• Tidak ada hasil yang ditemukan

Trial Upsr BM Pemahaman sbs - Sumber Pendidikan AR 3 BM BAHAGIAN A

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "Trial Upsr BM Pemahaman sbs - Sumber Pendidikan AR 3 BM BAHAGIAN A"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

SULIT 011 BAHAGIAN A

[ 20 markah ] Soalan 1 hingga 16

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 “______ tidak dibenarkan bermain di sini,” kata pengawal keselamatan itu kepada Azmi dan Chin Man

A Kita B Kami C Kamu D Mereka

2 “Sebentar lagi ______ akan _____ ke balairung untuk majlis bersama rakyat,” kata bendahara kepada semua panglima.

A tuanku……bertakhta B baginda…..berangkat C beta…….mencemar duli D patik……merafak sembah

SULIT 011

(2)

SULIT 011 Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3 Puan Laila _____ daging dengan sebilah pisau hingga lumat. A menghiris

B menyiang

C memotong

D mencencang

4 Pendekar Mustar sangat _____ bersilat ketika bertarung menentang musuhnya. A pantas

B cergas C cerdas D tangkas

5 Marzuki memberi _____ peliharaannya makan sayur kangkung. A pepatung

B jejentik C kekura D lelabah

(3)

SULIT 011 6 Pemuda itu telah ______ pintu rumah tersebut ketika kebakaran berlaku demi

menyelamatkan seorang kanak-kanak.

A diterjah B terjahan C menerjah D menerjahi

7 _____ di kawasan itu musnah diserang ulat menyebabkan para petani mengalami kerugian.

A rumput-rampai B sayur-mayur C tanah-tanih D kayu-kayan

8 Barangan seramik di galeri ini dibuat daripada _____ putih. A tanah liat

B tanah gambut C tanah pusaka D tanah keras

9 Lebih baik kamu membaca buku ______ membuang masa dengan sia-sia.

A daripada B sejak C pada D dari

(4)

SULIT 011 10 Tuangkan adunan ke dalam acuan. ______, sejukkan di dalam peti sejuk.

A Akhirnya B Kemudian C Lagipun D Justeru

11 Majlis Anugerah Murid Cemerlang _______ diadakan pada minggu hadapan.

A pernah

B belum

C akan

D sedang

12 Air sirap akan lebih enak jika dicampurkan dengan _____ ketul ais.

A semua

B separuh C segala D beberapa

(5)

SULIT 011 Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13 Seorang pengakap ditugaskan menyalakan kayu api untuk ______ air. A menjerang

B merebus C mengukus D menanak

Soalan 14 dan 15 pilih ayat sama maksud dengan ayat yang diberi.

14 “Pada pendapat saya, penjenayah itu patut dibawa ke muka pengadilan,” kata Ramzi kepada Ramli.

A Ramli menyatakan penjenayah itu patut menerima hukuman.

B Ramzi mahu Ramli membawa penjenayah ke muka pengadilan.

C Ramli berpendapat bahawa Ramzi patut mengadili penjenayah itu,

D Ramzi berpendapat bahawa penjenayah itu harus diadili.

(6)

SULIT 011 15 Kerja-kerja menambak cerun bukit itu perlu disegerakan agar kejadian tanah runtuh itu

tidak berulang.

Pilih perkataan seerti bagi cerun. A condong

B curam

C sama

D sisi

Pilih ayat yang betul.

16 A Badanya terasa lemah kerana tidak berselera makan selama beberapa hari.

B Kampung itu bergelora akibat diancam oleh gajah liar.

C Kepalanya benjol kerana terhantuk pada segi dinding.

D Ahli gusti membaham lawannya sehingga pengsan.

(7)

SULIT 011 Soalan 17 - 20

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Haikal, John dan Leong bersahabat baik semenjak kecil lagi. Mereka hidup sekampung dan bersekolah di sekolah yang sama. Ketiga-tiganya murid Tahun Enam. Mereka sentiasa berlumba-lumba dalam pelajaran. Masing-masing ingin menduduki tempat teratas dalam kelas.

Semasa Peperiksaan Percubaan UPSR tempoh hari, ketiga-tiganya mendapat 4A. Di dalam kelas mereka, John muncul pelajar terbaik bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, manakala Leong mendapat markah tertinggi bagi Bahasa Inggeris. Haikal pula mendapat 100 peratus dalam Matematik. Guru kelas mereka sungguh bangga dengan pencapaian ketiga-tiga muridnya yang juga menjadi anak emas sekolah mereka itu.

Walaupun mereka saling berlumba dalam pelajaran, mereka tidak bermusuhan antara satu sama lain. Malah, mereka saling membantu dalam menghadapi apa juga keadaan. Mereka belajar bersama-sama, bermain bersama-sama danjika timbul masalah, mereka akan cuba menyelesaikannya secara muafakat. Di kampung, mereka terkenal sebagai budak-budak yang ringan tulang. Orang kampung juga sangat suka kepada mereka kerana mereka juga ringan mulut. Mereka rajin menolong ibu bapa dan juga sentiasa bersedia membantu orang kampung. Apabila berselisih dengan orang lain, mereka tidak pernah masam muka, sebaliknya menegur orang itu dengan ramah.

17 Perkataan 'berlumba-lumba' dalam petikan di atas bermaksud A berlawan

B bersaing C beriringan D berkejar-kejaran

(8)

SULIT 011 18 Antara berikut, manakah pernyataan yang salah?

A Haikal mendapat markah penuh dalam Matematik. B John mendapat markah tertinggi dalam Bahasa Melayu. C Leong mendapat markah penuh dalam Bahasa Inggeris

D Haikal, John dan Leong mendapat 3A dalam peperiksaan percubaan UPSR sekolah mereka

19 Semua simpulan bahasa yang terdapat dalam petikan di atas membawa maksud yang baik, kecuali

A anak emas B ringan tulang C ringan mulut D masam muka

20 Apakah peribahasa yang sesuai menggambarkan persahabatan mereka? A Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat B Bagai aur dengan tebing

C Bagai isi dengan kuku

D Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

(9)

SULIT 011

BIL Maklumat Soalan

(JADUAL SPESIFIKASI ITEM)

ARAS SOALAN

BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN

BAHAGIAN A RE N D AH S EDE RHA N A T IN G G I

KONSTRUK : PEMBENTUKAN KATA ( MORFOLOGI )

1 Kata ganti nama 1 2

2 Kata kerja transitif 3

3 Kata adjektif

( sifat/keadaan ) 4

4 Kata tugas ( kata bantu ) ( kata sendi nama ) ( kata bilangan ) ( penanda wancana )

11 9 12 10

5 Kata majmuk 8

6 Kata ganda ( separa ) ( berentak )

5 7

7 Ketepatan kata 6 13

8 Kata banyak makna 15

KONSTRUK : SUSUNAN KATA DALAM AYAT ( SINTAKSIS )

9 Ayat penyata 16

10 Ayat sama maksud

( cakap ajuk/pindah ) 14

11 Teks 17

18 19

(10)

SULIT 011 JAWAPAN :

NOMBOR JAWAPAN

1 C

2 B

3 D

4 D

5 C

6 C

7 B

8 A

9 A

10 B

11 C

12 D

13 A

14 C

15 B

16 A

17 B

18 D

19 D

Referensi

Dokumen terkait

(iii) Dua nilai yang dapat diamalkan oleh pelajar pada hari ini.. Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan/ jalan bahasa/ tanda baca daripada keseluruhan soalan. Ayat yang

(c) Tulis jawapan yang lengkap bagi soalan yang diberikan dengan menggunakan ayat yang lengkap... (d) Lengkapkan frasa berikut supaya

[4 markah] (iii) Terangkan dua sebab yang menghalang seseorang itu daripada mendapat hidayah Allah SWT. Pilih hukum tajwid yang betul bagi kalimah yang bergaris