• Tidak ada hasil yang ditemukan

TINJAUAN SIKAP PELAJAR TERHADAP MATA PEL

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "TINJAUAN SIKAP PELAJAR TERHADAP MATA PEL"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

TINJAUAN SIKAP PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN BAHASA ARAB KOMUNIKASI

MUJAHID BIN AZMI (P82667)

(MINI KAJIAN DARIPADA KAJIAN : TINJAUAN SIKAP PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN BAHASA ARAB KOMUNIKASI DI SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH MACHANG KELANTAN OLEH WAN MOHD

ABRISAM BIN WAN AHMAD, 2002) ABSTRAK

Kajian ini merupakan mini kajian atau kajian ringkas yang diadaptasi daripada kajian Tinjauan Sikap Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Bahasa Arab Komunikasi Di Sekolah-Sekolah Daerah Machang Kelantan oleh Wan Mohd Abrisam Bin Wan Ahmad pada tahun 2002 daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian ringkas ini bertujuan untuk bagi meninjau dan mendapatkan pandangan pelajar tentang sikap mereka terhadap mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi. Kajian ini dijialankan di Sekolah Menengah Integrasi Al-Farabi Kampung Delek di daerah Klang. Melibatkan 20 orang pelajar tingkatan empat yang terdiri daripada lapan orang pelajar lelaki dan dua belas orang pelajar perempuan. Satu set soal selidik yang merangkumi18 soalan berkaitan sikap diberikan kepada pelajar-pelajar yang mempunyai lima pilihan jawapan berskala likert. Analisis data dibuat menggunakan perisian SPSS 23. Keputusan menunjukkan minat pelajar terhadap mata pelajaran bahasa Arab keseluruhan berada di tahap yang sederhana. Keputusan juga menunjukkan pelajar perempuan lebih minat untuk mempelajari bahasa Arab. Dari aspek pencapaian juga pelajar perempuan lebih tinggi daripada pelajar lelaki yang rata-rata berada di pencapaian sederhana dan rendah. Kajian ini mengharapkan kajian mengenai mekanisma yang mampu diwujudkan untuk menarik minat pelajar lelaki terutamanya untuk mempelajari dan berusaha mencapai pencapaian yang tinggi dalam bahasa Arab.

PENDAHULUAN

Adnan (1987) mendapati sikap pelajar terhadap sesuatu subjek mempunyai hubungan yang penting dengan pencapaian akademik mereka. Menurut Aminah (2008), dalam kajiannya mendapati bahawa sikap pelajar Melayu terhadap pembelajaran kurang menggalakkan apabila 73 peratus tidak suka membuat latihan tambahan, 50 peratus gagal menyelesaikan kerja rumah dan 48 peratus terlalu bergantung kepada guru (Utusan Malaysia, 17 Jun 2008).

(2)

merupakan kecenderungan untuk bertindak secara positif atau negatif terhadap objek tertentu, situasi, institusi, konsep atau seseorang. Menurut Abdul Rahim (2001) pula mendapati bahawa sikap memberi kesan yang khusus kepada tingkah laku, daya usaha, minat dan kesedaran.

Oleh itu, kajian ini ingin mengenalpasti dan mengkaji pandangan pelajar terhadap mata pelajaran bahasa Arab yang telah mereka pelajari.

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini dibuat bagi meninjau dan mendapatkan pandangan pelajar tentang sikap mereka terhadap mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi.

OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenalpasti sikap pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi (BAK).

2. Mengenalpasti perbezaan sikap pelajar terhadap mata pelajaran BAK mengikut jantina.

3. Mengenalpasti perbezaan sikap pelajar terhadap mata pelajaran BAK mengikut pencapaian.

SOALAN KAJIAN

1. Apakah sikap pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi (BAK).

2. Adakah terdapat perbezaan sikap pelajar terhadap mata pelajaran BAK mengikut jantina.

3. Adakah terdapat perbezaan sikap pelajar terhadap mata pelajaran BAK mengikut pencapaian.

BATASAN KAJIAN

Kajian yang telah dijalankan adalah terbatas di Sekolah Menengah Integrasi Al-Farabi Kampung Delek di daerah Klang. Tumpuan kajian ini terbatas kepada sikap pelajar terhadap Bahasa Arab Komunikasi. Sampel kajian ini melibatkan seramai 20 orang pelajar yang terdiri daripada lapan orang pelajar lelaki dan dua belas pelajar perempuan.

Pelajar yang terlibat ialah pelajar tingkatan empat yang telah menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).

ALAT KAJIAN

(3)

Soalan terbahagi kepada dua bahagian iaitu A dan B. Bahagian A bertanyakan mengenai jantina, gred bagi mata pelajaran bahasa arab PT3 serta tahun mendudukinya. Bahagian B pula terdiri daripada 18 soalan berkaitan dengan sikap pelajar terhadap mata pelajaran bahasa arab.

Set soal selidik yang dijalankan berdasar skala Likert kerana ia membolehkan pengumpulan maklumat tentang darjah persetujuan responden terhadap tiap-tiap soalan yang digunakan, selain daripada itu umumnya skala Likert mempunyai darjah kebolehpercayaan yang tinggi (Nor Jannah Hassan, 1999). Skala lima titik (Sufean Hussin, 1995) membahagikan kepada lima kategori

:-1. Sangat tidak setuju (STS) 2. Tidak setuju (TS)

3. Tidak pasti (TP) 4. Setuju (S)

5. Sangat setuju (SS)

Responden hanya dibenarkan memilih satu jawapan sahaja daripada pilihan yang diberi.

PROFIL RESPONDEN

Profil responden yang dapat dibuat daripada kaji selidik mini kajian ini adalah profil responden mengikut jantina dan profil responden mengikut gred peperiksaan PT3 bagi mata pelajaran bahasa Arab.

Profil responden mengikut jantina :

JENIS JANTINA KEKERAPAN PERATUS

LELAKI 8 40%

PEREMPUAN 12 60%

JUMLAH 20 100%

Daripada 20 orang responden yang telah diberi set soal selidik bagi mengetahui pandangan dan sikap mereka terhadap matapelajaran bahasa Arab, terdapat lapan orang pelajar lelaki dan 12 orang pelajar perempuan. Bilangan ini diambil daripada setengah pelajar mengikut jantina di dalam tingkatan tersebut. Pemilihan sampel tidak dijalankan secara rawak, hanya mengambil pelajar yang hadir ke sekolah pada hari tersebut sahaja.

Profil responden mengikut gred bahasa Arab :

GRED BAHASA ARAB KEKERAPAN PERATUS CEMERLANG

A 2 10%

JUMLAH 2 10%

SEDERHANA

(4)

C 10 50%

JUMLAH 12 60%

LEMAH

D 5 25%

E 1 5%

JUMLAH 6 30%

JUMLAH BESAR 20 100%

Responden bagi kajian ini dibahagikan mengikut kumpulan gred bahasa Arab dalam peperiksaan PT3 yang besar iaitu cemerlang (yang mendapat A), sederhana (yang mendapat B dan C) dan lemah (yang mendapat D dan E). Kumpulan cemerlang hanya mempunyai 2 orang responden mewakili 10% daripada jumlah responden. Manakala, kumpulan sederhana yang terdiri daripada pelajar yang mendapat gred B dan C mempunyai 12 secara jumlahnya bersamaan 60%. Kumpulan lemah pula yang terdiri daripada pelajar yang mendapat gred D dan E mempunyai 6 orang bersamaan 30%.

Daripada hasil analisa di atas, majoriti pelajar berada di tahap yang sederhana berdasarkan skor dan gred peperiksaan PT3. Ini menunjukkan penguasaan mereka dalam bahasa Arab dari spek akademik tidak memuaskan dan berada di tahap yang membimbangkan.

Minat dan pandangan pelajar terhadap bahasa Arab

SOALAN TIDAK 1. SAYA SANGAT MEMINATI MATA PELAJARAN

BAHASA ARAB

2. SAYA BERPENDAPAT BAHASA ARAB ADALAH MATA PELAJARAN SANGAT PENTING

1

3. SAYA BERPENDAPATA BAHASA ARAB ADALAH MATA PELAJARAN YANG SENANG.

5

4. PADA PENDAPAT SAYA MEMPELAJARI BAHASA ARAB ADALAH MATA PELAJARAN TIDAK MEMBOSANKAN

5. SAYA GEMAR MEMBACA BUKU TEKS BAHASA ARAB KERANA IA MUDAH DIFAHAMI

7

(5)

Merujuk soalan 2, 16 orang yang merupakan majoriti bersamaan 80% responden memilih setuju bahasa bahasa Arab merupakan mata pelajaran yang sangat penting. Manakal, 3 orang bersamaan 15% tidak pasti dan 1 orang bersamaan 5% memilih tidak setuju.

Merujuk soalan 3, 9 orang bersamaan 45% memilih setuju dengan kenyataan bahasa Arab merupakan mata pelajaran yang senang. Namun, 6 orang pelajar bersamaan 30% memilih tidak pasti dan 5 orang pelajar memilih tidak setuju dengan kenyataan yang diberi.

Merujuk soalan 4, setengah daripada responden iaitu 10 orang bersetuju bahawa mata pelajaran bahasa Arab tidak membosankan. 8 orang pula iaitu 40% tidak pasti dan 2 orang bersamaan 10% memilih tidak setuju sebagai pilihan dan beranggap mata pelajaran bahasa Arab membosankan.

Merujuk soalan 5, 10 orang pelajar bersamaan setengah daripada responden memilih tidak pasti mereka gemar atau tidak membaca buku teks kerana mudah difahami. Manakala, 7 orang iaitu 35% yang merupakan angka yang agak besar memilih mereka tidak bersetuju. Hanya 3 orang memilih mereka berasa gemar membaca buku teks bahasa Arab kerana mudah difahami berbanding yang lain.

Secara keseluruhkannya, minat dan pandang pelajar terhadap mata pelajaran bahasa Arab hanya memperolehi 51% sahaja di setuju dan menunjukkan keadaan yang positif namun tidak begitu memuaskan melainkan memperolehi majoriti yang besar.

Keseronokan belajar bahasa Arab

SOALAN TIDAK 6. SAYA SUKA MEMBUAT LATIHAN YANG

DIBERIKAN OLEH GURU BAHASA ARAB.

2

7. SAYA SELALU MENGULANGKAJI PELAJARAN BAHASA ARAB DI RUMAH.

3

8. SAYA SELALU MENGGUNAKAN KAMUS DI DALAM KELAS ATAU DI RUMAH.

5

9. SAYA SELALU KE PERPUSTAKAAN UNTUK MENCARI BAHAN RUJUKAN DALAM BAHASA ARAB. 10. SAYA SENTIASA MELIBATKAN DIRI SECARA

(6)

Merujuk soalan 7, 12 orang bersetuju bahawa mereka suka mengulangkaji pelajaran bahasa Arab di rumah. Manakala, 9 orang memilih tidak pasti dan 3 orang tidak selalu mengulangkaji pelajaran bahasa Arab di rumah.

Merujuk soalan 8, 8 orang pelajar menggunakan kamus dalam kelas dan di rumah. Manakala, 7 orang memilih tidak pasti dan 5 orang pelajar memilih jawapan tidak selalu menggunakan kamus.

Merujuk soalan 9, 11 orang pelajar yang merupakan majoriti tidak pasti mereka selalu ke perpustakaan untuk mencari bahan rujukan dalam bahasa Arab. 8 orang pula memilih mereka tidak ke perpustakaan untuk mencari bahan rujukan dan hanya seorang sahaja pelajar yang selalu ke perpustakaan.

Merujuk soalan 10, setengah daripada responden iaitu 10 orang pelajar sentiasa aktif semasa pembelajaran bahasa Arab. 7 orang pula tidak pasti dan hanya 3 orang pelajar bersamaan 15% memilih jawapan tidak setuju yang bermakna mereka tidak aktif semasa pembelajaran bahasa Arab.

Kesimpulannya, keseronokan pelajar belajar bahasa Arab berada di tahap sederhana dengan 40% berada di jawapan tidak pasti. Manakala, 39% berasa seronok belajar bahasa arab dan keputusan menunjukkan terdapat 21% yang tidak seronok belajar bahasa Arab.

Pandangan pelajar terhadap guru dan pengajaran bahasa Arab

SOALAN TIDAK 11. SAYA SUKA CARA PENGAJARAN GURU

BAHASA ARAB DI SEKOLAH SAYA.

1

12. SAYA SELALU MEMBERI PERHATIAN SEMASA GURU SEDANG MENGAJAR BAHASA ARAB.

1

13. GURU BAHASA ARAB ADALAH GURU YANG PALING SAYA MINATI.

0

14. SAYA SUKA PENGAJARAN GURU BAHASA ARAB KERANA IA TIDAK MEMBOSANKAN.

1

(7)

Merujuk soalan 12, 15 orang pelajar bersetuju bahawa dia selalu memberi perhatian semasa guru sedang mengajar bahasa Arab. Manakala, 4 orang pelajar tidak pasti dan hanya seorang pelajar tidak memberikan perhatian semasa guru mengajar bahasa Arab.

Merujuk soalan 13, 13 orang pelajar bersetuju bahawa guru bahasa Arab merupakan guru yang dia minati. 7 orang pula memilih jawapan tidak pasti dan tiada pelajar yang tidak bersetuju dengan kenyataan ini..

Merujuk soalan 14, 13 orang pelajar suka dengan pengajaran guru bahasa Arab dan berasa ianya tidak bosan. Manakala, 6 orang pelajar memilih tidak pasti dan terdapat 3 orang pelajar tidak suka pengajaran guru bahasa Arab dan merasakan ianya membosankan.

Secara keseluruhannya, pelajar berada di tahap positif pada pandangan terhadap guru dan pengajaran bahasa Arab dengan memperolehi jawapan positif sebanyak 70% daripada soalan-soalan yang diberi.

Faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar untuk mempelajari bahasa Arab

SOALAN TIDAK 15. SAYA MEMPELAJARI MATA PELAJARAN

BAHASA ARAB KERANA SAYA MEMINATI DAN INGIN MENDALAMINYA.

16. SAYA MEMPELAJARI MATA PELAJARAN

BAHASA ARAB BUKAN KERANA DIPAKSA OLEH IBUBAPA SAYA.

17. SAYA MEMPELAJARI MATA PELAJARAN BAHASA ARAB BUKAN KERANA MENGIKUT KAWAN SAYA.

(8)

Merujuk soalan 16, 19 orang yang merupakan majoriti besar memilih bersetuju bahawa mereka mempelajari mata pelajaran bahasa Arab bukan kerana dipaksa oleh ibu bapa. Manakala, seorang pelajar tidak pasti dan tiada yang memilih tidak setuju pada soalan ini.

Merujuk soalan 17, kesemua pelajar bersamaan 20 orang bersetuju bahawa mereka pelajari bahasa Arab bukan kerana mengikut kawan. Ini bermakna tiada pelajar memilih jawapan tidak pasti dan tidak setuju.

Merujuk soalan 18, kesemua pelajar bersamaan 20 orang bersetuju bahawa mereka pelajari bahasa Arab bukan kerana atas desakan daripada guru. Ini bermakna tiada pelajar yang memilih tidak pasti dan tidak setuju sebagai pilihan jawapan.

(9)

Perbezaan minat dan pandangan pelajar terhadap bahasa Arab mengikut jenis jantina

LELAKI = 8 ORANG PEREMPUAN = 12 ORANG SOALAN TIDAK SETUJU SETUJU TIDAK SETUJU SETUJU

S1 0

Perbezaan keseronokan belajar bahasa Arab mengikut jantina

LELAKI = 8 ORANG PEREMPUAN = 12 ORANG SOALAN TIDAK SETUJU SETUJU TIDAK SETUJU SETUJU

(10)

Perbezaan pandangan pelajar terhadap guru dan pengajaran bahasa Arab mengikut jenis jantina

LELAKI = 8 ORANG PEREMPUAN = 12 ORANG SOALAN TIDAK SETUJU SETUJU TIDAK SETUJU SETUJU

S11 1

Perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi sikap pelajar untuk mempelajari bahasa Arab mengikut jantina

LELAKI = 8 ORANG PEREMPUAN = 12 ORANG SOALAN TIDAK SETUJU SETUJU TIDAK SETUJU SETUJU

(11)

Perbezaan minat dan pandangan pelajar terhadap bahasa Arab mengikut gred pencapaian bahasa Arab pelajar dalam PT3

CEMERLANG = 2 ORANG

SEDERHANA = 12 ORANG

Perbezaan keseronokan belajar bahasa Arab mengikut pencapaian gred bahasa Arab pelajar dalam PT3

CEMERLANG = 2 ORANG

(12)

Perbezaan pandangan pelajar terhadap guru dan pengajaran bahasa Arab mengikut pencapaian gred bahasa Arab pelajar dalam PT3

CEMERLANG = 2 ORANG

SEDERHANA = 12 ORANG

Perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi sikap pelajar untuk mempelajari bahasa mengikut pencapaian gred bahasa Arab pelajar dalam PT3

CEMERLANG = 2

ORANG SEDERHANA = 12ORANG LEMAH = 6 ORANG SOALAN TIDAK pelajaran bahasa Arab dalam dua aspek tersebut telah dapat dikenalpasti. Perbezaan pelajar berlainan jantina dan pencapaian turut memberi kesan ke atas sikap mereka terhadap mata pelajaran bahasa Arab. Adalah diharapkan dengan hasil dapatan kajian yang dikemukakan akan dapat menyumbang ke arah mempertingkatkan mutu pendidikan khususnya dalam mata pelajaran bahasa Arab.

PERBINCANGAN

Berdasarkan keputusan yang diperolehi, beberapa kesimpulan dapat pengkaji buat. Iaitu :-1. Pelajar merasakan bahasa Arab matapelajaran sangat penting

(13)

3. Pelajar selalu mengulangkaji pelajaran bahasa Arab di rumah

4. Pelajar tidak gemar membaca buku teks kerana tidak mudah difahami

5. Pelajar tidak selalu ke perpustakaan untuk mencari bahan rujukan dalam bahasa Arab 6. Pelajar suka cara pengajaran guru bahasa Arab dan selalu beri perhatian semasa guru

mengajar

7. Pelajar mempelajari bahasa Arab bukan kerana mengikut kawan dan bukan kerana desakan guru

8. Pelajar perempuan lebih minat bahasa Arab dan membuat latihan yang diberikan oleh guru bahasa Arab

9. Kedua-dua jantina tidak minat ke perpustakaan untuk mencari bahan rujukan dalam bahasa Arab

10. Kedua-dua jantina suka cara pengajaran dan selalu beri perhatian semasa guru mengajar 11. Kedua-dua jantina mempelajari bahasa Arab bukan kerana mengikut kawan dan bukan

kerana desakan guru

12. Pelajar lemah minat bahasa Arab namun pencapaian tidak selari

13. Pelajar lemah tidak gemar membuat latihan dan mengulangkaji bahasa Arab di rumah

KESIMPULAN

Keputusan kajian ini hendaklah menjadi satu garis ukur bagi pendidik-pendidik untuk memperbaiki prestasi pelajar dari segi pembelajaran. Terutamanya bagi meningkatkan tahap minat pelajar terhadap mata pelajaran bahasa Arab.

Bahkan, guru perlu atas beberapa masalah seperti pelajar tidak berminat untuk ke perpustakaan mencari bahan rujukan dan menggunakan kamus dalam pembelajaran di rumah atau dalam kelas. Guru juga perlu mengambil cakna mengenai pelajar yang tidak aktif dan memberi perhatian bagi meningkatkan tahap penguasaan pelajar yang rata-ratanya berada di tahap sederhana.

Dari segi jantina, dapat disimpulkan bahawa pelajar perempuan lebih ke hadapan dan rajin berusaha berbanding pelajar lelaki. Kajian-kajian akan datang perlu memikirkan mekanisma bagaimana perlu diadakan bagi menarik minat pelajar lelaki untuk lebih minat bahasa Arab dan berusaha lebih untuk maju ke hadapan dan mencapai tahap penguasaan yang memuaskan.

Diharapkan kajian ringkas ini memberikan manfaat kepada semua pihak agar mampu mencari kelemahan dan perbaiki bagi sama-sama menaikkan martabat bahasa Arab di negara kita.

RUJUKAN

Abd. Halim Mohamad & Wan Mohamad Wan Sulong (2003). Antara Minat dan Sikap Pelajar Terhadap Bahasa Arab : Satu Kajian Kes Pelajar Bachelor Bahasa Arab Di IPTA Malaysia. Wacana Pendidikan Islam (Siri 5) Pendidikan Islam Dan Bahasa Arab Pemangkin Peradaban Ummah. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

(14)

Abdullah & Ainon (1986). Daya pengaruh dan perubahan sikap. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.

Adnan (1987). Pertalian Antara Sikap Pelajar Terhadap Matapelajaran Tertentu dan Pencapaian Dalam Peperiksaan. Tesis, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Aiken, L.R. (1976). Update on Attitude and Other Effective Variables in Learning Mathematics, Attitudes a hand book of social psychology. Werchester Moss: Clark Mines Press.

(15)

LAMPIRAN

LAMPIRAN A

BORANG SOAL SELIDIK KERJA LAPANGAN

SUBJEK PERANCANGAN KURIKULUM BAHASA ARAB

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

BANGI SELANGOR

TAJUK

TINJAUAN SIKAP PELAJAR TERHADAP

MATA PELAJARAN BAHASA ARAB

Soal selidik ini mengandungi 2 bahagian, iaitu bahagian A dan B

Bahagian A : Maklumat Diri Pelajar

Bahagian B : Sikap pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Arab

Arahan :

1. Soal selidik ini Cuma untuk tujuan kajian semata-mata

2. Anda diminta menjawab dengan jujur dan ikhlas

3. Kerjasama anda diucapkan ribuan terima kasih

(16)

BAHAGIAN A

(Maklumat Diri Pelajar)

Arahan :

Sila tandakan (X) dalam ruangan yang disediakan mengikut pilihan yang

sesuai dengan anda.

1. Jantina

:

( ) Lelaki

( ) Perempuan

2. Tempat tinggal anda semasa belajar :

( ) Asrama

( ) Bukan Asrama

3. Gred Mata Pelajaran Bahasa Arab bagi PMR :

( ) A

( ) B

( ) C

( ) D

( ) E

4. Tahun anda menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) :

(17)

BAHAGIAN B

(Sikap Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Bahasa Arab)

Arahan :

Pelajar diharap membaca setiap kenyataan dengan teliti dan fahamkan

kehendak tiap-tiap soalan itu. Pilihlah jawapan yang sesuai dengan anda

dan bulatkan jawapan pilihan anda pada nombor yang disediakan

mengikut skala di bawah :

1 : Sangat tidak setuju

2 : Tidak setuju

3 : Tidak pasti

4 : Setuju

5 : Sangat setuju

(Minat dan Pandangan Pelajar Terhadap Bahasa Arab)

1. Saya sangat meminati mata pelajaran Bahasa Arab.

1

2

3

4

5

2. Saya berpendapat Bahasa Arab adalah mata pelajaran yang sangat penting.

1

2

3

4

5

3. Saya berpendapat Bahasa Arab adalah mata pelajaran yang senang.

(18)

4. Pada pendapat saya, mempelajari Bahasa Arab adalah mata pelajaran yang tidak

membosankan.

1

2

3

4

5

5. Saya gemar membaca buku teks Bahasa Arab kerana ia mudah difahami.

1

2

3

4

5

(Keseronokan Belajar Bahasa Arab)

6. Saya suka membuat latihan yang diberikan oleh guru Bahasa Arab.

1

2

3

4

5

7. Saya selalu mengulangkaji pelajaran Bahasa Arab di rumah.

1

2

3

4

5

8. Saya selalu menggunakan kamus di dalam kelas atau di rumah.

1

2

3

4

5

9. Saya selalu ke perpustakaan untuk mencari bahan rujukan dalam Bahasa Arab.

1

2

3

4

5

10. Saya sentiasa melibatkan diri secara aktif semasa pembelajaran Bahasa Arab.

(19)

(Pandangan Pelajar terhadap Guru dan Pengajaran Bahasa Arab)

11. Saya suka cara pengajaran guru Bahasa Arab di sekolah saya.

1

2

3

4

5

12. Saya selalu memberi perhatian semasa guru sedang mengajar Bahasa Arab.

1

2

3

4

5

13. Guru Bahasa Arab adalah guru yang paling saya minati.

1

2

3

4

5

14. Saya suka pengajaran guru Bahasa Arab kerana ia tidak membosankan.

1

2

3

4

5

(Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Sikap Pelajar untuk mempelajari Bahasa Arab)

15. Saya belajar mata pelajaran Bahasa Arab kerana saya meminati dan ingin

mendalaminya.

1

2

3

4

5

16. Saya belajar mata pelajaran Bahasa Arab bukan kerana dipaksa oleh ibu bapa saya.

1

2

3

4

5

(20)

1

2

3

4

5

18. Saya belajar mata pelajaran Bahasa Arab bukan kerana desakan guru saya.

Referensi

Dokumen terkait

Dengan adanya penelitian ini diharapkan ikan nila dapat dijadikan bioindikator pada pencemaran limbah deterjen dan dapat dijadikan sebagai bahan informasi

Pesisir Kecamatan Tugu Semarang merupakan daerah dengan topografi yang landai sehingga memiliki tingkat kerentanan yang tinggi terhadap dampak kenaikan air laut

Pelatihan dilaksanakan tiga kali pertemuan yaitu tanggal 20 Agustus 2019 dan tanggal 30-31 Agustus 2019. Tempat pelatihan di SD Negeri 65 Bukit Peninjauan II Kecamatan

Berdasarkan fakta tentang potensi komoditas ikan, maka sebagian penduduk Kelurahan Krobokan menekuni industri kecil bandeng.Tujuan penelitian ini adalah menganalisis bagaimana

Terdapat beberapa tulisan yang membahas tema sejenis dengan tulisan ini, di antaranya tulisan Ali Usmar berjudul “ Pendidikan Islam Berwawasan Lingkungan Hidup .” Dalam

Angka nisbah C/N didapatkan terjadi fluktuatif pada masing-masing stasiun dalam setiap minggunya, dikarenakan adanya perbedaan jumlah bakteri sedimen yang berada pada

Atribut inovasi yang dimaksud adalah sebagai berikut Relative Advantage (keuntungan relatif), Compatibility (kesesuaian), Complexity (kerumitan), Triability

Implementasi Konsep omnibus law di Indonesia hierarki tata urutan peraturan perundang-undangan di Indonesia sebagaimana diatur di dalam Undang-undang Nomor 15 Tahun