• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bahagian Kelima: Tafsiran Ayat-ayat 60-82

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Bahagian Kelima: Tafsiran Ayat-ayat 60-82"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

1

Bahagian Kelima: Tafsiran Ayat-ayat 60-82

Kisah pertama dalam Surah Al-Kahfi ialah penjelasan kumpulan yang menghuni gua dikenali sebagai Kisah ‘Ashabul Kahfi’. Kisah Kedua dalam siri surah ini ialah ‘Dua Lelaki dan Pemilik Kebun Anggur Yang Berjaya’, dan Kisah Ketiga ialah ‘Pertembungan Dua Manusia Agung’ iaitu di antara Musa dan Seorang Hamba Allah yang berilmu. Apakah ‘kewajaran’nya kisah ketiga ini kepada dua kisah-kisah yang terdahulu?

Imam Fakrurrazi mempunyai jawapannya. Kata Imam Ar-Razi:

“Dalam siri kisah dua lelaki, di mana salah seorangnya kufur pada Allah, dan telah dikurniakan kepadanya ladang anggur yang di tanam secara sistematik dengan sistem perancangan yang baik, saliran yang termoden, menghasilkan pulangan yang baik. Dia seorang yang berbangga dengan kekayaan dunianya, dan berbangga dengan adanya sekutunya yang berpengaruh. Beliau tidak percayakan Akhirat dan kemungkinan dibangkit semula; sedangkan yang miskin itu dari kalangan yang beriman pada Allah. Si kafir itu berbangga kerana kekayaannya, pengaruhnya, dan kebanggaan ini ditunjukkan pada si yang beriman.”

Kisah Musa bertemu hamba Allah menggambarkan sebaliknya, kerendahan hati Musa as YANG KAYA DENGAN ILMU, TINGGI TARAFNYA SEBAGAI RASUL, sanggup merendahkan diri pada seorang hamba Allah, yang dikenali sebagai Khidir demi ilmu Allah dan demi meningkatkan keimanannya pada Allah.

(2)

2

Kewajaran kisah ketiga ini dengan kisah Ashabul Kahfi juga dinyatakan oleh Imam Ar-Razi sebegini:

“Orang-orang Yahudi berkata pada kafir Makkah: ‘Jika Muhammad dapat menjelaskan kisah ini pada kamu, maka dialah sebenarnya seorang Nabi! Jika tidak, dia bukan Nabi!’”

Kata Ar-Razi:

“Tak semestinya Nabi itu tahu semua ke semua kisah yang berlaku untuk melayakkannya menjadi Nabi. Nabi itu tetap Nabi, seperti Musa as, walaupun seorang Nabi, beliau juga tidak tahu tentang Khidir, hanya setelah Allah mengarahkan beliau pergi menemuinya di persisiran pantai laut, barulah Musa mengetahui Khidir itu untuk mempelajari ilmu tertentu dengannya.’”

Siapakah yang terlibat dalam Kisah ketiga ini?

Kebanyakkan ulama tafsir menyatakan Musa yang disebutkan dalam ayat ini ialah Nabi Musa bin Imran, Nabi yang diturunkan At-Tahurat kepadanya. Lelaki yang bersama Musa dikenali sebagai Yusyak bin Nun, iaitu cucu kepada Nabi Yusuf as. Kebanyakan ulama berkata bahawa orang yang hendak diketemukan oleh Musa dan pembantunya Yusyak itu dikenali sebagai KHIDIR, seorang pemilik ILMU LADUNNI; iaitu ilmu terus dari Allah. Pertemuan Musa serta pembantunya dengan Khidir ini mewujudkan satu kisah perjalanan mempelajari ilmu oleh Musa daripada Khidir.

(3)

3

Firman Allah memulakan penceritaan ini seperti berikut: Ayat-ayat 60-64:

Dan kenangkanlah wahai Muhammad,

tatkala Musa telah memberitahu kepada pembantunya dengan kata-katanya: “Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua lautan itu, atau aku akan terus berjalan bertahun-tahun (mencari Khidir).” (60)

Apabila mereka sampai ke tempat pertemuan dua lautan itu mereka lupa akan hal ikan (bekalan musafir) yang mereka bawa itu.

Lalu ikan itu menggelupurdan mencari jalannya masuk semula ke dalam laut dengan penuh menakjubkan. (61)

(4)

4

Setelah mereka berjalan pergi dari tempat itu, tiba-tiba Musa meminta pada pembantunya: “Sila bawakan makanan tengahari kita sekarang,

sesungguhnya kita sudah kepenatan dalam perjalanan kita ini.” (62) Jawab pembantunya: “Tahukah tuan apa yang telah terjadi

sewaktu kita berehat di batu besar itu tadi? Ikan yang kita bawa itu telah menggelupur dan mencari jalan balik semula ke dalam laut.

Aku telah lupa untuk memberitahumu tentang hal ikan itu, dan lupa itu disebabkan oleh gangguan syaitan atasku

untuk mengingatinya.” (63)

Kata Musa: “Itulah tempatnya yang kita cari!”

Maka kedua-dua mereka pun berpatah balik ke tempat itu mengikut jejak mereka. (64)

(Setelah sampai) lalu kedua-dua mereka

bertemu dengan salah seorang dari hamba-hamba Kami, yang telah Kami kurniakan kepadanya Rahmat Kami,

dan Kami telah mengajarnya dengan sejenis ilmu, yang terus datang dari sisi Kami

(dikenali sebagai Ilmu Ladunni). (65)

Tafsiran Ayat-ayat:

Allah memulakan penceritaan tentang Musa dan Khidir ini apabila Musa memberitahu pembantunya tentang niatnya untuk musafir. Mengapa Musa hendak musafir? Ibnu Kathir berkata:

“Di antara sebab Musa berkata demikian pada

pambantunya ialah kerana beliau telah diberitahu oleh Allah bahawa di pertemuan dua lautan itu terdapat seorang hamba Allah yang memiliki ilmu yang tidak ada pada Musa dan ini mendorong Musa membuat keputusan untuk musafir mencari tempat tersebut.”

Tekad Musa bergerak mencari tempat itu dengan menyatakan beliau akan terus berjalan sehingga bertemu dengan kawasan pertembungan dua lautan tersebut atau dia akan terus berjalan walaupun lamanya bertahun-tahun.

(5)

5

Inilah pengertian dari ayat 60:

Dan kenangkanlah wahai Muhammad,

tatkala Musa telah memberitahu kepada pembantunya dengan kata-katanya: “Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua lautan itu, atau aku akan terus berjalan bertahun-tahun (mencari Khidir).” (60)

Tempat yang nak dituju Musa itu ialah di pertemuan dua lautan, di mana? Ianya tidak disebut di mana. Pentafsir meneka mungkin ianya di cabang Laut Merah iaitu di antara Teluk Aqabah dengan Teluk Suez.

Maka berjalanlah Musa dan pembantunya itu dan apabila sampai ke satu kawasan batu besar di persisiran pantai, tertidurlah mereka. Pada ketika itu menggelupurlah ikan yang dibawa dari dalam bakul mereka, mencari jalan menuju ke laut dan hilang. Peristiwa ini dilihat oleh

pembantunya. Setelah mereka bangun, terlupa

pembantunya itu tentang hal ikan yang dibawanya, dan tidak pula ditanya oleh Musa. Ikan tersebut telah dimasak dan dibawa sebagai bekalan musafir. Mereka pun terus berjalan pergi dari batu besar itu. Inilah pengertian dari ayat berikut:

Apabila mereka sampai ke tempat pertemuan dua lautan itu mereka lupa akan hal ikan (bekalan musafir) yang mereka bawa itu.

Lalu ikan itu menggelupur dan mencari jalannya masuk semula ke dalam laut dengan penuh menakjubkan. (61)

(6)

6

Mereka berdua pun terus berjalan sepanjang hari dan malamnya dari tempat itu, mungkin kepenatan dan kelaparan perjalanan itu maka Musa pun meminta pembantunya mengeluarkan bekalan makanan tengahari itu untuk menjamu selera. Dengan permintaan Musa supaya disediakan makan tengahari itu, barulah pembantunya itu memberitahu hal ikan yang hidup semula dan masuk ke dalam laut.

Kehadiran peristiwa di luar adat ini, iaitu ikan yang dah mati dan menjadi makanan itu tiba-tiba menggelupur dan mencari jalannya balik semula ke laut menjadi alamat kepada Musa tentang tempat yang dicari itu. Pembantunya mengaku terlupa untuk memberitahu Musa tentang peristiwa itu dan menganggap bahwa Syaitanlah yang melupakannya dari memberitahu Musa hal tersebut.

Jawab Musa: “Itulah sebenarnya tempat pertemuan dua

laut yang hendak dicari.”

(7)

7

Setelah mereka berjalan pergi dari tempat itu, tiba-tiba Musa meminta pada pembantunya: “Sila bawakan makanan tengahari kita sekarang,

sesungguhnya kita sudah kepenatan dalam perjalanan kita ini.” (62)

Jawab pembantunya: “Tahukah tuan apa yang telah terjadi sewaktu kita berehat di batu besar itu tadi?

Ikan yang kita bawa itu telah menggelupur dan mencari jalan balik semula ke dalam laut.

Aku telah lupa untuk memberitahumu tentang hal ikan itu, dan lupa itu disebabkan oleh gangguan syaitan atasku

untuk mengingatinya.” (63)

Kata Musa: “Itulah tempatnya yang kita cari!”

Maka kedua-dua mereka pun berpatah balik ke tempat itu mengikut jejak mereka. (64)

(Setelah sampai) lalu kedua-dua mereka

bertemu dengan salah seorang dari hamba-hamba Kami, yang telah Kami kurniakan kepadanya Rahmat Kami,

dan Kami telah mengajarnya dengan sejenis ilmu, yang terus datang dari sisi Kami

(dikenali sebagai Ilmu Ladunni). (65)

Tafsiran:

Inilah keterangan Al-Qur’an tentang kedua-dua Musa dan pembantunya Yusyak bin Nun, telah bertemu dengan seorang hamba Allah yang dikatakan mempunyai Ilmu

Ladunni (iaitu ilmu terus dari sisi Allah). Pertemuan kedua-duanya dengan Hamba Allah itu yang dikenali

sebagai Khidir, telah membuka sebuah cerita tentang seorang Nabi besar mempelajari Ilmu dari seorang hamba Allah yang tidak begitu masyhur. Khidir hanya dikenalkan

oleh Allah kepada kita sebagai ‘salah seorang dari

hamba-hamba Ku, yang telah aku ajarkan dia dengan sejenis ilmu yang terus dari Ku’.

(8)

8

Peristiwa ini dicatit oleh ayat berikut:

(Setelah sampai) lalu kedua-dua mereka bertemu dengan salah seorang dari hamba-hamba Kami, yang telah Kami kurniakan kepadanya Rahmat Kami,

dan Kami telah mengajarnya dengan sejenis ilmu, yang terus datang dari sisi Kami

(dikenali sebagai Ilmu Ladunni). (65)

Ibnu Kathir menjelaskan:

“Apabila kedua-duanya telah berpatah balik dan bertemu semula batu besar yang pernah mereka berehat, di mana ikan dalam simpanan pembantunya itu menggelupur dan mencari jalannya balik ke laut itu, lantas mereka ternampak seorang yang diliputi oleh selimut dan Musa terus menyampaikan salam dan salamnya itu dibalas, dan orang tersebut memperakui dirinya sebagai Khidir. Musa pun memberitahu beliau tentang tujuannya mencari beliau ialah untuk mempelajari ilmu yang pernah diajar oleh Allah kepadanya. Khidir tidak percaya yang Musa boleh bersabar untuk mempelajari ilmu itu, tetapi Musa menyatakan yang beliau, insyaAllah, akan bersabar sebagai orang yang akan mempelajari ilmu dari gurunya. Sikap tawaduk dan rendah diri ini penting dalam menerima

ilmu dari seseorang guru. Apapun, disyaratkan kepada Musa dalam perjalanan beliau dengan Khidir hendaklah jangan ditanya apa yang telah dilakukan oleh Khidir sehinggalah diberitahu kepadanya. Musa bersetuju dengan syarat itu dan Musa serta Khidir pun memulakan perjalanan mereka dan dalam perjalanan itu Khidir akan mengajar Musa tentang ilmu Ladunni itu.”

(9)

9

Inilah penjelasan Al-Qur’an tentang perkara ini:

Musa pun bertanya padanya:

“Boleh tak aku mengikuti perjalananmu dengan syarat engkau mengajarkan aku ilmu yang telah diajar oleh Allah padamu itu?” (66)

(Khidir) menjawab: “Sesungguhnya (wahai Musa) engkau tidak sekali-kali dapat bersabar bersamaku! (67)

(Logiknya) Dan bagaimana engkau akan bersabar dalam satu-satu perkara (peristiwa/kejadian)

ang engkau tidak punya ilmu yang meliputi mengenainya?” (68) Jawab (Musa): “Insyallah!

Engkau akan mendapati aku ini bersifat sabar, dan aku berjanji tidak akan membantah

sebarang arahanmu itu”. (69)

Kata (Khidir) lagi: “Sekiranya engkau masih mahu mengikut aku lagi, maka jangan engkau kemukakan apa-apa pertanyaan padaku

tentang apa yang akan berlaku,

sehingga aku menjelaskannya kemudian”. (70)

Tafsiran:

Begitulah pertemuan kedua-dua hamba Allah ini, Musa dan Khidir. Ibnu Kathir mentafsirkan ayat-ayat 67 dan 68 di atas sebagai:

(10)

10

“Sesungguhnya engkau tak terdaya untuk bersahabat dengan aku dengan cara apa yang akan engkau lihat, perbuatanku yang menyalahi syariat engkau, kerana aku diajar oleh Allah ilmu yang tidak diajar pada engkau, dan engkau pula tidak diajar ilmu yang diajar pada aku, kita sama-sama tertakluk pada urusan Allah. Dan aku tahu engkau wahai Musa akan menentang aku atas perkara yang engkau nampak sebagai ‘tak patut’.”

Akhirnya Musa bersetuju untuk mengikut Khidir dan Khidir pun bersetuju mengajar Musa dengan satu syarat iaitu:

‘jangan tanya apa-apa dari perbuatan yang dilakukan Khidir sepanjang perjalanan ini!’

Pergerakan kedua-dua hamba Allah ini, Musa dan Khidir, dicatitkan dalam ayat-ayat berikutnya. Pergerakan pertama, Firman Allah:

Maka bergeraklah kedua-dua mereka, (dalam perjalanan itu) sehinggalah mereka menaiki sebuah bahtera,

dan tiba-tiba dicacatkan dindingnya

dan dikhuatiri akan membocorkan bahtera itu. (Lantas secara spontan) Musa berkata: “Patutkah engkau membocorkan bahtera ini,

kerana ia akan menenggelamkan penumpang-penumpangnya? Engkau telah melakukan sesuatu yang tak senonoh!” (71)

Bantah Khidir: “Kan aku dah katakan

yang engkau memang tak dapat bersabar dengan aku (dalam perjalanan ini)?” (72)

(11)

11

(Terkejut dengan bantahan itu) Musa berkata: “Usahlah engkau marah padaku ini,

aku terlupa pada syarat kita itu;

dan janganlah engkau memberatkan aku dengan sebarang kesukaran dalam urusanku

(untuk mempelajari ilmu darimu itu).” (73)

Tafsiran:

Peristiwa pertama perjalanan Musa Khidir ini telah menunjukkan bahawa Musa TERLUPA syarat Khidir agar jangan bertanya sebarang perbuatan itu sebelum dijelaskan nanti. Apabila dia mencacatkan perahu yang ditumpangi mereka, logika Musa menyatakan bahawa perbuatan ini agak melampau dan tidak beretika, lantas secara spontan dia mengkritik Khidir. Apa pun menyedari pelanggaran syarat itu, Musa memohon maaf dan meminta janganlah diberatkan lagi urusannya agar dia dapat meneruskan perjalanan pembelajarannya seperti yang dirancangkan itu. Khidir menerima permintaan Musa. Mereka kemudiannya meneruskan perjalanan dan seterusnya dicatitkan oleh Al-Qur’an seperti berikut:

Perjalanan kedua-duanya diteruskan,

sehingga kedua-duanya menemui seorang kanak-kanak lelaki, dan (Khidir) membunuhnya! (Spontan Musa mengkritik): “Patutkah engkau membunuh satu jiwa yang tidak berdosa,

yang tidak membunuh sesiapa pun?

(12)

12

Tegur Khidir (sekali lagi): “Kan aku dah katakan

yang engkau tidak akan dapat bersabar dengan aku?” (75) Akur Musa (atas pelanggaran syarat itu) dengan berkata: “Jika aku terus menyoal engkau tentang sesuatu selepas ini,

maka engkau tak usah lagi mendampingiku, sesungguhnya engkau telah banyak menerima

bantahanku selama ini.” (76)

Tafsiran:

Begitulah berlakunya peristiwa kedua di mana Khidir telah membunuh seorang budak lelaki tanpa apa-apa bukti dia sebagai pembunuh, dan ini mengejutkan Musa yang terus mencabar Khidir dan menanggap perbuatan Khidir itu terkutuk dan mungkar. Apabila menyedari dia telah melanggar janji ‘tidak bertanya apa-apa sebelum di

jelaskan’ maka Musa telah membuat cadangan jika dia

bertanya lagi selepas ini maka akibatnya terputuslah urusan belajar ilmu itu dengan Khidir. Justeru itu Khidir bersetuju dan mereka meneruskan perjalanan mereka ke destinasi lain yang dijelaskan dalam ayat berikut ini:

Kedua-dua mereka terus berjalan,

sehingga menemui penduduk sebuah perkampungan, lalu mereka meminta diberi makanan.

Tetapi penduduk enggan menjamu mereka, dan tidak mahu menerima mereka sebagai tamu.

(13)

13

Spontan dengan itu mereka terlihat sebuah tembok yang menyenget (dipinggiran kampung itu) dan

(Khidir) pantas sekali menegakkannya semula. (Menyindir dengan perbuatan itu)

Musa berkata: “Jika engkau mahu,

tentulah engkau berhak mendapat upahnya!” (77)

Khidir menjawab: “Sampailah masanya, untuk kita berpisah. Apa pun aku akan jelaskan pada engkau perkara-perkara tadi

yang engkau tidak boleh bersabar dengannya itu.” (78)

Tafsiran:

Kemudian kedua-dua mereka terus berjalan sehingga mereka berada di satu perbandaran dan memohon menjadi tamu dengan meminta makan, tetapi enggan diterima sebagai tamu oleh penduduk, dan penduduk itu dikenali sebagai kedekut. Kedua mereka pun berehat di bawah sebuah kota batu dan terlihat kepada satu temboknya yang mula senget dan hampir rebah ke bumi. Tanpa memikirkan upah, Khidir telah menggunakan tenaganya membetulkan dan menegakkannya semula. Ini bererti, jika diminta menjadi tamu tidak dilayan, maka khidmat membetulkan balik tembok itu harus mendapat upahnya.

Musa pun mengeluarkan kenyataannya ini pada Khidir supaya meminta upah dari penduduk di situ atas khidmatnya itu. Di sinilah kemuncaknya di mana Khidir dengan tegasnya melaksanakan janji Musa agar berpisah. Maka berpisah antara guru dengan murid kerana sudah tiga kali murid melanggar syarat dan janji pada gurunya. Walau bagaimanapun, sebelum berpisah Khidir mahu menjelaskan hikmah-hikmah dan sebab-sebab mengapa beliau melakukan tiga perkara tersebut, yang tidak boleh Musa bersabar dengannya.

Ayat berikut menjelaskan sebab-sebab mengapa Khidir melakukan 3 perkara tersebut:

(14)

14

Mengenai bahtera (yang dicacatkan itu), ianya dimiliki oleh sekumpulan nelayan miskin,

yang mencari makan dalam laut.

Aku bertindak mencacatkan bahtera mereka, kerana jauh di belakang sana terdapat seorang raja yang (hobinya) suka merampas semua bahtera cantik

yang sempurna. (79)

Tafsiran:

Inilah hikmahnya mengapa Khidir telah mencacatkan perahu yang diukir cantik itu agar ianya cacat dan boleh tenggelam jika dirampas. Rupanya di hadapan sana terdapat seorang Raja yang berminat merampas setiap perahu yang sempurna bentuk dan ukirannya sebagai hobinya, untuk dijadikan milik mereka. Dengan ilmu yang ada pada Khidir dia mengetahui akan berlakunya rampasan ini dan dia terus mencacatkan perahu itu agar tidak akan diusik dan dirampas. Inilah ilmu yang ada pada Khidir dan tidak ada pada Musa.

Sebab dan hikmah kedua dijelaskan oleh ayat berikut:

Mengenai kanak-kanak (yang dibunuh),

ianya mempunyai ibubapa yang kuat beriman dengan Allah. Aku khuatir budak lelaki itu (setelah besar) akan menderhaka

dengan mendesak kedua-dua ibubapanya

(15)

15

Maka aku berharap agar Allah, Tuhan kedua-dua ibu bapanya, akan menggantikannya dengan seorang anak yang lebih baik dari segi kebersihan jiwa dan penuh mesra kasih sayangnya. (81)

Tafsiran:

Begitulah dalam ilmu Khidir, sudah jelas pemuda yang ditemui mereka mempunyai petunjuk yang boleh memberi kesan kepada keimanan ibubapa mereka yang beriman pada Allah, justeru itu ia perlu dihapuskan. Sebagai gantinya, Allah memilih seorang anak yang lebih soleh dan lebih mesra. Ilmu ini ada pada Khidir dan tidak ada pada Musa dan menjadikan Musa terkejut besar atas tindakan Khidir itu.

Ertinya, bukanlah pembunuhan itu disengajakan oleh Khidir, tetapi ianya dari Allah untuk satu maslahah dan kebaikan pada kedua-dua ibu bapa yang beriman.

Seterusnya peristiwa ke 3 dan hikmahnya dijelaskan dalam ayat berikut:

Mengenai tembok (yang telah ditegakkan semula), ianya dimiliki oleh dua orang anak yatim di kampung itu.

Di bawah tembok itu terdapat harta kepunyaan kedua-dua anak yatim itu

(16)

16

Maka Tuhanmu,

mahukan sehingga mereka berdua mencapai umur balighnya, dapatlah kedua-duanya mengeluarkan harta tersebut

sebagai satu Rahmat dari Tuhanmu. Sesungguhnya (wahai Musa),

aku tidak buat semuanya itu mengikut kehendakku! Begitulah peneranganku atas semua perkara yang engkau tidak boleh bersabar dengannya!” (82)

Tafsiran:

Begitulah halnya dengan tembok yang terdapat dibawahnya harta tersimpan untuk kedua-dua anak yatim yang bapa mereka adalah seorang yang soleh. Rahmat Allah mengundang Khidir untuk membetulkan semula tembok tersebut agar harta itu terus tersembunyi, sehingga kanak-kanak itu cukup umur mereka dan boleh mengambil sendiri harta yang disimpan untuk mereka. Inilah ilmu yang ada pada Khidir dan tidak ada pada Musa sehingga dia sanggup mengejek Khidir yang membetulkan semula tembok yang senget itu.

Catatan ayat ini juga menyatakan pengakuan Khidir, bahawa semua yang dilakukannya itu bukanlah dari nafsunya tetapi dari Allah, dari Ilmu yang dikurniakan Allah kepadanya. Justeru itu, ilmu ini adalah Ilmu Ladunni dan terlalu batin sehingga Musa tidak dapat melihatnya dengan mata zahirnya.

Begitulah penjelasan Khidir kepada Musa mengenai 3 perkara yang ditunjuk kepada Musa agar ianya menjadi perhatian padanya. Selaras dengan itu Apakah ‘KEWAJARAN’nya cerita ini kepada kita dan umat Muhammad?

Mengikut Imam Ismail Haqqi Ar-Rusawi (Jilid 5, m/s 281) beliau memberi beberapa kewajaran cerita ini kepada kita.

(17)

17

Di antaranya:

a) Mengikut pandangan Ibnu Habban dan kebanyakan ulama tafsir, bahawa Khidir adalah seorang nabi dan ilmunya adalah menepati semua urusan batin yang diwahyukan kepadanya untuk beramal dengannya. Nabi Musa pula dikurniakan ilmu yang melibatkan pekara-perkara zahir dan keterangan yang nyata sahaja. Sedangkan Rasulullah dikurniakan kedua-dua ilmu ini, iaitu ilmu zahir dan batin. Dalam banyak

urusan kepimpinannya, Rasulullah banyak

menggunakan ilmu zahirnya dan menggunakan ilmu batin untuk beberapa urusan yang lain. Ini meletakkan Rasulullah sebagai Rasul zahir dan batin yang tidak ada pada Rasul-rasul yang lain.

b) Mengikut fahaman orang-orang Sufi, sebarang ilmu yang menghasilkan ‘pembukaan alam ghaib’

(KASYAF) dikenali sebagi Ilmu Ladunni (ilmu yang

terus dari Allah). Ianya dianugerahkan oleh Allah tanpa mencarinya atau mempelajarinya tetapi kebanyakannya melalui pembukaan Allah kepadanya. Jenis Kasyaf yang tertinggi sekali ialah penelitian mengenai rahsia-rahsia Allah, termasuk zatNya, nur sifat-sifatNya, kesan semua perbuatanNya. Ilmu ini ialah ilmu Allah, dan ilmu hakikat, iaitu ilmu yang berkaitan dengan hakikat Subnahu Wa Ta’ala, dan ia mempunyai kaitan dengan makhluk dan kebenaran penguasaan ilmu ini pada manusia adalah berdasarkan kebolehannya menerima ilmu ini sendiri. Ilmu ini berdasarkan pada kasyaf Allah padanya dan penjelasannya. Sedangkan ilmu selain dari itu adalah lahir dari pemikiran menggunakan otak dan fikiran, dan yang terbaik berlandaskan cara bertaqwa dan amal soleh. Ilmu Ladunni ini digandingkan dengan RAHMAT Allah di dalamnya yang merangkumi ibadah pembelajaran, zahir dan syariat, iaitu berdasarkan juga pada ilmu yang umum.

(18)

18

c) Ilmu ini tidak dapat dipastikan hujung pangkalnya, kerana rahsia-rahsianya, dan yang mengetahuinya ialah pemilik ilmu itu sendiri. Jadi adakah pemiliknya akan menyepikan diri dari semua orang untuk beramal dengannya? Jawabnya, mungkin keempat-empat imam terbesar iaitu Imam Hanafi, Imam Syafiee, Imam Malik dan Imam Hambali adalah pemilik ilmu ini dan mereka membimbing muslimin ke arah syariat dan hakikat, dan mereka adalah pewaris Rasulullah. Allahua’lam (m/s 73, Tafsirul Bayan).

Imam Ar-Razi pula memberi kita satu kewajaran dari cerita ini di mana seorang murid yang mahu mempelajari ilmu dari gurunya hendaklah mempunyai sifat-sifat berikut:

a) Beradab dengan cara menjadi pengikut gurunya. b) Memohon izin untuk mengikut untuk belajar ilmu dari

gurunya.

c) Berikrar yang kita ini jahil dan mahu mempelajari ilmu dari guru.

d) Memohon mempelajari sesuatu yang telah diajar oleh Allah padanya.

e) Mengiktiraf ilmu guru itu yang Allah telah mengajarnya.

f) Berkomunikasi dengan guru sebagaimana Allah

berkomunikasi dengannya.

g) Menjadi pengikut guru itu kerana Allah, bukan kerana guru.

h) Ikut tanpa syarat, tetapi ikhlas pada Allah untuk berilmu.

i) Jauhkan diri dari merasa angkuh.

j) Berkhidmat untk mempelajari ilmu.

k) Belajar dan mengajar tanpa upah. (Ar-Razi, m/s. 153 Juzuk 21)

(19)

19

Dari segi pembentukan iman, Ar-Razi membuat kesimpulan, bahawa ada perkara-perkara dalam ilmu Allah yang kita tidak tahu langsung dan ia ada kena mengena dengan kita. Contoh-contoh dari 3 peristiwa di atas:

1. Peristiwa adanya raja yang suka merampas perahu yang sempurna di laut, sedangkan kita berada dalam perahu itu.

2. Peristiwa anak durhaka yang boleh membawa kita kepada zalim dan kufur pada Allah atas tindakan anak itu, dan

3. Peristiwa harta tersembunyi kepunyaan anak yang bapanya seorang soleh.

Dan banyak lagi perkara-perkara lain yang tersembunyi dari kita. Bagaimanakah cara kita mengatasinya setelah kita percaya semuanya dalam ilmu Allah?

Caranya ialah:

a) Bersabar tentang sesuatu yang manusia belum mengetahui hakikatnya dan berserah pada Allah. b) Dalam hidup harian kita ada perkara-perkara yang

terjadi tanpa kita mengetahui hakikatnya. Hendaklah kita bersabar dengannya samada kita mengetahui hakikatnya kemudian atau tidak.

c) Jangan sekali-kali mencabar dan melakukan maksiat atas perkara-perkara yang belum lagi kita ketahui hakikatnya.

d) Rasa rendah diri yang berlebihan diperlukan dan melahirkan rasa boleh menanggung sesuatu, kerana ilmu Allah terlalu luas.

(20)

20

e) Menginsafi bahawa ada perkara-perkara dalam ilmu Allah yang kita tidak tahu hakikatnya, (tetapi berdasarkan hakikat dan iman kita pada Allah) yang kita boleh bergantung kepada RahmatNya, samada perkara tersebut sesuatu yang biasa, yang mengejutkan dan yang melibatkan masa depan yang tidak jelas.

Kesimpulannya

Iktibar dari cerita di atas ialah kita perlu mengimbangkan iman dengan hidup kita, atas tiap-tiap sesuatu yang berlaku ke atas diri kita itu, melalui penyerahan diri dan tawakkal kepada Allah. Tidak semua perkara kita tahu akan hakikatnya. Ilmu Allah terlalu luas! Hanya dengan penyerahan diri dan dengan memperkuatkan iman kita kepadaNya sahajalah yang akan dapat menjamin kita untuk mendapat RAHMAT Allah dalam hidup kita di dunia dan di Akhirat.

Referensi

Dokumen terkait

c. Memenuhi persyaratan teknis minimal dan berlabel. Lahan bera atau tidak ditanami dengan tanaman yang satu familli minimal satu musim tanam. Untuk tanaman rimpang lahan yang

Bernardin (2007) mengemukakan enam indikator yang digunakan sebagai pengukuran kinerja karyawan, yaitu meliputi : (1) kualitas, yaitu kemampuan seorang individu yang

Dari fenomena yang telah di jelaskan diatas, maka dalam upaya meningkatkan motivasi belajar siswa untuk pelajaran ekonomi salah satu faktor yang mempengaruhinya

Kedua, baik keilahian dan kemanusiaan diperlukan agar Kristus men- jadi Juruselamat yang efektif, karena Alkitab menjelaskan tentang Kristus untuk men- jadi korban

Mempersiapkan sarana transp'rtasi dan pengemudinya untuk mempelai, petugas +4A, anak yatim, ustad?, perias, keluarga maupun seksi / seksi yang memerlukan sarana

NAMA RUAS JALAN KECAMATAN YANG DILALUI PANJANG.. ( Km ) TITIK PENGENAL PANGKAL TITIK

Dari sinilah, kemudian peneliti bertanya-tanya “kenapa mereka tidak mau kawin padahal mereka orang beragama?”Peneliti mencoba mencari informasi lebih dalam lagi, dan

Diantara radikal bebas yang ada, terdapat satu spesies radikal bebas yang sangat merusak terhadap integritas membran sel spermatozoa yaitu Reactive Oxygen Species