• Tidak ada hasil yang ditemukan

eBook Tamadun Islam Tamadun Asia Penuh

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "eBook Tamadun Islam Tamadun Asia Penuh"

Copied!
273
0
0

Teks penuh

(1)

1

Ebook

TAMADUN ISLAM

DAN

(2)

2

Tajuk Kandungan Jam

1 Pengenalan ilmu ketamadunan dalam pembinaan tamadun Malaysia

 Konsep tamadun  Definisi

 Ciri-ciri  Objektif

2

2 Konsep asas tamadun Islam  Definisi

 Prinsip  Sumber

 Matlamat tamadun Islam

2

3 Interaksi antara pelbagai tamadun (Melayu, Cina, India dan Jepun)

 Nilai-nilai universal antara tamadun  Persamaan dan perbezaan

 Contoh-contoh interaksi dalam sejarah (bahasa, kesenian dan kesusasteraan)

4

4 Islam dalam tamadun Melayu

 Peranannya dalam pembinaan tamadun Melayu

 Teori kedatangan Islam

 Kesan dan pengaruh Islam dalam tamadun Melayu

 Peranan Islam dalam pembinaan tamadun Melayu

4

5 Tokoh-tokoh tamadun Islam dan Asia  Islam

 Cina  India  Jepun

4

6 Interaksi tamadun Asia dan relevannya di Malaysia dan dunia

 Tamadun Cina dalam pemantapan tamadun Malaysia dan dunia  Kekuatan tamadun Cina sebagai

sumber rujukan

 Iktibar dari tamadun India: Pandangan semester dan nilai-nilai yang releven dengan Malaysia

 Sumbangan tamadun Jepun dari aspek

(3)

3

Tajuk Kandungan Jam

politik, agama dan pendidikan yang relevensi kepada Malaysia

7 Isu-isu kontemporari tamadun Islam dan tamadun Barat

 Hegemoni Barat dan globalisasi - Media

- Ekonomi - Politik - Sosial

- Hak asasi manusia  Krisis alam sekitar  Persepsi jihad  Etika dalam sains

 Kesan perkembangan kontemporari kepada masyarakat dan negara

4

8 Islam hadhari dan proses pembangunan negara

10 prinsip Islam Hadhari:

 Keimanan dan ketaqwaan kepada Ilahi  Kerajaan yang adil dan beramanah  Rakyat berjiwa merdeka

 Penguasaan ilmu pengetahuan

 Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif

 Kehidupan berkualiti

 Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita

 Keutuhan budaya dan moral  Pemeliharaan alam semulajadi  Kekuatan pertahanan

(4)

4

Matapelajaran Tamaddun Islam dan Tamaddun Asia ( TITAS )

UNIT 1

PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN 1 Pengenalan Ilmu Ketamadunan

1.1 Konsep dan Takrif Tamadun

1.2 Hubungan Tamadun Daripada Perspektif 1.2.1 Agama

1.2.2 Budaya 1.2.3 Bangsa

2 Ciri-Ciri Pembinaan Tamadun 2.1 Ciri-Ciri Asas Tamadun

2.2 Konsep Kitaran (Tokoh-Tokoh Pemikir Tamadun -

Ibnu Khaldun, Malek Bennabi, Arnold Toynbee, Osweld Spengler )

Bab 1 - Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Pada zahirnya sejarah itu tidak lebih daripada berita-berita perang, jatuh bangunnya sesebuah kerajaan. Tetapi pada batinya ialah tinjauan dan penyelidikan serta keterangan-keterangan yang nyata mengenai kehidupan manusia dan pengetahuan yang mendalam tentang peristiwa dan sebab-sebabnya.1 Tamaddun merupakan satu bidang kajian yang bersifat abstrak. Menefistasinya berasaskan pengalaman rohaniah manusia sebagaimana yang ditonjolkan dalam seni kreatif dan seni bahasa yang amat tinggi nilainya.2 Untuk mengenali sesebuah tamaddun dengan lebih jelas dan lebih dekat, maka tamaddun itu hendaklah ditinjau dari sudut perkembangan peristilahan yang pernah dikemukakan oleh beberapa orang sarjana yang terkenal seperti Ibnu Khaldun, Muhammad Asad, Mohamad Abduh dan lainnya.

1

Ibnu Khaldun-Muqaddimah

(5)

5

Tamaddun juga sering dikenali sebagai satu kebudayaan yang mempunyai organisasi politik bandar, mempunyai media yang boleh menjaga ilmu pengetahuan, skill dan system kepercayaan. Tamaddun juga mempunyai material dan organisasi politik yang membolehkan menjalankan kuasa ke atas sesebuah kawasan yang tertentu dan boleh meluaskan pengaruhnya hingga melewati kasawan yang dikuasainya.

1.1 Konsep dan Takrif Ilmu Tamaddun a. Konsep Tamaddun

i. Konsep manusia

- Islam melihat dari 2 sumber iaitu naqli & 'aqli.

- Sumber Naqli : Terdapat dalam quran di 16 surah dan 34 ayat disebut tentang penciptaan manusia.

- Sumber aqli : dariapada kajian sains moden tentang pusingan terjadinya bayi dalam kandungan.

ii. Konsep Masyarakat

Sekumpulan manusia yang hidup bersama dengan mengamalkan peraturan tertentu.

Masyarakat Islam tertegak di atas landasan utama :- - Akidah

- Syariat - Akhlak

- tradisi sendiri

iii. Hak anggota Dalam Masyarakat Islam

a. Hak untuk Hidup

- setiap indivdu dipelihara dari dicederakan/dibunuh.

b. Hak untuk bebas

- Bebas yang terikat dengan syarak

c. Hak Untuk Mendapat Keadilan

(6)

6

d. Hak untuk mendapatkan persamaan - setiap individu mempunyai peluang & hak yang sama.

a. Takrif Ilmu Tamaddun

- Pandangan Sarjana Islam

Menurut Ibnu Khaldun dalam Muqaddimah, perkataan madani ialah istilah atau nama khas yang membawa maksud “ masyarakat “. Apabila dua kata ini digabungkan “ madani “ dan “ umran “, maka ia membawa maksud “ masyarakat madani “ atau masyarakat yang bertamaddun. Maysarakat yang bertamaddun ini mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Perkataan “ madani “ itu juga adalah berasal dari kata “ madinah “ yang bermaksud “ kota “ atau bandar yang lebih merujuk kepada masyarakat manusia. Syed Mohamad Naquib al-Attas pula menjelaskan bahawa tamaddun ialah keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai tahap kehalusan tatasusila dan kebuayaan yang luhur bagi masyarakatnya.

Abu Bakar Hamzah menyatakan dalam bukunya “ Sejarah Kebudayaan

Ialam “, bahawa tamaddun ialah sesuatu yang lahir dan kembang

bersama-sama dengan kehidupan manusia dan perkembangan-perkembangan yang lahir daripadanya, sama ada seseuatu yang berupa niskala ( abstrak ) mahupun yang berupa skala ( material ).

- Pandangan Sarjana Barat

Manakala Clive Bell telah memberi maksud tamaddun seperti berikut : “ tamaddun merupakan suatu ciri masyarakat yang membezakan sebuah masyarakat maju dengan maysarakat mundur adalah tamaddunnya” . Bagi Arnold Toynbee, tamaddun dikatakan sejenis kebudayaan yang wujud dibandar-bandar. Pendapat ini memberikan kesimpulan bahawa tamaddun itu merupakan tatacara hidup yang dicetuskan oleh orang yang tinggal dibandar-bandar. Pandangan ini sangat menepati keterangan yang dikeluarkan oleh Ibnu Khaldun.

(7)

7

Roberti Haini mengatakan tamaddun adalah suatu cara hidup yang dapat dicirikan. M.A.Beg membuat kesimpulan mengenai pengertian tamaddun dengan menyebut sesuatu rangkaian terdiri daripada fenomena masyarakat seperti bandar, huruf, senibina, agama, undang-undang dan rangka dasar politik.

1.2 Hubungan Tamaddun Dari Pelbagai Perspektif a. Agama

a. Kaitan sesebuah tamaddun dengan agama adalah sangat rapat. Masyarakat yang bertamaddun mempunyai nilai pegangan agama yang tinggi, beradab sopan dan bermoral tinggi.

b. Agama telah membentuk pandangan mereka mengenai alam semester serta memimpin mereka menikmati kehidupan bermsayarakat atau individu secara lebih terpuji.

c. Kemunculan tamaddun manusia adalah suatu menifestasi kepada pegangan masyarakat berkenaan kepada agama.

d. Semua tamaddun tradisional manusia berasaskan kepada pandangan hidup, prinsip dan nilai ajaran agama yang mereka anuti.

e. Tamaddun moden telah mengenepikan ajaran dan nilai agama lantas menukargantikan asasnya dengan nilai pemikiran dan penilaian manusia atau falsafah humanisme.

b. Budaya

a. Budaya merujuk kepada tatacara sesuatu masyarakat bertindak ke atas persekitaran fizikal dan sosialnya, dan pengurusan kehidupan secara kolektif

b. Tamaddun danbudaya amat berkait rapat kerana budaya masyarakat yang tinggi dan terpuji menandakan kehidupan bertamaddun.

c. Tamaddun berbeza daripada budaya bukan kerana semua unsur budaya boleh dianggap sebagai tamaddun

(8)

8 d. Kreteria tamaddun

- Bernilai tinggi dan terpuji. - Kekal dan bertahan lama

- Tidak terbatas kepada kawasan, malah tamaddun melampaui batasan kenegaraan.

c. Bangsa

a. Bangsa mempunyai pertalian rapat dengan sejarah, tradisi budaya dan kawasan geografi

b. Tamaddun merentasi batasan budaya dan geografi seperti tamaddun islam dan tamaddun barat modern.

c. Tamaddun Jepun unik kerana ia berkait rapat dengan bangsa, budaya dan negara Jepun.

2 Ciri-Ciri Pembinaan Tamadun 2.1 Ciri-ciri asas tamaddun

a. Wujud penempatan masyarakat manusia di kawasan tertentu seperti kota, bandar, dan sebagainya.

b. Peningkatan kualiti kehidupan dan jangka hayat.

c. Wujud sistem organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan pendidikan yang sempurna.

d. Muncul satu bahasa atau beberapa bahasa serumpun dengan satu sistem tulisan yang tersendiri bagi berkomunikasi.

e. Wujud sistem perundangan dan sistem nilai/moral yang berkuat kuasa.

f. Peningkatan daya reka cipta dalam bidang teknologi dan pembinaan.

g. Perkembangan daya kreativiti dalam bidang falsafah, keseniaan,kesusasteraan dan nilai estatika yang tersendiri.

2.2 Konsep Kitaran (Tokoh-Tokoh Pemikir Tamadun - Ibnu Khaldun, Malek

Bennabi, Arnold Toynbee, Osweld Spengler )

(9)

9

barat menyokong pendapat yang dikemukakan oleh Ibnu Khaldun ( Abu Zaid Abd.al-Rahman ibn Muhamad ibn Muhamad al-Khaldun 1332-1406 CA ) dengan menyebut bahawa agama lahir sari tamaddun yang sudah lemah, oleh yang demikian ia menjadi pemangkin kepada pertumbuhan semula. Keruntuhan ketamaddunan barat adalah kerana Barat meminggirkan agama kristiannya.

Terdapat tiga fasa yang dilalui dalam menyatakan teori kitaran ini mengikut Arnold Toynbee iaitu

- Breakdown - Disintergration - Dissolution

b. Ibnu Khaldun menyatakan bahawa ada empat fasa dalam menyatakan kelahiran dan kemusnahan sesuatu tamaddun, iaitu

i. Tahap awal – kelahiran – assabiyah dan agama

Salah satu sifat manusia ialah bekerja sama dan saling bantu membantu, semangat ini akan menimbulkan rasa assabiyah di kalangan mereka.

Manusia memerlukan organisasi dan kerajaan yang dipimpin oleh orang yang berwibawa, maka dengan assabiyah manusia boleh membentuk kerajaan, kembangkan seni, teknologi, sains, termasukalah pengeluaran barang mewah dan tempat tinggal.

ii. Kehidupan menetap/perkembangan tamaddun

Organisasi sama seperti badan manusia, semakin lama semakin lemah. Kemajuan dan kemawahan boleh membawa kepada kelalaian dan menyebabkan kemanusia mula tehakis. Golongan pemerintah mulai leka dengan kemewahan dan mengabaikan agama.

(10)

10

iii. Kehancuran – kemewahan, kelalaian dan kepudaran

assabiyah

Assabiyah semakin luntur, pemerintah semakin kaya lantas mereka semakin lalai dengan tanggungjawab. Kesannya sesebuah organisasi akan mula berpecah dan menjejaskan ekonomi serta menjadikan sistem masyarakat menjadi lemah.

iv. Penyelamat-agama boleh menyelamat tamaddun

Sesebuah organisasi tidak boleh mengenepikan unsur agama dalam pemerintahan. Agama hendaklah dijadikan syarat utama dalam membina pembangunan dan tamaddun. Agama mendokong sistem moral yanng sangat tinggi dalam menjamin kelangsungan sesebuah tamaddun.

(11)

11

Matapelajaran Tamaddun Islam dan Tamaddun Asia ( TITAS )

UNIT 2

3 Prinsip/ dasar Tamaddun Islam 1.1 Memelihara nyawa

1.2 akal fikiran

1.3 maruah dan keturunan 1.4 harta benda,

1.5 hak kebebasan

2 Sumber Tamaddun Islam 2.1 Al-Quran

2.2 As-Sunnah

2.3 Tamaddun-tamaddun lain 3 Matlamat Tamadun Islam

3.1 Kesejahteraan manusia ( baldatan thaiyyibah )

3.2 Keredhaan Allah swt ( rabbun ghafur )

1. Prinsip / Dasar tamaddun Islam

Kemunculan Islam yang membawa kepada kemunculan tamaddun Islam ialah untuk memelihara dan meulihkan serta menghormati hak-hak asasi manusia yang telah dianugerahkan oleh Allah swt kepada hamba-hambaNya di dunia ini dan juga kepada semua makhluk lain ciptaan-Nya. Perkara yang menjadi dasar tamaddun Islam ini ditentukan oleh beberapa elemen penting atau aspek penting iaitu

a. Memelihara nyawa atau hak-hak hidup b. Memelihara akal fikiran

c. Memelihara kehormatan dan keturunan d. Memelihara harta benda

(12)

12 1.1. Memelihara nyawa atau hak-hak hidup.

Allah swt selaku pencipta Yang Maha Berkuasa keatas sekelian alam ini telah mengurniakan kepada semua makhuk-Nya tentang kehidupan. Tiada sesiapa berhak mencabar hak kehidupan yang telah Allah swt kurniakan kepada semua makhlukNya. Allah swt telah menegaskan dalam firmanNya dari Surah al-Hijr ayat 23

Ertinya : “dan Sesungguhnya Kamilah Yang menghidupkan dan Yang

mematikan, dan Kamilah Yang kekal memiliki segala-galanya.”

Kefahaman daripada dasar yang pertama ini ialah apabila seseorang itu menceroboh atau menggangu hak kehidupan orang lain, ini bermakna ia telah menceroboh masyarakatnya. Allah swt telah berfirman dalam al-Quran surah al-Maidah ayat 32

Ertinya : “ 32. Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) Yang demikian itu

Kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa Yang membunuh seorang manusia Dengan tiada alasan Yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah Dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa Yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah Dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya. dan Demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul Kami Dengan membawa keterangan Yang cukup terang; Kemudian, Sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang Yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi.”

Oleh yang demikian seseorang yang membunuh dirinya atau membunuh orang lain, dikira sebagai telah melakukan satu jenayah sosial yang besar dosanya kerana telah melawan qadak Allah swt. Perkara ini telah dijelaskan oleh Allah swt dalam surah an-Nisa ayat 30

(13)

13

Ertinya : “30. dan sesiapa berbuat demikian Dengan menceroboh dan aniaya,

maka Kami akan masukkan Dia ke Dalam api neraka, dan balasan Yang sedemikian itu adalah mudah bagi Allah, (tidak ada sesiapapun Yang dapat menghalangnya).”

Berpandukan kepada keterangan-keterangan di atas, dapatlah difahami bahawa

a. Segala urusan yang membawa kepada pemeliharaan nyawa seperti menjaga kesihatan, melawan penyakit berjangkit, melawan wabak dan seumpamanya adalah wajib di dalam Islam.

b. Setiap perkara atau tindakan yang membawa kepada kerosakan atau memudharatkan tubuh badan manusia atau yang boleh mengacam nyawa seperti meminum minuman keras ( arak ), menghisap dadah, menghidu gam, meminum air daun ketum, mengambil syabu, dan yang seumpama dengannya adalah haram disisi Islam.

c. Setiap perkara yang bermatlamatkan kepada kesejateraan kehidupan seperti makan dan minum, pakaian dan seumpamanya adalah harus disisi Islam selama mana ia tidak bertentangan dengan syariat Allah swt.

d. Setiap perkara yang dilakukan dengan niat untuk menyelamatkan nyawa atau menyelamatkan diri dari kematian adalah wajib dilakukan oleh seseorang yang terlampau dahaga atau lapar yang dikhuatiri akan membawa maut, maka wajiblah ia minum atau makan makan yang asalnya dilarang atau diharamkan, sekiranya dengan perbuatan itu dapat dan mampu menghindarkan dirinya dari kematian.

1.2. Memelihara akal fikiran

Islam sangat mengambil berat tentang pemeliharaan akal fikiran. Pemeliharaan akal adalah wajib ke atas semua manusia kerana membawa kepada kesempurnaan akal, dan ini menunjukkan kepada kesempurnaan

(14)

14

makhluk manusia daripada makhluk-makhuk lain ciptaan Allah swt. Bagi menjaga dan memelihara akal, Islam telah menggariskan beberapa panduan untuk diikuti agar akal manusia berfikiran baik dan terkawal. Oleh yang demikian, Islam mewajibkan keatas setiap penganutnya menuntut ilmu pengetahuan sebanyak mungkin. Proses ini tidak dibatasi oleh masa dan tempat ataupun bangsa. Ini ditegaskan oleh Baginda Rasulullah saw dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud: “ Tuntutlah

ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad”

Bertepatan dengan kekewajipan menunut ilmu ini, tidak ada tempat bagi orang jahil di dalam Islam. Ini telah ditegaskan oleh Baginda Rasulullah saw dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Muslim yang bermaksud :

Manusia itu ada dua golongan, orang pandai dan pelajar, tidak ada kebajikan selain daripada keduanya “

Islam amat menggalakkan asas pemikiran yang berbentuk takwa, ketauhidan kepada Allah swt fikiran yang terbuka dan lapang serta bersih daripada segala unsur keburukan dan kepalsuan, khayalan, keraguan dan was-was. Pemikiran yang negetif akan memungkinan tingkah laku yang negative dalam kehidupan manusia dan keadaan ini tidak selaras dengan kehendak Islam. Allah swt telah menjelaskan dalam Surah al-Ankabuut ayat 43

Ertinya “ 43. dan misal-misal Perbandingan Yang demikian itu Kami

kemukakan kepada umat manusia, dan hanya orang-orang Yang berilmu Yang dapat memahaminya.”

1.3. Memelihara kehormatan dan keturunan

Allah swt Pencipta Yang Maha Berkuasa telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik makhluk-Nya di dunia ini, dan kehormatannya telah tetap dengan sifat insane Bani Adam tanpa diambil kira agama, asal keturunan, bahasa dan keadaanya. Kehormatan bagi setiap manusia menentukan tiap-tiap

(15)

15

seseorang mendapat hak yang sama terhadap kehormatan diri, kedudukan maruah, habuan dan sebagainya.

Oleh yang demikian Allah swt telah menurunkan segala bentuk peraturan dan hokum yang menyentuh semua manusia tanpa pengecualian. Mereka sama-sama dihukum dan sama-sama-sama-sama diberi pengajaran. Allah swt telah menjelaskan semua ini di dalam firmanNya dari Surah An-Najm ayat39

Ertinya : “39. dan Bahawa Sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang

melainkan (balasan) apa Yang diusahakannya;”

Dengan adanya undang-undang dan peraturan yang Allah swt turunkan kepada manusia, maka manusia dapat menjalinkan roh kerjasama di antara seluruh ahli masyarakat. Setiap orang mempunyai kewajipan mereka masing-masing untuk membina masyarakat dan mempunyai kehormatan sebagai manusia tanpa pengecualian.

Jaminan tegas ini telah disabdakan oleh Rasulullah saw dalam sebuah hadis ketika berpidato dalam Hajjatul Wida’ di Padang „Arafah seperti diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang bermaksud : “ sesunggunnya nyawa, harta dan

kerhormatan kamu adalah suci, seperti kesuciannya hari haji ini “

Islam juga menekankan aspek pemelliharaan keturunan. Untuk itu, undang-undang dan peraturan-peraturan dalam urusan munakahat ( nikah kawin ) telah dijelaskan dengan lengkap, semata-mata untuk menjamin keturunan manusia yang sejati dan benar. Segala bentuk larangan dan pengharaman ke atas perkara-perkara negativ seperti penzinaan, seks bebas, hubungan luar tabii ( liwat ) dan seumpamanya adalah untuk memelihara kehormatan dan kemuliaan keturunan manusia daripada sifat-sifat kebinatangan.

(16)

16 1.4. Memelihara harta benda

Islam telah menetapkan dan memberikan garis panduan yang jelas mengenai hak untuk memeliki harta benda dan kewajipan untuk mempertahankan haknya. Islam juga mengemukakan kaedah Ilmu Faraidh yang telah menggariskan cara untuk menafkahkan harta tersebut secara halal mengikut fitrah manusia sendiri. Kekayaan yang ada di dunia ini tidak ditentukan kepda segolongan manusia atau puak-puak tertentu, malah tiap-tiap orang hendaklah berusaha mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing dalam mencari harta kekayaan di dunia ini. Allah swt telah membuka kekayaan di dunia ini seluas-luasnya untuk dicari dan diteroka oleh manusia. Firman Allah swt dalam Surah al-Jathiyyah ayat 12-13

Ertinya : “ 12. Allah Yang memudahkan laut bagi kegunaan kamu, supaya

kapal-kapal belayar padanya Dengan perintahNya, dan supaya kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur. 13. dan ia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadanya; Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanNya) bagi kaum Yang memikirkannya Dengan teliti.”

Apabila seseorang itu dikurniakan kekayaan melalui titik peluhnya sendiri, maka kekayaan itu tidak harus dilucutkan daripadanya dengan paksa atau dirampas. Islam mengurniakan pahala yang besar di akhirat kepada pemilik harta yang mempertahankan hartanya sehingga ketitisan darah yang terakhir.

Ini dijelaskan dalam sebuah hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud :” Daripada Abdullah bin Omar katanya, saya

(17)

17

memepertahankan hartanya, maka ia mati syahid” Manakala sesiapa yang

merompak atau mencuri harta daripada pemiliknya, Islam telah menyediakan hukuman hudud iaitu potong tangan serta seksaan yang berat di akhirat kelak.

1.5. Memelihara Hak dan kebebasan

Saidina Umar al-Khattab telah berkata : “ Bagaimanakah kamu

memperhambakan manusia, sedangkan ia diperanakkan dengan bebas” Hak

dan kebebasan manusia tidak boleh dilucutkan dalam keadaan tertentu, kecuali ketika seperti mempertahankan diri ( kemerdekaan ) dan untuk keselamatan ummah. Kekalahan ummat Islam bermakna musuh-musuh telah melucutkan hak kebebasan manusia, ini kerana Islam telah meletakkan hak dan kebebasan sesorang individu itu sejak ia dilahirkan.

Maksud kebebasan manusia ialah tiada pengabdian seseorang ke atas seseorang atau sesuatu benda di dunia ini melainkan kepada Allah swt Pencipta Yang Maha Berkuasa. Sebab itu syariat Islam mewajibkan hanya Allah swt sahaja Tuhan yang wajib dan layak disembah. Ini dibuktikan dalam surah al-Fatihah yang sering dibaca pada ketika solat 17 kali sehari semalam. Setiap orang Islam hendaklah bebas daripada sebarang unsur kezaliman yang mengongkongnya kepada nafsu jahat dan harta benda. Islam menyifatkan bahawa pengabdian kepada hawa nafsu adalah sejjahat-jahat penghambaan. Firman Allah swt dalam Surah al-Furqaan ayat 43

Ertinya :”43. Nampakkah (Wahai Muhammad) keburukan keadaan orang

Yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan Yang dipuja lagi ditaati? maka Dapatkah Engkau menjadi Pengawas Yang menjaganya jangan sesat?”

Maka, teras kepada kebebasan mutlak yang digariskan oleh Islam ialah bebasnya akal manusia dan mempunnyai pegangan agama sebagai tunjang kehidupannya. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah ayat 256

(18)

18

Ertinya: ”256. tidak ada paksaan Dalam ugama (Islam), kerana

Sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). oleh itu, sesiapa Yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka Sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) Yang teguh Yang tidak akan putus. dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.”

Kebebasan yang dituntut dalam Islam termasuklah kebebasan dalam memberikan pendapat, pandangan dan buah fikiran yang berupa kritikan terhadap masyarakat, pentadbiran dan pemerintahannya dimana Islam telah membuka ruang ini kepada mereka yang berkemampuan berbuat demikian. Firman Allah swt dalam Surah al-Hajj ayat 41

Ertinya : “ 41. Iaitu mereka (umat Islam) Yang jika Kami berikan mereka

kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara Yang mungkar. dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan Segala urusan.”

Panduan dan bimbingan ini juag ditujukan kepada golongan pemerintah agar mereka dapat memenuhi dua aspek utama kepimpinan iaitu

a. Melaksanakan kebajikan

b. Melarang kemungkaran demi kestabilan masyarakat dan negara.

Kedua-dua aspek berkenaan adalah untuk menjamin keutuhan hidup bernegara serta mendapat sokongan daripada rakyat. Segala kebebasan ini adalah terikat dengan hak-hak tabii manusia dan maslahat umum.

2. Sumber Tamaddun

Sumber utama tamaddun Islam ialah 2.1. al-Quran

(19)

19

Dalam kontek kehidupan bertamaddun al-Quran menekan ajaran tentang

a. Kehidupan beragama

i. Menyentuh soal akidah

ii. Mengarahkan manusia beriman kepada Allah swt. b. Kehidupan yang berperaturan dan bersistem

i. Menyetuh persoalan system kehidupan manusia ii. Hubungan manusia sesama manusia

iii. Hubungan manusia dengan alam. c. Kehidupan yang mempunnyai system nilai

i. Menyentuh persoalan akhlak

ii. Ajaran yang menjamin kesejahteraan sejagat, seperti

 Berbuat baik sesama manusia

 Bersederhana dalam semua aspek

 Bertanggungjawab

 Berlumba-lumba membuat kebaikkan dan kebajikan 2.2. as-Sunnah

i. Perincian kepada al-Quran, penjelasan lanjut tentang

 Pelaksanaan kehidupan beragama

 Perlaksanaan syariah Islam

 Perlaksanaan akhlak dan kehidupan bertatasusila 2.3. al-Ijtihad

i. Usaha yang dilakukan oleh pemikir dan ilmuan Islam dalam menangani masalah-masalah ummat Islam terutama dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan

 Kemajuan sains dan teknologi

 Daya reka cipta

 Daya kreativiti. 2.4. Tamaddun-tamaddun asing

i. Tidak menolak sebarang penghasilan tamaddun asing yang tidak bertentangan dengan nilai-nilai Islam

(20)

20 3. Matlamat Tamaddun Islam

3.1. Kesejahteraan manusia ( baldatan tayyibah ) i. Kesejahteraan di dunia dan di akhirat

ii. Memakmurkan alam mengikut peraturan dan system yang telah ditentukan dalam perhubungan

a. Manusia dengan Allah swt b. Manusia dengan manusia c. Manusia dengan alam

3.2. Keredhaan Allah ( rabbun ghafur )

i. Manusia yang mendapat keredhaan Allah swt ialah a. Mematuhi seruhan-Nya

b. Meninggalkan larangan-Nya

(21)

21

Bahan Bacaan Alias Othman (1986), Apakah Ciri-ciri Khusus Islam, Kuala Lumpur: Pustaka Salam

Sulaiman Nordin ( 1995 ), Islam,Al-Quran dan Ideologi

Masa Kini. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Haji Ahmad Fauzi ( 1997 ) Tamaddun Islam.Sedang:Penerbitan Universiti Putra Malaysia.

Wan Abdul Rahman Latif, ( 1996 ) Sejarah Perkembangan

Tamaddun Dunia, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan

(22)

22

Matapelajaran Tamaddun Islam dan Tamaddun Asia ( TITAS )

UNIT 3

Interaksi Positif dan Interaksi Negatif 3.1. Pengenalan

3.2. Kesan Positif 3.3. Kesan Negatif

3.4. Faktor Yang Mempengaruhi Antara Tamaddun 3.5. Interaksi Tamaddun China dan India

3.6. Interaksi Tamaddun Islam dan China

3.7. Interaksi Antara Tamaddun China dan Jepun

3.8. Interaksi Antara Tamaddun India dengan Asia Tenggara

3.9. Interaksi Antara Tamaddun Islam dengan Asia Tenggara

3.10. Interaksi Antara Islam dan Eropah 3.11. Kesimpulan

3. Pengenalan

Setiap tamaddun yang muncul mempunyai sifat-sifat, pencapaian serta keunikan yang tersendiri. Namun demikian ada juga tamaddun yang tertutup dan tidak menerima pengaruh luar, namum masih juga berkembang dan berjaya membentuk serta menemui kemajuan tamaddun itu. Interaksi antara tamaddun akan memberi bebesapa kesan dalam tamaddun berkenaan samada kesan negative atau kesan positif. Kewujudan interaksi ini kerana semua tamaddun mengamalkan sikap tolaransi yang tinggi serta saling hormat menghormati sesama tamaddun. Sifat-sifat yang baik itu akan membuka ruang percambahan fikiran dan budaya serta memperkayakan lagi tamaddun berkenaan dalam pelabagai aspek kemajuan.

(23)

23 4. Kesan Positif

Semasa kemunculan Islam di tanah Arab, berlaku interaksi antara Yahudi dengan Kristian. Interaksi ini telah mewujudkan kesan positif, sebagai contoh dalam Perlembagaan Madinah ( Shahifah Madinah ) yang digubal oleh Nabi Muhamad saw telah memberi hak-hak dan perlindungan kepada penganut agama Yahudi dan Kristian. Mereka telah diberi hak dan kebebasan untuk mengamalkan amalan tuntutan agama masing-masing tanpa sebarang gangguan daripada masyarakat sekitarnya, baik dari Rasulullah saw atau umat Islam lainnya. Hal yang sama telah diikuti oleh pemerintah-pemerintah Islam zaman Khulafa al-Rasyidin, Bani Umayyah, Abbasiyah, Uthmaniyah dan kerajaan-kerajaan Islam di India.

Malah dalam beberapa buah kerajaan Islam, individu-individu Yahudi dan Kristian telah mendapat kedudukan tinggi dalam pentadbiran, contohnya dalam kerajaan Abbasiyah, tokoh-tokoh intelektual Yahudi dan Kristian telah memberikan sumbangan mereka dalam penterjemahan buku-buku Greek ke dalam bahasa Arab. Begitu juga di Andalusia (Sepanyol), muncul ramai penulis dan ahli intelektual dari kalangan individu-individu Yahudi dan Kristian.

Interaksi antara Tamadun India dengan Tamadun China telah memberi kesan positif kepada kedua-dua tamadun. Agama Buddha disebarkan ke negeri China melalui interaksi ini. Di samping itu terdapat kemahiran-kemahiran lain yang diperkembangkan, contohnya teknologi membuat gula daripada tebu dari India telah diperkembangkan kepada orang-orang China. Bidang astronomi India turut diperkembangkan di China oleh ahli-ahli astronomi India. Beberapa perbendaharaan kata bahasa Pali dan Sanskrit turut mempengaruhi kesusasteraan China. Kesan positif kepada Tamadun India ialah berkembangnya teknologi membuat kertas, bahan letupan dan pengunaan kompas dari Tamadun China ke dalam Tamadun India. Interaksi antara Tamadun India dan China berlaku secara aman melalui hubungan perdagangan dan keagamaan.

(24)

24

Antara interaksi Tamadun Islam dan China yang turut memperlihatkan kesan positif ialah proses interaksi secara aman iaitu melalui perdagangan. Pedagang-pedagang Arab dan Parsi memainkan peranan penting dalam interaksi ini Hasil daripada interaksi ini terdapat komuniti Arab-Islam yang menetap di China. Berlaku perkahwinan campur antara pedagang-pedagang ini dengan wanita-wanita tempatan. Semasa zaman pemerintahan dinasti-dinasti Tang, Sung, Yuan dan Ming, telah muncul beberapa orang tokoh Islam yang memainkan peranan penting dalam pentadbiran.

Kesan penting yang terhasil daripada interaksi ini ialah penyebaran agama Islam di negeri China yang akhirnya mewujudkan komuniti Islam tempatan China. Perkembangan seterusnya menyebabkan munculnya cendiakawan-cendiakawan Islam tempatan yang mahsyur seperti Liu Zhi dan Mha Zhu. Cendiakawan-cendiakawan tempatan ini telah mencari keselarian ajaran-ajaran etika dan nilai Islam dengan Konfusianisme. Konsep-konsep hubungan keluarga, ketaatan kepada kedua ibu bapa dan raja dan nilai-nilai moral yang terdapat dalam ajaran Konfusianisme telah dijadikan landasan untuk memperkenalkan agama Islam kepada masyarakat China. Kesejajaran inilah yang menyebabkan ajaran Islam tidak mendapat tentangan daripada ahli-ahli falsafah Konfusianisme seperti yang dihadapi oleh ajaran agama Buddha. Disamping itu interaksi ini turut menemukan seni bina Arab-Islam dengan seni bina China contohnya dalam bentuk masjid-masjid di China hari ini.

Hubungan antara Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu telah meninggalkan kesan yang amat ketara. Interaksi antara kedua-dua tamadun ini berlaku secara aman iaitu melalui perdagangan. Namun demikian kedatangan pengaruh Islam di Asia Tenggara ataupun khususnya ke Kepulauan Melayu dikatakan dari tiga kawasan yang berbeza iaitu dari Arab dan Parsi, dari India dan China. Teori-teori ini telah diperbincangkan dengan hangat dan beberapa bukti yang berkaitan telah dikemukakan oleh pendokong-pendokongnya bagi meyokong pendapat mereka. Namun apa yang lebih penting bagi kita ialah kesan yang didapati daripada hubungan ini. Interaksi antara Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu telah melahirkan beberapa kesan positifyang penting.

(25)

25

Kesan yang paling menonjol ialah tersebarnya agama Islam di Kepulauan Melayu serta munculnya kerajaan-kerajaan Islam tempatan di Pasai, Melaka, Aceh, Johor-Riau, Brunei, Patani, Sulu, Banten, Demak, Tuban, Mataram dan lain-lain lagi. Tamadun Islam telah mengubah pandangan hidup orang-orang Melayu. la juga turut membawa tulisan Jawi yang berperanan penting dalam perkembangan ilmu pengetahuan di Kepulauan Melayu. Kesan positif boleh juga dilihat pengaruhnya dari segi perundangan, kesusasteraan, kesenian, kebendaan seperti pakaian, makanan serta istilah-istilah Arab yang digunakan dalam bahasa Melayu.

Interaksi antara Tamadun China dengan Tamadun Melayu turut melahirkan kesan positif tetapi ia tidak melibatkan pemikiran dan falsafah sebaliknya melibatkan kemahiran dan teknologi serta kebendaan. Tamadun China membawa teknologi membuat gula dari tebu ke Kepulauan Melayu, contohnya di Jawa. Begitu juga kemahiran dalam perusahaan sutera, membuat tembikar serta pertukangan logam. Di samping itu terdapat juga beberapa jenis makanan masyarakat China yang diperkenalkan kepada masyarakat Melayu seperti tauhu, kicap, taugeh dan sebagainya. Interaksi antara Tamadun China dengan Tamadun Melayu berlaku melalui dua cara iaitu secara aman dan secara konflik peperangan. Interaksi secara aman berlaku melalui aktiviti perdagangan, emigrasi dan hubungan diplomatik, contohnya kemuncak hubungan diplomatik negeri China dengan Kepulauan Melayu ialah zaman Kesultanan Melaka. Manakala hubungan yang bercorak konflik peperangan berlaku semasa pemerintahan Dinasti Yuan / Monggol ( 1279 – 1368 Masihi ) yang pernah menyerang Myanmar ( Komboja ) dan jawa pada abad abad ke-13 Masihi.

Kesan positif daripada interaksi antara tamadun ini juga boleh dilihat pada hubungan antara Tamadun China-Jepun. Jepun telah mendapat faedah yang banyak hasil daripada hubungan ini. Tamadun China telah menyumbangkan beberapa perkara penting ke dalam Tamadun Jepun. Sumbangan yang penting ialah dari segi agama dan tulisan. Agama Buddha dari China telah dikembangkan dalam Tamadun Jepun. Ajaran-ajaran Buddha ini telah

(26)

26

diasimilasikan dengan agama asal orang-orang Jepun iaitu agama Shinto. Walaupun asimilasi ini berlaku tetapi ia tidak mengubah identiti ajaran Buddha. Kuil-kuil Buddha telah didirikan di Jepun. Agama Buddha telah mencapai zaman kemuncak semasa zaman Nara dan Heian. Di samping agama, tulisan adalah satu lagi kesan penting yang dibawa oleh Tamadun China ke Jepun. Tulisan China telah menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun iaitu Hiragana dan

Katakana. Pengaruh tulisan China telah memainkan peranan kepada

perkembangan intelektual dan kesusasteraan dalam Tamadun Jepun. Di samping dua kesan positif yang penting ini, Tamadun China turut meninggalkan pengaruhnya ke atas upacara-upacara tertentu di Jepun, contohnya upacara minum teh, seni taman, serta struktur pembinaan bandar.

Ajaran falsafah Konfusianisme dari China turut diasimilasikan dalam Tamadun Jepun. Ajaran Kofusianisme yang memberi penekanan kepada institusi keluarga telah memantapkan lagi institusi keluarga Jepun. Manakala konsep mandat dari syurga telah memperkukuhkan lagi kedudukan Maharaja Jepun yang dipercayai berasal dari keturunan Dewi Amaterasu. Interaksi antara Tamadun China dengan Jepun telah berlaku secara aman dan asimilasi Tamadun China dalam Tamadun Jepun telah memperkukuhkan identiti Tamadun Jepun.

5. Kesan Negatif

Adalah tidak tepat jika dikatakan bahawa interaksi antara tamadun hanya menghasilkan kesan positif. Sebaliknya interaksi antara tamadun turut menghasilkan kesan negatif.

Di Eropah, misalnya, hubungan antara orang-orang Kristian dan Yahudi telah mengalami kemerosotan sejak awal lagi. Kesan daripada hubungan yang tidak baik ini menyebabkan berlakunya pembunuhan orang Yahudi secara beramai-ramai pada abad ke-9 dan-18 Masihi. Perkara ini berlaku akibat dari-pada faktor-faktor perbezaan agama, ketidak seimbangan ekonomi dan sosial.

(27)

27

Begitu juga halnya dengan hubungan orang-orang Islam dan Kristian dalam Zaman Pertengahan di Eropah. Pemerintah-pemerintah Kristian di Eropah telah bertindak melancarkan beberapa siri perang ke atas orang-orang Islam yang dikenali sebagai Perang Salib. Peperangan tersebut telah mengorbankan ramai penganut Islam danYahudi. Peperangan ini turut dicetuskan oleh faktor-faktor perbezaan agama, ekonomi dan politik.

Di India juga, hubungan antara penganut Islam dan Hindu sentiasa berada dalam keadaan tegang. Terdapat peristiwa-peristiwa di mana orang-orang Islam dibunuh dan masjid-masjid dimusnahkan oleh raja-raja India yang beragama Hindu. Keadaan yang sama juga berlaku kepada penganut-penganut agama Hindu serta kuil-kuil Hindu yang dimusnahkan oleh pemerintah-pemerintah Islam.

Contohnya raja-raja Islam dalam Kesultanan Delhi telah mengharamkan pembinaan kuil-kuil dan mengharamkan beberapa upacara-upacara keagamaan Hindu. Semasa zaman pemerintahan Moghul, Aurangzeb adalah raja Moghul yang bertindak keras terhadap penganut-penganut Hindu. Baginda telah mengharamkan pembinaan kuil-kuil yang baru, mengharamkan upacara mandi suci di Sungai Jamuna, mengharamkan upacara sati dan lain-lain lagi.

Dalam hubungan antara Tamadun India dengan Tamadun China juga kita dapat lihat wujudnya konflik terutama semasa agama Buddha mula diperkenalkan ke dalam masyarakat China semasa zaman pemerintahan Dinasti Han Timur. Kemasukan agama tersebut telah mendapat tentangan cendiakawan Konfusianisme yang amat berpengaruh dalam pentadbiran Dinasti Han. Sami-sami Buddha telah dikurung dan kuil-kuil Buddha dimusnahkan untuk menghalang perkembangan agama tersebut.

Kesan negatif turut berlaku dalam hubungan antara Tamadun Islam dengan Tamadun China. Contohnya pada tahun 751 Masihi, tentera Islam di bawah pimpinan Ziyad bin Salih telah mengalahkan angkatan perang China yang dipimpin oleh Kao Hsien-chih sedangkan pada masa tersebut kerajaan Islam

(28)

28

Abbasiyah mempunyai hubungan diplomatik dengan kerajaan Tang di China. Permusuhan antara orang-orang Islam dengan orang-orang China juga dicetuskan oleh rasa tidak puas hati terhadap pencapaian ekonomi pihak yang bertentangan.

Contohnya pada abad ke-8 Masihi, penduduk Han di tenggara China telah mewujudkan permusuhan dengan orang-orang Islam kerana iri hati terhadap kemewahan yang dinikmati oleh orang-orang Islam yang kebanyakannya terlibat dalam aktiviti perdagangan. Pada tahun-tahun 758 Masihi dan 876 Masihi telah berlaku pemberontakan-pemberontakan yang menyebabkan ramai orang-orang Islam dibunuh dan melarikan diri dari Canton. Pemberontakan pada tahun 876 Masihi bukan sahaja bersifat anti-Islam tetapi juga anti orang asing.

Pemberontakan ini menyebabkan lebih kurang 120 000 hingga 200 000 orang asing telah dibunuh termasuk orang-orang Islam. Kesan daripada peristiwa tersebut menyebabkan ramai orang-orang Islam telah lari dari China dan berhijrah ke Asia Tenggara terutamanya di Palembang dan Kedah. Hubungan orang-orang Islam dengan penduduk tempatan China turut terjejas semasa pemerintahan Dinasti Ching yang memberi keutamaan kepada pengukuhan ajaran Konfusianiame. Orang-orang Islam mendapat layanan yang tidak adil daripada pemerintah Ching.

Rasa tidak puas hati penganut-penganut Islam disokong pula oleh perkembangan pengaruh gerakan Kaum Muda ataupun Wahabi di kalangan orang-orang China Islam. Rasa tidak puas hati orang-orang Islam telah menyebabkan berlakunya beberapa siri pemberontakan semasa pemerintahan Dinasti Ching iaitu Pemberontakan Sinkiang 1 (1756 Masihi), Pemberontakan Kansu (1781 Masihi), Pemberontakan Jehangir (1820-27 Masihi), Kebangkitan Yussof Syamsuddin (1828-31M), pemberontakan Yunan (1850-68 Masihi), Pemberontakan Shensi dan Kansu (1862 Masihi), Kebangkitan Sinkiang (1864-77 Masihi).

(29)

29

6. Faktor Yang Mempengaruhi Antara Tamaddun a. Tolaransi kepimpinan b. Nilai c. Pemikiran d. Keinsanan e. Geografi f. Institusi

7. Interaksi Tamaddun China dan India

Tamadun China dan India telah berinteraksi kira-kira pada abad ke-2 S.M. Penyebaran agamaBudhha ke China pada masa pemerintahan DInasti Han ( zaman Han Timur ) merupakan kemuncak kepada interaksi antara tamadun China dan India. Oleh kerana Buddhisme lahir dalam suasana budaya India, maka China juga telah berkongsi banyak persamaan dengan kerangka budaya masyarakat India. Persamaan dalam aspek kesusateraan, kesenian, muzik dan sebagainya.

Pada peringkat awal penyebaran Buddha di China, ia sukar diterima kerana berlaku penentangan antara budaya dalam ajaran Buddha dari sudut kekeluargaan, politik,etika serta moral orang-orang China yang telah pun diresapi oleh falsafah-falsafah tempatan China terutama falsafah Konfucianisme. Agama Buddha secara beransur-ansur telah mengalami proses penyesuaian dengan tradisi budaya China namum demikian prinsip-prinsip asas ajaran Buddha tidak terjejas.

Selain dari penerimaan agama Buddha, kesan interaksi positif antara tamadun China dengan India ialah beberapa alat muzik dan struktur muzik India diasimilasikan dalam tamadun China. Muzik dan tarian India telah menjadi tarian yang popular di istana dan di kalangan bangsawan China. Semasa Dinasti Tang ( 618-907 ) teknologi membuat gula dari tebu di Tamadun India diperkembangkan di Tamadun China.

(30)

30

Manakala kesan positif interaksi tamadun yang diterima oleh India pula terdapat ciptaan-ciptaan sains dan teknologi orang China yang telah berkembang di dalam masyarakat India. Antaranya ialah teknologi pembuatan kertas, bahan letupan, percetakan, penggunaan kompas dan lain-lain. Selain dari itu, usaha-usaha penterjemahan buku-buku koleksi astronomi India telah diterjemahkan ke dalam bahasa China. China juga mendapatkan khidmat ahli-ahli cendiakawan India dalam bidang astronomi seperti Gautama yang telah diambil berkhidmat dalam kerajaan Dinasti Tang. Beliau dipertanggungjawabkan memperkenalkan system calendar China yang lebih tepat daripada tahun 727 M.

Perkembangan dalam bidang kesusasteraan juga turut menerima kesan interkasi antara tamadun China dan India. Kitab-kitab ajaran Buddha merupakan contoh hasil sastera yang penting. Kewujudan pelbagai jenis puisi, cerita dongeng, kisah-kisah tauladan, kias ibarat yang berkaitan dengan Buddha telah mempengaruhi tulisan sastera China. Selain dari itu percampuran dan penyerapan bahasa Sanskrit dan Pali ke dalam bahasa China turut berlaku. Contoh yang paling ketara ialah kemunculan pengajian fonetik di zaman Dinasti Sui adalah kesan perhubungan tamadun China dan India. Seterusnya selapas abad ke-10 M, perkembangan ini agak merosot dan lebih bersifat hubungan diplomati dan perdangan.

8. Interaksi Tamaddun Islam dan China

Hubungan antara orang Arab dengan negeri China telah berlaku seawal abad ke-3 Masihi apabila dilaporkan bahawa telah ada utusan dari Parsi dihantar ke istana kerajaan Wei. Orang-orang Arab menggunakan dua laluan penting untuk ke China iaitu

 Laluan Sutera – iaitu jalan darat yang merentasi Khurasan, Samarqand, Xinjiang hingga ke Peking

(31)

31

 Jalan laut yang digunakan pada abad ke-5 Masihi merentasi laut Arab ke Benua Kecil India, Kepulauan Melayu hingga ke Canton di tenggara China.

Terdapat catatan yang menyatakan bahawa pada abad ke-5 Masihi kapal-kapal China telah sampai ke Teluk Parsi, dan pada pertengahan abad ke-7 Masihi ramai pedagang Arab telah menetap di daerah-daerah tenggara China seperti Kwang Cho ( Canton ), Chang Chow dan Chuan Cow.

Hubungan perdagangan antara Arab dan China menjadi semakin rancak pada abad ke-8, dimana mereka telah mendirikan masjid-masjid di kawasan Guangzhou dan Guanzhou. Walaupun terdapat usaha-usaha mengembang ajaran Islam di China berlaku pada abad ke-8, tetapi hanya berjaya selepas beberapa abad kemudian dengan kemunculan beberapa tokoh Muslim tempatan seperti Wang Daiyu ( 1550-1658 ), Ma Zhu ( 1640-1711) Liu Zhi ( 1660-1730) dan Ma Dexin ( 1794-1874). Penglibatan tokoh–tokoh ini turut mempengaruhi hasil penulisan dan usaha penterjemahan selepas mereka.

Buku pertama yang dihasilkan oleh penulis China Muslim ialah Zhengjiao

Zhengquan yang telah diterbitkan pada tahun 1642. Penulis China banyak

menggunakan konsep-konsep yang sedia ada dalam ajaran Konfusianisme bagi memperkenalkan Islam kepada masyarakat tempatan. Elemen ajaran Konfusianisme yang bersamaan dengan ajaran Islam seperti xiao (

penghormatan kepada ibu bapa ), zhong ( kesetiaan ), shu ( altruism ) telah

banyak membantu penulis-penulis China Muslim memperkenalkan ajaran Islam kepada mayarakat China.

Kesan positif interaksi antara tamadun Islam dengan China dilihat dengan jelas dimana Asia Barat telah mempelajari mengenai kompas teknologi percetakan, teknologi bahan letupan dan pembuatan kertas. Hal yang sama berlaku dalam teknologi logam dan pembuatan tembikar. Sementara tamaddun China pula mendapat pelbagai ilmu pengetahuan baru seperti perubatan, astronomi dan

(32)

32

farmasi. Pada masa Dinasti Tang ( 618-907 ) seorang sarjana China Muslim yang berasal dari Parsi iaitu Li Xun telah menyusun sebuah buku bertajuk

Materia Medica: Seberang Laut sebanyak 6 jilid. Buku telah membincangkan

mengenai 124 jenis ubat di Arab. Sementara itu seorang ahli astronomi Parsi – Jamaluddin telah memberi sumbangan penting penciptaan calendar baru untuk Kublai Khan pada tahun 1267 Masihi, sementara itu abjad Arab telah mula digunakan dalam Tamadun China ketika pemerintahan Dinasti Yuan. Kesan interaksi tamadun China-Tamadun Islam turut juga menyumbang dalam aspek senibina. Masjid-masjid yang bersenibina Arab banyak dibina di Xinjiang ( Sinkiang ).

9. Interaksi Antara Tamaddun China dan Jepun

Interaksi antara tamadun China-Jepun berlaku melalui perantaraan semenanjung Korea semasa zaman Raja Packhe yang memerintah Korea. Korea telah menerima pengaruh China sejak abad ke-2 Masihi lagi. Raja Packhe telah meminta bantuan Jepun bagi mengatasi tentangan puak utara pada kurun ke-2 Masihi. Penglibatan ramai tentera Jepun di Korea pada ketika itu telah menyebabkan unsur-unsur Tamadun China yang terdapat dalam budaya Korea telah meresapi budaya Jepun.

Kesan langsung tamadun China dapat dikesan dalam penggunaan tulisan. Aspek penulisan telah menerima kesan terus interaksi Tamaddun China di Jepun. Sistem tulisan China telah memperkembangkan tradisi tulisan di Jepun. Tulisan China telah digunakan sebagai perantaraan komunikasi sosial dan penciptaan kesenian dalam masyarakat Jepun yang telah membawa kepada perkembangan intelektual.

Tulisan ini digunakan untuk menyimpan rekod-rekod mengenai mitos-mitos agama Shinto dan rekod-rekod pentadbiran Jepun. Percantuman antara tulisan China dan Jepun berlaku secara beransur-ansur. Kompilasi Kojiki ( rekod purba Jepun ) telah menampakkan gabungan antara tulisan China dan tulisan Jepun.

(33)

33

Kompilasi puisi yang terkenal iaitu Man‟yoshu pada tahun 760 Masihi turut memerlihatkan penggunaan gabungan perbendaharaan kata pinjaman China ke dalam perbendaharaan kata Jepun.

Kesan interaksi tamaddun China ke atas Jepun dapat juga dilihat dalam aspek binaan. Sebagai contoh dalam Bandar Nara telah dibina mengikut corak dan plan pembinaan Bandar Chang‟an iaitu bandar pemerintahan dalam Dinasti Sui.

Ajaran-ajaran Konfusianisme yang dibawa masuk ke Jepun turut mengalami dan menerima kesan serta perubahan. Konsep “ mandat dari syurga “ yang telah digunakan dalam memperkukuhkan institusi raja. Agama Buddha juga telah melalui satu proses asimilasi dengan agama asal orang-orang Jepun iaitu Shinto. Pada tahap ini Shinto telah mengiktiraf kewujudan dua dewa iaitu dewa-dewa luar dan dewa-dewa tempatan. Walaupun sintesis antara agama Buddha dan Shinto kurang berjaya, namun ajarang Buddha tentang kehidupan dunia yang penuh dengan penderitaan dapat diterima oleh orang –orang Jepun.

Ajaran Buddha yang mementingkan ajaran dan konsep kasih-sayang, kesian belas, moral dan lain-lainnya yang berkaitan dengan kerohanian telah memberi satu sumbangan penting kepada orang-orang Jepun. Pada bada ke-10 Masihi ajaran Buddha yang berkembang ialah yang mementingkan Amida atau Amitabha sebagai lambing penyembahan penting.

10. Interaksi Antara Tamaddun India dengan Asia Tenggara

Interaksi tamaddun Asia Tenggara dengan Tamaddun India telah berlaku secara aman dan bermula sejak awal abad Masihi lagi. Hubungan secara perdagangan telah berlaku dan telah meninggalkan kesan yang banyak dalam pembinaan tamaddun dan budaya masyarakat Asia Tenggara.

Secara teologi, interaksi ini telah member peluang kepada perkembangan agama Hindu dan Buddha kepada masyarakat Asia Tenggara. Agama Hindu

(34)

34

telah diterima sebagai agama yang penting dalam kerajaan-kerajaan awal di AsiaTenggara seperti di Funan, Chenla, Angkor, Majapahit, Kedah dan lain-lain. Mazhab agama Hindu yang banyak tersebar di Asia Tenggara ialah mazhab

Saivism, Vishnuism dan Brahmanisme. Agama Hindu turut mempengaruhi

system pentadbiran dan politik Asia Tenggara dengan kewujudan konsep

devaraja “. Konsep ini meletakkan kesucian seseorang raja setaraf dengan

dewa. Konsep ini juga menjadi asas konsep daulat dalam pemerintahan raja-raja Melayu.

Mazhab agama Buddha pula yang berkembang di AsiaTenggara ialah mazhab Mahayana dan Hinayana ( juga dikenali sebagai agama Buddha Theravada ). Agama Buddha Mahayana adalah ajaran Buddha yang dipengaruhi oleh kepercayaan-kepercayaan tantric India. Ajaran-ajaran ini juga terut mengalami unsur asimilasi dengan kepercayaan tempatan. Srivijaya pernah menjadi pusat pengajaran dan perkembangan ajaran Buddha Mahayana seperti yang dilaporlkan oleh I-Tsing seorang mubaligh agama Buddha dari China yang pernah singgah di Srivijaya pada abad ke-7 Masihi. Sementara agama dari Mazhab Buddha Hinayana pula diterima oleh sebahagian besar penduduk tanah besar Asia Tenggara iaitu di Thailand, Myanmar, Burma dan Laos.

Kemunculan tulisan Sanskrit dan Pali yang berkembang di Asia Tenggara adalah kesan interaksi Tamaddun India dan Tamaddun Asia Tenggara. Bahasa Sanskrit telah diterima menjadi bahasa penting di istana. Kitab-kitab agama Hindu iaitu Mahabarata dan Ramayana menjadi sumber pengajaran awal di Asia Tenggara. Aktiviti penterjemahan dan penyalinan kitab-kitab ini telah dilakukan selapas wujudnya interkasi antara Asia Tenggara dengan Tamaddun Islam. Ini kerana kita-kita ini diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan ditulis dengan menggunakan tulisan Jawi iaitu tulisan yang datang dari Tamaddun Islam. Istilah-istilah Sanskrit turut memperkayaka perbendaharaan kata masyarakat Asia Tenggara.

(35)

35

Kemunculan banyak alat-alat muzik dan pengaruh dalam kesenian dan tarian juga adalah kesan daripada interkasi ini. Kedatangan dan hubungan masyarakat India dan penduduk Asia Tenggara secara ama telah menyebabkan berlakunya perkahwinan campur secara meluas semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kemunculan makanan berasaskan roti dan kari juga dilihat sebagai kesan interaksi tamaddun Asia Tenggara dengan tamaddun India. Selain dari tiu tamaddun India juga turut mempengaruhi system perundangan Asia Tenggara, contohnya kaedah-kaedah dalam undang-undang Hindu yang digunakan dalam Undang-undang Melaka dan Perundangan Majapahit.

11. Intraksi Antara Tamaddun Islam dengan Asia Tenggara

Tamaddun Islam berkembang di Asia Tenggara selaras dengan perkembangan dan penyebaran agama Islam di Asia Tenggara. Perkembangan Agama Islam yang berlaku secara aman telah member sumbangan yang besar kepada perkembangan dan penerimaan tamaddun Islam di kawasan Asia Tenggara. Asia Tenggara telah lama dikenali oleh pedagang-pedagang Islam sejak abad pertama Hijrah. Sebahagian besar pedagang-pedagang Islam datangnya daripada Yaman, iaitu sebuah kerajaan Arab yang bergiat pentiang dalam perdagangan.

Snouck Hurgronje merupakan cendiakawan yang melaporkan bahawa Islam di

Asia Tenggara datangnya dari India, pendapat beliau telah mendapat sokongan dari beberapa tokoh seperti D.G.E Hall, R.O Winstedt, Vlekke, Mouqutte,

B.Harrison dan Bousquet. Bagi menyokong teori mereka, mereka mengaitkan

penglibatan pedagang-pedagang Islam dari Gujerat.

12. Interaksi Antara Tamaddun Islam dengan Eropah

Interaksi tamadun Islam dengan tamadun Eropah telah bermula sejak terbentuknya pemerintahan Islam di Afrika Utara, Sepanyol dan Sicily. Malah ada pendapat dan tokoh tamaddun menyatakan bahawa, Sepanyol dan Sicily adalah merupakan pintu masuk Islam ke benua Eropah. Negara-negara

(36)

36

berkenaan dikatakan sebagai jambatan kemasukan Tamaddun Islam ke dalam Tamaddun Eropah. Proses interaksi ini berlaku dalam dua cara iaitu cara aman dan peperangan. Proses cara aman berlaku melalui perdangan. Perang Salib yang berlaku dalam tempoh yang panjang antara orang Eropah dengan Islam merupakan interaksi yang berlaku secara konflik.

Perkembangan dan usaha penterjemahan buku-buku adalah kesan interkasi positif yang berlaku antara tamaddun Islam dan Eropah. Penterjemahan buku falsafah Greek telah menghubungkan orang-orang Eropah dengan tamaddun Greek ( Yunani ) Ini kerana penterjemahan buku telah dilakukan dengan pesat semasa pemerintahan Bani Abbasiyah. Hasil-hasil tulisan orang-orang Greek meliputi bidang-bidang sains, sejarah, matematik, falsafah telah dikembangkan oleh cendiakawan Islam. Proses interkasi antara Islam dan Eropah berlaku secara aman pada awalnya, dan diikuti dengan konflik apabila tercetusnya perang salib yang berlaku selama 200 tahun ( antara abad ke-12 Masihi hingga 14 masihi ) Sebelum perang saling, Eropah yang berada dalam zaman gelap ( abad ke-4 hingga ke-14 Masihi ), sedangkan pada ketika ini, orang Islam telah mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang ilmu pada pertangahan kurun ke-7. Kemuncak kepada perkembangan Tamaddun Islam berlaku pada adab ke-10 hingga ke-12 Masihi.

Peranan Sepanyol dalam menyumbang kepada perkembagan Tamaddun Islam di Eropah tidak boleh dipandang sepi. Sepanyol menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan Islam di Eropah. Universiti-universiti Sepanyol di Cordova, Seville, Malaga dan Granada telah menjadi pusat pengajian terpenting kepada pelajar Kristian. Bidang-bidang ilmu pengetahuan seperti falsafah, matematik, astronomi dan seni muzik yang berkembang pesat di Sepanyol telah mempengaruhi pemilkiran orang-orang Eropah.

Orang-orang Islam Sepanyol telah menyumbang karya-karya penting dalam bidang seni muzik dan pada adad ke-12. Karya-karya mereka telah

(37)

37

diterjemahkan dalam bahasa latin dan memberi peluang kepada masyarakat Eropah mengetahui dan mempelajari seni ini.

Interaksi antara Tamaddun Islam dan Tamaddun Eropah bukan hanya melahirkan kesan positif, tetapi juga melahirkan kesan negativ iaitu Perang Salib. Perang Salib yang berlaku selama 200 tahun telah member satu kesan negative yang mendalam kepada Tamaddun islam dan Eropah. Terdapat beberapa faktir berlakunya perang Salib ini, antaranya ialah

 penindasan yang dilakukan oleh pemerintah Islam kepada penganut Kristian,

 ketidakseimbangan ekonomi

 peranan paderi Kristian yang menyeru orang-orang Kristian untuk berperang dengan orang-orang Islam

13. Kesimpulan

Secara keseluruhannya, situasi di benua Asia sebelum zaman penjajahan Barat tanpa mengambil kira hubungan Kristian dan Yahudi, penganut-penganut Islam, Hindu, Budha, Konfusiannisme, Taoisme dan termasuklah penganut Kristian sendiri berjaya hidup harmoni dan damai. Faktor-faktor yang di lihat dapat membawa kesan yang positif hasil pertembungan antara tamadun ialah :

a. Sifat pemerintah dan pemimpin yang bertoleransi dan memerintah negara dengan penuh keadilan dan kesaksamaan

b. Sikap golongan beragama seperti sami dan paderi yang sentiasa cuba mewujudkan suasana harmoni, memberi tafsiran yang sejagat dan cenderung kepada semangat keinsanan.

Tamaddun sesebuah masyarakat itu bukanlah bersifat tertutup, sebaliknya bersifat terbuka. Sifat inilah yang member peluang berlakunya interaksi antara tamaddun dan menghasilkan dua kesan utama iaitu kesan positif dan kesan negative. Kesan positif akan memberi nilai tambah dan pengukuhan kepada sesuatu tamaddun. Elemen-elemen atau ciri-ciri tamaddun luar yang

(38)

38

diterima oleh sesuatu tamaddun akan mengalami proses asimilasi dan penyesuaian. Sementara kesan negative pulak seringkali mewujudkan konflik antara masyarakat yang memilki tamaddun yanb berbeza. Konflik ini dipengaruhi oleh pelbagai factor seperti teologi, ekonomi, sosial dan politik. Faktor yang lebih penting menjadi penyebab kepada konflik ialah faktir teologi. Sungguhpun interaski ini menghasilkan kesan positif dan negative, namun kadangkala kesan yang dialami oleh sesuatu tamaddun itu tidak sama dengan yang lain. Bagi tamaddun yang lebih lama dan tinggi, akan mempengaruhi tamaddun yang rendah, dan tamaddun yang rendah akan lebih bersifat receptive ( penerima ) Kedua-dua kesan inilah yang menjadikan sesebuah tamaddun itu berjaya dan tidak jumud,beku dan static. Hasilnya sesuatu tamaddun yang terbuka dan dapat mengasimiliasikan pengaruh luar akan semakin berkembang dan melahirkan pelbagai perubahan-perubahan penting.

(39)

39

Bahan Bacaan Alias Othman (1986), Apakah Ciri-ciri Khusus Islam, Kuala Lumpur: Pustaka Salam

Sulaiman Nordin ( 1995 ), Islam,Al-Quran dan Ideologi

Masa Kini. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Haji Ahmad Fauzi ( 1997 ) Tamaddun Islam.Sedang:Penerbitan Universiti Putra Malaysia.

Wan Abdul Rahman Latif, ( 1996 ) Sejarah Perkembangan

Tamaddun Dunia, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan

Pustaka

Azhar Hj.Mad Aros, Azharudin Mohd. Dali. (2000). Titas

Kertas 1. Bhd. Shah Alam. Fajar Bakti Sdn.

Chandra Muzaffar, Che Wan Jasimah Wan Mohd Radzi. (2001). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya.

Dr Abdul Rahman Haji Abdullah. (2002). Sejarah dan

Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Ilmi Sdn. Bhd.

Ghazali Darussalam. (2000). Kursus Tamadun Islam &

Pendidikan Moral. Kuala Lumpur. Utusan Publication &

Distributor Sdn. Bhd.

Mustafa Hj. Daud. (1999). Tamadun Islam. Edisi Maktab

Perguruan. Kuala Lumpur. Utusan Publication &

(40)

40

Matapelajaran Tamaddun Islam dan Tamaddun Asia ( TITAS )

UNIT 4

Interaksi Antara Tamadun

4.1. Nilai-nilai Universal Antara Tamadun 4.2. Perbezaan dan Persamaan

4.3. Contoh-contoh interaksi dalam sejarah (bahasa, kesenian dan kesusasteraan)

4.1 Nilai-nilai Universal Antara Tamaddun

Tamaddun mempunnyai dua bentuk iaitu tamaddun matearil dan tamaddun spiritual. Tamaddun-tamaddun utama dunia di dunia mempunai persamaan dan perbezaan baik dalam aspek spiritual ataupun material. Persamaan dan perbezaan ini boleh dilihat dalam pelbagai aspek utama seperti dalam aspek

a. teologi, b. etika, c. pemikiran,

d. kebudayaan dan kesenian serta pencapain-pencapainnya.

Etika terbahagi kepada beberapa perkara penting iaitu a. Alam sekitar b. Keluarga c. Komuniti d. Kegiatan ekonomi e. Pendidikan f. Kesihatan

4.2. Persamaan dan Perbezaan 4.2.1. Teologi

Kepercayaan kepada tuhan merupakan asas yang utama dalam Islam, Kristian, Yahudi dan Hindunisme. Konsep monoteisme dalam agama

(41)

41

Islam, Kristian, Yahudi dan Hindunisme, namum demikian menifestasi konsep monoteisme Kristian, Yahudi dan Hindunisme adalah berbeza dengan Islam. Agama Islam, Kristian dan Yahudi telah dikembangkan oleh nabi-nabi yang mendapat wahyu dari Allah swt. Sebaliknya kewujudan agama Hindu adalah agak kabur dan agama ini tidak mempunyai pengasas ataupun nabi. Hubungan yang rapat antara Islam dan Kristian serta Yahudi dijelaskan dalam al-Quran dan penganut-penganut agama Kristian dan Yahudi dikenali sebagai ahlu-Kitab. Teologi adalah aspek tamaddun spiritial yang penting bagi sesebuah masyarakat.

Sementara Buddhisme bukanlah satu doktrin agama atau metafizik, tetapi ia lebih merupakan sebuah ajaran yang berpasksikan kepada moral dan etika. Dalam ajaran Buhhdisme tidak membincangkan mengenai konsep ketuhanan sebaliknya membincangkan perilaku-perilaku yang sepatutnya diamalkan oleh manusia-manusia demi melapasi kesengsaan hidup dan mencapai kebebasan diri ataupun nirwana. Oleh kerana Buddhisme terbina dalam sebuah kerangka sosio-budaya masyarakat India maka ia tidak dapat dipisahkan daripada beberapa aspek dan konsep Buddhisme yang didapat dicari persamaan dalam ajaran-ajaran Hinduisme.

Persamaan yang dapat dilihat dalam aspek teologi di antara tamaddun ialah:

a. Semua tamaddun besar menekankan aspek ketuhanan, kecuali Buddhisme sahaja yang memberi keutaman kepada aspek moral dan etika.

b. Semua agama memepunyai doktrin dan amalan-amalan tertentu dalam agama yang perlu dilaksanakan oleh pengikut-pengikutnya. Bagi orang Islam, solat lima waktu sehari semalam, puasa di bulan Ramadhan, zakat, menunaikan haji adalah satu doktrin ajaran Islam

(42)

42

yang wajib dituruti. Rutin agama yang tertentu sebagaimana agama Hindu, sembahyang di gereja bagi penganut Krisitan dan sebagainya. Itu adalah satu doktrin ajaran yang mengandungi amalan-amalan yang membezakan aspek teologi spiritual.

c. Aspek-aspek kefahaman seperti hidup selepas mati, syurga, negara mempunyai persamaan dikalangan agama samawi ( Islam, Kristian

dan Yahudi ).

d. Dalam beberapa ajaran dan kefahaman Hindunisme dan

Buddhisme terdapat juga beberapa sapek persamaan seperti konsep kelahiran semula, konsep Karma ( ialah yang berkaitan

dengan pembalasan yang setimpal dengan usaha dan perlakuan manusia )

Perbezaan yang ada diantara tamaddun besar dalam aspek teologi pulak ialah:

a. Menifestasi ketuhanan yang berbeza dalam agama tersebut, contohnya monotisme dalam Islam adalah berbeza dengan konsep monotisme dalam agama Kristian dan Yahudi. Dalam agama Kristian konsep triniti adalah berbeza dengan konsep ketunggalan Tuhan dalam Islam.Begitu juga dengan konsep asosiasi dalam agama Yahudi dan Kristian adalah berbeza dengan konsep monotisme agama Islam. Manakala konsep monotisme dalam agama Hindu membenarkan Tuhan mereka digambarkan dalam pelbagai bentuk dan rupa juga bertentangan dengan Islam. Kesukaram untuk memahani konsep monotisme yang terdapat dalam ajaran Hindu menyebabkan sesetengah tokoh menyatakan bahasa konsep ketuhanan agam tersebut adalah bersifat politisme. b. Konsep Reinkarnasi atau pun penjelamaan semula yang terdapat

dalam ajaran Hindu dan Buddha juga terdapat perbezaan. Penjelamaan semula bermkasud seseorang itu akan menjelma semula selepas kematiannya tetapi dalam bentuk-bentuk yang

(43)

43

berbeza dan tidak semestetinya dalam bentuk manusia. Konsep ini asalnya digunakan hanya untuk penjelmaan semua dewa-dewa Hindu tetapi perkembangan sejarah agama Hindu kini memperlihatkan bahawa konsep ini seringkali dikaitkan dengan seseorang manusia.

4.2.2. Etika

a. Pendidikan

Pendidikan diketegorikan sebagai aspek yang terpenting dalam setiap tamaddun. Pembentukan peribadi ( character building ) seseorang individu adalah tujuan utama pendidikan. Berasaskan kepada matlamat penting ini, tugas mengembangkan ilmu pengetahuan adalah menjadi satu tanggungjawab yang mulia. Kesedaran mengembangkan ilmu pengetahuan ini telah diberi kepentingan yang utama dalam Islam, Kristian, Hindunisme dan lain-lain agama. Apa yang membezakan kepentingan ini ialah bagaimana proses tranformasi ilmu pengetahuan itu dilakukan dan apakah elemen yang diberi keutamaan. Dalam Islam konsep Tauhid – tauhidik ini diberi keutamaan dalam proses penyebaran ilmu. Dalam ajaran-ajaran Buddha dan beberapa ajaran Hindunisme, tranformasi sifat ( characters ) atau tranformasi sifat dapat dicapai melaui proses mencari diri sendiri ( self-discovery )

b. Ekonomi

Kegiatan perekonomian dalam tamaddun-tamaddun awal berlangsung dalam kontek “ moral semesta “ – universe moral . Kemunculan konsep hak-hak kehidupan ( livelihood right ) dalam ajaran Buddha sebegaimana yang tercatat dalam salah satu ajaran jalan lapan lapis ( eight fold path ). Dalam ajaran Islam prinsip ini berkaitan dengan hal halal dan haram yang berkait rapat dengan soal akhlak. Konsep-konsep ini lebih menjelaskan bahasa

(44)

usaha-44

usaha ekonomi yang mempertingkatkan moral manusia. Penipuan, riba, rasuah dan betuk-bentuk penyelewengan lain amat ditegah oleh Islam. Dalam tamadun China, kepentingan para petani diberi penekanan mengikut fahaman ajaran Konfusianisme. Fahaman Konfusianisme memandang rendah kepada golongan pedagang kerana golongan ini dikatakan sering melibatkan diri dalam aktiviti berunsurkan penipuan dan untung yang merupakan elemen buruk dalam ajaran Konfusianisme. Semasa Zaman Pertengahan di dalam tamadun Eropah, ajaran agama Kristian amat mempengaruhi kegiatan ekonomi. Sebagaimana ajaran Islam, unsur rasuah, riba, penipuan adalah amat dilarang dalam ajaran Kristian.

c. Keluarga

Unit asas dalam sesebuah tamadun adalah keluarga. Tamadun China memberi penekanan penting dalam aspek kekeluargaan. Hubungan kasih sayang dan hieraki kuasa dalam hubungan sesama manusia amat diberi penekanan dalam ajaran Konfusianisme. Unsur “ li “ iaitu penekanan kepada lima jalinan hubungan sesama manusia iaitu

a. Hubungan maharaja dengan rakyat b. Hubungan bapa dengan anak c. Hubungan abang dengan adik d. Hubungan suami dengan isteri e. Hubungan kawan dengan kawan

Daripada lima jalinan kekeluargaan, tiga daripadanya adalah jalinan di dalam sebuah keluarga iaitu hubungan bapa dengan anak, hubungan abang dengan adik dan hubungan suami dengan isteri. Kesetiaan anak kepada bapaknya adalah sama kesetiannya seorang rakyat kepada maharaja. Atas sebab inilah, masyarakat China mengadakan upacara mengingati nenek moyang, yang bertujuan untuk mengucapkan rasa terima kasih serta menunjukkan

Referensi

Dokumen terkait