya laluan anda untuk berundur tidak tersekat apabila pokok mula tumbang.

Laluan ini hendak-lah lebih kurang 135° di belakang pokok yang hendak ditebang.

D Penebangan pokok

Penebangan pokok dilakukan dengan tiga pemotongan.

Pertama anda buat PEMOTONGAN ARAH TUMBANG yang terdiri daripada PEMOTONGAN ATAS dan BAWAH; diikuti dengan PEMOTONGAN TUMBANG. Dengan membuat pemotongan tersebut yang betul anda boleh mengawal arah tumbang dengan tepat.

PEMOTONGAN ARAH TUMBANG

Untuk membuat pemotongan ARAH TUMBANG, mulakan dengan PEMOTONGAN ATAS. Berdiri sebelah kanan pokok dan potong ke bawah dengan satu sudut.

Kemudian buat

PEMOTONGAN BAWAH supaya ianya bertemu hujung PEMOTONGAN ATAS.

Pemotongan mendatar di bawah hendaklah masuk sedalam 1/4 garis lintang pokok tersebut dan sudut antara POTONGAN ATAS dengan POTONGAN BAWAH ialah 45°.

Garisan di mana kedua potongan tadi bertemu dinamakan GARISAN PEMOTONGAN ARAH. Garis ini mesti mendatar dan bersudut tepat (90°) dengan arah tumbang.

PEMOTONGAN TUMBANG

Pemotongan ini dibuat bertentangan dengan potongan arah tumbang dan mestilah betul-betul mendatar. Berdiri di sebelah kiri pokok dan potong menggunakan bahagian bawah papan.

Buat pemotongan tumbang ini 3-5 cm (1,5 -2 inci) tinggi daripada bahagian rata PEMOTONGAN ARAH TUMBANG.

Pasangkan spike bumper (jika ada) di belakang jalur

penahan. Gunakan pecutan penuh dan majukan gergaji perlahan-lahan ke pokok.

Pastikan pokok tidak bergerak ke arah bertentangan dengan arah tumbang. Sendalkan baji (WEDGE) atau BREAKING BAR ke dalam potongan sebaik sahaja ia sudah cukup dalam.

Selesaikan PEMOTONGAN TUMBANG selari dengan garisan ARAH TUMBANG sehingga tinggal 1/10 garis lintang pokok. Bahagian yang tidak di1potong ini dinamakan BAHAGIAN PUTUS.

Bahagian ini akan berfungsi sebagai ensil ARAH TUM- BANG yang mengawal arah tumbang pokok itu.

Jika bahagian ensil tidak cukup lebar atau pemotongan arah tumbang dan

pemotongan tumbang tidak dibuat di tempat yang betul, arah tumbang tidak boleh dikawal.

Apabila selesai pemotongan tumbang dan pemotongan arah, pokok sepatutnya tumbang mengikut arah beratnya atau dengan bantuan baji penumbang (WEDGE) atau BREAKING BAR.

(23)

Kami mengesyorkan anda menggunakan gergaji yang lebih panjang daripada garis lintang pokok supaya anda boleh membuat

PEMOTONGAN ARAH TUMBANG dan

PEMOTONGAN REBAH dengan sekali potogan. (Lihat bahagian “Data teknikal” untuk mengetahui panjang papan yang disyorkan untuk gergaji anda).

Ada cara-cara untuk mene- bang pokok yang garis lintangnya lebih panjang daripada papan gergaji. Walau bagaimanapun, risikonya tinggi apabila zon lantunan tersentuh dengan pokok.

KECUALI ANDA TELAH MENDAPAT LATIHAN KHUSUS, KAMI NASIHATKAN SUPAYA ANDA JANGAN MENEBANG P OKOK YANG GARIS LINTANGNYA LEBIH PANJANG DARI PAPAN GERGAJI ANDA!

E Membuang dahan dan ranting

KEBANYAKAN LANTUNAN BERLAKU SEMASA MEMBUANG DAHAN! AMBIL PER- HATIAN TERHADAP POSISI ZON LANTUNAN SEMASA MEMBUANG DAHAN YANG

TERLENTUR.

Pastikan tiada rintangan pada laluan anda. Bekerja di sebelah kiri batang pokok.

Kerja dekat dengan gergaji untuk mendapatkan kawalan maksimum. Seberapa yang boleh letakkan berat gergaji ke batang pokok.

Tentukan balak terletak di antara anda dengan gergaji semasa bergerak sepanjang batang pokok.

F Memotong batang pokok menjadi balak

Lihat “Langkah-langkah kerja am” perkara 2 “Teknik asas pemotongan”.

4 Membebaskan pokok yang telah tumbang tidak sempurna yang mana risiko

kemalangannya tinggi

A Membebaskan ”Pokok terperangkap”

Cara yang paling selamat adalah dengan menggunakan kabel penarik.

A Pada traktor B Penarik mudah alih

B Memotong pokok dan dahan yang tegang Persediaan:

a) Buat penilaian arah mana pokok atau dahan akan bergerak jika ianya dilepaskan dan di mana BAHAGIAN PATAH semulajadi (iaitu tempat ianya akan patah jika dilentur lebih daripada itu).

b) Pilih cara yang paling SELAMAT untuk melepaskan tegangan dan sama ada ANDA berupaya melakukannya dengan selamat. Dalam keadaan rumit, cara yang paling selamat ialah dengan ketepikan gergaji anda dan gunakan penarik.

Nasihat am

a) Posisikan diri anda supaya tidak terkena tendangan dahan atau batang selepas dipotong.

b) Buat satu atau lebih potongan pada atau dekat BAHAGIAN PATAH (BREAKING POINT).

Buat seberapa banyak potongan dengan kedala- man yang cukup untuk mengurangkan ketegangan serta

membolehkan pokok atau dahan patah di

BAHAGIAN PATAH.

Jangan potong terus dahan atau batang dalam keadaan tegang!

(24)

1. Penutup silinder 2. Pemegang hadapan 3. Tuil keselamatan 4. Penutup penghidup 5. Tangki minyak rantai 6. Pemegang penghidup 7. Skru pelaras, karburetor

8. Pelaras cengkik/Kunci pecutan hidup 9. Pemegang belakang

10. Suis mematikan enjin 11. Tangki minyak 12. Penyerap bunyi

13. Gegancu hujung papan gergaji 14. Rantai gergaji

15. Papan gergaji 16. Penahan

17. Perangkap rantai (jika melompat / putus) 18. Penutup klac

19. Pelindung tangan kanan 20. Pelaras pecutan

21. Pengunci pecutan (mencegah operasi pelaras pecutan yang tidak dikehendaki)

22. Injap pengurang kemampatan 23. Spanar kombinasi

24. Skru menegang rantai 25. Arahan panduan 26. Pelindung mata gergaji

27. Suis untuk pemegang panas (385XPG) 28. Skru pengubahsuai pam minyak

Apa dan di mana?

2 3

14 13 15 19 18

20 21

22 1

25 23

26

5

7

10 9 11

4 6

8

12

27

17 16

24

28

(25)

Memasang papan dan rantai

Sentiasa pakai sarung tangan semasa men- gendalikan rantai untuk melindungi tangan daripada tercedera.

Periksa sama ada brek rantai berfungsi dengan

menggerakkan pelindung tangan depan ke arah pemegang hadapan.

Tanggalkan nat papan gergaji dan keluarkan penutup klac.

Keluarkan cicin pengangkutan (A).

Pasangkan papan gergaji ke bolt papan. Letakkan papan di posisi terbelakang sekali.

Letakkan rantai di atas gegancu dan di lurah papan gergaji. Mulakan dari sebelah atas papan. Pastikan mata memotong menghadap ke hadapan atas papan gergaji.

Pasang penutup klac dan masukkan pin pelaras di lubang papan gergaji. Periksa sama ada penggerak di rantai terletak betul di lurah papan dan gegancu. Ketatkan nat papan pada gegancu dengan jari. Pusingkan skru pelaras rantai mengikut pusingan jam.

Tegangkan rantai dengan menggunakan wrench kombinasi. Rantai sepatutunya ditegangkan sehingga ianya elok muat di sebelah bawah papan.

Naikkan hujung papan gergaji dan tegangkan rantai. Rantai telah ditegang betul apabila ianya tidak kendur di sebelah bawah papan, tetapi masih boleh digerakkan dengan tangan. Pegang ke atas hujung papan dan ketatkan nat dengan wrench kombinasi.

Apabila memasang rantai baru, tegangan rantai mestilah diperiksa selalu sehingga stabil. Rantai yang ditegangkan dengan betul akan memberi pemotongan yang baik dan jangka hayatnya panjang.

A

Memasang spike bumper

Untuk memasang spike bumper – sila hubungi agen servis anda.

(26)

Campuran bahan bakar

MUSTAHAK! Gergaji berantai dilengkapi dengan enjin 2-lejang dan berfungsi menggunakan petrol dengan minyak pelincir 2- lejang. Adalah penting nisbah campuran kedua-duanya tepat.

Apabila jumlah yang dicampur sedikit, ketidaktepatan yang sedikit sekalipun boleh menjejas teruk nisbah campuran.

Pastikan anda mempunyai ruang pengudaraan yang baik apabila mengendalikan bahan bakar.

Petrol

• Gunakan petrol tanpa plumbum atau berplumbum yang bermutu.

• Oktain terendah yang disyorkan ialah 90.

• Jika enjin menggunakan gred oktain rendah daripada 90, knocking akan berlaku.

Ini akan menjadikan enjin terlalu panas dan boleh merosakkan enjin dengan teruk.

• Gunakan oktain tinggi jikalau enjin digunakan lama dengan kelajuan tinggi.

Minyak 2-lejang

• Untuk kecemerlangan enjin, gunakan minyak 2-lejang HUSQVARNA yang direka khas untuk gergajinya. Nisbah campuran 1:50 (2%).

• Jikalau tiada minyak HUSQVARNA, anda boleh gunakan minyak 2-lejang yang bermutu untuk kegunaan enjin disejukkan oleh udara. Hubungi agen anda bila memilih minyak. Nisbah campuran 1:33 (3%) - 1:25 (4%).

• Jangan gunakan minyak 2-lejang direka untuk enjin dengan sistem penyejukan air, seperti enjin sangkut motor bot.

• Jangan gunakan minyak 4-lejang atau minyak pelincir gred pelbagai.

5 10 15 20

2%(1:50) 0,10 0,20 0,30 0,40

3%(1:33) 0,15 0,30 0,45 0,60

4%(1:25) 0,20 0,40 0,60 0,80 Gasolin

Benzin Essence Gasolina

Lit.

Oil • Öl Huile • Aceite

Lit.

1 2 1/2

5

2%(1:50) 2 1/2 6 1/2 12 7/8

3%(1:33) 3 3/4 9 3/4 19 1/4

4%(1:25) 5 1/8 12 7/8 25 3/4 US

gallon

US fl. oz.

Mencampur

• Campurkan minyak 2-lejang dengan petrol dalam tangkungan bersih yang dikhaskan.

• Mulakan dengan mengisi setengah petrol yang hendak digunakan.

Kemudian campur minyak 2-lejang. Tambah kesemua baki petrol dan goncang.

• Goncang sebelum tuang ke dalam tangki.

• Jangan campur petrol lebih dari keperluan untuk sebulan.

• Jikalau gergaji lama tidak digunakan, kosongkan dan bersihkan tangki minyak.

Minyak rantai

• Sistem pelinciran rantai adalah automatik. Gunakan minyak rantai yang

berkualiti, mempunyai ciri melekat.

• Di negara di mana minyak rantai khas tidak boleh diperolehi, minyak transmisi EP 90 boleh digunakan sebagai pengganti.

• Jangan gunakan sisa minyak. Ini akan

merosakkan pam minyak, papan dan rantai.

• Adalah penting anda menggunakan minyak yang betul kelikatannya mengikut suhu persekitaran.

• Pada suhu di bawah 0°C (32°F) sesetengah minyak akan bertambah pekat. Ini boleh membebankan pam dan seterusnya merosakkan komponen pam minyak.

• Hubungi agen servis anda semasa memilih minyak rantai.

(27)

Mengisi bahan bakar

Ikuti langkah berikut untuk mengurangkan risiko kebakaran.

• Jangan merokok atau meletak objek panas berhampiran bahan bakar.

• Matikan enjin sebelum mengisi bahan bakar.

• Buka penutup bahan bakar perlahan-lahan (melepaskan tekanan beransur-ansur).

• Ketatkan penutup selepas mengisi bahan bakar.

• Alihkan gergaji daripada tempat mengisi bahan bakar sebelum gergaji dihidupkan semula.

Bersihkan di sekeliling penutup bahan bakar.

Bersihkan tangki minyak dan bahan bakar selalu. Penapis bahan bakar patut ditukar setahun sekali. Kekotoran minyak menyebabkan enjin rosak. Isipadu minyak rantai dan petrol diselaraskan supaya enjin akan berhenti kehabisan petrol sebelum kehabisan pelincir. Oleh itu, isi minyak rantai dan petrol pada masa yang sama.

Min 3 m

(10ft)

(28)

Menghidupkan enjin

Genggam pemegang hadapan dengan tangan kiri dan kaki kanan pijak pemegang. Tarik dengan perlahan penghidup dengan tangan kanan hingga tersang- kut gegancu starter.

Kemudian tarik dengan kuat dan pantas.

Tekan tuil larasan cengkik (choke) sebaik sahaja ada pembakaran dalam enjin dan ulangi cubaan untuk

menghidupkannya. Apabila enjin hidup, tekan pecutan penuh dan selak pecutan akan terlepas.

BERHATI-HATI! Jangan lepaskan tuil starter semasa ia masih terkeluar penjang. Ia akan merosakkan mesin.

Menghidupkan dan mematikan enjin

AMARAN!

• Jangan hidupkan enjin tanpa papan gergaji, rantai dan penutup klac (brek rantai) dipasang. Klac boleh tercabut dan mencederakan.

• Jauhkan gergaji dari tempat mengisi bahan bakar sebelum menghidupkan enjin.

• Letakkan gergaji di tempat lapang atau rata dan pastikan tidak tersentuh dengan objek-objek lain.

Pastikan kedudukan anda stabil.

• Jauhkan orang dan haiwan dari kawasan kerja.

Enjin sejuk

BREK RANTAI:

Lepaskan brek rantai dengan menarik pelindung tangan ke arah pemegang hadapan.

PENCUCUH:

Gerakan suis pencucuh ke posisi start.

CENGKIK

Laras kawal cengkik ke posisi cengkik.

IDEL TINGGI

Kombinasi cengkik/idel tinggi akan diperolehi apabila cengkik digerakkan ke posisi cengkik.

Jika gergaji anda dilengkapi dengan injap pengurang kemampatan (A):

tekan injap untuk

mengurangkan tekanan di dalam silinder untuk memudahkan enjin

dihidupkan. Sentiasa gunakan injap pengurang kemampatan apabila menghidupkan enjin.

Setelah enjin hidup, injap akan kembali ke posisi asal.

Enjin panas

Ikut prosedur sama seperti menghidupkan enjin sejuk, tetapi tanpa menggunakan cengkik. Idel tinggi diperolehi dengan menggerakkan kawalan cengkik ke posisi cengkik dan balik semula ke posisi asal.

A

Mematikan enjin

Enjin dimatikan dengan menolak suis ke posisi stop.

(29)

Karburetor

Fungsi, Larasan asas dan Larasan akhir

AMARAN! Jangan hidupkan enjin tanpa memasang papan dan rantai dan penutup klac (brek rantai). Sekiranya anda berbuat

demikian klac akan tertanggal dan mengakibatkan kecederaan teruk.

Operasi

• Karburetor mengawal kelajuan enjin melalui pecutan. Udara dan petrol dicampur dalam karburetor. Campuran ini boleh dilaras. Untuk mendapat hasil maksimum, larasan ini mestilah tepat.

• Melaras karburetor bermakna menyesuaikan enjin dengan keadaan setempat iaitu iklim, ketinggian, petrol dan jenis minyak 2-lejang yang digunakan.

• Karburetor ada tiga larasan:

L = Jet kelajuan rendah H = Jet kelajuan tinggi T = Skru larasan kelajuan idel

• Kuantiti petrol yang diperlukan berkaitan dengan pengaliran udara, disediakan dengan membuka pecutan, dilaraskan oleh jet H dan L. Jika diskru arah jam ia akan mengurangkan kadar minyak (leaner) yang digunakan. Kalau pusing lawan arah jam, mesin akan menggunakan lebih minyak (richer).

Leaner memberi kelajuan enjin yang lebih dan richer kelajuan yang kurang.

• Skru T melaras kelajuan idel. Jika diskru arah jam

kelajuannya bertambah; lawan arah jam kurang kelajuan idel.

Larasan asas dan tempoh penyesuaian kelajuan

Karburetor telah dilarasakan pada larasan asas semasa diuji di kilang: Larasan asas adalah: H = 11/4 pusingan, L = 11/4 pusingan.

Bagi menentukan komponen enjin mendapat tahap pelinciran yang baik (running in) karburetor hendaklah dilaras dengan tinggi petrol untuk 3-4 jam operasi pertama.

Untuk mendapatkannya laras kelajuan overspeed kepada 6-700 pusingan seminit di bawah kelajuan maksimum.

Jika anda tiada peralatan menentukan tahap kelajuan seperti

“Tachometer”, larasan jet H ke tahap kurang minyak (lean) tidak digalakkan. Jangan melebihi kelajuan yang disyorkan.

INGAT! Jikalau rantai berpusing semasa idel, laraskan skru T lawan arah jam sehingga rantai berhenti.

Larasan tepat

• Setelah gergaji dilincirkan, karburetor sepatutnya dilaras dengan lebih tepat. Larasan ini perlu dibuat oleh pakar.

Mula-mula laras jet L dan T, kemudian jet H.

Kelajuan larasan adalah seperti berikut:

Kelajuan maksimum Kelajuan larasan T

385XP: 13 500 psm 2 700 psm

Syarat-syarat

• Sebelum sebarang larasan dibuat, penapis udara mestilah dibersihkan dan cowling silinder dipasang. Menyelaras karburetor semasa penapis udara kotor akan menghasilkan campuran minyak yang rendah apabila penapis udara dibersihkan. Ini akan mengakibatkan kerosakan teruk.

• Dengan teliti pusing jet L dan H arah jam ke bawah sampai tertutup. Kemudian, pusing arah lawan jam 1 pusingan.

Karburetor sekarang mempunyai H = 1 dan L = 1.

• Hidupkan gergaji mengikut arahan dan biarkan panas selama 10 minit. INGAT! Jikalau rantai berpusing, laraskan T sehingga rantai berhenti.

• Letakkan gergaji di tempat rata supaya papan menghala jauh dari anda dan papan serta rantai tidak menyentuh apa-apa objek.

Jarum kelajuan rendah L

• Cuba dapatkan kelajuan idel tertinggi dengan

memutarkan jarum kelajuan idel ikut pusingan jam dan lawan pusingan jam. Apabila kelajuan tinggi dicapai, putar jarum kelajuan rendah (L) 1/4 pusingan lawan arah jam. INGAT! Jika rantai bergerak. Laraskan kelajuan idel hingga rantai berhenti.

Larasan muktamad kelajuan idel T

Laraskan kelajuan idel dengan skru T. Jika perlu diselaraskan semula, mulakan dengan memutarkan skru pelaras kelajuan idel T arah pusingan jam hingga rantai mula hendak berpusing.

Kemudian pusing arah lawan pusingan jam hingga rantai berhenti. Pelarasan kelajuan idel tercapai apabila enjin berjalan lancar dalam mana-mana posisi. Ianya adalah panduan untuk pusingan enjin apabila rantai mula berpusing.

Jikalau larasan yang dikehendaki tidak tercapai hubungilah agen servis anda. Jangan gunakan gergaji sehingga dibaiki atau dilaras dengan sempurna.

Jarum kelajuan tinggi H

• Jarum kelajuan tinggi H mempengaruhi kuasa gergaji. Pelarasan rendah minyak bagi jarum kelajuan tinggi H (jarum kelajuan tinggi H ditutup lebih) akan membuat enjin terlalu laju dan merosakkan enjin.

Untuk melaras, biar gergaji berjalan pada kuasa penuh selama 10 saat. Selepas itu, pusing H 1/4 putaran lawan arah jam. Biarkan gergaji

berjalan selama 10 saat lagi dan teliti bunyi. Ulangi prosedur ini dengan menambah 1/4 pusingan arah lawan jam.

• Sekarang mesin ini telah diuji dengan larasan H = ±0, H = +1/4, H = +1/2 daripada larasan asas. Pada kelajuan penuh enjin tersebut mengeluarkan bunyi yang berlainan bagi tiap-tiap pelarasan. Larasan adalah tepat apabila ada sedikit kedengaran seperti “4-cycles”. Jika gergaji “whistles”, pelarasan kurang petrol. Jika enjin mengeluarkan asap, pelarasan banyak petrol. Pusing jarum kelajuan tinggi H hingga dapat bunyi yang betul.

INGAT! Untuk larasan optimum karburetor, hubungilah agen yang berkelayakan membuat servis dan mempunyai revolution counter. Jangan melebihi kelajuan maksimum yang disyorkan.

Karburetor yang tepat dilaraskan

Karburetor yang dilaras tepat akan memecut tanpa sekatan dan

“4-cycles” sedikit pada kelajuan maksimum. Rantai tidak boleh bergerak semasa kelajuan idel. Jika L dilaras terlalu kurang (leaner), enjin sukar dihidupkan dan pecutan kurang baik. H yang dilaraskan terlalu kurang (leaner) mengakibatkan kurang kuasa = keupayaan, pecutan lemah dan boleh merosakkan enjin. Jika kedua-dua L dan H telah terbanyak dilaraskan, pecutan akan menjadi lemah dan kelajuan menurun.

H

L

+ 1/4

L

H T

(30)

Alat penghidup enjin

AMARAN!

• Semasa spring patah balik dipasang, dalam starter housing, ia dalam keadaan tegang dan jika tidak berhati-hati ia boleh melompat dan menyebabkan kecederaan.

• Sentiasa berwaspada semasa menukar spring dan tali penghidup dengan memakai pelindung mata.

Menukar tali penghidup yang putus atau haus

• Longgarkan skru yang mengikat alat penghidup di enjin dan keluarkan alat penghidup.

• Tarik tali penghidup lebih kurang 30 cm. Keluarkan melalui takuk di takal.

Lepaskan takal pusing ke belakang perlahan. Buka skru di takal dan keluarkan takal.

• Masukkan dan ketatkan tali penghidup baru di takal.

Buat 3 pusingan tali di takal.

Pasangkan takal ke spring patah balik dengan menyangkutkan hujung spring ke takal. Masuk skrew di takal dan ketatkan.

Anyamkan tali mengikut perjalanannya dan pasangkan semula keseluruhan penghidup enjin.

Menegangkan spring patah balik

• Angkat tali penghidup di takuk iaitu di takal dan putarkannya 2 kali arah jam.

INGAT! Pastikan tali boleh ditarik sebanyak 1/2 pusingan lagi walaupun terasa sudah ditarik habis.

Menukar spring patah balik yang patah

• Angkat takal penghidup (lihat “Menukar tali

penghidup yang putus atau haus”).

• Tanggalkan spring patah balik dengan mengetuk takal (dengan permukaan dalam menghadap ke bawah) perlahan-lahan ke atas meja kerja. Jika spring melompat keluar semasa memasang, ianya mesti disusun semula, luar dan dalam menghala ke pusat.

• Lincirkan spring patah balik dengan minyak cair.

Pasang semula takal penghidup dan tegangkan spring.

Pemasangan alat penghidup

• Pasang alat penghidup dengan menarik talinya keluar dan pasang sebelah enjin. Kemudian dengan perlahan lepaskan tuil supaya takal berfungsi dengan penyangkutan (pawls).

• Pasang dan ketatkan skru yang memegang

penghidup.

(31)

Penapis udara

Penapis udara mesti selalu dibersihkan dari habuk dan kekotoran untuk mengelakkan:

• Kerosakan karburetor

• Masalah menghidupkan enjin

• Kekurangan kuasa enjin

• Kehausan alat enjin yang tidak sepatutnya berlaku

• Kegunaan bahan bakar luarbiasa.

Bersihkan penapis udara setiap hari atau lebih kerap jika habuk berlebihan di tempat kerja.

• Tanggalkan penapis dengan membuka penutup silinder. Apabila memasang semula, pastikan penapis ketat dipasang di tempatnya. Bersihkan penapis udara dengan berus.

• Pembersihan lebih sempurna boleh dilakukan dengan menggunakan air dan sabun.

Penapis udara setelah digunakan beberapa lama tidak boleh dibersihkan sepenuhnya. Ia perlu ditukar baru. PENTING!

Penapis udara yang telah rosak mesti ditukar baru.

Penyerap bising

Penyerap bising direkabentuk untuk mengurangkan tahap bising atau bunyi dan

menghalakan arah ekzos jauh daripada pengguna. Gas eksos adalah panas dan mempunyai percikan api yang boleh mencetus kebakaran jika diarahkan ke bahan kering dan mudah terbakar.

Banyak penyerap bising dilengkapkan dengan pelindung khas.

Jika gergaji anda mempunyai penyerap bising jenis ini, pelindung khas tersebut perlu dibersihkan setiap minggu dengan menggunakan berus dawai.

AWAS! Pelindung mesti diganti jika rosak. Gergaji akan menjadi panas jika pelindung tersumbat. Silinder dan piston akan menjadi rosak. Jangan gunakan gergaji yang mempunyai penyerap bising yang tersekat/tersumbat.

Palam pencucuh

Keadaan palam pencucuh tertakluk kepada:

• Pelarasan karburetor tidak betul

• Nisbah campuran bahan bakar tidak betul (terlalu banyak pelincir)

• Penapis udara yang kotor Keadaan ini menyebabkan longgokan karbon di elektrod palam pencucuh yang mengakibatkan enjin tidak berjalan lancar dan susah dihidupkan.

Jikalau enjin susah

dihidupkan, tiada keupayaan dan tidak berjalan lancar pada kelajuan idel, dahului dengan membuat pemeriksaan palam pencucuh.

Jika palam pencucuh kotor, bersihkan dan laraskan jarak elektrod kepada 0.5 mm (0.020"). Gantikan palam pencucuh selepas sebulan digunakan atau lebih awal sekiranya elektrod haus teruk.

PENTING! Pastikan anda guna palam pencucuh yang disyorkan. Palam pencucuh yang salah boleh merosakkan piston dan silinder.

0,5 mm

Penyenggaraan bearing jarum

Dram klac dilengkapi dengan salah satu gegancu rantai berikut:

• Gegancu spur (A) (gegancu rantai di kimpal kepada dram)

• Gegancu gelang (B) (boleh ditukar)

Kedua-dua jenis tersebut mempunyai bearing jarum yang perlu digris selalu (sekali seminggu).

INGAT! Hanya gunakan gris berkualiti.

B

Pelarasan pam minyak

Pam minyak boleh dilaras.

Pelarasan dibuat dengan memutar skru menggunakan pemutar skru atau spannar kombinasi. Gergaji dibekal dari kilang telah dilaraskan denga 1 pusingan terbuka.

Putar mengikut arah jam akan mengurangkan aliran minyak dan memutar arah lawan jam akan menambah aliran minyak.

INGATAN! Tentukan enjin tidak hidup semasa membuat pelarasan.

Pelarasan yang disyorkan:

Papan - 15” : 1 pusingan dari posisi tutup Papan 15” - 18” : 2 pusingan dari posisi tutup Papan 18” - 24” : 3 pusingan dari posisi tutup Papan 24” - : 4 pusingan dari posisi tutup

Syor-syor tersebut sesuai bagi minyak rantai Husqvarna. Bagi minyak rantai lain tambahkan aliran minyak lebih satu tangga.

A

+

Referensi

Dokumen terkait

Latar yang terdapat pada cerita rakyat Asal-usul Girilangan terdiri dari 9 latar tempat, yaitu rumah, Pegunungan Kidul dan Kendeng, Desa Gumelem, Desa Salamerta, Desa

Bahasa dan Sastra Jawa, Fakultas Bahasa dan Seni, Universitas Negeri Semarang. Pembimbing I: Drs. Widodo, Pembimbing II: Dra. Kata kunci: prokem, komunikasi bahasa Jawa. Bahasa

Dengan nilai volume akar dan luas daun yang tidak berbeda diperoleh oleh tanaman petsai dengan pemberian kompos kulit buah kopi pada berbagai dosis dan tanpa pemberian

Prinsip Berpolitik dalam Pandangan Satrio Paningit: Ilmu politik merupakan ilmu kenabian atau illmu quran - bukti sederhana adalah jikalau anda menghitung

penegasan secara operasional dari judul Upaya Guru Akidah Akhlak dalam Menanggulangi Kenakalan Siswa Di MTs Assyafi’iyah Gondang Tulungagung Tahun Pelajaran

Permasalahan penentuan awal bulan qomariyah seperti penentuan jatuhnya tanggal untuk bulan syawal, ramadhan atau bulan-bulan qomariyah yang lain, menjadi sebuah problematika

Hasil penelitian : (1) Derajat penetasan telur antara 51%-89%; (2) derajat kelangsungan hidup benih/larva pasca periode pemijahan induk-induk tersebut di karamba jaring apung

Sehingga pembacaan tentang preferensi minat dan kebutuhan-kebutuhan mahasiswa dalam berwisata menjadi hal penting untuk diketahui agar potensi pasar yang cukup besar ini