• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kurikulum Baru Bahasa Arab Komunikasi da

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kurikulum Baru Bahasa Arab Komunikasi da"

Copied!
0
0
0

Teks penuh

(1)

Kurikulum Baru Bahasa Arab Komunikasi dan

Bahasa Arab Tinggi Sekolah Menengah

Hassan Basri Bin Awang Mat Dahan Muhammad Azhar Bin Zailaini

Universiti Malaya

Abstract

Communicative Arabic or Bahasa Arab Komunikasi (BAK) and Upper Level Arabic or

Bahasa Arab Tinggi (BAT) subjects are taught in selected secondary schools, namely the religious secondary schools and Arabic schools in Malaysia. The curricula of these two subjects underwent review in 2000 to accommodate the current needs of the Ministry of Education. This article discusses the rationale behind revision of the syllabus of BAK and BAT. It also explains the major changes in the content of the revised syllabus for both subjects.

Pendahuluan

Nunan (1988) mentakrifkan sukatan pelajaran bahasa sebagai suatu spesifikasi tentang apa yang akan diajar dalam satu program bahasa dan yang mana satu akan diajar. Sukatan pelajaran mungkin mengandungi fonologi, tatabahasa, fungsi, kecenderungan (notions),

topik-topik, terna-terna, tugas-tugas dan lain-lain lagi.

Di Malaysia, sukatan pelajaran Bahasa Arab untuk sekolah menengah telah mengalami beberapa perubahan mengikut keperluan semasa. Kurikulum Bahasa Arab untuk sekolah menengah menurut Zainal Abidin (1990) mula digubal secara rasmi pada tahun 1977 dengan penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). Dalam tempoh empat tahun pertama penubuhan SMKA, Kurikulum Bahasa Arab ini adalah berdasarkan prosedur peperiksaan mata pelajaran tersebut yang sedia ada di Lembaga Peperiksaan Malaysia. Schinggalah pada tahun 1981 apabila Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan dua sukatan pelajaran (SP) Bahasa Arab iaitu satu untuk kegunaan di seluruh SMKA dan satu lagi untuk kegunaan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tertentu untuk tujuan pengajaran bahasa asing.

(2)

perkataan. Pelajar juga diharap akan dapat menguasai kemahiran bahasa seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Manakala matlamat tertinggi SP ini adalah agar pelajar dapat memahami tcks al-Quran dan as-Sunnah (Kementerian Pendidikan,2001).

Apabila Kementerian Pendidikan memperkenalkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), Kurikulum Bahasa Arab telah digubal semula. Sukatan Pelajarannya telah dilaksanakan di semua SMKA, SBP dan Kelas Aliran Agama (KAA) mulai tahun 1991. Nama Bahasa Arab telah diubah kepada Bahasa Arab Komunikasi (BAK). Selain dari itu Kernenterian Pendidikan juga telah mcluluskan satu mata pelajaran baru yang dikenali sebagai Bahasa Arab Tinggi (BAT) dan dilaksanakan mulai 1992. Maka BAK dan BAT telah mempunyai SP dan huraian sukatan pelajaran (HSP) yang berbeza, begitu juga dengan buku teks dan format peperiksaan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002a).

Kedudukan BAK dan BAT dalam Pendidikan Kebangsaan

Dalam Akta Pendidikan (1996) dinyatakan dengan jelas tentang status bahasa Arab. Perkara yang menyatakan tersebut adalah seperti berikut :

Seksyen2.(d) di mana kemudahan bagi pengajaran

-(iii) bahasa Arab, Jepun, Jerman atau Perancis atau mana-mana bahasa asing lain baleh diadakan jika didapati munasabah dan praktik berbuat sedemikian. (ms.lv)

Pelaksanaan Bahasa Arab sebagai salah satu mata pelajaran di sekolah dinyatakan dalam "Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 - Jadual 3, Jadual 8 dan Jadual 9" yang menyifatkan Bahasa Arab Komunikasi sebagai Mata Pelajaran Tambahan dan Bahasa Arab Tinggi sebagai Mata Pelajaran Elektif dalam kumpulan kemanusiaan.

Seterusnya Jadual 13 dan Jadual 14 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 juga memberi peruntukan waktu minimum seminggu bagi matapclajaran Bahasa Arab Komunikasi sebanyak enam waktu x 40 minit dan bagi Bahasa Arab Tinggi sebanyak ernpat waktu x 40 minit.

(3)

Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 di SMKA dan KAA. Begitu juga dengan BAT, ia menjadi mata pelajaran yang boleh dipelajari oleh semua murid Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5 di SMKA dan KAA.

Kementerian Pendidikan telah memastikan bahawa guru yang mengajar mata pelajaran BAK dan BAT mempunyai pengetahuan luas mengenai ilmu-ilmu Bahasa Arab dengan mernpunyai kelulusan ikhtisas sekurang-kurangnya diploma pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan memilih pengkhususan Bahasa Arab (major atau minor). Walaupun begitu, guru-guru tanpa kelulusan ikhtisas hendaklah mcngikut kursus-kursus dalam perkhidmatan berkaitan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002d).

Semakan Kurikulum BAK dan BAT

Pada tahun 2000, SP dan HSP BAK dan BAT yang sedia ada telah disemak semula untuk pelaksanaan tahun 2003. Penyemakan semula kurikulum ini mengambil kira pemberatan kandungan kurikulum; keseimbangan antara akademik dan bukan akademik; kcperluan peperiksaan setara dengan kurikulum; tidak terlalu ideologikal; penekanan kepada kreativiti, estetik, sains dan teknologi, Penyemakan ini adalah berbentuk penyesuaian dan bukan rombakan kurikulum. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002a)

Antara rasional semakan BAK dan BAT ini dibuat menurut Kcmenterian Pendidikan (2002a) adalah agar: sejajar dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan untuk memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan Islam; dapat diajar dalam bentuk yang lebih relevan, lebih efisien dan lebih berkesan. Dengan itu, ia mampu untuk mcnghasilkan murid yang menguasai Bahasa Arab; dan dapat mewujudkan integrasi antara kaum di peringkat antarabangsa, memenuhi permintaan masyarakat dan menjadi asas yang mantap bagi murid yang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi,

(4)

Berdasarkan mandat yang telah diberi, Unit Bahasa Arab ini telah melakukan perkara-perkara berikut :

 Menyemak, semula SP BAK (gubalan tahun 1989) dan SP BAT (gubalan tahun 1990);

 Menggubal HSP BAK Tingkatan 1 dan 4 pada tahun 2000, Tingkatan 2 dan 5 pada tahun 2001 dan Tingkatan 3 pada tahun 2002;

 Menggubal HSP BAT Tingkatan 4 pada tahun 2000 dan Tingkatan 5 pada tahun 2001;

 Menyedia dan menerbitkan Buku Panduan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah;

 Menerbitkan Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab; dan

 Menyemak semula dan menerbitkan Buku Panduan Masyru ' Tahbib alLughat al-Arabiah(Program Sukakan Bahasa Arab) untuk Tingkatan 1.

Sukatan Pelajaran BAK dan BAT

Sukatan Pelajaran BAK disediakan bagi lima tahun pengajian di sekolah menengah dengan mas a 240 minit minimum dalam seminggu iaitu 6 waktu minimum x 40 minit. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002e). Manakala SP BAT disediakan bagi 2 tahun pengajian di sekolah menengah dengan masa 160 rninit minimum dalam seminggu iaitu 4 waktu minimum x 40 minit. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002f).

Matlamat BAK dan BAT

Matlamat pengajaran BAK seperti yang dinyatakan dalam Kementerian Pendidikan (20D2e)

adalah:

pengajian bahasa Arab di sekolah menengah bermatlamat kepada membolehkan murid menguasai kemah iran-kemah iran berbahasa iaitu mendengar, bertutut; membaca dan menulis dengan memberi perhatian kepada kemah iran bertutur; menguasai perbendaharaan kata dan meningkatkan kepekaan mereka bagi menggunakannya dengan tepat serta meningkatkan penghayatan akhlak mulia dan nilai-nilai murni. (ms.l)

(5)

diberikan kepada analisis makna komunikatif bukan hanya terhad kepada rumus bahasa sahaja seperti tatabahasa dan perbendaharaan kata. Keutamaan juga mestilah kepada kemampuan pelajar menyampaikan makna menggunakan bahasa yang dipelajarinya.

Manakala matlamat pengajaran BAT seperti yang disuratkan dalam Kementerian Pendidikan (2002f) adalah untuk:

memberi ruang untuk menghargai dan memartabatkan bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran al-Karim dan bahasa ilmu untuk menguasai maklumat dan kemahiran berbahasa supaya dapat memahami teks dan bahan-bahan rujukan Arab dalam pelbagai situasi serta mampu menggunakannya dengan tepat di samping memperluaskan pengetahuan dan menikmati keindahan berbahasa. (ms.2)

Pernyataan ini menunjukkan bahawa BAT bermatlamat untuk membolehkan pelajar mendapatkan ilmu dan maklumat dari surnber-sumber Bahasa Arab yang pelbagai terutamanya al-Quran dan al-Hadith, Perbezaan matlamat antara BAK dan BAT ini bertepatan kerana pelajar BAT adalah bermula dari tingkatan empat dan mereka telah mempunyai asas yang agak kukuh dengan mempelajari BAK sebelum itu di tingkatan satu hingga tiga.

Objektif BAK dan BAT

Satu aspek terpenting dalam sukatan pelajaran adalah pernyataan tentang objektif. Yalden (1983) mencadangkan agar sukatan pelajaran sesuatu bahasa mengandungi pertimbangan yang lengkap tentang tujuan yang ingin dicapai oleh pelajar.

Kementerian Pendidikan (2002e) telah menyatakan objektif-objektifBAK seperti berikut:

 Membiasakan diri mendengar ayat al-Quran dan al-Hadith yang terpilih dan rnemahami maknanya secara umum serta membicarakan tentangnya;

 Membiasakan diri mendengar siaran Bahasa Arab dan memahaminya serta membicarakan tentangnya;

 Bertutur dengan fasih dan lancar serta berkemampuan mengcluarkan pendapat dan hujah-hujah dalam situasi-situasi tertentu;

(6)

Menulis pelbagai jenis penulisan dan membicarakan tentangnya;

 Menguasai kemahiran menulis tiga bentuk khat Arab (Nasakh, Raq 'ah dan Thuluth)

mengikut kaedah-kaedah yang betul;

 Menguasai sekurang-kurangnya 3,000 patah perkataan Arab;

 Menguasai tatabahasa Bahasa Arab yang mudah serta berkemampuan menggunakannya;

 Berkemampuan mcnggunakan kamus Bahasa Arab; dan

 Membiasakan diri menggunakan teknologi maklumat terkini yang berkaitan dengan Bahasa Arab.

Pernyataan objektif BAK ini menjurus kepada kemahiran berbahasa yang empat iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta penguasaan tatabahasa Arab dan penambahan perbendaharaan kata. Menurut Toimah (1989) kemahirankemahiran ini merupakan asas utama dalam proses berkomunikasi. Finocchiaro dan Brumfit (1983) juga mencadangkan agar sukatan pelajaran meletakkan pelajar dan tujuan komunikatif sebagai teras kepada kurikulum.

Kementerian Pcndidikan (2002t) pula telah menyatakan objcktif-objektif BAT seperti yang berikut:

 Mendengar ayat-ayat al-Quran al-Karim dan al-Hadith al-Syarif terpilih serta memahami maknanya;

 Mendengar dan memahami dengan baik siaran dalam Bahasa Arab;

 Menggunakan Bahasa Arab secara meluas dalam pelbagai bidang;

 Bertutur Bahasa Arab dengan meluas dalam semua situasi;

 Menguasai tatabahasa dan retorika yang mudah serta mampu menggunakannya;

 Menikmati keindahan gaya bahasa teks-teks kesusasteraan Arab;

 Menguasai sekurang-kurangnya 2,000 patah perkataan baru Arab;

 Berupaya menggunakan pelbagai kamus dan sumber rujukan Arab; dan

 Membiasakan diri menggunakan teknologi maklumat terkini yang berkaitan dengan Bahasa Arab.

(7)

Kandungan Sukatan Pelajaran BAK dan BAT

Berdasarkan kepada objektif-objektif pembelajaran yang dinyatakan, SP BAK menekankan aspek-aspek bahasa yang berikut (Kementerian Pendidikan Malaysia,2002e):

 Kemahiran-kemahiran bahasa yang terdiri daripada Kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kcmahiran rnenulis;

 Sistem bunyi. Tajuk yang berkaitan ialah konsonan(sowamit), vokal(sowait), penekanan suara(nabr)dan intonasi(tanghim);

 Tatabahasa, Ia terdiri dari sistem morfologi (sorf) dan sistem sintaksis (nahu) yang mempunyai 29 tajuk;

 Kata-kata hikmah (hikam) dan perumpamaan (amthal). Terdapat 41 tajuk yang berkaitan telah diberi untuk dipelajari; dan

 Perbendaharaan kata, Pelajar dikehendaki mempunyai sekurangkurangnya 3,000 perkataan.

Terdapat juga dalam SP ini 8 surah dari al Quran dan 10 hadis sebagai panduan kcpada guru untuk rnencapai objcktif yang pertarna iaitu membiasakan diri rnendengar ayat al-Quran dan al-Hadith yang terpilih dan memahami rnaknanya secara urn urn serta membicarakan tentangnya.

Sukatan Pelajaran BAT pula menyatakan objektifumum terhadap beberapa aspek bahasa yang berikut (Kernenterian Pendidikan Malaysia, 2002f):

 Kernahiran-kemahiran bahasa yang terdiri daripada kemahiran mendengar dan faham, kemahiran bertutur dan faham, kemahiran mernbaca dan faham, dan kemahiran menulis dan faham;

 Tatabahasa. Sepertimana BAK ia terdiri dari sistem morfologi (sorf) dan sistem sintaksis

(nahu) dan rnempunyai 25 tajuk yang agak lebih mendalamjika dibandingkan dengan BAK

 Retorika (balaghah). Bertujuan untuk membina keupayaan memahami keindahan Bahasa Arab; terdiri dari 15 tajuk meliputi ilmufasahah dan ketiga-tiga cabang ilmu balaghah

iaitubayan, rna 'anidanbadi';

 Teks Sastera(nusus adabiah).Ia terdiri dari ayat al-Quran, al-Hadith, wasiat, surat sastera, pidaro, lelocon, syair Islam, syair emosi, syair so sial dan syair patriotik;

 Kata-kata hikmah (hikam)dan perurnpamaan (amthal). Terdapat 20 tajuk yang berlainan dari apa yang terdapat dalam BAK; dan

(8)

Dilampirkan bersama SP ini beberapa ayat al Quran dari empat surah yang berlainan dan empat hadith nabawi sebagai panduan untuk mencapai objcktif pertama iaitu mendengar ayat-ayat al-Quran al-Karim dan al-Hadith al-Syarif terpilih serta memahami maknanya. Juga dilampirkan 10 petikan teks-teks sastera terdiri daripada wasiat, surat sastera, pidato, lelocon, syair Islam, syair emosi, syair so sial dan .syair patriotik.

Terdapat beberapa perbezaan antara kedua-dua SP ini. BAK memberi penekanan kepada kemahiran berbahasa manakala BAT kepada aspek kefahaman teks. Kedua, tatabahasa yang terdapat dalam BAT adalah lebih mendalam; sebagai contoh, BAT merangkumi ilmu balaghah dan kritikan teks sastera. Hikam dan amthal dalam BAT dan BAK juga berlainan.

Organisasi Huraian Sukatan Pelajaran BAK dan BAT

Huraian Sukatan Pelajaran BAK disediakan mengikut tahun pengajian mulai Tingkatan I hingga Tingkatan 5. Ia mengandungi perincian kepada kandungan SP BAK (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002b). Manakala HSP BAT disediakan mengikut tahun pengajian mulai Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5. la mengandungi perincian kepada kandungan SP BAT. Fokus yang diberi adalah kepada pembelajaran dan bukan kepada pengajaran sebagaimana kurikulum yang dahulu (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002c).

Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) ini telah mengutarakan beberapa prinsip pengajaran Bahasa Arab dari segi perancangan, gabung jalin, pcngukuhan, aktiviti pengajaran pembelajaran dan penilaian. Ini memudahkan guru untuk memahami sukatan pelajaran dan cara pelaksanaannya dalam bilik darjah. Satu pembaharuan yang terdapat dalam kandungan HSP BAK dan BAT ialah ianya disediakan dalam tiga lajur.

Lajur I mengandungi senarai bidang pelajaran (BP) iaitu objektif-objektif umum bagi setiap kemahiran dan aspek bahasa sepertimana yang dinyatakan dalam SP BAK dan SP BAT. Juga dinyatakan nombor rujukan sebagaimana yang terdapat dalam SP untuk mcmudahkan kepada struktur kurikulum.

Lajur 2 rnenetapkan hasil pernbelajaran (HP) iaitu senarai kecekapan yang perlu dikuasai murid mengikut setiap BP. Ia dinyatakan dalam bentuk yang umum berdasarkan tiga bidang utama iaitu:

(9)

 Afektif - tentang perkembangan perlakuan dalam minat, sikap, nilai, rohani dan emosi; dan

 Psikomotor ~ kebolehan amah dan perkembangan jasmani.

Satu pembaharuan dalam HSP baru ini ialah konsep aras yang disesuaikan dengan prinsip dalam kurikulum sekolah bestari. Terdapat tiga aras yang diletakkan berdasarkan pencapaian, prestasi dan kernahiran pelajar. Aras 1 adalah aras yang paling asas / minimum dan perIu dikuasai oleh scmua murid. Aras 2 lebih mencabar dan akan dikuasai oleh murid berprestasi baik, dan Aras 3 lebih mencabar daripada Aras 2 dan akan dikuasai oleh rnurid berprestasi cemerIang.

Perincian HP berdasarkan bidang-bidang kognitif, afektif dan psikomotor dari tiga aras yang berbeza memudahkan penyediaan bahan pengajaran mengikut situasi bilik darjah. Konsep aras ini juga selari dengan teras sistem pendidikan negara iaitu pendemokrasian pendidikan kerana sernua pelajar akan dapat mencapai kemahiran bagi setiap pelajaran sesuai dengan kemampuan mereka.

Lajur 3 mengandungi cadangan pengalaman pembelajaran (CPP) iaitu cadangan aktiviti pelajar untuk mencapai HP. Guru diberi panduan secukupnya pada lajur ini untuk memandu pelajar dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran supaya mencapai obj ektif Lajur 2. Aktiviti-aktiviri tersebut bersifat komunikatif dengan memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (lCT).

Kesimpulan

Pembaharuan yang terdapat dalam semakan kurikulum BAK dan BAT dari segi kandungan dan teknik persembahan selaras dengan hasrat penyemakan semula kurikulum oleh Kementerian Pelajaran terhadap semua mata pelajaran. Semakan kurikulum BAK dan BAT menepati kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan Islam. Kurikulum yang baru ini dapat diajar dalam bentuk yang lebih relevan, lebih efisien dan lebih berkesan. Dengan itu, ia mampu menghasilkan murid yang menguasai Bahasa Arab dengan baik.

Rujukan

Finocchiaro, M., & Brumfit, C. (1983).The functional-notional approach: From theory to practice.New York: Oxford University Press. .

(10)

Kementerian Pendidikan Malaysia. (20(H). Keperluan kurikulum Bahasa Arab dalam era millenium.Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002a).Bahasa Arab Komunikasi dan Bahasa Arab Tinggi: Kertas dasar kurikulum semakan di sekolah menengah, Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002b). Huraian sukatan pelajaran Bahasa Arab Komunikasi KBSM.Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002c). Huraian sukatan pelajaran Bahasa Arab Tinggi KBSM.Kuala Lumpur: labatan Pendidikan Islam dan Moral.

Kementerian Pendidikan. (2002d). Kertas dasar kurikulum semakan BAK & BAT di sekolah menengah.Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002e). Sukatan pelajaran Bahasa Arab Komunikasi KBSM.Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002f). Sukatan pelajaran Bahasa Arab Tinggi KBSM

Kuala Lumpur: labatan Pendidikan Islam dan Moral.

Nunan, D. (1988).Syllabus design.Oxford: Oxford University Press.

Toimah, R. A. (1989). Taalim al arabian li ghairi an natiqin biha: Manahijuhu wa asalibuhu.

Rabat: Mansyurat ISESCO.

Wilkins, D. A. (1976).Notional syllabus.London: Oxford University Press.

Yalden, 1. (1983). The communicative syllabus: Evolution, design and implementation.

Oxford: Pergamon.

Referensi

Dokumen terkait

lebih lanjut tentang kesiapan guru terhadap penerapan kurikulum 2013 pada mata. pelajaran PAI (bahasa Arab) di SMK PPMI Assalaam Surakarta kelas XI

Menindaklanjuti PMA Nomor 165 Tahun 2014 tentang kurikulum 2013 mata pelajaran PAI dan Bahasa Arab di Madrasah, maka dipandang perlu penjelasan daftar rumpun mata pelajaran

RENCANA PELAKSANAAN PEMBELAJARAN (RPP) Sekolah/Madrasah : MAN 3 Jambuluwuk Mata Pelajaran : Bahasa Arab Kelas/Semester/peminatan : XI/ 1

Pengembangan komponen kurikulum pada pembelajaran bahasa Arab merupakan serangkaian proses kegiatan menghasilkan kurikulum, proses yang mengaitkan satu komponen dengan

Jika sumber daya informasi dalam kurikulum Bahasa Arab dikelola sesuai dengan fungsi manajerial dan sesuai dengan tujuan kurikulum, maka informasi tersebut akan menjadi

Tujuan perencanaan pembelajaran dirumuskan oleh bagian kurikulum, tim pengembang kurikulum, dan guru mata pelajaran Bahasa Arab dimulai dengan pembuatan Silabus dan Rencana

Mata pelajaran Bahasa Arab menjadi pelajaran wajib dalam kurikulum pendidikan Al-Irsyad; (3) penanaman nasionalisme keturunan Arab melalui sistem pendidikan

153 | Pengembangan Kurikulum Bahasa Arab Pendekatan interdisipliner merupakan pendekatan pembelajaran yang menghubungkan tujuan isi dan kegiatan belajar dari berbagai bidang studi