• Tidak ada hasil yang ditemukan

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Dalam dokumen Contoh Projek Tahun Akhir 1 (Halaman 65-76)

Jika dibandingkan dengan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat(US), China, India dan lain-lain, status janaan e-sisa di Malaysia adalah di tahap yang masih boleh dikawal. Ini adalah merujuk kepada keputusan-keputusan yang diperolehi dari hasil kajian. Setelah kajian dijalankan, beberapa analisis dibuat dan didapati bahawa kesedaran penduduk terhadap bahaya e-sisa berada di tahap yang rendah iaitu dengan 90 % daripada responden tidak tahu mengenai e-sisa. Namun begitu, status janaan e-sisa juga adalah rendah iaitu dengan peratusan 69 % daripada responden tidak membuang e-sisa sesuka hati.. Ini mungkin disebabkan oleh faktor- faktor seperti berikut :-

i. Psikologi persekitaran. ii. Kos barangan yang tinggi.

iii. Banyak kedai untuk memperbaiki peralatan elektrik dan elektronik. iv. Jangka hayat peralatan yang panjang dan sebagainya.

Kesedaran di kalangan pemilik-pemilik kedai di Taman Universiti mengenai bahaya e-sisa adalah di tahap yang memuaskan. Ini kerana setelah beberapa temubual diadakan di kedai-kedai tersebut, didapati ada pihak ketiga yang akan mengambil sisa komputer yang hendak dilupuskan. Ini menunjukkan bahawa

mereka tidak membuang sisa komputer tersebut sewenang-wenangnya. Namun begitu, tidak dinafikan bahawa ada segelintir yang akan membuangnya secara terus ke dalam tong sampah.

Pihak-pihak yang menggunakan komputer dengan banyak seperti syarikat syarikat besar, institusi pengajian, badan-badan kerajaan dan sebagainya mengamalkan suatu sistem yang tertentu untuk melupuskan e-sisa yang dijanakan oleh mereka iaitu dengan menjual e-sisa tersebut kepada syarikat/kontraktor yang berkenaan seperti syarikat Scrap Computer Trading. Ini termasuklah pihak UTM sendiri. Selain itu, alternatif seperti memindahkan komputer-komputer yang tidak diperlukan ke jabatan-jabatan kerajaan yang lain sering dilakukan. Ini sekaligus dapat mengurangkan janaan e-sisa dan seterusnya mengelakkan bahanya kepada manusia dan alam sekitar. Daripada kajian, didapati bahawa tiada cara khusus untuk melupuskan e-sisa. Ini kerana, walau apapun cara yang digunakan, ia tetap akan memberi kesan yang negatif. Cara pelupusan yang sedia ada adalah dengan menjual komputer tersebut kepada syarikat/kontraktor yang menjalankan operasi kitar semula komputer.

6.1 Cadangan

Walaupun di dapati bahawa status janaan e-sisa di Malaysia adalah di tahap yang masih boleh dikawal, namun langkah-langkah pencegahan awal perlulah di ambil bagi memastikan keadaan yang boleh di kawal ini akan berkekalan sehingga ke generasi akan datang. Oleh itu, selepas mebuat kajian ini, didapati beberapa cadangan dapat diusulkan iaitu seperti yang berikut :-

i. Penilaian dan pengawalan terhadap e-sisa perlulah dibuat merangkumi keseluruhan kawasan bandar dan kawasan luar bandar. Ini kerana sistem pengurusan sisa di kawasan bandar dan luar bandar adalah berbeza.

ii. Garispanduan dan penguatkuasaan terhadap e-sisa perlu diperketatkan lagi bagi memudahkan penyeliaan terhadap e-sisa.

iii. Kajian terhadap e-sisa perlulah dipergiatkan bagi mengetahui kesan dan bahayanya kepada manusia dan alam sekitar.

iv. Kesedaran dari semua pihak tentang e-sisa adalah amat penting. Oleh itu, maklumat mengenai e-sisa perlulah disebarkan kepada orang amai bagi memastikan orang ramai mempunyai pengetahuan tentang bahaya dan bagaimana mnguruskan e-sisa.

v. Pihak pengeluar peralatan elektrik dan elektronik haruslah bertanggungjawab terhadap peralatan yang mereka keluarkan. Pengguna juga harus bertanggungjawab untuk menguruskan e-sisa yang djanakan oleh mereka.

RUJUKAN :

1 Computer Must Be Greener, 2004

http://www.ban_org/ban_news/computers_must_040307.html

2 Toxic TVs and Poison PCs

http://www.svtc.org/clean cc/pubs/ppc_ttvl.pdf

3 Nunno, T. , Avienti, M. , Palmer, S. and Preton, M. (1988), Toxic Waste

Minimization in the Printed Circuit Board Industry, Alliance Technologies

Corporation Bedford, Massachusetts, 21 – 31

4 Proceedings of The Regional Expert Group Meeting on E-waste in the Asia- Pacific, 2004

http://www.icteap.org/events/e-waste/proceedings.pdf

5 Pencemaran Alam Sekitar, 2002

http://www.kpdnhq.gov.my/kpdn/hep/BPD/6_2002/6_2002_6.htm

6 Just Say No To E-waste, 2004

http://www.svtc.org/cleancc/pubs/say no.htm

7 Marshall Sittig (1978), Electroplating and Related Metal Finishing -

Pollutant and Toxic Material Control, 180

8 Solomons, W. and Forstner, U. ( Eds) (1988), Chemistry and Biology of Solid Waste – Dredged Material and Mine Tailings

9 Dr. Ing Johann and Peter Staudinger, J. (1974), Plastic and the Environment, Hutchinson of London, 21 – 30

10 Fong Wee Sen (2001). Pengurusan Sisa Pejal Kajian Kes : Pembuangan

Secara Haram di Kawasan Skudai. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis

Sarjana

11 Laporan Perlupusan Aset Universiti Tahun 2003, Lampiran A (Harta Tetap),

Universiti Teknologi Malaysia.

12 Mantell, C. L. (1975), Solid Wastes : Origin, Collection, Processing and

Disposal, 759 – 762

13 Nelson Leonard Nemerow (1984), Industrial Solid Waste, Massachusetts, 101 – 120

14 Sekar a/l Kalianan, Zulkifli Kamaludin (1990) Pengolahan sisa industri

elektronik dan semikonduktor. Universiti Teknologi Malaysia. Makalah

15 Waste Electrical An Electronic Equipment, 2003 http://www.weee_recycle.com/splash.html

LAMPIRAN

A Senarai Soalan Temuduga dan Borang Soal Selidik B Maklumat (Jadual Data, Pelan Kawasan Kajian) C Gambar dan Keratan Akbar

LAMPIRAN A

SENARAI SOALAN TEMUDUGA PUSAT KOMPUTER FKA

1. Bagaimanakah pengurusan komputer di buat? 2. Apakah kerja-kerja yang dilakukan?

3. Adakah penyenggaraan komputer dibuat? Bilakah ia dibuat?

4. Adakah pembelian/pertukaran komputer dibuat? Berapa kerap ia dibuat?

5. Adakah komputer yang terdapat di bilik-bilik pensyarah FKA juga di bawah penyeliaan Pusat Komputer FKA?

6. Apakah tindakan yang dilakukan jika komputer rosak dan tidak boleh digunakan lagi?

7. Dimanakah komputer yang sudah tidak dipakai diletakkan?

8. Bagaimana proses untuk mendapatkan dan melupuskan komputer? 9. Adakah prosidur-prosidur tertentu untuk melupuskan sisa komputer ini? 10.Siapakah pihak-pihak yang terlibat dalam proses ini?

11.Pendapat mengenai sisa elektrik dan elektronik serta pengurusannya di masa kini. 12.Cadangan dan komen.

SENARAI SOALAN TEMUDUGA PUSAT KOMPUTER UTM

1. Bagaimanakah pengurusan komputer di buat? 2. Apakah kerja-kerja yang dilakukan?

3. Adakah penyenggaraan komputer dibuat? Bilakah ia dibuat?

4. Adakah pembelian/pertukaran komputer dibuat? Berapa kerap ia dibuat?

5. Selaku pusat komputer UTM, adakah semua kerja-kerja penyelenggaraan komputer di seluruh UTM adalah tanggungjawab pihak pusat komputer UTM? 6. Apakah tindakan yang dilakukan jika komputer rosak dan tidak boleh digunakan

lagi?

7. Dimanakah komputer yang sudah tidak dipakai diletakkan?

9. Adakah prosidur-prosidur tertentu untuk melupuskan sisa komputer ini? 10.Siapakah pihak-pihak yang terlibat dalam proses ini?

11.Pendapat mengenai sisa elektrik dan elektronik serta pengurusannya di masa kini. 12.Cadangan dan komen.

SENARAI SOALAN TEMUDUGA PEJABAT BENDAHARI

1. Bagaimanakah pengurusan komputer di buat? 2. Apakah kerja-kerja yang dilakukan?

3. Adakah pembelian/pertukaran komputer dibuat? Berapa kerap ia dibuat? 4. Dimanakah komputer yang sudah diberi status perlu dilupuskan diletakkan? 5. Adakah pihak UTM membuat perlupusan sisa komputer? Jika ada, bagaimanakah

prosesnya? Jika tidak, bagaimana cara pihak UTM menguruskannya? 6. Bagaimana proses untuk mendapatkan dan melupuskan komputer?

7. Adakah prosidur-prosidur tertentu untuk melupuskan sisa komputer ini? Bagaimanakah carta alirannya?

8. Apakah borang yang digunakan dalam proses perlupusan sisa ini? 9. Siapakah pihak-pihak yang terlibat dalam proses ini?

10.Siapakah kontraktor yang membuat kontrak dengan UTM untuk melupuskan sisa elektrik dan elektronik tersebut?

11.Adakah terdapat sebarang masalah dalam menguruskan sisa komputer tersebut? 12.Berapa banyak kos yang dikeluarkan oleh pihak UTM untuk membuat

pengurusan terhadap komputer dan sisanya?

13.Pendapat mengenai sisa elektrik dan elektronik serta pengurusannya di masa kini. 14.Cadangan dan komen.

SENARAI SOALAN TEMUDUGA SOUTHERN WASTE MANAGEMENT (SWM)

1. Apakah skop kerja pihak SWM?

3. Adakah pihak SWM membuat pengitaran semula sisa-sisa yang boleh dikitar semula?

4. Apakah pandangan mengenai sisa elektrik dan elektronik?

5. Adakah sisa elektrik dan elektronik juga diuruskan oleh pihak SWM?

6. Bagaimanakah pengurusan sisa tersebut? Adakah pengasingan pengurusan sisa yang berlainan dibuat?

7. Adakah suatu kaedah yang khusus dilakukan terhadap sisa tersebut? 8. Bagaimanakah janaan sisa elektrik dan elektronik di tapak perlupusan?

SENARAI SOALAN TEMUDUGA PIHAK HARTA BINA

1. Bagaimanakah pengurusan komputer di buat? 2. Apakah kerja-kerja yang dilakukan?

3. Dimanakah komputer yang sudah diberi status perlu dilupuskan diletakkan? 4. Adakah pihak UTM membuat perlupusan sisa komputer? Jika ada, bagaimanakah

prosesnya? Jika tidak, bagaimana cara pihak UTM menguruskannya?

5. Adakah prosidur-prosidur tertentu untuk melupuskan sisa komputer ini? Bagaimanakah carta alirannya?

6. Apakah borang yang digunakan dalam proses perlupusan sisa ini? 7. Siapakah pihak-pihak yang terlibat dalam proses ini?

8. Siapakah kontraktor yang membuat kontrak dengan UTM untuk melupuskan sisa elektrik dan elektronik tersebut?

9. Adakah terdapat sebarang masalah dalam menguruskan sisa komputer tersebut? 10.Pendapat mengenai sisa elektrik dan elektronik serta pengurusannya di masa kini. 11.Cadangan dan komen.

SENARAI SOALAN SYARIKAT SCRAP COMPUTER TRADING

1. Maklumat mengenai latarbelakang, matlamat dan objektif syarikat. 2. Apakah tugas yang dilakukan oleh syarikat ini?

3. Apakah skop kerja yang dilakukan?

4. Bahagian komponen komputer yang di kitar semula? 5. Apa proses yang di jalankan setelah komputer di ambil? 6. Dimanakah lokasi pusat kitar semula komputer?

7. Apakah proses yang berikutnya setelah komputer dihantar ke pusat kitar semula? 8. Bagaimana perletakan harga barangan di buat? Berdasarkan apa?

9. Apakah masalah-masalah yang timbul?

10.Sejauhmanakah bahaya e-sisa terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar? 11.Cadangan dan komen.

Dalam dokumen Contoh Projek Tahun Akhir 1 (Halaman 65-76)

Dokumen terkait