• Tidak ada hasil yang ditemukan

Contoh Projek Tahun Akhir 1

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Contoh Projek Tahun Akhir 1"

Copied!
104
0
0

Teks penuh

(1)

KAJIAN TERHADAP JANAAN SISA ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK DI TAMAN UNIVRSITI

NAMA

NORAIDA BT. YUSOF

PENYELIA

PM.DR. MOHD ISMID BIN MOHD SAID

▸ Baca selengkapnya: contoh surat undangan akhir tahun

(2)

PSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦

JUDUL : KAJIAN TERHADAP JANAAN SISA ELEKTRONIK DI JOHOR BAHRU SESI PENGAJIAN:2005/2006

Saya NORAIDA BINTI YUSOF (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan kertas projek ini (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan.

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh:

_____________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap : Kg Gunung Tunggal,

32500 Chkt Kruing, PM DR MOHD ISMID B. MOHD SAID

PERAK Nama Penyelia

Tarikh : 14 November 2005 Tarikh: 14 November 2005

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan sebab dan tempoh kertas projek ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

(3)

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam”.

Tandatangan : ………. Nama Penyelia : PM. DR. MOHD ISMID B. MOHD SAID Tarikh : 14 November 2005

.

(4)

PENGAKUAN PENULIS

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ………. Nama Penulis : NORAIDA BT. YUSOF

Tarikh : 14 November 2005

(5)

KAJIAN TERHADAP JANAAN SISA ELEKTRONIK

DI JOHOR BAHRU

NORAIDA BT YUSOF

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam

Fakulti Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi Malaysia

(6)

Khas buat……

Mak abah yang dikasihi yang banyak memberi sokongan,

pensyarah-pensyarah yang dihormati yang tidak henti memberi ilmu,

abang tersayang yang banyak membantu dan

(7)

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada PM. Dr. Mohd Ismid bin Mohd Said selaku penyelia saya yang telah banyak memberi nasihat, dorongan tunjuk ajar dan bimbingan serta kesabaran beliau sehingga menyiapkan projek ini.

Pada masa yang sama, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada penduduk-penduduk di kawasan kajian saya iaitu Taman Universiti yang telah banyak memberi kerjasama semasa kerja persampelan dijalankan. Tidak lupa juga terima kasih diucapkan kepada kedai-kedai komputer di sekitar Taman Universiti kerana memberi kerjasama kepada saya. Disamping itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Zakaria (Juruteknik Kanan Pusat Komputer FKA), En. Aziz (wakil dari Bahagian Penyelenggaraan Komputer Pusat Komputer UTM), En. Zaires (Penolong Pendaftar Pejabat Bendahari UTM), En. Mohd Khairul (Pembantu Tadbir Stor pejabat Bendahari), En. Mohd Syahree (wakil syarikat Scrap Computer Trading) dan En. Abdul Mutalib (Jurutera Southern Waste Management Sdn. Bhd.) kerana telah banyak memberi kerjasama dan maklumat kepada saya untuk menyempurnakan sesi temuduga projek ini.

Seterusnya, setinggi-tinggi penghargaan turut diucapkan kepada panel-panel yang telah memberi pendapat yang membolehkan peningkatan kualiti laporan ini.

(8)

ABSTRAK

(9)

ABSTRACT

(10)

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

PENGESAHAN i

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xi

SENARAI LAMPIRAN xiii

BAB 1 PENGENALAN 1-6

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Kenyataan Masalah 4

1.3 Objektif kajian 6

1.4 Skop kajian 6

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 8-15

(11)

2.2 Masalah e-sisa di negara lain 9 2.3 Komponen-komponen komputer 10

2.4 Pelupusan komputer 15

BAB 3 METODOLOGI 16-21

3.1 Pengumpulan Maklumat Kajian 16 3.1.1 Perlaksanaan Soal Selidik 17 3.1.2 Sesi Temuduga 18

3.2 Analisis Data 19

3.2.1 Indeks Min 19

3.3 Perbincangan Berdasarkan Soal Selidik 21

BAB 4 KEPUTUSAN 22-31

4.1 Kajian di UTM 22

4.2 Kajian di Taman Universiti 23

4.2.1 Statistik Diskriptif 24

4.2.2 Keputusan Mengikut Kawasan 24 4.2.3 Keputusan Mengikut Latarbelakang

Penduduk 25

4.2.4 Analisis Keputusan Ujikaji 27 4.2.4.1 Rumusan Maklumbalas

Secara Keseluruhn 28 4.2.4.2Rumusan Maklum Balas

(12)

4.2.3.1.3 Latarbelakang

Taraf Pendidikan 31 4.2.3.1.4 Latarbelakang

Taraf Pendapatan 31

BAB 5 PERBINCANGAN 39-46

5.1 Perlupusan Komputer di UTM 39

5.1.1 Lupus Buang 41

5.1.2 Lupus Derma 42

5.1.3 Lupus Jual Scrap 42 5.1.4 Perlupusan Aset UTM 2003(komputer

dan peralatan elektrik) 43 5.2 Kawasan Kajian di Taman Universiti 44

5.2.1 Kesedaran Awam 44

5.3 Southern Waste Management (SWM) 45

5.4 Penguatkuasaan 46

BAB 6 KESIMPULAN 49-51

6.1 Cadangan 51

RUJUKAN

(13)

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Jadual Perlaksanaan Soal Selidik 18 4.1 Keputusan Latarbelakang Penduduk Dalam 65

Peratusan

4.2 Keputusan Maklum Balas Bagi Setiap Kawasan 65 Perumaha

(14)

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

4.1 Perbandingan Jumlah Peralatan Yang Dilupuskan

Mengikut Jenis 32

4.2 Perbandingan Peralatan Yang Dilupuskan

Mengikut Kaedah Perlupusan 32 4.3 Peratusan Menunjukkan Rumah Yang Mempunyai

Komputer dan Tidak Mempunyai Komputer 33 4.4 Peratusan Menunjukkan Pengetahuan Penduduk

Tentang Sisa Elektrik dan Elektronik 33 4.5 Peratusan Menunjukkan Peralatan Elektrik dan

Elektronik Yang Pernah Dibuang oleh Penduduk 34 4.6 Peratusan Menunjukkan Tindakan Yang Diambil

Oleh Penduduk Jika Peralatan Elektrik dan

Elektronik Rosak 34

4.7 Keputusan Kesedaran dan Pandangan mengenai

Komputer 35

4.8 Perbandingan Kesedaran dan Pandangan Mengenai

Komputer Mengikut Jantina 35 4.9 Perbandingan Kesedaran dan Pandangan Mengenai

Komputer Mengikut Umur 36

4.10 Perbandingan Kesedaran dan Pandangan Mengenai

Komputer Mengikut Status Perkahwinan 36 4.11 Perbandingan Kesedaran dan Pandangan Mengenai

(15)

4.12 Perbandingan Kesedaran dan Pandangan Mengenai

Komputer Mengikut Pendapatan 37 4.13 Perbandingan Kesedaran dan Pandangan Mengenai

(16)

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Senarai Soalan Temuduga dan Borang Soal Selidik B Maklumat Kajian

(17)

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Malaysia merupakan sebuah negara yang pesat membangun terutama dari segi ekonominya. Ini dapat dilihat dengan jelas selepas Malaysia memperolehi kemerdekaan pada tahun 1957. Sejajar dengan perkembangan tersebut, pertambahan penduduk di negara ini dari tahun ke tahun juga meningkat. Jika diperhatikan pertumbuhan ekonomi yang baik ini akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk di negara ini sekaligus menaikkan taraf hidup rakyat tempatan. Tanpa kita sedari, kemajuan ekonomi yang kita kecapi dari hari ke hari akan menambahkan lagi penggunaan perkakasan elektrik dan elektronik terutamanya dalam sektor pendidikan, perniagaan dan individu. Tambahan pula dengan kewujudan internet dimana manusia boleh mendapatkan apa-apa sahaja maklumat tanpa batasan yang mana ia boleh meningkatkan lagi permintaan perkakasan elektrik dan elektronik seperti komputer.

(18)

Oleh itu, langkah-langkah seperti penyelenggaraan sisa pejal dan sebagainya adalah amat diperlukan.

Di Johor Bahru, pihak Southern Waste Management Sdn. Bhd (SWM) telah dipertanggungjawabkan oleh pihak kerajaan untuk menguruskan sisa pejal di kawasan ini. Kerja-kerja yang perlu dilakukan oleh pihak SWM adalah pemungutan, pemindahan dan pelupusan sisa pejal. Terdapat beberapa jenis sisa pejal yang diuruskan iaitu seperti sisa pejal bandaran, industri dan pembinaan. Peralatan elektrik dan elektronik yang dibuang adalah salahsatu sisa pejal yang terjana dari kelompok ini di mana ia dikenali sebagai e-sisa.

Pembuangan perkakasan elektrik dan elektronik secara tidak terkawal terutama komputer akan memudaratkan alam sekitar. Perhatian yang serius diperlukan dalam menangani masalah ini dan menjadi tanggungjawab bukan sahaja pada pihak kerajaan tempatan tetapi juga tanggungjawab kita bersama. Dalam kuantiti yang sedikit ia mungkin tidak memudaratkan tetapi jika dibuang secara pukal dan dilonggokan di sesuatu tempat, ia akan memberi kesan yang merbahaya kepada tanah, air dan seterusnya manusia. Namun begitu, apa yang menjadi persoalan disini ialah, adakah pihak-pihak yang menguruskan sisa pejal ini sedar bahawa pembuangan peralatan-peralatan elektrik dan elektronik boleh membahayakan kesihatan dan alam sekitar. Adakah sisa elektrik dan elektronik ini diuruskan dengan suatu kaedah yang khusus ataupun dengan kaedah konvensional sahaja? Rektor Nation University, Tokyo, Hans Van Ginkel1 mengatakan bahawa “ Pemahaman kita mengenai kesan terhadap kesihatan akibat komputer adalah masih sangat terbatas. Oleh itu, kita tidak boleh mengabaikan potensi timbulnya masalah yang serius untuk masa jangka panjangnya nanti ”.

(19)

televisyen dan sebagainya2. Huruf ‘ E ’ adalah merujuk kepada perkataan elektrik dan elektronik manakala perkataan ‘ sisa ’ adalah merujuk kepada sesuatu yang dibuang. Oleh yang demikian, e-sisa membawa maksud peralatan elektrik dan elektronik yang dibuang oleh pengguna.

Walaupun peralatan elektrik dan elektronik tersebut merupakan peralatan yang terkini dan tercanggih, namun apabila tiba masanya ia rosak, pengguna akan membuangnya dan disinilah munculnya e-sisa. Pengguna lebih gemar untuk membeli yang baru dari membaiki peralatan yang lama rosak. Ini sekaligus menyebabkan kuantiti peralatan elektrik dan elektronik yang rosak dan tidak diperlukan meningkat dan seterusnya mewujudkan masalah dalam penyelenggaraan terhadap e-sisa.

E-sisa boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti yang berikut:-

• Peralatan elektrik (televisyen, peti sejuk, alat penghawa dingin, radio, kipas angin dan lain-lain).

• Peralatan IT (komputer, alat pencetak, alat pengimbas dan lain-lain).

• Peralatan hiburan (mikrofon, pembesar suara dan lain-lain).

• Peralatan telekomunikasi (telefon, telefon selular, bateri dan lain-lain).

• Media data, audio dan video (CD, DVD, kaset dan lain-lain ).

• Penggunaan alat pencetak (katrij, dakwat dan alat pencetak laser).

• Papan litar (komponen utama yang terdapat dalam peralatan elektrik).

• Bateri.

(20)

memperoleh peralatan elektrik dan elektronik. Tapi sekarang, ia amat mudah untuk diperolehi kerana terdapat di merata-rata tempat. Ia mampu dimiliki oleh sesiapa juga sejajar dengan seruan kerajaan “satu rumah satu komputer”. Oleh kerana ianya murah dan mudah untuk diperolehi, maka pengguna lebih suka untuk membeli komputer yang baru daripada memperbaiki komputer yang lama. Disebabkan ini, kita akan menghadapi masalah untuk melupuskan peralatan-peralatan komputer tersebut. Seiring dengan pertambahan penduduk dan perkembangan ekonomi yang pesat terutamanya di kawasan bandar, masalah sebegini perlu diberi perhatian yang serius oleh pihak kerajaan.

1.2 Kenyataan Masalah

Peralatan elektrik dan elektronik terutamanya komputer mengandungi toksik dan logam berat3. Dengan perkembangan maklumat dan teknologi, pertumbuhan perkakasan elektrik dan elektronik menjadi semakin bertambah. Ini sekaligus meningkatkan e-sisa. Seandainya e-sisa tidak diuruskan dengan baik, ia akan membahayakan kesihatan manusia dan alam sekitar. Namun begitu terdapat beberapa masalah dalam menguruskan e-sisa iaitu kaedah untuk melupuskan e-sisa samada dengan menanam di dalam tanah (landfill), dibakar (incinerator), dikitar semula (recycle) atau dieksport ke negara luar. Ini kerana setiap kaedah memberikan kesan yang negatif kepada manusia dan alam sekitar. Selain itu, masalah dari segi kemudahan dan tempat untuk melupuskan e-sisa juga timbul.

(21)

Pada Mac 2003, lapan buah kerajaan Asian telah bertemu secara rasminya dalam satu konvensyen iaitu Basel Convention untuk membincangkan tentang penyelesaian kepada masalah perkembangan e-sisa yang berlaku di negara mereka. Konvensyen ini merupakan konvensyen pertama yang membincangkan masalah e-sisa di Asia. Negara-negara yang turut serta dalam konvensyen ini adalah China, India, Malaysia, Filipina, Singapura, Sri Lanka, Thailand dan Vietnam4. Ini menujukkan bahawa janaan e-sisa di Malaysia adalah semakin berkembang kerana Malaysia juga turut terlibat dalam konvensyen tersebut. Pihak kerajaan juga telah mula mengambil langkah dalam menangani permasaalahan ini.

Peralatan elektrik dan elektronik terutamanya komputer yang dibuang secara tidak betul boleh membahayakan kesihatan manusia dan alam sekitar. Ini kerana komponen-komponen komputer mengandungi toksid dan logam berat3. Oleh itu peralatan elektrik dan elektronik yang tidak digunakan lagi perlulah mempunyai suatu sistem penyelenggaraannya yang tersendiri. Tahap pengetahuan masyarakat mengenai bahaya pembuangan dan pelupusan e-sisa kepada kesihatan manusia dan juga alam sekitar adalah masih di tahap yang rendah. Oleh itu, masyarakat perlulah diberi pendedahan tentang bahaya janaan e-sisa sebagai langkah pencegahan awal supaya mereka tahu tindakan yang perlu diambil sekiranya mereka ingin membuang atau melupuskan apa-apa sahaja peralatan elektrik dan elektronik.

(22)

1.3 Objektif dan matlamat kajian

Secara umumnya kajian ini adalah bertujuan untuk melihat cara pelupusan perkakasan e-sisa terutamanya komputer serta melihat sejauhmana tahap pencemaran dan bahayanya kepada manusia dan alam sekitar. Secara khususnya tujuan kajian ini adalah :-

i. Mengenalpasti status janaan e-sisa di kawasan kajian.

ii. Mengkaji kesedaran awam di kalangan penduduk kawasan kajian tentang bahaya e-sisa.

iii. Mengenalpasti proses pelupusan sisa komputer di UTM.

1.4 Skop kajian

(23)

Soal selidik akan dijalan di sekitar kawasan kajian iaitu di sekitar kawasan Taman Universiti, Johor Bahru. Beberapa buah kawasan perumahan yang terdapat di Taman Universiti akan dipilih untuk diedarkan borang soal selidik. Dari borang soal selidik yang akan diedarkan, maklumat mengenai pengurusan dan perlupusan e-sisa secara individu akan diperolehi. Soal selidik ini bertujuan untuk mengenalpasti sedikit sebanyak mengenai tahap pengetahuan masyarakat tentang bahaya e-sisa dan bagaimana mereka menguruskan peralatan-peralatan elektrik dan elektronik yang tidak digunakan.

(24)

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Perkembangan komputer

(25)

Dalam kajian ini, peralatan elektrik komputer lebih diberi perhatian khusus kerana komputer mempunyai permintaan yang tinggi dikalangan masyarakat. Pengeluaran komputer masih lagi tinggi walaupun penyelengaraan terhadap sisanya masih belum pasti. Komputer kini lebih murah dan mudah diperolehi berbanding zaman dahulu. Pengguna juga lebih cenderung untuk membeli komputer yang baru dari memperbaiki sekiranya komputer mereka rosak. Ini semua adalah bergantung kepada kos yang mana lebih murah samada membaiki komputer lama atau membeli sahaja komputer. Ini sekaligus menyebabkan masalah penyelenggaraan e-sisa timbul kerana mereka akan terus-terusan membeli dan yang lama akan dibuang tanpa mengetahui kesan-kesannya terhadap manusia dan alam sekitar. Namun begitu, masyarakat masih lagi belum didedahkan dengan masalah-masalah yang akan timbul disebabkan pembuangan peralatan-peralatan elektrik dan elektronik secara tidak terkawal.

2.2 Masalah e-sisa di negara lain

Masalah e-sisa bukanlah suatu perkara yang baru. Ia adalah sesuatu yang serius dan telah dihadapi oleh negara-negara maju lebih awal dan sudah berada di tahap yang serius. Pelbagai langkah diambil untuk mengurangkan e-sisa dengan kos yang minimum. Ini termasuklah dengan mengeksport e-sisa ke negara-negara lain yang mana taraf ekonomi negaranya adalah lebih rendah untuk proses kitar semula e-sisa. Ini adalah kerana untuk mendapatkan kos yang minimum dan mengelakkan kesan yang bakal dihadapi. Namun begitu, kesan yang sebaliknya akan dihadapi oleh negara yang mengimport e-sisa tersebut.

(26)

India adalah AS$2 sahaja berbanding di Amerika Syarikat iaitu sebanyak AS$204. ini menunjukkan bahawa kos yang diperlukan untuk proses kitar semula sangat jauh lebih murah. Tetapi, pada hakikatnya, rakyat India pula yang menghadapi kesan merbahaya dari e-sisa ini.

Di Thailand pula, pengimportan e-sisa adalah sangat dikawal. Ini kerana jumlah e-sisa yang dijanakan di Thailand adalah meningkat sebanyak dua kali ganda pada setiap tahun. Jumlah e-sisa adalah dijangka sebanyak 57,934 ton metrik dimana sebanyak 82.1 % berpotensi untuk di kitar semuala4.

Merujuk kepada Environmental Protection Agency (EPA), pada tahun 1997, lebih dari 3.2 juta ton e-sisa di tanam di Amerika Syarikat. Pengkaji-pengkaji Eropah menjangkakan bahawa jumlah e-sisa akan meningkat dari kadar 3 % kepada 5 % setahun, dimana hampir tiga kali lebih cepat dari sisa pejal biasa6.

2.3 Komponen-komponen komputer

Komponen komputer diperbuat daripada gabungan lebih dari 1000 bahan. Kebanyakannya mengandungi kandungan toksik yang tinggi seperti bahan-bahan berbromin, gas-gas toksik, logam-logam toksik, asid, plastik dan sebagainya. Bahagian komponen komputer yang mengandungi toksik6 adalah seperti berikut :-

i. Papan litar komputer mengandungi logam berat seperti plumbum dan kadmium.

ii. Bateri komputer mengandungi kadmium.

(27)

iv. Polivinil Klorida (PVC) digunakan untuk menyalut kabel-kabel kuprum dan perumah komputer.

v. Raksa dalam skrin komputer dan suis.

vi. Poly Chlorinated Biphenyl’s (PCB’s) terdapat dalam kapasitor dan

transfomer dalam komputer.

Komponen komputer seperti papan litar mengandungi logam-logam berat seperti antimoni, perak, kromium, plumbum, timah dan kuprum. Selain itu, produk lain yang terhasil daripada bahan mentah, galian, industri, penapisan dan pengeluaran juga memberi kesan terhadap alam sekitar dimana penggunaan dan pembuangannya juga sangat meluas. Ribuan komputer, skrin komputer, televisyen dan pelbagai peralatan elektrik dan elektronik yang lain akan menjadi bahan buangan. Namun begitu, ia bukan sekadar sumber buangan malahan, ia boleh memudaratkan alam sekitar kerana ia mengandungi bahan-bahan yang merbahaya. Dalam masa yang singkat, pembuat produk elektronik memperkenalkan bahan kimia dalam lingkungan yang tidak sesuai dengan pengetahuan mereka tentang alam sekitar dan ciri-ciri biologi yang sedikit2.

Komponen komputer mengandungi pelbagai jenis toksik. Contohnya seperti plumbum, kadmium, raksa, kromium, plastik, lapisan kalis api bromin, dan polivinil klorida (PVC)3. Setiap satu kandungan toksik ini mempunyai risiko-risiko yang tersendiri terhadap manusia dan alam sekitar. Berikut adalah sedikit sebanyak keterangan mengenai risiko bahan-bahan toksik tersebut :-

i. Plumbum

(28)

toksik yang kronik sekiranya ia terdedah pada alam sekitar. Plumbum juga berpotensi untuk mencemarkan bekalan air minuman3.

Fungsi utama plumbum dalam komputer adalah untuk pematrian pada papan litar dan lain-lain komponen elektrik dan elektronik. Selain itu, ia juga terdapat pada bahagian skrin atau moniter komputer.

ii. Kadmium

Sebatian kadmium diklasifikasikan sebagai bahan bertoksik yang mana berpotensi untuk memberi kesan terhadap kesihatan manusia. Kadmium dan sebatian kadmium boleh berkumpul didalam badan manusia terutamanya pada buah pinggang. Kadmium juga boleh diserap melalui proses respirasi melalui makanan. Dalam masa beberapa tahun, kadmium akan berkumpul didalam badan dan sekaligus akan menunjukkan simptom-simptom keracunan pada badan. Kadmium juga memberi kesan kumulatif terhadap alam sekitar kerana mempunyai kandungan toksik yang kronik.

Kadmium selalunya terdapat pada komponen-komponen yang tertentu seperti sel bateri, pengesan infrared dan semikonduktur. Kadmium juga digunakan sebagai penstabil untuk plastik7.

iii. Raksa

Raksa boleh mengakibatkan kesan yang kronik kepada otak manusia. Ia boleh memberi kesan kepada manusia melalui sistem rantaian makanan. Raksa boleh merebak melalui air dan setelah termendap ia akan bertukar menjadi methyl-mercury.

Methylated mercury boleh berkumpul dengan organisma yang berada di dalam air

(29)

Raksa digunakan di dalam termostat, skrin komputer, suis, bateri, lampu dan sebagainya. Raksa lebih meluas digunakan di dalam peralatan-peralatan perubatan, penghantaran data, telekomunikasi dan telefon selular8.

iv. Plastik

Plastik adalah sejenis bahan yang sukar untuk diuraikan. Ia menyebabkan lebih banyak risiko kepada alam sekitar dan kesihatan manusia. Kebanyakan komponen plastik yang digunakan komponen elektrik dan elektronik mengandungi bahan kalis api yang mana ia adalah sejenis plastik yang sukar untuk di kitar semula. Jenis plastik yang paling banyak digunakan dalam industri elektrik dan elektronik adalah Polivinil klorida (PVC)9.

Plastik digunakan pada perumah komputer. Ia juga selalu digunakan dalam proses pembungkusan dan produk-produk kelengkapan rumah.

v. Polivinil Klorida (PVC)

Polivinil klorida (PVC) adalah sejenis plastik yang sukar untuk diuraikan. Ia digunakan pada kabel dan perumah komputer untuk tujuan keselamatan kerana boleh dijadikan sebagai penebat api untuk menghalang kebakaran.

(30)

vi. Lapisan Kalis Api Bromin (Brominated flame retarder)

Digunakan di dalam peralatan elektrik dan elektronik untuk mengurangkan keupayaan nyalaan api. Dalam komputer, ia digunakan pada empat aplikasi utama iaitu papan litar, komponen-komponen penyambung, penutup plastik dan kabel.

Kewujudan lapisan kalis api bromin dalam plastik menyebabkan proses kitar semula menjadi bertambah sukar dan merbahaya. Ia boleh menyebabkan pekerja-pekerja yang terlibat dalam proses kitar semula komputer terdedah kepada penyakit berbahaya seperti kanser sistem limpa dan penghadaman6.

Satu kajian yang telah dijalankan di Sweden menunjukkan bahawa apabila komputer, mesin faksimili dan lain-lain perkakasan elektronik di kitar semula, ia akan menghasilkan debu yang mengandungi toksik dari bahan kalis api bromin. Oleh kerana ia boleh disebarkan melalui udara, semua pekerja yang bekerja di kawasan tersebut terdedah kepada bahan ini yang mana ia boleh meresap ke dalam darah mereka. Ini sekaligus mendedahkan mereka kepada bahaya kanser2.

(31)

2.4 Pelupusan komputer

(32)

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

Dalam bab sebelum ini, telah diketahui bahawa terdapat dua lokasi kawasan kajian iaitu UTM dan Taman Universiti. Justeru itu, bagi menyempurnakan tujuan kajian, sedikit temuduga dijalankan dan persampelan secara rawak telah dipilih bagi menjalankan soal selidik kepada penduduk di kawasan tersebut. Oleh itu, metodologi kajian ini adalah penting bagi memastikan kajian ini dapat berjalan dengan lancar dan seterusnya dapat memperolehi keputusan yang sempurna.

3.1 Pengumpulan Maklumat Kajian

(33)

3.1.1 Perlaksanaan Soal Selidik

Soal selidik dijalankan di kawasan kajian iaitu Taman Universiti, Johor Bahru. Jumlah rumah yang terdapat di Taman Universiti adalah kira-kira dua belas ribu buah rumah dan ia merupakan salah sebuah taman perumahan terbesar yang terdapat di Johor Bahru. Ia terletak berhampiran dengan sebuah Pusat Pengajian tinggi iaitu UTM. Taman Universiti telah dibahagikan kepada beberapa buah kawasan iaitu Pertanian, Perubatan, Penyiaran, Kemajuan, Kejayaan, Kemuliaan, Kebangsaan, Kebangsaan Berbandung, Kebudayaan, Pendidikan dan Perdagangan (rujuk Lampiran B pelan Taman Universiti). Sebanyak empat buah kawasan telah dipilih untuk diedarkan borang soal selidik iaitu Pendidikan (rumah flat), Kebangsaan (teres setingkat), Kebangsaan (teres dua tingkat) dan Kebangsaan Berbandung. Sehubungan dengan itu, pembahagian soal selidik untuk setiap kawasan di Taman Universiti yang terlibat adalah seperti dalam Lampiran B Jadual 4.1.

Pengagihan bilangan soal selidik adalah setara iaitu setiap kawasan sebanyak sepuluh buah rumah di mana, Taman Universiti mempunyai sebanyak dua belas ribu empat ratus sepuluh buah rumah. Kawasan perumahan yang dipilih adalah berlainan jenis dan kos (rujuk Lampiran B pelan Taman Universiti).

(34)

Jadual 3.1 Jadual Perlaksanaan Soal Selidik di Kawasan Kajian

Tarikh, Hari, Masa Lokasi

23/07/2005 Sabtu

(3.00 ptg – 5.00 ptg)

• Peninjauan di seluruh kawasan perumahan di Taman Universiti.

• Mendapatkan maklumat dari puhak pemaju Taman universiti.

11/08/2005 Khamis (9.00 pg – 11.30 pg)

• Sesi soal selidik di kawasan perumahan di Jalan Pendidikan (jenis rumah flat).

11/08/2005 Khamis (4.30 ptg – 7.00 ptg)

• Sesi soal selidik di kawasan perumahan di Jalan Pertanian (jenis rumah teres setingkat).

25/08/2005 Khamis (4.30 ptg – 7.00 ptg)

• Sesi soal selidik di kawasan perumahan di Jalan Kebangsaan (jenis rumahters dua tingkat).

26/08/2005 Jumaat (4.30 ptg – 7.00 ptg)

• Sesi soal selidik di kawasan perumahan di Jalan Kebangsaan Berbandung (jenis rumah teres dua tingkat-bangalow).

3.1.2 Sesi Temuduga

Temuduga dijalankan bagi mendapatkan maklumat dari pihak-pihak yang terlibat dalam proses pelupusan komputer di UTM. UTM mempunyai sebanyak sebelas buah fakulti. Kebanyakan fakulti mempunyai makmal komputer dan setiap pensyarah akan dibekalkan dengan sebuah komputer di bilik masing-masing. Sebagai contoh adalah Fakulti Kejuruteraan Awam(FKA) yang mana makmal komputer FKA dinamakan sebagai Information Technology Unit of Civil

(35)

yang terdapat dalam FKA. Namun begitu, UTM mempunyai sebuah pusat komputer yang besar iaitu Computer Information Center Technology (CICT) ataupun lebih dikenali sebgai Pusat Komputer UTM. Pusat Komputer UTM bertanggungjawab dalam mengurus dan menyelenggara semua komputer yang terdapat di UTM. Bagi urusan pembelian dan pelupusan komputer, pihak yang bertanggungjawab adalah pihak Bendahari UTM kerana ia melibatkan soal kewangan. Oleh yang demikian, pihak-pihak yang terlibat dalam temuduga ini Pusat Komputer FKA (ITUCE), Pusat Komputer UTM (CICT) dan pihak Bendahari. Selain itu, temuduga juga dijalankan terhadap pihak Southern Waste Management (SWM), pihak Harta Bina UTM, dan syarikat Scrap Computer Trading bagi mendapatkan maklumat yang selanjutnya.

3.2 Analisis Data

Dalam proses analisis untuk kajian ini, ianya melibatkan statistik diskriptif. Statistik diskriptif ini digunakan untuk merumus dan mempamirkan maklumat sebenar yang diperolehi daripada penduduk di kawasan kajian. Dari situ, frekuensi analisis dijalankan, di mana peratusan maklum balas dikira dan dipersembahkan dalam bentuk jadual. Seterusnya pengiraan indeks min digunakan untuk perbandingan data mengikut latarbelakang penduduk yang berlainan dan ianya dipersembahkan dalam bentuk histogram.

3.2.1 Indeks Min

(36)

ditujukan kepada penduduk, yang seterusnya akan memberi kadaran tersebut dalam lima kategori skil indeks min tersebut10.

Pengiraan indeks min adalah berdasarkan rumus berikut :-

Indeks Min = ∑ aixi

∑Xi

Di mana,

ai = Pemalar bagi i;

xi = Pembolehubah frekuensi maklum balas bagi i;

i = 1, 2, 3, 4, 5 seperti yang diterangkan berikut.

x1 = frekuensi bagi maklum balas yang “sangat tidak setuju” untuk a1 =1,

x2 = frekuensi bagi maklum balas yang “tidak setuju” untuk a2 =2,

x3 = frekuensi bagi maklum balas yang “biasa” untuk a3 =3,

x4 = frekuensi bagi maklum balas yang “setuju” untuk a4 =4,

x5 = frekuensi bagi maklum balas yang “sangat setuju” untuk a5 =5,

Klasifikasi untuk skil indeks adalah seperti berikut :-

1. Sangat tidak setuju 0.00 ≤ Indeks Min < 1.50; 2. Tidak setuju 1.50 ≤ Indeks Min < 2.50; 3. Biasa 2.50 ≤ Indeks Min < 3.50; 4. Setuju 3.50 ≤ Indeks Min < 4.50;

(37)

3.3 Perbincangan Berdasarkan Soal Selidik

Dalam borang soal selidik, terdapat dua bahagian yang telah dibuat. Bahagian-bahagian tersebut adalah seperti berikut :-

• Bahagian A : Latarbelakang penduduk

• Bahagian B : Pandangan Mengenai Komputer

Lampiran A adalah salinan borang soal selidik yang telah digunakan dalam kajian ini.

Dalam bahagian A, latarbelakang penduduk, tujuan utama adalah untuk mengaitkan pandangan-pandangan yang diberikan oleh golongan yang berasal daripada pelbagai latarbelakang. Dalam cara pemikiran misalnya, golongan muda dengan golongan tua adalah sentiasa berbeza. Manakala, status kewangan sesebuah keluarga pula mungkin akan mempengaruhi taraf pendidikan seseorang itu. Seterusnya, ini juga boleh memberi peluang pekerjaan yang berbeza kepada mereka. Semua ini akan memberi kesan terhadap cara penggunaan dan kesedaran mengenai komputer.

(38)

BAB 4

KEPUTUSAN

Analisis dibuat terhadap dua kawasan kajian iaitu di UTM dan Taman Universiti. Analisis di UTM adalah bertujuan untuk mendapatkan kadar janaan sisa komputer di UTM manakala di Taman Universiti pula adalah untuk mengemukakan keputusan hasil soal selidik yang telah dijalankan untuk memenuhi objektif kajian yang dijalankan. Di samping itu, analisis akan dijalankan ke atas data yang diperolehi dari keputusan soal selidik tersebut.

4.1 Kajian di UTM

(39)

Daripada Rajah 4.1, didapati janaan sisa CPU (Centralized Processing Unit) adalah yang tertinggi sekali berbanding dengan peralatan elektrik dan elektronik yang lain iaitu dengan bilangan sebanyak 87 unit. Manakala komputer pula adalah yang kedua tertinggi iaitu sebanyak 79 unit. Bagi komputer, ia adalah terdiri daripada satu set moniter dan satu set CPU. Di sini dapat dilihat bahawa CPU adalah komponen komputer yang paling banyak dilupuskan. Manakala Rajah 4.2 pula menunjukkan kaedah perlupusan yang digunakan untuk melupuskan peralatan elektrik dan elektronik tersebut. Dapat dilihat di sini bahawa kaedah lupus buang mencatatkan bilangan yang paling rendah iaitu sebanyak 6 unit. Ini kerana peralatan yang dilupus buang adalah peralatan yang lansung tidak boleh digunakan lagi. Kebiasaannya, komputer tidak dilupus buang kerana ia selalunya masih boleh digunakan lagi. Sekiranya ia boleh digunakan lagi, komputer-komputer tersebut akan dilupus derma. Daripada Rajah 4.2 didapati jumlah komputer yang dilupus derma adalah sebanyak 43 unit. Seterusnya adalah lupus jual di mana komputer-komputer tersebut akan dijualkan secara pukal kepada syarikat-syarikat yang ingin membeli peralatan terbuang dengan harga yang murah.

4.2 Kajian di Taman Universiti

(40)

4.2.1 Statistik Diskriptif

Secara umumnya, perbincangan bahagian ini akan dibahagi kepada tiga bahagian seperti berikut :-

• Pengagihan maklum balas mengikut kawasan perumahan terlibat,

• Pengagihan maklum balas mengikut latar belakang penduduk, dan

• Pengagihan dan perbandingan maklum balas terhadap kesedaran awam mengenai e-sisa.

Carta bar dan jadual bagi peratusan digunakan untuk mempamerkan data, dan ia diproses dengan menggunakan program microsoft excel. Dalam bahagian perbandingan maklum balas sesama latar belakang yang tertentu, pembahagian kategori latar belakang ditunjukkan dalam Lampiran B Jadual 4.2.

4.2.2 Keputusan Mengikut Kawasan

(41)

4.2.3 Keputusan Mengikut Latarbelakang Penduduk

Untuk proses analisis, Lampiran B Jadual 4.2 terlebih dahulu mempamerkan keputusan latarbelakang terhadap penduduk-penduduk yang dijalani soal selidik.

Dalam pengagihan maklum balas terhadap jantina yang terlibat, lelaki dan perempuan masing-masing dengan peratusan sebanyak 38% dan 62%. Ini menunjukkan bahawa di kawasan kajian, secara keseluruhannya kaum perempuan lebih aktif memberi maklum balas berbanding dengan kaum wanita.

Dalam pengagihan maklum balas terhadap umur, golongan yang berada dalam julat umur 36 hingga 45 tahun mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 38 %. Kedua tertinggi adalah golongan yang berada dalam julat umur 26 hingga 35 tahun. Berikutnya adalah golongan yang berumur diantara 15 hingga 25 tahun dimana peratusannya adalah sebanyak 17 %. Bagi golongan yang berumur antara julat umur 46 hingga 55 tahun dan berumur lebih dari 55 tahun pula, masing-masing adalah dengan peratusan sebanyak 10 % dan 6 % daripada jumlah penduduk yang terlibat.

Dari segi taraf pendidikan pula, didapati taraf pendidikan di kawasan kajian masih berada di taraf sekolah menengah ke bawah di mana ia merangkumi 52 % daripada kawasan kajian. Manakala yang lainnya adalah bertaraf pendidikan di kolej atau institusi dan ijazah sarjana muda dengan peratusan 21 % dan 28 %. Peratusan penduduk berpendidikan tinggi di kawasan kajian boleh dianggap agak tinggi iaitu dengan jumlah 49 % dari jumlah keseluruhan. Ini mungkin disebabkan kawasan kajian berada berhampiran dengan kampus UTM. Untuk lepasan ijazah dan lain-lain tidak mencatatkan apa-apa peratusan.

(42)

masih bujang. Peratusan bujang adalah sedikit kerana soal selidik ini dibuat hanya dikalangan penduduk tetap sahaja. Oleh itu, golongan pelajar yang menyewa di kawasan kajian adalah dielakkan.

Dalam pengagihan pekerjaan, lain-lain merangkumi peratusan yang paling tinggi iaitu sebanyak 45 %. Jenis pekerjaan yang termasuk dalam kategori lain-lain ialah diantaranya, pemandu teksi, peniaga kedai, surirumah dan kerani. Seterusnya ialah golongan pelajar iaitu sebanyak 14 %. Diikuti oleh golongan pendidik dan pencen yang memberikan peratusan yang sama iaitu 10 %. Golongan penyelia dan pekerja kilang juga memberikan peratusan yang sama iaitu 7 %. Manakala pegawai atau kakitangan kerajaan tidak mencatatkan apa-apa peratusan.

Dari segi pendapatan keluarga, ia dipengaruhi oleh jenis kerjaya yang terlibat oleh penduduk di kawasan kajian. Golongan terbesar adalah berada dalam julat RM2000 ke atas iaitu dengan peratusan 52 %. Manakala keluarga yang berpendapatan antara julat RM501-1500 dan RM1501-2000 adalah masing-masing 24 % dan 21 %. Baki peratusan adalah sebanyak 3 % iaitu penduduk yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM500.

(43)

Kawasan kajian ini mempunyai beberapa jenis bangunan kediaman iaitu rumah teres, rumah kampung dan rumah flat. Masing-masing mempunyai peratusan sebanyak 66 %, 0 % dan 34 %.

Dalam aspek hak milik bangunan kediaman di kawasan kajian, maklum balas diperolehi menunjukkan bahawa 66 % adalah kepunyaan sendiri. Manakala bakinya 34 % adalah sama ada menyewa ataupun keadaan-keadaan yang lain.

Mengikut keputusan soal selidik, maklum balas yang diperolehi menunjukkan saiz keluarga yang dominan adalah dalam julat 4 hingga 6 orang ahli keluarga dengan 79 %. Untuk keluarga bersaiz 1 hingga 3 dan 7 hingga 9 orang, masing-masing mempunyai peratusan yang sama iaitu 10.5 %, manakala keluarga yang bersaiz lebih dari 10 orang tidak mencatatkan apa-apa peratusan.

4.2.4 Analisis Keputusan Ujikaji

Bahagian ini akan menganalisis keputusan-keputusan soal selidik dalam dua bahagian iaitu :-

• Merumuskan keputusan dalam peratusan secara keseluruhan tanpa pembahagian latarbelakang.

(44)

4.2.4.1Rumusan Maklum Balas Secara Keseluruhan

Secara keseluruhannya, didapati bahawa kebanyakan rumah yang terdapat di Taman Universiti mempunyai komputer. Merujuk kepada Rajah 4.3, daripada keseluruhan, sebanyak 99 % daripada rumah di Taman Universiti mempunyai komputer. Hanya 1 % sahaja iaitu baki rumah di Taman Universiti yang tidak mempunyai komputer. Ini menunjukkan bahawa penduduk di Taman Universiti menyedari bahawa komputer mempunyai banyak kegunaan dan memberi banyak kebaikan dalam membantu pengurusan dan pembelajaran seharian. Ini juga menunjukkan kemungkinan besar janaan e-sisa dari penduduk di Taman Universiti adalah tinggi.

Namun begitu, peratusan mengenai pengetahuan mengenai janaan e-sisa adalah amat berbeza sekali berbanding dengan pemilikan komputer. Dengan merujuk kepada Rajah 4.4, didapati bahawa sebanyak 90 % di kalangan penduduk di Taman Universiti tidak tahu mengenai janaan e-sisa. Ini termasuklah mereka yang hanya tahu sedikit sahaja mengenai bahaya e-sisa. Mereka hanya tahu ia bahaya sahaja tetapi tidak tahu apa yang bahaya dan akibat-akibatnya. Manakala bakinya iaitu 10 % sahaja yang mempunyai pengetahuan yang agak mendalam mengenai sisa ini.

(45)

diperolehi peratusan mengenai tindakan yang diambil oleh penduduk jika peralatan elektrik dan elektronik mereka rosak. Sebanyak 66 % akan membaiki peralatan mereka, 17 % akan menyimpan sahaja peralatan tersebut di dalam stor di rumah, 15 % akan menjual semula peralatan tersebut di kedai dan 2 % akan membuangnya ke dalam tong sampah. Untuk tindakan membeli yang baru dan menghantar ke pusat kitar semula, kedua-dua tidak mencatatkan apa-apa peratusan.

Daripada Rajah 4.7 didapati bahawa penduduk di kawasan kajian bersetuju bahawa untuk mendapatkan komputer sekarang adalah amat mudah (MUDAH) di mana indeks mencapai tahap 4.388. Penduduk juga bersetuju bahawa harga komputer sekarang adalah jauh lebih murah dari dulu (MURAH) dan penggunaan komputer banyak membawa kebaikan dari keburukan (GUNA) dimana kedua-dua mencapai indeks pada tahap 3.950. Ini menunjukkan bahawa pertumbuhan komputer adalah amat ketara sekali kerana harga yang berpatutan dan mudah untuk diperolehi di mana-mana penduduk mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap penggunaan komputer. Kebanyakan penduduk berpendapat biasa yang menunjukkan bahawa tidak semestinya membeli komputer baru lebih baik dari membaiki komputer lama (BARU) di mana indeks mencapai tahap 3.163. Ini kerana ia bergantung kepada kos yang dikenakan samada membaiki atau membeli yang baru lebih murah dan pemilihan dibuat berdasarkan kos yang terendah. Namun begitu, penduduk berpendapat biasa sahaja mengenai sisa komputer boleh memberi kesan kepada alam sekitar (KESAN) iaitu dengan indeks 3.238. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan penduduk tidak tahu mengenai bahaya sisa ini.

4.2.4.2Rumusan Maklum Balas Mengikut Latarbelakang Penduduk

(46)

4.2.4.2.1 Latarbelakang : Jantina

Daripada Rajah 4.8 didapati bahawa kaum perempuan mencapai indeks lebih tinggi berbanding lelaki iaitu perempuan 4.389 dan lelaki 4.091 dalam pendapat bersetuju bahawa sekarang mudah untuk mendapatkan komputer (MUDAH). Kedua-duanya iaitu lelaki dan perempuan berpendapat bahawa adalah tidak wajar untuk membeli yang baru (BARU) iaitu masing-masing dengan indeks 3.091 dan 3.000. Ia bergantung kepada kos yang akan dikenakan. Manakala pendapat mengenai sisa komputer boleh memberi kesan kepada alam sekitar (KESAN) pula, kedua-duanya berpendapat biasa dimana perempuan mencatatkan indeks yang lebih tinggi iaitu 3.222 dan lelaki 3.091.

4.2.4.2.2 Latarbelakang : Umur

(47)

4.2.4.2.3 Latarbelakang : Taraf Pendidikan

Di dalam Rajah 4.10, kesemua graf penduduk yang berpendidik menengah ke bawah memberikan indeks yang lebih tinggi berbanding dengan universiti ke atas. Ini mungkin disebabkan persampelan yang dibuat adalah tidak merangkumi keseluruhan penduduk di Taman Universiti.

4.2.4.2.4 Latarbelakang : Taraf Pendapatan

(48)

79

KOMPUTER MONITER CPU SCANNER PRINTER LCD NOTEBOOK MESIN FOTOSTAT

Rajah 4.1 Perbandingan Jumlah Peralatan Yang Dilupuskan Mengikut Jenis di UTM Pada Tahun 2003.

LUPUS DERMA LUPUS JUAL SCRAP LUPUS BUANG

(49)

Ada Komputer, 99% Tiada Komputer,

1%

Rajah 4.3 Peratusan Menunjukkan Rumah Yang Mempunyai Komputer dan Tidak Mempunyai Komputer

Tahu, 10%

Tidak tahu, 90%

(50)

Tiada, 69%

Bateri, 14% Radio, 14% Peti Ais dan Komputer, 0% Televisyen, 3%

Rajah 4.5 Peratusan Menunjukkan Peralatan Elektrik dan Elektronik Yang Pernah Dibuang oleh Penduduk

Membaiki, 66% Membeli Baru dan

Hantar Ke Pusat Kitar Semula, 0% Buang Ke Dalam

Tong Sampah, 2%

Jual Di Kedai, 15%

Simpan Di Dalam Stor Di Rumah,

17%

(51)

3.950

Rajah 4.7 Keputusan Kesedaran dan Pandangan Mengenai Komputer

4.000

(52)

3.923

35 tahun ke bawah 35 tahun ke atas

Rajah 4.9 Perbandingan Kesedaran dan Pandangan Mengenai Komputer Mengikut Umur

Menengah ke bawah Universiti ke atas

(53)

4.000

Rajah 4.11 Perbandingan Kesedaran dan Pandangan Mengenai Komputer Mengikut Status Perkahwinan

kurang dari RM2000 Lebih dari RM2000

(54)

3.895

Milik Sendiri Bukan Milik Sendiri

(55)

BAB 5

PERBINCANGAN

Dalam bab-bab yang sebelum ini, penerangan mengenai kajian terutama tentang objektif, skop kawasan kajian, kaedah dan keputusan yang telah dinyatakan. Pelbagai maklumat dan pengalaman diperolehi hasil dari kajian ini. Sepertimana yang diketahui, skop kajian ini terbahagi kepada dua iaitu UTM dan Taman Universiti. Oleh itu, perbincangan akan dibuat mengikut skop ini. Segala maklumat dan hasil yang diperolehi akan dibincangkan.

5.1 Pelupusan Komputer di UTM

(56)

dengan sewenang-wenangnya. Terdapat cara-cara tertentu dan badan-badan tertentu yang boleh melakukan kerja-kerja perlupusan. Oleh itu, salahsatu daripada objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti kaedah dan proses perlupusan sisa elektrik dan elektronik yang sedia ada.

Kesemua perlupusan harta benda universiti adalah perlu melalui pejabat bendahari dahulu. Ini kerana, setiap pembelian dan pelupusan perlu direkodkan kerana melibatkan kewangan. Ini termasuklah komputer-komputer yang sudah usang yang mana ia boleh dilupuskan kerana tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada pemilik. Proses pelupusan ini mengambil masa berberapa bulan. Ini kerana terdapat banyak peringkat yang perlu dilalui sebelum komputer-komputer tersebut dibenarkan untuk dilupuskan. Rajah 5.1 ialah carta aliran proses pelupusan perabot di UTM.

Sebelum membuat pelupusan, pihak yang berkenaan perlu memastikan bahawa peralatan tersebut memang sudah tidak boleh digunakan lagi. Sekiranya ia boleh diperbaiki dan kos memperbaiki adalah kecil, maka peralatan tersebut akan diperbaiki. Namun begitu, seandainya kos memperbaiki lebih tinggi, maka peralatan tersebut adalah lebih baik dilupuskan.

Untuk membuat pelupusan, pihak yang berkenaan perlu memajukan permohonan melalui suatu borang yang berkaitan dengan perlupusan aset (rujuk Lampiran D). Borang tersebut perlu dihantar ke Pejabat Bendahari untuk tujuan temujanji. Temujanji ini dibuat adalah bagi memeriksa peralatan-peralatan tersebut samada layak untuk dilupuskan atau tidak. Temujanji ini melibatkan ahli jawatankuasa pelupusan yang mana terdiri daripada empat orang iaitu :-

• Wakil dari Pejabat Bendahari (2 orang)

• Wakil dari Pejabat Harta Bina (1 orang)

(57)

Setelah pemeriksaan dijalankan dan permohonan untuk melupus disahkan oleh ahli jawatankuasa pelupusan, sijil pelupusan akan dikeluarkan dan seterusnya tindakan akan diambil. Pihak Bendahari akan memberitahu Pejabat Harta Bina supaya mengambil peralatan yang hendak dilupuskan dan diletakkan di lokasi yang sesuai untuk tujuan pelupusan. Terdapat tiga cara untuk melupuskan komputer tersebut iaitu :-

i. Lupus Buang ii. Lupus Derma iii. Lupus Jual Scrap

5.1.1 Lupus buang

Kategori peralatan yang dilupus buang adalah seperti kerusi,meja, eralatan kaca dan sebagainya. Bagi komputer, kaedah lupus buang adalah jarang sekali digunakan. Ini kerana peralatan komputer yang hendak dilupuskan selalunya masih boleh digunakan atau boleh dikitar semula.

(58)

5.1.2 Lupus derma

Lupus derma bermaksud peralatan-peralatan yang hendak dilupuskan tetapi masih boleh digunapakai lagi akan diberikan kepada pihak sekolah kerajaan, rumah anak-anak yatim, klinik kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan sebagainya. Dengan kata lain, ia akan dipindahkan ke jabatan kerajaan yang lain mengikut kesesuaian aplikasinya.

Komputer adalah salahsatu daripada peralatan yang boleh dilupus derma kerana kebiasaanya komputer yang akan dilupuskan adalah komputer yang sudah ketinggalan zaman tetapi aplikasinya masih boleh digunakan lagi. Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya ia didermakan kepada jabatan-jabatan kerajaan yang lain mengikut kesesuaian aplikasinya. Langkah ini bukan sahaja dapat mengurangkan janaan e-sisa, malah dapat mengurangkan kos untuk membeli peralatan-peralatan yang baru.

5.1.3 Lupus jual scrap

Lupus jual scrap bermaksud peralatan-peralatan yang hendak dilupuskan akan dijual kepada sesiapa sahaja yang hendak membeli barangan terbuang secara pukal. Kebiasaannya peralatan-peralatan yang dikategorikan sebagai lupus jual scrap

adalah peralatan yang lansung tidak boleh digunakan dan layak untuk dibuang tetapi boleh dikitar semula. Iklan akan dikeluarkan kepada sesiapa sahaja yang mahu membeli barangan terbuang ini.

(59)

dan juga syarikat membeli komputer terbuang. Mereka akan membeli sisa komputer ini dengan harga yang murah. Kontraktor akan menawarkan harga-harga yang tertentu dan pihak UTM akan memilih kontraktor yang menawarkan harga tertinggi. Bagi kedai-kedai dan syarikat komputer, mereka akan mengambil bahagian-bahagian yang boleh digunakan untuk dijadikan sebuah komputer baru (komputer klon). Manakala bagi syarikat yang membeli komputer terbuang, mereka akan mengasingkan komponen-komponen komputer mengikut jenis bahan dan seterusnya menghantar komponen tersebut ke pusat kitar semula komputer di Kuala Lumpur. Rajah 5.2 menunjukkan carta alir bagi proses yang terlibat untuk komputer yang di lupus jual scrap.

5.4 Perlupusan Aset UTM Tahun 2003 (komputer dan peralatan elektrik)11

Setiap tahun, Unit Pengurusan Perabot dan Perlupusan Harta UTM akan menyediakan satu laporan mengenai pelupusan aset universiti yang telah dibuat untuk tahun-tahun tersebut. Ini kerana, setiap pembelian dan pelupusan adalah melibatkan kos.

Laporan tersebut merangkumi keseluruhan aset universiti yang dilupuskan pada tahun 2003. Ini termasuklah perabot, kenderaan dan peralatan. Peralatan elektrik dan elektronik adalah termasuk dalam kategori peralatan.

(60)

Daripada keputusan yang diperolehi dalam Bab IV, secara keseluruhanya pihak UTM memang banyak melupuskan peralatan elektrik dan elektronik. Namun begitu, setelah kajian dijalankan, pelupusan terhadap e-sisa tidak dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Ia bergantung kepada beberapa faktor seperti kos membeli atau membaikpulih, jangkahayat peralatan, jenis perisian yang terdapat di dalam komputer dan sebagainya. Peralatan yang hendak dilupuskan juga akan diperiksa terlebih bagi memastikan ia layak dilupuskan atau tidak. Sekiranya layak, peralatan tersebut akan dikategorikan mengikut kategori pelupusan yang telah dibincangkan sebelum ini. Oleh yang demikian, adalah amat jelas menunjukkan bahawa pihak UTM membuat suatu pengurusan yang baik terhadap e-sisa yang dijanakan dari UTM. Ini adalah penting bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan manusia dan alam sekitar.

5.2 Kawasan Kajian di Taman Universiti

Taman Universiti merupakan salah sebuah taman perumahan yang terbesar di Johor Bahru yang mana mempunyai kira-kira dua belas ribu rumah. Ia berdekatan dengan sebuah pusat pengajian tinggi awam iaitu UTM. Terdapat beberapa buah kawasan perumahan di dalam Taman Universiti iaitu Pertanian, Penyiaran, Perubatan, Kemajuan, Kejayaan, Kemuliaan, Kebudayaan, Kebangsaan, Pendidikan dan Perdagangan (rujuk Lampiran B, pelan Taman Universiti).

5.4 Kesedaran Awam

(61)

Namun begitu, pengurusan yang dilakukan terhadap e-sisa adalah di tahap yang memuaskan di mana sebanyak 69% daripada penduduk menyatakan bahawa mereka tisak membuang e-sisa sewenang-wenangnya. Ini mungkin disebabkan oleh faktor metaliti penduduk dimana sekiranya tiada sesiapa membuang peralatan elektrik dan elektronik di tong sampah, maka mereka turut tidak melakukannya. Sekiranya peralatan elektrik dan elektronik mereka rosak, mereka lebih menjurus untuk memperbaiki dari membuang melainkan peralatan tersebut adalah peralatan yang lansung tidak boleh digunakan lagi. Pengetahuan mengenai pihak yang bertanggungjawab dalam menguruskan e-sisa juga adalah rendah. Ini mungkin disebabkan tiadanya publisiti mengenai pengurusan e-sisa di kalangan penduduk. Seandainya terdapat peralatan elektrik yang rosak, mereka akan membawanya ke kedai peralatan elektrik dan elektronik samada untuk diperbaiki ataupun dijual.

5.3 Southern Waste Management (SWM)

(62)

Sisa–sisa yang dikumpulkan setiap hari akan terus dihantar ke tapak pelupusan sampah yang terletak di Seelong, Johor untuk ditanam. Ini menunjukkan bahawa sekiranya terdapat e-sisa, ia juga akan turut di buang ke tapak pelupusan sampah. Sekiranya ia dalam kuantiti yang sedikit, ia mungkin tidak akan memberi kesan yang merbahaya kepada alam sekitar. Tetapi sekiranya ia dalam kuantiti yang banyak, ia berpotensi untuk memberi kesan yang merbahaya kerana peralatan elektrik dan elektronik mengandungi logam-logam berat yang merbahaya. Oleh yang demikian, pihak SWM sepatutnya mengamalkan aktiviti kitar semula. Ini kerana disamping ia boleh mengurangkan isipadu sampah yang perlu dilupuskan, pendapatan syarikat juga akan turut bertambah hasil dari jualan bahan yang boleh dikitar semula. Di samping itu, risiko e-sisa untuk mencemarkan alam sekitar dan membahayakan manusia juga dapat dikurangkan.

5.4 Penguatkuasaan

(63)

Rajah 5.1 Carta Aliran Proses Perlupusan Perabot Di UTM PERLUPUSAN DAN BAWA KE

(64)

KOMPONEN KOMPUTER BARU

Rajah 5.2 Carta Aliran Proses Pelupusan Komputer

(65)

BAB 6

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Jika dibandingkan dengan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat(US), China, India dan lain-lain, status janaan e-sisa di Malaysia adalah di tahap yang masih boleh dikawal. Ini adalah merujuk kepada keputusan-keputusan yang diperolehi dari hasil kajian. Setelah kajian dijalankan, beberapa analisis dibuat dan didapati bahawa kesedaran penduduk terhadap bahaya e-sisa berada di tahap yang rendah iaitu dengan 90 % daripada responden tidak tahu mengenai e-sisa. Namun begitu, status janaan e-sisa juga adalah rendah iaitu dengan peratusan 69 % daripada responden tidak membuang e-sisa sesuka hati.. Ini mungkin disebabkan oleh faktor-faktor seperti berikut :-

i. Psikologi persekitaran. ii. Kos barangan yang tinggi.

iii. Banyak kedai untuk memperbaiki peralatan elektrik dan elektronik. iv. Jangka hayat peralatan yang panjang dan sebagainya.

(66)

mereka tidak membuang sisa komputer tersebut sewenang-wenangnya. Namun begitu, tidak dinafikan bahawa ada segelintir yang akan membuangnya secara terus ke dalam tong sampah.

Pihak-pihak yang menggunakan komputer dengan banyak seperti syarikat syarikat besar, institusi pengajian, badan-badan kerajaan dan sebagainya mengamalkan suatu sistem yang tertentu untuk melupuskan e-sisa yang dijanakan oleh mereka iaitu dengan menjual e-sisa tersebut kepada syarikat/kontraktor yang berkenaan seperti syarikat Scrap Computer Trading. Ini termasuklah pihak UTM sendiri. Selain itu, alternatif seperti memindahkan komputer-komputer yang tidak diperlukan ke jabatan-jabatan kerajaan yang lain sering dilakukan. Ini sekaligus dapat mengurangkan janaan e-sisa dan seterusnya mengelakkan bahanya kepada manusia dan alam sekitar. Daripada kajian, didapati bahawa tiada cara khusus untuk melupuskan e-sisa. Ini kerana, walau apapun cara yang digunakan, ia tetap akan memberi kesan yang negatif. Cara pelupusan yang sedia ada adalah dengan menjual komputer tersebut kepada syarikat/kontraktor yang menjalankan operasi kitar semula komputer.

6.1 Cadangan

Walaupun di dapati bahawa status janaan e-sisa di Malaysia adalah di tahap yang masih boleh dikawal, namun langkah-langkah pencegahan awal perlulah di ambil bagi memastikan keadaan yang boleh di kawal ini akan berkekalan sehingga ke generasi akan datang. Oleh itu, selepas mebuat kajian ini, didapati beberapa cadangan dapat diusulkan iaitu seperti yang berikut :-

(67)

ii. Garispanduan dan penguatkuasaan terhadap e-sisa perlu diperketatkan lagi bagi memudahkan penyeliaan terhadap e-sisa.

iii. Kajian terhadap e-sisa perlulah dipergiatkan bagi mengetahui kesan dan bahayanya kepada manusia dan alam sekitar.

iv. Kesedaran dari semua pihak tentang e-sisa adalah amat penting. Oleh itu, maklumat mengenai e-sisa perlulah disebarkan kepada orang amai bagi memastikan orang ramai mempunyai pengetahuan tentang bahaya dan bagaimana mnguruskan e-sisa.

(68)

RUJUKAN :

1 Computer Must Be Greener, 2004

http://www.ban_org/ban_news/computers_must_040307.html

2 Toxic TVs and Poison PCs

http://www.svtc.org/clean cc/pubs/ppc_ttvl.pdf

3 Nunno, T. , Avienti, M. , Palmer, S. and Preton, M. (1988), Toxic Waste

Minimization in the Printed Circuit Board Industry, Alliance Technologies

Corporation Bedford, Massachusetts, 21 – 31

4 Proceedings of The Regional Expert Group Meeting on E-waste in the Asia-Pacific, 2004

http://www.icteap.org/events/e-waste/proceedings.pdf

5 Pencemaran Alam Sekitar, 2002

http://www.kpdnhq.gov.my/kpdn/hep/BPD/6_2002/6_2002_6.htm

6 Just Say No To E-waste, 2004

http://www.svtc.org/cleancc/pubs/say no.htm

7 Marshall Sittig (1978), Electroplating and Related Metal Finishing -

Pollutant and Toxic Material Control, 180

8 Solomons, W. and Forstner, U. ( Eds) (1988), Chemistry and Biology of Solid Waste – Dredged Material and Mine Tailings

(69)

10 Fong Wee Sen (2001). Pengurusan Sisa Pejal Kajian Kes : Pembuangan

Secara Haram di Kawasan Skudai. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis

Sarjana

11 Laporan Perlupusan Aset Universiti Tahun 2003, Lampiran A (Harta Tetap),

Universiti Teknologi Malaysia.

12 Mantell, C. L. (1975), Solid Wastes : Origin, Collection, Processing and

Disposal, 759 – 762

13 Nelson Leonard Nemerow (1984), Industrial Solid Waste, Massachusetts, 101 – 120

14 Sekar a/l Kalianan, Zulkifli Kamaludin (1990) Pengolahan sisa industri

elektronik dan semikonduktor. Universiti Teknologi Malaysia. Makalah

(70)

LAMPIRAN

A Senarai Soalan Temuduga dan Borang Soal Selidik B Maklumat (Jadual Data, Pelan Kawasan Kajian) C Gambar dan Keratan Akbar

(71)

LAMPIRAN A

(72)

SENARAI SOALAN TEMUDUGA PUSAT KOMPUTER FKA

1. Bagaimanakah pengurusan komputer di buat? 2. Apakah kerja-kerja yang dilakukan?

3. Adakah penyenggaraan komputer dibuat? Bilakah ia dibuat?

4. Adakah pembelian/pertukaran komputer dibuat? Berapa kerap ia dibuat?

5. Adakah komputer yang terdapat di bilik-bilik pensyarah FKA juga di bawah penyeliaan Pusat Komputer FKA?

6. Apakah tindakan yang dilakukan jika komputer rosak dan tidak boleh digunakan lagi?

7. Dimanakah komputer yang sudah tidak dipakai diletakkan?

8. Bagaimana proses untuk mendapatkan dan melupuskan komputer? 9. Adakah prosidur-prosidur tertentu untuk melupuskan sisa komputer ini? 10.Siapakah pihak-pihak yang terlibat dalam proses ini?

11.Pendapat mengenai sisa elektrik dan elektronik serta pengurusannya di masa kini. 12.Cadangan dan komen.

SENARAI SOALAN TEMUDUGA PUSAT KOMPUTER UTM

1. Bagaimanakah pengurusan komputer di buat? 2. Apakah kerja-kerja yang dilakukan?

3. Adakah penyenggaraan komputer dibuat? Bilakah ia dibuat?

4. Adakah pembelian/pertukaran komputer dibuat? Berapa kerap ia dibuat?

5. Selaku pusat komputer UTM, adakah semua kerja-kerja penyelenggaraan komputer di seluruh UTM adalah tanggungjawab pihak pusat komputer UTM? 6. Apakah tindakan yang dilakukan jika komputer rosak dan tidak boleh digunakan

lagi?

7. Dimanakah komputer yang sudah tidak dipakai diletakkan?

(73)

9. Adakah prosidur-prosidur tertentu untuk melupuskan sisa komputer ini? 10.Siapakah pihak-pihak yang terlibat dalam proses ini?

11.Pendapat mengenai sisa elektrik dan elektronik serta pengurusannya di masa kini. 12.Cadangan dan komen.

SENARAI SOALAN TEMUDUGA PEJABAT BENDAHARI

1. Bagaimanakah pengurusan komputer di buat? 2. Apakah kerja-kerja yang dilakukan?

3. Adakah pembelian/pertukaran komputer dibuat? Berapa kerap ia dibuat? 4. Dimanakah komputer yang sudah diberi status perlu dilupuskan diletakkan? 5. Adakah pihak UTM membuat perlupusan sisa komputer? Jika ada, bagaimanakah

prosesnya? Jika tidak, bagaimana cara pihak UTM menguruskannya? 6. Bagaimana proses untuk mendapatkan dan melupuskan komputer?

7. Adakah prosidur-prosidur tertentu untuk melupuskan sisa komputer ini? Bagaimanakah carta alirannya?

8. Apakah borang yang digunakan dalam proses perlupusan sisa ini? 9. Siapakah pihak-pihak yang terlibat dalam proses ini?

10.Siapakah kontraktor yang membuat kontrak dengan UTM untuk melupuskan sisa elektrik dan elektronik tersebut?

11.Adakah terdapat sebarang masalah dalam menguruskan sisa komputer tersebut? 12.Berapa banyak kos yang dikeluarkan oleh pihak UTM untuk membuat

pengurusan terhadap komputer dan sisanya?

13.Pendapat mengenai sisa elektrik dan elektronik serta pengurusannya di masa kini. 14.Cadangan dan komen.

SENARAI SOALAN TEMUDUGA SOUTHERN WASTE MANAGEMENT (SWM)

1. Apakah skop kerja pihak SWM?

(74)

3. Adakah pihak SWM membuat pengitaran semula sisa-sisa yang boleh dikitar semula?

4. Apakah pandangan mengenai sisa elektrik dan elektronik?

5. Adakah sisa elektrik dan elektronik juga diuruskan oleh pihak SWM?

6. Bagaimanakah pengurusan sisa tersebut? Adakah pengasingan pengurusan sisa yang berlainan dibuat?

7. Adakah suatu kaedah yang khusus dilakukan terhadap sisa tersebut? 8. Bagaimanakah janaan sisa elektrik dan elektronik di tapak perlupusan?

SENARAI SOALAN TEMUDUGA PIHAK HARTA BINA

1. Bagaimanakah pengurusan komputer di buat? 2. Apakah kerja-kerja yang dilakukan?

3. Dimanakah komputer yang sudah diberi status perlu dilupuskan diletakkan? 4. Adakah pihak UTM membuat perlupusan sisa komputer? Jika ada, bagaimanakah

prosesnya? Jika tidak, bagaimana cara pihak UTM menguruskannya?

5. Adakah prosidur-prosidur tertentu untuk melupuskan sisa komputer ini? Bagaimanakah carta alirannya?

6. Apakah borang yang digunakan dalam proses perlupusan sisa ini? 7. Siapakah pihak-pihak yang terlibat dalam proses ini?

8. Siapakah kontraktor yang membuat kontrak dengan UTM untuk melupuskan sisa elektrik dan elektronik tersebut?

(75)

SENARAI SOALAN SYARIKAT SCRAP COMPUTER TRADING

1. Maklumat mengenai latarbelakang, matlamat dan objektif syarikat. 2. Apakah tugas yang dilakukan oleh syarikat ini?

3. Apakah skop kerja yang dilakukan?

4. Bahagian komponen komputer yang di kitar semula? 5. Apa proses yang di jalankan setelah komputer di ambil? 6. Dimanakah lokasi pusat kitar semula komputer?

7. Apakah proses yang berikutnya setelah komputer dihantar ke pusat kitar semula? 8. Bagaimana perletakan harga barangan di buat? Berdasarkan apa?

9. Apakah masalah-masalah yang timbul?

10.Sejauhmanakah bahaya e-sisa terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar? 11.Cadangan dan komen.

(76)

FACULTY OF CIVIL ENGINEERING

UNIVERSITI TEKNOLOGI

MALAYSIA

Kepada Sesiapa yang berkenaan ,

Kajian Terhadap Janaan Sisa Elektrik ( komputer)

Merujuk kepada perkara diatas, saya Noraida bt Yusof merupakan pelajar kursus Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia ingin memohon jasa baik dan kerjasama pihak anda untuk mengisi borang soal selidik yang telah dilampirkan bersama-sama dengan surat ini.

Borang soal selidik yang dilampirkan adalah bertujuan untuk menyiasat tentang penggunaan komputer dan tahap komputer. Borang soal selidik akan mengambil masa lebih kurang 3 minit untuk dilengkapkan. Jawapan anda terhadap soal selidik ini akan dipertimbangkan sebagai maklumat sulit dan akan hanya digunakan bagi tujuan akademik sahaja.

Akhir kata, segala jasa baik dan kerjasama anda didahulukan dengan ucapan terima kasih.

To Whom It May Concern,

A Research about Electric Waste (computer)

I am Noraida bt Yusof, student of Civil Engineering, Faculty of Civil Engineering, Universiti Teknologi Malaysia, implore you to fill up this questionnaire.

The purpose of this questionnaire is to inquire about computer usage and computer disposal.

This questionnaire needs about 3 minutes to fulfill it. All the answer will be act as very confidential and use for academic purpose only. Thank you for your kindly cooperation.

Yang benar / your truly,

Noraida bt Yusof H/P : 017-7127160

(77)

Name/Nama : ________________________ Phone : _______________ Date/Tarikh : ________________________ Time/Masa : ___________ Location : ___________________________

Objektif kajian :

Untuk mengkaji pendapat orang ramai tentang kemudahan untuk mendapatkan dan memperbaiki komputer.

Untuk mendapatkan gambaran pengetahuan masyarakat tentang bahaya sisa elektrik. List of questionnaires/ Senarai soalan :

A. Demographics/Latarbelakang

a. High school/sekolah menengah b. College/Institute/Diploma

c. University Degree/Ijazah Sarjana Muda d. Graduate/Post-graduate/Lepasan Ijazah e. Others/lain-lain

5. Marital Status/taraf perkahwinan a. Single/Belum berkahwin b. Married/Sudah berkahwin c. Others/Lain-lain

6. Religious Background/Latarbelakang agama a. Muslim/Islam

(78)

7. Occupation/Pekerjaan

a. Professionals/Profesional

b. Teachers/Academicians/Pendidik/Pensyarah c. Businessman/woman/Coporate/ Ahli perniagaan

d. Government officer, army, etc/Peg. Kerajaan, tentera dsbnya e. Technicians, supervisors/Penyelia

f. Factory operators/Manufacturing line/Perkilangan g. Self-employed/Bekerja sendiri

h. Retired/pencen i. Student/Pelajar j. Others/Lain-lain

8. Family income level (per month)/Pendapatan (sebulan) a. RM 0-300

b. RM 301-500 c. RM 501-1500 d. RM 1501-2000

e. Above RM 2000/lebih RM2 000 9. Length of Stay/Jangkamasa tetap

a. 1 years or less/kurang 1 tahun b. 1-2 years/thn

c. 2-3 years/thn d. 3-5 years/thn

e. 5 or more/5 thn atau lebih

10.Category of dwelling units/kategori rumah

a. Single family/Rumah sebuah atau teres (taman perumahan) b. Kampung house/Village/Rumah kampong

c. Multi-family/rumah flat,apartmen/kondo 11.Dwelling unit ownership/Pemilikan rumah

a. Own/Kepunyaan sendiri b. Rent/Sewa

c. Others (e.g stay with relative,etc)/Lain-lain(spt. Tinggal dengan ahli keluarga,dll)

12.Family size/saiz keluarga a. 1-3 people/org b. 4-6

c. 7-9

(79)

B. Perception about computer/Pandangan mengenai komputer

SECTION I

1. Do you have personal computer/Adakah anda mempunyai sebuah komputer peribadi?

Yes / No (If Yes,proceed to question no.2,if No proceed to question no.4)

Ya / Tidak (Kalau Ya, teruskan ke soalan no.2,kalau tidak,teruskan ke soalan no.4)

2. How many personal computer you have in your house/Berapa banyak komputer yang anda perolehi di rumah anda?

a. 1 b. 2 c. 3 d. 4

e. more than 4/lebih dari 4

3. Where did you get or buy those personal computer/Dimana anda mendapatkan atau membeli komputer peribadi tersebut?

a. Computer shop/kedai komputer b. Friend/kawan

c. Office/pejabat

d. KWSP skim/skim KWSP

e. Others/lain-lain (please state/nyatakan……….)

4. What is the prize of a personal computer(assumption)/Berapakah harga sebuah komputer peribadi(anggaran)?

5. Do you know about electronic waste/Tahukah anda mengenai sisa elektronik? Yes / No

Ya / Tidak

(80)

a. Television/televisyen b. Refridgerator/peti sejuk c. Radio

d. Computer/komputer e. Battery/bateri

7. What is your action if your computers break down/Apakah tindakan anda jika komputer anda rosak?

a. Buy new one/membeli yang baru b. Repair/membaiki

c. Keep in store/simpan dalam stor d. Trade in/jual semula di kedai

e. Throw away/buang di tempat sampah

f. Sent it to computer recycling center/hantar ke pusat kitar semula 8. For your opinion, which part of a computer that always break down/Pada

pendapat anda,bahagian apa yang selalu rosak untuk sesebuah komputer? a. Moniter/skrin

b. Mouse/tetikus

c. Keyboard/papan kekunci d. Motherboard/papan litar utama e. Hard disk/cakera keras

f. Others/lain-lain (please state/nyatakan……….)

SECTION II

Please choose either 1,2,3,4 or 5 regarding each statement below/Sila pilih samada 1,2,3,4 atau 5 mengenai kenyataan dibawah.

1 - Strongly disagree/Sangat tidak setuju 2 - Disagree/Tidak setuju

3 - Natural/Biasa 4 - Agree/Setuju

5 - Strongly agree/Sangat setuju

1. Prize for a computer now is cheaper than before/Harga sebuah komputer sekarang jauh lebih murah dari dulu.

1

2 3 4 5

2. Buying a new computer is much better than repairing old computer/Membeli komputer baru lebih baik dari membaiki komputer lama.

1

2 3 4 5

3. Nowadays, it is easy to get a computer/Sekarang, mudah untuk mendapatkan komputer.

(81)

4. Computer usage gives more advantages than disadvantages/Penggunaan komputer banyak membawa kebaikan dari keburukan.

1

2 3 4 5

5. Computer waste can affect our environment/Sisa komputer boleh memberi kesan kepada alam sekitar.

1

2 3 4 5

SECTION III

Please give your comment or opinion or others that is related to the question/Berikan komen atau pandangan atau lain-lain yang berkaitan dengan soalan.

1. Do you know about the dangerous of electric waste to human?

Tahukah anda tentang bahaya pembuangan peralatan elektrik secara tidak terkawal kepada manusia?

_________________________________________________________________ _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ ____________

2. Do you know authorities that are responsible to manage the electric waste in Malaysia?

Tahukah anda badan-badan yang bertanggungjawab dalam menguruskan sisa elektrik di Malaysia?

_________________________________________________________________ _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ ____________

Referensi

Dokumen terkait