• Tidak ada hasil yang ditemukan

GAYA PERSONALITI GAYA PEMBELAJARAN STRAT

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "GAYA PERSONALITI GAYA PEMBELAJARAN STRAT"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

GAYA PERSONALITI, GAYA PEMBELAJARAN, STRATEGI PEMBELAJARAN DAN PENCAPAIAN DALAM SUBJEK EKONOMI

Rosmawati Mamat Kolej Matrikulasi Kedah

Abstrak:

Kajian ini melihat perbezaan gaya personaliti, gaya pembelajaran, strategi pembelajaran dan hubungan dengan pencapaian pelajar dalam subjek ekonomi di kolej Matrikulasi Kedah. Sampel kajian terdiri daripada 154 orang pelajar jurusan perakaunan. Data kajian diperolehi daripada markah Ujian Pertengahan Semester 1 (UPS 1) dan borang soal selidik yang diadaptasi dari Myers Brigg Type Indicator (MBTI) untuk mengukur gaya personaliti dan gaya pembelajaran dan Learning and Study Strategies Inventory (LASSI) untuk mengukur strategi pembelajaran. Kebolehpercayaan soal selidik adalah 0.6. Hasil kajian mendapati pelajar perempuan introvert menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam subjek ekonomi berbanding pelajar-pelajar lain. Hasil kajian juga mendapati terdapat perbezaan personaliti yang signifikan antara kaum dimana pelajar Bumiputera lebih ramai yang bersifat ekstrovert dan Bukan Bumiputera bersifat Introvert. Dari segi strategi pembelajaran, didapati strategi ujian menunjukkan hubungan positif yang signifikan dengan pencapaian pelajar dimana pelajar cemerlang didapati mempunyai strategi ujian yang lebih baik berbanding pelajar lemah. Hasil kajian juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan bagi dimensi sikap dan pemilihan isi utama bagi pelajar Bumiputera dan Bukan Bumiputera.

PENGENALAN

Pendidikan ekonomi membantu pelajar membina pengetahuan kritikal dan kemahiran yang diperlukan dalam usaha membuat keputusan yang bijak bagi membantu pembentukan polisi ekonomi sesebuah Negara (Schug, 1982). Pendidikan ekonomi berlandaskan kepada asas sebenar ekonomi iaitu masalah sumber yang terhad dan kehendak yang tidak terhad sehingga menyebabkan manusia terpaksa membuat pilihan. Walaubagaimanapun, berdasarkan keadaan realiti pendidikan ekonomi semasa, kebanyakan pelajar masih lagi teragak-agak untuk belajar ekonomi. Antara alasan yang diberikan adalah untuk belajar ekonomi, seseorang itu memerlukan kemampuan dari segi pemikiran abstrak dan aplikasi. Pelajar juga perlu mempunyai keupayaan untuk menyatakan idea-idea yang kompleks secara logik dan lancar (Johnston & James, 2000). Untuk memahami ekonomi, seseorang pelajar perlu membuat pemerhatian kepada aspek-aspek spesifik berkaitan dengan perlakuan manusia dan peristiwa. Ia merupakan proses untuk mendapatkan maklumat, membina model konsepsual dan menggunakan model tersebut untuk menilai dan menganalisa situasi-situasi dan alternatif yang berbeza (Zeigert, 2000). Secara umumnya, kebanyakan pelajar hanya memandang ekonomi sebagai subjek yang susah.

Dalam usaha untuk memahami variasi dalam pencapaian pelajar, banyak kajian telah dijalankan bagi mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam subjek ekonomi, khususnya faktor personaliti, gaya pembelajaran dan strategi pembelajaran. Namun begitu, kebanyakan kajian tertumpu di negara-negara maju yang berlainan dari segi budaya dan cara hidup masyarakatnya. Mengikut Hayes dan Allinson (1988), Hofstede (1997) dan Pratt (1991), budaya sesebuah negara merupakan salah satu agen sosialisasi yang sangat berkuasa dan mempunyai impak yang besar dalam pembangunan gaya pembelajaran. Oleh itu, satu kajian khusus perlu dilakukan bagi memahami pengaruh faktor-faktor tersebut khususnya di peringkat Matrikulasi.

(2)

bagaimana personaliti yang berbeza mendapat dan memproses maklumat, gaya pembelajaran dan strategi yang berbeza yang digunakan oleh pelajar dan hubungannya dengan pencapaian, akan membantu ke arah penggunaan kaedah pengajaran yang lebih berkesan dan memberi manafaat kepada semua pelajar ekonomi. Federico (2000) menyatakan bahawa dengan memahami gaya pelajar, seseorang pendidik dapat mempertingkatkan perancangan, penghasilan, dan menerapkan pengalaman pendidikan, seterusnya mereka akan menjadi lebih selari dengan keinginan pelajar, dalam usaha untuk meningkatkan pembelajaran mereka, pengekalan dan penerimaan.

OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan perbincangan di atas, objektif kajian ini secara umumnya adalah untuk mengenalpasti dan menerangkan hubungan antara gaya personaliti, gaya pembelajaran dan strategi pembelajaran dengan pencapaian pelajar dalam subjek ekonomi. Hasil dari kajian ini akan dapat digunakan untuk mempelbagaikan teknik pengajaran di dalam kelas dan dapat memberi maklumat kepada tenaga pengajar untuk lebih memahami tentang peranan gaya personaliti seseorang pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Tenaga pengajar juga dapat menerapkan kepada pelajar tentang strategi-strategi tertentu untuk meningkatkan pencapaian mereka.

SOROTAN LITERATUR

Subjek ekonomi adalah suatu subjek yang abstrak dan lebih kepada pengiraan berbanding dengan bidang lain. Berdasarkan pengalaman penyelidik, subjek ekonomi akan membangkitkan perasaan takut dan bimbang dikalangan pelajar. Ketakutan ini mungkin akan menimbulkan kesan positif kerana ini akan membuatkan pelajar lebih berusaha. Tetapi jika kebimbangan itu berlebihan, ianya akan memberikan kesan negatif kepada pencapaian pelajar. Kajian tentang pencapaian pelajar dalam subjek ekonomi telah menghasilkan beberapa penemuan. Antaranya, pencapaian pelajar didapati mempunyai hubungan yang positif dengan pencapaian lepas, pencapaian dalam subjek matematik, sikap dan usaha pelajar.

Ahli psikologi pendidikan telah lama mengakui bahawa orang yang berbeza akan belajar secara berbeza dan jenis personaliti memainkan peranan penting dalam menentukan cara yang paling baik bagi seseorang itu belajar. Borg dan Shapiro (1996) dan Zeigert (2000) mendapati bahawa gaya personaliti memainkan peranan penting dalam pencapaian pelajar dalam subjek ekonomi. Kajian mereka mendapati pelajar introvert (I) mempunyai prestasi yang baik dalam ekonomi daripada pelajar ekstravert (E). Keadaan ini berlaku kerana perbezaan gaya pembelajaran pelajar introvert dan ektrovert. Menurut Keirsey dan Bates, pelajar ekstrovert belajar dengan baik dalam situasi yang dipenuhi dengan tindakan dan percakapan (action and talk). Mereka suka belajar fakta dan teori-teori yang berhubungan dengan pengalaman mereka sendiri, dan dapat belajar dengan baik melalui perbincangan kumpulan dan projek-projek kooperatif. Pelajar introvert lebih senyap dan kurang aktif dalam kelas. Mereka suka pembelajaran yang berpusatkan guru, pengajaran berbentuk kuliah dan aktiviti secara bersendirian seperti membaca dan membuat refleksi. Perbezaan ini menjadi punca kenapa pelajar introvert lebih berjaya dalam subjek ekonomi kerana kebanyakan kelas ekonomi adalah berdasarkan kuliah, berpusatkan guru dan memerlukan pelajar membaca dan belajar secara bersendirian. Pelajar ’thinking’ (T) didapati mengatasi pelajar ’feeling’ (F), dan Intuitive (N) lebih baik dari pelajar ’sensing’ (S). Dari segi jantina, pelajar introvert perempuan mempunyai pencapaian dalam subjek ekonomi peringkat tinggi yang lebih baik berbanding semua pelajar ekstrovert bagi kedua-dua jantina. Sebaliknya, secara statistik pelajar lelaki introvert tidak menunjukkan pencapaian yang lebih baik berbanding pelajar ekstrovert bagi kedua-dua jantina. Keadaan ini menunjukkan bahawa pencapaian yang cemerlang pelajar introvert adalah disebabkan oleh pelajar perempuan dalam sampel. Pelajar lelaki dianggap lebih bersifat pemikir (thinker-T) dari pelajar perempuan, dan pelajar perempuan lebih bersifat mengikut perasaan (feelers-F) berbanding pelajar lelaki, keputusan ini mempunyai implikasi terhadap perbandingan pencapaian antara pelajar lelaki dan perempuan dalam subjek ekonomi.

(3)

menunjukkan prestasi yang sama dengan kebanyakan pelajar dari kaum-kaum lain, tetapi mereka kurang mampu untuk menjadi pelajar cemerlang (nonblack SJs dan NTs) dan mengatasi pelajar-pelajar lain.

Kajian yang dilakukan oleh Borg dan Shapiro (1996) juga mendapati dari 16 jenis personaliti dalam MBTI, jenis personaliti ENTP, ESTP dan ENFP menunjukkan prestasi paling lemah dalam subjek ekonomi berbanding ISTJ.

Teori pembelajaran mencadangkan pelajar akan menunjukkan pencapaian yang baik dalam kelas apabila gaya pembelajaran mereka adalah sama dengan gaya pengajaran pensyarah, dan kedua-dua gaya ini adalah berkait dengan gaya personaliti. Borg dan Shapiro (1996) dan Ziegert (2000) dalam kajiannya memasukkan pembolehubah yang mengukur sejauhmana persamaan personaliti pelajar dan pensyarah mempengaruhi pencapaian pelajar.Hasil kajian mendapati bahawa persamaan pembolehubah personaliti akan menghasilkan kesan positif ke atas pencapaian pelajar dalam subjek ekonomi, manakala Zeigert mendapati tidak ada kesan yang signifikan samada positif atau negatif.

Bersamaan dengan karya dalam gaya pembelajaran, karya dalam strategi pembelajaran juga meninjau perbezaan cara pembelajaran (Pintrich & Johnson, 1990; Cross & Steadman, 1996); Weinstein & Meyer, 1991). Berdasarkan anggapan tentang kestabilan dan kurang kawalan individu, karya dalam gaya pembelajaran mencadangkan bahawa berkemungkinan susah untuk pelajar mengubah gaya pembelajaran (Pintrich & Johnson, 1990). Bagaimanapun karya dalam strategi pembelajaran menganggap motivasi pelajar dan penggunaan strategi pembelajaran boleh dikawal oleh pelajar dan berubah melalui pengajaran. Mengikut Cross dan Steadman (1996), strategi pembelajaran kognitif merupakan kemahiran dari segi perangai (behavioral skills) yang boleh pelajar gunakan untuk meningkatkan kefahaman, mengintegrasi, dan mengekalkan maklumat baru.

Chun-Shih dan Gamon (2002) mencadangkan supaya pendidik membantu pelajar dalam memahami dan menguasai strategi pembelajaran yang berbeza untuk menjadikan mereka pelajar yang berjaya. Sebagai tambahan, pendidik perlu menyediakan pelajar dengan peluang-peluang dalam penggunaan pelbagai strategi pembelajaran untuk memastikan kefahaman pelajar, mengintegrasi, dan mengekalkan konsep-konsep kursus.

Strategi pembelajaran merupakan penunjuk yang penting untuk membezakan pencapaian pelajar di peringkat Matrikulasi. Pelajar cemerlang selalunya mempunyai skor yang tinggi dan positif terhadap beberapa strategi belajar berbanding pelajar lemah. Mereka biasanya lebih bermotivasi, berdisiplin, dan lebih bersedia untuk berkerja keras (Yip & Chung, 2002). Pelajar yang berjaya menunjukkan kemahiran belajar yang baik iaitu mempunyai sikap yang positif, tahap kerisauan yang rendah, boleh memberi tumpuan dan memproses maklumat dengan baik. Pelajar tersebut juga mempunyai motivasi yang tinggi dan menggunakan matlamat diri sebagai panduan. Apabila mengulangkaji, pelajar tesebut tidak mempunyai masalah untuk menentukan isi utama melalui penggunaan bahan bantu belajar untuk ujian kendiri. Pelajar tersebut juga mempunyai pengurusan masa yang baik iaitu tidak belajar disaat-saat akhir sebelum peperiksaan dan menggunakan strategi menghadapi ujian dalam peperiksaan. Kemahiran-kemahiran yang tersebut adalah suatu keperluan untuk pencapaian yang baik bagi seseorang pelajar. KERANGKA KONSEP

Jenis personaliti, gaya pembelajaran dan strategi pembelajaran memainkan peranan penting dalam pendidikan untuk mengenali diri dan kekuatan seseorang individu dalam pembelajaran, serta menjadi rangsangan bagi perkembangan dalam pembelajaran. Menurut Boon dan Ragbir Kaur (1998), setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri yang ditentukan pula oleh personaliti diri yang berbeza. Menurut Lee (1998), personaliti seseorang dan perbezaan individu amat mempengaruhi gaya pembelajaran. Manakala perbezaan yang dinyatakan dalam konteks ini bukan berkaitan dengan kecerdasan. Gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar akan mempengaruhi pencapaian pelajar dan gaya pembelajaran yang berbeza akan menghasilkan pencapaian yang berbeza (Matthews, 1996).

(4)

Oleh itu, kajian ini cuba untuk mengenalpasti gaya personaliti dan gaya pembelajaran yang mempunyai hubungan positif dengan pencapaian pelajar dalam subjek ekonomi. Disamping itu, strategi pembelajaran yang sesuai dan berkesan juga akan dikenalpasti untuk meningkatkan pencapaian pelajar.

Berdasarkan kerangka teori yang dibincangkan, penyelidik membentuk kerangka kajian seperti Rajah 1 di bawah. Gaya personaliti akan mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang pelajar dan ia adalah stabil dan sukar diubah dan seterusnya gaya pembelajaran akan menentukan pencapaian seseorang pelajar. Namun begitu, penggunaan strategi pembelajaran yang bersesuaian akan dapat meningkatkan pencapaian seseorang pelajar biarpun gaya pembelajaran yang digunakan tidak bersesuaian dengan sifat sesuatu subjek.

Rajah 1 KAEDAH KAJIAN

Populasi kajian ini terdiri daripada 172 orang pelajar jurusan perakaunan di Kolej Matrikulasi Kedah (KMK). Disebabkan saiz populasi yang agak kecil, maka soal selidik diedarkan kepada semua pelajar. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan instrumen soal selidik dalam mendapatkan data kajian daripada responden. Satu set borang soal selidik digunapakai bagi mendapatkan maklumat yang merangkumi soalan-soalan berkaitan dengan objektif kajian. Soalan-soalan yang terkandung dalam soal selidik ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian A direkabentuk untuk mengetahui strategi pembelajaran respondan. Bahagian B pula mengandungi soalan yang berkaitan dengan penentuan ciri-ciri personaliti pelajar. Berdasarkan jawapan pelajar menggunakan kaedah MBTI, penyelidik akan dapat mengenalpasti personaliti pelajar dan seterusnya gaya pembelajaran melalui empat pembawaan Keirsey Bates. Selain daripada itu, maklumat pelajar seperti kaum, jantina, markah Ujian Pertengahan Semester 1 (UPS1), sekolah asal dan merit diperoleh dari Matrix Information System (MIS) KMK.

Ukuran Pembolehubah a. Pencapaian Pelajar

Markah subjek ekonomi dalam UPS 1 yang telah dijalankan pada 24 Julai 2007 digunakan untuk mengukur pencapaian pelajar. Markah UPS akan memberikan pemberat sebanyak 10% dari keseluruhan markah bagi subjek ekonomi. Markah UPS1 dipilih kerana kajian ini adalah merupakan kajian di peringkat awal dan peperiksaan akhir masih belum dijalankan ke atas sampel kajian ini. Untuk menjalankan ujian lanjut ke atas pelajar, dua kumpulan pelajar dibentuk berdasarkan pencapaian dalam UPS menggunakan ”ujian kluster” iaitu pelajar lemah (min=7.12) dan pelajar cemerlang (min=8.94).

b. Gaya Personaliti

Penentuan ciri-ciri personaliti dilakukan dengan menggunakan soal selidik yang dikemukakan oleh Myres dan Briggs melalui Myers-Briggs Type Indicator (MBTI). Responden hanya perlu memilih satu daripada dua jawapan iaitu “a” atau “b”. Respondan akan mengisi jawapan dalam borang jawapan yang disediakan dan skor bagi setiap kategori akan dikira secara manual. Kaedah MBTI digunakan kerana ia merupakan kaedah popular yang banyak digunakan bagi mengkaji kesan personaliti terhadap pencapaian pelajar (Borg & Shapiro, 1996; Zeigert, 2000) termasuk subjek ekonomi. Kaedah MBTI digunakan untuk mengenalpasti empat keutamaan iaitu:

1. Bagaimana seseorang berurusan – Extrovert (E) atau Introvert (I).

2. Bagaimana seseorang melihat informasi dan data – Sensing (S) atau Intuition (N). 3. Bagaimana seseorang membuat keputusan – Thinking (T) atau Feeling (F). 4. Cara pengurusan hidup seseorang – Judging (J) atau Perceiving (P).

Gabungan keempat-empat keutamaan personaliti ini pula akan membentuk salah satu daripada 16 jenis personaliti berikut:

Pencapaian Pelajar

Gaya personaliti

Gaya pembelajaran

(5)

Gabungan 4 jenis perwatakan Jenis personaliti Extrovert Intuitive Feeling Perceiving (ENFP) Pengilham Introvert Intuitive Feeling Perceiving (INFP) Idealis

Introvert Sensing Thinking Judging (ISTJ) Penyempurna tugas Introvert Sensing Feeling Perceiving (ISFP) Artis

Extrovert Sensing Thinking Perceiving (ESTP) Pelaku

Extrovert Intuitive Thinking Perceiving (ENTP) Penyokong wawasan Extrovert Intuitive Thinking Judging (ENTJ) Eksekutif

Introvert Intuition Feeling Judging (INFJ) Pelindung Extrovert Sensing Feeling Perceiving (ESFP) Pelaksana Introvert Sensing Thinking Perceiving (ISTP) Mekanik Introvert Intuitive Thinking Judging (INTJ) Saintis Extrovert Sensing Thinking Judging (ESTJ) Penjaga Extrovert Intuitive Feeling Judging (ENFJ) Pemberi Introvert Sensing Feeling Judging (ISFJ) Pengasuh

Extrovert Sensing Feeling Judging (ESFJ) Pemberi perlindungan Introvert Intuitive Thinking Perceiving (INTP) Pemikir

Sumber: http://www.personalitypathways.com/type_inventory.html c. Gaya pembelajaran

Gaya pembelajaran pelajar diukur melalui Keirsey dan Bates Temperament Sorter iaitu berdasarkan 16 jenis personaliti MBTI di atas. Gabungan jenis personaliti dalam MBTI akan menghasilkan jenis pembawaan seseorang pelajar. Pembawaan ini akan mempengaruhi gaya pembelajaran berasaskan personaliti. Daripada 16 jenis personaliti yang dihasilkan mengikut MBTI, gaya pembelajaran Keirsey Bates dapat dibina (secara manual) iaitu gaya pembelajaran berasaskan empat pembawaan berikut: 1. Pembawaan SJ (Guardian ): ISFJ, ESFJ, ISTJ , ESTJ

2. Pembawaan SP (Artisan): ISTP, ESTP, ISFP , ESFP 3. Pembawaan NF (Idealist): INFJ, ENFJ, INFP, ENFP 4. Pembawaan NT (Rationalist): INTP, ENTP, INTJ , ENTJ

Pelajar SJ belajar secara sistematik. Pelajar–pelajar pembawaan ini boleh mengikuti sistem pendidikan sedia ada. Aktiviti yang digemari lebih kepada sesuatu yang berstruktur dan terarah. Suka menghafal dan melakukan kerja secara terperinci. Sebagai guru pendekatan yang sesuai bagi pembawaan SJ ialah menjalankan aktiviti menggunakan komputer dengan bahan perisian berbentuk tutorial diikuti dengan latihtubi dan ujian online. Menggunakan strategi pembelajaran aktif samaada individu atau kumpulan.

Pelajar SP mudah bosan akan suatu sistem pembelajaran yang sama atau rutin. Pelajar ini memerlukan input sensori, aksi dan penglibatan yang berterusan. Mereka tidak berminat kepada arahan, penerangan yang panjang lebar dan “chalk and talk”. Oleh itu pembelajaran mereka sesuai dilakukan secara penyelesaian masalah. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara pengalaman dimana guru hanya bertindak sebagai fasilitator.

Pelajar NF merupakan pelajar bermotivasi tinggi, sentiasa menganggap dengan belajar akan membantu kehidupan mereka. Pelajar ini mempunyai sikap suka membantu dan mempunyai empati yang tinggi. Oleh itu pembelajaran koperatif sangat sesuai untuk mereka. Terdapat 5 elemen yang menyebabkan ia sesuai bagi pelajar jenis NF iaitu dalam pembelajaran kumpulan koperatif, pelajar bertanggungjawab terhadap pembelajaran kendiri dan bertanggungjawab terhadap pembelajaran kumpulan. Pelajar perlu melakukan tugasan bersama dengan berkongsi sumber, tolong menolong, memberi dorongan dan mengiktirafkan kejayaan yang diperolehi antara satu sama lain

Pelajar NT suka berdikari,berkeinginan tinggi untuk belajar, mudah mahir dalam bidang-bidang yang dipilih, tetapi tidak berminat dengan pembelajaran yang berbentuk diarah. Pelajar NT sukakan kebebasan belajar dan meneroka sesuatu yang baru. Pelajar NT merupakan pelajar yang pintar. Pembelajaran berbentuk penerokaan adalah sesuai bagi pelajar NT. Pembelajaran yang melibatkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif akan menambahkan keupayaan berfikir pelajar-pelajar jenis ini.

(6)

learners), pembawaan NF dan SP berada dalam kategori pelajar kolaboratif (collaborative learners) dalam gaya pembelajaran Grasha–Reichmann(Borg dan Shapiro, 1996).

d. Strategi Pembelajaran

Pembolehubah yang digunakan untuk mengukur strategi pembelajaran diadaptasi dari Learning and Study Strategies Inventory atau LASSI (Weinstein et al., 1998). LASSI mengandungi 10 dimensi dan setiap dimensi terdiri daripada 8 item penilaian. Bagi tujuan kajian ini, hanya 4 item sahaja digunakan untuk mengukur setiap dimensi. Setiap item bagi pembolehubah-pembolehubah usaha pelajar dan strategi pembelajaran diukur menggunakan skala-4 iaitu: 1 = Sangat tidak setuju; 2 = Tidak Setuju; 3 = Setuju; dan 4 = Sangat setuju. Sepuluh dimensi LASSI adalah seperti berikut:

1. Kebimbangan – perasaan bimbang tentang persekolahan dan ujian walaupun telah membuat persediaan yang baik.

2. Sikap – minat dan sikap terhadap persekolahan; keinginan untuk melakukan tugasan akademik. 3. Penumpuan – kemampuan untuk memberi perhatian, tumpuan, dan memikirkan tentang bahan

pembelajaran, dan tidak mudah terganggu.

4. Pemprosesan maklumat – penggunaan perkataan dan huraian secara imaginasi; strategi menyusun dan mengaitkan maklumat; kemahiran untuk memahami, memberi sebab; dan menggunakan lojik. 5. Motivasi – keinginan dan kemahuan untuk berkerja keras; tahap motivasi dan insentif untuk

persekolahan; ketekunan dan disiplin diri.

6. Penjadualan (pengurusan masa) – pengurusan masa yang baik ke atas tugasan akademik.

7. Pemilihan idea utama – kemampuan untuk mencari dan memahami isi-isi penting dan idea utama dalam bahan kursus dan memberi penumpuan kepadanya semasa belajar.

8. Ujian kendiri – ulangkaji bahan kursus secara berterusan; pengujian tahap pemahaman; persediaan untuk pelajaran.

9. Bahan bantu belajar – penggunaan pelbagai bahan bantu dan teknik untuk menyokong pembelajaran; penggunaan kata kunci; contoh dan diagram untuk membantu pembelajaran.

10. Strategi Ujian – pengetahuan tentang pelbagai jenis ujian dan tahap persediaan yang diperlukan. LASSI mengandungi 10-skala, 80-item penilaian tentang kesedaran pelajar mengenai strategi belajar dan penggunaannya yang berkait rapat dengan komponen dalam pembelajaran strategik iaitu kemahiran, keinginan, dan peraturan diri (self-regulation).

a. Komponen Kemahiran dalam pembelajaran Strategik :

Skala LASSI yang berkaitan dengan komponen kemahiran adalah ‘Pemprosesan Maklumat’, ‘Memilih isi utama’ dan ‘Strategi ujian’. Skala-skala ini menilai strategi pembelajaran pelajar, kemahiran dan proses pemikiran yang berkaitan dengan mengenalpasti, mendapat (acquiring) dan membina makna untuk maklumat baru yang penting, idea dan prosedur-prosedur, dan bagaimana mereka membuat persediaan dan memperlihatkan maklumat baru mereka dalam ujian-ujian atau lain-lain prosedur penilaian.

b. Komponen Kesediaan (Will) Dalam Pembelajaran Strategik:

Skala LASSI yang berkait dengan komponen kesediaan dalam pembelajaran strategik adalah: sikap (Attitude), motivasi (Motivation) dan kebimbangan (Anxiety). Skala-skala ini mengukur keterbukaan pelajar (students' receptivity) untuk mempelajari maklumat baru, sikap mereka dan minat di kolej, ketekunan, disiplin diri, dan kesediaan untuk menerapkan usaha yang diperlukan untuk menyempurnakan keperluan akademik dan tahap kerisauan mereka terhadap pencapaian pembelajaran.

c. Komponen Peraturan Diri (Self-regulation) Dalam Pembelajaran Strategik:

(7)

DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian ini akan dipersembahkan mengikut beberapa dapatan kajian iaitu latarbelakang respondan, gaya personaliti, gaya pembelajaran, strategi pembelajaran dan hubungan pembolehubah-pembolehubah tersebut dengan pencapaian pelajar dalam subjek ekonomi.

Latar belakang respondan

Soal selidik telah diedarkan kepada 174 responden dan hasil kutipan data menunjukkan seramai 154 orang telah mengembalikan semula borang soal selidik yang diberikan.

Jadual 1: Taburan Respondan

(71%) orang iaitu 79 orang pelajar perempuan dan 31 orang pelajar lelaki. Selebihnya seramai 44 (29%) orang adalah pelajar Bukan Bumiputera yang terdiri dari 36 orang pelajar perempuan dan 8 orang pelajar lelaki.

Jadual 2 : Taburan Kekerapan Pelajar Mengikut Kelayakan Masuk

Jadual 2 menunjukkan taburan pelajar mengikut merit (kelayakan masuk), didapati 35 (%) orang pelajar berada dalam kategori merit rendah (70-80). Kesemuanya adalah dari kalangan pelajar Bumiputera iaitu 6 orang pelajar lelaki dan 29 orang pelajar perempuan. Kategori merit sederhana (81-90) terdiri dari 101 (%) orang pelajar iaitu 44 orang pelajar Non- Bumiputera dan 57 orang pelajar Bumiputera. Dari 44 orang pelajar Non- Bumiputera merit sederhana, terdapat 8 orang pelajar lelaki dan 36 orang pelajar perempuan. Bagi pelajar Bumiputera, merit sederhana mengandungi 18 orang pelajar lelaki dan 39 orang pelajar perempuan. Kategori merit tinggi (91-100) hanya mengandungi pelajar Bumiputera seramai 17 (%) orang iaitu 7 pelajar lelaki dan 10 pelajar perempuan.

Jantina Race

Perempuan Meritcode merit rendah Count 0 29 29

(8)

Dimensi Gaya Personaliti

Jadual 3 di bawah menunjukkan dari seramai 110 orang pelajar Bumiputera, 71 orang (64.5%) mempunyai personaliti ekstrovert dan 39 orang (35.5%) mempunyai personaliti introvert. Bagi pelajar Bukan Bumiputera, daripada seramai 44 orang pelajar, 20 pelajar (45.5%) dalam kategori ekstrovert dan 24 orang ( 54.5%) dalam kategori introvert. Secara keseluruhan, 91 orang pelajar (59%) dalam kategori ekstrovert dan 63 orang (41%) dalam kategori introvert. Bagi dimensi SN, didapati dari seramai 110 orang pelajar Bumiputera, 100 orang (91.0%) mempunyai personaliti sensing dan 10 orang (9.0%) mempunyai personaliti intuition. Bagi pelajar Bukan Bumiputera, daripada seramai 44 orang pelajar, 37 pelajar (84.0%) dalam kategori sensing dan 7 orang ( 16.0%) dalam kategori intuition. Secara keseluruhan, 137 orang pelajar (89%) dalam kategori sensing dan 17 orang (11.0%) dalam kategori intuition. Bagi dimensi TF, didapati dari seramai 110 orang pelajar Bumiputera, 66 orang (60.0%) mempunyai personaliti thinking dan 44 orang (40.0%) mempunyai personality feeling. Bagi pelajar Bukan Bumiputera, daripada seramai 44 orang pelajar, 18 orang pelajar (40.1%) dalam kategori thinking dan 26 orang ( 59.1%) dalam kategori feeling. Secara keseluruhan, 84 orang pelajar (55.0%) dalam kategori thinking dan 70 orang (45.0%) dalam kategori feeling. Bagi dimensi JP pula, didapati dari seramai 110 orang pelajar Bumiputera, 99 orang (90.0%) mempunyai personaliti judjing dan 11 orang (10.0%) mempunyai personaliti perceiving. Bagi pelajar Bukan Bumiputera, daripada seramai 44 orang pelajar, 41 orang pelajar (93.2%) dalam kategori judging dan 3 orang ( 6.8%) dalam kategori perceiving. Secara keseluruhan, 140 orang pelajar (91.0%) dalam kategori judging dan 14 orang (9.0%) dalam kategori perceiving.

Jadual 3: Taburan respondan Mengikut Dimensi Personaliti

Kaum Jumlah

Bukan Bumiputera Bumiputera

EI Ekstrovert 20 71 91

Introvert 24 39 63

SN Sensing 37 100 137

Intuition 7 10 17

TF Thinking 18 66 84

Feeling 26 44 70

JP Judging 41 99 140

Perceiving 3 11 14

Berdasarkan jadual 4, didapati gaya personaliti yang paling tinggi adalah ESTJ, ESFJ, ISTJ dan ISFJ. Bagi kategori ESTJ terdapat seramai 49 orang pelajar yang terdiri dari 7orang pelajar Bukan Bumiputera (14.3%) dan 42 orang pelajar Bumiputera (85.7%). Kategori ESFJ mengandingi seramai 30 orang pelajar, Bumiputera 21 orang (70%) dan Bukan Bumiputera 9 orang (30%). Kategori ISTJ seramai 27 orang dengan 10 orang (37%) Bukan Bumiputera dan 17 orang Bumiputera (63%). Kategori ISFJ, mengandungi 24 orang pelajar, 10 orang (41.7%) pelajar Bukan Bumiputera dan 14 orang (58.3%) pelajar Bumiputera.

Jadual 4: Taburan 16 Jenis Personaliti MBTI Kaum

Bukan Bumiputera Bumiputera Jumlah

ENFP 0 3 3

INFP 1 0 1

ISTJ 10 17 27

ISFP 0 1 1

ESTP 0 1 1

ENTP 1 0 1

INFJ 3 2 5

(9)

ISTP 0 2 2

INTJ 0 2 2

ESTJ 7 42 49

ENFJ 2 1 3

ISFJ 10 14 24

ESFJ 9 21 30

INTP 0 2 2

Jumlah 154

Jadual 5 menunjukkan majoriti pelajar berada dalam kategori SJ iaitu seramai 130 orang iaitu terdiri dari 94 orang (72.3%) pelajar Bumiputera dan 36 orang (27.7%) pelajar Bukan Bumiputera.

Jadual 5: Gaya pembelajaran Berasaskan Personaliti Race

Bukan Bumiputera Bumiputera Total

SP 1 6 7

SJ 36 94 130

NF 6 6 12

NT 1 4 5

Total 44 110 154

Perbezaan Personaliti dan Pencapaian

Jadual 4: Perbezaan Personaliti dan Pencapaian

Min Signifikan

EI Ekstrovert 7.8308 0.009*

Introvert 8.3175

SN Sensing 8.0146 0.637

Intuition 8.1529

TF Thinking 7.9393 0.280

Feeling 8.1386

JP Judging 8.0407 0.709

Perceiving 7.9214 signifikan pada 0.01

(10)

Perbezaan Gaya Pembelajaran dan Pencapaian

Ujian ANOVA menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian bagi semua gaya pembelajaran (SJ,SP, NT dan NF) sebagaimana yang ditunjukkan dalam jadual.

Hubungan strategi pembelajaran dengan pencapaian

Analisis korelasi mendapati hanya satu dimensi yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian iaitu dimensi strategi ujian (0.003) dan dari Ujian T, didapati tidak ada perbezaan bagi jantina dan kaum untuk dimensi ini.

Jadual 5 : Strategi dan Pencapaian

Strategi Sig

Bimbang .068

Sikap .698

Tumpuan .776 Proses .776 Proses .241 Kendiri .840 IsiUtama .598

Bantu .506

UrusMasa .094 Strategi Ujian .003*

Motivasi .488

* Correlation is significant at the 0.05 level (2-tailed).

Ujian juga dibuat untuk melihat hubungan pencapaian dengan setiap komponen pembelajaran strategik (will, skill dan self regulated) sebagaimana yang ditunjukkan melalui jadual 6 di bawah.

Jadual 6: Hubungan komponen pembelajaran strategik dan pencapaian

UPS1 Skill Will Self

UPS1 1.00 0.170* 0.083 0.019

Skill 1.00 0.441** 0.637**

Will 1.00 0.560**

Self 1.00

* Correlation is significant at the 0.05 level (2-tailed). ** Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Dimensi skill (kemahiran belajar) menunjukkan hubungan yang signifikan (sig = 0.03) dengan

pencapaian pelajar. Pelajar yang mempunyai kemahiran belajar seperti memproses maklumat, memilih isi utama dan strategi ujian mempunyai pencapaian yang lebih baik berbanding pelajar yang tidak mepunyai kemahiran tersebut.

Perbezaan personaliti mengikut kaum Sum of

Squares df SquareMean F Sig.

Between

Groups .665 3 .222 .169 .917

Within Groups 196.858 150 1.312

(11)

Ujian Khi kuasa dua yang dilakukan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dari segi jenis personalti (16 jenis personaliti dalam MBTI) mengikut kaum. Beitu juga bagi dimensi ektrovert/introvert (EI) (0.03) dan dimensi thinking/feeling (TF) (0.03). Bagi pelajar Non Bumi, bilangan introvert adalah lebih ramai iaitu 24 orang (54.5%) berbanding ekstrovert 20 orang (45.5%). Bagi dimensi TF, pelajar feeling seramai 26 orang (59.1%) adalah ramai berbanding dengan pelajar thinking 18 orang (40.9%). Manakala bagi pelajar Bumiputera, bilangan ekstrovert adalah lebih ramai iaitu 91 orang (59.1%) berbanding introvert seramai 63 orang (40.9%). Bagi dimensi TF, pelajar thinking adalah lebih ramai iaitu 66 orang (60.0%) berbanding feeling seramai 44 orang (40%).

Perbezaan strategi mengikut kaum

Dapatan berdasarkan ujian-T dalam jadual 7 menunjukkan terdapat dua dimensi strategi pembelajaran yang mempunyai perbezaan yang signifikan mengikut kaum iaitu dimensi sikap (0.02) dan isi utama (0.03). Bagi dimensi sikap, didapati pelajar Bumiputera mempunyai min yang lebih tinggi (3.25) berbanding pelajar Bukan- Bumiputera (3.09). Bila ujian dibuat keatas setiap item dalam dimensi tersebut, didapati pelajar Bukan-Bumiputera lebih bersikap tak kisah jika dapat gred yang rendah dan gagal masuk universiti berbanding pelajar Bumiputera. Bagi dimensi pemilihan isi utama, pelajar Bumiputera didapati mempunyai min yang lebih tingg (2.55) berbanding dengan min pelajar Non-Bumiputera (2.37). Ujian ke atas setiap item dalam dimensi pemilihan isi utama menunjukkan pelajar Non- Bumiputera lebih menghadapi masalah dalam mengenalpasti maklumat-maklumat penting semasa mengulangkaji pelajaran dan perbincangan dalam kelas berbanding pelajar Bumiputera.

Jadual 7: Perbandingan Strategi Pembelajaran Mengikut Kaum

Strategi

Min

Bukan Bumiputera Bumiputera

Bimbang 1.9302 1.9748

*Sikap 3.0966 3.2546

Tumpuan 2.5170 2.5849

Proses 2.9773 2.9432

Kendiri 2.6250 2.6168

*IsiUtama 2.3693 2.5482

Bantu 3.0341 3.0440

UrusMasa 2.6534 2.5069

Strategi 2.6395 2.5705

Motivasi 3.2500 3.1568

* Signifikan pada 0.05. Perbezaan Strategi Mengikut Jantina

Jadual 8 menunjukkan perbezaan strategi mengikut jantina. Berdasarkan ujian T, didapati perbezaan yang signifikan antara jantina wujud bagi dimensi bimbang (sig=0.00) dan sikap (sig=0.04). Bagi dimensi bimbang, pelajar lelaki mempunyai tahap kebimbangan yang lebih rendah berbanding dengan pelajar perempuan. Ujian ke atas setiap item dalam dimensi tersebut menunjukkan pelajar perempuan mempunyai kebimbangan yang lebih tinggi ke atas kesemua item. Item-item tersebut adalah, rasa tidak bersemangat jika mendapat gred yang rendah, merasa panik bila menduduki peperiksaan yang penting, rasa bimbang dan keliru jika tidak dapat menjawab soalan peperiksaan dan kerisauan mendapat gred yang rendah menganggu tumpuan pembelajaran.

Jadual 8 : Perbandingan Strategi Pembelajaran Mengikut Jantina

Strategi Pembelajaran

Min

(12)

*Bimbang 2.2949 1.8473

*Sikap 3.0987 3.2457

Tumpuan 2.6351 2.5420

Proses 2.9744 2.9457

Kendiri 2.6090 2.6228

IsiUtama 2.6218 2.4539

Bantu 2.9145 3.0833

UrusMasa 2.4671 2.5768

Strategi 2.6859 2.5570

Motivasi 3.2179 3.1717

Signifikan pada 0.05 Perbezaan personaliti mengikut jantina

Ujian Khi kuasa dua yang dilakukan menunjukkan tidak terdapat perbezaan/hubungan yang signifikan dari segi jantina dengan personaliti, samada dari segi 16 jenis personaliti dalam MBTI ataupun mengikut dimensi.

Perbincangan dan kesimpulan

Berdasarkan kepada dapatan kajian didapati pelajar introvert perempuan mempunyai pencapaian yang lebih baik dalam subjek ekonomi barbanding dengan pelajar-pelajar lain. Namun begitu, ujian keatas kaum dan pelajar lelaki menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi pelajar ektrovert dan introvert. Dapatan ini adalah selari dengan dapatan kajian yang dilakukan oleh Borg dan Shapiro (1996) dan Zeigert (2000). Dari segi 16 jenis personaliti dan pembawaan yang menentukan gaya pembelajaran berdasarkan personaliti, didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian antara pelajar. Dapatan ini adalah bercanggah dengan dapatan yang diperolehi oleh Borg dan Shapiro (1996) dan Zeigert (2000) yang menyatakan pelajar pembawaan SJ mempunyai pencapaian yang lebih baik dalam subjek ekonomi dan daripada 16 jenis personalti, jenis ENTP,ESTP dan ENFP mempunyai prestasi yang lemah berbanding ISTJ. Keadaan ini mungkin berlaku disebabkan oleh budaya dan kaedah pengajaran yang berbeza.

Dapatan kajian juga menunjukkan hanya satu dimensi strategi pembelajaran yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian iaitu strategi ujian. Pelajar berprestasi baik di dapati mempunyai strategi ujian yang lebih baik berbanding pelajar lemah. Untuk dimensi ini, didapati tidak ada perbezaan dalam strategi ujian mengikut kaum. Walaupun strategi-strategi pembelajaran yang lain tidak menunjukkan hubungan yang signifikan dengan pencapaian, tetapi didapati pelajar cemerlang mempunyai strategi pembelajaran yang lebih baik berbanding pelajar lemah berdasarkan nilai min yang lebih tinggi bagi setiap dimensi.

Seterusnya ujian dilakukan untuk mengenalpasti perbezaan personaliti antara kaum dan jantina. Didapati terdapat perbezaan yang signifikan bagi personaliti antara kaum. Perbezaan yang signifikan juga wujud bagi dimensi ekstrovert dan introvert (EI) dan dimensi thinking dan feeling (TF). Pelajar Bukan Bumiputera di dapati lebih ramai bersifat introvert berbanding pelajar Bumiputera yang lebih ramai bersifat ekstrovert. Dapatan ini mungkin akan memberikan implikasi ke atas pencapaian pelajar mengikut kaum kerana dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaaan yang signifikan dalam pencapaian pelajar introvert dan ekstrovert. Dari segi jantina, dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan samaada dari segi 16 jenis personaliti berdasarkan MBTI ataupun dimensi.

Objektif kajian yang seterusnya adalah untuk mengenalpasti perbezaan dalam strategi pembelajaran mengikut kaum. Didapati terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar Bumiputera dan Bukan Bumiputera dalam dimensi sikap dan pemilihan isi utama. Pelajar Bumiputera mempunyai sikap yang lebih positif dan strategi pemilihan isi utama yang lebih baik berbanding pelajar Bukan Bumiputera. Dari segi jantina, didapati terdapat perbezaan dari segi tahap kebimbangan dan sikap. Pelajar perempuan mempunyai tahap kebimbangan yang lebih tinggi tetapi bersikap lebih positif berbanding pelajar lelaki.

(13)

aspek-aspek strategi pembelajaran kepada pelajar contohnya teknik pembelajaran yang betul dan juga pengurusan masa.

Akhir sekali, daripada kajian ini tertakluk kepada beberapa limitasi berikut: Pertama, penentuan gaya personaliti dan gaya pembelajaran pelajar diperolehi berdasarkan kepada satu instrumen sahaja iaitu Keirsey Bates Temperament Sorter yang akan menentukan gaya personaliti dan gaya pembelajaran mengikut Myers Briggs Types Indicator (MBTI). Kedua, penentuan strategi pembelajaran dibuat berdasarkan satu instrumen sahaja iaitu LASSI (Learning and Study Strategies Inventory). Ketiga, Kajian ini hanya dilakukan ke atas pelajar matrikulasi jurusan perakaunan Kolej Matrikulasi Kedah sahaja. Keempat, pencapaian pelajar hanya diukur melalui markah Ujian Pertengahan Semester (UPS) yang memberikan markah sebanyak 10% sahaja kepada keseluruhan markah ekonomi di peringkat matrikulasi. Sehubungan dengan itu, rumusan kepada dapatan kajian ini perlulah diinterpretasi dengan mengambilkira limitasi-limitasi yang dinyatakan.

SENARAI RUJUKAN

Borg, O., & Shapiro, S (1996). Personality type and student performance in principles of economics.

Journal of Economics Education

Curry, 1990: Curry, L. Learning styles in secondary schools: A review of instruments and implications for their use, 1990, (ERIC No. D 317 283).

Garger and Guild 1984: Garger, S. & Guild, P. “Learning styles: The crucial differences”, in Curriculum Review, 1984, 23(1), 9-12.

Keirsey, D., and M.Bates. 1984. Please understand me: Character and temperament types. 5th ed Del

Mar, Calif.: Promotheus Nemesis.

Myers, I. 1975. Manual : Myers-Briggs type indicator. Palo Alto, Calif.: Consulting Psychologists Press. Pintrich and Johnson, 1990: Pintrich, P. R., & Johnson, G. R. “Assessing and improving students’ learning

strategies”, in The changing face of college teaching, New Directions for Teaching and Learning,

1990, (No. 42, p. 83-92). San Francisco, CA: Jossey-Bass Publishers.

Weinstein and Meyer, 1991: Weinstein, C. E. & Meyer, D. K. “Cognitive learning strategies and college teaching”, in R. J. Menges and M. D. Svinicki (Eds.), College teaching: from theory to practice, New directions for teaching and learning, 1991, (No 45, pp.15-26) San Francisco, CA: Jossey-Bass Publishers.

Yip, M.C.W., & Chung, O.L.L. (2002). Relation of study strategies to the academic performance of Hong Kong University students. Psychological Report, 90, pp 338-340.

Referensi

Dokumen terkait

Hasil penelitian yang dilakukan menunjukkan bahwa kualitas produk, harga dan kualitas layanan berpengaruh secara simultan terhadap kepuasan konsumen pengguna

Bentuk perilaku manusia akibat perasaan bahagia yang terlalu berlebihan saat menggunakan gadget dan juga pengaruh dampak buruk yang ditimbulkannya tersebut akan

Adapun menurut kasmir, pelayanan dapat didefinisikan sebagai tindakan atau perbuatan seseorang atau organisasi (kumpulan orang) untuk memberikan kepuasan kepada

Peningkatan Objek Wisata sebagai strategi komunikasi dalam kegiatan Visit Batam 2010 ini dilakukan dengan berbagai cara antara lain (1) Penataan dan peningkatan objek wisata

Penelitian ini diharapkan dapat memberikan kontribusi yang berarti bagi masyarakat secara umum dalam memanfaatkan limbah sekam dan jerami padi sebagai bahan bakar

Kekuatan Tim Pendukung yang dimiliki oleh pasangan Zulkifli As ± Eko Suharjo akan membantu Tim Pemenangan Koalisi Peduli dalam memenangkan Zulkifli As dan Eko

Sehingga dapat disimpulkan bahwa tidak terdapat perbedaan kemampuan pemecahan masalah matematika antara siswa yang memperoleh pembelajaran matematika menggunakan model

Apabila ditinjau dari hasil penelitian sebelumnya yang telah dilakukan oleh Dina Martina, dkk (2017) dikelas VIID SMP Negeri 1 Sanggau membuktikan bahwa