• Tidak ada hasil yang ditemukan

etika perubatan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "etika perubatan"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

Soalan 1 [10%] – 4-5 halaman

Etika merujuk kepada sistem ideal moral dan merupakan hasil daripada interaksi manusia. Jelaskan peranan etika dalam bidang sains & perubatan, perniagaan & perdagangan; dan perhubungan antara individu & masyarakat.

1.Pengenalan

Istilah etika berasal dari perkataaan Yunani kuno iaitu “ethos” yang membawa erti kebiasaan, adat, akhlak, keperibadian dan watak. Ethos juga membawa maksud adat kebiasaan. Ia juga membawa maksud karakter. Perkataan ethos juga terdapat dalam kamus bahasa inggeris yang bermaksud sifat moral dalam sesuatu bangsa. Dalam bahasa Inggeris, ethic bermaksud akhlak, tatasusila, kesusilaan dan etika. Manakala ethics bermaksud prinsip akhlak, ketatasusilaan dan ilmu etika. Menurut kamus lain, ethic bermaksud system of moral and principal rules of conduct yang bermaksud sistem prinsip akhlak; peraturan-peraturan perilaku. Manakala ethics pula bermaksud sains yang menumpukan perhatian kepada akhlak. Dalam bahasa Melayu, etika bermaksud kepercayaan ataupun tanggapan terhadap sesuatu perkara sama ada ianya benar, salah, baik atau buruk. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga pula, etika bermaksud ilmu berkaitan prinsip akhlak atau moral yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Ia juga melibatkan tanggungjawab dan akibat tingkahlaku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Etika dalam Islam adalah akhlak.Ia merujuk kepada nilai akhlak atau prinsip moral yang berdasarkan al-Quran dan Hadith. Etika Islam juga merujuk kepada nilai-nilai baik dan dengan melakukannya seseorang akan mendapat ganjaran pahala. Selain itu ia juga dapat ditakrifkan sebagai ilmu pengetahuan yang mengajarkan mana baik dan mana yang buruk berdasarkan ajaran Allah dan RasulNya. Etika Islam mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri yang membezakannya daripada etika menurut perspektif barat. Ciri-cirinya yang istimewa ini tidak terkandung di dalam etika mengikut falsafah barat. Antara ciri-cirinya adalah seperti indeks untuk menentukan etika diukur berdasarkan Al-Qur’an dan As-Sunnah dan bukannya akal semata-mata. Etika Islam bersifat universal dan komprehensif serta dapat diterima oleh seluruh manusia di setiap masa dan tempat termasuk dalam bidang politik dan kepimpinan. Etika Islam berkait rapat dengan hukum halal dan haram, pahala dan dosa. Termasuk dalam konsep ibadah. Ia tertakluk kepada konsep matlamat tidak menghalalkan cara.

(2)

Etika yang diamalkan di dalam sesebuah kehidupan adalah berdasarkan kepada sistem ideal moral dan merupakan hasil daripada interaksi manusia. Etika memainkan peranan yang cukup besar dalam sektor sains dan perubatan, perniagaan dan perdagangan serta dalam perhubungan antara individu & masyarakat. Kemajuan semasa di dalam sektor sains dan perubatan telah memperolehi ciri-ciri revolusioner dan menjuarai kemajuan di dalam bidang teknologi perubatan dan kejuruteraan manusia yang sungguh membanggakan. Seperti daya kuasa lain, biosains juga perlu dimanfaatkan untuk kebajikan manusia dan perlu dibimbing supaya tidak disalahgunakan menjadi kuasa penghancur seperti yang berlaku kepada fisi nuklear di masa yang lalu. Di waktu kebangkitan penggunaan perjumpaan moden reproduksi manusia, keturunan, DNA rekombinasi dan sintesis ubat-ubatan yang boleh memberi kesan kepada kelakuan, generasi sekarang sedang menyaksikan satu cabaran yang hebat terhadap warisan nilai-nilai moral dan tatacara kelakuan. Pengetahuan perubatan adalah sebahagian daripada ilmu Allah “Yang mengajar manusia apa yang tidak pernah diketahui oleh manusia”. Menuntut ilmu perubatan memerlukan pendedahan kebesaran Allah dengan ciptaan-Nya. “Imam Ghazali menganggap profesion perubatan sebagai fardu kifayah, satu tugas yang mesti dilakukan oleh sesetengah ahli di dalam satu-satu masyarakat. Amalan ini lazim dilakukan kerana keperluan kesihatan adalah satu keperluan asas. Jika kesihatan terjejas, apa jua di dunia ini tidak dapat dinikmati.” Dalam konteks sains dan perubatan islam setiap pengamal perubatan iaitu doktor khususnya perlu beretika dalam menjalankan tugas. Seseorang doktor mestilah mempunyai sikap yang bijaksana dan boleh menjadi penasihat yang menarik ketika merawat pesakit. Sikap yang bijaksana serta kata-kata nasihat yang menarik boleh menyumbangkan impak positif dan mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh pesakit. Selain itu, setiap orang doktor perlu menitikberatkan penjagaan aurat di antara pesakit dan pengamal perubatan dalam setiap rawatan yang dijalankan dan Islam turut menggalakkan pesakit lelaki berinteraksi dengan pengamal perubatan lelaki seterusnya begitu juga perempuan. Ketika ingin melakukan pemindahan organ manusia samaada yang sudah mati atau yang masih hidup, setiap doktor perlu merujuk kepada lima (5) prinsip iaitu Islam memberi penghormatan tinggi kepada manusia, kebenaran empunya organ dalam keadaan waras dan tidak dalam keadaan penipuan dan sebagainya, berkaitan dengan ketegasan al-Quran yang tidak membenarkan pemindahan yang boleh memudaratkan diri sendiri, mengutamakan individu islam yang masih hidup dan mendapat kata putus dan pandangan institusi ulama. Para doktor hendaklah sentiasa bekerjasama dan bersedia untuk membantu antara satu sama lain dengan serta-merta jika rakan atau keluarganya terkena sakit, atau di dalam hal-hal kesusahan, keperluan, kecacatan atau kematian. Pada zaman ini seorang doktor

(3)

bukan lagi seorang individualis seperti zaman silam kerana perawatan perubatan sekarang memerlukan satu pasukan selain dari doktor dan jururawat juga diperlukan perkhidmatan makmal, fisioterapi, kebajikan perubatan, dan personel lain. Seorang doktor hendaklah memupuk semangat berpasukan dan kerjasama yang sempurna supaya pasukannya dapat menghasilkan perkhidmatan penjagaan pesakit yang terbaik. Peranan etika dalam bidang sains dan perubatan menjadikan profession kedoktoran berkembang dalam acuan yang betul sekiranya setiap doktor mengamalkan etika ini ketika menjalankan tugas.

3. Etika Dalam Perniagaan dan Perdagangan

Seterusnya, sektor perniagaan dan perdagangan dilihat sebagai salah satu faktor penentu dalam mengukuhkan kedudukan ekonomi sesebuah negara. Dalam usaha membentuk blok ekonomi yang kukuh dan pada masa yang sama mampu menunaikan tanggungjawab sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini. Lantaran teruja mengecap kemajuan, asas-asas pengamalan etika tidak harus diketepikan dan perlu diamalkan berdasarkan pespektif yang betul kerana matlamat akhir sektor ini adalah memenuhi keperluan dan tuntutan hidup manusia tanpa melampaui batas syariat. Perniagaan yang dijalankan secara beretika dan menurut prinsip-prinsip Syariah amat dituntut oleh Islam (Abdul Sami’ al-Misri, 1993). Di dalam sesebuah masyarakat Islam, perniagaan dan perdagangan merupakan satu tanggungjawab sosial yang merupakan fardu kifayah (Ataul Huq Pramanik, 1993). Peranan perniagaan dan perdagangan yang beretika adalah untuk membantu perniagaan mendapat sokongan daripada pengguna. Sokongan pengguna akan membantu dalam meningkatkan jualan dan keuntungan. Kerjasama antara kedua-dua pihak akan membawa manfaat bagi kedua-dua terutama dalam perniagaan dan perdagangan. Amalan perniagaan dan perdagangan yang beretika dan keinginan untuk menjaga kepentingan pengguna akan mendapat maklumbalas percuma daripada penguna. Maklumbalas ini akan membantu meningkatkan perniagaan dan perdagangan secara berkekalan serta akan membantu pengguna dengan lebih berkesan. Peranan etika dalam sektor perniagaan dan perdagangan adalah memastikan bahawa perniagaan yang dijalankan mematuhi undang-undang. Ia bermaksud bahawa perniagaan yang aktif dalam memastikan keperluan dan kehendak pengguna dipenuhi, dengan keuntungan yang berpatutan dan bukan mengeksploitasi atau mengambil untung yang berlebihan daripada pengguna. Selain itu, perniagaan yang beretika adalah mereka yang mengambil berat terhadap pekerja, pemegang amanah dan pihak lain yang turut terlibat dengan perniagaan mereka. Perniagaan sebegini akan memastikan kejujuran dan ketelusan dalam urusan perniagaan mereka. Para peniaga hendaklah menyediakan barangan dan

(4)

perkhidmatan kepada pengguna secara bertanggungjawab dan jujur. Apabila peranan ini bertentangan dan mereka menjadi pengguna, mereka akan mengambil kira tanggungjawab dan kejujuran dalam barangan dan perkhidmatan yang diperlukannya juga. Sebagai tambahan, aktiviti perniagaan dan perdagangan yang dijalankan juga perlu mengambilkira akibat dan kesan aktiviti yang dijalankan kepada persekitaran. Adalah penting dalam mengambilkira semua kesan negatif dan meminimumkan pencemaran dan tidak mengorbankan aspek-aspek keselamatan untuk meraih keuntungan dalam jangka masa yang singkat.

4. Etika Perhubungan Antara Individu & Masyarakat.

Selain itu, etika juga memainkan peranan dalam konteks perhubungan antara individu & masyarakat. Kebebasan telah menjadi lumrah sebagai keinginan manusia. Bagaimanapun untuk menyekat perbuatan manusia daripada bertindak mengikut rasa dan tidak patuh kepada norma kemanusian, perlu ada nilai serta adab atau peraturan yang menjadi pedoman. Dengan kata lain manusia perlu pendedahan tentang moral atau akhlak untuk mengawal perilaku dalam aspek kehidupan atau juga dikenali sebagai etika. Melihat suasana dunia hari ini, bentuk kehidupan manusia semakin mencabar, masalah kehidupan akan lebih rumit kerana lebih bersifat global. Masa kini fikiran manusia bukan sahaja lebih tertumpu dalam menyelesaikan satu atau dua masalah seperti ekonomi dan politik, malahan pelbagai masalah peradaban yang disebabkan juga oleh karenah manusia yang hampir terlupa tentang tanggungjawab dan hilang pertimbangan nilai. Oleh hal yang demikian, setiap manusia perlu mengamalkan nilai-nilai dan amalan baik untuk mengekalkan kehidupan yang aman dan damai. Kita tidak dapat nafikan bahawa dengan amalan kebaikkan yang diamalkan oleh setiap insan akan mengwujudkan keamanan sejagat. Dari sudut agama, etika tidak pernah terpisah daripada ajaran agama. Dalam konteks negara Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum, terdapat empat agama yang besar iaitu Islam, Buddha, Hindu dan Kristian yang berkait tentang etika keagamaan. Setiap agama menganjurkan penganutnya menuju kepada kebaikan dan setiap kebaikan yang dilakukan akan mendapat balasan yang baik daripada yang Maha berkuasa. Etika merupakan sebahagian daripada cara manusia berurusan dalam kehidupan harian. Peranan etika terhadap individu adalah individu tersebut dapat membina keperibadian diri yang baik kerana sahsiah terpuji yang ditunjukkan dan secara tidak langsung keluarga, organisasi dan masyarakat akan memandang mulia dan berbudi tinggi terhadap individu tersebut. Individu yang mempunyai keluarga dan mengamalkan etika yang baik, ini secara tidak langsung akan dapat mengeratkan perhubungan dan kemesraan setiap keluarga.

(5)

Keluarga tidak akan berpecah belah. Keamanan yang wujud dalam keluarga akan dapat mengwujudkan keharmonian hidup. Dalam konteks kehidupan bermasyarakat pula, pengamalan etika dalam setiap kehidupan akan mewujudkan masyarakat yang harmoni. Keharmonian masyarakat akan menentukan keamanan dan kesejahteraan yang berterusan sesebuah negara itu sendiri. Misalnya, penubuhan sesebuah organisasi akan menjadi stabil, kukuh dan berkembang maju seandainya semua ahli dalam organisasi tersebut mengamalkan etika dengan berkesan dan setiap individu tahu akan peranan dan tanggungjawab masing-masing, saling hormat-menghormati, bantu-membantu serta prihatin antara satu sama lain. 5. Kesimpulan

Tuntasnya, etika seharusnya dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan seharian dan dalam apa jua tindak tanduk individu itu sendiri. Keberkesanan pengamalan prinsip etika terletak pada individu itu sendiri seterusnya masyarakat sesebuah negara yang terlibat dalam apa jua sektor pekerjaan yang menyumbang kepada pertumbuhan blok ekonomi. Tanpa disiplin diri dan kekuatan mental yang tinggi, seseorang itu tidak dapat mencapai pengamalan etika yang seharusnya diamalkan oleh individu terbabit. Amalan etika yang tidak baik sering berlaku apabila sesorang individu itu mula meneroka dunia pekerjaan. Keadaan ini sepintas lalu membuat kita berfikir kembali pada peringkat manakah sepatutnya elemen etika ini dibaja dan disemai agar keperibadian seseorang individu itu kekal unggul dalam masyarakat. Pepatah orang-orang dahulu yang mengatakan melentur buluh biarlah dari rebungnya

menyedarkan kita bahawa betapa sistem pendidikan sebenarnya sangat menyumbang kepada pembentukan sahsiah individu. Etika sentiasa mengikut individu-individu yang dari sekecil-kecil jawatan sehinggalah ke jawatan tertinggi baik di sektor swasta mahu pun kerajaan.

Referensi

Dokumen terkait

Pengawasan ini dilakukan langsung oleh Kasat Sat Reskoba Polres Malang Kota maupun oleh kepala BNN Malang Kota terhadap petugas yang melakukan under cover buy

➢ Menyusun teks interaksi interpersonal tulis sangat pendek dan sederhana yang melibatkan tindakan memberi dan meminta informasi terkait jati diri/hubungan keluarga, pendek

Hasil uji t berpasangan menunjukkan nilai signifikasi pada kelas X IPA sebesar 0,000 < α 0,05, sehingga dapat disimpulkan bahwa model pembelajaran DLPS berpengaruh

lapangan Di sekitar lokasi kegiatan 1 (satu) kali selama kegiatan berlangsung Pengelola:Rumah Makan Kaliotik Resto Pengawas: BPMP (Badan Penanaman Modal dan

kesesuaian antara pilihan karir dengan jurusan/prodi yang ditempuh oleh mahasiswa Fakultas Ilmu Sosial UNESA, sebagian besar responden memilih untuk bekerja,

Analis data dilakukan dengan analisis kondisi awal dan kebijakan yang telah dilakukan tentang pengelolaan pulau-pulau kecil terluar di perbatasan negara

Mengacu pada hasil penelitian dalam penelitian ini maka dapat disimpulkan, bahwa komponen ekosistem sawah yang ditemukan diwilayah gunung puyu, kabupaten Bantul

Betapa tidak, ilmu sejarah mengajak kita mempelajari rekaman peristiwa masa lalu dari semua dimensi kehidupan yang bisa menjadi penentu langkah kebijakan di masa depan.. Kali