• Tidak ada hasil yang ditemukan

ETIKA PERUBATAN SIAP

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "ETIKA PERUBATAN SIAP"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

1. PENGENALAN 1.1 Latar Belakang

Etika perubatan atau medical ethics merupakan suatu sistem yang penting meliputi prinsip moral yang menerapkan nilai dan pertimbangan kepada amalan perubatan serta sebagai satu disiplin ilmiah, etika perubatan merangkumi aplikasi praktikal dalam persekitaran klinikal serta kerja-kerja mengenai sejarah, falsafah, dan sosiologi. Etika memainkan peranan yang cukup besar dalam sektor perubatan. Kemajuan semasa di dalam perubatan telah memperolehi ciri-ciri revolusioner dan menjuarai kemajuan di dalam bidang teknologi perubatan dan kejuruteraan manusia yang sungguh membanggakan. Namun, ia juga boleh memberi kesan kepada kelakuan, generasi sekarang sedang menyaksikan satu cabaran yang hebat terhadap warisan nilai-nilai moral dan tatacara kelakuan.

Untuk itu, setiap pengamal perubatan khususnya perlu beretika dalam menjalankan tugas. Seseorang pengamal perubatan mestilah mempunyai sikap yang bijaksana dan boleh menjadi penasihat yang menarik ketika merawat pesakit. Selain itu, hendaklah sentiasa bekerjasama dan bersedia untuk membantu antara satu sama lain dengan serta-merta jika rakan atau keluarganya terkena sakit, atau di dalam hal-hal kesusahan, keperluan, kecacatan atau kematian. Pada zaman ini perawatan perubatan sekarang memerlukan satu pasukan selain dari doktor dan jururawat juga diperlukan perkhidmatan makmal, fisioterapi, kebajikan perubatan, dan personal lain. Selain itu juga hendaklah memupuk semangat berpasukan dan kerjasama yang sempurna supaya pasukannya dapat menghasilkan perkhidmatan penjagaan pesakit yang terbaik.

(2)

Peranan etika dalam bidang sains dan perubatan menjadikan profesion pengamal perubatan berkembang dalam acuan yang betul.

1.2 Objektif Tugasan

(3)

1.2.2 Untuk menerangkan definisi etika perubatan menurut pencarian literature

1.2.3 Untuk menerangkan sejarah mengenai etika perubatan.

1.2.4 Untuk menerangkan prinsip-prinsip dalam etika perubatan.

1.2.5 Untuk menerangkan kepentingan etika perubatan. 1.2.6 Untuk menerangkan kesan pengabaian terhadap

etika perubatan.

1.2.7 Untuk menerangkan isu-isu etika dalam bidang perubatan.

2. KANDUNGAN

(4)

Definisi Etika Perubatan merupakan perbincangan dan penerapan nilai-nilai dan tanggungjawab moral dalam bidang amalan perubatan dan penyelidikan. Walaupun soalan etika perubatan ini telah dibahaskan sejak permulaan bidang perubatan pada abad ke-5, namun etika perubatan hanya menjadi terkenal sebagai bidang yang tersendiri sejak perang dunia ke-2. Ini kerana telah berlaku sebahagian besar perubahan kesan daripada kemajuan dalam teknologi perubatan, penyelidikan saintifik, dan telekomunikasi. Perkembangan ini telah memberi kesan kepada hampir setiap aspek amalan klinikal, dari kerahsiaan rekod pesakit. Selain itu, peningkatan penglibatan kerajaan dalam penyelidikan perubatan dan peruntukan sumber penjagaan kesihatan telah membawa satu penambahan kepada persoalan etika.

.

2.2 Pencarian Literature Etika Perubatan

Etika ialah mempertimbangkan atau memperhatikan tingkah laku manusia dalam mengambil suatu keputusan yang berkaitan dengan moral. Etika lebih mengarah pada penggunaan akal budi manusia dengan objektivitas untuk menentukan benar atau salahnya serta tingkah laku seseorang kepada orang lain.

(5)

Etika perubatan merupakan nilai-nilai serta garis panduan yang harus dipatuhi oleh para pengamal perubatan khususnya doktor di dalam pengamalan perubatan masing-masing.

(Kamus Dewan Edisi ke-4) Etika Perubatan merupakan sebagai prinsip-prinsip dan undang-undang untuk mengawal tingkah laku pengamal perubatan dan dianggap sebagai kawalan moral ke atas semua kakitangan perubatan dan masyarakat yang standard.

(Persatuan Perubatan Malaysia (MMA))

2.3 Sejarah Etika Perubatan

Sejarah etika perubatan ini bermula di kesan melalui garis-garis panduan mengenai tugas pakar-pakar perubatan di zaman dahulu kala, seperti zaman Hippocrates. Kod-kod pertama mengenai etika perubatan, Formula Comitis Archiatrorum, telah diterbitkan pada abad ke-5, semasa pemerintahan Ostrogothic Raja Theodoric The Great. Pada zaman awal dan pertengahan moden, maklumat mengenai etika perubatan ditulis oleh Ishaq ibn Ali al-Ruhawi yang menulis Kelakuan seorang Doktor, buku pertama yang d idedikasikan kepada etika perubatan, Ibnu Sina perintis kepada perubatan, dan Muhammad bin Zakaria Ar -Razi (dikenali sebagai Rhazes di Barat). Dan seterusnya tradisi-tradisi intelektual ini di sambung di dalam etika perubatan Islam, Katholik, dan Yahudi.

(6)

Menjelang abad ke-18 dan ke-19, etika perubatan muncul semula dalam perbincangan. Di negara England, Thomas Percival seorang penulis dan juga doktor, telah mereka kod etika perubatan moden yang pertama serta menarik sebuah risalah dengan kod ini pada tahun 1794 serta menulis versi tersebut dan diperluaskan pada tahun 1803 di mana dia membuat istilah etika perubatan dan perundangan perubatan. Namun, ia mendapat kritikan daripada pelbagai pihak kerana garis panduan ini dilihat lebih kepada perlindungan reputasi doktor yang berlebihan.

Namun pada tahun 1815, akta seperti Apothecaries Act telah diluluskan oleh Parlimen United Kingdom. Ia diperkenalkan sebagai perantisan wajib dan kelayakan rasmi dibawah lesen Persatuan Apothecaries. Ini adalah permulaan kepada peraturan profesion perubatan di UK.

Pada tahun 1847, Persatuan Perubatan Amerika (AMA) menerima pakai kod pertama etika yang berdasarkan sebahagian besar hasil kerja Percival ini. Akhir sekali pada tahun 1960-an dan 1970-an, teori ini dibina atas liberal dan keadilan prosedur, banyak wacana etika perubatan telah melalui perubahan dramatik dan sebahagian besar diatur semula diri menjadi bioetika.

(7)

2.4 Prinsip-Prinsip Di Dalam Etika Perubatan

Berikut terdapat prinsip –prinsip asas utama di dalam etika perubatan. Antara prinsip asa tersebut iaitu :

i. Autonomy (Bebas membuat keputusan)

Autonomi merujuk kepada keupayaan untuk berfikir, membuat keputusan dan bertindak atas inisiatif pesakit sendiri secara bebas. Para pengamal perubatan serta ahli keluarga pesakit itu perlu membantu pesakit datang ke keputusan mereka sendiri dengan memberikan maklumat yang lengkap. Mereka juga perlu mengekalkan keputusan kompeten, pesakit dewasa, walaupun ia menunjukkan perubatan yang salah.

ii. Non-maleficence (Elak Kemudaratan)

Konsep non-maleficence merujuk kepada frasa “first, do not harm”. Ramai menganggap yang seharusnya menjadi pertimbangan utama bahawa ini adalah lebih penting untuk tidak membahayakan pesakit, daripada berbuat baik kepada mereka. Ini kerana sebahagian pengamal perubatan terdedah kepada penggunaan rawatan yang mereka percaya akan berbuat baik, tanpa terlebih dahulu dinilai mereka dengan secukupnya bagi memastikan mereka tidak berdepan

(8)

dengan bahaya. Banyak kesan buruk telah dilakukan kepada pesakit dan hasilnya, seperti dalam kata-kata, "Rawatan ini adalah satu kejayaan, tetapi pesakit meninggal dunia." Prinsip ini amat penting bukan sahaja untuk tidak membahayakan daripada berbuat baik, malah ia juga untuk mengetahui bagaimana kemungkinan bahawa rawatan tersebut akan membahayakan pesakit. Jadi pengamal perubatan perlu pergi lebih daripada ubat-ubatan yang tidak menetapkan mereka tahu untuk menjadi berbahaya-dia tidak boleh menetapkan ubat-ubatan atau merawat pesakit melainkan jika dia tahu bahawa rawatan yang tidak berbahaya.

iii. Beneficence (Berkebajikan)

Kebajikan (Beneficence) merujuk kepada tindakan yang menggalakkan kesejahteraan orang lain. Dalam konteks perubatan, ia bermaksudmengambil tindakan perkhidmatan demi kepentingan pesakit. Ia meliputi pertimbangan kesakitan pesakit, penderitaan fizikal dan mental mereka, risiko kecacatan serta kematian, dan kualiti hidup mereka. Walau bagaimanapun, ketidaktentuan mengelilingi definisi yang tepat yang amalan lakukan sebenarnya membantu pesakit. James Childress dan Tom Beauchamp dalam Prinsip Etika Bioperubatan (1978) mengenal pasti kebajikan sebagai salah satu nilai teras etika penjagaan kesihatan. Sebahagian pakar seperti Edmund Pellegrino, berhujah bahawa kebajikan adalah satu-satunya prinsip asas etika perubatan.

(9)

Mereka berhujah bahawa penyembuhan harus semata-mata untuk perubatan, dan yang berusaha seperti pembedahan kosmetik dan euthanasia jatuh di luar bidang kuasanya.

iv. Justice (Keadilan)

Dalam etika perubatan, keadilan adalah pilihan yang saksama dalam bidang perubatan. Sebagai contoh, dengan sumber-sumber yang terhad, anda tidak boleh merawat semua orang dan juga keutamaan (prioriti) mesti ditetapkan. Dalam memperuntukkan penjagaan pesakit, prinsip keadilan berpendapat bahawa pesakit dalam situasi yang sama perlu mempunyai akses kepada penjagaan yang sama, dan bahawa dalam memperuntukkan sumber kepada satu kumpulan, kita perlu menilai kesan pilihan ini kepada orang lain.

2.5 Kepentingan Etika Perubatan

Terdapat kepentingan dalam Etika Perubatan. Antara kepentingan tersebut iaitu :

i. Untuk memelihara masyarakat dari menerima rawatan di bawah paras rawatan perubatan yang ditetapkan. MMA mengambil berat terhadap kecuaian

(10)

melaksanakan tugas sebagai doktor. Contohnya gagal memberi rawatan kepada pesakit setelah banyak peringatan diberikan. Juga memberi tanggungjawab jawatan perubatan kepada mereka yang tidak didaftarkan.

ii. Untuk mencegah penyalahgunaan keistimewaan profesionalisme yang diperuntukkan oleh undang-undang dan penyalahgunaan kemahiran profesion perubatan. Contohnya kesilapan dalam memberikan ubat kepada pesakit, memberi perakuan palsu dan menyalahgunakan kepercayaan masyarakat seperti menyebarkan rahsia pesakit dan mengadakan hubungan sulit dengan pesakit.

iii. Mengawal dari berlakunya perbuatan yang bertentangan dengan reputasi profesion perubatan seperti penyalahgunaan alkohol, dadah, tidak jujur, tidak bersopan, tindakan kasar dan sebagainya.

iv. Sebagai panduan kepada pekerja sosial perubatan apabila menentukan apa bentuk permintaan yang munasabah atau mengikut undang undang yang boleh mereka lakukan terhadap majikan , rakan-rakan serta persatuan.

(11)

2.6 Kesan Pengabaian Terhadap Etika Perubatan

Jika seseorang pengamal perubatan tidak mengikuti etika-etika perubatan, ia memberi kesan yang tidak baik seperti :

i. Menimbulkan sebarang bentuk hubungan fizikal yang boleh melanggar batasan profesional dan merosakkan hubungan profesional.

ii. Hubungan profesional disalahgunakan bagi mendapat keuntungan peribadi, kebendaan atau kewangan.

(12)

iii. Memberi imej yang buruk kepada institusi pengamal perubatan di negara ini.

iv. Menimbulkan konflik antara pesakit dan pengamal perubatan.

v. Di bimbangi pekerja sosial perubatan akan terlibat dalam apa bentuk salahlaku seksual dengan mana-mana pihak yang signifikan dalam hubungan profesional sehingga boleh menjejaskan kepercayaan dan keyakinan dalam menjalankan tanggungjawab.

2.7 Isu-isu Etika Dalam Bidang Perubatan

Namun begitu, terdapat isu-isu yang timbul berkaitan di dalam bidang perubatan. Antara isu-isu tersebut ialah :

i. Eutanasia

Perkataan "euthanasia" berasal dari makna Greek bermaksud "kematian yang baik." Dengan erti kata lain ia bermaksud "perbuatan mengakhiri kehidupan seseorang yang mengalami sama ada penyakit terminal, atau suatu penyakit yang tidak boleh diubati." Buat masa ini hanya satu negeri di Amerika

(13)

ii. Pemindahan Organ

Pemindahan organ adalah satu pembedahan bagi menggantikan organ yang bermasalah atau berpenyakit dengan organ yang baru. Organ yang digunakan datang dari dua sumber iaitu penderma yang masih hidup dan penderma yang telah meninggal dunia. Kaedah perubatan ini telah menimbulkan beberapa isu iaitu timbul kemudaratan apabila organ dari tubuh yang masih hidup ataupun yang telah mati dikeluarkan dan dipindah ke tubuh lain yang masih hidup.

iii. Penguguran Janin

Pengguguran bayi membawa maksud penamatan proses kehamilan sebelum cukup bulan iaitu sembilan bulan bagi manusia yang mana mengakibatkan kemusnahan dan kematian janin. Keguguran merupakan sesuatu yang berlaku secara spontan manakala pengguguran pula adalah secara paksa sama ada dibolehkan atau tidak mengikut undang-undang. Negara Malaysia mengharamkan pengguguran bayi tanpa indikasi perubatan terutama sekali ianya demi menyelamatkan nyawa si ibu. iv. Pengklonan Manusia

Isu pengklonan merupakan salah satu isu yang begitu giat dibincangkan oleh para saintist-saintist barat ketika ini. Isu ini semakin giat dibicarakan apabila

(14)

kemajuan sains dan teknologi telah meningkatkan kemajuan dalam bidang sains ginetik. Usaha pengklonan pertama kali dilakukan oleh ahli embriologi Scotland, Ian Wilmut menghasilkan kambing biri-biri bernama Dolly. Hal ini telah menyebabkan ahli-ahli saintis dalam bidang ginetik mulai terfikir untuk membangunkan pengklonan manusia pula. Apabila isu ini semakin giat dibincangkan telah menyebabkan isu ini berubah kepada isu yang melibatkan etika.

v. Pemilihan Jantina Anak

Amalan teknik atau langkah campur tangan yang bertujuan untuk menghasilkan kehamilan dan kelahiran bayi dengan jantina pilihan ibubapa dengan bertujuan untuk mengimbangi keluarga atau kepeluan perubatan. Namun, Terdapat banyak isu berkaitan moral dan etika berkaitan pemilihan jantina dan ia perlu difikirkan semasak-masaknya. Di antaranya menurut pandangan pakar bioetika Islam Gamal Serour iaitu pemilihan jantina sebelum kehamilan adalah ditegah kerana hal ini bermaksud mencabar kudrat Allah s.w.t. Namun demikian, pemilihan jantina sebelum kehamilan ini adalah diharuskan bagi tujuan rawatan perubatan.

vi. Pencegahan kehamilan

Kawalan kelahiran, kadang kala bersinonim dengan pencegahan hamil, adalah suatu regimen satu atau

(15)

untuk mencegah atau mengurangkan kebarangkalian mengandung atau kelahiran. Kaedah ini telah banyak disalahgunakan oleh . Penyalahgunaan kawalan kehamilan di kalangan remaja telah meningkatkan hubungan seks luar nikah dan sekaligus jumlah kehamilan luar nikah. Hal ini membawa kepada masalah pengguguran bayi dan buang bayi kerana mereka masih muda dan belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa.

vii. Penjualan Sijil Cuti Sakit Palsu

Pembelian sijil cuti sakit palsu kepada pesakit telah dikira melanggar etika pengamal perubatan. Ini kerana penjualan sijil cuti sakit palsu sedemikian mendatangkan pelbagai implikasi negatif kepada produktiviti negara, isu-isu perundangan dan sebagainya. Tetapi masih ramai dalam kalangan masyarakat yang mengambil mudah mengenai perkara itu, sehingga mengiklankan penjualan sijil berkenaan secara dalam talian, sama ada dengan atau tanpa penglibatan pengamal perubatan dan pergigian berdaftar di klinik dan hospital swasta mahupun kerajaan.

viii. Kesilapan Diagnosis Pesakit

Kesilapan diagnosis perubatan merupakan satu keadaan yang membabitkan seorang doktor membuat kesilapan dalam menterjemahkan penyakit. Kesilapan diagnosis lebih mudah berlaku terutamanya di bilik kecemasan kerana segala keputusan pemeriksaan terhadap pesakit adalah

(16)

berdasarkan keadaan pesakit ketika mereka dibawa masuk ke unit tersebut.

3. PENUTUP 3.1 Rumusan

Sebagai rumusan, Etika perubatan atau medical ethics merupakan suatu sistem yang penting meliputi prinsip moral yang menerapkan nilai dan pertimbangan kepada amalan perubatan. Sebagai satu disiplin ilmiah, etika perubatan merangkumi aplikasi praktikal dalam persekitaran klinikal serta kerja-kerja mengenai sejarah, falsafah, dan sosiologi. Namun begitu, ia juga boleh memberi kesan kepada kelakuan, generasi sekarang sedang menyaksikan satu cabaran yang hebat terhadap warisan nilai-nilai moral dan tatacara kelakuan. Sebagai seorang pengamal perubatan, perlu mengambil berat serta mematuhi etika-etika dalam perubatan supaya tidak menimbulkan isu-isu yang tidak diingini berlaku dalam bidang perubatan.

(17)

4. RUJUKAN DAN LAMPIRAN BERGAMBAR 4.1 SUMBER RUJUKAN

 Williams, John (2015). Medical Ethics Manual (PDF) (3rd ed.). Ferney-Voltaire Cedex, France: World Medical Association. ISBN978-92-990079-0-7. Retrieved February 11, 2016.

 Jordan, M. C. (1998). "Ethics manual. Fourth edition. American College of Physicians". Ann Intern Med. 128 (7): 576–94.

 Beauchamp, Tom L., and Childress, James F. 2001. Principles of Biomedical Ethics. New York: Oxford University Press.

 Medical Ethics Topic from Wikipedia 6 Feb 2017 from website:

https://en.wikipedia.org/wiki/Medical_ethics

(18)

http://www.wma.net - Principal features of medical ethics [Retrieved 3 November 2015].

 Santa Clara University : Markkula Center for Applied Ethic Better Choice :

https://www.scu.edu/ethics/focus- areas/bioethics/resources/cases-in-medical-ethics-student-led-discussions/

 Etika Dalam Perubatan by on Prezi

https://prezi.com/n-t-bowfs1nh/etika-dalam-perubatan/

(19)

Referensi

Dokumen terkait

Etika kedokteran merupakan etika untuk profesi dokter yang berhubungan dengan masalah moral yang timbul dalam praktik pengobatan.. Etika telah menjadi bagian

Deskri psi Mata Kuliah : Memberikan pemahaman tentang etika dalam tata interaksi di tempat kerja dengan cakupan pembahasan meliputi: pengertian etika dan moral, etika profesi

Etika adalah aturan mengenai prinsip-prinsip dan nilai-nilai moral yang mengatur perilaku seseorang atau kelompok mengenai apa yang benar dan yang salah. Etika menyusun standar

dengan seni pergaulan manusia, etika ini kemudian dirupakan dalam bentuk aturan ( code ) tertulis yang secara sistematik sengaja dibuat berdasarkan prinsip- prinsip moral yang ada

berbicara mengenai kondisi-kondisi dasar, teori-teori etika dan prinsip-prinsip moral dasar yang menjadi pegangan bagi manusia dalam bertindak serta tolak ukur dalam

Wahyudi (2007) mengartikan Etika adalah prinsip-prinsip moral yang disepakati bersama oleh suatu kesatuan masyarakat, yang menuntun perilaku individu dalam berhubungan

Etika Profesi Sanitarian Etika profesi sanitarian adalah seperangkat prinsip moral dan nilai-nilai yang mengatur perilaku dan tindakan para profesional sanitarian dalam menjalankan

Dengan demikian, meskipun ada keterkaitan yang erat antara ketiga konsep ini, perbedaan utama adalah etika adalah studi tentang prinsip-prinsip moral, moral adalah pandangan mengenai