• Tidak ada hasil yang ditemukan

ANALISIS FAKTOR PENERIMAAN TERHADAP APLI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "ANALISIS FAKTOR PENERIMAAN TERHADAP APLI"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

International Conference on Education and Regional Development 2016 (ICERD 2016)

“Cross-Cultural Education for Sustainable Regional Development” Bandung, Indonesia.

31 October & 1 November 2016

ANALISIS FAKTOR PENERIMAAN TERHADAP

APLIKASI E-DAFTAR DALAM KALANGAN

KAKITANGAN NIOSH, MALAYSIA

Rohaila Mohamed Rosly

a

, Fariza Khalid

a

a

Fakulti Pendidikan,, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Salangor, Malaysia.

Abstrak

Pembangunan sistem maklumat pengurusan bukanlah satu yang baru dalam perkembangan dunia teknologi di negara ini. Ia telah digunakan secara meluas dalam sektor awam mahupun swasta selaras dengan kewujudan kerajaan elektronik. Sehubungan itu, satu aplikasi pengurusan maklumat mengenai latihan telah dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat, NIOSH dan dikenali sebagai e-Daftar. Kajian ini untuk mengenalpasti persepsi kakitangan NIOSH terhadap penerimaan aplikasi e-Daftar dari aspek kebolehgunaan dan kemudahgunaan serta mengenal pasti hubungan antara sikap terhadap penggunaan dan penggunaan sebenar aplikasi e-Daftar berdasarkan Model Penerimaan Teknologi (TAM). Kajian ini merupakan kajian deskriptif berbentuk tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitatif. Sampel kajian terdiri daripada 126 kakitangan NIOSH, Malaysia. Soal selidik digunakan sebagai instrumen pengumpulan data yang diedar secara atas talian menggunakan aplikasi QuestionPro. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pembolehubah kemudahgunaan dan kebolehgunaan mempunyai hubungan signifikan dan positif secara langsung terhadap pembolehubah sikap terhadap penggunaan. Kemudahgunaan dan kebolehgunaan juga mempunyai pengaruh positif dan secara langsung terhadap penggunaan sebenar. Sikap terhadap penggunaan juga telah menunjukkan hubungan signifikan yang positif secara langsung terhadap penggunaan sebenar. Secara keseluruhannya di dapati tahap penerimaan pengguna terhadap aplikasi e-Daftar adalah tinggi. Hasil daripada kajian ini diharap mampu memberi penambahbaikan berterusan kepada aplikasi sedia ada serta menjadi bahan rujukan pada kajian akan datang.

Kata kunci : sistem maklumat pengurusan, Model TAM, sistem , kemudahgunaan, kebolehgunaan

1.Pendahuluan

Pembangunan sistem pengurusan maklumat (SMP) semakin meningkat sejajar dengan saranan kerajaan di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), iaitu bagi mewujudkan Kerajaan Elektronik yang merupakan salah satu inisiatif Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Penekanan kandungan dalam aspek Kerajaan Elektronik adalah penyampaian serta perkongsian data secara elektronik agar maklumat yang diterima tepat dan pantas secara dalam talian. Bagi sesebuah organisasi yang melibatkan penyimpanan sumber data yang besar, pengurusan terhadap maklumat adalah penting kerana ia merupakan aset yang bernilai.

Moh’d Al-adaileh (2009) menekankan bahawa SMP mempunyai pengaruh yang vesar ke atas produktiviti dan

(2)

International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 634

menguruskan dan menyimpan maklumat dengan selamat dan berkesan yang mana akan memudahkan proses penyelenggaraan. Selain itu, Chowdhury, et al (2013), pula mendapati bahawa kewujudan sistem pengurusan maklumat dapat mempertingkatkan keberkesanan perkhidmatan kepada pelanggan dan organisasi.

Hasan, Shamsuddin dan Aziati (2013) menyatakan bahawa data merupakan nadi bagi sesebuah organisasi serta pengurusan data yang cekap dan berkesan dianggap penting sebagai strategi persaingan. Menurut Chowdhury, Md Shahnur dan Md Maruf (2013), kewujudan sistem pengurusan maklumat dapat mempertingkatkan keberkesanan perkhidmatan kepada pelanggan dan organisasi. Kepentingan mewujudkan sistem pengurusan maklumat yang sistematik telah memberi impak kepada negara termasuk institusi pendidikan. Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) merupakan sebuah insitut latihan yang berfungsi sebagai penyedia latihan bagi memberikan khidmat latihan, rundingan, menyebarkan maklumat dan menjalankan penyelidikan dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan telah mengambil inisiatif terhadap pembangunan kerajaan elektronik. Selaras dengan itu, satu aplikasi pengurusan maklumat mengenai latihan telah dibangunkan dan diberi nama e-Daftar.

e-Daftar merupakan sebuah sistem maklumat pengurusan latihan dalam megendalikan proses pengurusan serta penyimpanan data-data kursus serta maklumat peserta kursus di NIOSH. Kepentingan e-Daftar ini adalah dalam menyediakan pengurusan rekod yang bersistematik selain dapat meningkatkan kecekapan tugasan harian dan penyimpanan rekod maklumat dengan selamat. Dari aspek pentadbiran dan pengurusan, ia dapat membantu serta mendidik pengguna terutamanya kakitangan NIOSH agar menguasai penggunaan teknologi serta dapat menguruskan proses pengurusan data dengan lebih teratur dan berkesan.

Sebahagian besar organisasi gagal untuk melihat kepentingan melaksana inisiatif terhadap pengurusan rekod latihan sedangkan pengurusan rekod yang bersistematik dapat menentu daya tahan dan daya saing sesebuah organisasi (Aziz, Yusuf, dan Asma’ Mokhtar, 2011). Faktor penerimaan penggunaan sistem pengurusan maklumat adalah mencakupi kepada ketersediaan sistem, kemahiran yang mencukupi serta persediaan untuk menggunakannya. Selain itu, penerimaannya juga bergantung kepada kemahiran serta kecekapan pengguna menggunakan komputer. Masalah yang sering dihadapi apabila berlakunya pembaharuan dalam suatu organisasi adalah penerimaan inovasi yang dilakukan.

Objektif kajian ini adalah untuk melihat persepsi kakitangan NIOSH terhadap kebolehgunaan dan kemudahgunaan aplikasi e-Daftar serta mengenalpasti hubungan antara sikap terhadap penggunaan aplikasi e-Daftar dengan penggunaan sebenar aplikasi e-Daftar berasaskan Model Penerimaan Teknologi (TAM). TAM adalah model yang sesuai digunakan dalam kajian ini kerana ia akan mengesahkan faktor Persepsi Kebolehgunaan (Perceived Usefulness, PU), Persepsi Kemudahgunaan (Perceived Ease of Use, PEOU), Sikap terhadap penggunaan (Attitude Toward Using, ATU) dan Penggunaan Sebenar (Actual Use, AU).

Penerimaan teknologi pada dasarnya akan mengubah kaedah kerja dalam sesebuah organisasi. Perubahan teknologi selalunya akan mempengaruhi aktiviti kerja dan keperluan pengguna yang mempunyai kemahiran yang berlainan. Skop pelaksanaan e-Daftar ini merangkumi proses yang menyeluruh termasuk inovasi korporat dan inovasi tadbir urus. Sehubungan itu, kajian ini diharapkan dapat menyumbang ke arah penambahbaikan yang lebih berkesan dalam usaha meningkatkan kualiti sistem maklumat pengurusan yang bersesuaian dengan keperluan semasa dan peningkatan masa hadapan di NIOSH.

2.Sistem maklumat pengurusan di Malaysia

Medan (2010) mendefinisikan sistem sebagai elemen yang saling berhubungan bagi membentuk satu kesatuan, dan ia dicipta untuk mencapai sesuatu objektif atau sasaran. Patterson (2005) mendefinisikan Sistem Maklumat Pengurusan (SMP) sebagai satu sistem penukaran data kepada maklumat yang disampaikan dalam bentuk yang sesuai bagi tujuan mendapatkan keputusan atau perancangan yang akan dijalankan dalam sesebuah organisasi. SMP adalah sinonim dengan sistem perkhidmatan maklumat, sistem maklumat,sistem pemprosesan maklumat dan sistem maklumat berasaskan komputer. Kepelbagaian SMP ini telah digunapakai secara meluas di organisasi dan institusi di seluruh dunia tidak ketinggalan Malaysia. Perlaksanaan SMP dalam institusi melibatkan proses mengumpul data, memproses, menyimpan, serta menyampaikan maklumat yang berkaitan untuk tujuan pengurusan kerja yang lebih cekap dan berkesan dalam organisasi.

(3)

International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 635

(LHDN) dengan penggunaan sistem pemprosesan maklumat statistik dan seterusnya menjadi ikutan kepada organasasi lain. Kepelbagaian SMP ini masih mempunyai matlamat dan tujuan yang sama iaitu menguruskan data, maklumat dan sumber bagi meningkatkan kecekapan prestasi kerja dan produktiviti dalam sebuah organisasi (Salleh 2014). Oleh itu, Malaysia sebagai sebuah negara ke arah berpendapatan tinggi menekankan proses yang melibatkan inovasi harus diterima kerana ia dapat membantu negara untuk menjadi negara yang berdaya saing (Shairil & Hasnah 2013). Antara SMP yang digunakan di Malaysia adalah Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS), Sistem Maklumat Pengurusan Politeknik (SMPP), Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dan pelbagai lagi mengikut kesesuaian bidang.

Dalam konteks sistem pengurusan maklumat di NIOSH, aplikasi e-Daftar dilihat sebagai platform pengurusan maklumat yang berkaitan dengan kursus yang dijalankan di NIOSH. Aplikasi e-Daftar juga berfungsi sebagai penyimpanan data, perkongsian maklumat yang sistematik serta peningkatan kecekapan. Pelaksanaannya dalam satu rangkaian setempat membolehkan pengguna dalaman mengakses maklumat kursus dengan cepat dan tepat.

3.Aplikasi e-Daftar

Aplikasi e-Daftar adalah satu aplikasi pengurusan maklumat yang telah dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat (ITD), NIOSH yang merupakan sebuah sistem maklumat pengurusan latihan untuk pentadbiran, dokumentasi, pengesanan dan laporan kursus serta penyimpanan maklumat peserta yang mengikuti kursus di NIOSH. Aplikasi e-Daftar adalah bertujuan untuk memudahkan pengendalian maklumat kursus secara berpusat. Penggunaannya melibatkan pengguna dalaman yang terdiri dari kakitangan NIOSH dan peserta luar yang menghadiri kursus. Namun kajian ini menfokuskan kepada tahap penerimaan pengguna dalaman sahaja. Fungsi-fungsi dan ciri-ciri yang terdapat pada aplikasi e-Daftar adalah seperti berikut: i. Membolehkan koordinator kursus mendaftarkan kursus-kursus secara dalam talian.

ii. Membolehkan koordinator kursus menyediakan laporan berkaitan kursus yang dijana secara automatik, seperti senarai kehadiran, surat pemahamana, surat penilaian dan sebagainya.

iii. Pengeluaran surat tawaran dan payment advice yang dijana secara automatik melalui emel dan cetakan sendiri (self-printed) di laman web.

iv. Kemasukan maklumat peperiksaan serta semakan keputusan peperiksaan dibuat secara atas talian. v. Pengeluaran laporan dan statistik untuk penggunaan pihak pengurusan.

vi. Pengurusan sijil secara berpusat dan dalam talian . vii. Melibatkan integrasi antara semua modul.

3.1.Pangkalan data dan pengaturcaraan

Aplikasi e-Daftar dibangunkan dengan menggunakan pangkalan data Lotus Domino dan penggunaan perisian dari Lotus Designer. Bahasa pengaturcaraan yang digunakan adalah terdiri daripada lotus script, java script dan html.

3.1.1.Rekabentuk aplikasi e-Daftar

(4)

International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 636

Pengguna dalaman Pengguna luar

Rajah 1 Modul-modul aplikasi e-Daftar

. Fungsi bagi setiap modul adalah seperti berikut:

i. Penjadualan Kursus – menjadualkan senarai kursus mengikut jenis dan lokasi

ii. Pendaftaran Peserta – membolehkan koordinator menguruskan maklumat peserta yang telah berdaftar secara dalam talian atau walk-in

iii. Penilaian Fasilitator – penyediaan maklumat berkaitan keberkesanan pengajar

iv. E-Quotation – membolehkan koordinator mengeluarkan sebutharga bagi kursus yang berkaitan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan

v. Laporan dan Statistik – pengurusan laporan dan pengeluaran statistik vi. Cetakan surat – melibatkan kepelbagaian surat yang berkaitan dengan kursus

vii. Semakan keputusan – membolehkan semakan keputusan bagi kursus yang mempunyai penilaian viii.E-Sijil – Pengurusan pengeluaran sijil secara berpusat

4.Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti:

i. Tahap persepsi kebolehgunaan dan kemudahgunaan aplikasi e-Daftar dari persepsi pengguna dalaman. ii. Sikap dan tahap penggunaan sebenar aplikasi e-Daftar dalam kalangan pengguna dalaman.

iii. Hubungan antara persepsi kemudahgunaan dengan persepsi kebolehgunaan pengguna dalaman.

iv. Hubungan antara persepsi kemudahgunaan dan persepsi kebolehgunaan dengan sikap terhadap penggunaan aplikasi e-Daftar.

v. Hubungan antara sikap terhadap penggunaan aplikasi Daftar dengan penggunaan sebenar aplikasi e-Daftar.

5.Persoalan Kajian

Persoalan kajian dapat dikenalpasti berdasarkan objektif kajian seperti yang berikut: i. Apakah persepsi pengguna dalaman terhadap aspek kemudahgunaan e-Daftar? i. Apakah persepsi pengguna dalaman terhadap aspek kebolehgunaan e-Daftar? ii. Apakah sikap terhadap penggunaan e-Daftar dalam kalangan pengguna dalaman?

Penjadualan Kursus

Pendaftaran Peserta

Laporan dan Statistik

Cetakan Surat/ Bayaran Kursus

Cetakan Sijil

Semakan Keputusan Peperiksaan Penilaian Fasilitator

(5)

International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 637

iii. Apakah tahap penggunaan sebenar e-Daftar dalam kalangan pengguna dalaman?

iv. Adakah terdapat hubungan signifikan antara persepsi kebolehgunaan dengan persepsi kemudahgunaan e-Daftar?

v. Adakah terdapat hubungan signifikan antara persepsi kemudahgunaan dengan sikap penggunaan e-Daftar?

vi. Adakah terdapat hubungan signifikan antara persepsi kebolehgunaan dengan sikap penggunaan e-Daftar?

vii. Adakah terdapat hubungan signifikan antara sikap terhadap penggunaan e-Daftar dengan penggunaan sebenar e-Daftar?

6.Model Penerimaan Teknologi (TAM)

Model Penerimaan Teknologi (TAM) telah dibangunkan oleh Davis (1989) dan diperkukuhkan bersama Venkatesh et al (2003) seperti Rajah 2. Model TAM telah diadaptasi dari Model TRA (Theory of Reasoned Action) yang diperkenalkan oleh Ajzen dan Fishbein (1980). TAM sering digunakan oleh penyelidik bagi mengetahui reaksi pengguna terhadap sistem maklumat. Kajian penerimaan yang melibatkan sistem maklumat pengurusan dengan tahap penerimaan teknologi telah banyak dibincangkan dan konsep penerimaan ini didefinisikan mengikut kesesuaian bidang. Oleh itu, penyelidik telah membuat penelitian menggunakan empat konstruk dari Model TAM iaitu Persepsi Kebolehgunaan (Perceived Usefulness), Persepsi Kemudahgunaan (Perceived Ease of Use), Sikap terhadap penggunaan (Attitude Toward Using) dan Penggunaan sebenar (Actual Use).

Rajah 2 Technology Acceptance Model. TAM (sumber: Davis, 1989; Venkatesh et al, 2003)

6.1.Persepsi kemudahgunaan (Perceived ease of use)

Davis (1989) mendefinisikan persepsi kemudahgunaan sebagai pandangan individu terhadap penggunaan suatu sistem tertentu dimana ia mudah difaham dan tidak sukar untuk dipelajari. Dalam konteks kajian ini, persepsi kemudahgunaan membawa maksud individu tidak memerlukan banyak usaha dari segi masa dan tenaga dalam mempelajari penggunaan aplikasi e-Daftar.

6.2.Persepsi kebolehgunaan (Perceived usefulness)

Persepsi kebolehgunaan ditafsirkan sebagai “sejauh mana apabila seseorang itu percaya bahawa

menggunakan sistem tertentu akan meningkatkan prestasi individu” (Davis 1989). Dalam kajian ia memberi

maksud pengguna dalaman akan merasa penggunaan aplikasi e-Daftar memberi manfaat teruatamanya dalam meningkatkan produktiviti dan menjadikan kerja lebih efektif.

6.3.Sikap terhadap penggunaan (Attitude toward using)

Sikap terhadap penggunaan didefinisikan oleh Davis (1989) sebagai perasaan positif atau negarif dari individu yang akan menggunakan sesuatu sistem. Namun, penggunaan faktor sikap terhadap penggunaan

Persepsi Kebolehgunaan

Persepsi Kemudahgunaan

Sikap terhadap penggunaan

(6)

International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 638

dalam konteks kajian ini akan menilai sikap pengguna dalaman apabila ingin menggunakan apliaksi e-Daftar seperti sifat yang terbuka atau sebaliknya.

6.4.Penggunaan sebenar (Actual use)

Davis (1989) mendefinisikan penggunaan sebenar adalah penilaian dalam bentuk pengukuran terhadap frekuensi dan tempoh masa teknologi digunakan. Pengguna akan merasa gembira menggunakan sesuatu sistem jika mereka yakin sistem itu mudah untuk digunakan dan dapat meningkatkan produktiviti kerja.

Banyak kajian yang mengguna Model TAM sebagai pengukur terhadap penerimaan dan penggunan sesuatu sistem di dalam organisasi. Yunastiti dan Baridwan (2014) dan Fatmawati (2015), menekankan kepentingan aplikasi Model TAM (Technology Acceptance Model) ini dan mendapati persepsi kebolehgunaan, persepsi kemudahan penggunaan serta norma subjektif adalah punca utama sesebuah sistem pengurusan itu diterima pakai. Kajian juga membuktikan bahawa penggunaan Model TAM dalam kajian penerimaan adalah komprehensif berdasarkan hubungan yang signifikan antara faktor persepsi kemudahgunaan dan persepsi kebergunaan terhadap sikap penggunaan sistem (Shairil & Hasnah 2013; Mohd Azul 2014; Destiana & Salman 2015). Hal ini menyatakan bahawa seseorang pengguna itu akan mengenal pasti atau mencuba terlebih dahulu sebuah sistem yang disediakan dan mengenal pasti sama ada ia mudah digunakan atau tidak. Ini seterusnya dapat mempengaruhi pengguna untuk terus menggunakan sistem tersebut atau berhenti menggunakannya.

Bagi menilai sikap terhadap penggunaan sistem maklumat, setiap penyelidik menggunakan faktor utama bagi Model TAM iaitu persepsi kebolehgunaan dan persepsi kemudahgunaan sebagai faktor penentu. Selain dari faktor ini, faktor luaran juga perlu dilihat agar penerimaan sesuatu inovasi teknologi itu memberi impak terhadap kesesuaian sistem. Althunibat, Zin dan Sahari (2012), menambah faktor ciri-ciri dan tingkah laku pengguna mengikut Teori Resapan Rogers sebagai faktor penentu. Suki, Norazah dan Ramayah (2014), telah memasukkan faktor niat untuk menggunakan sistem sebagai faktor tambahan terhadap kajiannya, yang mana seseorang individu itu akan mempunyai niat untuk menggunakan sesuatu teknologi jika teknologi tersebut memberi kesenangan kepada pengguna. Keputusan ini juga disokong oleh Ramayah, Dahlan dan Siron (2002).

Bagi melihat penggunaan sebenar sesebuah sistem itu, faktor persepsi kebergunaan dan persepsi kemudahgunaan ini juga menjadi elemen pengukur. Namun, terdapat faktor lain yang ditambah oleh penyelidik untuk menilai penggunaan sebenar sistem. Faktor tambahan adalah pengaruh sosial (Ika & Salman 2015), kemudahan interaktif (Azul 2014), jangkaan prestasi (Ramly, Norlida et al 2015), persepsi kredibiliti (Tang et al 2004), keinginan untuk menerima (Roslia, Naida, et al 2015) serta faktor personal, saluran komunikasi dan niat tingkah laku (Salman, Ali et al 2014 ).

Kajian literatur yang dilakukan ini diharapkan mampu untuk meningkatkan kefahaman tentang perlunya memahami keperluan pengguna kerana strategi yang berbeza perlu digunakan untuk menjadikan sistem maklumat lebih bermanfaat. Oleh yang demikian, model TAM ini digunakan oleh pengkaji sebagai asas kerangka kepada kajian .

7.Metodologi

(7)

International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 639

7.1.Lokasi

Kajian ini tertumpu di Ibu Pejabat (NIOSH) yang terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor dan semua lokasi pejabat wilayah iaitu Johor, Melaka, Penang, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak.

7.2.Populasi dan sampel

Pensampelan merupakan proses bagi memilih sebilangan subjek daripada populasi untuk dijadikan responden dalam kajian. Saiz sampel yang lebih kecil daripada saiz populasi dapat membantu penyelidik membuat keputusan dengan lebih mudah (Ismail 2013). Populasi kajian adalah meruapakan kakitangan NIOSH yang pernah atau sedang menggunakan aplikasi eDaftar. Sebanyak 126 borang soal selidik daripada 180 edaran borang selidik yang diterima dengan lengkap serta digunakan di dalam kajian ini untuk dikodkan ke dalam perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23.0.

7.3.Instrumen

Borang soal selidik adalah instrumen utama yang digunakan bagi mendapatkan keputusan kuantitatif daripada responden dan penggunaan soal selidik secara dalam talian (online) digunakan sebagai teknik mengumpul data. Borang soal selidik ini mengandungi 21 soalan yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A (Demografi – 6 item) dan Bahagian B (Model Penerimaan Teknologi – 15 item). Kesemua soalan adalah diadaptasi dari pengasas Model tetapi diolah mengikut kesesuaian kajian ini. Penilaian responden berdasarkan Skala Likert 5 mata iaitu:

1= Sangat tidak setuju , 2= Tidak setuju, 3= Neutral, 4=Setuju, 5=Sangat setuju

7.4.Ujian Kebolehpercayaan

Jadual 1 Ujian kebolehpercayaan

Bilangan item Alpha Cronbach

Pembolehubah 15 0.84

Data yang telah diperolehi selepas proses pengumpulan data diuji terlebih dahulu untuk melihat kesahannya melalui kaedah Alpha Cronbach. Jadual 1 menunjukkan pekali kebolehpercayaan dengan nilai Alpha Cronbach adalah 0.84 iaitu melebihi dari tahap penanda aras kebolehpercayaan 0.70 yang dicadangkan oleh Hair (2010). Manakala interprestasi data analisis hubungan bagi kajian ini adalah berdasarkan kepada cadangan Cohen (1988) seperti Jadual 2.

Jadual 2 Interpretasi kekuatan hubungan

Nilai r Interprestasi

± 0.10 hingga 0.29 Lemah

0.30 hingga 0.49 Sederhana

0.50 hingga 1.00 Kuat

8.Dapatan Kajian

(8)

International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 640

Jadual 3 Maklumat demografi

Demografi Kekerapan %

Jantina Lelaki 59 46.80

Perempuan 67 53.20

Umur 20 tahun – 29 tahun 59 46.80

30 tahun – 39 tahun 67 53.20

Pengalaman Kerja 1 tahun – 5 tahun 51 40.50

6 tahun – 10 tahun 64 50.80

Melebihi 10 tahun 11 8.70

Lokasi Ibu Pejabat 61 48.40

Pejabat Wilayah 65 51.60

Kelayakan Akademik Sijil 31 24.60

Diploma 41 32.50

Ijazah Sarjana Muda 35 27.80

Ijazah Sarjana (master) 4 3.20

Lain-lain 15 11.90

Soalan Kajian 1: Apakah persepsi pengguna dalaman terhadap aspek kemudahgunaan aplikasi e-Daftar? Berdasarkan Jadual 4, secara umumnya keputusan menunjukkan pengguna mempunyai persepsi yang baik terhadap kemudahgunaan aplikasi e-Daftar dengan memperoleh skor min keseluruhan lebih daripada 3.0.

Jadual 4 Persepsi Kemudahgunaan

Item Min Sisihan Piawai

1. Saya berpendapat e-Daftar adalah aplikasi mudah 3.77 0.67

2. Penggunaan e-Daftar adalah mudah 3.91 0.60

3. Antara muka dan menu yang mudah difahami 3.73 0.68

4. Mudah mahir menggunakan e-Daftar 3.78 0.69

Min keseluruhan 3.79

Soalan Kajian 2: Apakah persepsi pengguna dalaman terhadap aspek kebolehgunaan aplikasi e-Daftar? Jadual 5 menunjukkan bahawa pengguna mempunyai persepsi kebolehgunaan yang tinggi terhadap aplikasi e-Daftar dengan skor min keseluruhan adalah 3.84 iaitu lebih daripada 3.0.

Jadual 5 Persepsi Kebolehgunaan

Item Min Sisihan Piawai

1. Meningkatkan prestasi kerja 3.85 0.68

2. Tugas menjadi lebih berkesan 3.79 0.61

3. e-Daftar adalah sangat berguna 3.83 0.62

4. Meningkatkan produktiviti kerja 3.92 0.61

Min keseluruhan 3.84

(9)

International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 641

Jadual 6 Tahap sikap terhadap penggunaan aplikasi e-Daftar

Item Min Sisihan Piawai

1. Penggunaan aplikasi e-Daftar untuk menguruskan latihan adalah

satu idea yang baik 3.66 0.69

2. Saya mempunyai pandangan yang positif terhadap penggunaan

aplikasi e-Daftar 4.07 0.52

3. Saya tidak akan teragak-agak untuk menggunakan aplikasi

e-Daftar pada masa akan datang 4.00 0.65

Min keseluruhan 3.91

Soalan Kajian 4: Apakah tahap penggunaan sebenar aplikasi e-Daftar dalam kalangan pengguna dalaman?

Rajah 6 Graf kekerapan penggunaan aplikasi e-Daftar dalam sebulan

Secara keseluruhannya, keputusan menunjukkan 64 peratus pengguna menggunakan aplikasi e-Daftar dengan kekerapan yang tinggi iaitu melebihi 5 kali dalam tempoh sebulan.

Jadual 7 Hasil ujian hubungan antara konstruk

No Item Sig R Kesimpulan

1 Kebolehgunaan → Kemudahgunaan (POU → PEOU) 0.00 0.52 SK5 : Signifikan, kuat

2 Kemudahgunaan → Sikap penggunaan(PEOU → ATU) 0.00 0.50 SK6 : Signifikan, kuat

3 Kebolehgunaan → Sikap penggunaan

(POU → ATU) 0.00 0.77 SK7 : Signifikan, kuat

4 Sikap penggunaan → Penggunaan sebenar(ATU → AU) 0.00 0.49 SK8 : Signifikan, sederhana

Berdasarkan Jadual 7, hasil pengujian perhubungan antara konstruk dilakukan dengan kaedah ujian korelasi pearson adalah seperti berikut:

Soalan Kajian 5 : Persepsi kebolehgunaan mempunyai hubungan yang signifikan dengan persepsi kemudahgunaan (r=0.52, p<0.05).

Soalan Kajian 6: Persepsi kemudahgunan mempunyai hubungan yang signifikan dengan sikap terhadap penggunaan (r=0.50, p<0.05).

Soalan Kajian 7: Persepsi kebolehgunaan mempunyai hubungan yang signifikan dengan sikap terhadap penggunaan (r=0.77, p<0.05).

Soalan Kajian 8: Sikap terhadap penggunaan mempunyai hubungan yang signifikan dengan penggunaan sebanar (r=0.49, p<0.05).

9.Perbincangan

Hasil kajian secara keseluruhannya menunjukkan pengguna dalaman di NIOSH menunjukkan penerimaan yang positif terhadap aplikasi e-Daftar sebagai sistem maklumat pengurusan latihan yang baik dengan skor min keseluruhan bagi aspek persepsi kemudahgunaan (3.79), persepsi kebolehgunaan (3.84) dan sikap terhadap penggunaan adalah 3.91. Kesemua skor min ini adalah melepasi dari tahap 3.0 iaitu berada pada tahap yang baik.

(10)

International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 642

Ishak (2015). Hal ini kerana apabila pengguna merasakan aplikasi e-Daftar ini mudah digunakan maka mereka akan menganggap ia akan memberikan manfaat dalam kerja harian. Persepsi ini juga adalah sebaliknya di mana apabila pengguna merasakan penggunaan aplikasi e-Daftar ini memberikan manfaat dalam tugasan mereka, maka mereka akan merasakan ia mudah untuk digunakan. Kenyataan ini turut disokong oleh Muntianah, et al (2012) dengan menyatakan apabila pengguna merasakan semakin mudah untuk menggunakan sesuatu teknologi, maka semakin besar manfaat yang akan diterima oleh pengguna.

Hasil kajian juga menunjukkan bahawa hubungan antara persepsi kemudahgunaan (PEOU) dan persepsi kebolehgunaan (POU) adalah signifikan dengan sikap terhadap penggunaan (ATU) dengan nilai (r=0.50, p<0.05 dan r=0.77, p<0.05). Hal ini disebabkan, pengguna akan lebih bersikap positif untuk menerima aplikasi e-Daftar kerana mereka beranggapan aplikasi e-Daftar adalah sangat berguna dari aspek kebolehgunaan dengan skor min tertinggi iaitu 3.84 (Jadual 5) serta amat mudah untuk digunakan dari aspek kemudahgunaan dengan skor min tertinggi iaitu 3.79 (Jadual 4). Dapatan kajian ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh Chen, et al (2012) dan Irawati, Anik dan Dedi Putra (2015).

Sikap terhadap penggunaan (ATU) memberikan dapatan hubungan positif yang seherhana kuat (r=0.49, p<0.05) terhadap penggunaan sebenar (AU). Ini dapat ditafsirkan bahawa walaupun pengguna mempunyai keinginan yang tinggi untuk menggunakannya, namun penggunaan sebenar terhadap aplikasi e-Daftar adalah sederhana kerana ia mungkin dipengaruhi oleh faktor luar yang menjadi perencat utama pengguna untuk menggunakannya seperti mempunyai kerja luar, masalah rangkaian dan sebagainya. Ini disokong oleh kajian dari Lule, et al (2012).Walaupun pengguna mempunyai pandangan yang positif terhadap aplikasi e-Daftar dari aspek sikap terhadap penggunaan, hanya 64% sahaja yang menggunakannya dengan kekerapan lebih dari lima (5) kali sebulan.

10.Kesimpulan

Melalui dapatan kajian ini, dapat dirumuskan bahawa sesuatu inovasi itu akan mudah diterima pakai sekiranya penghasilan sesuatu sistem memberikan manfaat dan mudah digunakan oleh pengguna. Hasil kajian yang diperolehi dapat memberikan implikasi khususnya kepada NIOSH sebagai organisasi yang menggunakan aplikasi e-Daftar. Walaupun dapatan yang diterima memberikan impak yang positif terhadap penggunaan aplikasi e-Daftar di NIOSH, pihak pembangunan aplikasi harus sentiasa memberi penambahbaikan selari dengan keperluan pengguna agar pengurusan maklumat latihan melalui aplikasi e-Daftar menjadi lebih cekap dan efisen di masa hadapan serta memberikan manfaat kepada organisasi. Bagi pihak pengurusan juga, perlu adanya sokongan yang berterusan sebagai nilai tambah dalam menggalakkan pengguna terus menggunakan aplikasi e-Daftar ini. Ini sedikit sebanyak dapat menjimatkan kos pembelian perisian sistem kerana aplikasi e-Daftar ini dibangunkan sepenuhnya oleh kakitangan dalaman serta dapat meningkatkan daya saing terhadap keperluan inovasi. Dari aspek penyelidik pula, hasil kajian diharap dapat memberikan penekanan ringkas terhadap penerimaan aplikasi berdasarkan Model TAM.

Rujukan

Ajzen, I., & Fishbein, M. 1980. Understanding attitudes and predicting social behavior.

Althunibat, A., Zin, N. A. M., & Sahari, N. 2012. Pemodelan Faktor Penerimaan Perkhidmatan Kerajaan Mudah Alih (M-Kerajaan). Asia-Pacific Journal of Information Technology and Multimedia, 1(1).

Auliya, Z. F., Santosa, P. B., & Soesanto, H. 2012. Analisis Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Sikap terhadap BMT dan Pengaruhnya pada Keputusan Menyimpan pada BMT di Kota Semarang (Doctoral dissertation, Diponegoro University).

Aziz, N. U. A., Yusof, Z. M., & Asma’Mokhtar, U. 2011. Aplikasi ICT dalam Pengurusan Rekod: Kajian Kes dalam Jabatan Kerja Raya

Malaysia. Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia, 10, 21-33.

Chen, H. H., Lee, M. C., Wu, Y. L., Qiu, J. Y., Lin, C. H., Tang, H. Y., & Chen, C. H. 2012. An analysis of moodle in engineering education: The TAM perspective. In Teaching, Assessment and Learning for Engineering (TALE), 2012 IEEE International Conference on (pp. H1C-1). IEEE.

Chowdhury, M. S. A., & Ullah, M. M. 2013. Usage of Information Technology by the Commercial Banks Operating in Bangladesh-Current Situation and Its Future. In Proceedings of 3rd Asia-Pacific Business Research Conference 25-26 February 2013, Kuala Lumpur, Malaysia.

(11)

International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 643

Cohen, J. 1988. Statistical power analysis for the behavioural sciences (2nd. Ed). Hillsdale, NJ: Erlbaum

Davis, F.D. 1989. Perceived usefulness, perceived ease of use, and user acceptance of information technology, MIS Quarterly, Vol. 13 No. 3, pp. 319‐40.

Destiana, I., & Salman, A. 2015. THE ACCEPTANCE, USAGE AND IMPACT OF SOCIAL MEDIA AMONG UNIVERSITY STUDENTS. e-BANGI, 10(1), 58.

Fatmawati, E. 2015. Technology Acceptance Model (TAM) untuk menganalisis penerimaan terhadap sistem informasi perpustakaan.

Jurnal Iqra’ Volume, 9(01).

Gillham, B. 2008. Developing a questionnaire. A&C Black.

Hair 2010. Multivariate Data Analysis: A Global Perspective. Upper Saddle River, N.J, London, Pearson Education.

Hasan, Y., Shamsuddin, A., & Aziati, N. 2013. The impact of management information systems adoption in managerial decision making: A review. The International Scientific Journal of Management Information Systems, 8(4), 010-017.

Irawati, A., & Putra, D. 2015. Analisi Technology Acceptance Model dalam memahami niat perilaku mahasiswa untuk menggunakan e-Learning. Prosiding Sembistek 2014, 1(01), 177-189.

Ismail, R. 2013. Metodologi penyelidikan: teori dan praktis. Penerbit Universiti KebangsaanMalaysia

Ishak, M. S. 2015. Pemodelan penerimagunaan maklumat berkaitan islan di internet : pengaplikasian model penerimaan teknologi (TAM). Journal of Techno-Social, 5(2).

Lule, I., Omwansa, T. K., & Waema, T. M. 2012. Application of technology acceptance model (TAM) in m-banking adoption in Kenya. International Journal of Computing and ICT Research, 6(1), 31-43.

Medan, P. P. B. S., & Ningsih, D. G. 2010. Perancangan Sistem Informasi Data Simpan.

Mohd Azul Mohamad Salleh 2014. Online communication satisfaction towards the use of internet-based information management systems: a study at four research universities in Malaysia. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication , 30 (Special issue) . pp. 29-42

Moh’d Al-adaileh, R. 2009. An evaluation of information systems success: A user perspective-the case of Jordan Telecom Group.

European Journal of Scientific Research, 37(2), 226-239.

Muntianah, S. T., Astuti, E. S., & Azizah, D. F. 2012. Pengaruh minat perilaku terhadap actual use teknologi informasi dengan pendekatan technology acceptance model (TAM). (Studi Kasus Pada Kegiatan Belajar Mahasiswa Fakultas Ilmu Administrasi Universitas Brawijaya Malang). PROFIT (JURNAL ADMINISTRASI BISNIS), 6(1).

Ramly, N., Said, M. F., Chong, C. W., & Rahman, S. A. 2015. Analyzing Factors that Affect E-Syariah Adoption by Shar’ie Lawyers. Jurnal Pengurusan (UKM Journal of Management), 43.

Patterson, A. 2005. Information Systems -Using Information. Learning and Teaching Scotland.amayah, T., Siron, R., Dahlan, N., &

Mohamad, O. 2002. Technology usage among owners/managers of SME’s: The role of demographic and motivational variables. In

The proceedings of the 6th Annual Asian-Pacific Forum for Small Business on Small and Medium Enterprises Linkages, Networking and Clustering.

Roslia, N., Ambak, K., Danial, B. D., & Prasetijo, J. 2015. Penerimaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) Dalam Kalangan Pemandu Menggunakan Model Penerimaan Teknologi. Jurnal Teknologi, 75(1).

Said, M. Nihra Haruzuan, Suhaimin, Intan Marini. 2010. Pembangunan Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar. Pembangunan Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar . pp. 1-8

Salleh, M. A. M. 2014. Online communication satisfaction towards the use of internet-based information management systems: a study at four research universities in Malaysia. Jurnal Komunikasi; Malaysian Journal of Communication, 30, 29-42.

Salman, A., Salleh, M. A. M., Abdullah, M. Y. H., Mustaffa, N., Ahmad, A. L., Chang, P. K., & Saad, S. 2014. ICT acceptance among Malaysian urbanites: A study of additional variables in user acceptance of the new media. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space, 10(6), 75-85.

Shairil Izwan Taasim, and Hasnah Ali, 2013. Penerimaan pengguna terrhadap kaedah pembayaran elektronik. Jurnal Ekonomi Malaysia, 47 (1). pp. 3-12

Suki, N. M., & Ramayah, T. 2014. Penerimaan dan penggunaan Sistem Instant Messaging di kalangan mahasiswa. Sains Humanika, 2(1). Tang, T. I., Lin, H. H., Wang, Y. S., & Wang, Y. M. 2004. Toward an understanding of the behavioral intention to use mobile banking

services. PACIS 2004 Proceedings, 131.

Venkatesh, V., Morris, M. G., Davis, G. B., & Davis, F. D. 2003. User acceptance of information technology: Toward a unified view. MIS quarterly, 425-478.

Referensi

Dokumen terkait

Konsep tersebut diperkuat dengan menghadirkannya sebuah desain yang menantang dan tegas, yang dimana secara langsung dapat membuat pengunjung yang datang dapat

Berdasarkan kesimpulan diatas maka penulis merekomendasikan perlu dilakukan pengawasan dan pengamatan oleh Ketua Pengadilan Negeri Balikpapan terhadap suatu perkara

Perkebunan Nusantara III (Persero) Medan menggunakan perhitungan harga pokok produksi dengan metode full costing dimana biaya yang termasuk dalam perhitungan harga

Pembelajaran senam lantai dalam pelaksanaanya tidak dapat dilakukan secara individu atau perorangan, karena akan mengundang resiko kecelakaan yang cukup tinggi

Sholawat serta salam yang senantiasa tercurah pada junjungan Nabi Muhammad SAW sehingga penulis dapat menyelesaikan penyusunan skripsi yang berjudul “PENGARUH

Penelitian bertujuan mengetahui pengaruh zat alelopati dari alang-alang terhadap pertumbuhan semai spesies akasia, mengetahui jenis semai yang terpengaruh paling

Sedangkan untuk model III, yaitu kemitraan inti-plasma yang dikelola oleh petani secara individu, karena jumlah petani yang mengikuti program tersebut terbatas hanya sebanyak

Salah satu penyebab berakhirnya akad ija&gt;rah yaitu pada saat telah berakhirnya waktu yang telah disepakati, tapi dalam praktek usaha laundry ini banyak