PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SUBIS
UJIAN AR 3 (JULAI) TAHUN 6
BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN 011 Bahagian B
NAMA CALON :
Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak.
[Lihat halaman sebelah]
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Tulis nama calon pada petak yang disediakan. 2. Jawapan kamu hendaklah pada ruang jawapan
yang disediakan dalam kertas soalan ini.
3. Serahkan Bahagian B ini bersama-sama borang jawapan objektif kepada pengawas peperiksaan pada akhir peperiksaan.
Untuk Kegunaan Pemeriksa
Kod Pemeriksa:
Nombor Soalan Markah
21
a (i) (ii) (b) (c)
22 (a)
23
(a) (b) (c) 24
(a) (b) (c)
25
(a) (b) (c) (d)
Jumlah
BAHAGIAN B
( 30 markah )
SOALAN 21
(a) Tandakan ( √ ) bagi kata ganda yang betul berdasarkan ayat di bawah ini.
(i) Anis ________ malu apabila Pak Cik Razak memuji kerajinannya membantu ibunya menguruskan perniagaan kedai runcit.
tersedu-sedu ( ) tersipu-sipu ( ) terpinga-pinga ( ) (ii)Murid-murid itu ditegur oleh Cikgu Suraya kerana mereka menyiapkan kerja sekolah dalam keadaan ________.
keluh-kesah ( ) dolak-dalik ( ) gopoh-gapah ( ) [ 2 markah ] (b) Bina ayat majmuk berdasarkan ayat yang diberi.
Ibu berpesan supaya memakai kasut ketika bermain di padang. Ibu berpesan supaya memakai selipar ketika bermain di padang.
_____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________
[ 2 markah ]
(c). Padankan simpulan bahasa dengan maksud yang sesuai.
cangkul angin keturunan
jantung hati orang yang amat disayangi
anak cucu perbuatan yang sia-sia
Soalan 22
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan di bawah ini.
Remaja yang nakal sering ____________ masalah. Masalah tersebut terpaksa dipikul oleh ibu bapa, keluarga, dan masyarakat. Kenakalan ____________ berpunca daripada pelbagai perkara. Antaranya termasuklah ibu bapa yang tidak ______________ pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka. Selain itu, rumah tangga yang tidak aman turut memberikan kesan negatif kepada anak-anak. Ibu bapa sepatutnya lebih bertanggungjawab. Ibu bapa perlu meluangkan ______________ yang secukupnya untuk bersama anak-anak agar mereka tidak terjebak dalam ______________ sosial.
[ 5 markah ] Soalan 23
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat yang lengkap.
Pada setiap pagi, Munif akan berbasikal di sekitar taman perumahan berdekatan dengan kampungnya untuk menjual kuih-muih dan nasi lemak. Munif juga tidak keberatan untuk membantu ibunya menjual kuih-muih dan nasi lemak pada hari minggu dan semasa cuti sekolah. Munif tidak sampai hati apabila melihat ibunya bekerja siang dan malam untuk mencari wang bagi menyara hidup mereka sekeluarga. Sejak ayahnya meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, ibunya yang mengambil alih peranan untuk mencari rezeki dengan berniaga secara kecil-kecilan.
Munif bukan sahaja tidak berasa malu akan pekerjaan yang dilakukanya, malahan dia sentiasa bersemangat untuk membantu ibunya mencari rezeki. Kuih-muih dan nasi lemak yang dijual oleh Munif digemari oleh penduduk di taman perumahan itu. Dalam masa yang singkat, kuih-muih dan nasi lemaknya habis dijual. Sikapnya yang peramah dan mudah mesra menyebabkan Munif sentiasa disenangi oleh para pelanggan yang membeli hasil jualannya.
Munif pulang ke rumah dengan hati yang gembira. Dia menyerahkan wang hasil jualan kuih-muih dan nasi lemak pada hari itu kepada ibunya. Munif akan diberi upah sebanyak RM1 oleh ibunya pada setiap hari. Munif tidak membelanjakan wang itu. Sebaliknya, dia menyimpan wang tersebut di dalam tabung. Munif masih ingat akan pesanan arwah ayahnya supaya dia sentiasa berjimat cermat ketika berbelanja serta menyimpan wang pada setiap masa, bak kata pepatah “sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit”. Kini wang simpanan Munif bertambah banyak. Wang itu akan digunakan oleh Munif untuk menampung perbelanjaan persekolahannya.
(a) Tujuan Munif berbasikal di sekitar taman perumahan berdekatan dengan kampungnya adalah untuk ___________________________________________________________ .
[ 1 markah]
remaja wang hubungan masa
(b) Nyatakan cabaran yang perlu dipikul oleh ibu Munif setelah ayahnya meninggal dunia. _______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________
[ 2 markah ]
(c) Padankan pernyataan di bawah ini berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah ditunjukkan sebagai contoh.
[ 2 markah ]
Soalan 24
Baca pantun di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Munif terpaksa membantu ibunya menjual nasi
lemak dan kuih-muih.
Ibu Munif telah meninggal dunia.
Munif berjimat cermat untuk memenuhi pesanan arwah ayahnya.
Munif seorang murid yang tabah, rajin, dan berjimat cermat.
Salah Betul
Burung kelicap hinggap di pangkin, Jangan bezakan orang kaya dan miskin. Pokok hati-hati di pinggir kota,
Berhati-hati apabila berkata-kata. Pergi ke kebun memetik meranti,
Sentiasa tersenyum suka hati. Murai berkicau di atas dahan,
Semangat setia kawan jadikan amalan. Bulan purnama dipagari bintang,
Barang lama jangan dibuang. Pohon rimbun di tepi kali,
(a) Apakah maksud rangkap pertama pantun dua kerat di atas?
_______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________
[ 2 markah ] (b) Tandakan ( √ ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang salah bagi pantun dua kerat tersebut.
[2 markah ]
(c) Pada pendapat kamu, apakah keistimewaan menjadi seorang yang mempunyai kawan yang banyak?
_______________________________________________________________________
[ 3 markah ]
Soalan 25
Baca petikan berita di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat lengkap.
AMPANG, 27 Mei – Dua orang murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Ampang Campuran telah dipilih sebagai penerima anugerah Tokoh Olahragawan dan Tokoh Olahragawati sekolah bersempena dengan Kejohanan Sukan Sekolah Daerah Hulu Langat.
Anugerah ini diberikan kepada kedua-dua orang murid ini semasa Kejohanan Sukan Sekolah Peringkat Daerah Hulu Langat di Stadium Mini Cheras yang diadakan pada 20 Mei 2017 yang lalu. Acara sukan yang berlangsung selama lima hari itu disertai oleh 16 buah sekolah di daerah Hulu Langat.
Mohammad Fikri bin Mohammad Khairi dan Nur Asyikin binti Saifuddin terpilih sebagai penerima anugerah tersebut kerana kejayaan mereka mendapat tiga pingat emas bagi kategori individu dan dua pingat emas bagi acara berpasukan. Mereka menyertai acara lompat jauh, lumba lari 100 meter, 200 meter, dan acara lari berganti-ganti, iaitu acara lumba lari 4 X 100 meter dan 4 X 200 meter kategori bawah 12 tahun. Mereka menyatakan perasaan gembira kerana dapat mengharumkan nama sekolah. Guru-guru dan ibu bapa mereka turut memberikan sokongan dan sangat gembira dengan kejayaan mereka.
Seseorang yang berhutang dengan banyak akan berasa senang hati.
Mereka telah menjalani latihan intensif selama tiga bulan untuk memastikan kejayaan tersebut menjadikan milik mereka. Jurulatih sukan sekolah, iaitu Encik Zulkifli Noor menyatakan perasaan puas hatinya dengan kejayaan kedua-dua orang anak didiknya. Setiausaha sukan, Encik Amran Bakar pula berasa bangga kerana prestasi sukan di sekolah tersebut semakin meningkat.
Pada majlis penutup kejohanan itu, Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat telah menyampaikan anugerah kepada para pemenang, sekali gus menutup Kejohanan sukan Sekolah Daerah Hulu Langat. Mereka juga akan mewakili daerah untuk bertanding di peringkat negeri pula.
(a) Anugerah Tokoh Olahragawan dan Tokoh Olahragawati Sekolah Kebangsaan Ampang Campuran diberika kepada dua orang murid tahun enam bersempena dengan
_______________________________________________________________________
[ 1 markah ]
(b) Faktor yang mendorong pemilihan kedua-dua orang murid tersebut sebagai penerima anugerah Tokoh Olahragawan dan Tokoh Olahragawati ialah
_______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________
[2 markah ]
(c) Cikgu Amirah ialah guru sukan di sebuah sekolah. Apakah peranan yang dimainkan oleh beliau?
_______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________ [ 2 markah ] (d) Pada pendapat kamu, perlukah anugerah Tokoh Olahragawan dan Tokoh Olahragawati diberikan kepada para atlet di sekolah? Mengapa?
________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ [ 3 markah ]