• Tidak ada hasil yang ditemukan

IMPLIKASI JURANG PENDIDIKAN DARI SUDUT DIGITAL DAN KEMISKINAN TERHADAP PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "IMPLIKASI JURANG PENDIDIKAN DARI SUDUT DIGITAL DAN KEMISKINAN TERHADAP PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

988

IMPLIKASI JURANG PENDIDIKAN DARI SUDUT DIGITAL DAN KEMISKINAN TERHADAP PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR

Sarah Nadirah Binti Mohammad Kamal Prof. Madya Mohammad Hussin.

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abstrak

Jurang pendidikan adalah merujuk kepada ketidaksamarataan yang berlaku dalam bidang pendidikan. Contoh jurang yang berlaku diantara bandar dan luar bandar ialah dari aspek penyediaan infrastruktur dan penempatan para guru. Rintangan atau cabaran ini berlaku terutamanya sekolah di pendalaman, dan juga dapat dilihat di sekolah kurang murid (SKM) serta sekolah orang asli. Akses kesamarataan yang tidak seimbang ini wujud disebabkan oleh keutamaan dalam memastikan jumlah pelajar mendapat pendidikan dapat ditingkatkan tanpa mengutamakan kualiti pendidikan yang dibekalkan atau disediakan kepada para pelajar. Prestasi pencapaian antara negeri juga menunjukan peratusan berbeza. Kertas ini membincangkan isu, cabaran dan initiatif bagi sesetengah aspek jurang pendidikan iaitudari segi jurang digital, jurang kemiskinan dan kesannya kepada pencapaian akademik pelajar. Keras ini juga membincangkan secara spesifik mengenai isu-isu, cabaran, implikasi dan cadangan bagi kesemua jurang yang diketengahkan.

Kata kunci: jurang pendidikan, Akses kesamarataan, jurang digital, jurang teknologi, jurang kemiskinan

PENGENALAN

Di Malaysia perkembangan pendidikan pada peringkat awalnya lebih fokus kepada penyelenggaraan sekolah di bandar dan peralatan yang dibekalkan juga mempunyai kualiti yang baik. Kebanyakan sekolah-sekolah di bandar lebih diberi tumpuan dan dapat dilihat mempunyai banyak peralatan yang terkini dan berkualiti, guru yang terlatih dan juga sumber-sumber infrastruktur yang mencukupi.

Manakala sekolah di luar bandar atau dipendalaman mempunyai peluang yang nipis dalam menikmati pendidikan seperti mana dibandar. Persepsi dan tanggapan kepada pendidikan dikalangan penduduk di luar bandar juga dilihat masih kurang diutamakan disebabkan oleh masalah kemiskinan terutamanya.

Ini dapat disimpulkan dengan lebih jelas dimana kemudahan-kemudahan yang disediakan di sekolah bandar dilakukan atas permintaan dikalangan masyarakat setempat. Jelas disini, konsep ekonomi penawaran dan permintaan memainkan peranan secara tidak langsung dalam isu ini. Dimana kawasan yang

(2)

989

mempunyai permintaan dan menunjukkan prestasi yang baik diutamakan terutamanya di kawasan bandar.

Akses kesamarataan yang tidak seimbang ini wujud disebabkan oleh keutamaan dalam memastikan jumlah pelajar mendapat pendidikan dapat ditingkatkan tanpa mengutamakan kualiti pendidikan yang dibekalkan atau disediakan kepada para pelajar. Walaubagaimanapun, kerajaan kini mula memberi perhatian terhadapt pembangunan pendidikan di luar bandar dan pendalaman bagi mengurangkan jurang pendidikan selain menurunkan kadar buta huruf di Malaysia.

Didalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2006 -2010) menyatakan jurang pendidikan wujud dalampelbagai bentuk seperti jurang diantara jantina,kaum, sekolah, negeri, tahap keupayaan pelajar dan juga taraf sosioekonomi, pencapaian . Jurang pendidikan memberi kesan yang ketara dimana ketidak seimbangan dari aspek sosioekonomi antara penduduk luar bandar dan bandar.

Beberapa jurang pendidikan dalam pencapaian semakin menunjukan perkembangan positif, selangkah ke keunggulan objectif menjadikan setiap sekolah menjadi sekolah yang baik. Namun, aspek kelas sosioekonomi masih kekal sebagai pendorong utama dalam keberhasilan murid di malaysia (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025).

DEFINISI DAN KONSEP JURANG PENDIDIKAN

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengenal pasti jurang pendidikan yang perlu dikurangkan, melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Ini dapat meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran. Manakala, menurut PPPM 2013-2025, secara keseluruhannya data yang diperoleh menunjukkan jurang masih lagi wujud, dan jurang paling besar adalah dalam aspek socioekonomi.Jurang yang kecil atau besar dalam keberhasilan sering menjadi sumber kebimbangan.

Jurang pendidikan adalah merujuk kepada ketidaksamarataan yang berlaku dalam bidang pendidikan. Contoh jurang yang berlaku diantara bandar dan luar bandar ialah dari aspek penyediaan infrastruktur dan penempatan para guru.

(3)

990

Rintangan atau cabaran ini berlaku terutamanya sekolah di pendalaman, dan juga dapat dilihat di sekolah kurang murid (SKM) serta sekolah orang asli.

Tambahan lagi, jurang ini juga merujuk kepada tahap perbezaan dalam pelbagai demensi diantara kawasan bandar dan kawasan luar bandar. Perbezaan ini juga merangkumi daripada semua segi termasuklah kemudahan-kemudahan yang disediakan seperti pengangkutan awam, perpustakaan awam, dan sebagainya.

Prestasi pencapaian antara negeri juga menunjukan peratusan berbeza. Sebilangan negeri menunjukan peningkatan yang memberangsangkan sejak kebelakangan ini berbanding dengan negeri-negeri lain. Ini dapat dilihat dengan lebih jelas melalui gambar rajah perbandingan prestasi dalam negeri bagi UPSR dan SPM 2011 dibawah.

Rajah 1: Perbandingan Prestasi Dalam Negeri Bagi Upsr Dan Spm 2011

Melalui gambar rajah diatas, rajah peratus skor Gred Purata Sekolah (GPS) mengikut negeri pada tahun 2011 telh menunjukkan perbezaan yang amat ketara dimana Wilayah Persekutuan Putrajaya di kedudukan teratas bagi kedua-dua peperiksaan dengan purata 80% bagi UPSR dan SPM hampir 60%, manakala Sabah dan Sarawak menduduki di tempat ercorot dimana GPS bagi UPSR Sarawak dengan purata 60%, Sabah bawah 60%, dan SPM dengan purata 35% - 40% bagi Sabah, Sarawak dan juga Perlis. Sebaliknya negeri-negeri lain di kedudukan sederhana bagi UPSR dan SPM.

(4)

991

Rajah 2: Perbandingan jurang sekolah luar bandar dan bandar merentas masa (2004 – 2011)

Rajah dua merupakan rajah yang mennjukkan jurang skor UPSR dan SPM dari peratusan GPS bagi sekolah luar bandar dan bandar dari tahun 2004 hingga 2011. Dari rajah tersebut terdapat jurang peratus GPS bagi UPSR sebanyak 3.8% pada tahun 2011. Manakala bagi skor SPM pula menunjukkan jurang sebanyak 8.0% pada tahun 2011. Ini menunjukkan jurang kualiti pendidikan di Malaysia masih tinggi dimana meliputi sebanyak 80% bagi peperiksaan SPM pada tahun 2011.

Terdapat pelbagai jenis elemen perbezaan di dalam jurang pendidikan termasuklah jurang digital. Jurang digital merujuk kepada perbezaan peluang mengakses Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) atau IT di antara kawasan bandar dan luar bandar (Hazura M., Hairulliza M. J., Siti F. M. N. dan Zawiyah M. Y., 2012). Jurang digital ini juga boleh dikategorikan sebagai perbezaan dalam geografi, pendidikan, pendapatan, jantina dan umur, dan juga bahasa dan ras. Walaupun Malaysia pada masa kini menunjukan perubahan yang baik dari segi ekonomi dan teknologi, tetapi negara lain seperti Jepun, Korea Selatan menunjukkan kemajuan yang lagi hebat.

Selain itu, Haruza M., et al, 2012, juga menyatakan bahawa jurang digital merupakan satu konsep konsenkuensi sosial yang dikenalpasti, disebabkan oleh Teknologi maklumat dan Komunikasi (TMK) atau Information Comunication

Technology (ICT) yang perlu diberi perhatian bagi mengurangkan peratusan

kemiskinan seperti yang dinyatakan dalam United Nations Millennium

(5)

992

Jurang terakhir yang dikenalpasti ialah jurang sosial yang merujuk kepada jurang dari segi tahap kesihatan, kebajikan pelajar,disiplin dan kemiskinan. Elemen ini juga meliputi kemiskinan dalam bandar dan kebih tertumpu kepada jurang kemiskinan. Kemiskinan sering menjadi faktor unggul yang menyebabkan jurang sosial yang ketara berlaku terutamanya antara kawasan luar bandar dan kawasan bandar.

Kesan jurang sosioekonomi dan teknologi memberi kesan secara tidak langsung kepada pencapaian pelajar. Pencapaian pelajar juga merupakan isu utama dimana pelajar mengalami kesukaran dalam menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira dalam kurikulum KBSR. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025 yang mula diperkenalkan pada tahun 2013 telah menaiktarafkan kurikulum KBSR kepada KSSR yang mempunyai 4 demensi iaitu Membaca, menulis, mengira dan menaakul. Sebaliknya, kebanyakan pelajar masih tidak mampu menguasai 3M disebabkan pelbagai faktor luaran dan dalaman. Salah satu akibatnya ialah kegagalan untuk mencapai standard minimum yang telah dinyatakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan pelajar berisiko tinggi untuk tercicir dalam sistem pendidikan di Malaysia.

ISU – ISU BERKAITAN Jurang Digital

Jurang Digital pada mulanya adalah satu konsep yang dipertimbangkan apabila mengimbas kembali tema impak sosial sisebabkan oleh Information and

Comunications Technology (ICT) atau Teknologi Maklumat dan Komunikasi

(TMK) yang perlu ditangani bagi mengurankan kadar peratusan kemiskinan seperti yang dinyatakan dalam United Nations Millennium Development goals. Oleh itu, teknologi mula mewujudkan perbezaan dalam bentuk membangunkan keperluan dan kehendak serta peluang rakyat, serentak dengan wujudnya jurang di antara yang berpeluang mendapat akses kepada teknologi dan sebaliknya. Keadaan ini juga wujud secara globalise dimana isu ini wujud di negara-negara lain mahupun di negara perindustrian (Hazura M, et al 2012). Isu yang berlaku disebabkan jurang digital ialah orang kaya semakin kaya, dan ketidakseimbangan pmbentukan negara dan kehilangan perniagaan.

(6)

993

Kebiasaannya, jurang digital akan mengakibatkan isu dalam aspek teknologi seperti kepenggunaan, keupayaan dan ketersediaan teknologi digital seperti ICT dan juga isu kesediaan ekonomi dimana kos yang tinggi, sama juga dengan, isu berkaitan dengan sosio-ekonomi (Hazura et al, 2012; Van Dijk, 2000). Manakala Casey dan Bruce (2010) pula mentakrif literasi ICT sebagai keupayaan memahami dan menggunakan maklumat dalam pelbagai format dari semua sumber dengan mengguna komputer. Literasi IC yang merujuk kepada keupayaan menggunakan ICT juga dikenali sebagai literasi digital, yang menjadi prasyarat bagi kreativiti, inovasi dan keusahawanan (hazura et al 2010). Ini menyebabkan, rakyat terutamanya para pelajar dan pendidik tidak boleh mengambil bahagian sepenuhnya dalam memperoleh maklumat dan pengetahuan, serta membentuk kemahiran seiring dengan teknologi yang diperlukan untuk hidup di alaf millenium ini. Selain itu, dalam arus globalilasi ini, ICT dan digital disifatkan penting.

Pembangunan Koridor Raya Multimedia (KRM) yang telah diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad juga meningkatkan literasi ICT. Dengan itu, pelajar terutamanya pada peringkat sekolah menengah dan keatas digalakkan menggunakan kemudahan tersebut seperti mengugnakan komputer, Internet dan mel elektronik (email) bagi membuat kerja rumah, mencari maklumat dalam laman Web, menyedia dan membuat persembahan dan juga berkomunikasi secara berkesan melalui pembelajaran kooperatif dengan rakan sekelas. Kemudahan ini juga adalah selaras dengan kokurikulum yang masih baru diperkenalkan iaitu Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS). Kokurikulum ini bermatlamat untuk membentuk pelajar lebih berdikari dalam menimba ilmu pengetahuan serta mencari alternatif lain seperti internet bagi menimba ilmu.

Seterusnya, Penggunaan ICT di sekolah juga mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran (Hazura et al, 2012; Kaffash et al., 2010). Oleh yang demikian, para pendidik perlu mengaplikasikan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran seiiring dengan perkembangan ICT. Kementerian Pelajaran juga telah berusaha melakukan anjakan pradigma dalam membudayakan kepelbagaian penggunaan teknologi ICT didalam pendidikan.

(7)

994

Oleh itu, pendidik seharusnya memberi perhatian yang serius terhadap perkembangan teknologi semasa di sekolah bagi meningkatkan penggunaan teknologi dan ICT di sekolah. Walau bagaimanapun, kebanyakan guru-guru di Malaysia masih kurang mahir menggunakan teknologi ICT berbanding dengan Generasi-Y. Masalah ini menyukarkan pihak kerajaan mengaplikasikan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran secara menyeluruh di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Isu guru kurang mahir mengunakan teknologi ICT berlaku kebanyakan guru yang berumur, guru di luar bandar yang menghadapi kesukaran dalam daya penyesuaian (adaptability). Kekurangan guru professional ini telah menyebabkan jurang digital di dalam area pendidikan menjadi sangat ketara antara sekolah kawasan luar bandar dan sekolah di bandar. Selain itu, guru proffesional, yang mempunyai kemahiran yang tinggi biasanya memilih untuk ditempatkan di kawasan bandar. Ini akan menyebabkan sekolah di luar bandar mempunyai isu kurangnya kakitangan guru mahir dalam ICT.

Selain itu, masalah kekurangan guru proffesional juga adalah disebabkan oleh infrastruktur dan fasiliti ICT yang kurang lengkap di kawasan luar bandar. Kekurangan bahan ICT menjadikan guru mempunyai sumber yang terhad, seterusnya menyebabkan guru-guru sukar untuk mahir dalam penggunaan ICT, oleh kerana kurang mempraktikkan penggunaan ICT ini. Persoalan utama dalam permasalahan ini ialah bagaimana guru-guru serta pelajar ini mengaplikasikan penggunaan ICT jika bahan atau sumber tersebut kurang mencukupi. Hasrt kerajaan untuk membudayakan ICT di dalam pendidikan sukar dilakuan jika kemudahan serta bahan pengajaran dan pembelajaran tidak lengkap.

Kerajaan Malaysia telah melakukan berbagai usaha dalam mempromosikan ICT, contohnya sasaran 50% penembusan jalur lebar isi rumah di seluruh Malaysia menjelang 2010 berjaya dicapai (Yatim, 2010). Namun begitu, bagi kawasan luar bandar masih banyak lagi usaha perlu dilakukan bagi mengurangkan jurang digital. Salah satu sebab utama berlakunya jurang digital ialah ketaksamaan penembusan ICT antara kawasan bandar dan luar bandar (Salman, 2011).

(8)

995

Kekurangan tenaga pengajar profesional turut menyebabkan masalah kurangnya perhatian pihak kerajaan dari sektor pendidikan dalam pemberikan galakan serta latihan yang mencukupi kepada para guru dalam penggunaan ICT. Pihak yang terlibat kurang menjalankan bengkel kemahiran yang lebih menyeluruh kepada para pendidik. Kekurangan pendedahan dan latihan juga menjadi punca kepada kurangnya guru-guru yang cemerlang dalam penggunaan ICT.

Selain itu, bengkel teknologi selalunya dilakukan di bandar serta tertumpu di kawasan bandar berbanding di kawsan luar bandar. Akhirnya guru-guru di luar bandar tersisih dari kemudahan ini, selain menjadi semakin mundur dari segi penggunaan ICT mahupun teknologi ini. Rumusannya, disebabkan isu-isu ini, jurung digital wujud dengan ketara antara kawasan bandar dan kawsan luar bandar.

Jurang Kemiskinan

Isu kemiskinan merupakan isu yang telah lama berlaku di Malaysia. Dua konsep kemiskinan yang dinyatakan oleh Bank Dunia (2010) dan UNDP (2004) ialah merujuk kepada kepenggunaan dan pendapatan. Konsep kemiskinan dari segi kepenggunaan merujuk kepada keperluan hak asasi manusia seperti ketiadaan pakaian serta tempat tinggal yang baik, buta huruf, infrastruktur yang kurang memuaskan, kesukaran mendapatkan bekalan air bersih, pendidikan yang rendah dan kekurangan jaringan komunikasi yang baik (Radieah Mohd Nor (2013),Bank Dunia (2010), UNDP (2004). Selain itu, definisi perspektif kepenggunaan ini ambil kira dari perspektif sosial juga (Radieah Mohd Nor;2013,bank dunia;2010). Bank Dunia juga menganggap kemiskinan sebagai penyingkiran dari kesempurnaan hidup (Jurnal Kebajikan Masyarakat; 2011, World Bank; 2008).

Radieah Mohd Nor (2013), dan Bank Dunia (2010) juga menyatakan bahawa konseptual mengenai kemiskinan dari perspektif pendapatan pula, ia berdasarkan indikator pendapatan individu yang diperoleh dalam sehari. Seperti yang diterangkan oleh Bank Dunia (2010), bahawa garis kemiskinan hanya berlaku apabila seseorang itu hidup dan mempunyai pendapatan bawah $1.25 atau $2 sehari. Manakala kategori miskin mutlak pula berlaku apabila individu itu

(9)

996

mempunyai pendapatan di bawah paras yang ditetapkan iaitu $1.25 sehari. Pertubuhan tersebut jugatelah menetapkan individu dibawah pendapaptan bawah 2$ sehari dikelaskan sebagai miskin relatif.

Teori kemiskinan didalam International Encyclopedia of the Social Science (1972), telah menyatakan kemiskinan terbahagi kepada tiga demensi iaitu kemiskinan sosial, fakir, dan kemiskinan moral. Kemiskinan sosial melibatkan ketidaksamaan ekonomi atau dari demensi pendapatan, taraf hidup, kelas sosial, dan juga meliputi jurang sosial yang mempunyai hubungan secara tidak lansung dengan pendidikan. Tidak dinafikan salah satu faktor utama yang menyebabkan jurang pendidikan ialah isu kemiskinan. Namun begitu, kerajaan sentiasa peka dan menganbil inisiatif dari semasa ke semasa bagi menyelesaikan isu ini.

Melalui pemerhatian yang dilakukan, kebanyakan penduduk di kawasan luar bandar masih berorientasikan kegiatan ekonomi primier iaitu mengikut kaedah traditional. Golongan ini kurang berupaya mendapat pendapatan yang stabil dan banyak melalui sektor ekonomi tradisional dan secara tidak langsung keadaan ini akan menjejaskan perbelanjaan harian mereka dan juga termasuklah pendidikan anak-anak. Kebanyakan golongan pendapatan rendah seperti ini, tidak mampu menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran kerana tidak berkemampuan untuk menampung perbelanjaan persekolahan disebabkan pendapatan keluarga yang rendah. Ini kerana, pendapatan yang diperolehi hanya mencukupi untuk menampung perbelanjaan harian atau perbelanjaan keperluan asas bagi meneruskan hidup.

Selain itu, dengan keadaan ekonomi semasa, golongan pendapatan rendah dan sederhana juga secara tidak langsung perlu bekerja keras bagi memberikan peluang untuk anak mereka memperoleh pendidikan. Dengan keperluan dan taraf hidup di Malaysia yang semakin meningkat,juga akan memebri kesan kepada perkembagan pendidikan di Malaysia. Dimana pelajar kebanyakan memilih untuk mula mencari pekerjaan berbanding meneruskan pengajian. Oleh itu, pendidikan anak-anak dan pelajar diabaikan dalam hal ini. Secara langsung jurang pendidikan akan berlaku terutamanya di kawasan luar bandar.

(10)

997

Budget Pendidikan Bagi lima tahun terakhir (2011-2015) 29,3 50,2 38,7 54,6 56 0 20 40 60 2011 2012 2013 2014 2015 RM (Billion) Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan budget belanjawaan bagi tahun 2015 baru-baru ini. Di dalam pembentangan beliau, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM56 Billion bagi sektor pendidikan. Budget ini meliputi sebanyak 20% dari keseluruhan budget. Pada tahun 2015 juga kerajaan berhasrat untuk menumpukan kepada penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan yang tidak kritikal bagi memajukan sektor pendidikan. Rajah dibawah menunjukkan peruntukan pendidikan bali lima tahun terakhir 2011 hingga 2015.

Rajah 3: Peruntukkan Pendidikan Bagi Lima Tahun Terakhir (2011 – 2015)

Berdasarkan rajah 3, kos tersebut adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti pendidikan dinegara kita seiring dengan konsep globalisasi pendidikan. Kos ini juga secara tidak langsung bertujuan membantu pelajar-pelajar miskin dibawah Pelan Pembangunan Pendidikan 2013- 2025. Peningkatan peruntukan bagi sektor pendidikan menunjukkan, kerajaan komited dalam membangunkan sumber manusia, selain membantu golongan yang tidak mampu atau golongan pendapatan rendah khususnya, tidak tersisih dari memperoleh peluang pendidikan. Bantuan bagi membantu para pelajar yang datang dari keluarga yang berpendapatan rendah meliputi skim baucer tuisyen, Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Skim Pinjaman Buku Teks, dan pelbagai biasiswa lain.

Jurang pendidikan dalam perspektif kemiskinan juga mengakibatkan faktor jarak rumah dan sekolah juga menjadi perhatian. Kebanyakan tempat tinggal luar bandar adalah terletak di kawasan luar bandar dan jarak rumah atau kediaman penduduk dengan sekolah biasanya sangat jauh. Keadaan ini akan menyukarkan pelajar untuk meneruskan pengajian mereka. Perkara ini masih berlaku di

(11)

998

pendalaman sabah dan sarawak dan juga di segelintir perkampungan luar bandar, dan perkampungan orang asli. Contohnya, di kampung Marudi Sarawak, pelajar perlu menaiki bot dan berjalan kaki ke sekolah. Kekurangan kemudahan pengangkutan terutamanya pengangkutan awam akibat kemiskinan menyusahkan pelajar untuk menuntut ilmu. Segelintir ibu bapa sanggup melepaskan peluang pendidikan anak- anak disebabkan keselamatan mereka. Dengan ini jurang pendidikan dari perspektif kemiskinan masih di tahap serius.

CABARAN BERKAITAN Cabaran dalam jurang digital

Masalah jurang literasi ICT berpunca daripada jurang digital yang wujud dalam semua peringkat masyarakat. Jurang ICR ini semakin ketara terutamanya antara kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Hal yang demikian adalah bertujuan untuk mepelbagaikan aktiviti. Jurang ICT ini turut memebri kesan ke atas industri pendidikan di negara kita. Pelbagai halangan yang wujud dalam jurang ICT seperti kekurangan pengalaman asas digital disebabkan oleh jurangnya minat masyarakat terhadap ICT. Masyarakat luar bandar kurang minat dalam bidang ICT disebabkan mereka kurang terdedah kepada penggunaan serta kepentingan ICT dalam pendidikan negara.

Selain itu, ia turut disebabkan oleh kekurangan akses yang diakibatkan oleh kekurangan peralatan dan perkhidmatan seperti perkakasan komputer dan rangkaian nya. Kebiasaannya masalah ini berlaku di sekolah kawasan luar bandar dan kawasan pendalaman serta kawasan terpencil. Di samping itu, harga barangan dan perkakasan ICT seperti Komputer Riba, Komputer, tablet dan perkakasan lain di jual agak mahal. Disini, kos pengangkutan menjadi salah satu faktor harga di kawasan luar bandar agak mahal berbanding di kawasan bandar. Akses kepada jaringan internet juga menjadi salah satu faktor berlakunya jurang digital. Ini kerana harganya mahal, dan akses internet serta jaringan yang terhad juga menjadi halangan.

Seterusnya, wujudnya jurang digital ini juga disebabkan kekurangan kemahiran guru di sekolah yang berpunca daripada teknologi yang tidak mesra pengguna di samping tenaga pengajar yang kurang mahir dalam ICT dan

(12)

999

sokongan sosial.Guru yang kurang berpengetahuan ICT menyebabkan mereka tidak mampun dan kemahiran semasa menggunakan ICT yang disediakan oleh pihak kerajaan di sekolah. Hal ini telah memberi impak yang besar kepada pelajar. Masalah ini boleh dikatakan berpunca daripada latihan dan perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputers di sekolah.. Kerajaan harusla menyediakan peruntukan bagi membantu para pendidik dalam mempertingkatkan kemahiran mereka dengan cara yang lebih efektif.

Tambahan pula, kekurangan peluang penggunaan turut akan menjadi halangan dalam akses ini. Misalnya para pelajar di luar bandar yang kurang didedahkan dengan penggunaan komputer dan teknologi lai akibat daripada kekangan kemudahan infrastruktur ini menyebabkan peluang mereka untuk menggunakan kemudahan ini terbatas. Masalah ini disebabkan kesukaran untuk membawa masuk teknologi ini akibat kekangan geografi dan fizikal kawasan tersebut.

Cabaran Kemiskinan

Isu kemiskinan biasanya dikaikan dengan kawasan luar bndar tetapi hakikatnya isu ini juga berlaku di bandar juga. Walaupun peratusan kemiskinan dibandar adalah lebih rendah berbanding dengan peratusan kemiskinan diluar bandar, yang pasti kesan kemiskinan lebih terasa oleh penduduk miskin di kawasan bandar.Oleh itu, pelbagai cabaran perlu dikenalpasti supaya pendekatan lebih efisyen dan betul dapat dilaksanankan untuk membendung fenomena ini.

Walaupun terdapat banyak usaha telah dilaksanakan sejak beberapa tahun yang lepas, bagi mengurangkan tahap kemiskinan di wilayah tertentu seperti di Wilayah Utara, namun, kemiskinan masih lagi menjadi isu. Antara punca utama yang menyebabkan situasi sebegini adalah pergantungan masyarakat setempat kepada ekonomi traditional seperti pertanian tradisional yang memberi pulangan ekonomi yang rendah serta tahap pencapaian pendidikan yang rendah ( Zalika Adam et al, 2009). menyumbang kepada kemiskinan, tahap pendidikan masyarakat luar Bandar juga rendah (Siti Masayu A. R., 2008; Buaque et al., 2006). Disebabkan itu, penduduk luar Bandar lebih tertumpu di dalam sector traditional sahaja. Tahap pendidikan kecil, dan kekurangan kemahiran

(13)

1000

menyebabkan penduduk luar Bandar berhadapan dengan isu kurang daya saing dalam sector pekerjaan serta sukar mendapatkan pekerjaan yang menjanjikan pendapatan yang lumayan (Siti M. A. R., 2008; Nhamo & Nhamo, 2006).

Antara- cabaran yang sering diperkatakan ialah kurangnya kesedaran ibu bapa tentang kepentingan pendidikan. Mereka lebih suka anak-anak mereka bekerja berbanding meneruskan pelajaran ke peringkat tinggi. Selain itu, terdapat juga segelintir ibu bapa membiarkan saja anak-anak mereka ponteng sekolah kerana mereka berpendapat bahawa ilmu tidak begitu penting. Sesetengah ibu bapa lebih rela untuk membiarkan anak-anak mereka bekerja bagi menyara kehidupan keluarga seperti bekerja di sawah, lading kebun dan laut. Di samping itu, terdapat juga para pelajar yang membantu kerja-kerja rumah seperti menjaga adik ketika ibu bapa mereka bekerja.

Pertumbuhan ekonomi dan taraf hidup penduduk di Malaysia juga akan menyebabkan jurang pendidikan berlaku. Ini kerana, ibu bapa terpaksa menggunakan lebih masa untuk mencari rezeki dan melakukan lebih dari satu kerja bagi menyara hidup mereka. TIdak heranlah, jika anak-anak kecil terpaksa mengabaikan persekolahan disebabkan terpaksa bekerja, menjaga adik, membuat kerja-kerja rumah dan sebagainya. Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah, telah memberi kenyataan pada 17 Oktober 2014,bahawa pendapat bagi RM 3,000 dikira miskin seperti yang telah dinyatakan oleh keratan suratkhabar Sinar Harian.

Cabaran kedua ialah faktor jarak. Masalah jarak sering dialami oleh mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.Hal ini disebabkan kemudahan pengangkutan pengangkutan dan infrastruktur di kawasan luar bandar. Hal ini disebabkan kemudahan dan infrastruktur di kawasan luar bandar yang kurang memuaskan seterusnya menyebabkan mobiliti pelajar terjejas.Secara tidak langsung, ini akan mengurangkan motivasi pelajar untuk ke sekolah.

Selain itu, daripada faktor jarak, kekurangan kemudahan seperti sekolah, perpustakaan dan sebagainya juga merupakan cabaran bagi pelajar miskin. Mekera yang miskin tidak bermkemampuan untuk membeli buku dan amat bergantung kepada kemudahan perpustakaan untuk menambah ilmu. Kekungan kemudahan perpustakaan akan menyusahkan pelajar luar bandar untuk menambah

(14)

1001

ilmu. Oleh itu, peluang untuk mereka terdedahkan dengan ilmu terbaru adalah amat terhad.

PENDEKATAN MENYELESAIKAN MASALAH

Pendekatan yang sesuai dalam membendung masalah kemiskinan.

Seperti yang dinyatakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, matlamat mereka adalah bagi memastikan semua Sekolah Kebangsaan dan Sekolah JenisKebangsaan. KPM telah mengenal pasti isu-isu dalam jurang pendidikan dan akan memastikan jurang tersebut berkurangan supaya kesamarataan akses, ekuiti dan qualiti dapat dipertingkatkan.

Pihak kerajaan prihatin tentang masalah keciciran daalam kalangan masyarakat. Kerajaan akan memperluaskan sekolah komprehensif di kawasan pendalaman terutamanya di pendalaman Sabah dan Sarawak. Langkah ini sejajar dengan usaha kerajaan untuk merapatkan jurang pendidikan dikalangan semua kaum di Malaysia.Menurut Menteri Pelajaran Malaysia Muyiddin Yassin berkata pada tahun 2011, terdapat lebih 125, 000 kanak-kanak yang mencapai umur yang sesuai untuk bersekolah tercicir dari persekolahan di luar bandar dan pendalaman. Menurutnya juga, banyak langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi mengatasi masalah ini.

Jurang sosioekonomi pula merujuk kepada perbezaan dari aspek tahap kesihatan, disiplin, kebajikan pelajar dan kemiskinan termasuklah kemiskinan dalam bandar. Antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah dengan memantau perlaksanaan program yang telah dilaksanakan, secara berterusa, seterusnya mengukuhkan kerjasama di antara sekolah, industri awam juga swasta. Seterusnya, bantuan kewangan juga dapat mengatasi masalah keciciran pelajar disebabkan kemiskinan. Ini dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh mereka. Bantuan Khas Awal Persekolahan RM 100 antara bantuan yang diberikan oleh kerajaan bagi membantu mengurangkan beban ibu bapa.Selain itu, dengan menyediakan kemudahan dan bekalan yang adil dan sewajarnya di semua sekolah terutamanya sekolah di pendalaman. Kemudahan dan bekalan di semua sekolah yang disediakan yang berbagai jenis mempunyai hubungan yang tersendiri dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang

(15)

1002

dijalankan di sekolah. Antara kemudahannya ialah seperti kemudahan asrama, kemudahan fizikal, perpustakaan, bantuan makanan tambahan diharap dapat mebendung jurang pendidikan.

Langkah-langkah yang dapat mengurangkan jurang digital

Sebagaimana kita maklumi, ICT ini banyak memberi sumbangan kepada Negara samaada dari banyak aspek seperti politik, ekonomi mahupun sosial.Ini diantara sebab penggunaan ICT di negara kita semakin bertambah dan berkembang dengan pesat. Pertambahan penggunaan ICT in secara tidak langsung telah mewujudkan jurang ICT di kalangan masyarakat dan hal ini turut memberi kesan dalam sektor pendidikan di negara kita.

Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan adalah dengan mempergiatkan lagi kempen kesedaran dalam penggunaan ICT terutamanya luar bandar, kawasan pendalaman dan perkampungan orang asli. Selain dapat meberi kesedaran tetang penggunaan ICT, ini juga dapt menyampaikan maklumat berkenaan kepentingannya dan faedah penggunaan ICT. Antara program-program yang telah dijalankan oleh kerajaan ialah E-komuniti Malaysia dimana ia menyediakan bahan digital dari setiap kawasan bagi menggalakkan penggunaan digital dalam kalangan masyarakat.

Kerajaan juga harus memainkan peranan dengan menyediakan lebih banyak dan pelbagai kemudahan dalam bidang ICT di setiap sekolah diseluruh Malaysia tanpa mengambil kira jarak, kawasan atau daerah/ negeri, dan juga jenis sekolah. Kerajaan dalam usaha meningkatkan kemudahan ICT diseluruh sekolah bagi memberi pendedehan kepada para pelajar tentang penggunaan ICT ini. Tambahan juga, bahan-bahan dan peralatan ICT yang telah disediakan di sekolah ini harus dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua warga sekolah khususnya pendidik dan pelajar.

Pendekatan lain yang berkesan dalam meningkatkan penggunaan digital disekolah dalam mengurangkan jurang ICT ialah dengan memberikan latihan serta bengkel kemahiran kepada guru-guru di setiap sekolah. Dalam skop bengkel kemahiran tersebut, warg pendidik harus diberi penekanan dalam penggunaan ICT. Bengkel ini juga dapat meningkatkan ilmu pengetahuan parapendidik dan

(16)

1003

bengkel in perlu dilakukan secara berkala dan berterusan bagi membantu guru-guru manjadi lebih “up-to-date” didalam penggunaan ICT. Ini kerana, ICT mempunyai kitaran penggunaan yang singkat dimana ia sering ditambahbaik dari semasa ke semasa untuk memudahkan proses manusia menggunakannya.

Kerajaan juga turut memperkenalkan pelbagai program bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan penggunaan para pelajar dalam bidang ICT ini antaranya program pembestarian sekolah. Program ini sebenarnya satu proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih kepada mendidik pelajar dengan menggunakan pendekatan yang lebih kreatif dan kritis dalam penggunaan teknologi. Kemudahan ICT ini juga dapat membantu melancarkan pengurusan sekolah.

PENUTUP

Kesimpulannya, sistem pendidikan negara sedang mengalami perubahan positif kepada pendekatan yang lebih tepat dengan keperluan setempat dan bakal boleh bersaing dengan pendidikan global. Perubahan ini memberi kesan secara terus terhadap perkembangan pendidikan selaras dengan konsep globalisasi dan melibatkan hampir semuau peringkat sekolah secara berkala dengan penyediaan asas secara berterusan. Kementerian perlu merancang cara untuk meningkatkan qualiti pendidikan bagi mengatasi jurang pendidikan yang berlaku. Banyak pendekatan, langkah-langkah, serta alternatif yang telah dilakukan oleh kementerian bagi menyelesaikan masalah ini terus belaku, tetapi pendekatan in perlu di “monitor” secara berterusan dan ditambahbaik dari semasa ke semasa bagi mengurangkan peratusan jurang pendidikan. Peningkatan taraf hidup dan isu ekonomi menjadinsalah satu faktor kemiskinan yang menyebabkan jurang pendidikan berlaku. Ini akan memberi impak kepada semua aspek seperti faktor jurang digital. Kemiskinan merupakan satu faktor utama yang menyebabkan para ibu bapa terpaksa mengabaikan pelajaran anak-anak, selain tidak mampu menyediakan kemudahan untuk anak mereka belajar sepenuhnya, seperti menyediakan kemuadahan ICT kepada anak-anak mereka.

(17)

1004 RUJUKAN

Ali Salman,. and Mohd Safar Hasim. 2011. Internet Usage in a Malaysian Sub-Urban Community: A Study of Diffusion of ICT Innovation. The Innovation

Journal: The Public Sector Innovation Journal.

Bank Dunia. (2010). “Overview: Understanding, Measuring And Overcoming Poverty” dlm. Poverty Reduction & Equity. Diakses dari

http://web.worldbank.org /WBSITE/

EXTERNAL/TOPICS/EXTPOVERTY/0,,contentMDK:20153855~menuPK :373757~ pagePK: 148956~piPK:216618~theSitePK:336992,00.html [10 Februari 2015].

Hazura Mohamed, Hairulliza Mohamad Judi, Siti Fadzilah M. Noor dan Zawiyah M. Yusof. (2012). Jurang Digital dan Pendidikan di Luar Bandar: Tahap Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi Pelajar. Jurnal Teknologi

Maklumat dan Multimedia Asia-Pasifik.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia 2013 – 2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas

Menengah).Putrajaya.Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kasim Mansur, Gusni Saat, Said Effendi. (2009). Kajian Kes Pendidikan Modal

Insan Di Kalangan Suku kaum Sama-Bajau di Kota Kinabalu; Halatuju dan Cabaran. Jurnal Kemanusiaan.

Norita Binti Mahmuddin. (2004). Penggunaan Komputer Di Kalangan Pelajar Luar Bandar. (Satu Kajian Kes Di Sekolah Menengah Kebangsaan Beserah, Kuantan, Pahang. Thesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan.Universiti Teknologi Malaysia.

Nurul Farhana Bt Jumaat. (2010). ICT Dalam Pendidikan Anak-Anak Orang Asli Di Sekolah-Sekolah Rendah. Kertas Kerja Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.

Siti Masayu Rosliah Abdul Rashid. (2008). Peluang dan Cabaran Pendidikan Dalam Kalangan Masyarakat Luar Bandar; Satu Kajian Kes Isi Rumah Melayu Miskin DI Jajahan Bachok, Kelantan. Thesis Sarjana. Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan. Universiti Sains Malaysia.

Siti Norbaya Mohd Rashid, PM Dr Hj Asry Yusoff, Nor Haryanti Md Nor, Ros Khairul Bariyah Shaik Asgar. ( 2014). Study On The Possible Impact of GST towards Malaysia using Selected Economic Indicators: Case of Singapore, Thailand, and Indonessia as Model Countries. International

Conference On Business And Economic Research (5th Icber 2014) Proceedin.

(18)

1005

Siti Zobidah Omar, Musa Abu Hassan, Norimah Ismail & Jusang Bolong. ( 2008).Faktor Kejayaan dan Kegagalan Project ICT di luar Bandar. Pertanika

Jurnal. Social. Scince. & Human.

Zalika Adam, Faridah Kassim, Mohammad Johdi Salleh. (2009). Memperkasakan Pendidikan Luar Bandar. (Prosiding “persidangan Kebangsaan Pendidikan Luar Bandar 2009). Prosiding ―Persidangan Kebangsaan Pendidikan Luar

Referensi

Dokumen terkait