• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENYAKIT KANSER

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PENYAKIT KANSER"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

PENYAKIT KANSER.

Disediakan oleh: ARIFFIN BIN OLY.

Penyakit kanser merupakan pembunuh nombor dua di Ameika Syarikat selepas sakit jantung. Jumlah kematian disebabkan kanser pada tahun 2006 adalah 564,830 orang atau 1,500 orang sehari. Walaupun sebanyak US$25 billion telah dibelanjakan untuk penyelidikan kanser di antara tahun 1982 - 2002, kematian yang disebabkan oleh kanser telah meningkatkan dalam tempoh yang sama. Anda mungkin bertanya apakah tiada kemajuan dicapai di dalam penyelidikan tersebut? Ada, tetapi kebanyakannya di dalam bidang pengesanan kanser seperti mamografi untuk kanser payudara dan ujian PSA untuk kanser prostat. Bagaimana dengan Malaysia? Pada tahun 2003, angka kematian bagi kes yang dirujuk kepada hospital kerajaan adalah 2,800 orang. Seperti juga di Amerika, kanser merupakan pembunuh nombor dua selepas sakit jantung iaitu berjumlah 8,700 orang. Adakah pengesanan awal sahaja harapan kita? Pencegahan adalah lebih baik dari pengubatan.

kanser ataupun dengan Istilah perubatan iaitu neoplasm,merupakan klasifikasi penyakit yang merujuk kepada keadaan sel yang membesar secara luar kawalan, pencerobohan dan pemusnahan tisu biologi dan metastasia. Ketiga-tiga ciri-ciri barah ini berbeza daripada tumor bukan barah, yang merupakan penyerebakan terhad dan bukan metastasia. Kebanyakan barah menyebabkan tumor, akan tetapi seperti leukemia, sesetengah barah tidak. Bidang perubatan yang menjalankan penyelidikan, diagnosis, pengubatan dan pencegahan barah dikenali sebagai onkologi.

Barah atau kanser telah menjadi masalah utama akibat peningkatan tempoh jangka hayat. Ini disebabkan kadar mutasi semakin meningkat selaras dengan tempoh hayat yang semakin berpanjangan. Walaupun kemajuan yang besar telah dicapai dalam cara rawatan, kebanyakan rawatan hanya berkesan bagi penyakit barah awal. Bagi kebanyakan barah yang telah mencapai tahap lanjut masih tiada rawatan yang berkesan wujud dan dalam kebanyakan kes akhirnya membawa maut. Oleh itu bolehlah dianggap, mereka yang melewatkan mendapat rawatan seolah-olah membunuh diri. Walau bagaimanapun sungguhpun tidak terdapat ubat yang berkesan bagi pesakit barah yang tahap akhir, semenjak 20 tahun kebelakangan perkembangan penjagaan palliative telah meningkat dengan meluas.

Nampaknya apa saja yang kita buat atau makan dewasa ini dikatakan menjadi punca kanser. Pendedahan yang berlebihan kepada cahaya matahari dikatakan akan meningkatkan risiko kanser kulit. Asbestos dan asap rokok menyebabkan kanser paru-paru, yang merupakan penyumbang tertinggi kepada statistik kematian yang disebabkan kanser. Apa lagi ya? Radiasi, daging/sate hangus, lemak, sakarin dan karsinogen seperti racun serangga dan racun rumpai.

(2)

Kita juga mempercayai bahawa baka merupakan faktor utama yang meningkatkan risiko seseorang mendapat kanser. Namun begitu kajian mendapati bahawa 80 hingga 90 % pesakit kanser datang dari keluarga yang tidak mempunyai sejarah kanser. Sejak bertahun dipercayai bahawa keturunan (genetik) merupakan faktor utama yang menyumbang kepada risiko seseorang akan mengidap kanser. Kajian terbaru mendapati bahawa kira-kira 90% dari pengidap kanser tidak mempunyai sejarah kanser dalam keluarga mereka. Kajian tersebut juga mendapati bahawa penyumbang terbesar kepada risiko kanser adalah faktor persekitaran seperti merokok, permakanan, infeksi, arak, dadah, bahan kimia, tekanan dan radiasi.

Apa lagi yang kita tidak tahu? Ramai penyelidik memberikan berbagai teori mengenai punca sebenar kanser. Namun begitu tiada satu pun teori yang dapat menjelaskan kepelbagaian aspek kanser dan perkembangan penyakit tersebut dalam tubuh manusia. Dr. Peter Kovacic menulis satu ulasan yang menyeluruh mengenai teka-teki perubatan ini di dalam Current Medicinal Chemistry 2001. Beliau mengatakan dari banyak-banyak teori yang telah dimajukan, hanya teori stres oksidatif yang terbukti kebenarannya. Ia boleh menjelaskan secara rasional dan mengaitkan secara sistematik kebanyakan aspek mengenai karsinogenesis perkembangan penyakit kanser.

Apa itu stres oksidatif? Secara mudah stres oksidatif adalah kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Stres oksidatif yang berlaku di dalam badan adalah punca asas sebahagian besar penyakit digeneratif kronik. Untuk mudah bagi anda melihat kesan stres oksidatif, cuba lihat gambar keluarga yang mengandungi berbagai generasi. Perhatikan kulit mereka, anda akan nampak perbezaan yang besar di antara kulit ahli keluarga yang muda dengan yang tua. Kesan yang ada nampak itu disebabkan oleh stres oksidatif pada kulit. Keadaan yang sama juga berlaku di dalam tubuh kita. Jadi kalau inginkan kulit yang cantik, bukan losyen pelembab jawapannya. Anda boleh memperbaiki keadaan ini dengan mengambil makanan atau suplemen yang kaya dengan antioksidan, satu bahan yang boleh menghapuskan radikal bebas dan memulihkan kerosakan yang disebabkan olehnya.

Kajian Dr. Kovacic menyokong bukti perubatan yang semakin banyak ia-itu apabila terdapat banyak radikal bebas berhampiran dengan nukleus sel, akan berlaku kerosakan teruk kepada DNA sel tersebut. Bila karsinogen menyerang, sistem tubuh akan memperbaiki DNA yang rosak. Namun apabila terlalu banyak stres aksidatif, sistem badan tidak lagi mampu memperbaiki kerosakan yang akan membawa kepada terjadinya mutasi perubahan DNA. Apabila sel berkenaan membiak melalui pecah dua, DNA yang mengalami mutasi akan turut dibawa ke sel yang baru dibentuk. Bila DNA yang dimutasi ini terus terdedah kepada stres oksidatif, lebih banyak kerosakan akan terjadi. Sel berkenaan akan mula tumbuh di luar kawalan dan mempunyai kehidupan sendiri. Ia membina kemampuan untuk merebak dari satu bahagian badan ke bahagian yang lain metastasis, lalu menjadi kanser. Di dalam tubuh orang dewasa, kanser mungkin mengambil masa 20 hingga 30 tahun untuk berkembang dari mutasi awal DNA.

(3)

Para doktor biasanya mendiagnosis kanser apabila ia sudah mencapai peringkat akhir perkembangannya. Malangnya ketika kanser sudah berkembang ke satu tahap yang boleh menyebabkan gejala atau dapat dikesan melalui sinar-x, ia selalunya sudah berkembang selama lebih dari 10 hingga 20 tahun. Pada masa itu tidak banyak yang doktor dapat lakukan untuk membantu pesakitnya. Ada seorang pesakit kanser paru-paru disyorkan menjalani rawatan kemoterapi oleh onkologisnya, satu prosedur yang dikatakan dapat membawa kanser tersebut kepada "remission" dengan 40% kejayaan. Pesakit bertanya apa maksud remission? Onkologis menjawab, "Jika kanser awak dapat di bawa kepada remission, hidup awak akan dapat dipanjangkan selama 3 bulan lagi." Ini cerita tragis bagi kebanyakan orang yang mengidap kanser.

selain itu,terdapat banyak lagi punca penyakit kanser salah satunya Pencemaran alam setikar.dimana sesetengah individu pemilik Industri sesuka hati membebaskan bahan kloroflorokarbon CFC yang menyebabkan lapisan ozon semakin nipis.kesan daripada penipisan lapisan ozon ini,sinaran yang bahaya daripada matahari seperti sinaran ultraungu memasuki ke bumi menyebabkan kejadian kanser kulit.Terutama kepada para peladang dan kelasi kapal.hal ini juga akan menyumbangkan kepada jumlah penghidap penyakit kanser.

Penyakit kanser juga di pengaruhi oleh sikap dan gaya hidup masyarakat dalam negara tersebut. Gejala social yang turut berkembang dengan pembangunan sesebuah Negara,ini dapat mendatangkan kesan yang mendalam dari segi kehidupan masyarakat sesebuah negara,dengan pembukaan pusat-pusat hiburan,dimana tempat itu dijadikan tempat Perlakuan seks bebas dan pelacuran yang berleluasa boleh menimbilkan masalah kepada penduduk dalam sesebuah negara.hal ini timbul kerana disebabkan oleh Jangkitan kuman yang berpanjangan pada alat kelamin menyebabkan penyakit kanser.peningkatan bilangan yang menghidapi penyakit kanser pangkal rahim akan bertambah dari semasa ke semasa.

Dalam perindustrian bahan yang merbahaya sering kali digunakan untuk menghasikan ataupun sebagai medium campuran kepada bahan lain.Bahan kimia industri. yang bersifat merangsang digunakan dalam industri getah,cetak,kulit,dan cat boleh mengakibatkan kanser pundit kencing. untuk mencapai negara yang maju Pembangunan industri ini amat perlu untuk membangunkan Negara,tetapi menimbulkan risiko penyakit kanser kepada pekerja-pekerja.oleh itu langkah pencegahan haruslah dipertimbangkan oleh pihak kerajaan bagi menjamin kerharmonian penduduk sesebuah negara.

(4)

Sebelum nasi menjadi bubur ada baik kita mengambil langkah untuk mencegah penyakit kanser ini,kerana mencegah lebih baik daripada mengubati,oleh itu,dengan adanya langkah yang boleh diambil untuk mencegah dan mengatasi masalah kanser ini penghidap penyakit ini berkurangan.Faktor semulajadi pada manusia untuk menghalang penyakit kanser ,seperti Sistem imun yang sihat merupakan pelindung utama dari penyakit kanser. Sistem imun mempunyai sel dinamakan "Sel NK (pembunuh semulajadi)", yang bertanggungjawab untuk memerangi sel kanser. Setiap saat dalam hidup kita, sel NK bekerja keras untuk membunuh sel kanser. Apabila sel NK gagal melaksana tugasnya, kita mendapat penyakit kanser. Kesihatan sel NK terjejas oleh faktor persekitaran yang dinyatakan di atas.

selain daripada faktor semulajadi,penyakit kanser juga boleh dicegah melelui amalan pemakanan sesorang,Perubahan diet boleh membantu anda memelihara kesihatan sistem imun dan seterusnya mencegah kanser. Diet yang terdiri dari 80% sayuran, buah-buahan dan jus segar, bijirin dan kacang dapat membantu tubuh berada dalam persekitaran alkali, atau persekitaran yang tidak baik untuk pertumbuhan sel kanser. Untuk memperolehi enzim bagi membina sel yang sihat, anda boleh meminum jus sayuran segar 2 atau 3 kali sehari. Enzim dari sayuran segar akan rosak pada suhu 104 darjah F (40 darjah S). Buah atau jus hendaklah diambil sekurang-kurangnya 15 minit sebelum mengambil makanan ruji. Beberapa makanan tambahan Transfer Factor, IP6, Plant Polysaccharide, Echinacea, cendawan Shiitake, Cordyceps dll,telah dibuktikan melalui ujian makmal dapat memulihkan kesihatan sel NK. Untuk lebih berkesan ia perlu diambil bersama antioksidan dan coenzyme Q10.

penyakit kanser juga dapat dicegah dengan mengamalkan budaya hidup yang sihat.dengan itu, biasakan diri dengan gaya hidup yang lebih baik,menjauhkan diri daripada gaya hidup yang tidak baik. Kesedaran kepada kita amat perlu bagi mewujudkan budaya hidup seunpama ini adalah amat nyata,tambahan pula dengan adanya bukti-bukti saintifik yang menunjukan adanya kaitan negatif antara tabiat kehidupan manusia dan kejadian penyakit. Budaya hidup atau amalan hidup yang negatif seperti hubungan seks rambang atau seks bebas umpamanya akan mengakibatkan kanser-kanser organ seks.selain itu, Menjauhkan diri daripada amalan merokok,hubungan seks luar nikah,mengamalkan pemakanan yang salah dan tidak sistematik,gemar berjemur di panas matahari atau sebarang amalan hidup yang boleh mendedahkan diri kepada risiko penyakit kanser.

(5)

Langkah pencegahan ini bukan sahaja berlaku pada masyarakat malahan Peranan kerajaan dan media massa juga amat penting untuk mencegah penyakit ini. Pihak kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan perlu memberi pendidikan kepada masyarakat dalam bentuk pengetahuan mengenai penyakit kanser. selain itu,pendidikan berbentuk media cetak seperti Penampalan poster mengenai maklumat pencegahan penyakit harus diedarkan secara meluas,pameran,seminar atau siri- siri ceramah kesihatan harus di kerapkan,tidak kira di bandar mahupun di luar bandar. Peranan media massa iaitu dengan cara penyediaan ruangan khas mengenai info-info kesihatan. selain itu,kerajaan juga harus Memperkenalkan prosedur-prosedur tertentu bagi mengelakan pengusahaan industri membuang bahan-bahan cemar sewenang-wenangnya.

Selain pencegahan Rawatan perubatan moden juga harus dijalankan.penyakit kanser boleh Diubati melalui pembedahan terutama kanser jenis ketumbuhan.Bahagian yang terkena ketumbuhan terpaksa dibuang dengan memotongnya semasa pembedahan.Dengan adanya kemajuan teknologi perubatan moden, Terdapat juga cara pengubatan yang menggunakan pancaran yang menggunakan laser untuk membunuh sel-sel kanser terutama bagi sel-sel kanser yang boleh merebak agak luas kerana pembedahan tidak boleh dilakukan untuk membuang organ yang terlibat seperti hati,kerongkong dan lidah. Dalam sesetengah kes,kedua-dua pembedahan dan pancaran laser dikenakan pada bahagian-bahagian yang terlibat.

Selain itu juga,beberapa jenis terapi seperti kemoterapi,terapi hormon dan terapi radar digunakan sebagai cara rawatan,tetapi dilakukan secara berasingan bergantung kepada keadaan sesuatu kes kanser.dengan adanya penghasilan sejenis dadah yang boleh membunuh beberapa jenis sel kanser ini membolehkan penyakit kanser ini dapat dikurangkan.jenis rawatan Dadah ini lebih berkesan berbanding rawatan jenis kemoterapi. Penggunaan alat pengesan kanser seperti mesin seperti mesin scan,CAT dan MRI (Magnetic Resonanse Imaging)banyak membantu dalam usaha memberi rawatan yang lebih tepat dan berkesan.selaras dengan pembangunan negara banyak dikalangan Ahli sains dan pakar kanser kini giat menjalankan penyelidikan tentang asal molekul dan pertumbuhan serta perebakan kanser.Penemuan yang barutentulah dapat membantu menangani penyakit kanser.

masyarakat juga perlu ada kesedaran untuk menjaga kesihatan,seharusnya menjalankan pemeriksaan kesihatan diri dari semasa ke semasa untuk memastikan taraf kesihatan stabil. Setiap individu perlu peka dengan taraf kesihatan.Apabila berlaku gangguan taraf kesihatan individu,segeralah dapatkan nasihat doktor. Kerap kali,ujian-ujian seperti mammogram sarankan untuk mengesan barah payudara,ujian ultra-sound dan pap-smear untuk kanser serviks,ujian darah untuk leukemia,ujian lambau dan ujian-ujian lain yang ada kaitan dengan penyakit kanser.

(6)

Kesimpulanya,Sekiranya penyakit ini tidak ditangani,ini akan menambah lagi jumlah kematian,oleh itu,usaha untuk menegani masalah ini harus di lakukan dari semasa ke semasa.setiap individu juga harus sedar bahawa kepentingan dalam menjaga kesihatan itu amat penting sekali,bagi mengelak serangan penyakit kanser dan penyakit-penyakit yang lain.selain itu juga,dalam usaha menegani penyakit ini,kerajaan juga harus memainkan peranan untuk mencari alternatif yang baru untuk menegani penyakit ini.pihak berkepentingn juga harus menjalankan penyelidikan dan pembangunan (RND) bagi mencari kaedah atau cara untuk mengatasi penyakit kanser ini.Mutakhir ini, slogan `rakyat sihat ,negara maju’ sering diuar-uarkan oleh pihak kerajaan untuk menggalakkan rakyat mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Referensi

Dokumen terkait

Dalam mengaplikasikan kaedah rawatan alternatif klinikal, pada masa ini terdapat klinik terkemuka di German iaitu Klinik Kanser Hupeland yang mengamalkan Amigdalin atau

Denah, Lokasi, Situasi, Instalasi Sanitasi, Instalasi Listrik 12 Surat Izin Perpanjangan Operasional Rumah Sakit Kelas B Datang ke Gerai P2T Provinsi DIY dengan

KENCING MANIS Kanser paru-paru Kanser ha ti Kanser p er ut Kanser k olor ektal La in -la in Kanser pa yudar a Kanser esofagus Kanser pank reas Page 4 OR ANG MENGHID AP

Berdasarkan tabel 3 di atas bahwa hasil analisis uji Spearman dengan tingkat kesalahan 5% didapatkan faktor usia dengan nilai p = 0,856 (p > 0,05)

Penggunaan waktu pemisahan 10 menit maupun 30 menit juga tidak memperlihatkan perbedaan yang nyata pada rasio spermatozoa X dan Y baik pada fraksi atas maupun fraksi bawah

Modal Konstruksi 192.000.000 1 paket Kec. Jaten APBD (DAU) Maret Juni April Oktober. 86 1.03.1 DINAS PEKERJAAN  UMUM Pemeliharaan Berkala Jalan 

Genotipe-genotipe generasi F4 pada penelitian ini memiliki tingkat keragaman yang luas pada kandungan protein sehingga akan efektif melakukan seleksi untuk

Perokok cerutu di Amerika Utara bukan hanya menikmati rokok sebagai kebiasaan akan tetapi lebih ke dalam sifat hedonisme dimana mereka menganggap bahwa merokok dapat menyenangkan