Mata Pelajaran Matematik
Kategori Soalan TIMSS
Konstruk Aplikasi
Aras Sederhana
Bidang Nombor
Jenis Soalan Bukan Objektif
Tajuk 2.0 Urutan dan Pola Nombor
Objektif Pembelajaran 2.1 Mengenal dan melanjutkan urutan dan pola nombor yang terbentuk dengan membilang secara menaik dan secara menurun dalam selang pelbagai saiz.
Hasil Pembelajaran Di akhir pembelajaran ini, murid dapat :
i. Menerangkan pola bagi satu urutan nombor yang diberi. ii. Melanjutkan urutan nombor.
Pengetahuan Sedia Ada
Mengenal nombor bulat dan boleh menggunakan operasi asas Matematik.
Catatan
-Nilai murni Berkerjasama, ketelitian.
ABM
-Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis
Soalan.
manakala anak monyet melompat naik 3 anak tangga sekali lompatan, pada anak tangga yang ke berapakah monyet dan anaknya bertemu?
Jawapan.
Pada anak tangga yang ke – 83
Rubrik Pemarkahan :
i. Markah Penuh ( 3 markah )
Turutan menunjukkan pergerakan ibu monyet diberikan. 107, 103, 99, 95, 91, 87, 83 – 1 markah
Turutan menunjukkan pergerakan anak monyet diberikan. 59, 62, 65, 68, 71, 74, 77, 80, 83 – 1 markah
Murid dapat menunjukkan jawapan akhir = 83 – 1 markah ii. 2 markah
2 jawapan yang betul daripada 3 markah di atas iii. 1 markah
Salah satu jawapan di atas. iv. Tiada markah
Tiada respon.