• Tidak ada hasil yang ditemukan

HUBUNGAN PENGUASAAN STRATEGI PEMBELAJARA. docx

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "HUBUNGAN PENGUASAAN STRATEGI PEMBELAJARA. docx"

Copied!
59
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

BAB SATU

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Bahasa Arab adalah bahasa Al-Quran dan bahasa syurga yang digunakan untuk wahyu nabi dan rasul akhir zaman .Bahasa Arab juga sumber rujukan utama dalam islam kepada pendidik dan pelajar untuk mendalami ilmu islam dan ilmu-ilmu lain dalam Bahasa Arab. Allah taala berfirman dalam surah al-Zukhruf ayat 3 yang bermaksud :

Sesungguhnya kami jadikan kitab itu sebagai Quran yang diturunkan dengan

Bahasa Arab supaya kamu memahaminya.

Dan sabda nabi Muhammad SAW yang bermaksud :

Belajarlah Bahasa Arab dan ajarlah Bahasa Arab kepada manusia .

(3)

berasrama penuh dan sekolah aliran agama (KAA) penubuhan dan perkembangan SMKA bermula pada tahun 1997 telah memberi ruang kepada pengajaran bahasa Arab dengan lebih menarik. Sukatan pembelajarannya digubal dan disusun semula megikut keperluan semasa .

Selaian daripada itu, guru juga memainkan peranan dalam menghasilkan pembelajaran dalam bahasa Arab yang berkualiti dalam mana-mana proses P&P, guru merupakan aset yang penting dalam memastikan kejayaan pelajar. Guru juga merupakan individu yang bertindak sebagai agen perubahan pelajar.

1.1 Latar Belakang Kajian

Kajian soal selidik ini dijalankan di empat buah Sekolah Menengah Agama zon 7 sekolah agama di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan.Sekolah Yayasan Islam Kelantan mempunyai dua aliran utama,aliran Arab dan aliran perdana. Yayasan Islam Kelantan (atau YIK) merupakan sebuah organisasi kerajaan negeri yang bertanggungjawab dalam usaha menyebar dan mengembangkan ajaran dan pendidikan agama Islam dan bahasa Arab di Kelantan. YIK telah ditubuhkan pada 1 Julai, 1974 di bawah kuatkuasa Enakmen Kelantan bilangan 9/1968 (Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan) dengan nama Jabatan Sekolah-sekolah Agama Kelantan (JASA). Pada masa itu, pejabatnya terletak di Lundang, Kota Bharu.

(4)

Kajian tinjauan dilakukan dalam zon tujuh Sekolah Menengah Ugama Arab di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan berpandukan pada kemerosotan keputusan mata pelajaran bahasa Arab tiga tahun terkini. Mata pelajaran bahasa Arab rata-rata pelajar kurang berminat dan memberi penekanan walaupun mereka belajar di Sekolah Menengah Ugama Arab Yayasan Islam Kelantan. Melalui dapatan pemerhatian pengkaji, Kebanyakan pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Ugama Arab tidak memiliki perbendaharaan kata sperti yang ditetapkan oleh Unit Bahasa Arab Kementerian Pelajaran Malaysia.

1.2 Kerangka konseptual Kajian.

Pemboleh Ubah Bebas (IV ) Pemboleh Ubah Bersandar (DV)

1.3 Penyataan Masalah

Penggunakan buku teks dalam kurikulum Arab/Agama kelolaan Yayasan Islam Kelantan telah bermula semenjak ia ditubuhkan oleh kerajaan negeri Kelantan. .Namun penguasaan Bahasa Arab dalam kalangan pelajar di sekolah Yayasan Islam Kelantan masih lemah dan gagal mengikut objektif sekolah Yayasan Islam Kelantan ditubuhkan . walau bagaimana pun, pelajar lepasan sekolah Agama Yayasan Islam Kelantan ramai dapat menyambung pelajaran ke universiti dalam dan luar negara dalam jurusan Bahasa Arab dan jurusan Islam.Seterusnya

Faktor Demografi Jantina Prestasi Akademik Pelajar Strategi Pembelajaran Bahasa Memori Kognitif Kompensasi Metakognitif Afektif Sosial

(5)

menjawat jawatan dalam kerajaan. . Pihak Unit Bahasa Arab Kementerian Pelajaran Malaysia menetapkan perbendaharaan kata yang wajib dingat di tingkatan satu sebanyak seribu enam ratus patah perkataan, di tingkatan dua sebanyak dua ribu enam ratus patah perkataan, di tingkatan tiga sebanyak tiga ribu enam ratus patah perkataan, di tingkatan empat empat ribu enam ratus patah perkataan, di tingkatan lima lima ribu enam ratus patah perkataan, di tingkatan enam enam ribu enam ratus patah perkataan termasuk kata kerja dan kata nama. Pengkaji melihat dari sudut lain tentang ketidakmampuan pelajar-pelajar Sekolah Menegah Ugama Arab Yayasan Islam Kelantan dalam zon tujuh anataranya:

1. Tidak mempunyai perbendaharan kata mengikut standard yang ditetapkan. 2. Tidak belajar dengan strategi pembelajaran bahasa Arab dengan baik.

3. Tidak berlatih berkomunikasi dengan guru-guru serta sesama mereka dengan lebig kerap. 4. Guru dan pelajar tidak menggunakan strategi dan model pembelajaran bahasa yang sesuai dan berkesan.

5. Belajar bahasa Arab sambil lewa sedangkan bahasa arab adalah bahasa paling susah di dunia.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk :

1) Menjelaskan samada terdapat perbezaan antara penggunaan strategi pembelajajaran

bahasa Arab berdasarkan demografi.

2) Menjelaskan samada terdapat hubungan antara penggunaan strategi pembelajaran Bahasa

(6)

3) Menjelaskan samada terdapat hubungan antara pengguaan strategi secara langsung dan

Strategi tidak langsung dengan penguasaan bahasa Arab.

4) Meneroka penggunaan strategi pembelajaran bahasa yang paling mempengaruhi

Penguasaan bahasa Arab.

1.5 Soalan Kajian

Berdasarkan kepada objektif kajian ,kajian ini diharapkan dapat menjawab persoalan berikut :

1) Adakah terdapat perbezaan signifikan penggunaan strategi pembelajaran membaca Bahasa Arab berdasarkan faktor demografi ?

2) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan penggunaan strategi pembelajaran bahasa dengan

Penguasaan bahasa Arab?

3) Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara penggunaan strategi secara langsung dan

(7)

4) Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara penggunaan strategi pembelajaran bahasa

Dengan penguasaan bahasa Arab?

1.6 Hipotesis Kajian

Ho1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara penggunaan strategi pembelajaran membaca Bahasa Arab berdasarkan demografi.

Ho2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara penggunaan strategi pembelajaran membaca Bahasa Arab dengan penguasaan Bahasa Arab.

Ho3 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara penggunaan strategi membaca secara langsung dan tidak langsung dengan penguasaan Bahasa Arab.

(8)

1.7 Kerangka kajian

Kajian mempunyai kerangka konseptual kajian dan kerangka teoritikal yang dipilih oleh pengkaji sebelum membuat tinjauan soal selidik ke atas responden. (cari rujukan lagi)

1.8 Kepentingan kajian

Penyelidik yakin bahawa kajian yang dijalankan ini amat bertepatan dengan perkembangan pendidikan di Malaysia dengan pelbagai kurikulum baru yang dirintis oleh program J-QAF yang mana semua pelajar muslim di negara ini mesti mendapat manfaat dari J_QAF. Perkembagan baru dalam pendidkan Malaysia pula ialah program kurikulum Dini yang baru diperkenalkan di sekolah SABK ( Sekolah Agama bantuan Kerajaan ) , Sekolah Ulul Albab pada tahun 2016 .

(9)

Arab dalam kalangan pelajar Yayasan Islam tidak stabil,ada kemerosotan dan peningkatan pencapaian di semua sekolah menengah Agama di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan.Bukan tiada pelajar sekolah menengah Yayasan Islam Kelantan fasih bertutur dalam Bahasa Arab ,pantas membaca bahasa Arab tanpa baris dalam petikan tetapi jika hendak dibandingkan dengan yang tidak boleh membaca dan bertutur itu masih ada.

Matapelajaran bahasa Arab tidak menjadi subjek wajib lulus dalam SPM (Sijil pelajaran Malaysia ) tetapi jika pelajar ingin menyambung pelajaran ke Timur Tengah seperti Jordan , pelajar hendaklah mendapat kredit dalam Bahasa Arab.Begitu juga , jika pelajar ingin menyambung pelajaran di KIAS ( Kolej Universiti Antarabangsa Sultan Ismail ) yang pertama dinilai ialah Bahasa Arab,PSI dan PQS. Kredit bahasa Arab dan lulus bahasa Arab telah banyak digunakan sebagai subjek wajib kredit jika ingin menyambung pelajaran dalam jurusan Agama di universiti awam dan swasta di Malaysia. Oleh itu, perkembangan pendidkan di Malaysia telah maju ke hadapan melangkah jauh selari dengan perkembangan teknologi dalam pendidikan.

1.9 Definisi Operasional

Definisi-definisi di bawah ini digunakan dalam kajian ini sepertimana berikut:

(10)

Kamus dewan (1996) mendefinisikan strategi sebagai rancangan yang teratur lagi memperhitungkan pelbagai faktor untuk mencapai matlamat . Pembelajaran ialah satu proses berusaha untuk memperolehi ilmu , menuntut ilmu pengetahuan atau satu proses kegiatan belajar. Membaca pula bermaksud memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya.

Menurut Oxford(1990) strategi pembelajaran membaca merupakan tingkah laku spesifik

Atau teknik-teknik yang digunakan oleh pelajar untuk membantu mengembangkan kemahiran mereka dalam pembelajaran bahasa kedua atau bahasa asing. Menurut Zamri dan Mohd Amin (2005) strategi pembelajaran bahasa banyak membantu pelajar belajar dengan baik dan strategi pembelajaran yang berbeza turut mempengaruhi gaya pembelajaran bahasa.(Cari rujukan lagi pasal p&p bahasa )

Pengkaji hanya memilih strategi pembelajaran bahasa yang diperkenalkan oleh Oxford (1990) ianya terbahagi kepada dua bahagian :

1) Strategi secara langsung

a) Memori

b) Kognitif

c) Kompensasi (pampasan)

(11)

2) Strategi Secara Tidak Langsung

a) Metakognitif

b) Afektif

c) Sosial

2. Penguasaan Bahasa Arab

Pencapaian pelajar dalam mata pelajaran bahasa Arab dalam peperiksaan akhir tahun 2016 di empat buah Sekolah Menengah Agama Yayasan Islam Kelantan dalam zon 7 di negeri Kelantan . Petunjuk yang dikeluarkan oleh Yayasan Islam Kelantan .

A: Cemerlang

B: Baik

C: Kepujian

(12)

E: Tidak mencapai tahap penguasaan minimum ( gagal)

3. Pelajar tingkatan 4

Kajian soal selidik ini melibatkan pelajar lelaki dan perempuan tingkatan empat yang akan menduduki peperiksaan akhir tahun tingkatan empat dan Sijil Menegah Ugama (SMU) 2018

4. Prestasi Akademik Pelajar

Berdasarkan kepada kemampuan pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran pada sesuatu tahap mengikut ukuran peperiksaan . Perestasi akademik pelajar diukur melalui melalui keputusan akhir tahun 2017 mengikut gred yang ditetapkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri dan Yayasan Islam Kelantan.

1.10 Skop dan Batasan Kajian

(13)

1. Kajian tinjauan banyak digunakan dalam bidang pendidikan , perniagaan , keselamatan

Masalah pembangunan kerajaan, kesihatan orang ramai, masalah sosial, politik, psikologi

dan sosiologi.

2. Kajian tinjauan dapat mengumpul jawapan yang terus dari subjek kajian. Oleh itu ia sesuai

digunakan untuk menghurai fenomena yang diminati oleh pengkaji.

3. Kajian tinjauan biasanya digunakan untuk membuat ramalan tentang sesuatu isu masyarakat

Yang timbul .Chua Yan Piaw (2006)

Secara kebiasaannya , pengkaji akan mengumpul maklumat tentang penggunaan strategi bahasa dalam pengusaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Yayasan Islam Kelantan zon tujuh di negeri Kelantan dan hubungannya dengan penguasaan bahasa Arab. Sekolah Menengah Ugama di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan telah mengguna dan memakai kurikulim Arab/Agama dalam kurikulum mereka sejak penubuhan Yayasan Islam Kelantan (YIK) sejak tahun 1974 lagi. Namun masih ada segelintir pelajar yang tidak boleh menguasai bahasa arab dengan baik dan cemerlang. Oleh sebab itu, pengkaji ingin mengetahui lebih detail apakah faktor yang sebenarnya berlaku dalam kalangan pelajar kurikulum aliran Arab/Ugama Yayasan Islam Kelantan (YIK)

(14)

1.11 Kesimpulan

Bab II

TINJAUAN LITERATUR

2.0 Pendahuluan

(15)

kajian, pengkaji akan membuat kajian literatur untuk memperoleh maklumat kajian lepas yang sesuai. Banyak maklumat yang boleh diperoleh daripada kajian literatur . Maklumat yang dirujuk daripada literature termasuk teori , reka bentuk kajian , instrument, prosedur kajain , kaedah pengumpulan data dan dapatan kajian.Chua Yan Piaw (2006)

Tinjauan literatur ialah difokus perbincangan kepada teori dan latar belakang yang menjadi dasar kajian serta membelek-belek kajian –kajian dan penyataan-penyataan yang ada hubungan dengan pembolehubah bagi kajian ini. Perbincangan dalam bab ini juga memberi penekanan terhadap penyediakan latar belakang penyataan masalah ,pembentukan objektif kajian dan soalan kajian serta pembinaan kerangka konseptual kajian.

2.1 Definisi dan Konsep

Chua Yan Piaw (2006) Rujukan literatur juga boleh membantu pengkaji daripada mengulangi kesilapan kajian lepas. Ia membantu pengkaji merancang strategi kajian daripada mula sehingga ke akhir kajian. Ia membantu pengkaji mengenal pasti objektif kajian, mengoperasikan konsep teoritikal , membina kebolehpercayaan dan kesahan instrumen pengukuran, menentukan reka bentuk kajian yang sesuai, memilih cara menganalisis data serta menerangkan secara rasional dapatan kajiannya. Tujuan membuat rujukan kajian lepas yang lain termasuk :

(16)

dilakukan.

b. Mengetahui samada terdapat perbezaan antara hasil-hasil kajian lepas.

c. Mengenal pasti variable-varaibel dan faktor-faktor yang mempengaruhi masalah kajian yang

ingin dilakukan.

d. Memperoleh maklumat mengenai cadangan kajian masa depan yang harus dilakukan oleh

kajian lepas. Cadangan-cadangan yang disenaraikan oleh pengkaji dalam kajian lepas boleh

digunakan sebagai panduan untuk reka bentuk kajian yang akan dilakukan

e. Mengenal pasti bidang-bidang kajian yang jika dilakukan kajian, akan memperoleh

kefahaman dan pengetahuan penting mengenai masalah yang ingin dikaji.

f. Mengetahui bagaimana pengkaji-pengkaji lain menghubungkait teori-teori dan reka bentuk

kajian.

g. Mengetahui bagaimana pengkaji lain mengukur variabel - variabel kajian. Ia termasuk

membina instrumen kajian, membina skala untuk item pengukuran dan menguruskan

(17)

2.2 Kerangka Teoritikal

Model Oxford

A Strategi Pembelajaran

Bahasa

Strategi Secara Langsung

Memori

Kognitif

Kompensasi

Strategi Secara Langsung Metakognitif Afektif Sosial

(18)

2.3 Teori Kajian Pembelajaran Bahasa

Terdapat pelbagai teori yang berkaitan dengan pemboleh ubah strategi pembelajaran bahasa dalam kajian yang dipilih . Teori-teori tersebut dijadikan dasar dan panduan dalam pemilihan pemboleh ubah dan pembentukan kerangka konseptual bagi kajian ini khususnya yang menekankan strategi pembelajaran bahasa.

(19)

bahawa teori yang diperkenalkannya melibatkan pembahagian yang teliti , luas dan mendalam . Ianya juga melibatkan empat kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, membaca, bertutur dan menulis .

Dalam teori ini pembelajaran bahasa dibahagikan kepada dua bahagian .

1) Secara secara langsung

Melibatkan strategi memori , kognitif dan kompensasi( pampasan) pelajar berintraksi

Secara langsung dengan bahasa sasaran untuk mencapai sesuatu objektif pembelajaran

. Bagi setiap bahagian dalam strategi ini dibahagikan kepada dua bahagian kepada

Kompenen – kompenen kecil.

1. Strategi memori dibahagikan kepada membina ikatan akal,

Menggunakan imej dan suara, mengulang dan menyusun perlakuan .

II. Strategi kognitif dibahagikan kepada pengaplikasian , menerima dan

Menghantar mesej, menerima idea dan membina struktur bagi input

dan output

III. Strategi kompensisi dibahagikan kepada meneka secara bijak dan

menjangkau batasan dalam bertutur

(20)

terbahagi kepada

1. Strategi metakognitif yang melibatkan pembelajaran berpusat ,

Mengatur dan merancang pembelajaran seterusnya menilai

Pembelajaran.

II. Strategi afektif melibatkan tiga pembahagian iaitu mengurangkan

kebimbangan , mendorong diri dan mengawal suhu emosi .

III. Strategi sosial pula melibatkan bertanya soalan , bekerjasama dan

Interaksi dengan orang lain.

Strategi Pembelajaran bahasa

.

Strategi Secara Tidak Langsung

 Metakognitif  Afektif

 Sosial Strategi Secara langsung

* Memori * Kognitif

(21)

Gaya dan strategi pembelajaran bahasa saling mempengaruhi strategi pembelajaran bahasa seorang pelajar .Strategi pembelajaran merupakan satu cara untuk membantu seseorang berjaya menguasai sesuatu pelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian yang cemerlag dalam bahasa tersebut.Proses membaca memerlukan penggunaan strategi yang tepat dan efektif . Untuk memastikan memahami teks secara tersurat dan tersirat. Penguasaan bahasa yang baik menjadikan pelajar lebih berautonomi ,berkeyakinan dan bermotivasi (Radha Nambiar, Noraini & Pramela, 2008 )

O’Malley (1990) pula mendefinisikan strategi pembelajaran sebagai satu pemikiran atau tingkah laku khusus yang digunakan oleh individu untuk membantu mereka memahami, belajar dan menyimpan maklumat baru. Beliau telah membahagikan strategi pembelajaran bahasa kepada tiga bahagian:

1) Strategi metakognitif

Merangkumi rancangan aktiviti pembelajaran, mengorganisasikan operasi pemikiran

yang berkaitan dengan penumpuan pembelajaran, perancangan, penyusunan dan

penilaian pembelajaran, ia melibatkan tiga peringkat iaitu :

I. Peringkat perancangan

II. Peringkat pemantauan

(22)

2) Strategi kognitif

Tumpuan kepada tugasan atau aktiviti yang terlibat secara langsung dengan aktiviti

Pembelajaran bahasa seperti pelaziman, latih tubi, pengulangan, menyalin nota,

Menggabungjalin dan sebagainya. Ia diaplikasikan dari Teori Pembelajaran Kognitif .

Ia melibatkan tiga bahagian utama:

1. Latihan .

Melibatkan strategi pengulangan, penggunaan kata kunci, aktiviti

mengingat dan rujukan.

II. Penyusunan

Melibatkan strategi pengkategorian, menulis nota dan penggabung jalin.

III. Penerangan semula

Melibatkan strategi meringkas, terjemahan dan gambaran.

(23)

Berkaitan dengan aktiviti pengantaraan sosial dan pengawalan emosi, sikap dan nilai kendiri

Dalam proses pembelajaran. Ia melibatkan diri dengan orang lain di persekitaraannya, dan

dibahagikan kepada :

I. Kerjasama

II.Pertanyaan

III. Monolog dalam diri

Rubin (1990) pulatelah membahagikan strategi pembelajaran bahasa kepada dua bahagian

1) Strategi kognitif

Berkaitan langkah-langkah yang digunakan dalam pembelajaran atau pun untuk

penyelesaian masalah dibahagikan kepada:

I. Strategi penjelasan

II. Meneka secara bijak

III. Membuat pertimbangan

IV. Latihan

(24)

VI. Pemantauan

2) Strategi metakognitif

Strategi ini digunakan untuk mengawal dan mengatur pembelajaran bahasa secara

Secara langsung ia melibatkan empat peringkat iaitu:

I. Peringkat perancangan

II. Peringkat pemilihan

III. Peringkat menentukan objektif

IV. Peringkat pengurusan

Menarik kajian ini, penyelidik memilih teori oxford (1990) yang melibatkan dua pembahagian dalam strategi pembelajaran bahasa iaitu strategi secara langsung yang terdiri dari strategi memori, kognitif dan kompensasi. Adapun strategi secara tidak langsung pula terdiri daripada strategi metakognitif, afektif dan sosial. Pengkaji lebih suka dan minat memilih Teori Oxford berbanding teori lain kerana ia melibatkan kemahiran mendengar, membaca, bertutur dan menulis dengan lebih khusus dan mendalam berbanding dengan teori-teori yang lain.

(25)

Kajian lepas strategi pembelajaran bahasa sangat banyak dikaji oleh pengkaji .Antaranya kajian yang dibuat oleh Mastura Binti Arshad & Dr Kaseh Abu Bakar (2012) tentang penggunaan strategi pembelajaran kemahiran bertutur bahasa Arab : Kajian di pusat asasi UIAM.Mereka telah mendapati bahawa keputusan Ujian Kolerasi menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara penggunaan strategi penggunaan media dan strategi pembelajaran kendiri (personal ) . Manakala tidak terdapat hubungan yang signifikan antara strategi dalam kelas ,strategi bertutur bersama rakan dan strategi penyertaan dalam ko-kurikulum tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian bahasa pelajar.

Kajian oleh Zikmal Fuad (2015) dalam kajian yang bertajuk Pendekatan Bahasa dalam Dakwah (Satu kajian Dari Perspektif Al-Quran) telah merumuskan pendekatan dalam dakwah perlu dikaji kerana bahasa yang sesuai dengan masayarakat menentukan kejayaan dakwah menurut perspektif al-Quran. Pemilihan terhadap kajian ini untuk dianalisa dan melihat kepada kepentingan dakwah dakwah dalam konteks dakwah masa kini. Dapatan kajian seterusnya menunjukkan bahawa terdapat enam istilah pendekatan bahasa dakwah dalam al-Quran yang boleh digunakan dalam menyampai dakwah iaitu Qaulun Layyina,Qaulan Baligha,Qaulan Maysura, Qaulan Karima ,Qaulan Sadida, Qaulan Ma’rufa. Kesimpulannya ,kajian tentang pendekatan bahasa dalam dakwah dapat dijadikan panduan untuk dikembangkan sehingga dakwah hadir dalam format multidimensi.

(26)

pemahaman dalam pembelajaran bahasa inggris Kata mereka dalam kajian tersebut ialah di era globalisasi sekarang ini, persaingan kerja dan bisnes semakin hebat Dari sebelumnyadan Indonesia sebagai sebuah negara berkembang yang tidak boleh lari dari pengaruh globalisasi harus memiliki persiapan sumber tenaga manusia yang tidak hanya handal tetapi harus kompetetif. Globalisasi yang membawa impak yang luas dalam berbagai bidang dalam kehidupan samada bidang ekonomi, politik,budaya dan pendidikan . Globalisasi memicu knowledge driven economy yang mensyaratkan tenaga-tenaga professional dan berketerampilan tinggi untuk bekerja di sector industri, bisnes dan jasa. Implikasi terhadap sumber manusia yang bijak di era globalisasi adalah dengan penguasaan bahasa internsional iaitu bahasa Inggeris .

Terdapat banyak kajian tentang pembelajaran bahasa . Antaranya kajian yag dilakukan oleh Muwafak Abdulla, Raja Muhd Fauzi Raja Musa dan Mohamed Amin Embi (1999) tentang kemahiran bacaan bahasa arab dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Agama di Negeri Sembilan, mereka telah mengenal pasti empat sub kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar untuk menguasai kemahiran bacaan bahasa Arab . Empat subkemahiran ialah kefahaman makna leksikal perkataan , makna konseptual perkataan, makna literal teks dan makna inferential teks .

Keempat-empat subkemahiran ini berkaitan dengan pemahaman perkataan dalam pelbagai kedudukan perkataan , iaitu secara tunggal, secara dalam ayat dan secara dalam teks.

(27)

bahasa merupakan satu bonus kepada individu. Di dalam kelas kepelbagaian pelajar akan mewujudkan kemampuan komunikasi yang berbeza-beza . Justeru, setiap guru perlu berusaha mengenal pasti kelebihan dan kekurangan yang ada pada setiap pelajarnya supaya guru dapat merancang aktiviti pdp yang lebih baik, tersusun dan melibatkan komunikasi dua hala. Oleh dapat disimpulkan demikian, guru perlu memikirkan dan mengguna pakai kaedah terbaik bagaimana hendak menggalakkan para pelajarnya berkomunikasi efektif dengannya.Komunikasi direktif dan ekspesif merupakan antara kaedah untuk membina interaksi yang baik antara guru dan pelajar ketika berlangsungnya proses PdP di dalam kelas. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa keberkesanan pengajaran dipengaruhi oleh kemahiran komunikasi kerana komunikasi merupakan asas perhubungan di antara guru dan pelajar. Kesimpulannya, diharapkan semua pihak menggalakkan pelajar untuk menguasai kemahiran Komunikasi terutamanya Bahasa Inggeris. Selain itu semua pihak yang terlibat juga perlu memberi perhatian dan mengambil langkah yang berkesan dalam usaha memperkembangkan kemahiran Komunikasi pelajar, terutamanya di IPTA bagi menyediakan tenaga kerja yang memenuhi kehendak pasaran kerja semasa dan masa depan seterusnya memastikan negara terus maju dan bersaing di peringkat antarabangsa.

(28)

yang menyatakan guru-guru menjadikan kamus sebagai rujukan penting dalam pengajaran dan pembelajran bahasa Arab. Walau bagaimanapun, penggunaan kamus hanya dapat memberikan makna literal kepada pelajar yang mempelajari bahasa tersebut.

Kajian juga menunjukkan bahawa guru bertindak mengaitkan penggunaan kamus dengan menggunakannya kembali. Ia dapat memberi peluang kepada pelajar untuk meletakkan perbendaharaan kata tersebut dalam konteks yang lebih baik. Gabungan proses memahar literal dan secmi perbendaharaan kata secr penggunaan kembali dalam konteks memberikan ruang dan peluang kepada pelajar kepada cuba aktif berbahasa. Ruang berbahasa merupakan satu aspek penting dalam pendekatan komunikatif. Hal ini bertepatan dengan gesaan Brumfit dan Johnson (1979) yang mengatakan pendekatan komunikatif melihat bahasa sebagai alat perhubungan yang menunjukkan makna.

Menurut kajian lepas yang dijalankan oleh Mastura Binti Arshad dan Dr. Kaseh Binti Abu Bakar ( 2012) Berdasarkan dapatan yang diperoleh menerusi analisa adata, beberapa kesimpulan boleh dikemukan mengikut objektif kajian.

(29)

Kedua. Meneliti 27 item strategi yang menunjukkan tahap penggunakan rendah, pengkaji mendapati bahawa kebanyakan strategi ini melibatkan usaha, inovasi serta kreativiti pelajar sendiri seperti membayangkan diri berada di tanah Arab dan berkomunikasi dengan orang tempat sec ra berkesan, membacadan menggunakan bahan-bahan berbahasa Arab untuk hiburan, memperbanyakkan aktiviti mendengar pertuturan penutur asli secara intensif, menterjemah di dalam minda apa yang didengari seperti berita ke dalam bahasa Arab danmemberikan pendapat , ulasan, komen atau huraian tentang sesuatu topic yang diperbincangkan.

Ketiga, para pelajar mungkin sudah biasa menjadikan guru sebagai pembekal maklumat yang menjadikan proses yang berlaku di dlam kelas sahaja. Kurangnya penggunaan strategi di luar kelas seperti penyertaan aktiviti ko-kurikulum mungkin disebabkan kurangnya perhatian pelajar terhadap aktiviti komunikatif seperti menyertai Kelab debat Bahasa arab yang menjurus kepada penggunaan bahasa secara langsung.

Keempat, kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara penggunaan strategi media dan strategi pembelajaran kendiri (personal) terhadap pencapaian bahasa. Oleh itu para pendidik hendaklah memperbanykkan penggunaan media dalam pembelajaran kerana ia medium pembelajaran yang menyeronokkan serta terbukti membantu meningkatkan kemahiran bertutur pelajar di Pusat Asasi UIAM.

2.5 Definisi dan Konsep Strategi pembelajaran Bahasa

(30)

pemboleh ubah dan pembentukan kerangka konseptual bagi kajian ini khususnya yang menekankan strategi pembelajaran bahasa.

Menurut Oxford (1990) strategi pembelajaran bahasa merupakan tingkah laku spesifik atau teknik-teknik yang digunakan oleh pelajar untuk membantu mengembangkan kemahiran mereka dalam pembelajaran bahasa kedua atau bahasa asing. Ia melibatkan perlakuan dan tingkah laku yang tersendiri daripada pelajar untuk mempelajari bahasa. Oxford menegaskan bahawa teori yang diperkenalkannya melibatkan pembahagian yang teliti , luas dan mendalam . Ianya juga melibatkan empat kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, membaca, bertutur dan menulis .

Dalam teori ini pembelajaran bahasa dibahagikan kepada dua bahagian .

1) Secara secara langsung

Melibatkan strategi memori , kognitif dan kompensasi( pampasan) pelajar berintraksi

Secara langsung dengan bahasa sasaran untuk mencapai sesuatu objektif pembelajaran

. Bagi setiap bahagian dalam strategi ini dibahagikan kepada dua bahagian kepada

Kompenen – kompenen kecil.

1. Strategi memori dibahagikan kepada membina ikatan akal,

Menggunakan imej dan suara, mengulang dan menyusun perlakuan .

(31)

Menghantar mesej, menerima idea dan membina struktur bagi input

dan output

III. Strategi kompensisi dibahagikan kepada meneka secara bijak dan

menjangkau batasan dalam bertutur

2) Strategi secara tidak langsung

terbahagi kepada

1. Strategi metakognitif yang melibatkan pembelajaran berpusat ,

Mengatur dan merancang pembelajaran seterusnya menilai

Pembelajaran.

II. Strategi afektif melibatkan tiga pembahagian iaitu mengurangkan

kebimbangan , mendorong diri dan mengawal suhu emosi .

III. Strategi sosial pula melibatkan bertanya soalan , bekerjasama dan

Interaksi dengan orang lain.

(32)

.

Gaya dan strategi pembelajaran bahasa saling mempengaruhi strategi pembelajaran bahasa seorang pelajar .Strategi pembelajaran merupakan satu cara untuk membantu seseorang berjaya menguasai sesuatu pelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian yang cemerlag dalam bahasa tersebut.Proses membaca memerlukan penggunaan strategi yang tepat dan efektif . Untuk memastikan memahami teks secara tersurat dan tersirat. Penguasaan bahasa yang baik menjadikan pelajar lebih berautonomi ,berkeyakinan dan bermotivasi (Radha Nambiar, Noraini & Pramela, 2008 )

O’Malley (1990) pula mendefinisikan strategi pembelajaran sebagai satu pemikiran atau tingkah laku khusus yang digunakan oleh individu untuk membantu mereka memahami, belajar dan menyimpan maklumat baru. Beliau telah membahagikan strategi pembelajaran bahasa kepada tiga bahagian:

1) Strategi metakognitif

Merangkumi rancangan aktiviti pembelajaran, mengorganisasikan operasi pemikiran Strategi Secara Tidak

Langsung

 Metakognitif  Afektif

 Sosial Strategi Secara langsung

(33)

yang berkaitan dengan penumpuan pembelajaran, perancangan, penyusunan dan

penilaian pembelajaran, ia melibatkan tiga peringkat iaitu :

I. Peringkat perancangan

II. Peringkat pemantauan

III. Peringkat penilaian

2) Strategi kognitif

Tumpuan kepada tugasan atau aktiviti yang terlibat secara langsung dengan aktiviti

Pembelajaran bahasa seperti pelaziman, latih tubi, pengulangan, menyalin nota,

Menggabungjalin dan sebagainya. Ia diaplikasikan dari Teori Pembelajaran Kognitif .

Ia melibatkan tiga bahagian utama:

1. Latihan .

Melibatkan strategi pengulangan, penggunaan kata kunci, aktiviti

mengingat dan rujukan.

(34)

Melibatkan strategi pengkategorian, menulis nota dan penggabung jalin.

III. Penerangan semula

Melibatkan strategi meringkas, terjemahan dan gambaran.

3) Strategi sosioafektif

Berkaitan dengan aktiviti pengantaraan sosial dan pengawalan emosi, sikap dan nilai kendiri

Dalam proses pembelajaran. Ia melibatkan diri dengan orang lain di persekitaraannya, dan

dibahagikan kepada :

I. Kerjasama

II.Pertanyaan

III. Monolog dalam diri

Rubin (1990) pulatelah membahagikan strategi pembelajaran bahasa kepada dua bahagian

1) Strategi kognitif

Berkaitan langkah-langkah yang digunakan dalam pembelajaran atau pun untuk

(35)

I. Strategi penjelasan

II. Meneka secara bijak

III. Membuat pertimbangan

IV. Latihan

V. Aktiviti mengingat

VI. Pemantauan

2) Strategi metakognitif

Strategi ini digunakan untuk mengawal dan mengatur pembelajaran bahasa secara

Secara langsung ia melibatkan empat peringkat iaitu:

I. Peringkat perancangan

II. Peringkat pemilihan

III. Peringkat menentukan objektif

IV. Peringkat pengurusan

(36)

Oxford berbanding teori lain kerana ia melibatkan kemahiran mendengar, membaca, bertutur dan menulis dengan lebih khusus dan mendalam berbanding dengan teori-teori yang lain

2.6 Teori Penguasaan Bahasa Arab

Konsep Pendekatan

Konsep pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu. Dalam konteks pengajaran, pendekatan lebih menjurus kepada pencapaian objektif jangka panjang sesuatu pelajaran. Menurut Edward MAnthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik iaitu kenyataannya dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan. Beliau juga merumuskan pendekatan harus berlandaskan kepada model, prinsip atau teori pembelajaran tertentu. Pendek kata, pendekatan di dalam pendidikan merujuk kepada satu set teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan kepada objektifnya.Di dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam, suatu pendekatan itu wujud berasaskan tanggapan-tanggapan dan pandangan yang berasaskan kepada falsafah pendidikan Islam

itu sendiri. Pendekatan dalam pendidikan Islam haruslah mencerminkan satu pandangan tentang hakikat satu matlamat pelajaran.

Konsep Strategi

(37)

penentuan dan perancangan kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai objektif jangka panjang sesuatu pendekatan. Pemilihan dan pengurusan strategi yang sesuai akan menghasilkan objektif yang berkesan.

Konsep Kaedah

Berlainan dengan pendekatan, kaedah merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka pendek. Dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya pembelajaran bahasa, terdapat banyak kaedah yang popular yang boleh diamalkan seperti kaedah penyelidikan, kaedah sokratif, kaedah induktif, kaedah dapatan dan kaedah projek.

Konsep Teknik

(38)

latar belakang, alat bantu mengajar serta pemilihan kaedah yang bertepatan. Pemilihan teknik yang sesuai juga berkait rapat dengan tahap atau aras kemahiran objektif pelajaran.

Kesimpulannya, pendekatan, strategi, kaedah dan aktiviti saling berkait rapat antara satu sama lain. Antaranya ialah kesesuaian aktiviti yang terkandung di dalamnya serta penerapan aspek nilai. Ini kerana dalam falsafah pendidikan Islam, pencapaian sesorang murid itu bukan hanya diukur berdasarkan keupayaan menguasai maklumat dan isi pelajaran yang terkandung dalam sukatan pembelajaran sahaja, sebaliknya pembangunan nilai sahsiah dalam diri dan aplikasi moral terhadap persekitaran mengikut acuan pendidikan Islam juga menjadi kriteria terhadap pencapaian seseorang pelajar. Oleh yang demikian, tidak semua kaedah adalah sesuai dalam konteks pendidikan bahasa Arab. Aspek sejarah metodologi pengajaran dan penyebaran ilmu dalam Islam juga perlu diambil kira. Persoalan apakah kaedah yang digunapakai oleh para ulama salaf tidak releven dengan suasana sekarang harus diteliti secara saksama dan jujur. Begitu juga dengan persoalan setakat mana tahap istiqamah, konsistensi dan konsentrasi pelajar dalam mempelajari bahasa Arab samada di peringkat awal, pertengahan mahupun di peringkat tinggi.

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB

Haruslah difahami bahawa mempelajari bahasa Arab jauh sekali perbezaannya dengan mempelajari bahasa Inggeris. Salah satu elemen yang penting untuk menguasai sesuatu bahasa itu ialah kemampuan bagaimana untuk berfikir dalam bahasa tersebut, Sulaiman Ngah Razali(1977) menyatakan terdapat pelbagai kaedah mengajar bahasa Arab.

(39)

dengan berkesan jika guru atau pengajar memahami beberapa perkara penting tentang tingkah laku pelajar. Antaranya ialah:

(1) Kelas memberi perhatian dengan segera jika kaedah baru dikemukakan.

(2) Jika sesuatu kaedah itu dibiarkan berlaku terlalu lama pemerhatian pelajar berkurangan. (3) Kesanggupan suatu kaedah untuk menarik perhatian pelajar bergantung pada jenisnya. (4) Menukar kaedah yang dapat menarik pelajar.

(5) Lamanya perhatian yang dapat diberikan oleh pelajar terhadap sesuatu kaedah tidak dapat ditentukan. Setiap pakar menggunakan kaedah yang berbeza antara satu sama lain. Namun terdapat empat kaedah penting dalam pengajaran bahasa Arab seperti yang dinyatakan oleh Ahmad Kilani (2001). Kaedah yang dimaksudkan ialah Kaedah nahu Terjemah (al-Qawaidwal Taijamah), Kaedah Langsung (tl-Mu bas h arah), Kaedah dengar dan tutur (Sam’iyyah al-Shafawiyyah), Kaedah Elektik (al-Intiqa’iyyah), dan beberapa kaedah lain.

Kaedah Nahu Terjemah (al-Qawaid wal Tarjamah)

Kaedah ini juga disebut sebagai kaedah tradisional (al-Tariqah al-Qadimah). Ia dikenali juga sebagai kaedah meniru dan mengikut {al-Tariqah al-Taqlidiyyah). Antara cirri-ciri penting kaedah ini menurut Ahmad Kilani (2001) ialah:

(1) Kaedah ini menitik beratkan kemahiran dari segi pembacaan, penulisan dan penterjemahan. Kaedah ini tidak memberi penekanan terhadap aspek kemahiran berkomunikasi.

(2) Kaedah ini menggunakan bahasa ibunda sebagai perantaraan dalam mengajar bahasa-bahasa asing. Dengan kata lain, kaedah ini menggunakan terjemahan sebagai cara paling utama dalam mengajar bahasa asing khususnya bahasa Arab

(40)

pengajaran bahasa asing. Ia juga digunakan sebagai kaedah untuk mengukur tentang kesahan bahasa tersebut atau sebaliknya.

(4) Guru-guru yang menggunakan kaedah ini seringkali merujuk kepada penggunaan nahu dalam ayat yang dikemukakan kepada pelajarnya.

(5) Kaedah ini telah menerima beberapa kritikan yang di antaranya seperti berikut:

(a) Kaedah ini mengabaikan kemahiran komunikasi sedangkan kemahiran komunikasi ialah kemahiran yang penting dari segi penguasaan bahasa.

(b) Kaedah ini terlalu banyak menggunakan bahasa ibunda sehinggakan bahasa arab yang dipelajari menjadi terlalu kurang penggunaannya. Kedudukan ini menjadikan para pelajar

tidak memiliki masa dan peluang yang banyak untuk mempraktikkan bahasa Arab yang dipelajari.

(c) Kaedah ini terlalu menitikberatkan pembelajaran nahu bahasa Arab melebihi daripada pembelajaran bahasa itu sendiri. Kajian-kajian tentang tatabahasa atau nahu sebenarnya termasuk kajian lanjutan yang berkaitan dengan bahasa Arab dan tidak termasuk dari aspek pembelajaran yang menekankan kemahiran menggunakan bahasa Arab.

Kaedah Langsung (al-Mubasharah)

Sebagai usaha menolak kaedah al-Qawa’id wal-Tarjamah, maka lahirlah kaedah yang disebut sebagai al-Mubasharah. Kaedah ini memiliki beberapa cirri keistimewaan seperti berikut:

(1) Kaedah ini memberi keutamaan kepada aspek kemahiran komunikasi menggantikan kemahiran dari segi pembacaan, penulisan dan penterjemahan. Dalam kaedah ini, bahasa pada asasnya ialah kemahiran berkomunikasi yang menjadi alat perhubungan sesama manusia.

(41)

dijalankan. Mereka yang berpegang kuat kepada kaedah ini menganggap penterjemahan sebagai factor yang akan merosakkan pengguasaan bahasa asing yang sedang dipelajari.

(3) Kaedah ini tidak memberi ruang langsung kepada bahasa ibunda semasa pengajaran bahasa Arab.

(4) Kaedah ini menggunakan kaedah pperbandingan dan perkataan seerti atau penghuraian yang cuba menggambarkan tentang perkara yang dipelajari.

(5) Kaedah ini tidak menggunakan kaedah pembelajaran bahasa melalui pembelajaran nahu. Menurut golongan yang menggunakan kaedah ini, hukum nahu yang dipelajari sebenarnya tidak membina kemahiran yang boleh membantu mereka dalam menguasai bahasa Arab dengan baik. Kaedah pembelajaran bahasa Arab secara al-Mubasharah juga menghadapi beberapa kritikan daripada sarjana-sarjana bahasa Arab. Antaranya ialah:

(1) Kaedah ini amat menitikberatkan aspek komunikasi yang dianggap sebagai kemahiran dari segi penguasaan bahasa.

(2) Oleh sebab kaedah ini tidak menggunakan bahasa ibunda sebagai alat membantu dalam pembelajaran bahasa Arab, maka usaha yang lebih gigih dan waktu yang lebih lama terpaksa digunakan semasa proses pembelajaran bahasa berlangsung. Sekiranya bahasa ibunda digunakan dalam batasan yang terhad, perkara ini pastilah dapat menjimatkan masa dan tenaga yang

terpaksa dikorbankan semasa pengajaran bahasa Arab. Sebahagian pakar bahasa mengaggap al-Mubasharah sebahagian kemahiran secara langsung.

(3) Kaedah ini yang terlalu mengetepikan kaedah pembelajaran bahasa menggunakan nahu, menjadikan pelajar kurang pendedahan dari aspek strukur-struktur ayat yang betul yang sangat penting dikuasai dalam pembelajaran bahasa Arab.

(42)

Kaedah ini muncul dalam memberi reaksi negatif terhadap kaedah al-Qawa’id wal-Tarjamah dan kaedah al-Mubasharah. Kaedah (al-Sam ‘iyyah al-Shafawiyyah) juga disebut sebagai Uslub al-Jaish yang bermaksud ketenteraan. Kaedah ini dinamakan sedemikian kerana di awal

penggunaannya melibatkan pengarahan bahasa asing kepada tentera Amerika untuk misi

menghantar mereka di beberapa negara di dunia untuk tugas tertentu semasa Perang Dunia kedua. Di antara ciri-ciri penting kaedah pembelajaran bahasa al-Sam ’iyyah al-Shafawiyyah adalah seperti berikut:

(1) Pada dasarnya, bahasa ialah pengucapan atau alat komunikasi. Tumpuan harus diberi terhadap

aspek ini sewaktu mempelajari bahasa Arab. Ia bukan sahaja diberi keutamaan kepada kemahiran membaca dan menulis.

(2) Dalam proses pembelajaran bahasa Arab perlulah ia dilakukan secara berperingkat-peringkat iaitu; pendengaran, percakapan, pembacaan dan penulisan. Dalam kata lain apabila seseorang itu ingin mempelajari bahasa Arab, mestilah ia mula mempelajari bahasa melalui pendengaran, disusuli seterusnya dengan mengungkapkan apa yang didengar oleh pelajar tersebut. Seterusnya membaca apa yang dicakapkan serta menulis apa yang telah dibaca.

(43)

(1) Komunikasi bukanlah satu faktor yang paling penting dalam menguasai bahasa. Aspek lain juga harus diambil perhatian seperti penguasaan membaca dan menulis. Penulisan ialah gambaran bagi perkembangan bahasa itu sendiri.

(2) Peringkat penguasaan bahasa Arab yang dikatakan bermula dari peringkat mendengar, bercakap, membaca dan menulis, tidak semestinya ia menunjukkan pemeringkatan yang tetap dan tidak berubah kerana pembelajaran menguasai bahasa Arab melalui kemahiran yang disebutkan itu boleh terjadi secara serentak tanpa memerlukan pemeringkatan satu demi satu. (3) Penguasaan bahasa Arab melalui kaedah komunikasi menggunakan bahasa tersebut akan menjadi lebih berkesan sekiranya bahasa itu dipelajari dan dikuasai dari aspek nahu dan

lain-laian yang berkaitan dengannya. Peranan pembelajaran nahu adalah penting dalam mempelajari bahasa Arab.

(4) Kaedah penterjemahan boleh digunakan semasa pengajaran bahasa Arab dijalankan tetapi dengan cara yang bijaksana, bergantung dari segi kesesuaian persekitaran dan masa yang diberikan.

Kaedah Elektik (al-Intiqa’iyyah)

Kaedah ini muncul sebagai menolak ketiga-tiga kaedah yang telah diterangkan di atas. Penolakan tersebut adalah disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya:

(44)

(3) Dari keseluruhannya, ketiga-tiga kaedah pembelajaran bahasa sebenarnya saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Ia boleh diterima pakai dan menolak andaian yang

menyatakan bahawa kaedah saling tersebut bercanggah antara satu sama lain.

(4) Tidak ada satu pun kaedah tunggal pembelajaran bahasa yang sesuai bagi mencapai objektif yang pelbagai semasa proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Tidak ada juga satu kaedah tunggal pembelajaran bahasa Arab untuk semua kumpulan pelajar, kumpulan guru dan semua aktiviti yang berlaku semasa proses pembelajaran bahasa Arab dijalankan.

Telah diutarakan empat kaedah yang boleh digunakan semasa proses pengajaran dan

pembelajaran bahasa Arab. Namun terdapat banyak lagi kaedah pengajaran yang boleh diaplikasi semasa pengajaran bahasa Arab. Kaedah-kaedahh ini mesti dilihat kepada keadaaan persekitaran, kemudahan prasarana pembelajaran, tahap pencapaian pelajar dan bahan-bahan pengajaran seperti buku atau majalah serta beberapa aspek yang perlu dilihat oleh pengajar bahasa Arab. Harus difahami bahawa mempelajari bahasa Arab jauh sekali perbezaannya dengan mempelajari bahasa Inggeris. Salah satu elemen yang penting untuk menguasai sesuatu bahasa itu ialah kemampuan bagaimana untuk berfikir dalam bahasa tersebut.

Kaedah Lain

Terdapat beberapa lagi kaedah yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Kaedah Tematik (Tariqah Al-Maudu ’iya)

(45)

pembelajaran bahasa arab boleh dipraktikkan melaluinya samada dari segi nahu (tatabahasa), maqal (penulisan) atau muthola’ah. Di samping itu ia juga boleh di kaitkan dengan kaedah-kaedah lain seperti perbualan dalam situasi keluarga atau rakan sebaya di sekolah.

Kaedah Mengeja. (Tariqah Al-Imla ’iyah)

Kaedah mengeja atau imla’iyah ini berdasarkan cacatan sejarah adalah bentuk penyebaran ilmu yang paling penting. Kaedah ini berlaku sesudah kertas dan tulisan dihasilkan. Ia merupakan kaedah kedua selepas kaedah hafalan yang diamalkan dalam perkembangan ilmu dalam sejarah umat islam. Berdasarkan kaedah ini, murid akan menulis setiap kalimah dan ayat yang diungkapkan oleh gurumereka. Dalam sejarah Islam, kaedah ini berkait rapat dengan ijtihad para ulama. Para ulamamenyampaikan pandangan dan ijtihad mereka dan disalin oleh murid masing-masing. Proses ini agak merosot menjelang abad ke 4 hijrah disebabkan merosotnya gerakan ijtihad para ulama.Tempoh ini setiap mazhab hanya bersandar kepada bahan bacaan dan rujukan mazhab masing-masing atau melakukan ilhaq berdasarkan kefahaman dan pandangan mazhab mereka. Menjelang abad ke 9 hijrah Imam Ibnu Hajar kembali mengembangkan kaedah ini dengan mengadakan muhadarat atau kuliah beliau dalam hampir 1000 majlis dan seterusnya diikuti olehImam As-Suyuthi dan Syeikh Murtadha Al-Zubaidy.

Kaedah Soal jawab (Tariqah Al-Munazharah)

(46)

berzaman ini mudah untuk diingat dan sesuai untuk dipraktikkan di luar bilik darjah dengan pengayaan. Walau bagaimana pun, setiap murid perlu memahami maksud setiap frasa bagi menyesuaikan dengan konteks perbualan dan kesesuaian penggunaannya.

Kaedah Latih Tubi (Tariqah Al-Mulazamah)

Kaedah latih tubi ini juga adalah bersesuaian dengan bentuk pembelajaran bahasa kerana kemahiran berbahasa perlu kepada proses mengulangi apa yang dipelajari, disebut atau ditulis. Dalam Islam, kaedah ini antara bentuk pengajaran yang awal di mana malaikat jibril menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad dengan mengulangi kalimah iqra’ beberapa kali sehingga Nabi Muhammad dapat menyebutnya. Membaca berulang kali merupakan prinsip utama dalam pengajaran berbentuk latih tubi ini. Ia amat baik terutamanya bagi tujuan meningkatkan kemahiran lisan dan kemahiran membaca. Kaedah pembelajaran al-Quran secara tradisional lazimnya menggunakan kaedah ini sejak zaman berzaman dan ia amat berkesan untuk jangka masa yang panjang di samping mengukuhkan penguasaan tajwid dan dalam konteks bahasa arab ia penting dalam menjelaskan aspek nahu secara terperinci mengikut tahap pembelajaran.

Kaedah Perbandingan (Al- Qiyasiyah)

(47)

mengenalnya berdasarkan beberapa contoh, maka guru akan memberikan contoh tambahan untuk memudahkan murid dalam menghadapi latihan susulan.

Kaedah Induktif

Kaedah ini adalah berlawanan dengan kaedah perbandingan. Melalui kaedah ini para pelajar didedahkan dengan pelbagai contoh dan situasi serta penghuraian sebelum pergi menuju konklusi dan kesimpulan atau merujuk sesuatu hokum. Kaedah ini dapat mengalakkan murid untuk membuat kesimpulan dan rumusan sendiri sebelum dibandingkan dengan kesimpulan umum yang ditetapkan oleh guru. Kaedah ini banyak membantu murid untuk berfikir, merenung, menganalisa dan berlatih membina kesimpulan dan perinsip. Contohnya dalam konteks pembelajaran bahasa arab, kaedah ini turut sesuai dipraktikkan dalam pengajaran qawaid atau tatabahasa. Setelah diberikan contoh yang banyak dan murid membuat rumusan daripada apa yang boleh difahami berdasarkan contoh. Ahmad Mohd. Salleh (1997), telah menyatakan beberapa kaedah dalam mengajar Pendidikan Islam di dalam bukunya “Pendidikan Islam, Falsafah, Pedagogi dan Metodologi”. Walaupun kaedah yang diterangkan oleh beliau itu bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, akan tetapi ia boleh diadaptasikan untuk pengajaran bahasa Arab. Terdapat beberapa kaedah yang sesuai dan boleh juga dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Antara kaedah-kaedah tersebut itu ialah Kaedah Plafalan, kaedah syarahan/kuliah, kaedah dialog, kaedah soal jawab, kaedah pendebatan, kaedah resitasi, kaedah perbincangan, kaedah pengembaraan/lawatan, kaedah halaqah, kaedah induktif, kaedah perbandingan, kaedah imlak, kaedah pemahaman, kaedah ulangan, dan kaedah latih tubi.

(48)

2.7 Kajian Lepas Bahasa Arab

Menurut kajian yang dijalankan oleh Linamalini Mat Nasir dan Kamarul Shukri bin Mat The (2014) terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi dapat tersebet. Antara faktor-faktor yang menyebabkan tahap SBP secara keseluruhan yang sederhana ialah sikap pelajar bahasa Arab . Sikap pelajar terhadap sesuatu bahasa dan pembelajarannya menjadi penentu kepada pemilihan strategi yang bakal digunakan dalam pembelajaran mereka (Kunt,1996). Menurut Zulkifley (1994) faktor sikap dan motivasi memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pembelajaran bahasa kedua.

Selian itu, guru dan pensyarah juga turut memainkan peranan utama dalam mempengaruhi penggunaan SPB. Kekurangan maklumat berkenaan SPB dalam kalangan guru dan pensyarah juga hendaklah selari dengan strategi pembelajaran yang yang digunakan oleh para pelajar . Kecenderungan para guru menggunakan kaedah pengajaran yang berpusatkan guru dan kurangnya penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran dan pembelajaran menyebabkan pelajar kurang terdedah kepada penggunaan SPB ( Ab. Halim,2005; Hasan Basri, 2008).

Sistem pembelajaran yang berorientasikan peperiksaan dalam sistem pendidikan di Malaysia juga mempengaruhi tahap penguasaan SPB pelajar yang sederhana . Para guru perlu menghabiskan silibus dalam jangka yang telah ditentukan. Mereka lebig banyak berusaha serta memberi keutamaan keputusan yang baik dalam peperiksaan, mereka lebih cenderug utuk mencapai matlamat mereka dalam peperiksaan sehingga mengabaikan aspek pembinaan bahasa . Keadaan ini sekali gus mempengaruhi pemilihan dan penggunaan SPB dalam kalangan pelajar.

(49)

Namun begitu , sebahagian daripada strategi itu tidak dapat diperhatikan lebih-lebih lagi strategi yang digunakan ketika belajar di luar bilik darjah. Mereka juga kurang berkongsi maklumat berkaitan dengan strategi mereka gunakan . Oleh itu, maklumat serta kefahaman tentang strategi pembelajaran yang digunakan oleh pelajar cemerlang bahasa menjadi satu perkara penting untuk dikaji.

2.8 Kesimpulan

BAB TIGA

METODOLOGI

3.0 Pendahuluan

(50)

Menurut Chua Yan Piaw (2006) Penyelidikan merupakan satu kajian yang sistematik melibatkan proses merancang kaedah penyelidikan ,mengumpul data ,menghuraikan data,dan melaporkan maklumat .Penyelidik juga dapat memberikan jawapan kepada ketidakpastian yang timbul ataupun penyelesaian terhadap sesuatu permasalahan .

Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan penggunaan strategi pembelajaran bahasa dengan penguasaan Bahasa Arab di Sekolah Menengah Agama Yayasan Islam Kelantan.Hasil dapatan dari kajian ini diharapkan dapat membantu guru-guru Sekolah Menengah Agama Yayasan Islam Kelantan untuk meningkatkan dan memperkemaskan teknik belajar dan mengajar Bahasa Arab dalam kalangan pelajar –pelajar supaya peguasaan Bahasa mereka lebih mantap dan kemas di masa akan datang. Pengkaji juga berharap dengan selesainya kajian ini serta keputusan dapatan kajian ini dapat memartabatkan Bahasa Arab ke peringkat lebih tinggi supaya setaraf dengan pencapaian bahasa lain yang ada di Malaysia suatu hari nanti.

3.1 Reka Bentuk Kajian

(51)

sahaja dengan kajian penggunaan strategi pembelajaran bahasa dan hubungannya dengan penguasaan Bahasa Arab.

Kata Chua (2006) kaedah tinjauan bermatlamat untuk mengumpul maklumat tentang pemboleh ubah-pemboleh ubah dalam bidang pendidikan ,psikologi dan sosiologi serta untuk mengenal pasti ciri-ciri khusus untuk menggambarkan populasi yang dikaji . Maklumat yang diperolehi akan digunakan bagi menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan pada bahagian awal sesuatu kajian.Antara kelebihan kaedah tinjauan ialah iainya boleh meliputi populasi yang luas.kaedah ini juga boleh digunakan untuk mengumpul data daripada respondan menyentuh persoalan nilai ,pandangan dan hubungan sosial respondan berkenaan.

Kajian tinjauan yang menggunakan instrumen soal selidik adalah satu bentuk kajian yang popular digunakan dalam kalangan penyelidik kerana soal selidik boleh merangkumi bidang yang luas dan boleh dirangka dengan mudah . Menurut Alis Puteh (2009) soal selidik amat penting bagi mendapatkan fakta-fakta tentang latar belakang , minat pandangan dan ciri-ciri tertentu subjek kajian . Soal selidik juga dapat mengumpul data dari bilangan subjek yang ramai dalam masa yang singkat .Soalan-soalan yang ditanya dalam soal selidik haruslah menepati matlamat dan tujuan kajian. Maklumat lain tidak perlu dimasukkan.

(52)

Populasi kajianini terdiri daripada pelajar tingkatan empat dari 4 buah Sekolah zon 7 Menengah Ugama Arab Yayasan Islam Kelantan yang terdapat di negeri Kelantan dalam daerah K.Krai dan Gua Musang. Jumlah pelajar Sekolah Menengah ugama Arab Yayasan Islam Kelantan dalam zon 7 berjumlah 6000 ribu orang .

Menurut Uma Sekaran (1992) Penentuan sampel bergantung kepada kemampuan kepada penyelidik dan tujuan kajian dijalankan .Secara umumnya , saiz sampel yang lebih besar akan menghasilkan data yang lebih menyeluruh bagi mewakili populasi .

Sampel yang dipilih mengikut persampelan bertujuan penyelidik mengambil sampel berlandaskan tujuan yang tertentu bagi mendapatkan maklumat yang dikehendaki . Dengan kata lain ,persampelan bertujuan adalah reka bentuk yang melibatkan sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu untuk dipilih sebagai sampel kajian.Keadaan ini menyebabkan populasi yang mempunyai ciri-ciri yang laindalam populasi yang sama tidak berpeluang untuk dipilih sebagai sampel (Azizi et,al 2007).

Sampel kajian seramai 300 orang pelajar yang mewakili empat buah sekolah Menengah Agama Arab di bawah kelolaan Yayasan islam Kelantan. Saiz sampel dianggap memadai 6000 orang populasi pelajar zon 7 dari empat buah sekolah tersebut.

(53)

3.3 Instrumen Kajian

Instrumen yang akan diguna dala kaedah kajian soal selidik ini yang diubah suai dari Strategy Inventory for language Learning (SILL) Versi 7.0 (Oxford, 1990) ianya terbahagi kepada dua bahagian :

1) Bahagian Pertama

Bahagian ini terdiri daripada lima item untuk mengumpul latar belakang respondan

Seperti nama sekolah, jantina , keputusan peperiksaan akhir tahun 2017 dan minat

Terhadap Bahasa Arab.

2) Bahagian Kedua

Bahagian ini menganalisis perlaksanaan strategi pembelajaran membaca Bahasa

Arab yang mengandungi 34 soalan dan pilihan jawapan yang berpandukan skala

Likert berikut :

1. Sangat tidak benar mengenai diri saya .

2. Tidak benar mengenai diri saya .

3. Benar mengenai diri saya.

(54)

Ia dibahagikan kepada dua kategori utama yang mewakili enam strategi pembelajaran bahasa :

1. Kategori A (16 soalan ) Strategi secara langsung yang merangkumi item

Yang berkaitan dengan strategi kognitif, memori,dan kompensasi .

2. Kategori B (18 soalan ) : Strategi secara tidak langsung yang merangkumi

Item yang berkaitan dengan strategi metakognitif,afektif dan sosial.

3.4 Kajian Rintis

(55)

Hasil daripada ujian ini digunakan untuk meneliti beberapa aspek soal selidik terutama dari segi pemahaman pelajar terhadap kehendak soalan, masa yang diambil untuk menjawab soalan dan kesulitan-kesulitan lain yang mungkin dihadapi oleh respondan sebenar bagi kajian ini. Pengubahsuaian dan pembetulan akan dibuat berdasarkan hasil kajian rintis untuk memperbaiki format dn kandungan soal selidik yang sesuai .

3.5 Kebolehpercayaan Instrumen kajian

Instrumen kajian adalah perkara yang sangat penting dalam kajian soal selidik ianya merangkumi bebarapa syarat dan kretiria:.

(56)

2. Item perlu pendek dan ringkas

Item yang dibina perlu menggunakan ayat yang pendek, ringkas dan dapat mewakili dengan tepat konsep yang ingin diukur. Untuk membentuk item yang sebegini, pengkaji perlu benar-benar faham konsep yang ingin diukur . Item yang terlalu panjang dan komleks akan menigkatkan kekelirun responden , dan memerlukan banyak masa untuk menjawabnya. Item yang baik ialah item yang patah perkataannya kurang daripada 15 patah perkataan, di mana konsep yang ingin diukur dinyatakan dalam bentuk soalan atau pernyataan secara tepat dan jelas.

Item yang dibina juga haruslah bebas daripada bentuk soalan pembimbing . Soalan jenis pembimbing merupakan soalan yang cuba mengarah responden untuk memilih jawapan tertentu.

3. Bilangan item perlu dikurangkan

(57)

untuk mengumpul data yang banyak jika data yang dipungut daripada responden mengelirukan dan pengkaji tidak mempunyai kemahiran analitikal untuk memproses data tersebut.

3.6 Prosedur Pengumpulan Data

Prosedur pengumpulan data mestilah terdahulu mendapat kebenaran dari Bahagian Perancangan Pembangunan Penyelidikan ( EPRD) Kementerian Pelajaran Malaysia . Kebenaran untuk menjalankan kajian di sekolah-sekolah yang terlibat dalam negeri Kelantan mestilah mendapat kebenaran Yayasan Islam Kelantan.

(58)

untuk menjawab soal selidik tersebut .Set sola selidik yang sama diberikan kepada semua responden bagi memastikan keseragaman dalam jawapan yang dib erikan serta dapat memudahkan proses analisis data dari soal selidik yang dijalankan .

Penyelidik mempunyai banyak kelebihan dalam kajian ini kerana ia diuruskan sendiri oleh pengkaji serta dapat dipantau soal selidik dengan lebih dekat . Selain itu juga dapat memastikan semua borang soal selidik dapat dikumpul dan disiapkan pada masa yang dijadualkan oleh penyelidik. Kelebihannya lagi ialah responden dapat berintraksi dan berkomunikasi sendiri dengan penyelidik secara langsung dan boleh merujuk terus kepada penyelidik jika responden mempunyai kemusykilan dan lain-lain yang berkaitan dengan instrument soal selidik yang dijalankan di sekolah-sekolah tersebut.

3.7 Prosedur Analisis Data

Data dianalisis dengan menggunakan dua jenis kaedah iaitu statistic deskriptif dan statistic inferential . Kedua-duanya menggunakan perisian khas “ Statistical Package For Sosial Sciens “

(59)

Untuk menganalisis hasil kajian soal selidik ini pengkaji menggunanakan statistik deskriptif unruk menghuraikan latar belakang responden .Analisis yang akan digunakan ialah terdiri daripada jumlah skor, peratus , kekerapan, min dan sisihan piawai.

Kajian ini juga menggunakan statistik inferential seperti di bawah:

1) Ujian Kolerasi Pearson

Ujian Kolerasi ini akan digunakan untuk melihat hubungan antara strategi

Pembelajaran bahasa yang merangkumi strategi secara langsung dan tidak langsung

terhadap penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar-pelajar di empat sekolah

terbabit.

2) Ujian-t

Ujian-t ini akan digunakan untuk melihat perbezaan penggunaan strategi bahasa

Terhadap faktor jantina.

Referensi

Dokumen terkait

Adapun hasil penelitian menunjukkan bahwa pemberian upah yang dilakukan oleh Catering An Nur peraturan di Indonesia tidak memiliki kesesuaian dengan ketentuan peraturan

Hasil penelitian ini ialah (1) legenda upacara adat Mandhasiya memiliki unsur-unsur pembangun, yakni fakta (terdapat tujuh karakter, alur flashback , dan latar sosial

Dengan cara membagi jumlah pendapatan yang tersedia untuk pemegang saham biasa dengan jumlah lembar saham biasa yang beredar maka akan diketahui jumlah lembar pendapatan

Jodipan sekarang ini sudah menjadi objek wisata yaitu wisata kampung warna-warni yang terbentuk pada tanggal 4 September 2016, upaya perbaikan lingkungan telah dilakukan oleh

Rataan hasil penelitian ini memperlihatkan bahwa semakin tinggi level pemberian tepung Bawang Dayak maka akan menurunkan bobot akhir dari ayam broiler, hal ini diduga

Pembuatan pembatas jalan atau median ini bertujuan untuk mengantisipasi terjadinya kecelakaan tabrak depan-depan seperti yang sering terjadi pada ruas Jalan

Dalam permainan ini tugas siswa pada setiap kelompok adalah menyusun kalimat berdasarkan gambar yang dibagikan oleh guru.. Penilaian diberikan berdasarkan jumlah kalimat

Pada tahap selanjutnya dilakukan identifikasi masalah yang sangat menarik perhatian. Cara melakukan identifikasi masalah antara lain sebagai berikut. a) Menuliskan