• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sejarah merupakan mata pelajaran teras y

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Sejarah merupakan mata pelajaran teras y"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Sejarah merupakan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai tahun 4 di tahap dua sekolah rendah. Objektifnya adalah untuk menyemai kefahaman terhadap mata pelajaran Sejarah sejak sekolah rendah. Ini disebabkan melalui pengetahuan dan kefahaman terhadap aspek sejarah negaralah yang mampu melahirkan murid yang berjiwa patriotik. Jadi, melalui kurikulum Sejarah, murid diberi pendedahan untuk menganalisis dan menilai fakta sejarah secara matang. Jika sebelum ini, aspek Sejarah hanya diselitkan dalam mata pelajaran Kajian

Tempatan yang diajar pada tahap dua murid sekolah rendah,kini dengan adanya pengenalan yang berfokus terhadap subjek Sejarah pastinya mampu memupuk minat terhadap subjek Sejarah sedari sekolah rendah sebelum beralih kepada Sejarah dengan lebih mendalam di sekolah menengah.

Kurikulum Sejarah sekolah rendah dibina berasaskan enam tunjang KSSR iaitu Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Literasi Sains dan

Teknologi dan Keterampilan Diri. Keenam-enam tunjang tersebut merupakan nilai yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan oleh kemahiran berfikir aras tinggi. Melalui kesepaduan kesemua aspek ini, modal insan yang seimbang dan harmonis, berpengetahuan dan berketerampilan dapat dilahirkan.

Pendekatan yang menarik yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD), Pembelajaran Akses Kendiri (PAK) dan Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pembelajaran (TMK) pastinya akan melahirkan situasi pembelajaran yang

menyeronokkan dan memberi input yang berguna kepada pelajar dalam melatih Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Seperti yang dikatakan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kata alu-aluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara-negara termaju di dunia, sistem pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan dan mampu berfikir secara kreatif dan kritis.

Tema yang ditekankan dalam kurikulum Sejarah sekolah rendah ialah Tema Mengenal Negara Kita, Sejarah Negara Kita, Kewarganegaraan dan Cintai Tanah Air. Melalui tema-tema ini, pelajar tahap dua sekolah rendah dapat memahami Sejarah berasaskan sikap ingin tahu dan seterusnya menghargai keunikan negara kita dalam melahirkan warganegara yang patriotik di Malaysia. Konsep sebab dan akibat yang ditekankan dalam kurikulum Sejarah juga akan

(2)

Selain itu, perspektif keunikan tanah air yang ditekankan dalam mata pelajaran Sejarah akan dapat menilai warisan negara kita seterusnya menerangkan kehidupan dan kebudayaan masa lalu dan masa kini masyarakat di Malaysia. Menerusi ini, masyarakat Malaysia akan lebih menghormati masyarakat pelbagai kaum, di samping mempertahankan identiti dan warisan negara serta

memahami perbezaan kaum, budaya, dan agama dalam memupuk

persefahaman antara kaum di Malaysia. Jika semua nilai ini dapat disemai sejak sekolah rendah, pastinya Malaysia akan dapat mengekalkan perpaduan yang menjadi aspek yang penting dalam menjana pembangunan negara. Sebagai contoh, pengenalan terhadap budaya kaum-kaum di Malaysia dan budaya setiap negeri di Malaysia tidak kira dari segi pakaian, makanan dan tarian yang

pelbagai dan mempunyai keunikan yang tersendiri akan membantu masyarakat Malaysia memahami dan menghargai keistimewaan negara kita.

Dalam elemen kedaulatan negara kita pula, murid akan didedahkan dengan pencapaian negara dari segi ekonomi, sosial dan pencapaian di peringkat antarabangsa. Menerusi elemen ini, perasaan bangga terhadap pencapaian negara akan dapat dipupuk. Seterusnya, elemen ini juga akan memberi pengetahuan kepada murid dalam memahami cabaran negara dalam

mempertahankan kedaulatan negara. Dengan ini, pembinaan jati diri dalam diri murid akan dapat dibentuk sejak dari zaman sekolah rendah lagi. Lagipun , generasi ini jugalah yang akan menerajui kepimpinan negara pada masa akan datang yang lebih mencabar. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Kesimpulannya, kurikulum Sejarah sekolah rendah merupakan satu bentuk kurikulum yang dilihat sebagai satu usaha dalam melahirkan warganegara yang bersatu padu, mempunyai perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia,

berpengetahuan dan menghayati dan mengamalkan ciri-ciri warganegara yang cemerlang. Elemen-elemen yang diterapkan dalam kurikulum ini diharapkan dapat menjadi wadah dalam menerapkan nilai-nilai yang akan membentuk kehidupan masyarakat yang lebih patriotik dan mempunyai jati diri. Walaupun begitu, memandangkan kurikulum Sejarah ini merupakan kurikulum yang baru ingin dilaksanakan di peringkat sekolah rendah, perhatian yang mendalam terhadap pelaksanaannya dari setiap aspek perlu diambil berat supaya usaha ini tidak akan menjadi sekadar melepaskan batuk di tangga. Pendekatan yang menarik perlulah digunakan oleh guru dan panitia sejarah supaya sesi pembelajaran akan menjadi lebih berkesan terhadap pelajar.

Referensi

Dokumen terkait

Kebijakan puritanisme oleh sultan Aurangzeb dan pengislaman orang-orang Hindu secara paksa demi menjadikan tanah India sebagai negara Islam, dengan menyerang berbagai praktek

Hasil dari penelitian ini bahwa untuk melakukan strategi pemasaran di sosial media marketing, perusahaan harus mengubah mindset dari semua divisi yang ada di dalam

Ada indikasi politik aliran terjadi di Kabupaten Bandung, artinya pemilih yang pada putaran pertama memilih kandidat yang diusung partai Islam (Koalisi PKB)cenderung akan

//Sing sapa bendu / marang wong alim sawiji / aprasasat bendu marang / jeng Nabi ingkang sinelir / sing sapa bendu miring / jeng Nabi rasul wong iku / sasat bendu ing

Selain itu, perhitungan harga pokok produksinya pun masih belum tepat karena biaya bahan baku langsung belum dihitung berdasarkan standar yang spesifik dan

Penelitian ini bertujuan menganalisis kandungan logam berat (Pb, Hg, Cd, dan Cu) pada daging ikan rejung ( S. sihama ), menentukan batas aman untuk mengkonsumsi ikan yang

memiliki perilaku disiplin seorang siswa akan terbiasa dengan hidup tertib, teratur, mentaati peraturan dan norma yang berlaku di sekolah, serta memiliki kegigihan dalam

Penelitian ini akan menguraikan hasil penelitian terkait efektifitas Diabetes Manajemen Self Education (DSME) terhadap pengendalian kadar glukosa darah pada pasien