• Tidak ada hasil yang ditemukan

BM 011 Pemahaman Bahagian A AR 3 2017

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "BM 011 Pemahaman Bahagian A AR 3 2017"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

011

SULIT

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SUBIS

UJIAN PRA UPSR (AR 3)

PERINGKAT DAERAH SUBIS

TAHUN 2017

BAHASA MELAYU

PEMAHAMAN

011

JULAI

1¼ jam Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.

2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.

3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C, dan D.

bagi setiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan

objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah

dibuat kemudian hitamkan jawapan yang baru.

4. Ceraikan Bahagian B daripada kertas soalan ini.

(2)

011

SULIT

Bahagian A

[20 markah]

Soalan 1 hingga 9

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1 Wanita itu jatuh ______________ sebaik-baik sahaja pihak polis menyampaikan berita buruk itu.

A terlena

B tersembam

C terlentok

D terjelepok

2 Dalam mesyuarat pada petang itu, hanya ___________ dibincangkan manakala hal-hal yang kurang penting akan dibincangkan kemudian.

A soal jawab

B soal siasat

C soal selidik

D soal pokok

3 “ ______________ harus membersihkan semua kawasan yang menjadi tempat

pembiakan nyamuk aedes,” kata ketua kampung kepada semua anak buahnya.

A Kalian

B Mereka

C Kita

(3)

011

SULIT

4 Ramai _____________ Program Latihan Khidmat Negara yang sedang

menjalani latihan di Kem Terendak itu.

A pelatih

B latihan

C melatih

D jurulatih

5 Udara di kaki Gunung Kinabalu itu _____________ terutama pada waktu pagi.

A indah nian

B dingin sekali

C amat tenang

D sungguh damai

6 Tanah _________ di belakang pondok Pak Mail amat sesuai untuk ditanam sayur-sayuran dan buah-buahan.

A gebu

B lembut

C lembik

D gambut

7 Pertahanan pasukan Perak __________ akibat daripada asakan bertubi - tubi pasukan lawan.

A kucar-kacir B hiruk-pikuk

C kacau-bilau D haru-biru

(4)

011

SULIT

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8 Tabiat Mona yang _____________ selalu ditegur oleh ibunya.

A makan hati

B buruk makan

C manis mulut

D makan suap

9 Sultan Alauddin ___________ di dalam biliknya kerana sedang ____________ dan ramai sanak-saudara menziarahi baginda.

A beradu …. gering

B bersiram…… mangkat

C berangkat ……. bersalin

D berputera….. bersantap

10 Pasangan pengantin itu memang secocok kerana kedua-duanya kelihatan berseri-seri dengan pakaian yang serba hijau.

Perkataan sinonim bagi secocok ialah

A sesuai

B setaraf

C serupa

D sepadan

(5)

011

SULIT

12 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

I Baju kurung yang dibeli oleh Linda labuh dan tinggi. II Sifat tinggi diri sangat dibenci oleh masyarakat.

III Tinggi pemuda itu mencecah 200 sentimeter.

IV Dilla mendapat markah yang paling tinggi dalam Matematik Kertas 2.

A I dan II sahaja.

B II dan III sahaja.

C III dan IV sahaja.

D I dan IV sahaja.

(6)

011

SULIT

14 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan

Cikgu Harris tidak membenarkan murid-muridnya ke perpustakaan selagi kerja rumah mereka belum siap lagi.

A Murid-murid itu tidak mendapat kebenaran Cikgu Harris sekiranya kerja rumah belum siap lagi.

B Murid-murid Cikgu Harris tidak diberi keizinan ke perpustakaan sehingga mereka menyiapkan kerja rumah.

C Cikgu Harris dan murid-muridnya tidak dibenarkan ke perpustakaan selagi kerja rumah belum siap lagi.

D Cikgu Harris tidak dibenarkan oleh murid-muridnya ke perpustakaan kerana dia belum menyiapkan kerja rumah.

Soalan 15 - 16

Pilih ayat yang betul

15 A Nama murid baru itu adalah Abdul Manaf.

B Masyarakat pendalaman kini semakin maju.

C Kebanyakan pelajar lelaki lebih meminati sukan bola sepak.

D Perjalanan daripada utara ke Ipoh mengambil masa empat jam sahaja.

16 A “Janganlah bercakap bila sedang makan,” nasihat ibu kepada Amran.

B Masalah kesesakan lalu lintas mesti diselesaikan dengan segera.

C Karangan itu perlu disiapkan oleh Amira sebelum menghadiri latihan sukan.

D Farid menjadi juara di dalam pertandingan pidato peringkat bahagian.

(7)

011

SULIT

Soalan 17 hingga 20

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pencemaran ialah proses pengotoran dan penurunan kualiti tahap kebersihan alam sekitar. Kawasan yang tercemar tidak sesuai didiami oleh hidupan. Pencemaran yang berlaku menjejaskan hidupan di darat mahupun di air serta tumbuhan. Antara pencemaran yang dilakukan oleh individu

yang tidak bertanggungjawab ialah pencemaran air, udara dan tanah.

Pada masa ini, bumi tercemar akibat daripada aktiviti manusia. Pencemaran air berlaku akibat

daripada pembuangan sampah, sisa kumbahan, sisa-sisa toksik dari kilang dan sebagainya. Air yang tercemar itu mengganggu hidupan air. Bukan itu sahaja, keadaan sungai atau laut

yang tercemar akan menjijikkan pemandangan sekeliling.

Pencemaran udara pula berlaku apabila bahan tercemar seperti gas beracun, asap kenderaan

atau radioaktif berada di dalam atmosfera. Selain itu, pembakaran terbuka juga mencemarkan udara. Kita dapat perhatikan bahawa pelepasan asap kotor seperti gas monoksida oleh industri yang terus ke

udara melalui corong asap menyebabkan kualiti udara tercemar.

Pencemaran tanah pula merupakan hasil pembuangan sampah sarap secara sembarangan.

Sampah sarap, serpihan, batu-bata dan kayu-kayan daripada industri pembinaan akan memburukkan pemandangan di sesebuah kawasan. Di samping itu, kawasan tercemar itu juga akan dikunjungi haiwan-haiwan perosak yang membawa penyakit seperti tikus, lalat dan sebagainya.

Oleh itu, langkah pencegahan amat perlu dilakukan dengan mengetatkan kawalan dari segi

undang-undang. Melalui undang-undang, diharapkan dapat menyedarkan dan menyekat mereka yang tidak bertanggungjawab daripada terus mencemarkan alam sekitar dengan sewenang-wenangnya. Semoga keindahan alam akan dapat dikekalkan demi generasi akan datang.

17 Bilakah pencemaran alam sekitar berlaku?

A Apabila berlakunya proses pengotoran dan penurunan kualiti tahap kebersihan.

B Apabila berlakunya proses penyusunan dan penurunan kualiti tahap kebersihan.

C Apabila berlakunya proses pengurangan dan penurunan kualiti tahap kebersihan.

D Apabila berlakunya proses pengotoran dan peningkatan kualiti tahap kebersihan.

18 Yang berikut ialah punca pencemaran air kecuali

A pelepasan asap kenderaan.

B pembuangan sampah-sarap

C pembuangan sisa kumbahan.

D pembuangan sisa-sisa toksik dari kilang.

(8)

011

SULIT

19 Bagaimanakah langkah pencegahan pencemaran dapat dilakukan?

A dengan mengekalkan keindahan alam sekitar.

B dengan mengetatkan kawalan dari segi undang-undang.

C dengan menyekat mereka daripada meneroka alam sekitar.

D dengan mengadakan kempen pentingnya menjaga alam sekitar.

20 Frasa individu yang tidak bertanggungjawab dalam petikan bermaksud

A orang yang sanggup menceriakan alam sekitar.

B orang yang sanggup membaik pulih alam sekitar.

C orang yang sanggup mencemarkan alam sekitar.

D orang yang sanggup mempelbagaikan keadaan alam sekitar.

Referensi

Dokumen terkait

Rencana program dan kegiatan prioritas pembangunan daerah tahun 2015 serta pagu indikatifnya disusun dengan berpedoman pada prioritas pembangunan, tujuan dan

Evaluasi administrasi dilakukan terhadap persyaratan yang tercantum dalam

PRODI ILMU LINGKUNGAN PASCASARJANA UNIVERSITAS SEBELAS MARET..

(3) Program gelar bersama ( joint degree ) dilakukan oleh universitas dengan perguruan tinggi mitra di dalam negeri atau di luar negeri pada program studi yang sama

Tidak terlibat dalam aktivitas/tindakan yang melanggar hukum, atau mengikuti organisasi yang bertentangan dengan ideologi Pancasila,. Tidak pernah/akan terlibat dalam

1) Komponen harmonik pada spektrum frekuensi terlihat 1x, 2x, 3x, 4x, 5x, 6x rpm dan seterusnya yang menandakan harmonik kecepatan rotasi, selain itu

Hasil yang didapat dari penelitian ini adalah bahwa dimensi e-service quality yang meliputi website design, reliability, responsiveness, trust, dan personalization memiliki pengaruh

Gontar Alamsyah Siregar, SpPD-KGEH selaku Dekan Fakultas Kedokteran Universitas Sumatera Utara yang telah memberikan kesempatan dan menerima penulis untuk mengikuti Program