• Tidak ada hasil yang ditemukan

KENYATAAN MEDIA MENTERI KANAN PERTAHANAN 20 MEI 2021

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "KENYATAAN MEDIA MENTERI KANAN PERTAHANAN 20 MEI 2021"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

KENYATAAN MEDIA

MENTERI KANAN PERTAHANAN 20 MEI 2021

MENGENAI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP), PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)

DAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

Perkembangan terkini COVID-19 masih dalam keadaan tidak menentu malah semalam mencatatkan jumlah kes harian tertinggi sejak pandemik itu menular di negara ini.

Trend kes positif harian yang masih tinggi berbanding kes sembuh memberikan cabaran kepada kesihatan pasukan barisan hadapan (frontliners) dalam merawat pesakit COVID-19.

Kebanyakan petugas barisan hadapan berada dalam keletihan kerana setiap hari mereka berhadapan ribuan pesakit baru dan pada masa perlu memastikan tahap keselamatan rakyat di negara ini terjamin.

Justeru, sebagai rakyat Malaysia, selain menghulurkan doa, ayuh kita sama-sama berganding bahu membantu memerangi wabak ini dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

(2)

Kekalkan disiplin dan terus patuhi SOP serta amalkan kawalan kendiri seperti yang disarankan agar kita dapat memutuskan rantaian COVID-19.

PKPD 15 mukim Dalam daerah Besut, Terengganu

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan peningkatan kes COVID-19 secara mendadak di 15 mukim dalam daerah Besut, Terengganu yang melibatkan:

 Kampung Raja

 Keluang

 Lubuk Kawah

 Bukit Kenak

 Pelagat

 Jabi

 Tembila

 Kerandang

 Bukit Puteri

 Pengkalan Nangka

 Kuala Besut

 Pasir Akar

 Kubang Bemban

 Tenang

 Hulu Besut

KKM mengesahkan 9 daripada 17 kluster aktif di negeri Terengganu adalah melibatkan daerah Besut yang telah menyumbang kepada peningkatan kes COVID-19 di negeri ini dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi dalam komuniti.

(3)

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 15 mukim seperti yang dinyatakan bermula dari 22 Mei sehingga 4 Jun 2021.

Pelaksanaan PKPD ini untuk mengawal pergerakan penduduk di kesemua mukim seterusnya mengekang penularan jangkitan COVID-19 ke komuniti lain.

PKPD Rumah Banjir Kuala Teh, Jerantut, Pahang

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan peningkatan kes COVID-19 secara mendadak di Rumah Banjir Kuala Teh, Jerantut, Pahang.

KKM melaporkan sebanyak lima (8) kes positif telah direkodkan hasil daripada 22 hasil ujian saringan bergejala dengan kadar positiviti 36.36%.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Rumah Banjir Kuala Teh, Jerantut, Pahang bermula dari 22 Mei sehingga 4 Jun 2021.

Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas penduduk yang terlibat dan seterusnya mengekang penularan COVID-19 ke kawasan lain.

(4)

PKPD Kampung Terusan, Mukim Limbat, Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi semasa kes COVID-19 di Kampung Terusan, Mukim Limbat, Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.

Sehingga kini, KKM telah melakukan 154 ujian saringan dan daripada jumlah itu, 48 kes positif COVID-19 telah direkodkan.

KKM juga mendapati berlaku peningkatan kes positif hasil saringan individu bergejala dan kontak rapat selain kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti tersebut.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Terusan, Mukim Limbat, Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan berkuat kuasa 22 Mei sehingga 4 Jun 2021.

Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM membuat pengesanan awal kes serta menyekat penularan jangkitan kes COVID 19 dari kawasan berisiko ke kawasan lain di luar lokaliti tersebut.

(5)

PKPD 4 Mukim di Perak

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan peningkatan kes COVID-19 secara mendadak di empat (4) mukim dalam negeri Perak yang melibatkan:

 Daerah Hulu Perak (Mukim Pengkalan Hulu)

 Daerah Larut, Matang dan Selama (Mukim Taiping)

 Daerah Kinta (Mukim Hulu Kinta meliputi Ipoh, Lahat, Chemor dan Tanjong Rambutan)

 Daerah Muallim (Mukim Hulu Bernam Timur)

KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes sebanyak 119.3% di seluruh negeri Perak bagi tempoh 14 hari (5 Mei sehingga 18 Mei 2021) iaitu 2,035 kes berbanding 928 kes (12 April sehingga 4 Mei 2021) dan peningkatan kes ini juga melibatkan keempat-empat mukim tersebut.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di keempat-empat mukim seperti yang dinyatakan bermula 22 Mei sehingga 4 Jun 2021

Pelaksanaan PKPD ini untuk mengawal pergerakan penduduk di kesemua mukim seterusnya mengekang penularan jangkitan COVID-19 ke komuniti lain.

(6)

PKPD Kampung Idani, Semporna, Sabah

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi semasa kes COVID-19 di Kampung Idani, Semporna, Sabah.

Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 16 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sembilan (9) kes positif COVID-19 direkodkan.

Pada masa sama, KKM memaklumkan kadar positiviti adalah 56.25% dan kadar kebolehjangkitan juga tinggi di lokaliti tersebut.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Idani, Semporna, Sabah berkuat kuasa 22 Mei sehingga 4 Jun 2021.

Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM menghalang pergerakan penduduk sekali gus mengekang penularan wabak COVID-19 ke luar kawasan lain.

PKPD Kampung Pisang, Tawau, Sabah

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan perkembangan semasa mengenai kes COVID-19 di Kampung Pisang, Tawau, Sabah.

Sehingga 19 Mei 2021, KKM telah merekodkan tujuh (7) kes positif COVID-19 daripada lapan (8) ujian saringan yang dijalankan ke atas penduduk di lokaliti itu.

Susulan penularan kes di kampung tersebut, KKM mendapati kadar positiviti dan kadar kebolehjangkitan tinggi iaitu 87.5%.

(7)

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Pisang, Tawau, Sabah berkuat kuasa 22 Mei sehingga 4 Jun 2021.

Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM menghalang pergerakan penduduk sekali gus mengekang penularan wabak COVID-19 ke luar kawasan lain.

PKPD Kampung Getah, Kampung Getah Tengah & Taman Kunak Jaya, Kunak, Sabah

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi COVID-19 di Kampung Getah, Kampung Getah Tengah & Taman Kunak Jaya, Kunak, Sabah.

KKM mengesahkan terdapat peningkatan kes secara ketara dalam masa yang singkat yang melibatkan ketiga-tiga lokaliti dengan sebanyak 12 kes positif telah direkodkan hasil daripada 41 ujian saringan.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Getah, Kampung Getah Tengah & Taman Kunak Jaya, Kunak, Sabah bermula bermula dari 22 Mei sehingga 4 Jun 2021.

Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan pengesanan awal kes COVID-19 dan seterusnya mengekang penularan COVID-19 ke kawasan lain.

(8)

PKPD Kampung Boyan, Kuching, Sarawak

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan perkembangan terkini kes COVID-19 di Kampung Boyan, Kuching, Sarawak.

Berlaku peningkatan mendadak di lokaliti tersebut apabila sebanyak 34 kes telah direkodkan hasil daripada 171 ujian saringan dilakukan oleh KKM.

KKM juga mengesahkan berlaku peningkatan kes positif COVID- 19 hasil saringan individu bergejala serta kontak rapat di lokaliti itu.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Boyan, Kuching, Sarawak berkuat kuasa 22 Mei sehingga 4 Jun 2021.

Pelaksanaan PKPD akan memudahkan tindakan kawalan COVID- 19 dijalankan dengan cepat dan berkesan, seterusnya menghalang penularan lanjut dalam kawasan terlibat serta keluar dari kawasan tersebut.

(9)

PKPD Kepulauan Tumpat, Mukim Sungai Pinang, Tumpat, Kelantan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi semasa kes COVID-19 di Kepulauan Tumpat, Mukim Sungai Pinang, Tumpat, Kelantan.

Sebanyak 22 kes positif COVID-19 direkodkan hasil daripada 80 ujian saringan dilakukan KKM yang melibatkan empat lokaliti iaitu Teluk Renjuna (11 kes), Pantai Hj Nik Mat (6 kes), Pulau Beluru (4 kes) dan Pantai Suri (1 kes).

KKM juga mendapati berlaku peningkatan kes yang ketara dalam tempoh singkat dengan kadar positiviti direkodkan ialah 27.5%.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kepulauan Tumpat (melibatkan Teluk Renjuna, Pantai Hj Nik Mat, Pulau Beluru dan Pantai Suri ), Mukim Sungai Pinang, Tumpat, Kelantan berkuat kuasa 22 Mei sehingga 4 Jun 2021.

Pelaksanaan PKPD ini untuk memastikan pergerakan penduduk dapat dikawal bagi mengelakkan penularan COVID-19 ke komuniti luar.

SOP bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini. Maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my

(10)

Pelanjutan PKPD 7 lokaliti di Sempalit, Raub, Pahang

Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tujuh (7) lokaliti di Sempalit, Raub, Pahang yang dijadualkan tamat pada 21 Mei 2021.

Ketujuh-tujuh lokaliti tersebut ialah:

 Kampung Baru Sempalit

 Taman Sempalit Aman

 Taman Emas Baru

 Taman Sempalit Indah

 Taman Sempalit Jaya

 Taman Sempalit Baru

 Taman Emas

Dalam tempoh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan 826 ujian saringan dan 22 individu disahkan positif COVID-19.

KKM juga mengesahkan penularan masih berlaku di lokaliti tersebut dan kes baharu juga direkodkan.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melanjutkan PKPD di tujuh lokaliti seperti dinyatakan bermula 22 Mei sehingga 4 Jun 2021.

(11)

Pelanjutan PKPD 16 lokaliti di Sungai Ruan, Raub, Pahang

Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 16 lokaliti di Sungai Ruan, Raub, Pahang yang dijadualkan tamat pada 21 Mei 2021.

Semua lokaliti tersebut ialah:

 Taman Dahlia

 Taman Cempaka

 Taman Mawar

 Taman Melor

 Taman KSM Sungai Ruan

 Taman Bunga Matahari

 Taman Mawar Impian

 Taman Orkid

 Taman Bunga Raya

 Taman Koperasi Mewah

 Taman Bunga Tanjung

 Rumah Murah Sungai Ruan

 Taman Sungai Ruan

 Taman Melewar

 Taman Bunga Angsana

 Kampung Baru Sungai Ruan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan 511 ujian saringan dan 153 daripadanya didapati positif COVID-19.

Walaubagaimanapun, KKM mengesahkan masih terdapat penularan berterusan di kawasan PKPD dengan kadar kebolehjangkitan masih tinggi.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPD di 16 lokaliti di Sungai Ruan, Raub, Pahang bermula 22 Mei sehingga 4 Jun 2021.

(12)

Pelanjutan PKPD SMU Pantai Manis, Papar, Sabah

Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sekolah Menengah Ugama (SMU) Pantai Manis, Papar, Sabah yang dijadualkan tamat pada 20 Mei 2021.

Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan 495 ujian saringan, 61 daripadanya disahkan positif COVID-19.

KKM juga mengesahkan masih berlaku penularan serta terdapat 202 lagi sampel ujian menunggu keputusan.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melanjutkan PKPD SMU Pantai Manis, Papar, Sabah bermula 21 Mei sehingga 3 Jun 2021.

(13)

Penamatan PKPD Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor

Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor yang dijadualkan tamat pada 21 Mei 2021.

Sepanjang tempoh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan 367 ujian saringan dan 192 individu disahkan positif COVID-19.

KKM juga mengesahkan trend kes menunjukkan penurunan dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah dirawat.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor pada 21 Mei 2021 seperti yang dijadualkan.

(14)

Task Force Operasi Pematuhan

Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 81,823 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seramai 4,002 Pasukan Pematuhan melibatkan 18,127 anggota telah membuat pemantauan di 4,410 pasaraya, restoran (5,362), kilang (1,820), bank (3,968), pejabat kerajaan (1,057) dan penjaja (2,551).

Turut dipantau ialah pasar awam/tani (2,213), tempat ibadah (3,217), tempat riadah (1,508), terminal pengangkutan darat (1,611), terminal pengangkutan air (338) dan terminal pengangkutan udara (100).

Semalam, 495 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP.

Daripada jumlah itu, seramai 468 individu dikompaun manakala 27 lagi direman.

Antara kesalahan direkodkan ialah:

 Gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (143)

 Tidak memakai pelitup muka (126)

 Tidak patuh arahan kawalan pergerakan (84)

 Tiada penjarakan fizikal (47)

 Aktiviti pusat hiburan (15)

 Rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (8)

 Lain-lain (72)

(15)

Kawalan Sempadan Negara

Operasi BENTENG (Op BENTENG) semalam telah menangkap 29 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan merampas lapan (8) buah kenderaan darat.

Sebanyak 146 buah bot/kapal turut dikesan di perairan negara melalui 11 aktiviti penglihatan.

Op BENTENG melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi-agensi keselamatan lain turut menjalankan 411 Sekatan Jalan Raya (SJR) semalam iaitu:

Op PENAWAR (ATM, PDRM dan RELA) - 314 SJR

Op BENTENG PDRM - 88 SJR

Op BENTENG AKSEM - 9 SJR

Operasi Sanitasi Awam

Semalam, sebanyak 144 operasi sanitasi dilakukan meliputi 55 zon merah, zon jingga (5) dan zon kuning (13) di seluruh negara.

Operasi sanitasi ini melibatkan 955 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan 190 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta 179 buah jentera JBPM.

Secara kumulatifnya, sebanyak 24,079 operasi sanitasi yang merangkumi 156 zon telah dilakukan sejak 30 Mac 2020. Operasi sanitasi melibatkan pusat perniagaan, kawasan perumahan termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR), tempat awam, pasar raya dan bangunan kerajaan.

(16)

Kuarantin Wajib

Semalam, seramai 576 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa dan semuanya telah dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara.

Secara kumulatifnya, sejak 24 Julai 2020, seramai 207,478 individu telah pulang ke tanah air dan kesemua ditempatkan di 70 hotel dan 11 Institut Latihan Awam (ILA) serta Institut Pengajian Swasta di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, seramai 7,471 individu telah dikuarantin dan 197,944 orang dibenarkan pulang manakala 2,063 lagi dibawa ke hospital.

Barang Keperluan Asas

Pemantauan serta pemeriksaan oleh anggota Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di peringkat peruncit dan pemborong mendapati bekalan makanan adalah stabil dan mencukupi.

Semalam, KPDNHEP telah membuat 700 pemantauan harian ke atas 11 jenis bekalan barangan terdiri daripada peruncit (524), pemborong (144) dan pengilang (32).

KPDNHEP juga telah melakukan 1,396 pemeriksaan khas dan mendapati semua premis mematuhi SOP.

(17)

Saringan Wajib Pekerja Warga Asing

Semalam, seramai 160 warga asing telah menjalani ujian saringan dan sebanyak empat (4) kes positif COVID-19 dilaporkan.

Secara kumulatifnya, Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan seramai 694,855 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 yang melibatkan 35,962 majikan.

Daripada jumlah itu, seramai 10,284 orang telah disahkan positif COVID-19 manakala 684,571 lagi adalah negatif. Sehingga kini, sebanyak 1,544 buah klinik telah terlibat dengan program saringan ini.

Seperti yang telah diumumkan, ujian saringan COVID-19 adalah diwajibkan kepada semua pekerja warga asing mulai 1 Februari 2021.

YB DATO’ SERI ISMAIL SABRI YAAKOB MENTERI KANAN PERTAHANAN

Referensi

Dokumen terkait

volume penjualan, atau kegunaan. Konsep sebuah sistem keputusan tertutup jelas menganggap orang rasional yang secara logis menguji semua alternatif, mengurutkan

Oleh karena itu maka akan ada kriteria yang tidak terpenuhi, prioritas kriteria dalam melakukan proyeksi peta tergantung dari penggunaan peta tersebut di lapangan misalnya untuk

• Pergerakan bantuan bencana/kemanusiaan oleh NGO perlu mendapatkan kebenaran dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri atau Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah di kawasan

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju menamatkan PKPD Kampung Meripoh

dalam skala kabupaten/kota; (d) Menyediakan tenaga konselor menyusui di Fasilitas Pelayanan Kesehatan dan tempat sarana umum lainnya dalam skala kabupaten/kota;

Berdasarkan data yang diperoleh dari pengambilan data, dapat disimpulkan bahwa hasil dari nilai waktu dengung diantara dua dimensi akuarium menyimpulkan bahwa

Jika user ingin menambah data transaksi pengiriman, user harus mengisi setiap field yang ada lalu memilih tombol simpan. Ketika user memilih tombol simpan, maka

Selama gerhana Bulan total, saat Bulan masuk dalam bayangan umbra Bumi, ada lingkaran yang melingkar di sekitar Bumi bila kita melihatnya dari permukaan Bulan, yang