• Tidak ada hasil yang ditemukan

AKTOR AKTOR YANG TERLIBAT DALAM ISU KEGA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "AKTOR AKTOR YANG TERLIBAT DALAM ISU KEGA"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

AKTOR-AKTOR YANG TERLIBAT DALAM ISU KEGANASAN DAN PENDERAAN TERHADAP WANITA

PENGENALAN

Tugasan ini membincangkan tentang aktor-aktor yang terlibat dalam isu keganasan dan penderaan terhadap wanita. Tugasan ini juga turut membincangkan tentang peranan-peranan aktor terlibat dalam menangani isu ini. Keganasan dan

penderaan terhadap wanita boleh diertikan sebagai perbuatan penganiayaan terhadap wanita melalui apa-apa tindakan yang mengakibatkan kecederaan fizikal dan mental

kepada mangsa bahkan juga boleh menyebabkan kematian. Antara aktor-aktor yang terlibat di dalam isu keganasan dan penderaan terhadap wanita ini adalah aktor rasmi yang terdiri daripada kerajaan Malaysia sendiri dalam menggubal Dasar Wanita Negara

1989, Pelan Tindakan Pembangunan Wanita 2009 dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat 2001. Selain itu, usaha ini turut dibantu oleh aktor

(2)

LATAR BELAKANG ISU

Kaum wanita dan kanak-kanak perempuan lebih terdedah kepada keganasan

serta penderaan berbanding lelaki walaupun mereka juga turut menjadi mangsa kepada keganasan wanita tetapi nisbahnya terlalu sedikit dan kesan tindakan tersebut terhadap

mereka adalah kurang mendalam jika hendak disamaratakan. Jika dilihat, telah banyak kajian dijalankan untuk menunjukkan keganasan dan penderaan terhadap wanita bukanlah sesuatu yang jarang berlaku. Kebanyakan keganasan dan penderaan

terhadap wanita dilakukan oleh orang yang mereka kenali dan diharapkan boleh menjadi pelindung seperti suami atau bapa sendiri. Selalunya kes-kes keganasan dan

penderaan seperti ini tidak dilaporkan kerana mengelak masalah dalaman keluarga atau masalah peribadi.

Berdasarkan kepada Shariffah Nuridah Aishah dan Noor’ Ashikin (2010),

kumpulan wanita yang kerap menjadi mangsa keganasan adalah wanita dalam kumpulan minoriti, orang asli wanita, pendatang wanita, tebusan wanita, wanita yang

hidup dalam kemiskinan yang terasing dari pembangunan, wanita dalam tahanan, kanak-kanak perempuan, wanita cacat dan berumur. Tindakan atau ancaman keganasan yang boleh mengakibatkan ketakutan dalam kehidupannya merupakan satu

halangan dalam mencapai kesamarataan antara gender. Perasaan takut kepada keganasan adalah penghalang yang bersifat kekal untuk wanita mencapai kemajuan

(3)

mekanisme sosial yang memaksa wanita untuk berada di tahap yang rendah berbanding lelaki.

Tindakan-tindakan keganasan dan penderaan yang lain terhadap wanita

termasuklah juga pelanggaran hak-hak kemanusiaan wanita seperti pembunuhan, perogolan terancang, perhambaan seks, penghamilan tanpa kerelaan, mangsa

pornografi, penguguran anak perempuan, proses berkhatan wanita, pengabaian hak asasi seperti pembelajaran dan kesihatan dan pelbagai lagi.

KONSEP DAN PERANAN AKTOR

Di dalam isu keganasan dan penderaan terhadap wanita dilihat aktor utama yang terlibat datangnya daripada orang-orang politik ataupun pihak eksekutif, bagaimanapun dengan perkembangan semasa dan globalisasi maka penglibatan aktor-aktor lain juga

kian ketara. Malah, aktor tidak rasmi seperti kumpulan berkepentingan, pihak media, masyarakat dan individu tertentu turut dianggap penting di dalam menangani isu ini.

Walaupun begitu, setiap sumber-sumber tersebut masih dikawal oleh sumber utama iaitu eksekutif ataupun ahli politik.

Penglibatan dan sumbangan wanita di dalam pembangunan negara

sememangnya tidak dapat dinafikan. Jika dahulu wanita disisihkan, wujud diskriminasi dan dianggap golongan di bawah lelaki tetapi segalanya telah berubah seiring dengan

(4)

pembelaan terhadap kedudukan wanita telah berubah dengan pengenalan dasar yang membolehkan pembabitan wanita di dalam ekonomi, sosial dan politk. Pada tahun 1985, Kerajaan Malaysia telah membentuk sebuah Dasar Kebangsaan untuk wanita

sebagai panduan bagi penglibatan para wanita di dalam proses pembangunan. Dasar berkenaan membolehkan wanita meningkatkan taraf kehidupan dengan berusaha

memerangi keganasan dan penderaan terhadap wanita.

Kerajaan sentiasa komited terhadap Rancangan-rancangan Malaysia seterusnya dengan memberi perhatian kepada keperluan-keperluan wanita dengan menubuhkan

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada tahun 2001 untuk mengendalikan isu-isu berkaitan dengan wanita di Malaysia. Manakala Badan Bukan

Kerajaan (NGO) juga memainkan peranan yang besar terutama dalam membantu menangani pelbagai keperluan sosial seperti penindasan, ketidakadilan, amalan diskriminasi dan pengabaian yang mengakibatkan penganiayaan terhadap golongan

wanita dalam tempoh sekian lamanya. Bilangan pertubuhan seperti ini semakin bertambah bagi membantu pelaksanaan dasar-dasar kerajaan, bahkan sesetengahnya

(5)

PERANAN AKTOR RASMI

Dasar Wanita Negara 1989

Malaysia yang kini sedang mengorak langkah dalam merealisasikan hasrat negara maju turut tidak terlepas daripada berdepan dengan masalah membabitkan

perlakuan jenayah terhadap wanita. Antara usaha-usaha yang pihak kerajaan lakukan bagi menangani isu ini adalah dengan memperkenalkan Dasar Wanita Negara yang digubal pada tahun 1989 dengan mengambil kira segala isu, peluang, cabaran dan

persekitaran pada masa kini dan akan datang. Dasar Wanita Negara berprinsipkan tiada diskriminasi antara gender seperti yang telah dimaktubkan di dalam

Perlembagaan Persekutuan, Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW), Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC), Deklarasi dan Pelan Tindakan Beijing (Beijing Platform for Action), Matlamat Pembangunan

Milenium (MDGs) serta Deklarasi Putrajaya dan Program Tindakan Mengenai Pembangunan Wanita Dalam Negara Anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali

(NAM Putrajaya Declaration).

Melalui Dasar Wanita negara nasib wanita sentiasa terbela dengan memastikan kesaksamaan gender dalam penggubalan dasar dan perundangan, penilaian program

kepada wanita serta menyediakan bajet dalam pembangunan wanita mengikut keperluan semasa. Selain itu juga, dasar ini turut mengkaji semula undang-undang dan

(6)

keselamatan, hak-hak dan menjaga maruah wanita agar dipelihara dengan pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang sedia agar lebih berkesan.

Pelan Tindakan Pembangunan Wanita 2009

Pelan Tindakan Pembangunan Wanita adalah kesinambungan daripada Dasar Wanita Negara 1989 dengan memperincikan tindakan yang perlu diambil dengan merangkumi 13 sektor dan antara yang terpenting adalah ekonomi, kemiskinan,

undang-undang, keganasan terhadap wanita, kesihatan, pendidikan dan latihan, sains dan teknologi serta wanita dalam pembuat keputusan. Iltizam serta tekad yang telah

diberikan oleh kerajaan Malaysia terhadap pembelaan dan kemajuan wanita-wanita meliputi pelan ini yang selaras dengan teras Misi Nasional 2006-2020 agar kaum wanita tidak dibiarkan terpinggir dalam arus pembangunan negara.

Keganasan dan penderaan terhadap wanita merupakan isu kritikal yang boleh menjejaskan kemajuan dan kesejahteraan wanita. Isu ini perlu ditangani bagi

mewujudkan persekitaran yang selamat untuk wanita supaya mereka bebas daripada penganiayaan. Dalam usaha bersepadu ini telah meningkatkan kesedaran kepada masyarakat khususnya wanita terhadap tanggungjawab membantu orang lain yang

teraniaya. Program kesedaran dan latihan berkaitan keganasan dan penderaan terhadap wanita turut melibatkan kaum lelaki agar mereka mempunyai kesedaran dan

(7)

kesalahan ini. Hasilnya kes keganasan rumah tangga telah berkurang daripada 3,468 pada tahun 2000 kepada 2,055 pada tahun 2003.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) 2001

Pihak kerajaan memainkan peranan yang amat penting di dalam menyokong program-program bagi melindungi wanita daripada jenayah serta menyediakan persekitaran yang selamat dan sihat bagi menghadapi cabaran-cabaran di masa

hadapan. Justeru itu, dengan pengstrukturan semula Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) yang dulu dikenali sebagai Jabatan Hal Ehwal Wanita (HAWA) dan Lembaga

Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) wujudlah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada tahun 2001 bagi menggambarkan komitmen kerajaan yang tinggi untuk meningkatkan martabat wanita

di negara ini.

Dalam usahanya melindungi wanita daripada keganasan dan penderaan,

pelbagai kempen, program, pelan dan dasar telah dijalankan dan dirancangkan dengan matlamat serta objektif yang sama. Setiap program yang dijalankan membuka peluang kepada wanita agar mengetahui platform yang sesuai untuk mengambil tindakan

seterusnya. Selain itu, kementerian ini turut menyediakan perkhidmatan Talian NUR 15999 sejak 2007 bagi memudahkan orang awam terutamanya mangsa membuat

(8)

dibangunkan untuk mengendalikan panggilan daripada orang ramai berhubung keganasan rumah tangga dan wanita, penderaan wanita dan kanak-kanak, bantuan kebajikan, child line, pembuangan bayi serta khidmat kaunseling. Talian ini beroperasi

24 jam sehari dan 365 hari setahun.

PERANAN AKTOR TIDAK RASMI

Kumpulan Bukan Kerajaan (NGO)

Dalam usaha mengatasi masalah keganasan dan penderaan terhadap wanita, pihak NGO memainkan peranan yang penting untuk suatu masyarakat dan bangsa.

Sejak tahun 1970, NGO menjadi wakil atau suara kepada masyarakat untuk di sampaikan kepada kerajaan. Kumpulan Bukan Kerajaan (NGO) merupakan sebuah organisasi yang didirikan oleh perseorangan ataupun sekelompok orang yang secara

sukarelanya memberikan pelayanan kepada masyarakat umum tanpa berasaskan keuntungan politik mahupun kepentingan awam,

Antara NGO yang terlibat adalah Pertubuhan Pertolongan Wanita (Womens Aid Organisation) merupakan badan bebas, tidak bermotifkan keagamaan dan badan bukan kerajaan yang komited terhadap usaha menentang sebarang keganasan dan

penderaaan terhadap wanita. Womens Aid Organisation (WOA) juga terlibat dalam usaha mendidik masyarakat khususnya kaum wanita berkenaan isu-isu keganasan

(9)

wanita. WAO turut memberi perlindungan sementara terhadap wanita yang menjadi mangsa keganasan. Selain daripada kaunseling face to face, WOA juga menyediakan kaunseling melalui telefon yang turut menyediakan pertanyaan undang-undang asas.

NGO lain yang juga amat menentang keganasan dan penderaan terhadap wanita adalah Womens Centre for Change (WCC). WCC mempunyai visi iaitu sebuah

masyarakat bebas daripada keganasan gender dan diskriminasi dimana wanita patut dilayan seadanya. Antara bantuan yang disediakan adalah khidmat kaunseling, khidmat nasihat undang-undang dan penyediaan tempat tinggal sementara kepada wanita dan

kanak-kanak teraniaya. Selain itu, WCC juga mewujudkan kesedaran mengenai hak-hak wanita di rumah, tempat kerja dan di tempat awam disamping meningkatkan

kesedaran di kalang orang awam mengenai keganasan dan penderaan terhadap wanita dan kanak-kanak dan pentingnya untuk menghapuskan keganasan ini.

Agensi Swasta

Kerajaan sentiasa menggalakkan pihak swasta untuk turut sama membanteras keganasan dan penderaan terhadap wanita. Antara program yang telah mendapat penglibatan pihak swasta adalah gerabak khas bagi penumpang wanita telah

diperkenalkan pada 2010 oleh KTM Komuter. Kemudahan ini amat membantu para wanita daripada berlaku gangguan seksual ketika pada waktu puncak dimana keadaan

(10)

Selain daripada itu, pihak swasta bagi premis-premis awam khususnya turut meningkatkan keselamatan dengan memasang dan menambah cctv di pusat tumpuan bagi kaum wanita seperti di pusat membeli belah. Ini bukan sahaja membantu

mengurangkan jenayah tetapi juga dapat membantu mencari pelaku jenayah dengan lebih cepat, mudah dan berkesan. Bukan itu sahaja, bagi mencegah dan mengawal

jenayah ke atas kaum wanita khususnya di Kuala Lumpur, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWPKB) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mensyaratkan bangunan-bangunan komersial di ibu negara menyediakan tempat letak kereta wanita

khas bagi pemandu wanita yang berseorangan dan penyediaan tempat letak kereta ini mestilah di dalam bangunan. Ini menunjukkan kerjasama antara kerajaan dan agensi

swasta di dalam mengurangkan jenayah terhadap wanita dengan memberi pelbagai kemudahan kepada wanita.

Peranan Media

Teknologi pada hari ini terus berkembang dan perkembangan itu amat pantas untuk diikuti. Dunia disatukan melalui teknologi media dan berbagai-bagai maklumat dapat disalurkan melalui media dengan sepantas kilat. Tetapi ada juga keburukan

media seperti gejala berita palsu atau fitnah yang boleh memberi kesan buruk dan besar dalam masyarakat. Walaubagaimanapun, media massa amat penting dalam

(11)

medium perhubungan yang berkesan bagi meningkatkan kesedaran dan membuka mata masyarakat mengenai isu ini.

Melalui media, isu keganasan dan penderaan terhadap wanita dapat

disampaikan dengan lebih berkesan dan lebih dipercayai. Media membantu menyalurkan maklumat kepada masyarakat terutamanya mangsa keganasan agar

boleh membuat aduan di tempat yang sepatutnya. Selain itu, media turut memberi ilmu mengenai apa itu jenayah terutamanya jenayah seksual kepada wanita dengan lebih dekat. Ini kerana, pada masa kini setiap kediaman akan ada salah satu bahan media

massa seperti televisyen, radio atau telefon bimbit bagi mendapat maklumat terkini di dalam negara mahupun global.

KESIMPULAN

Tanggungjawab membanteras keganasan dan penderaan terhadap wanita bukan hanya terletak di bahu kerajaan semata-mata. Sebaliknya, ia merupakan

tanggungjawab bersama yang harus dipikul oleh semua pihak iaitu kerajaan, NGO, swasta dan masyarakat. Ia juga memerlukan kerahan tenaga antara kaum lelaki dan wanita. Ini bermakna kejayaan dasar dan program bagi menangani jenayah ini

bergantung kepada kerjasama padu dan komitmen semua pihak yang terlibat. Perkhidmatan sokongan sosial juga perlu ditingkatkan terutamanya aspek pencegahan,

(12)

Usaha bersepadu perlu diambil bagi meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya wanita terhadap tanggungjawab dalam menangani isu keganasan dan penderaan terhadap wanita. Program kesedaran dan latihan berkaitan keganasan serta

penderaan terhadap wanita hendaklah melibatkan setiap lapisan masyarakat termasuk kaum lelaki. Peningkatan kes keganasan dan penderaan terhadap wanita terus berlaku

Referensi

Dokumen terkait

Dengan adanya masalah masalah seperti diatas maka penulis akan melakukakan penelitian dengan judul “ANALISIS PENGARUH PDRB, IPM, TINGKAT PENGANGGURAN DAN BELANJA PEMERINTAH

Pertama, hu- kuman mati atau tembak mati, apabila ko- rupsi ini dilakukan dalam jumlah yang besar (al-sarîqah al-qubrâ) yang dapat mengakibat- kan terganggunya

Puji syukur di panjatkan kepada kehadirat Tuhan yang Maha Esa atas rahmat dan hidayahnya sehingga dapat menyelesaikan skripsi dengan jidul ― Penerapan Model

Permasalahan kinerja mereka juga merupakan wujud dari stigma masyarakat yang memandang bahwa penyandang tuna rungu akan menghambat proses dalam bekerja.Karena asumsi inilah

[r]

Praktik Pengalaman Lapangan yang selanjutnya di sebut PPL adalah semua kegiatan kurikuler yang harus dilakukan oleh mahasiswa, sebagai pelatihan untuk menerapkan

 Etika yang berarti Mengenai filsafat etika Al-Ghazali secara sekaligus dapat kita lihat pada teori tasawufnya, Maksudnya adalah agar manusia sejauh kesanggupannya meniru

Harmoni sosial yang tercipta dalam komunitas masyarakat menjadi fakta sosial yang sangat penting pada kelompok masyarakat yang berbeda di tengah kemajemukan,