• Tidak ada hasil yang ditemukan

DOKUMEN SEBUT HARGA NO. SEBUT HARGA: CIDBEC/022021(PRMGT)/SHG 01

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "DOKUMEN SEBUT HARGA NO. SEBUT HARGA: CIDBEC/022021(PRMGT)/SHG 01"

Copied!
30
0
0

Teks penuh

(1)

DOKUMEN SEBUT HARGA

SEBUT HARGA BAGI PEMBANGUNAN MODUL LATIHAN

ATAS TALIAN BUILDING INFORMATION MODELLING (BIM)

FOR CONTRACTOR PART 1:

UNDERSTANDING FOR CONTRACTOR

NO. SEBUT HARGA: CIDBEC/022021(PRMGT)/SHG 01

PENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN

MEMAHAMI KESELURUHAN BUTIR-BUTIR YANG

TERKANDUNG DI DALAM DOKUMEN SEBUT HARGA.

PENYEBUT HARGA YANG MEMBUAT KESILAPAN ATAU

TIDAK MEMATUHI MANA-MANA FASAL DI DALAM

DOKUMEN INI BOLEH MENYEBABKAN SEBUT HARGA

TERSEBUT TIDAK DIPERTIMBANGKAN.

"JAUHILAH DARIPADA AMALAN RASUAH KERAJAAN

MALAYSIA"

(2)

1 ISI KANDUNGAN

MAKLUMAN UMUM………. 2

PENGENALAN……….. 2

PENYERTAAN SEBUT HARGA………. 2

DOKUMEN YANG WAJIB DIKEMUKAKAN……… 3

PENYERAHAN SEBUT HARGA……… 4

TARIKH TUTUP ……….. 5

MAKLUMAT HARGA………. 5

TEMPOH SAH LAKU……… 6

PELAKSANAAN PERKHIDMATAN……….. 6

SPESIFIKASI, SKOP DAN STANDARD KUALITI KERJA……….. 6

PENERIMAAN TAWARAN DAN KONTRAK PERJANJIAN………. 6

PENERIMAAN SEBUT HARGA……….. 7

PENAMATAN PERSETUJUAN……….…. 8

HARGA TAWARAN DAN PEMBAYARAN………. 8

TINDAKAN TATATERTIB……… 8 KAEDAH PEMBAYARAN………. 9 DENDA LEWAT……… 10 KAEDAH PERLAKSANAAN………. 10 PERTANYAAN……….. 11 LAMPIRAN A……….. 12 LAMPIRAN B………. 13 LAMPIRAN C……….. 15 LAMPIRAN D………. 16 LAMPIRAN E……… 18 LAMPIRAN F……… 20 LAMPIRAN G………... 22 LAMPIRAN H ……… 25 LAMPIRAN I……… 26 LAMPIRAN J………. 27 LAMPIRAN K ………. 28

(3)

2

MAKLUMAT UMUM 1.0 PENGENALAN

1.1 CIDB E-Construct Services Sdn Bhd (CIDBEC) ingin mempelawa syarikat yang berkelayakan untuk menyertai SEBUT HARGA BAGI

PEMBANGUNAN MODUL LATIHAN ATAS TALIAN BUILDING INFORMATION MODELLING (BIM) FOR CONTRACTOR PART 1: UNDERSTANDING FOR CONTRACTOR untuk CIDBEC.

1.2 Syarikat yang ingin menyertai sebut harga ini dikehendaki membaca dan memahami dengan teliti mengenai perkhidmatan dan pembekalan yang akan ditawarkan seperti yang dinyatakan dalam dokumen ini di LAMPIRAN D (SPESIFIKASI TEKNIKAL).

1.3 Syarikat juga hendaklah mendapatkan semua maklumat yang diperlukan untuk memastikan pelaksanaan dan penyempurnaan pembekalan tersebut. Syarikat tidak berhak membuat apa-apa kenyataan bahawa tidak mendapat maklumat yang mencukupi daripada mana-mana pegawai CIDB E-Construct Services Sdn Bhd.

2.0 PENYERTAAN SEBUT HARGA

2.1 Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan tarikh pendaftaran mestilah sah sekurang-kurangnya sehingga Disember 2021.

2.2 Dokumen sebut harga hanya boleh diperolehi mulai 1 MAC 2021 dengan memuat turun dokumen tersebut di laman sesawang www.cidbec.com.my.

2.3 Syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam kod-kod bidang berikut adalah dialu-alukan untuk menyertai Sebut Harga ini:

010102 – Bahan Bacaan 010602 – Bahan Pendidikan

2.4 Tawaran Sebut Harga hendaklah dibuat berdasarkan kepada spesifikasi teknikal (Lampiran D).

(4)

3

2.5 Syarikat hendaklah mematuhi semua syarat dan terma yang ditetapkan apabila menyertai sebut harga. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat dan terma di bawah ini membolehkan syarikat disenaraihitamkan.

2.6 Kos penyertaan sebut harga dan penyediaan dokumen sebut harga adalah ditanggung sendiri oleh syarikat. CIDBEC tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa jua kos yang terlibat.

3.0 DOKUMEN YANG WAJIB DIISI DAN DIKEMUKAKAN

3.1 Penyebut harga hendaklah mengemukakan DOKUMEN TAWARAN KEWANGAN DAN TEKNIKAL seperti berikut: -

i. Dokumen Sebut Harga hendaklah diisi secara bertaip

atau tulisan tangan yang jelas. Setiap pembetulan atau

pindaan yang dibuat mestilah ditandatangan ringkas dan dicop dengan cop rasmi syarikat penyebut harga setentang dengan pembetulan atau pindaan tersebut.

3.2 Dokumen yang wajib dikemukakan:

i. *Satu salinan Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM) atau Sijil Pemerbadanan (Akta Syarikat 2016);

ii. * Satu salinan Borang 24 - Return of Allotment of Shares atau Borang Teras menunjukkan pemegang saham;

iii. *Satu Salinan Borang 49 – Return Giving Particular In Register Of

Directors, Managers And Secretaries And Changes Of Particulars

atau Borang Teras menunjukkan Particulars Of Directors/Officers; iv. *Satu Salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan (MOF);

v. Maklumat / Profil Syarikat berserta carta organisasi pasukan projek yang menyertai projek;

vi. CV ahli yang terlibat yang berpengalaman dalam bidang BIM berkaitan;

vii. Spesifikasi Teknikal (Rujuk LAMPIRAN D); dan

viii. *Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank bagi Tiga (3) Bulan Terakhir

(5)

4

Item bertanda (*) perlu disahkan Salinan sebenar oleh Setiausaha Syarikat.

3.3 Dokumen yang wajib diisi

i. Keterangan Mengenai Sebut Harga (LAMPIRAN A); ii. Surat Penyertaan Sebut Harga (LAMPIRAN B); iii. Jadual Tawaran Sebut Harga (LAMPIRAN C); iv. Profil Syarikat (LAMPIRAN E);

v. Surat Akuan Penyebut Harga – Perlu disertakan Bersama Surat Perwakilan Kuasa (LAMPIRAN F);

vi. Borang Sebut Harga (LAMPIRAN G); vii. Rekod Pengalaman Kerja (LAMPIRAN H);

viii. Senarai Kontrak/Projek Semasa (LAMPIRAN I); dan ix. Senarai Semak (LAMPIRAN K)

4.0 PENYERAHAN SEBUT HARGA

4.1 Dokumen tawaran sebut harga yang dihantar hendaklah dikemukakan dalam sampul surat berlakri dan dilabel seperti berikut:

Hendaklah dihantar kepada alamat di bawah sebelum atau pada hari ISNIN 15 MAC 2021 JAM 12.00 TENGAH HARI kepada:

CIDB E-Construct Services Sdn Bhd

d/a Pejabat Pengurusan myBIM Centre, Tingkat 11, Menara Sunway Putra, Lot 100, Jalan Putra,

50350 Kuala Lumpur

SULIT

SEBUT HARGA BAGI PEMBANGUNAN MODUL LATIHAN ATAS TALIAN

BUILDING INFORMATION MODELLING (BIM) FOR CONTRACTOR PART 1: UNDERSTANDING FOR CONTRACTOR UNTUK CIDB E-CONSTRUCT

SERVICES SDN BHD

NO. SEBUT HARGA: CIDBEC/022021(PRMGT)/SHG 01 CIDB E-CONSTRUCT SERVICES SDN BHD

(6)

5

4.2 Penyebut harga hendaklah menghantar tiga (3) salinan Dokumen

Tawaran Sebut Harga kepada CIDBEC.

4.3 Penyebut harga dinasihatkan menghantar cadangan sebut harga secara manual dengan tangan ke Peti Sebut Harga yang disediakan pada atau sebelum masa yang ditetapkan. CIDBEC tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kelewatan dan sebagainya ke atas dokumen yang dihantar melalui Pos atau Kurier walau apa pun alasan yang diberikan, sebarang sebut harga yang diterima selepas tempoh yang ditetapkan tidak akan dilayan.

4.4 Penyebut harga tidak boleh memasukkan apa-apa perbelanjaan berkaitan dengan penyediaan sebut harga ini dalam sebut harga yang ditawarkan.

5.0 TARIKH TUTUP

Cadangan sebut harga hendaklah diserahkan ke Pejabat Pengurusan myBIM Centre, Tingkat 11, Menara Sunway Putra, Lot

100, Jalan Putra, 50350 Kuala Lumpur. Sebut harga ini akan ditutup pada hari ISNIN 15 MAC 2021 JAM 12.00 TENGAH HARI.

6.0 MAKLUMAT HARGA

6.1 Semua cadangan harga yang dikemukakan hendaklah di dalam RINGGIT MALAYSIA (RM) dan tidak melebihi dua angka perpuluhan. Penilaian harga antara penyebut harga adalah berasaskan kepada jumlah harga keseluruhan. Sekiranya timbul masalah berhubung pengiraan harga, harga seunit setiap item akan diambil kira.

6.2 Harga-harga yang ditawarkan dalam sebut harga ini adalah tetap dan tidak boleh dipinda selepas sebut harga ini ditutup dan akan berkuatkuasa selama tempoh sah laku sebut harga iaitu 90 HARI. Harga yang ditawarkan oleh penyebut harga yang berjaya hendaklah dipatuhi sepanjang tempoh kontrak dan tidak boleh dibuat sebarang perubahan.

6.3 Harga yang dinyatakan untuk semua bekalan / barangan adalah

TERMASUK harga pembungkusan dan harga penghantaran ke

(7)

6 7.0 TEMPOH SAH LAKU

Tawaran sebut harga hendaklah sah bagi tempoh 90 HARI dari tarikh tutup sebut harga.

8.0 PELAKSANAAN PERKHIDMATAN

8.1 Pelaksanaan projek bagi Penyebut Harga yang berjaya sepertimana dinyatakan di dalam Jadual Tawaran Harga

(Lampiran C) dilaksanakan berdasarkan skop kerja

sepertima-na yang dinyatakan di dalam LAMPIRAN D.

8.2 Pelaksanaan projek adalah dalam tempoh DUA (2) BULAN dari tarikh penerimaan tawaran. Walaubagaimanapun, tempoh projek yang dinyatakan dalam Surat Setuju Terma (SST) adalah muktamad tanpa syarat.

8.3 Penyebut harga yang berjaya adalah bertanggungjawab bagi memastikan barangan / bekalan dihantar ke lokasi yang telah ditetapkan oleh CIDBEC.

9.0 SPESIFIKASI, SKOP DAN STANDARD KUALITI KERJA

9.1 Penyebut harga adalah dinasihatkan membaca dengan teliti spesifikasi, skop dan standard kualiti kerja bagi pembekalan di dalam Lampiran A supaya tidak timbul masalah kesilapan dalam meletak harga.

9.2 Perkhidmatan Pembekalan akan dilaksanakan mengikut spesifikasi, skop kerja dan “standard” kualiti kerja yang dinyatakan dalam Lampiran A.

10.0 PENERIMAAN TAWARAN DAN KONTRAK PERJANJIAN

10.1 Penyebut harga yang berjaya mestilah menyempurnakan pembekalan dan penghantaran mengikut tempoh yang dipersetujui dan ditetapkan di dalam Surat Setuju Terima (SST) yang ditandatangani.

(8)

7

10.2 Pelantikan dan penyerahan Surat Setuju Terima kepada Penyebut harga yang berjaya adalah SATU (1) MINGGU selepas kelulusan Jawatankuasa Sebut Harga atau sekurang-kurangnya DUA (2)

MINGGU sebelum tarikh mula kontrak.

10.3 Penyerahan semula Surat Setuju Terima yang telah ditandatangani hendaklah dalam tempoh TUJUH (7) HARI selepas

penerimaan Surat Setuju Terima. Kegagalan pematuhan boleh menyebabkan Surat Setuju Terima dibatalkan dan akan ditawarkan kepada penyebut harga yang lain.

10.4 Semua syarat yang terkandung di dalam dokumen Sebut Harga atau di mana-mana jadual yang terdahulu adalah merupakan sebahagian daripada kontrak yang akan ditandatangani di antara CIDBEC dan Penyebut harga yang berjaya. Penyebut harga yang berjaya dikehendaki menandatangani kontrak dengan pihak CIDBEC dan membayar segala ganti rugi jika tidak memenuhi syarat-syarat kontrak.

10.5 Dokumen kontrak yang lengkap akan disediakan selepas sebut harga ditawarkan kepada Penyebut harga yang berjaya.

10.6 Surat Setuju Terima sebut harga yang dihantar oleh CIDBEC kepada Penyebut harga yang berjaya dan Surat Perakuan Penyebut harga ke atas Surat Setuju Terima Sebut Harga itu akan dianggap sebagai Kontrak yang mengikat di antara CIDBEC dan Penyebut harga tanpa mengambil kira sama ada kontrak sebenar akan disempurnakan atau tidak.

11.0 PENERIMAAN SEBUTHARGA

11.1 CIDBEC adalah tidak terikat untuk menerima tawaran sebut harga terendah atau mana-mana tawaran atau memberikan apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran.

11.2 CIDB berhak menambah atau, mengurangkan mana-mana kuantiti yang ditetapkan dalam dokumen Sebut Harga pada masa Surat Setuju Terima dikeluarkan kepada Penyebut Harga yang berjaya. 11.3 Kaedah penilaian adalah secara penilaian teknikal dan penilaian

harga yang akan dibuat berdasarkan item-item yang ditawarkan dan boleh juga dibuat penilaian secara pakej (keseluruhan). CIDBEC juga boleh menerima hanya sebahagian daripada sebut harga.

(9)

8

11.4 Selain daripada kuantiti yang telah ditetapkan dalam Surat Perjanjian, CIDBEC boleh memesan kuantiti tambahan dalam temph kontrak dari tarikh kontrak ditandatangani dan Penyebut Harga hendaklah membekalkannya dengan harga dan terma-terma yang sama seperti kontrak asal.

12.0 PENAMATAN PERSETUJUAN

Dengan memberi notis bertulis kepada Penyebut Harga dan dengan tiada apa-apa tindakan selanjutnya pihak CIDBEC boleh terus menamatkan persetujuan jika Penyebut Harga melakukan pelanggaran terhadap mana-mana syarat yang terdapat dalam persetujuan ini;

13.0 HARGA TAWARAN DAN PEMBAYARAN

13.1 Harga yang ditawarkan adalah harga tetap dan harga bersih di dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja;

13.2 Pembayaran akan dibuat dalam Ringgit Malaysia (RM). Pembayaran akan dibuat di setiap peringkat berdasarkan amaun yang ditetapkan di Jadual Harga setelah pembekal membekal dan menghantar sepenuhnya kuantiti yang dikehendaki di peringkat penghantaran tersebut.

14.0 TINDAKAN TATATERTIB

14.1 Selaras dengan usaha Kerajaan untuk mewujudkan komuniti perniagaan yang berdisiplin, bertanggungjawab, berintegriti serta mengamalkan tadbir urus korporat yang baik, kesalahan-kesalahan dan juga tindakan tatatertib boleh diambil ke atas syarikat dan firma perunding yang telah melakukan kesalahan berikut semasa berurusan dengan CIDBEC.

14.2 Jenis-jenis kesalahan tersebut adalah merangkumi tetapi tidak terhad kepada kesalahan-kesalahan berikut: -

a) ENGGAN/GAGAL membekalkan bekalan setelah sebut

harga diterima atau MENARIK BALIK sebut harga sebelum tamat tempoh Sah Laku Tawaran sebut harga atau apa-apa tempoh lanjutan; atau

(10)

9

b) Mengenakan had, syarat atau perjanjian tambahan selepas tarikh akhir yang ditetapkan bagi menyerahkan sebut harga (dan dalam hal yang sedemikian ia hendaklah disifatkan enggan dan tidak melaksanakan perjanjian kontrak yang normal) CIDBEC tanpa menyentuh apa-apa hak lain yang ada padanya berhak mengambil tindakan tatatertib terhadap penyebut harga.

14.3 Tindakan-tindakan tatatertib ini termasuklah: - a) Amaran;

b) Senarai Hitam Ahli Lembaga Pengarah; dan c) Senarai Hitam Syarikat Penyebut harga

15.0 KAEDAH PEMBAYARAN

15.1 Penyebut harga yang berjaya hendaklah mengemukakan bil / tuntutan yang lengkap dalam tempoh EMPAT BELAS (14) HARI daripada tarikh penghantaran bekalan disempurnakan untuk membolehkan bayaran dibuat dengan segera. CIDBEC tidak akan bertanggungjawab di atas kelewatan pembayaran kepada syarikat jika bil / tuntutan tidak dihantar dengan segera dalam tempoh tersebut.

15.2 Tuntutan pembayaran adalah berdasarkan Jadual Pembayaran yang dipersetujui bersama di antara Penyebut Harga dan CIDBEC.

15.3 Sekiranya pihak CIDBEC tidak berpuashati dengan pembekalan yang dilaksanakan, CIDBEC berhak untuk tidak membuat pembayaran dan/atau bagi pembekalan yang tidak dilaksanakan.

(11)

10 16.0 DENDA LEWAT

16.1 Sekiranya penyebut harga gagal menyempurnakan pelaksanaan penerbitan pada tarikh yang dipersetujui, penyebut harga adalah dikehendaki membayar pampasan wang yang berjumlah EMPAT

PULUH PERATUS (40%) daripada nilai harga pelaksanaan

penerbitan yang lewat dihantar atau diperbaiki untuk setiap hari kelewatnaya. Fomula pengiraan denda adalah seperti berikut;

16.2 Bagi pelaksanaan perkhidmatan yang terpaksa ditangguhkan kerana sebab-sebab di luar kawalan penyebut harga seperti rusuhan, kekacauan awam, mogok, kebakaran, banjir, bahaya laut atau yang seumpama, CIDBEC boleh membenarkan perlanjutan tempoh penghantaran tersebut dengan syarat penyebut harga perlu mengemukakan notis sebab-sebab kerja tertangguh dan masa yang diperlukan.

17.0 KAEDAH PELAKSANAAN

17.1 Peringkat Pertama – Semasa penghantaran dokumen tawaran oleh penyebut harga.

i. Kesemua penyebut harga yang menghantar dokumen sebut harga hendaklah menandatangani Surat Akaun Penyebut Harga (LAMPIRAN F) bahawa ia tidak akan menawarkan atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. CIDBEC hendaklah memastikan Surat Akuan Penyebut Harga juga dijadikan sebagai dokumen wajib yang perlu disertakan bersama dokumen Borang Sebut Harga (LAMPIRAN G).

Denda Lewat (RM) =

40% X Harga yang ditawarkan mengikut item (RM) Bilangan hari lewat/ 30 hari X

(12)

11

17.2 Peringkat Kedua - Semasa mengembalikan Surat Setuju Terima oleh penyebut harga Berjaya.

i. Penyebut Harga yang berjaya dikehendaki menandatangani Surat Akuan Penyebut Harga (LAMPIRAN F) bahawa ia tidak akan memberi rasuah sebagai ganjaran kerana mendapat kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan Penyebut Harga hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak syarikat. Agensi hendaklah memastikan Surat Akuan Penyebut Harga juga dijadikan sebagai dokumen wajib yang perlu disertakan bersama Surat Setuju Terima ( akan disertakan bersama-sama dengan Surat Setuju Terima)

18.0 PERTANYAAN

18.1 Sepanjang tempoh sebelum tarikh tutup iklan sebut harga, penyebut harga boleh meminta penjelasan dokumen sebut harga atau perkara-perkara yang berkaitan dengannya dari CIDBEC. 18.2 Sebarang pertanyaan hendaklah dirujuk kepada :-

Urusetia Sebut Harga

Nama : Pn. Nor Dalila Mohd Mualip No. Tel : 03-4040 0399

Email : [email protected]

Nama : Pn. Nurzawanis Abd Wahid No. Tel : 03-4040 0399

Email : [email protected]

Aspek Teknikal

Nama : Pn. Nur `Atiqah `Ashri No. Tel : 03-4040 0399 ext. 139 Email : [email protected]

Nama : En. Muhammad Abd Malek No. Tel : 03-4040 0399 ext. 140 Email : [email protected]

(13)

12

LAMPIRAN A KETERANGAN MENGENAI PENYEBUT HARGA

NAMA PENYEBUT HARGA:

(Syarikat)

ALAMAT PENYEBUT HARGA:

MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI:

Pegawai untuk Dihubungi No.Tel. Pejabat

No. Tel. Bimbit No. Faks

PENDAFTARAN DENGAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA:

No. Pendaftaran Tarikh Tamat Pendaftaran

(14)

13

LAMPIRAN B SURAT PENYERTAAN SEBUT HARGA

Kepada:

CIDB E-Construct Services Sdn Bhd

d/a Pejabat Pengurusan myBIM Centre, Tingkat 11, Menara Sunway Putra, Lot 100, Jalan Putra, 50350

Kuala Lumpur Tuan,

NOMBOR RUJUKAN SEBUT HARGA: CIDBEC/022021(PRMGT)/SHG 01 ‘SEBUT HARGA BAGI PEMBANGUNAN MODUL LATIHAN ATAS

TALIAN BUILDING INFORMATION MODELLING (BIM) FOR CONTRACTOR PART 1: UNDERSTANDING FOR CONTRACTOR

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Syarikat

mengambil bahagian dalam ‘SEBUT HARGA BAGI PEMBANGUNAN

MODUL LATIHAN ATAS TALIAN BUILDING INFORMATION MODELLING (BIM) FOR CONTRACTOR PART 1: UNDERSTANDING

FOR CONTRACTOR

1. Harga yang ditawarkan dalam Sebut harga ini adalah berjumlah

(Ringgit Malaysia )

2. Syarikat bersetuju menerima serta mematuhi dan terikat dengan syarat Sebut harga dan spesifikasi yang terkandung dalam dokumen Sebut harga. Syarikat juga telah memahami bahawa CIDBEC berhak menerima atau menolak tawaran ini, sama ada harga yang ditawarkan rendah atau tinggi atau sama dengan harga tawaran-tawaran lain

3. Syarikat bersetuju bahawa harga Sebut harga yang ditawarkan ini sah (valid) selama sembilan puluh (90) hari daripada tarikh tutup Sebut harga. Dalam tempoh tersebut syarikat tidak boleh menarik diri daripada Sebut harga ini dan meminda harga.

(15)

14

4. Jika Sebut Harga ini diterima, saya / kami bersetuju untuk menandatangani surat perjanjian dalam tempoh masa 14 hari (empat

belas) hari dari tarikh surat setuju terima Sebut Harga

5. Kami yang bertandatangan di bawah ini, telah menyemak dan memberikan maklumat yang benar.

Tandatangan

Nama :

No. Kad Pengenalan :

Jawatan :

(16)

15

LAMPIRAN C JADUAL TAWARAN SEBUT HARGA

‘SEBUT HARGA BAGI PEMBANGUNAN MODUL LATIHAN ATAS

TALIAN BUILDING INFORMATION MODELLING (BIM) FOR CONTRACTOR PART 1: UNDERSTANDING FOR CONTRACTOR

BIL SPESIFIKASI TEKNIKAL DAN SKOP

PERKHIDMATAN KUANTITI HARGA SEUNIT (RM) KOS (RM) 1

Kerja-Kerja Pembangunan Modul Latihan

• Menjalankan kerja-kerja pembangunan modul latihan. • Membuat kajian dan analisis • Menyediakan deraf modul Latihan

atas talian BIM for Contractor Part

1: Understanding for Contractor.

• Menyediakan data-data teknikal bagi keperluan setiap silibus.

1

2

Kerja-kerja Pembangunan Modul Latihan Atas Talian

• Mengadakan bengkel pengesahan kandungan modul Latihan atas talian bersama panel pakar yang dilantik oleh CIDBEC (Anggaran 6 ahli sekurang-kurangnya 1 sesi bengkel pengesahan).

• Mengadakan 2 sesi mesyuarat kemajuan modul bersama panel pakar.

• Membuat rakaman video dan memuatnaik di Portal.

1

3

Verifikasi Modul Latihan

• Mengadakan bengkel pengesahan modul bersama ahli jawatankuasa teknikal pembangunan modul latihan atas talian.

1

4 Laporan akhir & Tempoh waranti • Penambahbaikan modul dan

penyediaan laporan akhir.

1

(17)

16

LAMPIRAN D SPESIFIKASI TEKNIKAL UNTUK KERJA-KERJA PEMBANGUNAN

MODUL LATIHAN ATAS TALIAN BUILDING INFORMATION MODELLING (BIM) FOR CONTRACTOR PART 1: UNDERSTANDING

FOR CONTRACTOR

Penyebut harga hendaklah menlaksanakan perkhidmatan seperti dibawah untuk tujuan kelulusan pihak CIDBEC;

1. Modul yang dibangunkan adalah modul pengajaran & pembelajaran BIM yang sesuai mengikut keperluan personel industri.

2. Modul Latihan atas talian yang dibangunkan adalah BIM for Contractor Part 1:

Understanding for Contractor. Modul yang dibangunkan mesti memberi

penekanan dari aspek:-

• Merangka kerja pembangunan modul atas talian.

• Merancang membuat kajian dan analisa keperluan modul atas talian untuk kontraktor.

• Pembangunan kandungan modul atas talian terperinci. • Menyediakan data-data teknikal.

• Menerbitkan hasil kandungan modul (deraf pertama)

• Menerbitkan hasil kandungan modul akhir selepas dapat persetujuan dari panel penilai (deraf akhir)

• Menyertai sesi rakaman video untuk kursus atas talian serta menyediakan alat bantuan mengajar seperti slaid, gambar rajah, dan sebagainya.

3. Bahasa yang digunakan iaitu Bahasa Inggeris mestilah mudah difahami dan diikuti. Ketepatan tatabahasa juga perlu diambil kira.

4. Memberikan kerjasama yang penuh kepada pihak CIDBEC sepanjang tempoh kontrak bagi memastikan modul yang dihasilkan menepati kehendak dan juga keperluan kontrak yang telah ditetapkan.

5. Menyertai apa jua mesyuarat atau sesi perbincangan bersama-sama pihak CIDBEC dan panel pakar yang terlibat di dalam proses pembangunan modul termasuk bengkel dan lain-lain aktiviti yang terlibat.

(18)

17

6. Melaporkan kemajuan kerja termasuk deraf modul dan pengesyoran / cadangan bagi modul yang dilaksanakan kepada pihak CIDBEC secara berkala.

7. Memastikan kesemua skop perkhidmatan dibangunkan dengan efektif dan disertakan bersama laporan untuk diserahkan kepada pihak CIDBEC berdasarkan garis masa pelaksanaan yang telah dipersetujui oleh pihak CIDBEC.

8. Pihak pembekal perlu melampirkan salinan ‘master set’ bersama salinan ke dalam CD untuk diserahkan kepada: -

a. CIDB E-Construct

9. Tempoh pembangunan adalah dua (2) bulan dari tarikh penerimaan tawaran kerja.

(19)

18

LAMPIRAN E PROFIL SYARIKAT

‘SEBUT HARGA BAGI PEMBANGUNAN MODUL LATIHAN ATAS

TALIAN BUILDING INFORMATION MODELLING (BIM) FOR CONTRACTOR PART 1: UNDERSTANDING FOR CONTRACTOR

NO. SEBUT HARGA: CIDBEC/022021(PRMGT)/SHG 01

BIL BUTIRAN MAKLUMAT

1. Nama Syarikat : 2. Alamat : 3. No. Telefon : 4. No. Faks : 5. Alamat E-mel : 6. Pendaftaran Syarikat a) No. Pendaftaran : b) Tarikh Ditubuhkan :

7. Pendaftaran Syarikat dengan Kementerian Kewangan Malaysia a) No. Pendaftaran :

b) Tarikh Mula : c) Tarikh Tamat : d) Kod & Bidang : 8. Modal Perniagaan

a) Dibenarkan : b) Dibayar :

9. Komposisi Modal Dibayar a) Bumiputera :

b) Bukan Bumiputera :

10. Senaraikan Pegawai / Kakitangan Syarikat yang Berkenaan

(20)

19

11. Senarai Nama Syarikat Cawangan dan Anak Syarikat

12. Senaraikan Jenis Pembekalan / Perkhidmatan Yang Pernah Diberi

13. Senaraikan Pelanggan Yang Pernah Berurusan Dengan Syarikat Tuan

14. Maklumat Bank a) Nama :

b) No. Akaun :

15. Lain-Lain Maklumat bagi Menyokong Tawaran ini

Saya / Kami mengaku maklumat yang diberikan adalah benar.

Nama :

Cop Syarikat : (Wajib diisi)

(21)

20

LAMPIRAN F SURAT AKUAN PENYEBUT HARGA

‘SEBUT HARGA BAGI PEMBANGUNAN MODUL LATIHAN ATAS

TALIAN BUILDING INFORMATION MODELLING (BIM) FOR CONTRACTOR PART 1: UNDERSTANDING FOR CONTRACTOR

NO. SEBUT HARGA: CIDBEC/022021(PRMGT)/SHG 01

Saya (Nama Wakil Syarikat)

nombor K.P yang mewakili (Nama Syarikat) Nombor pendaftaran (MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB) dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam CIDB

E-CONSTRUCT SERVICES SDN BHD atau mana-mana individu lain,

sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa* bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu di dalam CIDB E-CONSTRUCT SERVICE SDN BHD atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil: -

2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi sebut harga di atas; atau 2.3 penamatan kontrak bagi sebut harga di atas; dan

2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan.

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.

(22)

21

Yang Benar,

………... Nama:

No. Kad Pengenalan: Cop Syarikat:

Catatan: *Surat Perwakilan Kuasa hendaklah disertakan bersama dengan surat ini.

(23)

22

LAMPIRAN G BORANG SEBUT HARGA

Kepada : KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

CIDB E-CONSTRUCT SERVICES SDN BHD (CIDBEC)

Tarikh : Tuan,

‘SEBUT HARGA BAGI PEMBANGUNAN MODUL LATIHAN ATAS

TALIAN BUILDING INFORMATION MODELLING (BIM) FOR CONTACTORPART 1: UNDERSTANDING FOR CONTRACTOR.

NO. SEBUT HARGA: CIDBEC/022021(PRMGT)/SHG 01

Adalah saya / kami yang bertandatangan di bawah, dengan ini mengemukakan tawaran bagi bekalan / perkhidmatan yang diperlukan dengan harga-harga yang telah ditentukan di dalam Jadual Tawaran Harga iaitu sebanyak RM

(Ringgit Malaysia sahaja)

seperti di LAMPIRAN C dengan tempoh penghantaran bagi

BARANGAN/BEKALAN ditawarkan selama DUA (2) BULAN dari tarikh

penerimaan tawaran seperti yang dinyatakan di LAMPIRAN D. Tawaran ini mempunyai tempoh sah laku 90 HARI dari tarikh Sebut Harga ini ditutup.

2. Saya / Kami yang bertandatangan di bawah ini bersetuju sepenuhnya: -

i. Bahawa tawaran ini akan dijadikan asas oleh CIDBEC untuk penerimaan tawaran kami;

(24)

23

dengan harga yang terendah atau mana-mana sebut harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu sebut harga;

iii. Bahawa CIDBEC berhak untuk menerima keseluruhan atau sebahagian tawaran penyebut harga mengikut pakej atau menerima tawaran yang sama lebih daripada satu penyebut harga;

iv. Bahawa keputusan Jawatankuasa Sebut Harga CIDBEC adalah muktamad;

v. Bahawa sekiranya tawaran kami diterima maka satu kontrak yang formal (jika perlu) akan ditandatangani antara pihak kami dengan CIDBEC selaras dengan tawaran yang diberikan;

vi. Bahawa Surat Akuan Sebut Harga ini berserta dengan Surat Setuju Terima hendaklah menjadi sebahagian daripada kontrak yang mengikat antara CIDBEC dan penyebut harga walaupun kontrak formal (rasmi) belum dilaksanakan/ditandatangani;

vii. Bahawa sekiranya kami menolak tawaran ini atau jika maklumat yang diberikan adalah palsu, CIDBEC boleh menarik balik penganugerahan sebut harga yang diberikan dan membawa kes ini ke Mahkamah; dan

viii. Bahawa kami akan mematuhi segala syarat seperti mana yang dinyatakan di dalam dokumen ini.

(25)

24 BAGI PIHAK PENYEBUT HARGA:

Tandatangan Penyebut Harga :

Nama Penuh :

No. Kad Pengenalan :

Alamat Syarikat : Cop Syarikat : DI HADAPAN: Tandatangan Saksi :

Nama Penuh Saksi :

No. Kad Pengenalan :

Alamat Syarikat :

(26)

25

LAMPIRAN H REKOD PENGALAMAN

(Senarai semua rekod pengalaman dalam 5 tahun lepas)

BIL. NAMA KONTRAK PELANGGAN (KEMENTERIAN/AGENSI) NILAI KONTRAK (RM) TEMPOH KONTRAK

Salinan Perakuan / Pengesahan Siap Kontrak daripada Pelanggan bagi setiap kontrak yang disenaraikan hen-daklah disertakan. Sekiranya tiada rekod pengalaman, sila isikan 'TIADA'.

(27)

26

LAMPIRAN I SENARAI KONTRAK SEMASA

(Senarai semua kontrak di dalam tangan / sedang berjalan dan belum selesai termasuk kontrak yang baru ditawarkan)

BIL. NAMA KONTRAK PELANGGAN (KEMENTERIAN/AGENSI) NILAI KONTRAK (RM) TEMPOH KONTRAK

Laporan Pelanggan atas prestasi kontrak semasa hendaklah disertakan. Sekiranya tiada rekod pengalaman, sila isikan 'TIADA'

(28)

27

LAMPIRAN J SALINAN PENYATA BULANAN AKAUN BANK BAGI TIGA (3) BULAN TERAKHIR

(29)

28

LAMPIRAN K SENARAI SEMAK (CHECKLIST)

SILA TANDAKAN (/) BAGI DOKUMEN-DOKUMEN YANG DISERTAKAN

BIL PERKARA LAMPIRAN

UNTUK DITANDA

OLEH SYARIKAT

UNTUK DITANDA OLEH JAWATANKUASA

PEMBUKA SEBUT HARGA

1 Satu salinan Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM)

2 Satu salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan / Sijil Virtual

3 Satu salinan Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor Bumi-putera (Jika Ada)

4 Maklumat / profil syarikat beserta carta organisai pasukan projek

5 CV ahli yang terlibat 6 Kertas Cadangan

7 Keterangan Mengenai Penyebut Harga A

8 Surat Penyertaan Sebut Harga B

9 Jadual Tawaran Harga - Salinan bercetak (hard copy) C

10 Spesifikasi Teknikal D

(30)

29

12 Surat Akuan Penyebut Harga F

13 Borang Sebut Harga G

14 Rekod Pengalaman H

15 Senarai Kontrak Semasa I

16 Salinan Penyata Bulanan Akaun bagi Tiga (3) Bulan

Terakhir J

17 Senarai Semak (Checklist) K

18 Lain-Lain Dokumen Berkaitan (Jika Ada) 19 Maklumat Teknikal

(Risa-lah/Brosur/Katalog/Gambarajah)

PENGESAHAN OLEH SYARIKAT / PENYEBUT HARGA UNTUK KEGUNAAN CIDBEC

Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar.

Tandatangan: Nama:

Jawatan: Tarikh :

Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga mengesahkan

penerimaan dokumen bertanda (/) kecuali bagi perkara bil. _____ (jika ada).

Tandatangan: Nama:

Jawatan: Tarikh

Referensi

Dokumen terkait

PERKARA-PERKARA PENTING YANG PERLU DILENGKAPKAN/DILAMPIRKAN KE DALAM DOKUMEN SEBUT HARGA DAN MAKLUMAT PETENDER. 1) Kami telah membaca dengan teliti dan memahami semua arahan

Di bawah dan tertakluk kepada Syarat-Syarat Membuat Sebut Harga yang dilampirkan bersama ini, yang bertandatangan di bawah ini adalah dengan ini membuat Sebut harga dan menawar

Penyebut Harga hendaklah memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada tarikh tutup sebut harga selewat-lewatnya pada pukul 12.00

PERKARA-PERKARA PENTING YANG PERLU DILENGKAPKAN / DILAMPIRKAN KE DALAM DOKUMEN SEBUT HARGA DAN MAKLUMAT PETENDER. 1) Kami telah membaca dengan teliti dan memahami semua

KEPUTUSAN JAWATANKUASA SEBUT HARGA KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI) TAHUN 20171. BIL PERKARA SYARIKAT YANG BERJAYA

KEPUTUSAN JAWATANKUASA SEBUT HARGA KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI) TAHUN 20171. BIL PERKARA SYARIKAT YANG BERJAYA

PERKARA-PERKARA PENTING YANG PERLU DILENGKAPKAN / DILAMPIRKAN KE DALAM DOKUMEN SEBUT HARGA DAN MAKLUMAT PETENDER. 1) Kami telah membaca dengan teliti dan memahami

PERKARA-PERKARA PENTING YANG PERLU DILENGKAPKAN / DILAMPIRKAN KE DALAM DOKUMEN SEBUT HARGA DAN MAKLUMAT PETENDER. 1) Kami telah membaca dengan teliti dan memahami semua