• Tidak ada hasil yang ditemukan

Iraq sebagai sebuah negara yang gagal da

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Iraq sebagai sebuah negara yang gagal da"

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)

Nama : Siti Nabilah binti Che Musa (AEL120019)

Pensyarah : Prof. Dato. Dr Mohammad Redzuan bin Othman

Bincangkan perkembangan politik yang berlaku di Iraq sejak tahun 1979 sehingga menyebabkan negara tersebut menjadi sebuah negara yang gagal ( A Failed State) dan apakah faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku?

Iraq adalah sebuah negara yang strategik kerana terletak diantara dua sungai utama dunia

iaitu Sungai Tigris dan Euraphates.1 Penduduk negara Iraq mempunyai 3 golongan pembahagian

terbesar iaitu 60 peratus adalah golongan yang bermazhabkan Syiah. Golongan ini

kebanyakannya tinggal di kawasan selatan negara Iraq. Manakala golongan kedua terbesar

adalah golongan yang memegang mazhab Sunni. Golongan ini biasanya tinggal di kawasan

tengah Iraq. Selebihnya adalah orang Kurdish atau lebih dikenali sebagai Kurds people.2

Kedudukan kawasan ini boleh dilihat secara jelas di setiap kawasan. (Sila lihat lampiran peta 1.1)

(2)

Peta 1.0 : Kedudukan Iraq dan negara-negara jiran. Dipetik dalam buku Zone of Crisis: Afganistan, Pakistan, Iraq, and Iran.3

Perkembangan politik Iraq pada tahun 1979 bermula seawal perlantikan Saddam Hussien menjadi Presiden Iraq bagi menggantikan Ahmed Abu Bakar.4 Saddam Hussien

memulakan karier politik beliau melalui Parti Baath yang disertai oleh beliau pada tahun 1950-an

lagi. Parti Baath pada tahun 1960-an telah banyak menggulingkan presiden Iraq sendiri.

Bermula pada tahun 1963, Qasim telah digulingkan pada 8 Februari 1963 dan kemudian

digantikan oleh pemerintahan yang bersifat junta oleh Abd Al-Salam Arif. Abd Al- Salam Arif.

Sekali lagi pada tahun 1968, Abd Al-Salam Arif telah digulingkan oleh kepimpinan General

Ahmed Abu Bakar. Ahmad Abu Bakar ini telah menjadikan parti Baath sebagai sebuah parti elit

yang mendominasi ekonomi minyak pada tahun 1970an. Pada masa tersebut, cawangan Parti

Baath elit adalah menerusi Revolutionary Command Council (RCC) yang mana Saddam Hussien

menjadi pengerusi5. Pada tahun 1979, Saddam Hussien telah menggulingkan Ahmed Abu Bakar

sebagai presiden. Selepas Saddam Hussien menjadi presiden Iraq, pembentukan kuasa adalah

berdasarkan kepada kuasa bermazhabkan Sunni atau lebih dikenali sebagai Sunni Uphold.6 Jika

dilihat dalam komposisi penduduk dalam negara Iraq pada tahun 1970-an sehinggalah sekarang,

majoriti penduduk adalah bermazhabkan Syiah dan diikuti oleh Sunni. Kepimpinan Saddam

Hussien adalah kepimpinan yang menggunakan sistem ditaktor dalam memerintah.

3 Amin Saikal., Zone of Crisis: Afganistan, Pakistan, Iraq, and Iran. IB. Tauris Co. &LTD : NY, 2006. Hlmn. 2.

4 Bukovac M. ,Failed States : Unstable Countries in the 21st Century. The Rosen Publishing Group, NY. 2010. hlmn.

13.

5 Cordesman. A.H. , Iraq dan the War of Sactions : Conventional Threats and Mass Destructions. Green Wood

Publishing Group: US. 1999. Hlmn. 13.

(3)

Bermula sejak perlantikan Saddam Hussien sebagai presiden Iraq, banyak perkara penting

dalam politik negara Iraq telah berlaku sehinggalah kemasukan Amerika Syarikat melalui invansi

pada tahun 2003 yang akhirnya menjadikan Iraq sebagai sebuah negara yang gagal. Banyak siri

peperangan yang telah dilakukan oleh Saddam Hussien dalam mengukuhkan kuasa beliau

sebagai Presiden Iraq.

Pada tahun 1980, setahun selepas perlantikan beliau sebagai presiden Iraq, Iraq telah

melancarkan perang kepada Iran melalui Perang Iran-Iraq. Perang antara kedua-dua negara ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor yang pertama ialah kebimbangan Saddam Hussien terhadap Revolusi Iran yang berlaku pada tahun 1979. Pada tahun 1979, Iran telah mengalami satu revolusi yang dipanggil sebagai Revolusi Iran. Revolusi Iran telah berjaya

menggulingkan rejim Syah Pahlavi daripada tampuk pemerintahan Iran dan digantikan oleh

Ayatollah Khomeini.7 Majoriti masyarakat dalam negara Iraq adalah bermazhabkan kepada

Syiah. Dalam hal ini, Saddam Hussien menganggap keadaan ini sangat membimbangkan dan

boleh menggugat kedudukan beliau sebagai pemerintah Iraq pada ketika itu. Seandainya berlaku

satu kebangkitan dalam kalangan rakyat Iraq seperti mana berlaku di Iran, beliau akan dijatuhkan

daripada pemerintahan yang sedia ada.8 Selain itu, seruan secara terbuka oleh Ayatollah Khomeini juga menjadi antara pencetus utama kepada perang ini. Pada tarikh 1980, Ayatollah Khomeini secara terang-terangan telah menyatakan secara terbuka yang menyeru rakyat Iraq

bangkit menentang pemerintahan Saddam Hussien. Dalam seruan tersebut juga, Ayatollah

Khomeini memberikan semangat bahawa perlu adanya revolusi Islam di Iraq seperti mana

berlaku di Iran.9 Saddam Hussien melihat peluang yang ada untuk menguasai kawasan dan

7

8 Fisher W.B. “Physical and Geography in Iraq” in The Middle East and North Africa ed by Taylor and Francis Group

(4)

ekonomi Iraq terutamanya selepas kawasan sempadan Shet Al-Arab adalah cerah

memandangkan keadaan tentera Iran pada ketika lemah memandangkan Ayatollah Khomeini

bertindak memecat tentera-tentera yang dilantik semasa pemerintahan Shah.10

Sebagai tindak balas atas kenyataan yang diberikan oleh Ayatollah Khomeini, Saddam

Hussien menentang bahawa revolusi di negara-negara Arab hanya boleh dilakukan oleh orang

Arab sahaja. Hal ini kerana kebanyakan rakyat Iran bercakap dalam bahasa Parsi dan masih tidak

menggunakan bahasa Arab sepertimana rakyat Iraq. Saddam Hussien menyatakan bahawa Iraq

adalah sebuah negara yang terletak di Tanah Arab bukan Parsi.11Saddam juga menyatakan

dengan sekerasnya bahawa orang Arab adalah orang yang paling layak untuk memimpin dalam

Islam.

Faktor yang kedua ialah perebutan kawasan sempadan antara Iran dan Iraq. Shet Al-Arab merupakan satu kawasan yang menentukan sempadan antara Iraq dan Iraq. Pada 16

September 1975, Iraq dan Iraq telah menandatangani satu perjanjian sempadan bahawa Shet

Al-Arab adalah kawasan sempadan yang perlu dipatuhi.12 Pun begitu, Iraq telah memberikan kata

putus bahawa kawasan yang berada 200 meter daripada Shet Al-Arab adalah milik negara Iraq.

Kawasan tersebut ialah Khouzestan. Kawasan Khouzestan ini adalah kawasan yang mempunyai

telaga minyak. Dalam hal yang lain, Iran dilihat tidak mahu menerima apa yang telah

diisytiharkan oleh Iraq kerana berdasarkan perjanjian sempadan 1975 yang berlaku antara Iran

dan Iraq ia berada dalam kawasan negara Iran13. Atas keadaan yang berlaku ini, Iraq telah

bertindak menyerang Iran pada tahun 1980. Dalam perang ini , beberapa siri serangan telah

10 Ibid., hlmn. 14.

11Shaul Bhakash, “The Trouble Relationships : Iran-Iraq 1930-1980” in Iran, Iraq and The Legacies of War ed by

Potter J.L, S.G.C, Palgrave Macmillan: 2004 . Hlmn. 4

(5)

berlaku antara Iran dan Iraq. Serangan yang mengambil masa lebih kurang 8 tahun ini telah

mengorbankan banyak nyawa. Anggaran rakyat Iran dan Iraq yang terkorbandan hilang adalah

berjumlah hampir 500,00 orang.14 Sehinggalah pada tahun 1988, Persatuan Bangsa-Bangsa

Bersatu ( PBB) telah memainkan peranan dalam resolusi gencatan senjata.

Politik negara Iraq masih lagi diteruskan kepada siri serangan terhadap Kuwait. Kuwait telah diserang oleh Iraq pada tahun 1990. Kuwait dikatakan enggan memberikan pinjaman

kepada Iraq sebagai ‘hadiah’ semasa perang yang berlaku antara Iran dan Iraq. Semasa

berlakunya perang Iran-Iraq ini, Iraq telah mengambil langkah untuk membuat pinjaman

daripada negara-negara Arab yang lain. Antaranya ialah Kuwait. Kuwait bersetuju untuk

membantu memberi pinjaman kepada Iraq dari segi kewangan semasa perang tersebut berlaku

tetapi Iraq telah menganggap bahawa Kuwait telah memberikan ‘hadiah’ atas dasar setia kawan

dan diplomasi. Pun begitu, Kuwait masih lagi tidak bersetuju untuk menukarkan pinjaman

sejumlah wang yang telah diberikan kepada Iraq itu sebagai hadiah. Malah, meminta Iraq supaya

membayar kembali wang tersebut kepada Kuwait.

Perang yang dilancarkan oleh Iraq terhadap Kuwait ini akhirnya mencetuskan huru-hara

kepada negara-negara Arab yang lain. Perang ini digelar sebagai “Perang Teluk” yang berlaku

antara tahun 1990 sehingga 1991. Keadaan menjadi bertambah rumit apabila adanya campur

tangan daripada PBB yang menggunapakai tuduhan daripada Amerika Syarikat terhadap Iraq

dalam penggunaan senjata nuklear semasa serangan terhadap Kuwait. Presiden George W. Bush

telah mengemukakan tuduhan kepada Iraq memiliki senjata nuklear. Ada sarjana yang menganggap bahawa tindakan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat ini adalah sebagai satu

tindakan untuk mengusir Iraq daripada Kuwait. Atas dasar tindak balas terhadap serangan Iraq

(6)

terhadap Kuwait, PBB telah memberikan kata putus untuk mengenakan sekatan tekanan ekonomi

kepada Iraq pada tahun 1991.15 Selepas berlakunya sekatan ekonomi terhadap Iraq, Iraq mula

merasakan bahawa tekanan ekonomi dan kesukaran dalam menjaga negaranya, Iraq telah

membuat satu persetujuan untuk membayar kerosakan dan kemusnahan yang telah dilakukan

oleh Iraq ke atas Kuwait dan menarik diri keluar daripada Kuwait. 16

Hasil daripada tindakan yang telah dilakukan oleh Bush pada tahun 1991, PBB telah

mengeluarkan satu resolusi pada 15 Januari 1991. Resolusi 687 (1991)17 mengandungi kebenaran

untuk menggunakan kekerasan membenarkan Iraq diusir daripada Kuwait. Iraq telah menyerah

kalah pada tahun 1991. Namun, PBB dan Amerika Syarikat telah bersetuju untuk melakukan

pemeriksaan dan pemantauan terhadap negara Iraq melalui keputusan PBB. Keputusan ini telah

dicapai melalui Special Commision on Iraq (UNSCOM)18 Perkara penting yang berlaku pada tahun 1998 dalam perkembangan politik Iraq ialah Iraq Liberation Act. Amerika Syarikat telah

menyatakan bahawa Iraq akan menjadi sebuah negara yang demokrasi dan Saddam bakal

dijatuhkan daripada tampuk pemerintahan Iraq.19

Keadaan ini masih lagi berterusan apabila Iraq sekali lagi melalui campur tangan PBB dan

Amerika Syarikat mengadakan pemeriksaan dan pemantauan. PBB telah mengeluarkan satu lagi

resolusi iaitu resolusi 1441 (2002) bersama dengan Majlis Keselamatan PBB.20 Resolusi

pemeriksaan dan pemantauan yang awalnya hanya terhenti setakat tahun 1998. Namun, Amerika

Syarikat sekali lagi memainkan peranan dalam ‘kemelut’ politik Iraq. Dengan menyatakan rasa

15 Ibid., 16 Ibid,.

17 Resolusi ini telah dicapai melalui Rancangan Weapon of Mass Destruction ( WMB), PBB dan anggota keselamatan

PBB.

18 UNSCOM ialah sebuah badan khas yang ditubuhkan oleh PBB untuk menyiasat negara Iraq mengenai

penggunaan senjata nuklear selepas Perang Teluk.

(7)

kebimbangan terhadap senjata nuklear yang dimiliki oleh Iraq, pemeriksaan dan pemantauan ini

telah dilakukan bersama dengan badan khas yang terlatih iaitu U.N Monitoring, Verification and

Inspection Commission (UNMOVIC)21 dan the International Atomic Energy Agency (IAEA).22

Pada awalnya, resolusi kali kedua ini tidak dipersetujui oleh Iraq. Pada saat akhir, Iraq akhirnya

bersetuju untuk membenarkan pemeriksaan dan pemantauan ini dilakukan.

Tidak beberapa lama kemudian, Amerika Syarikat melalui misi ‘Operasi Kebebasan Iraq’

telah berjaya memasuki Iraq melalui invansi pada 19 Mac 2003. Pemeriksaan dan pemantauan

yang dicapai melalui resolusi senjata nuklear kali kedua dianggap tidak berjaya oleh Amerika

Syarikat. Oleh itu, Amerika Syarikat telah bersama-sama dengan beberapa negara sekutu seperti

Perancis, Jerman dan Rusia telah mencapai kata sepakat melakukan operasi ini. Pada 1 Mei

2003, Bush dalam ucapan beliau telah memberikan pengisytiharan kepada Iraq sebagai negara

yang berzon konflik (conflict zone). Amerika Syarikat pada tahun yang sama telah membawa

masuk lebih 130,000 orang anggota tentera ke dalam Iraq. 23Nasib Saddam Hussien akhirnya

berada di tangan Amerika Syarikat apabila beliau ditangkap dan dijatuhkan hukuman mati.

Peristiwa- peristiwa yang berlaku dalam perkembangan politik Iraq sebenarnya membawa

status negara Iraq kepada negara yang gagal ( A Failed State ). Selepas pasca pemerintahan Saddam Hussien sehinggalah kejatuhan Saddam Hussien sebagai Presiden Iraq, ramai ahli sains

politik telah menganggap bahawa Iraq adalah negara yang ‘fragile’ dan menuju ke ‘failed’.

Namun, pada tahun 2010, Iraq telah diisytiharkan sebagai negara yang gagal atau ‘The Failed State of Iraq’

21 UNMOVIC ialah satu badan yang dilantik yang menggunakan resolusi Majlis Keselamatan PBB 1284 pada 17

Disember 1999 sehingga tahun 2007.

22 Richelson, J. (ed) Iraq and Weapons of Mass Destruction National Security Archieve Electronic Brefieng Book No.

80: National Security Archieve, 2004. Diakses daripada: http://nsarchive.gwu.edu/NSAEBB/NSAEBB80/ pada 14 Mei 2015.

(8)

Sebelum melihat faktor yang menjadikan Iraq sebagai sebuah negara yang menuju ke ‘The Failed State’, pendefinisian ‘state’ itu sendiri terbahagi kepada beberapa pembahagian iaitu

‘Strong State’ dan ‘Failed State’. Dalam pendefinisian ini, ianya merangkumi beberapa ciri tertentu yang menentukan sama ada sesebuah negara itu berada dalam kategori ‘state’ yang mana satu. Secara umumnya, ‘Strong state’ boleh ditafsirkan sebagai sebuah negara yang mempunyai

peranan kerajaan autoriti dalam memberikan aturan kepada satu atau lebih masyarakat sama ada

dalam negara atau jajahan. Aturan-aturan ini termasuk dalam peranan kerajaan dalam

menyediakan kehendak awam atau rakyat dalam negara itu sendiri. Antara kehendak awam yang

mempunyai priority adalah perlindungan dan keselamatan, politik serta ekonomi.24 Menurut

Robert L. Rotberg, beliau telah mencirikan beberapa kehendak awam yang perlu disediakan oleh

kerajaan kepada masyarakat. Antaranya ialah:

1) Keselamatan : Kerajaan berperanan melindungi sempadan daripada sebarang

pencerobohan dan ancaman sama ada daripada dalam atau luar negeri itu sendiri.

2) Politik : Masyarakat awam perlu diberikan kebebasan dalam berpartisipasi politik sama

ada secara langsung atau proses politik. Selain itu, politik ini juga perlulah seiring dengan

hak asasi manusia.

3) Keperluan awam : Keperluan awam ini adalah menjurus kepada pembangunan sosial

dalam masyarakat seperti pendidikan, kesihatan, kemudahan awam, sistem perbankan

dan sebagainya.25

24 Natasha U., Countering Global Terrorism and Insurgency : Calculating the Risk of State Failure in Afganistan,

Palestin and Iraq. Palgrave Mac Millan : UK.2014. Hlmn. 18.

(9)

Dalam pendefinisian ‘Failed State’ pula, ‘state’ mengalami satu tahap krisis dalaman yang disebabkan oleh kelemahan undang-undang dan ketenteraman (collapse law and order). Dalam

masa yang sama, institusi pembangunan dan keselamatan tidak mampu lagi untuk berfungsi

dengan sempurna. Robert L. Rotberg juga ada mencirikan bagaimana‘failed state’. Antara cirinya

ialah :

1. Perang sivil yang berlaku dalam sesebuah negara tanpa ada penyelesaian. Perang sivil ini boleh berlaku antara etnik, agama dan sebagainya.

2. Pemerintahan secara rejim oleh pemerintah dalam sesebuah negara. Pemerintahan yang sebegini akan memberikan tekanan kepada masyarakat dan rakyat yang akhirnya

dinafikan hak-hak dalam Hak Asasi Manusia.

3. Ketidakupayaan mengawal kawasan dan sempadan negara. Negara yang boleh dianggap gagal apabila adanya kelemahan dalam sistem keselamatan dan pengawalan

sehingga membolehkan pencerobohan dan menyebabkan hilangnya sebahagian besar

daripada kawasan yang diperintah.

4. Peningkatan kadar jenayah keganasan.26

Selain daripada ciri-ciri umum yang dinyatakan di atas, ada indikator lain yang akan menentukan

sama ada sesebuah negara itu adalah ‘strong state’, ‘Weak State’ dan ‘Failed State’. Antara

indikator yang sering digunakan ialah pendapatan per kapita yang diperoleh oleh sesebuah

negara. Sekiranya pendapatan per kapita masih berada di bawah tahap yang minimum, ia boleh

dianggap sebagai sebuah negara yang gagal.

Selain itu, ada juga badan yang ditubuhkan untuk mengkaji keadaan sesebuah negara. Misalnya,

‘The Fund For Peace’. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 2005 dan bertindak sebagai pengkaji sejauhmanakah kekuatan dan kegagalan sesebuah negara.27 Dalam menentukan keadaan 26 Ibid., hlmn. 6.

(10)

sesebuah negara melalui Fragile State Index (FSI) menggariskan beberapa ciri penting. Antara

(11)

Dipetik daripada laman sesawang rasmi The Fund for Peace.

Kedudukan Iraq bermula pada tahun 2005 sehinggalah tahun yang terakhir iaitu tahun 2014

menduduki tangga antara negara yang dalam bahaya dan boleh menuju ke arah negara yang

gagal. Pada tahun 2005 dan 2006, Iraq berada di tangga keempat, 2007 menaiki tangga yang

kedua, pada tahun 2008 menduduki tangga yang ke lima 5, berubah kepada tangga yang ke 6

pada tahun 2009. Tahun berikutnya kepada tangga ketujuh, sembilan ( tahun 2011 dan 2012).

Manakal pada tahun 2013, Iraq menduduki tangga yang ke-11 dan ke 13 pada tahun 2014.

Persoalan utama yang ditimbulkan terhadap negara Iraq iaitu bagaimanakah politik yang

berlaku sejak tahun 1979 membawa kepada negara yang gagal. Terdapat pelbagai faktor yang

boleh dikaitkan mengapakah perkara ini berlaku. Pertamanya ialah ekonomi negara Iraq yang meruncing. Ekonomi Iraq mula menjadi merosot disebabkan oleh pembaziran yang berlaku

semasa siri perang dengan Iran dan Kuwait serta Kuwait. Semasa perang antara Iran-Iraq

berlaku, Iraq telah mengalami banyak kerugian kerana terpaksa membeli senjata dan alat pertahanan daripada negara pembuat senjata. Berikutan perang yang berlaku lebih kurang 10 tahun dan lebih ini juga Iraq terpaksa menanggung hutan yang banyak terutamanya

negara-negara Arab. Ahli ekonomi menganggarkan bahawa jumlah hutang oleh Iraq daripada pinjaman

oleh negara-negara Arab ialah $75 B USD. Keadaan fiskal ekonomi Iraq mula jatuh sebermula

serangan Iraq terhadap Kuwait pada tahun 1990 dan berterusan menjadi rumit pada tahun 2003

(12)

an iaitu tahun 1973, Iraq mengalami perkembangan ekonomi yang pesat kerana membentuk

ekonomi baru hasil daripada minyak. Iraq menjadi salah satu pengeluar minyak utama dunia.

Pembangunan Iraq pada ketika menjadi pesat malah pernah dikatakan bahawa Iraq bakal menuju

ke arah sebuah kota metropolitan. Pembinaan jalan raya, bangunan-bangunan dan komersial

yang aktif telah memberikan pulangan gaya hidup yang lebih baik.29 Namun, perkara ini berubah

sama sekali semasa pemerintahan Saddam Hussien.

Iraq juga telah mengalami tekanan ekonomi kerana kebergantungan Iraq terhadap ekonomi tunggal iaitu minyak. Iraq bergantung kepada hasil pendapatan minyak saban tahun. Akibat berlakunya beberap siri perang sivil ke atas Iraq, penghasilan minyak tidak dapat berjalan

dengan maksimum. Kerosakan dan kemusnahan kemudahan fasiliti seperti saluran paip minyak,

stesen pam dan pelantar menyukarkan penghasilan minyak. Pada tahun 1981 sahaja, pengeluaran

minyak 3.4 M barrel per day telah menurun kepada 0.9 barrel per day.

Hal ini sekaligus menjadikan pendapatan negara Iraq juga menurun. Keadaan ini dapat

dilihat melalui pendapatan perkapita negara Iraq yang bermula pada tahun 1950-an. Pada tahun

1950-an, jumlah pendapatan per kapita Iraq telah disumbangkan oleh sektor petroleum dan

minyak iaitu sebanyak 3 peratus. Keadaan ini meningkat kepada 56 peratus kerana berlakunya

kenaikan harga pasaran minyak pada tahun 1980. Namun, keadaan ini telah berubah pada tahun

1990-an iaitu sumbangan sektor minyak dan petroleum menurun kepada 12 peratus dan menurun

lagi dengan mendadak kepada 4.5 peratus pada tahun 1995. Pendapatan negara Iraq telah

mengalami defisit yang teruk kerana kekurangan pendapatan negara ditambah pula dengan

hutang-hutang yang pernah dipinjam daripada negara-negara Arab. Semasa era berlakunya

perang oleh negara Iraq, perbelanjaan negara Iraq banyak disumbangkan kepada aktiviti

(13)

pertahanan dan perkhidmatan tentera. Tambahan pula, pada tahun 1991, selepas Iraq bertindak

menyerang Kuwait, PBB telah memberi kata putus bahawa tekanan dan sekatan ekonomi

terhadap Iraq telah dikenakan. Iraq bukan sahaja menjadi lemah dari segi ekonomi tetapi juga

mengalami kelemahan dalam sektor yang lain seperti makanan dan ubatan.30

Masalah dalaman dan krisis ekonomi dalam negara Iraq juga berpunca daripada korupsi dan

nepotisme yang berlaku dalam kalangan pejawat awam. Hal ini dapat dibuktikan melalui data

yang ditunjukkan oleh Transparency International’s Corruption Perceptions Index in 2012.

Melalui data ini, Iraq telah menduduki tangga yang ke 169 daripada 176 negara yang berdaftar.31

Selain itu, faktor negara Iraq menjadi negara yang gagal adalah kerana politik.

Pemerintahan Saddam Hussien merupakan pemerintahan yang bersifat diktaktor dan rejim. Saddam Hussien bukan sahaja berfungsi sebagai presiden Iraq tetapi juga sangat autokratik

dalam pentadbiran negara. Beliau seolah-olah bertindak sebagai Menteri di Kementerian,

Menteri Pertahanan, Menteri Kewangan dan sebagainya.32 Saddam Hussien juga menggunapakai

kuasanya dalam mengeluarkan perintah bukan sahaja dalam sistem negara tetapi juga dalam parti

Baath itu sendiri.33

Semasa pemerintahan beliau juga, telah berlakunya dasar pecah dan perintah antara

mazhab Sunni Dan Syiah. Kepimpinan Saddam Hussien dalam memberi ruang dan keistimewaan

kepada golongan sunni dalam pemerintahan sememangnya memberikan lagi kesan dan polemik

yang berpanjangan dalam kalangan penganut kedua-dua mazhab ini. Saddam Hussien juga

bertindak sebagai seorang pemerintah yang kejam kerana beliau akan menghukum sesiapa sahaja

(14)

yang dirasakan akan menggugat kedudukannya sebagai Presiden. Misalnya, pada tahun 1992.

Saddam Hussein telah dilaporkan menangkap beberapa orang pemimpin yang disyaki

mempunyai pertalian dengan puak Juburi. Pada pertengahan tahun 1992 sahaja, seramai lebih

kurang 30 orang pegawai termasuklah Jeneral Abed Mutleq Juburi telah dijatukan hukuman

mati. Manakala pada Oktober tahun yang sama juga, beliau telah menjatuhkan hukuman mati

kepada 19 pegawai termasuklah Brigadier Anwar, Ismael Hentosh dan Amir Rashid Hassoon

kerana disyaki terlibat dalam pergerakan pemberontakan Syiah di utara Iraq.34

Antara kekejaman dan kezaliman yang pernah dilakukan oleh Saddam Hussien semasa

pemerintahan beliau ialah kempen ‘Al-Anfal’. Kempen ini bertujuan untuk menghapuskan etnik Kurdish dalam Iraq.35 Dalam kempen ini, beliau telah menggunakan senjata kimia untuk

membunuh etnik Kurdish secara beramai-ramai. Pada peristiwa 16 Mac 1988, Saddam Hussien

telah mengeluarkan satu arahan serangan dengan menggunakan gas beracun ke atas kawas

Hallabjah. Serangan ini telah menyebabkan ramai orang terbunuh dan mencecah seramai

100,000 orang mangsa.36 Tekanan yang dikenakan terhadap orang Kurdish telah mendapat

perhatian daripada PBB dan telah mengistiharkan kawasan utara Iraq sebagai kawasan ‘No Fly

Zone’37. Langkah ini diambil bagi melindungi orang-orang Kurdish daripada tekanan politik

Saddam Hussien. 38

Bukan itu sahaja, beliau juga akan menghukum sesiapa sahaja yang dianggap berpotensi

menentang beliau dalam politik. Bahkan, golongan Sunni yang berada dalam parti yang sama

34 Ibid., hlmn. 26.

35 Burnell, P., R. V. R. ,Politics in a Developing World: World 4e. Oxford University Press: UK. 2014. Hlmn. 330 36 Kaplan R.D. The Revenge of Geography: What The Map tell Us Bout Cmonig Conflicts and Battle Against Fate,

Random House Publishing : 2012. hlmn. xiv

37 ‘No Fly Zone’ ini adalah satu usaha yang dilakukan oleh PBB bagi menghalang pesawat tentera Iraq sampai ke

kawasan yang didiami oleh orang Kurdish.

(15)

juga menjadi akan dihukum menjadi ‘pesalah politik’. Sesiapa yang didapati menentang akan

dipenjarakan dan dihukum mati.39 Pemerintahan Saddam Hussein pernah dilabelkan sebagai

pemerintahan yang melanggar hak asasi manusia yang paling tinggi. Manakan tidak, kekejaman

yang dilakukan semasa pesalah politik berada dalam tahanan.

Faktor yang ketiga ialah keadaan sosial masyarakat dalam negara Iraq. Siri peperangan yang berlaku antara negara Iraq dengan negara yang lain telah membantutkan pembangunan

sosial dalam negara Iraq. Institusi pendidikan seperti sekolah dan universiti, kesihatan seperti

klinik dan hospital dan kemudahan asas dan awam telah musnah. Perbelanjaan negara Iraq telah

banyak diberikan kepada sektor pertahanan negara dan menanggung hutang yang banyak akibat

peperangan. Dalam keadaan ini, peluang untuk mendapatkan pendidikan menjadi terhad.

Tambahan pula, Iraq tidak lagi mempunyai tenaga manusia yang mencukupi kerana ramai pelajar

dan rakyat Iraq yang terpelajar telah mendapatkan perlindungan politik dan pelarian di

negara-negara luar. Golongan-golongan pertengahan rakyat Iraq telah bermastautin dan menjadi rakyat

negara lain.

Selain itu, kerajaan Iraq juga gagal menyediakan keperluan asas dan keperluan awam

kepada rakyatnya. Keperluan asas seperti air, elektrik dan makanan asasi masih lagi tidak mampu

disediakan secara konsisten. Hal ini juga didapati bertitik tolak daripada keadaan ekonomi

negara Iraq yang masih meruncing secara langsung tidak mampu untuk menyediakan kemudahan

asas ini.40 Kemusnahan yang teruk semasa berlakunya siri peperangan di Iraq menambahkan lagi

kesukaran untuk membina semula kerana memerlukan wang yang banyak.

39Ibid,. hlmn. 13

(16)

Dalam sektor perubatan dan kesihatan, taraf kesihatan rakyat Iraq masih lagi berada pada tahap yang rendah sehinggalah sekarang. Ketiadaaan bekalan asas seperti air dan elektrik

memberikan kesan secara langsung kepada ketidakcekapan sistem hospitaliti dan kekurangan

bahan ubat-ubatan. Banyak bekalan ubat-ubatan telah rosak kerana tiada tempat penyimpanan.

Kematian dalam kalangan rakyat Iraq terutamanya ibu dan anak-anak kecil terus meningkat.

Sehingga tahun 1991, kematian bayi telah meningkat kepada 300 peratus. Hal-hal yang

disebutkan ini juga berpunca daripada keputusan PBB untuk mengenakan sekatan ekonomi

terhadap Iraq yang akhirnya memberi kesan kepada ekonomi dan sosial negara Iraq.

Faktor yang keempat ialah krisis dalaman yang berlaku dalam negara Iraq itu sendiri. Perang

sivil berlaku dalam kalangan rakyat Iraq saban hari. Peperangan ini walaupun boleh disifatkan

sebagai kecil, namun ia telah menggangu kestabilan perjalanan politik Iraq. Selepas kejatuhan

Saddam Hussien pada tahun 2003, Iraq terus dihujani dengan pelbagai perang saudara antara

puak-puak pelampau dan golongan yang bertelagah. Antara golongan yang dikenalpasti muncul

ialah golongan yang anti kepada Amerika Syarikat. Mereka berusaha untuk bangkit menentang

kemasukan Amerika Syarikat. Selain itu, golongan yang sememangnya sudah mempunyai

polemik daripada dahulu lagi iaitu Syiah dan Sunni. Golongan-golongan yang ekstremis ini

sering bertelagah sesama sendiri. Golongan sunni-Syiah telah bangkit untuk cuba menguasai

Iraq.41 Memandangkan Syiah mempunyai populasi yang lebih majoriti berbanding Sunni,

golongan ini mengatakan bahawa mereka lebih layak untuk memerintah Iraq. Pembangunan

demokrasi mustahil untuk dilakukan di Iraq. Pada tahun 2005, Iraq hampi mencapai proses

demokrasi namun berlakunya pertentangan pendapat antara kedua-dua mazhab ini. Golongan

yang berpegang kepada mazhab Syiah lebih berpegang kepada idea demokrasi manakala

(17)

golongan yang berpegang kepada mazhab Sunni lebih mahukan kepada politik yang bersifat

tradisional.

Faktor yang terakhir ialah campur tangan kuasa asing dalam politik, ekonomi dan sosial negara Iraq. Campur tangan kuasa asing dalam ketiga-tiga aspek ini sememangnya memberikan

kesan kepada keadaan sesebuah negara. Dalam konteks perbincangan negara Iraq, Amerika

Syarikat telah memulakan dasar campur tangan secara tidak langsung bermula daripada tahun

1990-an semasa berlakunya perang Teluk antara Iraq dan Kuwait. Amerika Syarikat secara telah

bertindak mengemukakan tuduhan kepada Iraq memiliki senjata nuklear. Pada tahun 2003,

Amerika Syarikat bertindak sebagai ‘penyelamat’ kepada pergolakan politik Iraq dengan

membawa masuk tentera ke dalam negara Iraq.

Namun, tindakan Amerika Syarikat ini tidak banyak membawa perubahan dan pembangunan

terhadap negara Iraq seperti mana yang pernah dikatakan oleh George W. Bush. Dalam bidang

ekonomi Iraq masih lagi berada dalam takuk yang sama. Hal ini jelas dalam pendapatan per

kapita Iraq pada tahun 2005 hanyalah $ 3,400 setahun. Begitu juga dengan kadar penganguran

dalam kalangan belia juga masih berada pada tahap yang sama iaitu 25 peratus pada tahun yang

sama.42Walaupun Amerika Syarikat telah menggalakkan pelaburan (investment) daripada negara

luar, namun ia masih dipelopori oleh syarikat luar.

Dalam keadaan politik pula, perkembangan demokrasi seperti mana yang dimahukan tidak dapat juga dicapai. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor penting iaitu budaya politik dan

sosialisasi politik tradisional yang dibentuk atau dipengaruhi dengan keadaan yang sebelumnya.43

(18)

Pembentukan budaya politik dan sosialisasi dalam kalangan rakyat Iraq untuk menerima

demokrasi agak mustahil memandangkan pemerintahan sebelum ini adalah bersifat autokratik.44

Kesimpulannya, perkembangan politik Iraq yang berlaku sejak daripada tahun 1979 telah

membawa Iraq ke arah sebuah negara yang gagal. Pemerintahan Saddam Hussien dianggap oleh

para sarjana sebagai ‘fragile state’ berbanding ‘failed state’. Hal ini diakui oleh Robert L.

Rotberg yang mendefinisikan Iraq sebagai sebuah negara yang ‘fragile’. Namun, sejak bermula

pada tahun 2010, Iraq menjadi sebuah negara yang gagal dan bakal menuju ke arah negara yang

‘collapse’ seperti mana yang berlaku di Lebanon.

(19)

Lampiran

Peta 1.1 : Kedudukan kawasan mengikut pembahagian golongan yang terbesar dalam Iraq.

Dipetik daripada buku World Regional Geography hlmn. 263.

Bibliografi.

Hobbes. J.J. , World Regional Geography, Changage Larning : USA, 2009.

(20)

Bukovac M. ,Failed States : Unstable Countries in the 21st Century. The Rosen Publishing Group,

NY. 2010.

Cordesman. A.H. , Iraq dan the War of Sactions : Conventional Threats and Mass Destructions.

Green Wood Publishing Group: US. 1999.

Robert. K, B. Iraq, Vietnam and The Limit of American Power. Public Affairs : US. 2006.

Fisher W.B. “Physical and Geography in Iraq” in The Middle East and North Africa ed by Taylor

and Francis Group 50th ed. The Graham Press : US. 2004.

Shaul Bhakash, “The Trouble Relationships : Iran-Iraq 1930-1980” in Iran, Iraq and The

Legacies of War ed by Potter J.L, S.G.C, Palgrave Macmillan: 2004

Ibezem F., C. Saddam Hussien : The Legendary Dictator : United States of America, 2006.

Richelson, J. (ed) Iraq and Weapons of Mass Destruction National Security Archieve Electronic

Brefieng Book No. 80: National Security Archieve, 2004. Diakses daripada:

http://nsarchive.gwu.edu/NSAEBB/NSAEBB80/ pada 14 Mei 2015.

Sutan Barakat (ed). Reconstructing Post- Saddam, Iraq. Routledge : New York. 2008.

Burnell, P., R. V. R. ,Politics in a Developing World: World 4e. Oxford University Press: UK.

2014.

Kaplan R.D. The Revenge of Geography: What The Map tell Us Bout Cmonig Conflicts and

Battle Against Fate, Random House Publishing : 2012. The Fund for Peace : The Fragile State

Index. Diakses dari : http://fsi.fundforpeace.org/ pada 14 Mei 2015.

Natasha U., Countering Global Terrorism and Insurgency : Calculating the Risk of State Failure

in Afganistan, Palestin and Iraq. Palgrave Mac Millan : UK.2014.

Robert R.R. When States Failed: Causes and Consequences. Priceton University Press : UK.

(21)

Referensi

Dokumen terkait

Lembaran Negara Republik Indonesia Tahun 2003 Nomor 64, Tambahan. Lembaran Negara Republik Indonesia

Hasil penelitian dapat diharapkan memberikan kontribusi bagi pihak dan menjadi referensi hukum, terutama Ilmu Hukum Administrasi Negara yang pada akhirnya dapat digunakan sebagai

Pertama, hampir semua negara di dunia ini telah menjadikan demokrasi sebagai asasnya yang fundamental sebagai telah ditunjukkan oleh hasil studi UNESCO pada awal

Melalui beberapa Lembaga negara yang memiliki keterlibatan terhadap cryptocurrency, Tiongkok menerapkan kebijakan yang pada akhirnya mengacu pada pemblokiran

Kepolisian Negara Republik Indonesia sebagai lembaga neraga yang berfungsi menegakkan hukum sebagaimana terdapat pada Undang-Undang No 2 Tahun 2002 Tentang

20 Tahun 2003 Bab XIII, pasal 31 yang di antaranya berisi (1) setiap warga negara berhak mendapatkan pendidikan, (2) setiap warga negara wajib mengikuti pendidikan

Industri yang mengandalkan potensi pada sebuah negara/wilayah baik alam maupun budaya ini, kini semakin berkembang pesat karena faktor penampilan yang eksotis dari

Otentisitas dari akta tersebut menjadikan Notaris sebagai pejabat Umum sehingga dengan demikian akta yang dibuat oleh Notaris dalam kedudukannya tersebut