• Tidak ada hasil yang ditemukan

Date / Tarikh : October 13, 2021 Policy No./ No. Polisi : PA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Date / Tarikh : October 13, 2021 Policy No./ No. Polisi : PA"

Copied!
42
0
0

Teks penuh

(1)

Part 1 / Bahagian 1

Date / Tarikh : October 13, 2021 Policy No./ No. Polisi : PA99305406

Dear Valued Policyholder / Pemegang Polisi Yang Dihargai,

It is with great pleasure that we are delivering / returning your policy contract to you for safekeeping. I f you require any further servicing in respect of your policy, please do not hesitate to contact us at any of our nearest Branch Office.

Please complete Part 2 of this letter and return it to us through your authorized representative or directly to our Branch Office.

Adalah dengan sukacita kami menghantar/memulangkan kontrak polisi anda untuk simpanan anda. Sekiranya anda memerlukan khidmat selanjutnya berhubung polisi anda, sila hubungi kami di mana -mana pejabat cawangan kami yang berhampiran.

Sila lengkapkan Bahagian 2 lampiran ini dan hantarkan kepada kami melalui pegawai yang dibenarkan anda atau terus kepada Pejabat Cawangan kami.

Yours Sincerely / Yang benar,

Part 2 / Bahagian 2

Policy No PA99305406

Proposed Insured MOHD EFFANDY BIN ABDUL KARIM

Owner/Payor MOHD EFFANDY BIN ABDUL KARIM

Branch Manjung

Issue Date October 13, 2021

To / Kepada : AIA General Berhad

I, _________________________________ hereby acknowledge receipt of my policy contract as stated above.

Saya,______________________________ dengan ini mengesahkan penerimaan Kontrak Polisi saya yang tersebut di atas.

I confirm that/ Saya mengesahkan bahawa :

· I am aware of the insurance product which I have purchased, the premium amount payable and the duration of c overage of my policy/ Saya tahu produk insurans yang telah saya beli, amaun premium yang perlu dibayar dan tempoh perlindungan polisi saya.

· I have been given a copy of the Product Brochure/Product Disclosure Sheet by my authorized representative and I fully understood the contents of the Product Brochure/Product Disclosure Sheet as satisfactorily exp lained to me by my authorized representative / Saya telah diberikan sesalinan Risalah Produk/ Lembaran Pendedahan Produk Insurans oleh pegawai yang dibenarkan saya dan saya telah memahami sepenuhnya kandungan Risalah Produk /Lembaran Pendedahan Produk Insurans seperti yang diterangkan kepada saya secara memuaskan oleh pegawai yang dibenarkan saya.

· My particular attention has been drawn to the essential information on the key benefits and features of the product I have purchased/ Perhatian khusus saya ditumpukan kepada maklumat penting mengenai faedah-faedah utama dan ciri-ciri produk yang telah saya beli.

· I am aware that I am required to read the Product Brochure/Product Disclosure Sheet, Policy Contract and Sales Illustration for a better understanding of the product purchased/ Saya sedar bahawa saya perlu membaca Risalah Produk /Lembaran Pendedahan Produk, Kontrak Polisi dan Ilustrasi Jualan untuk pemahaman yang lebih baik mengenai produk yang dibeli.

· I understand that my insurance premiums will be invested in the investment fund(s) of my choice. (applicable to Investment - Linked Plans only)/ Saya memahami bahawa premium insurans saya akan dilaburkan di dalam dana pelaburan pilihan saya.

(hanya untuk Pelan Berkaitan Pelaburan sahaja).

Signature of Assured/ Owner / Trustee :

Tandatangan Asured/Pemilik/Pemegang Amanah :_____________________________

Date / Tarikh :_____________________________

(MM/DD/YYYY / BB/HH/TTTT)

(2)
(3)

OCTOBER 13, 2021 Ref: PA99305406

MOHD EFFANDY BIN ABDUL KARIM 13 JALAN SG 1/27 TAMAN SERI NB GOMBAK

68100 BATU CAVES

Dear Applicant,

RE: YOUR APPLICATION NO. : PA99305406

ON THE LIFE OF : MOHD EFFANDY BIN ABDUL KARIM

We are pleased to inform you that your application has been approved and we thank you for placing your trust in us. AIA is recognized as a financially sound and secure life insurer and we are proud to have you as one of our policyholders.

We trust that your agent has conducted the financial needs analysis with you prior to your signing the application form.

We have received initial premium for your insurance program, and your servicing agent will be delivering the policy contract to you when ready. The policy contract has detailed all insured items, the sum assured and the terms and conditions of your insurance coverage(s). As such please go through the information in the policy to ensure that it is correct and complete.

If you do not receive your policy contract within 14 days from the date of this approval letter or have any queries, kindly contact your agent or the nearest AIA branch office.

As our valued policyholder, we look forward to your continuous support.

Yours sincerely,

cc (TIU MEI SIN) (STW TIP-TOP SOLUTION) (7255 - 6681R) AC02T

(4)
(5)

INSURED : MOHD EFFANDY BIN ABDUL KARIM

AMAUN MUKA : 100,000.00 OKT 12, 2021 : TARIKH POLISI PELAN : Easy Cover PA OKT 13, 2021: TARIKH

PENYERTAAN NOMBOR POLISI : PA99305406

AGENSI : STW TIP-TOP SOLUTION

Kami akan, tertakluk kepada peruntukan Polisi ini, membayar manfaat yang diperuntukan di bawah Polisi ini setelah berpuas hati bahawa keadaan di mana manfaat boleh dibayar telah berlaku semasa Polisi ini berkuatkuasa.

Pelan insurans asas dan kontrak tambahan, sekiranya ada, yang diperuntukan oleh polisi ini dengan amaun manfaatnya, ada dinyatakan di dalam Jadual Manfaat dan Premium di Halaman Maklumat Polisi. Hak untuk manfaat, pengecualian manfaat, syarat-syarat bayaran dan lain-lain maklumat polisi dinyatakan di dalamnya.

Dikuatkuasakan dan ditandatangani oleh Kami pada Tarikh Penyertaan Polisi ini seperti yang dinyatakan dalam Halaman Maklumat Polisi.

Duti Setem Berbayar

(6)
(7)

HALAMAN MAKLUMAT POLISI

DATA POLISI INSURED : MOHD EFFANDY BIN ABDUL KARIM

AMAUN MUKA : 100,000.00 TARIKH POLISI : OKT 12, 2021

PELAN : Easy Cover PA TARIKH PENYERTAAN : OKT 13, 2021

NOMBOR POLISI : PA99305406 UMUR:

42

JANTINA : LELAKI

MATA WANG : RINGGIT MALAYSIA PEMILIK : MOHD EFFANDY BIN ABDUL KARIM

JADUAL MANFAAT DAN PREMIUM

No. Jumlah

Jenis Perlindungan Borang Manfaat* Premium (RM) (RM)

ACCIDENT DEATH & DISMEMBERMENT - 100,000 18.00

MONTHLY LIVING BENEFIT - 1,000 -

'-MAXIMUM 180 MONTHS** - - -

MEDICAL REIMBURSEMENT - 3,000 -

ACCIDENT HOSPITAL BENEFIT - 100 -

COMPASSIONATE ALLOWANCE - 5,000 -

CUKAI KERAJAAN YANG BERKENAAN: RM 1.08 JUMLAH AMAUN PERLU BAYAR: RM 19.08

CARUMAN PERLU DIBAYAR PADA TARIKH POLISI DAN CARUMAN YANG TERKEMUDIAN PERLU DIBAYAR TERDAHULU SETIAP SATU BULAN TERTAKLUK KEPADA TERMA DAN SYARAT POLISI

*Melambangkan had-had manfaat dan manfaat sebenar yang boleh dibayar mengikut terma-terma perlindungan

(8)
(9)

Perlindungan insurans yang dipohon ini akan hanya berkuat kuasa apabila Polisi yang berkaitan telah dikeluarkan dan PREMIUM pertama telah dibayar sewajarnya semasa INSURED masih hidup dan dalam keadaan sihat.

Tempoh insurans akan bermula dan berakhir pada pukul 12:00 pagi Waktu Piawai di tempat Polisi ini berkuat kuasa.

BAHAGIAN I TAKRIF

Dalam Polisi ini, kecuali konteksnya menyatakan sebaliknya:-

1. KEMALANGAN bermakna kejadian yang berlaku secara tiba-tiba, tidak disengajakan, tidak dijangka, luar biasa dan yang tertentu pada masa dan di tempat yang dikenal pasti, yang hendaklah, tanpa bergantung pada sebarang sebab lain, menjadi satu-satunya sebab bagi KECEDERAAN anggota badan.

2. AKTIVITI KEHIDUPAN HARIAN seperti yang dinyatakan dalam Polisi ini hendaklah mempunyai makna berikut:

(a) Pengalihan : Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.

(b) Pergerakan : Berkeupayaan untuk bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.

(c) Buang Air/Penggunaan Tandas : Berkeupayaan untuk mengawal fungsi sistem pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.

(d) Berpakaian : Berkeupayaan untuk memakai dan menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.

(e) Mandi/Membasuh : Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.

(f) Makan : Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah disediakan ke dalam tubuh badan.

3. SIJIL LAYAK TERBANG ditakrif sebagai Piawai ‘N’ bagi Sijil Layak Terbang ‘NC’ yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Aeronautik Awam Amerika Syarikat, atau mana-mana sijil setaraf yang dikeluarkan oleh agensi yang mempunyai bidang kuasa tersebut atau pihak berkuasa kerajaan yang diiktiraf bagi mana- mana negara di dunia.

4. KENALAN BERSEKUTU RAPAT bermaksud mana-mana individu yang saling berhubung dan berkait rapat dengan ENTITI, sama ada secara sosial atau profesional.

5. SYARIKAT bermakna AIA General Berhad.

6. MASUK HOSPITAL atau PENGHOSPITALAN hendaklah bermakna kemasukan ke HOSPITAL selama tempoh minimum enam (6) jam atas perakuan PENGAMAL PERUBATAN BERDAFTAR dan terus menerus berada dalam HOSPITAL sehingga INSURED dikeluarkan. Kemasukan ke HOSPITAL hendaklah dibuktikan melalui caj yang dikenakan oleh HOSPITAL bagi bilik / bilik dan penginapan dan SYARIKAT tidak akan membayar, di bawah apa-apa keadaan sekalipun, lebih daripada satu (1) Faedah Kemalangan Hospital bagi setiap hari Masuk Hospital.

7. ENDORSAN bermakna perubahan secara bertulis kepada terma-terma, syarat-syarat dan had-had Polisi ini.

8. ENTITI bermaksud mana-mana individu, badan, organisasi, institusi, penubuhan, operasi yang:-

(a) disekat, dilarang atau dibataskan di bawah resolusi Bangsa-bangsa Bersatu (UN) atau sekatan perdagangan atau ekonomi, undang-undang atau peraturan-peraturan Kesatuan Eropah (EU), United Kingdom atau Amerika Syarikat, atau sebarang dari negerinya, dan/atau sebarang undang-undang atau peraturan-peraturan sekatan ekonomi atau perdagangan lain yang berkenaan (“Entiti Yang Disekat”); atau

(b) bekerja, menggaji, berdagang, atau menjalankan perniagaan dengan Entiti Yang Disekat dalam apa jua cara.

9. KEJADIAN yang digunakan dalam Polisi ini bermakna sebarang kehilangan yang tertentu di dalam Jadual Tanggung Rugi dalam Faedah Kematian dan Pengudungan Akibat Kemalangan Seksyen I

(10)

10. HOSPITAL bermakna hanya pertubuhan yang ditubuhkan dan didaftarkan sewajarnya sebagai Hospital untuk jagaan dan rawatan orang yang sakit dan cedera sebagai pesakit atas katil berbayar, dan yang:- (a) mempunyai kemudahan untuk diagnosis dan pembedahan utama,

(b) menyediakan khidmat jagaan dua puluh empat (24) jam sehari oleh jururawat berdaftar dan siswazah,

(c) di bawah penyeliaan PAKAR PERUBATAN, dan

(d) bukan klinik; tempat untuk orang ketagih alkohol dan dadah; pusat jagaan atau rumah pemulihan atau rumah orang tua atau pertubuhan yang serupa.

11. KECEDERAAN bermakna kecederaan anggota badan yang semata-mata disebabkan oleh KEMALANGAN.

12. INSURED bermakna orang yang ditunjukkan di dalam borang permohonan yang umurnya pada tarikh lahir terakhir ketika permohonan dibuat mestilah berumur antara enam belas (16) tahun hingga tujuh puluh (70) tahun.

13. TARIKH PENYERTAAN atau TARIKH MULA adalah tarikh apabila perlindungan di bawah Polisi ini berkuat kuasa. TARIKH PENYERTAAN dinyatakan pada HALAMAN MAKLUMAT POLISI dan TARIKH MULA adalah tarikh pengeluarkan apa-apa ENDORSEMEN yang dinyatakan pada ENDORSEMEN berkaitan bila-bila masa syarat-syarat dan perlindungan asal Polisi ini diubah kemudiannya. TARIKH MULA juga adalah tarikh kelulusan pengembalian semula Polisi ini jika berlaku apa-apa pengembalian semula.

TARIKH MULA pertama bagi perlindungan insurans yang dipohon adalah tarikh apabila Syarikat telah menerima risiko INSURED dan kesemua PREMIUM pertama ketika INSURED masih hidup dan dalam keadaan sihat.

14. JURURAWAT BERLESEN atau JURURAWAT SISWAZAH hendaklah bermakna sesiapa yang setelah tamat dengan jayanya dari Kolej atau Sekolah Kejururawatan yang diiktiraf, yang dibenarkan secara sah oleh Kerajaan untuk memberikan perkhidmatan kejururawatan di kawasan geografinya, tetapi selain daripada INSURED dimana ia juga sebagai JURURAWAT BERLESEN atau JURURAWAT SISWAZAH, ejen, atau rakan(-rakan) kongsi perniagaan, majikan/pekerja INSURED, atau anggota keluarga terdekat INSURED atau yang mempunyai hubungan seumpamanya dengan PEMILIK.

15. HILANG JARI TANGAN ATAU JARI KAKI bermakna putus sama sekali pada atau melebihi sendi metakarpofalanks atau sendi metatarsofalanks.

16. HILANG PENDENGARAN apabila digunakan dalam Polisi ini bermakna hilang pendengaran secara KEKAL dan tidak akan pulih menyeluruh bagi kedua-dua telinga yang disahkan oleh Pakar Telinga, Hidung & Kerongkong (ENT) dengan bukti perubatan sokongan dalam bentuk audiometri dan ujian nilai ambang bunyi.

17. HILANG ANGGOTA bermakna putus tangan pada atau sebelah atas pergelangan tangan atau kaki pada atau sebelah atas pergelangan kaki.

18. HILANG PENGLIHATAN merujuk mata, bermakna hilang penglihatan sepenuhnya, secara menyeluruh dan tidak akan pulih.

19. HILANG KEUPAYAAN BERTUTUR apabila digunakan dalam Polisi ini bermakna ketakupayaan menyebut mana-mana tiga (3) atau empat (4) bunyi yang membentuk pertuturan seperti bunyi Labial, bunyi Alveolabial, bunyi Palatal dan bunyi Velar atau rosak peti suara secara menyeluruh atau rosak saraf pertuturan di dalam otak yang menyebabkan Aphasia.

20. HILANG PENGGUNAAN bermakna hilang upaya fungsi secara menyeluruh dan dianggap sebagai hilang secara menyeluruh anggota atau organ tersebut.

21. KELUMPUHAN bermakna mengalami hilang seluruh atau gangguan menyeluruh fungsi motor disebabkan oleh lesi punca neural yang secara langsung dan bebas daripada semua sebab lain, akibat KEMALANGAN yang berlaku dalam tempoh tiga ratus enam puluh lima (365) hari dari tarikh KEMALANGAN tersebut.

(11)

22. KEKAL bermakna berlanjutan selama dua belas (12) bulan kalendar berturut-turut dari tarikh KEMALANGAN dan tidak ada harapan untuk sembuh pada tamatnya tempoh dua belas (12) bulan tersebut.

23. PAKAR PERUBATAN, PENGAMAL PERUBATAN BERDAFTAR atau PAKAR BEDAH bermakna sesiapa yang berkelayakan dengan memiliki ijazah dalam bidang perubatan barat dan berdaftar untuk mengamalkan hal-ehwal perubatan dan pembedahan, selain daripada INSURED, agen, atau rakan kongsi perniagaan, atau majikan/pekerja INSURED, atau anggota keluarga terdekat INSURED atau yang mempunyai hubungan seumpamanya dengan PEMILIK.

24. TARIKH ULANG TAHUN POLISI merujuk kepada tarikh yang sama pada setiap tahun seperti Tarikh Polisi.

25. TARIKH POLISI seperti yang tertera pada HALAMAN MAKLUMAT POLISI adalah dari tarikh Ulang Tahun Polisi, tahun-tahun Polisi, bulan bulan Polisi dan Tarikh Genap Tempoh PREMIUM yang ditetapkan.

26. HALAMAN MAKLUMAT POLISI bermakna dokumen yang dikeluarkan kepada INSURED selepas bayaran PREMIUM yang sepatutnya telah dibuat, yang mana bayaran akan menjadi bukti perlindungan insurans yang diberikan kepada Insured di bawah Polisi ini.

27. PREMIUM bermakna sebarang jumlah yang SYARIKAT tetapkan untuk ANDA bayar di bawah Polisi dan tidak termasuk sebarang CUKAI.

28. KEADAAN SEBELUM INI bermakna apa-apa penyakit atau keadaan yang berlaku sebelum TARIKH PENYERTAAN atau Tarikh Pengembalian Semula Polisi yang Terakhir, mengikut mana-mana yang terkemudian. Untuk tujuan ini, penyakit atau keadaan berlaku ketika diperiksa, didiagnosis atau dirawat atau ketika tanda atau gejalanya kelihatan yang menyebabkan orang biasa yang waras mendapatkan diagnosis, penjagaan atau rawatan.

29. PERBELANJAAN MUNASABAH DAN BIASA bermakna perbelanjaan yang dikenakan untuk khidmat rawatan, bekalan atau perubatan yang diperlukan untuk merawat keadaan INSURED di atas nasihat PAKAR PERUBATAN; tidak melebihi tahap bayaran biasa untuk khidmat rawatan, bekalan dan perubatan seumpamanya di tempat perbelanjaan tersebut ditanggung; dan tidak termasuk pembayaran yang tidak dikenakan jika tiada insurans tersebut.

30. AHLI KELUARGA bermaksud suami atau isteri, pasangan, adik-beradik, anak, ibubapa atau ibubapa mertua atau pasangan kepada ENTITI. Adik-beradik, anak, ibubapa atau ibubapa mertua atau pasangan termasuk hubungan biologi dan bukan biologi.

31. MASUK HOSPITAL SEMULA hendaklah bermakna MASUK HOSPITAL dua (2) kali atau lebih disebabkan KECEDERAAN yang sama atau sebarang kerumitan yang timbul daripadanya, MASUK HOSPITAL yang tersebut hendaklah dianggap sebagai satu (1) kali MASUK HOSPITAL sekiranya setiap satunya tidak diselangi tempoh yang melebihi sembilan puluh (90) hari dari tarikh MASUK HOSPITAL yang telah atau boleh dibayar dan berlaku terus mengikut terlantar yang dahulu. Peraturan ini hendaklah dipatuhi bagi menentukan had faedah.

32. JUMLAH YANG DIINSURANSKAN bererti amaun permulaan insurans dalam Polisi apabila ia dikeluarkan dan dinyatakan pada HALAMAN MAKLUMAT POLISI. Jika JUMLAH YANG DIINSURANSKAN dikurangkan kemudiannya mengikut terma dan syarat Polisi, maka amaun yang berkurangan selepas pindaan tersebut akan menjadi JUMLAH YANG DIINSURANSKAN.

33. CUKAI ditakrifkan sebagai sebarang cukai sama ada cukai semasa atau masa depan, secara langsung atau tidak langsung, termasuk cukai jualan, cukai perkhidmatan, sebarang cukai lain yang sama sifatnya, levi, impos, duti, caj, yuran, penolakan atau sebarang jenis penangguhan, dan sebarang faedah atau penalti yang dikenakan oleh Kerajaan Malaysia.

34. EMPUNYA POLISI atau PEMILIK bermakna orang atau entiti yang menguatkuasakan Polisi ini, yang semestinya mempunyai kepentingan kewangan ke atas INSURED.

35. ANDA bermaksud INSURED.

(12)

BAHAGIAN II FAEDAH

Semasa Polisi ini berkuat kuasa, SYARIKAT akan membayar kepada INSURED faedah-faedah yang terdapat dalam Bahagian II Polisi ini seperti yang tertera di dalam HALAMAN MAKLUMAT POLISI atau sebarang ENDORSAN yang dilampirkan pada Polisi ini apabila INSURED mengalami KECEDERAAN seperti yang ditakrifk dalam Polisi ini, tertakluk kepada terma, peruntukan dan syarat yang terkandung dalam kontrak ini atau yang munkin diendors padanya.

SEKSYEN I FAEDAH KEMATIAN DAN PENGUDUNGAN AKIBAT KEMALANGAN

Apabila disebabkan oleh KECEDERAAN INSURED mengalami mana-mana daripada KEJADIAN berikut seperti yang tertera di bawah, SYARIKAT akan membayar KEJADIAN tersebut dengan syarat KEJADIAN tersebut berlaku dalam tempoh tiga ratus enam puluh lima (365) hari dari tarikh KEMALANGAN dan menurut Jadual Tanggung Rugi serta peruntukan yang ditetapkan di bawah:

Jadual Tanggung Rugi:-

KEJADIAN % JUMLAH YANG DIINSURANSKAN

Kehilangan nyawa ...100%

Buta kedua-dua mata yang kekal dan menyeluruh...100%

Buta satu mata yang kekal dan menyeluruh...100%

Kehilangan atau hilang keupayaan dua kaki/tangan yang kekal dan menyeluruh... 100%

Kehilangan atau hilang keupayaan satu kaki/tangan yang kekal dan menyeluruh...100%

Kehilangan upaya pertuturan dan pendengaran yang kekal...100%

Ketaksiuman yang kekal dan tidak boleh diubati...100%

Lumpuh secara menyeluruh dan kekal ...100%

Hilang pendengaran yang kekal dan menyeluruh - kedua-dua telinga ...75%

- satu telinga ...25%

Kehilangan upaya pertuturan yang kekal ...50%

Kehilangan kanta satu mata yang kekal dan menyeluruh...50%

Kehilangan atau hilang keupayaan empat jari dan ibu jari yang kekal dan menyeluruh - tangan kanan ...70%

- tangan kiri ...50%

Kehilangan atau hilang keupayaan empat jari yang kekal dan menyeluruh - tangan kanan ...40%

- tangan kiri ...30%

Kehilangan atau hilang keupayaan satu ibu jari yang kekal dan menyeluruh - kedua-dua kerat di tangan kanan...30%

- satu kerat di tangan kanan...15%

- kedua-dua kerat di tangan kiri...20%

- satu kerat di tangan kiri ...10%

Kehilangan atau hilang keupayaan jari-jari yang kekal dan menyeluruh - tiga kerat di tangan kanan...10%

- dua kerat di tangan kanan...7.5% - satu kerat di tangan kanan...5%

- tiga kerat di tangan kiri...7.5% - dua kerat di tangan kiri...5%

- satu kerat di tangan kiri ...2%

Kehilangan atau hilang kupayaan jari kaki yang kekal dan menyeluruh - semua jari pada satu kaki...15%

- kedua-dua kerat pada ibu jari kaki...5%

- satu kerat pada ibu jari kaki...3%

- lain-lain jari kaki, tiap-tiap jari...2%

Patah kaki atau patela yang tidak boleh disatukan walaupun dibuat usaha perubatan selepas dua puluh enam (26) minggu dari tarikh kemalangan berlaku...10%

Pemendekan kaki yang sekurang-kurangnya lima (5) cm ...7.5%

SYARIKAT akan menentukan peratusan JUMLAH YANG DIINSURANSKAN yang perlu dibayar untuk Hilang Upaya Kekal yang tidak ditetapkan dalam jadual di atas

(13)

Jika INSURED kidal, Peratus faedah yang boleh dibayar bagi pelbagai hilang upaya untuk tangan kanan akan bertukar kepada tangan kiri.

Sekiranya KEJADIAN yang berturut-turut timbul daripada KEMALANGAN yang sama, SYARIKAT hanya akan bayar untuk satu (1) KEJADIAN, yang merupakan tanggung rugi tertinggi yang boleh dibayar di bawah Seksyen ini. Tanggungan maksimum oleh SYARIKAT di bawah Seksyen ini tidak akan melebihi seratus peratus (100%) JUMLAH YANG DIINSURANSKAN bagi Faedah ini.

Mana-mana KEJADIAN khusus yang berlaku ke atas INSURED yang tanggung ruginya mencapai seratus peratus (100%) daripada JUMLAH YANG DIINSURANSKAN bagi Faedah ini adalah dibayar, dengan serta- merta akan menamatkan Polisi ini. Jika KEJADIAN khusus yang dibayar kurang daripada seratus peratus (100%), maka perlindungan akan terus berkuat kuasa untuk baki peratus JUMLAH YANG DIINSURANSKAN bagi Polisi ini tetapi hanya untuk tempoh belum tamat yang PREMIUMnya telah dibayar. Selepas itu, Polisi ini akan tamat. Penamatan Polisi ini hendaklah dibuat tanpa menjejaskan apa-apa tuntutan yang timbul sebelum penamatan tersebut. Pembayaran atau penerimaan apa-apa PREMIUM di bawah seksyen ini selepas penamatan Polisi tidak akan menimbulkan apa-apa tanggungan tetapi SYARIKAT akan membayar balik apa- apa PREMIUM tersebut.

SEKSYEN II FAEDAH HILANG UPAYA MENYELURUH DAN KEKAL

Apabila disebabkan oleh KECEDERAAN dan bermula dalam tempoh tiga ratus enam puluh lima (365) hari dari tarikh KEMALANGAN, INSURED mengalami hilang upaya secara menyeluruh, berlanjutan dan kekal serta terhalang daripada:-

a) melakukan setiap pekerjaan untuk memperoleh pampasan atau keuntungan yang dengannya dia sewajarnya mempunyai kelayakan daripada pendidikan, latihan atau pengalamannya; atau

b) melakukan tiga (3) atau lebih AKTIVITI KEHIDUPAN HARIAN seperti yang ditakrifkan dalam Bahagian I Polisi ini, jika dia tidak mempunyai sebarang pekerjaan ketika KECEDERAAN berlaku,

maka SYARIKAT akan membayar, dengan syarat Hilang Upaya Menyeluruh Dan Kekal tersebut berlanjutan selama tempoh dua belas (12) bulan berturut-turut dan adalah menyeluruh, berlanjutan serta KEKAL pada akhir tempoh ini, JUMLAH YANG DIINSURANSKAN bagi Faedah Kematian dan Pengudungan Akibat Kemalangan seperti yang tertera pada HALAMAN MAKLUMAT POLISI atau mana-mana ENDORSEMEN yang dilampirkan padaPolisi ini, ditolak apa-apa jumlah lain yang dibayar atau kena dibayar di bawah Seksyen I Bahagian II Polisi ini akibat KEMALANGAN yang sama.

SEKSYEN III FAEDAH SARA HIDUP BULANAN

Apabila disebabkan KECEDERAAN INSURED mengalami Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal seperti di bawah Seksyen II Bahagian II atau mana-mana satu (1) kategori bagi Keadaan yang dinyatakan di bawah ini bermula dalam tempoh tiga ratus enam puluh lima (365) hari dari tarikh KEMALANGAN, dengan syarat Faedah dalam Seksyen I dan/atau II Bahagian II dibayar atau boleh dibayar, maka SYARIKAT akan membayar Faedah Sara Hidup Bulanan.

Keadaan

Hilang upaya menyeluruh dan kekal (seperti dihuraikan dalam Seksyen II Bahagian II) Buta kedua-dua mata yang kekal dan menyeluruh

Buta satu mata yang kekal dan menyeluruh

Kehilangan upaya pertuturan dan pendengaran yang kekal

Kehilangan atau hilang keupayaan dua kaki/tangan yang kekal dan menyeluruh Kehilangan atau hilang keupayaan satu kaki/tangan yang kekal dan menyeluruh Ketaksiuman yang kekal dan tidak boleh diubati

Lumpuh secara menyeluruh dan kekal

Faedah Sara Hidup Bulanan dibayar dalam ansuran bulanan bermula dengan serta merta setelah pembayaran Seksyen I dan/atau II Bahagian II sehingga tempoh maksimum selama seratus lapan puluh (180) bulan. Tetapi, SYARIKAT berhak untuk menukar cara pembayaran Faedah Sara Hidup Bulanan mengikut budi bicara mutlak SYARIKAT. Pembayaran Faedah Sara Hidup Bulanan ini adalah tertakluk kepada berlanjutannya tempoh ke atas mana-mana satu (1) kategori bagi Keadaan yang dialami oleh INSURED dalam jangka masa pembayaran.

(14)

Bukti yang menunjukkan Keadaan adalah berlanjutan – Walaupun bukti bagi mana-mana satu (1) kategori Keadaan yang berlaku seperti disebutkan di atas telah diterima sebagai bukti memuaskan oleh SYARIKAT, SYARIKAT berhak untuk menuntut, dalam jarak masa berpatutan, daripada INSURED, bukti yang menunjukkan kategori Keadaan tersebut adalah berlanjutan. Tetapi apabila kategori Keadaan tersebut telah berterusan selama dua (2) tahun penuh, SYARIKAT tidak akan menuntut bukti seumpama itu lebih daripada sekali pada setiap tahun yang berikutnya. Kegagalan menyediakan bukti yang menunjukkan kategori Keadaan seumpana itu adalah berlanjutan memberi hak kepada SYARIKAT untuk menamatkan pembayaran bulanan dengan serta merta.

Sekiranya INSURED meninggal dunia setelah SYARIKAT mulai membayar Faedah Sara Hidup Bulanan, maka baki Faedah Sara Hidup Bulanan bagi keseluruhan tempoh seratus lapan puluh (180) bulan itu hendaklah dibayar sekaligus tanpa faedah mengikut Fasal 12 (Penerima Pembayaran Tanggung Rugi).

SEKSYEN IV PEMBAYARAN BALIK PERUBATAN

Apabila disebabkan KECEDERAAN, INSURED memerlukan rawatan daripada PENGAMAL PERUBATAN BERDAFTAR atau PAKAR BEDAH, perlu dimasukkan ke HOSPITAL atau menggunakan khidmat JURURAWAT BERLESEN atau JURURAWAT SISWAZAH, SYARIKAT akan membayar PERBELANJAAN MUNASABAH DAN BIASA yang ditanggung dalam tempoh lima puluh dua (52) minggu dari tarikh KEMALANGAN untuk rawatan tersebut, bayaran HOSPITAL dan jururawat, tetapi tidak melebihi jumlah maksimum yang boleh dibayar seperti yang tertera pada HALAMAN MAKLUMAT POLISI atau apa-apa ENDORSEMEN berikutnya yang dilampirkan pada Polisi ini akibat mana-mana satu (1) KEMALANGAN.

Walau bagaimanapun, jika INSURED berhak mendapat pembayaran balik semua atau sebahagian daripada perbelanjaan tersebut dari mana-mana sumber lain, maka SYARIKAT akan hanya bertanggungan ke atas lebihan setelah menolak jumlah yang ditanggung oleh sumber lain tersebut. Segala tuntutan untuk Pembayaran Balik Perubatan mesti disokong dengan resit asal perbelanjaan perubatan.

SEKSYEN V FAEDAH KEMALANGAN HOSPITAL

Apabila disebabkan oleh KECEDERAAN, INSURED perlu dimasukkan ke HOSPITAL, SYARIKAT akan membayar Faedah Kemalangan Hospital seperti yang tertera pada HALAMAN MAKLUMAT POLISI atau apa- apa ENDORSEMEN berikutnya yang dilampirkan pada Polisi ini untuk setiap hari semasa INSURED dimasukkan ke HOSPITAL sehingga maksimum tujuh ratus tiga puluh (730) hari berhubung dengan MASUK HOSPITAL SEMULA.

MASUK HOSPITAL secara berturut-turut akibat KECEDERAAN yang sama akan dianggap sebagai satu (1) kali MASUK HOSPITAL.

Segala tuntutan untuk Faedah Kemalangan Hospital mesti dibuktikan dan disokong dengan sijil kemasukan dan discaj PENGHOSPITALAN dan/atau resit asal perubatan.

SEKSYEN VI ELAUN IHSAN

Apabila disebabkan KECEDERAAN INSURED meninggal dunia dalam tempoh tiga ratus enam puluh lima (365) hari dari tarikh KEMALANGAN, maka SYARIKAT hendaklah membayar Faedah Elaun Ihsan.

(15)

BAHAGIAN III PENGECUALIAN UMUM

SYARIKAT tidak akan bertanggungan bagi pembayaran mana-mana faedah di bawah mana-mana Seksyen Polisi ini atau mana-mana ENDORSEMEN, atau pindaan yang dilampirkan padanya untuk apa-apa KECEDERAAN yang menjadi asas tuntutan atau kerugian yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung, keseluruhan atau sebahagiannya oleh mana-mana yang berikut:

1. jangkitan bakteria (melainkan jangkitan piogen yang berlaku melalui luka akibat kemalangan);

2. keadaan yang disebabkan oleh apa-apa jenis penyakit, apa-apa keadaan yang menyebabkan perubahan secara beransur-ansur, berlaku secara semula jadi atau proses degeneratif;

3. rawatan perubatan atau pembedahan (kecuali yang diperlukan hanya disebabkan KECEDERAAN yang dilindungi oleh Polisi ini dan dilaksanakan dalam tempoh yang diberikan dalam Polisi);

4. apa-apa KECEDERAAN yang mengakibatkan hernia;

5. disebabkan oleh bunuh diri atau pembinasaan diri atau apa-apa cubaan seumpamanya atau KECEDERAAN yang disengajakan semasa siuman atau tidak siuman;

6. kerugian yang disebabkan oleh perang, serangan, perbuatan musuh luar atau operasi perang (sama ada perang diisytiharkan atau tidak), dahagi, melanggar atau cubaan melanggar undang-undang atau melawan daripada ditangkap, perang saudara, pemberontakan, revolusi, penderhakaan tentera, pakat jahat, kuasa tentera atau rampasan kuasa, pemerintahan tentera, atau keadaan darurat, atau apa-apa kejadian atau akibat yang menentukan pengisytiharan atau pengekalan undang-undang tentera atau keadaan darurat, perampasan, kuarantin, atau peraturan kastam atau pemiliknegaraan oleh atau di bawah perintah mana-mana kerajaan atau pihak berkuasa awam atau tempatan;

7. semasa INSURED berkhidmat dalam Angkatan Tentera mana-mana negara atau pihak berkuasa antarabangsa, sama ada dalam keadaan aman atau perang, dan dalam kejadian tersebut, atas permintaan INSURED, SYARIKAT akan mengembalikan PREMIUM prorata untuk apa-apa tempoh perkhidmatan tersebut;

8. kehamilan, kelahiran anak atau keguguran, atau apa-apa komplikasi daripadanya;

9. penglibatan INSURED dalam sukan bertaraf profesional atau apabila INSURED akan atau boleh mendapat pendapatan atau ganjaran daripada penglibatannya dalam sukan tersebut;

10. rawatan gigi (kecuali perlu disebabkan oleh KECEDERAAN untuk mencabut gigi asal);

11. gangguan mental atau saraf, penggunaan apa-apa jenis dadah/narkotik (selain yang diambil menurut rawatan yang diberi dan diarahkan oleh PENGAMAL PERUBATAN BERDAFTAR, tetapi bukan untuk rawatan ketagih dadah atau alkohol);

12. apa-apa KEADAAN SEBELUM INI;

13. apa-apa anomali kongenital dan keadaan yang timbul daripada atau diakibatkan daripadanya;

14. AIDS, jangkitan oportunistik atau neoplasma malignan yang disebabkan oleh AIDS, AIDS (Untuk tujuan Polisi ini, ‘AIDS’ atau ‘Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit’ hendaklah mempunyai makna yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit termasuk H.I.V (Virus Kurang Daya Tahan Penyakit), Ensefalopati (dementia) dan Sindrom Susut Badan H.I.V.);

(16)

15. memasuki, mengendali, atau menservis, menaiki atau turun dari atau mana-mana pesawat atau kenderaan udara sebagai operator/juruterbang atau anak kapal/pengendali pengangkutan udara, kecuali semasa INSURED menaiki pesawat sedemikian sebagai penumpang di dalam pesawat udara yang dikendalikan oleh i) sistem penerbangan penumpang komersial bagi perjalanan penumpang berjadual tetap yang mengikuti laluan penerbangan yang biasa, ii) mana-mana pesawat yang memiliki SIJIL LAYAK TERBANG terkini yang sah dan iii) mana-mana pengangkutan jenis pesawat yang dikendalikan oleh Khidmat Pengangkutan Udara Tentera (MATS atau Military Air Transport Service) Amerika Syarikat atau pihak berkuasa yang seumpamanya bagi kerajaan yang diiktiraf di mana-mana negara di dunia;

16. sebarang bentuk perlumbaan.

BAHAGIAN IV PERUNTUKAN UMUM

1. KONTRAK

Polisi dikeluarkan sejajar dengan pembayaran dari PREMIUM yang ditentukan dalam HALAMAN MAKLUMAT POLISI dan menurut kepada kenyataan yang telah dikemukakan di dalam borang permohonan /cadangan (atau semasa permohonan insuran ini) dan segala kenyataan yang telah dibuat oleh pihak ANDA pada atau semasa penyerahan borang permohonan /cadangan (atau semasa permohonan insuran ini) dan pada masa perjanjian ini ditandatangani. Jawapan dan sebarang pernyataan lain yang ANDA berikan akan menjadi sebahagian daripada kontrak insurans antara ANDA dan pihak SYARIKAT. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat sebarang salah nyata semasa pra- kontrak berhubung dengan jawapan ANDA atau di mana-mana pernyataan yang diberikan oleh ANDA, hanya remedi yang terdapat dalam Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 akan diguna pakai.

Polisi ini bertindak atas terma-terma dan syarat-syarat kontrak insurans seperti yang telah dipersetujui antara ANDA dan SYARIKAT.

Polisi ini menetapkan perlindungan insurans yang ANDA terima seperti yang ditunjukkan dalam Jadual dan keadaan di mana ANDA dilindungi dan tidak dilindungi.

Sesetengah perkataan dan pernyataan dicetak dalam huruf besar kerana ianya mempunyai makna yang khusus di dalam Polisi. ANDA boleh mendapatkan maksudnya di bahagian Definisi.

2. PEMBAYARAN PREMIUM – TUNAI SEBELUM PERLINDUNGAN

ANDA mesti membayar PREMIUM sebelum perlindungan di bawah Polisi ini berkuat kuasa.

3. KOMUNIKASI

Semua komunikasi dengan SYARIKAT mesti dibuat secara bertulis. Endorsan kontrak Polisi ini mesti dikeluarkan dan ditandatangani oleh pihak SYARIKAT.

4. KEWAJIPAN PENDEDAHAN SEBELUM INSURANS INI DIBERIKAN

Apabila ANDA telah memohon insurans ini sepenuhnya untuk tujuan yang tidak berkaitan dengan perdagangan ANDA, perniagaan atau profesion ANDA, ANDA mempunyai kewajipan untuk mengambil langkah yang munasabah untuk tidak salah nyata dalam menjawab soalan yang terdapat dalam borang permohonan /cadangan (atau semasa permohonan insurans ini) seperti contoh, ANDA perlu menjawab soalan dengan penuh dan tepat. Kegagalan dalam mengambil langkah munasabah dalam menjawab soalan-soalan boleh mengakibatkan pembatalan kontrak insurans, keengganan atau pengurangan gantirugi, perubahan terma atau penamatan kontrak insurans ANDA selaras dengan remedi di Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013. ANDA juga dikehendaki mendedahkan perkara-perkara lain yang ANDA tahu akan mempengaruhi keputusan SYARIKAT dalam menerima risiko dan menentukan kadar dan terma yang akan dikenakan.

ANDA juga mempunyai kewajipan untuk memberitahu SYARIKAT dengan serta-merta jika pada bila- bila masa selepas kontrak insurans ANDA ditandatangani, diubah atau diperbaharui dengan SYARIKAT, apa-apa maklumat yang diberikan di dalam borang permohonan /cadangan (atau semasa permohonan insurans ini) tidak tepat atau telah berubah.

(17)

5. KEWAJIPAN PENDEDAHAN SEPANJANG TEMPOH INSURANS INI

Sepanjang tempoh insurans ini, ANDA dikehendaki memberitahu SYARIKAT dengan serta-merta tentang apa-apa perubahan dalam pekerjaan ANDA, tugasan kerja, aktiviti sukan atau apa-apa maklumat berkaitan yang boleh meningkatkan risiko.

SYARIKAT mungkin:

i) meminta ANDA membayar PREMIUM tambahan bagi peningkatan risiko tersebut atau ii) membuat perubahan kepada terma dan syarat Polisi ini atau

iii) membiarkan terma, syarat dan PREMIUM Polisi seadanya tanpa diubah.

ANDA akan hanya dilindungi untuk apa-apa peningkatan risiko jika dipersetujui secara bertulis oleh pihak SYARIKAT.

6. KEWAJIPAN UNTUK MEMATUHI SYARAT

SYARIKAT hanya bertanggungjawab membuat sebarang pembayaran di bawah Polisi jika ANDA telah mematuhi terma, peruntukan, syarat dan Endorsan Polisi pada setiap masa.

7. PENGUBAHSUAIAN

Hanya Pengerusi Lembaga, Pengarah Urusan, Presiden, Naib Presiden, Naib Presiden Wilayah, Aktuari, atau Pendaftar SYARIKAT yang boleh membuat atau mengubah suai kontrak, melanjutkan tempoh pembayaran apa-apa PREMIUM atau mengetepikan mana-mana hak atau keperluan SYARIKAT.

8. TEMPOH IHSAN

Tempoh Ihsan selama tiga puluh satu (31) hari dari Tarikh Genap Tempoh PREMIUM akan diberikan bagi pembayaran setiap PREMIUM selepas PREMIUM pertama semasa tempoh Polisi ini masih berkuat kuasa. Dengan syarat bahawa, jika kerugian berlaku dalam tempoh ihsan, apa-apa baki PREMIUM belum jelas yang perlu dibayar bagi genap tahun polisi yang berlakunya kerugian akan ditolak daripada keuntungan yang perlu dibayar di bawah Polisi.

9. PEMBAHARUAN

Polisi ini akan berkuat kuasa sehingga Tarikh Genap Tempoh PREMIUM Pembaharuan Pertama dan boleh dibaharui untuk tempoh berturutan seterusnya melalui pembayaran sebelum pembayaran PREMIUM pada kadar PREMIUM SYARIKAT yang berkuat kuasa pada masa pembaharuan tertakluk kepada Tempoh Ihsan yang diperuntukkan dalam perjanjian ini. SYARIKAT mempunyai hak untuk tidak membaharui polisi ini dengan mengeluarkan notis pembatalan, atau menyemak atau menyelaraskan PREMIUM menurut kadar PREMIUM SYARIKAT yang terpakai semasa pembaharuan tersebut.

Polisi ini boleh dibaharui pada setiap Ulang Tahun Polisi sebelum hari lahir ketujuh puluh lima (ke-75) INSURED dan tertakluk kepada Fasal 24 dan Fasal 26 Bahagian IV Polisi ini dengan pengeluaran sijil pembaharuan apabila PREMIUM pembaharuan berserta dengan duti setem diterima.

Satu salinan borang permohonan /cadangan yang terdahulu ANDA akan disertakan bersama dengan notis pembaharuan atau disertakan dengan kontrak Polisi asal. Sila baca borang permohonan /cadangan terdahulu ANDA dan mengambil langkah yang munasabah untuk mengesahkan sama ada maklumat yang diberikan dalam borang permohonan /cadangan terdahulu ANDA telah berubah. ANDA mesti memberitahu SYARIKAT jika sebarang maklumat dalam borang permohonan /cadangan terdahulu ANDA telah berubah. Jika ANDA tidak pasti sama ada sesuatu perubahan akan mempengaruhi perlindungan Polisi ANDA, sila tanya SYARIKAT.

Kontrak Insurans Pengguna

Menurut Perenggan 5 daripada Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, jika ANDA memohon insurans ini sepenuhnya untuk tujuan yang tidak berkaitan perdagangan, perniagaan atau profesion ANDA, ANDA mempunyai kewajipan untuk mengambil langkah yang munasabah untuk tidak salah nyata semasa pengesahan atau pemindaan apa-apa maklumat terdahulu. Jika ANDA tidak pasti sama ada sesuatu perubahan akan memberi kesan kepada perlindungan Polisi ANDA, sila rujuk kepada SYARIKAT.

(18)

Kegagalan mengambil langkah yang munasabah dalam pengesahan atau pemindaan apa-apa maklumat terdahulu mungkin mengakibatkan pembatalan kontrak insurans ANDA, keengganan atau pengurangan ganti rugi, perubahan terma atau penamatan kontrak insurans ANDA.

Kewajipan pendedahan di atas hendaklah diteruskan sehingga kontrak insurans ANDA dimeterai, diubah atau diperbaharui dengan SYARIKAT.

Sebagai tambahan kepada pengesahan dan pemindaan apa-apa maklumat terdahulu, ANDA dikehendaki untuk mendedahkan apa-apa perkara lain yang ANDA tahu akan mempengaruhi keputusan SYARIKAT dalam menerima risiko dan menentukan kadar dan terma yang dikenakan.

ANDA juga mempunyai kewajipan untuk memberitahu SYARIKAT dengan serta-merta jika pada bila- bila masa selepas kontrak insurans ANDA ditandatangani, diubah atau diperbaharui dengan SYARIKAT, apa-apa maklumat yang dinyatakan dalam notis pembaharuan ini dan/atau borang permohonan /cadangan terdahulu tidak tepat atau sudah berubah.

10. PENGEMBALIAN SEMULA

Jika PREMIUM gagal dibayar selepas Tempoh Ihsan, Polisi boleh dikembalikan oleh SYARIKAT dalam tempoh enam puluh (60) hari selepas tarikh genap tempoh PREMIUM yang gagal dibayar, dengan syarat permohonan bertulis untuk Pengembalian Semula diserahkan oleh INSURED untuk diluluskan oleh SYARIKAT dan INSURED membayar semua PREMIUM lewat tempoh. Polisi yang Dikembalikan Semula akan hanya menampung kerugian yang disebabkan oleh KECEDERAAN seperti yang mungkin dialami selepas tarikh Pengembalian Semula. Dalam semua aspek lain INSURED dan SYARIKAT mempunyai hak yang sama di bawah peruntukan ini sebagaimana yang terdapat dalam Polisi sebaik sebelum tarikh genap tempoh bagi PREMIUM yang gagal dibayar, tertakluk kepada mana-mana peruntukan diendors padanya atau dilampirkan padanya yang berkaitan dengan pengembalian semula.

11. PEMBERITAHUAN, PROSEDUR DAN PENYELESAIAN TUNTUTAN

a) Notis bertulis tentang sebarang kejadian yang mungkin menimbulkan tuntutan hendaklah dikemukakan kepada SYARIKAT secepat yang mungkin sewajarnya dan dalam apa jua keadaan tidak lewat daripada hari selepas kemalangan yang menyebabkan KECEDERAAN tersebut.

b) ANDA hendaklah mendapatkan nasihat perubatan atau pembedahan dan bertindak atasnya secepat yang mungkin dilakukan.

c) ANDA mungkin perlu menjalani pemeriksaan perubatan selanjutnya atas perbelanjaan SYARIKAT.

d) SYARIKAT hanya akan membayar manfaat jika sebarang sijil perubatan dan bukti lain yang mungkin SYARIKAT perlu diberikan atas permintaan dan perbelanjaan ANDA.

e) Bukti kerugian mestilah diberikan kepada SYARIKAT di ibu pejabat SYARIKAT dalam tempoh sembilan puluh (90) hari selepas tarikh kerugian tersebut.

f) Apabila manfaat dibayar, selepas ANDA memberi SYARIKAT resit atau bukti pelepasan, liabiliti SYARIKAT bagi keadaan tersebut akan dikurangkan sebanyak jumlah yang dibayar atau tamat jika manfaat penuh telah dibayar.

g) SYARIKAT berhak untuk menolak tuntutan sekiranya SYARIKAT tidak berpuas hati dengan bukti yang diberikan untuk mengesahkan sama ada:

i. Identiti ANDA atau ii. Keadaan kehilangan.

h) Sekiranya berlaku KECEDERAAN yang menyebabkan kematian, SYARIKAT berhak untuk menjalankan pemeriksaan post-mortem atas perbelanjaan SYARIKAT.

(19)

12. PENERIMA PEMBAYARAN TANGGUNG RUGI

Pembayaran bagi kehilangan nyawa INSURED akan dibayar kepada Penama jika dia hidup lebih lama daripada INSURED, jika tidak, pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak yang menguruskan harta pusaka INSURED. Pembayaran lain yang dibuat bagi Polisi ini akan dibayar kepada INSURED.

Jika berkenaan dengan PEMILIK yang bukan INSURED, pembayaran bagi kehilangan nyawa INSURED akan dibayar kepada PEMILIK. Pembayaran lain dibuat bagi Polisi ini berhubung dengan INSURED akan dibayar kepada PEMILIK.

13. PENAMAAN

Menurut Perenggan 5(1) Jadual 10 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, suatu penamaan boleh PEMILIK, yang bukan beragama Isalam hendaklah mewujudkan suatu amanah atas penama bagi wang polisi yang kena dibayar atas kematian PEMILIK polisi, sekiranya:-

a) penama itu adalah suaminya atau isterinya, atau anaknya; atau

b) penama adalah ibu atau bapanya (jika tiada suami atau isteri atau anak yang masih hidup pada masa penamaan).

Seorang penama bagi PEMILIK yang beragama Islam hendaklah mengagihkan wang polisi menurut undang-undang Islam selepas menerima wang polisi.

14. HAK PENAMA

Kebenaran Penama tidak diperlukan untuk menyerahkan atau menyerahkan hak Polisi ini, atau menukar Penama atau membuat apa-apa perubahan lain dalam Polisi ini, melainkan Penama tersebut ialah Pemegang Amanah atau Pemegang Amanah telah dilantik, maka kebenaran bertulis daripada Pemegang Amanah diperlukan. Penukaran Penama di bawah Polisi ini tidak akan mengikat SYARIKAT, melainkan kebenaran tersebut dengan rasminya diendors padanya oleh pegawai SYARIKAT yang dinamakan dalam peruntukan “Pengubahsuaian” bagi Polisi ini.

15. PEMBAYARAN SEGERA TANGGUNG RUGI

Semua tanggung rugi yang diperuntukkan dalam Polisi ini bagi kerugian selain yang disebabkan oleh hilang upaya akan segera dibayar setelah SYARIKAT menerima dan mengesahkan bukti kerugian.

16. PEMILIKAN POLISI

Kecuali diperuntukkan sebaliknya secara nyata melalui ENDORSEMEN dalam Polisi, SYARIKAT berhak menganggap PEMILIK sebagai PEMILIK mutlak Polisi. SYARIKAT tidak terikat untuk mengiktiraf apa-apa tuntutan ekuiti atau tuntutan lain ke atas Polisi atau kepentingan dalam Polisi.

Penerimaan bayaran prosid insurans yang akan dibayar di bawah Polisi atau Manfaat oleh PEMILIK (atau oleh wakilnya yang sah atau yang diberi kuasa) sahaja hendaklah merupakan pelepasan efektif bagi semua obligasi dan liabiliti SYARIKAT.

17. SILAP NYATA UMUR

Semua umur yang dirujuk dalam Polisi ini merupakan umur pada hari lahir terakhir INSURED. Jika umur yang sebenar INSURED tidak termasuk dalam lingkungan minima dan maksima yang tertera di Polisi ini, SYARIKAT mempunyai hak untuk tidak membaharui Polisi ini dengan mengeluarkan notis pembatalan semasa pembaharuan tersebut.

(20)

18. PEMERIKSAAN KESIHATAN

SYARIKAT mempunyai hak dan alasan untuk memeriksa INSURED pada masa dan sekerap yang mungkin dirasakan perlu wajar sementara menunggu tuntutan di bawah Seksyen ini, SYARIKAT juga mempunyai hak dan alasan untuk menjalankan autopsi jika berlaku kematian apabila autopsi tersebut tidak dilarang oleh undang-undang.

19. TEMPOH TINDAKAN GUAMAN

Tindakan undang-undang atau ekuiti terhadap SYARIKAT tidak boleh dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan faedah daripada Polisi ini sebelum tamat tempoh enam puluh (60) hari selepas bukti kerugian difailkan menurut kehendak Polisi ini. Tindakan seumpamanya tidak boleh dibuat selepas tamat tempoh six (6) tahun selepas tempoh bukti kerugian bertulis tersebut perlu diberikan.

20. PEMATUHAN UNDANG-UNDANG

Mana-mana peruntukan Polisi ini yang pada TARIKH PENYERTAANNYA bercanggah dengan undang- undang di negara Polisi ini dikuatkuasakan atau dikeluarkan untuk penguatkuasaan dengan ini dipinda untuk mematuhi kehendak minimum undang-undang tersebut.

21. FASAL HAD DAN PENGECUALIAN SEKATAN

(1) SYARIKAT tidak akan memberi perlindungan untuk sebarang risiko dan/atau aktiviti dan tidak akan bertanggungjawab membayar sebarang tuntutan atau manfaat di bawah Polisi ini sekiranya peruntukan bagi perlindungan, pembayaran tuntutan atau peruntukan manfaat tersebut akan mendedahkan SYARIKAT kepada mana-mana sekatan, larangan atau batasan di bawah resolusi Bangsa-bangsa Bersatu (UN) atau sekatan perdagangan atau ekonomi, undang-undang atau peraturan-peraturan Kesatuan Eropah (EU), United Kingdom atau Amerika Syarikat, atau mana- mana negeri di bawahnya, dan/atau sebarang undang-undang atau peraturan-peraturan sekatan ekonomi atau perdagangan lain yang berkenaan.

(2) SYARIKAT tidak akan memberi perlindungan untuk sebarang risiko dan/atau aktiviti dan tidak akan bertanggungjawab membayar sebarang tuntutan atau manfaat di bawah Polisi ini sekiranya peruntukan perlindungan, pembayaran tuntutan atau peruntukan manfaat tersebut adalah untuk dan/atau kepada mana-mana ENTITI dan/atau AHLI KELUARGA/KENALAN BERSEKUTU RAPAT mana-mana ENTITI.

(3) SYARIKAT boleh menamatkan Polisi ini dengan serta-merta dan selepas itu, tidak perlu menjalankan sebarang transaksi perniagaan dengan PEMILIK berkaitan dengan Polisi ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada pembuatan atau penerimaan sebarang bayaran di bawah Polisi ini.

22. CUKAI, CAJ, YURAN, BAYARAN LAIN YANG DIKENAKAN OLEH UNDANG-UNDANG

PREMIUM yang akan dibayar oleh PEMILIK kepada SYARIKAT di bawah Polisi ini adalah tidak termasuk sebarang CUKAI. Sekiranya di bawah undang-undang, SYARIKAT perlu membayar CUKAI di atas premium yang dibayar oleh PEMILIK, SYARIKAT akan mengira dan memungut dari PEMILIK sebarang amaun yang dibayar atau perlu dibayar di bawah Polisi ini disebabkan oleh sebarang CUKAI.

Amaun tersebut seperti yang dikira oleh SYARIKAT, perlu dibayar oleh PEMILIK sebagai tambahan kepada dan tanpa sebarang penolakan atau pengurangan daripada PREMIUM yang perlu dibayar kepada SYARIKAT di bawah Polisi ini.

(21)

23. PERTUKARAN PEKERJAAN

Jika INSURED mengalami KECEDERAAN selepas bertukar kerja kepada pekerjaan yang dikelaskan oleh SYARIKAT sebagai lebih berbahaya daripada yang dinyatakan dalam borang permohonan /cadangan atau ENDORSAN berikutnya pada Polisi ini atau mengambil upah apa-apa yang berkaitan dengan pekerjaan yang dikelaskan, SYARIKAT akan hanya membayar bahagian tanggung rugi yang tertera dalam Polisi ini berasaskan tanggung rugi yang bersesuaian mengikut PREMIUM yang dibayar pada kadar dan dalam had yang telah ditentukan oleh SYARIKAT untuk pekerjaan yang lebih berbahaya itu.

Jika INSURED menukar pekerjaannya kepada pekerjaan yang dikelaskan oleh SYARIKAT sebagai tidak boleh diinsuranskan, maka SYARIKAT tidak akan bertanggungjawab untuk melindungi sebarang kerugian yang dialami berhubung dengan pekerjaan tersebut.

Dalam menerima pakai peruntukan ini, risiko pengelasan pekerjaan dan kadar PREMIUM adalah seperti yang telah diisytiharkan oleh SYARIKAT sebelum berlakunya kehilangan yang SYARIKAT bertanggungan atau sebelum tarikh bukti penukaran pekerjaan.

24. PENAMATAN INSURANS

Polisi ini akan tamat dengan sendirinya pada mana-mana tarikh berikut yang lebih awal:- (a) jika apa-apa PREMIUM bagi Polisi ini masih tidak berbayar pada akhir Tempoh Ihsan;

(b) pada akhir tahun Polisi ketika INSURED mencapai umur tujuh puluh lima (75) tahun;

(c) pada tarikh KEMALANGAN yang mengakibatkan apa-apa kerugian akibat KEMALANGAN yang seratus peratus (100%) JUMLAH YANG DIINSURANSKAN bagi Faedah Kematian Dan Pengudungan Akibat Kemalangan (Seksyen I Bahagian II) atau Faedah Hilang Upaya Menyeluruh Dan Kekal (Seksyen II Bahagian II) dan/atau Faedah Sara Hidup Bulanan (Seksyen III Bahagian II) dan/atau Elaun Ihsan (Seksyen VI Bahagian II) Polisi ini telah dibayar atau akan dibayar;

(d) pada tarikh INSURED meninggal dunia; atau

(e) tarikh Polisi ini tamat atau dibatalkan mengikut Fasal 26 Bahagian IV Polisi ini.

Penamatan atau pembatalan Polisi ini hendaklah dibuat tanpa menjejaskan sebarang tuntutan yang timbul sebelum penamatan tersebut. Pembayaran atau penerimaan sebarang PREMIUM di bawah seksyen ini selepas penamatan Polisi tidak akan menjadi sebarang tanggungan tetapi SYARIKAT akan membayar balik sebarang PREMIUM tersebut.

25. PENYERAHAN HAK

Penyerahan hak faedah di bawah Polisi ini tidak akan mengikat SYARIKAT melainkan dan sehingga polisi asal atau salinannya difailkan di Ibu Pejabat. SYARIKAT tidak bertanggungjawab ke atas kesahihan sesuatu penyerahan hak.

26. PEMBATALAN

a) ANDA berhak untuk membatalkan Polisi ini pada bila-bila masa dengan memberikan notis bertulis kepada SYARIKAT yang menyatakan tarikh Pembatalan yang diingini kepada SYARIKAT, selepas itu Pembatalan akan berkuat kuasa pada tarikh yang diingini tersebut. Sekiranya tarikh Pembatalan yang diingini adalah sebelum tarikh Kami menerima notis, Pembatalan akan berkuat kuasa pada tarikh notis tersebut yang diterima oleh SYARIKAT. ANDA berhak untuk mendapat bayaran balik PREMIUM selepas SYARIKAT menolak kadar jangka pendek yang lazim.

b) SYARIKAT boleh membatalkan Polisi ini secara munasabah pada bila-bila masa dengan menghantar notis bertulis (14) empat belas hari ke alamat terakhir ANDA yang diketahui dan SYARIKAT akan membayar balik PREMIUM secara prorata untuk tempoh insurans yang belum tamat.

c) Bayaran balik wang kerana pembatalan tidak akan dibuat jika:

- Polisi ini telah dibayar dengan kaedah bayaran PREMIUM bulanan;

- jika jumlah yang dikembalikan kurang daripada Ringgit Malaysia sepuluh (RM10);

- Pembatalan berlaku dalam tempoh yang tiada bayaran balik PREMIUM, seperti yang ditunjuk dalam Jadual Pembatalan Kadar Jangka Pendek;

(22)

Jadual Pembatalan Kadar Jangka Pendek

“x” merujuk kepada tempoh diantara Tarikh Genap Tempoh Premium yang terakhir atau Tarikh Polisi,

mana-mana tarikh yang lebih lewat, dan tarikh Pembatalan

% Premium Tahunan/Setengah Tahun/Suku Tahunan untuk Dikembalikan

(akibat Pembatalan Polisi)

1 hari ≤ x < 2 bulan 60%

2 bulan ≤ x < 3 bulan 50%

3 bulan ≤ x < 4 bulan 40%

4 bulan ≤ x < 5 bulan 30%

5 bulan ≤ x < 6 bulan 25%

x bersama atau lebih 6 bulan 0% (Premium tidak dikembalikan) 27. SALAH NYATA/PENIPUAN

SYARIKAT boleh membatalkan Polisi ini dan menolak semua tuntutan dalam mana-mana kes berikut:

a) Jika sebarang tuntutan yang dibuat adalah palsu atau berlebih-lebihan;atau

b) Jika sebarang perakuan atau kenyataan palsu dibuat untuk menyokong sebarang tuntutan, walaubagaimanapun jika salah nyataan adalah cuai atau ikhlas, SYARIKAT berhak mengambil sebarang remedi yang diperlukan berdasarkan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

28. KEHILANGAN

Jika, setelah SYARIKAT menyemak semua bukti yang ada, SYARIKAT berpuas hati bahawa kehilangan ANDA boleh diandaikan sebagai kematian ANDA disebabkan oleh KECEDERAAN, SYARIKAT akan membayar manfaat kematian akibat kemalangan. Sekiranya pada bila-bila masa selepas SYARIKAT membuat pembayaran, ANDA didapati masih hidup, bayaran mesti dipulangkan kepada SYARIKAT.

29. PROSEDUR ADUAN

SYARIKAT percaya ANDA berhak untuk mendapat perkhidmatan yang berhemah, adil dan segera.

Jika wujud sebarang keadaan yang menjadikan perkhidmatan SYARIKAT tidak menepati jangkaan ANDA, sila hubungi SYARIKAT menggunakan butir-butir hubungan di bawah dan memberikan nombor polisi/nombor tuntutan dan Nama INSURED:

1. Pertama, dengan jabatan atau orang yang ANDA hubungi bila berurusan dengan SYARIKAT untuk memaklumkan bagaimana ANDA mahu masalah diselesaikan.

2. Kedua, jika masalah tidak diselesaikan dengan cara yang memuaskan ANDA, maka ANDA boleh membuat aduan bertulis secara formal kepada Unit Perhubungan Pelanggan melalui:

No. Telefon : 1300 88 1899 Faksimile : +603 2056 2291 E-mel : [email protected] Laman Web : www.aia.com.my Alamat : Menara AIA

99 Jalan Ampang 50450 Kuala Lumpur

SYARIKAT akan memperakui aduan secara emel dalam masa lima (5) hari bekerja, dan aduan secara surat dalam masa sepuluh (10) hari bekerja, dan memaklumkan ANDA tentang perkembangannya.

SYARIKAT akan berusaha sedaya upaya SYARIKAT untuk menyelesaikan perkara yang berbangkit dengan cara yang memuaskan ANDA dalam masa empat belas (14) hari atau, dalam kes lebih rumit, dalam tempoh yang sewajarnya, yang SYARIKAT akan maklumkan kepada ANDA.

(23)

3. Ketiga, sekiranya terdapat sebarang pertikaian terhadap keputusan muktamad SYARIKAT berkaitan dengan Polisi ini yang melibatkan jumlah di bawah RM250,000 dan tertakluk kepada bidang kuasa Ombudsman untuk Perkhidmatan Kewangan (OFS) yang boleh didapati di www.ofs.org.my, Anda boleh merujuk pertikaian tersebut kepada OFS di alamat seperti yang dinyatakan di bawah untuk menyelesaikan pertikaian tersebut dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh keputusan muktamad SYARIKAT.

Ketua Pegawai Eksekutif

Ombudsman untuk Perkhidmatan Kewangan

(Dahulunya dikenali sebagai Financial Mediation Bureau) Tingkat 14, Main Block, Menara Takaful Malaysia

No. 4, Jalan Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur Tel: 03-2272 2811

Fax: 03-2272 1577

E-mel: [email protected]

Jika pertikaian tersebut melebihi RM250,000 atau jika ia tidak termasuk dalam bidang kuasa OFS, ANDA boleh merujuk kepada Bank Negara Malaysia untuk sebarang pertanyaan lanjut di alamat berikutnya:

Pengarah

Jabatan LINK & Pejabat Wilayah Bank Negara Malaysia

Peti Surat 10922 50929 Kuala Lumpur Tel: 1-300-88-5465 Fax: 03-2174 1515

E-mel: [email protected]

30. AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

Dengan memberikan maklumat peribadi ANDA, bermakna ANDA memberi kebenaran kepada SYARIKAT untuk menggunakannya sebagaimana dihuraikan di bawah:-

I. Untuk memproses data peribadi ANDA dengan matlamat untuk melaksanakan kontrak insurans.

II. ANDA membenarkan dan mengizinkan SYARIKAT untuk menyimpan dan berkongsi data tersebut dengan pembekal perkhidmatan SYARIKAT, khususnya,

a. Penyelaras berlesen yang berdaftar

b. Peguam Cara, dan mana-mana badan profesional lain untuk tujuan pelaksanaan kontrak insurans

c. Penanggung Insurans dan penanggung insurans semula d. ISM Insurance Services Malaysia Berhad.

III. Subjek Data (pencadang) hendaklah dimaklumkan tentang haknya untuk menyemak data dan untuk meminta pembetulan data peribadinya.

Notis

Menurut peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, ANDA boleh menghubungi SYARIKAT untuk mendapatkan butir-butir data peribadi ANDA. Maklumat sedemikian akan hanya diberikan selepas pengesahan. ANDA boleh mengemaskinikan/membetulkan data dengan memberikan butir- butirnya secara bertulis kepada SYARIKAT.

(24)

Lambang Perkhidmatan

Pusat Perkhidmatan Pelanggan Ibu Pejabat

Menara AIA, 99 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur Talian Perkhidmatan: 1300 88 1899

Tel: 03-20561111, Faks: 03-20563891 AIA.COM.MY

Sila rujuk kepada laman web Kami di AIA.COM.MY atau panggil Talian Perkhidmatan Kami

bagi lokasi lain Pusat Perkhidmatan Pelanggan Kami.

(25)
(26)
(27)
(28)
(29)
(30)
(31)
(32)
(33)
(34)
(35)
(36)
(37)
(38)
(39)
(40)
(41)
(42)

Referensi

Dokumen terkait

Gubernur sebagai pelaksana azaz dekonsentrasi melalui Dinas Kehutanan ditugaskan Pusat unntuk mengawasi HPH eks INHUTANI IV. Namun, kenyataannya pencabutan izin HPH ini

Berat barang yang dimasukkan dan dimensi truk yang digunakan sama dengan yang terjadi pada simpul 2 dan fungsi pembatas tidak akan mematikan simpul tersebut

Volume kayu yang dimanfaatkan berdasarkan dari perhitungan sortimen hasil pembagian batang adalah sebesar 229,098 m 3 namun setelah dikurangi limbah teknis akibat kesalahan

Tabel diatas, menunjukkan bahwa dari 17 perawat shift siang, ada 12 orang perawat sebelum shift pagi memiliki tekanan darah sistolik normal, serta 12 perawat

Tujuan dari penelitian ini yaitu untuk merancang dan membuat antena Vivaldi tapered slot di frekuensi 1 - 5 GHz karena alat yang di gunakan untuk pendeteksian obyek yang

Tahap field test ini bertujuan untuk menguji dampak potenssial produk pembelajaran yang dikembangkan terhadap motivasi belajar peserta didik.Uji coba lapangan

Berdasarkan hasil analisis uji t untuk variabel profitabilitas (ROA) menunjukkan nilai t-hitung sebesar -2,893 (karena daerah kritis tidak terpengaruhi oleh

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui pengaruh profitabilitas, likuiditas, leverage , struktur kepemilikan terhadap nilai perusahaan dengan kualitas laba sebagai