• Tidak ada hasil yang ditemukan

Gitar and Peti Undi Orientasi Sosio poli

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Gitar and Peti Undi Orientasi Sosio poli"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

GITAR DAN PETI UNDI: ORIENTASI SOSIO-POLITIK DALAM PENGHASILAN KARYA

SENI OLEH KUMPULAN ALIRAN MUZIK UNDERGROUND DI MALAYSIA1

Mohd Rizal Hamdan

ABSTRAK

Muzik merupakan wahana penting dalam menyebarkan sesuatu propaganda samada berkaitan isu ekonomi, sosial mahu pun politik. Di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, gerakan sosial dalam membantah penglibatan Amerika Syarikat dalam perang Vietnam (1955-1975) telah ditunjangi oleh pemuzik-pemuzik terkenal daripada pelbagai genre seperti Bob Dylan, John Lennon dan beberapa yang lain dengan menghasilkan karya muzik yang memberikan kesedaran kepada rakyat betapa peperangan hanya menyebabkan kemusnahan kepada manusia. Penglibatan pemuzik-pemuzik ini dalam menyebarkan propaganda anti perang telah memberikan impak yang jelas bila mana rakyat dari pelbagai lapisan kelas dan etnik telah bangun membantah polisi kerajaan dan menggesa pihak pentadbiran Presiden Lyndon B Johnson untuk menarik kembali penghantaran tentera ke Vietnam. Era 70 an juga memperlihatkan kemunculan kumpulan muzik aliran Punk seperti The Sex Pistols di negara England yang membawakan karya mereka dalam bentuk yang begitu political dan anti status quo, sehinggakan mengkritik sistem

monarki dengan lagu yang bertajuk ‘God Save the Queen’. Pada masakini, terdapat beberapa kumpulan muzik terkenal yang menjadikan karya mereka sebagai landasan untuk menyebarkan idea politik seperti kumpulan muzik Rage Against the Machine (RATM) yang menjadikan perjuangan kumpulan pemisah Zapatista di wilayah Chiapas, Mexico sebagai subjek utama penghasilan lagu-lagu mereka. Selain itu, melalui penghasilan karya muzik, sesuatu idea politik dan sosial dapat disebar luaskan dengan lebih pantas dan berkesan Di Malaysia, terdapat beberapa kumpulan muzik kategori underground seperti Carburetor Dung, Gasoline Grenade, Geen Naam, ACAB dan sebagainya yang aktif dalam menghasilkan album studio dan menganjurkan konsert (Gigs) di seluruh negara. Walaupun kumpulan muzik sebegini tidak mendapat perhatian secara komersial oleh syarikat-syarikat rakaman, mahupun siaran di stesyen radio utama (mainstream) tanahair, namun penghasilan karya muzik mereka yang berorientasikan kritikan politik dan anti status quo telah berjaya menarik ramai peminat dan

1

(2)

membentuk ‘cult’ mereka yang tersendiri. Hal ini secara tidak langsung membuktikan bahawa seni muzik mampu menjadi alat sebaran dalam meningkatkan kesedaran politik masyarakat khususnya di kalangan anak muda.

Kata Kunci: Muzik dan Politik, Aliran underground dan Idea politik.

PENGENALAN

….Darah panas membara, Jiwa terluka gusar,Usah berbicara tentang idealism,Jangan kau debatkan janji kesaksamaan,Rukun keadilan hanya untuk Dewa -Dewa.

Carburetor Dung (2012)

Muzik seringkali hanya ditanggapi sebatas lingkungan hiburan dan keseronokan semata-mata. Kadangkala ia dianggap bukanlah suatu bidang yang memerlukan kajian yang serius. Jikalau terdapat kajian yang ilmiah dilakukan ke atas muzik, hampir keseluruhannya dilakukan berdasarkan perspektif musicology, budaya dan gerakan sosial. Walaubagaimanapun, jika dicerap dalam konteks politik, muzik merupakan kaedah efektif dalam menyebarkan sesuatu idea, khususnya yang bersifat politikal serta radikal. Pedelty & Keefa (2010:1) menjelaskan:

….“Performers can never be really certain what effect their music has on fans. Few artist believe their music will rally audiences to action, but many hope that it will be at least

serve a s a catalyst for discussion. For example, Rage Against the Machine’s Zach De La Rocha

writes lyrics in the belief that music might ‘sparks’ a real dialogue”.

Berdasarkan pendapat di atas, jelas bahawa umumnya, pemuzik cuba untuk

‘mengutarakan’ sesuatu idea dalam setiap karya yang mereka hasilkan, dengan harapan ia akan memberikan sedikit impak kepada peminat, bukan sekadar hiburan semata-mata. Sebagai contoh, dalam industri muzik Amerika Syarikat, terdapat sebuah kumpulan muzik yang begitu popular iaitu Rage Against the Machine yang menghasilkan lagu-lagu yang berbaur politik

seperti ‘Know Your Enemy’, ‘Freedom’, Wake Up, Killing in the Name Of’ dan beberapa yang lain.2 Rage Against the Machine (RATM) seringkali menyelitkan idea politik kiri (left wing

2

Rage Against the Machine (RATM) merupakan sebuah kumpulan muzik genre Rapcore Metal yang terdiri daripada 4 orang pemuzik iaitu Zach De La Rocha, Tom Morello, Tim Commerford dan Brad Wilk. Perjalanan karier seni mereka bermula dari tahun 1991 sehingga kini dan telah menghasilkan 4 buah album studio yang mencecah jualan multi platinum. Pengkritik muzik mengkelasifikasikan RATM sebagai sebuah band yang paling politikal dalam sejarah industri muzik Amerika Syarikat. Orientasi politik dalam menghasilkan karya muzik oleh RATM dapat dilihat daripada sejarah dan latar belakang 2 ahli kumulan tersebut yang paling terkenal iaitu Zach De La Rocha dan Tom Morello. Zach terdidik dalam perjuangan politik oleh Ibunya yang merupakan seorang Antropologis Politik, manakala ayahnya merupakan ahli pertubuhan ‘Los Four’ yang mendedikasikan diri mereka

untuk perjuangan identiti dan kebudayaan ‘Chicano’ di Amerika Syarikat. Tom Morello pula menerima pendidikan

(3)

politics) dalam setiap karya mereka, seperti perdebatan mengenai kezaliman sistem kapitalisme, penindasan oleh negara ke atas rakyat, kerjasama di antara elit politik negara dengan kelas pemodal (borjuis), sehinggalah kepada tema kritik atas kempen ketenteraan ‘War on Terror’ oleh Presiden George W Bush pada tahun 2001.

Idea radikalisme yang dilontarkan oleh RATM dalam karya muzik sehingga membawa kepada sokongan terbuka mereka kepada aktivis revolusioner, Black Panther Party iaitu Mumia Abu Jamal (lagu Voice of Voiceless). Selain itu, mereka juga tanpa rahsia memberikan sokongan moral kepada kumpulanZapatista Army of National Liberation (EZLN) di wilayah Chiapas, Mexico melalui lagu People of the Sun.3 Penerimaan peminat terhadap karya-karya muzik mereka yang radikal dapat dilihat kepada jualan album sebanyak 16 juta salinan.4 Namun, RATM bukanlah kumpulan muzik atau artis solo pertama yang menghasilkan lagu-lagu bertema politik. Jauh sebelum kemunculan mereka, terdapat ramai daripada kalangan artis seperti Woody Guthrie (1912-1967), John Lennon (1940-1980), Bob Dylan, Tracy Chapman dan beberapa yang lain lagi yang mengalunkan lagu bertema politik.5

Berikutan penerimaan positif peminat seluruh dunia terhadap lagu-lagu yang bertema politik dan radikal ini, sama ada daripada genre Metal, Rock, Folk mahu pun Punk, ia secara tidak langsung memberikan inspirasi kepada kumpulan muzik tempatan (local band) untuk menghasilkan karya yang serupa. Walaupun kebanyakan kumpulan muzik sebegini berasal dari rantau barat (Eropah dan Amerika), namun seperkara yang menarik ialah, ia telah memberikan pengaruh kepada peminat di benua lain untuk melakukan hal yang sama. Berikutan itu, tidak hairan munculnya banyak kumpulan muzik bergenre Punk misalnya, di Negara Indonesia dan Malaysia. Inspirasi yang dimaksudkan di sini bukan sahaja dalam bentuk melodi muzik sahaja, bahkan turut mencakupi nilai seperti tatacara berpakaian, semangat DIY (Do It Yourself) dan membentuk kelompok yang tersendiri. Sebagai contoh, di Malaysia sahaja terdapat banyak

mereka dan kemudiannya diterjemahkan secara kreatif dalam setiap lagu-lagu yang dihasilkan oleh RATM. Lihat Kogos (2008) untuk penjelasan lebih lanjut.

3

RATM secara berterus terang menyatakan sokongan kepada perjuangan EZLN dalam menentang kerajaan Mexico. Hal ini dapat kepada kenyataan vokalis RATM, Zach De La Rocha yang menyatakan pendirian RATM adalah jelas iaitu menyokong EZLN yang melancarkan perang revolusi berikutan penindasan kerajaan Mexico ke atas masyarakat peribumi di wilayah Chiapas. De La Rocha menjelaskan, mereka menyokong EZLN berikutan ia

merupakan sebuah organisasi yang gigih menentang penindasan ‘boneka kapitalis’. Namun, satu hal yang jelas

ialah, persamaan ideology EZLN yang beraliran kiri (Left Wing ideology) telah menarik minat RATM yang juga tanpa berselindung merupakan beraliran politik yang sama. Antara inisiatif yang dilakukan oleh RATM ialah menghasilkan sebuah lagu yang popular dan sinonim dengan mereka iaitu People of the Sun yang mengisahkan perjuangan EZLN dalam menentang penindasan kapitalisme. Berikutan tindakan ini, sedikit sebanyak perjuangan EZLN mendapat perhatian masyarakat antarabangsa dan berjaya menjadikan pemimpin EZLN iaitu

Subcommandante Marcos sebagai ikon ‘rebel’ yang dikagumi banyak pihak. Dalam setiap konsert yang dilakukan

oleh RATM, mereka tidak lupa menaikkan bendera EZLN yang berlambang ‘Black Flag & Red Star’ di atas pentas. Melalui temubual yang dilakukan oleh Simon Wooldridge untuk majalah Juice Magazine (2007), Zach De La

Rocha menyatakan “That really remained in my heart, because I also feel Mexican," he told Mexican paper Reforma. "That's why I'm interested in spreading those ideas through art, because music has the power to cross borders, to break military sieges and to establish real dialogue. Our purpose in sympathising with the Zapatistas is

to help spark that dialogue." (http://www.musicfanclubs.org/rage/articles/juice00.htm)

4

Helen Pidd. 2009. Rage Against the Machine beats X-Factor Joe to Christmas no 1. The Guardian.(

http://www.guardian.co.uk/music/2009/dec/20/rage-against-machine-christmas-number-1)

5

Di antara lagu berbaur politik yang mendapat perhatian meluas dan popular di peringkat antarabangsa ialah lagu

berjudul ‘Imagine’, ‘Power to the People’ (John Lennon), Street Fighting Man (The Rolling Stones), The Time They

(4)

kumpulan muzik genre Punk yang terkenal contohnya seperti Carburetor Dung, Subculture dan Dum Dum Tak.6

Artikel ini bukanlah bertujuan untuk memperihalkan mengenai sejarah RATM, John Lennon, Carburetor Dung atau kumpulan muzik lain yang menghasilkan lagu bertema politikal, namun lebih kepada menjelaskan bagaimana muzik boleh menjadi alat penyebaran idea dalam meningkatkan kesedaran politik masyarakat, khususnya dalam konteks aliran underground di Malaysia. Selain daripada itu, artikel ini juga turut mencuba untuk mencari penjelasan apakah yang menyebabkan kumpulan-kumpulan muzik sebegini memilih untuk menghasilkan karya yang berbentuk politikal.

MUZIK SEBAGAI ALAT PENYEBARAN IDEA POLITIK

Can You Put a Price on Peace?....

Petikan di atas merupakan bait-bait lirik lagu ‘Peace Sells But Who’s Buying?’ yang dihasilkan oleh Megadeth pada tahun 1986. Rangkap tersebut juga turut membawa suatu wacana yang selalu diabaikan oleh para penggemar muzik mahupun para pencinta keamanan. Tidak ramai

yang menyedari bahawa nilai “keamanan” masa kini sudah beranjak daripada sebuah wacana

kepada satu komoditi.

Keamanan masa kini boleh dijual beli. Pihak Amerika Syarikat memberikan kata dua kepada Iraq ketika era pentadbiran Saddam Hussein sama ada menyerahkan ’weapon of mass

destruction’ (WMD) atau bersedia menghadapi tindakan ketenteraan. Isu WMD sengaja diada

-adakan sebagai alasan untuk mengabsahkan (legitimize) tindakan ketenteraan ke atas Iraq (sesetengah penganalisis menyatakan peperangan di Iraq adalah manifestasi tindakan para kapitalis industri persenjataan di Amerika untuk menghasilkan keuntungan,sejauh mana kebenarannya bukanlah menjadi tujuan utama artikel ini).

6

(5)

Pihak Korea Utara dikenakan perintah sekatan dengan segala jenis terma ekonomi seperti

embargo atau sanction berikutan keengganan mereka melucutkan senjata nuklear yang dimiliki.

Jika kita melakukan analisis ke atas setiap konflik atau krisis, pihak yang paling terkesan tindakan yang membelakangkan nilai kemanusiaan ini ialah rakyat terbanyak! Berdasarkan bukti di atas jelas bahawa nilai keamanan/politik itu sudah menjadi satu komoditi yang dinilai melalui wang.

Penentangan ke atas senario politik masakini yang penuh dengan korupsi, kolusi, nepotisme, kronisme mahupun kediktatoran tidak hanya mampu dizahirkan melalui aktivisme politik, bahkan juga boleh dilahirkan melalui apresiasi seni. Terdapat ramai artis yang menolak proses pembodohan dalam masyarakat pada era 70-an seperti The Black Sabbath, meluahkan

ketidak puasan hati mereka melalui lagu ‘Wa r Pigs. Lagu ini membicarakan tentang protes terhadap perang Vietnam-USA.

Mungkin ramai yang meminati karya muzik John Lennon. Ketika era kemuncak bantahan massa ke atas perang yang terjadi di Vietnam dan keresahan dekad 70-an, timbul kesedaran dikalangan pemuzik untuk menghasilkan sebuah karya seni yang mampu menyemai idea politik ke dalam diri pendengar. Di saat inilah munculnya John Lennon mengalunkan lagu

yang begitu identikal dengan keamanan iaitu ‘ima gine’ (walaupun Yoko Ono mengatakan ilham lagu ini tercetus berdasarkan pengalamannya ketika perang dunia ke dua).7 Perlu ditekankan disini, muzik merupakan satu saluran yang mudah untuk menyebarkan propaganda sesuatu ideologi, agama mahupun menyebar luaskan idea universal seperti keamanan, kedamaian, keadilan dan kesaksamaan.

GENRE MUZIK DAN IDEA POLITIK

Kajian ringkas yang dilakukan memperlihatkan, walaupun terdapat pelbagai genre yang menghasilkan lagu-lagu yang berbentuk politikal, namun genre yang tergolong dalam aliran underground seperti Punk Rock dan Oi-Skinhead merupakan yang paling politikal dalam kesemua genre yang lain. Kemunculan kumpulan muzik kontroversi seperti The Sex Pistols pada tahun 70-an dengan nilai-nilai radikal, semangat anti sistem (anti status quo) telah membuka ruang kepada bercambahnya idea perlawanan melalui muzik. Perlu disedari bahawa

lagu popular The Sex Pistols iaitu ‘Anarchy in the UK’(1976) dan ‘God Save the Queen’ (1977) merupakan karya muzik yang paling kontroversi di Britain pada era tersebut.8 Dua buah lagu ini

7

Beliau dilahirkan di Liverpool pada tahun 1940 dan merupakan salah seorang ahli the Beatles yang paling berpengaruh. John Lennon mula terlibat aktif aktivisme politik pasca era the Beatles. Kerana penglibatan aktif beliau dalam advokasi hak asasi, kerajaan Amerika Syarikat ketika era Presiden Richard Nixon pernah mengugut untuk membatalkan visa beliau di Amerika dan menghantarnya pulang ke United Kingdom. Di antara kejayaan aktivisme hak asasi hasil penyertaan John Lennon adalah kempen membebaskan John Sinclair daripada tahanan polis. John Lennon ditembak mati oleh salah seorang peminatnya pada tahun 1980 di hadapan rumahnya di New York.

8

(6)

secara terang-terangan menyerang sistem politik Britain yang dikatakan korup dan institusi

monarki yang dilabel sebagai ‘Fascist Regime’.

Kemunculan kumpulan muzik yang radikal seperti The Sex Pistols telah memberikan inspirasi kepada kemunculan sebuah lagi kumpulan yang sama iaitu The Clash. Perlu disedari, karya

muzik ciptaan The Clash bertajuk ‘London Calling’ (1979) yang membicarakan tentang

peningkatan kadar pengangguran, konflik etnik dan penyalahgunaan dadah menjadi ‘anthem’ yang begitu popular ketika dekad tersebut.

Cross (2010:1) menjelaskan:

….. From its own origins in 1977, this dissident strand within British Punk had

connected with a new audience willing to take seriously the “revolutionary” cultural and

political aspirations that Punk rock had originally championed”.

Pernyataan di atas dapat dilihat kepada sikap kolektif beberapa kumpulan muzik Punk di England pada tahun 1976 yang menubuhkan sebuah pergerakan yang dipanggil Rocks Against

Racism (RAR). Pergerakan ini dianggotai oleh beberapa kumpulan muzik Punk yang

berpengaruh ketika era tersebut seperti The Clash dan Steel Pulse. Keberkesanan pergerakan ini dalam menyebarkan idea anti rasisme dapat dibuktikan berdasarkan dua perkara. Pertamanya ialah peningkatan kehadiran peminat dalam setiap konsert yang dianjurkan dengan tujuan menerapkan pendidikan politik. Pada satu tahap, konsert yang dianjurkan oleh RAR pada tahun 1978 yang dihadiri oleh seramai 100,000 orang (Roberts & Moore 2009:26). Selain itu, program-program kesedaran anti rasisme anjuran RAR juga telah berjaya menembusi kubu kuat parti politik ultra-nasionalis, National Front di England seperti Bandar Leeds dan Southall.

Dawson (2005) dalam tulisannya yang bertajuk ‘Love Music, Hate Racism: The Cultural Politics of the Rock Against Racism Campaign, berhujah:

….“These outdoor concert/festivals in London attracted as 100,000 people and have come to be seen as the acme of RAR’s success. But there were also concerts in Manchester, Brixton, Southall, Leeds etc, totaling some 300 gigs in all during 1978.

Selain penganjuran konsert bagi meningkat kesedaran anti rasisme, RAR juga telah

menerbitkan Zine (majalah terbitan tidak berkala) yang menggunakan nama ‘Temporary Hoarding’. Majalah ini menjadi saluran komunikasi di antara pelopor-pelopor RAR dengan peminat dalam membincangkan idea politik yang pelbagai seperti demokrasi, hak asasi selain menyebarkan matlamat asal perjuangan RAR (Roberts & Moore 2009:26). Impak yang dicetuskan berikutan meningkatnya populariti Temporary Hoarding telah membawa kepada penerbitan sebuah lagi majalah yang sama dan lebih popular serta meluas sebarannya iaitu

‘Sniffin Glue’.

Perlu dijelaskan disini, penerbit majalah Sniffin Glue bukan sahaja mengambil konsep yang sama seperti Temporary Hoarding iaitu menyebarkan idea politik melalui aliran underground, namun turut menggalakkan para peminat untuk menubuhkan kumpulan muzik mereka sendiri, seperti memperkenalkan kolum pendidikan gitar menggunakan kord-kord yang

(7)

mudah. Inisiatif sebegini secara tidak langsung bukan sahaja mengalakan lagi kemunculan kumpulan muzik dari genre Punk, tetapi juga secara tidak langsung telah menanamkan ‘set idea’ yang menjadi tulang belakang kepada kumpulan muzik yang bakal ditubuhkan iaitu ‘anti

rasisme’. Contoh yang dikemukakan di atas memperlihatkan betapa genre muzik telah

berevolusi daripada hanyalah sebatas ‘hiburan’ menjadi sebuah ‘pertubuhan yang longgar’.

Hujah ini disokong dengan pendapat vokalis The Clash, Joe Strummer ketika beliau ditanya mengenai potensi Punk sebagai genre seakan ‘pertubuhan politik’, beliau mengatakan “Punk Rock for me was a social movement’(D’ Ambrosio 2004:5)

ALIRAN MUZIK UNDERGROUND DI MALAYSIA: LAGU SEBAGAI SENJATA

And sir and friends are crucified, A day they wished that we had died, we are an addition, we are

ruled by none, Never ever never (The Sex Pistols, E.M.I:1977)

Aliran muzik underground perlu dibezakan dengan aliran arus perdana (mainstream) yang mendominasi industri budaya popular (Popular culture industry) di Malaysia. Nilai yang membezakan kumpulan muzik aliran underground dengan aliran mainstream ialah konsep DIY yang sebagai teras utama. Konsep DIY menekankan setiap kumpulan muzik, pemuzik mahupun peminat untuk melakukan segalanya tanpa mengharapkan bantuan pihak lain (dalam konteks ini syarikat rakaman,pereka fesyen dan kerajaan) dalam menghasilkan karya serta barangan lain seperti pakaian.

Konsep DIY menekankan, mereka (individu yang terlibat dalam scene) lebih berdikari tanpa memerlukan bantuan sama ada daripada konteks modal mahupun idea. Sebagai contoh, mereka tidak mengharapkan majalah atau surat khabar arus perdana seperti Utusan Malaysia, Harian Metro, New Straits Times mahupun Harakah untuk mempromosikan material yang mereka hasilkan. Sebaliknya, mereka akan menerbitkan sendiri majalah yang akan menjadi saluran komunikasi mereka untuk menyebarkan idea. Sebagai contoh, makluman gigs (konsert skala kecil), jualan album studio, barangan muzik mahupun jualan pakaian akan dilakukan melalui hebahan majalah terbitan sendiri. Seiring dengan kemajuan teknologi, kini sudah terdapat banyak majalah DIY yang beralih daripada konsep cetakan kepada atas talian (online).9 Roberts & Moore (2009:22) dalam berhujah mengenai konsep DIY, menjelaskan:

…“The DIY ethic states that Punks-underground should not be content with being

consumers and spectators but instead should become active participants in creating culture by starting their own fan magazines (commonly known as ‘zines’), creating their own record labels,

starting their own bands and creating a network of venues for live performance”.

9

(8)

Konsep DIY yang diamalkan oleh aliran underground secara tidak langsung memberikan

mereka ruang untuk menghasilkan ‘kreativiti yang tulen’ tanpa perlu mengikut kehendak pasaran

atau syarikat rakaman. Pendapat ini turut dikongsi oleh Moore (2007) tatkala membicarakan tentang konsep DIY. Beliau mengatakan:

…“An underlying idea is that these media should be autonomous from culture industry

and the mainstream media as much as possible, to serve as an alternative form of cultural production which can facilitate artistic experimentation by minimizing the impact of commercialization”.

Berdasarkan pendapat ini, dapat difahami mengapa kumpulan muzik aliran underground lebih gemar menubuhkan syarikat rakaman sendiri, yang mana mereka bebas menghasilkan apa sahaja bentuk karya muzik yang mereka hajati. Berdasarkan pengalaman penulis dalam melakukan ulasan beberapa konsert dan album, kualiti setiap album dan konsert sama ada daripada konteks bunyi (sound-audio) dan pengurusan oleh label bebas ini, mereka bebas dalam menentukan orientasi album, penjualan material berkaitan kumpulan muzik tanpa perlu merujuk kepada sesiapa. Darjah kebebasan inilah yang memberikan ruang kepada kumpulan muzik yang beraliran underground dalam menghasilkan karya muzik yang politikal.

Mereka tidak perlu bimbang (dihalang penerbitan oleh Radio Televisyen Malaysia) atau rugi dalam perniagaan, kerana keuntungan bukanlah matlamat utama. Sebagai contoh, pada tahun 2012, penulis telah diberikan kesempatan untuk mendengar pre-launching sebuah album

‘split’ yang menggabungkan 4 buah kumpulan Hardcore Punk yang berjudul ‘Capitalist War

Holocaust’. Di antara kumpulan yang terlibat dalam pembikinan album ‘split’ ini ialah kumpulan muzik Exkoriator (Singapore), Diskangkung (Johor), Angkara (Kedah) dan Geen Naam (Kuala Lumpur). Seperkara yang menarik ialah, projek pembikinan album ini telah melibatkan kerjasama 4 buah syarikat rakaman bebas (independent recording label) iaitu Black Seeds Records, Blood of War Records, Sukma Records dan Senapunk Records. Kerjasama 4 buah kumpulan muzik dan syarikat rakaman ini begitu bebas dan DIY. Darjah kebebasan yang dinikmati berikutan pegangan kepada konsep DIY ini tidak dapat disangkal menjadi dorongan kepada penghasilan karya muzik yang bersifat politik oleh setiap kumpulan muzik dari aliran underground.

Untuk menghasilkan kajian rintis ini, penulis telah mengambil beberapa buah kumpulan muzik aliran underground sebagai sampel awal kajian. Di antara kumpulan muzik tersebut ialah Carburetor Dung dan Dum Dum Tak.

CARBURETOR DUNG

Merupakan sebuah kumpulan yang sudah bertapak lama dalam aliran underground di Malaysia.

Berdasarkan maklumat yang disediakan di laman web mereka

(http://carburetordung.kerbau.com/dung-brief-biography/), kumpulan ini telah ditubuhkan pada

tahun 1991 oleh sekumpulan anak muda yang mempunyai semangat berdikari dan gemarkan muzik genre Punk. Kemunculan awal Carburetor Dung ditandai dengan menghasilkan sebuah

(9)

Hishamudin Rais yang bertajuk ‘Dari Jemapoh ke Manchestee’ pada tahun 1995. Seperti

kebanyakan kumpulan muzik yang lain, Carburetor Dung juga melalui beberapa pertukaran

‘pemuzik’ dan barisan pemuzik yang terkini dianggotai oleh Alak (vokalis), Joe Kidd (Gitar), Bullet (Drum), Fendi (Bass) dan Tom (Gitar). Carburetor Dung baru sahaja merakamkan album

terbaru mereka berjudul ‘Ingin Ku Rejam Raksasa Kejam’ yang mendapat sambutan begitu menggalakkan daripada peminat. Penulis memilih untuk menganalisis ‘elemen politik’ yang

terdapat dalam album terbaru mereka.

Album terbaru Carburetor Dung memuatkan sebuah lagu yang bertajuk ‘Hantu Raya Putrajaya’. Berdasarkan penelitian penulis, lagu ini bermaksud mengkritik pemimpin politik (seperti yang perlambangan Hantu Raya yang menduduki Putrajaya). Berikut merupakan petikan lagu tersebut:

Suara mu yang lantang melawan, siapa punya?!

Rumah mu yang mewah menawan, siapa punya?!

Hidup mu yang kenyang senang lenang, siapa punya?!

Kebebasan mu yang ada, siapa punya?!

Berdasarkan interpretasi penulis, lagu ini mempersoalkan tetang kemewahan yang dinikmati oleh pemimpin Negara sedangkan terdapat rakyat kebanyakan hidup dalam kemiskinan (poverty). Selain itu, penulis juga berpendapat, lagu ini juga turut cuba menyampaikan mesej bahawa kebajikan rakyat seharusnya diutamakan berbanding para pemimpin Negara. Penulis juga berpendapat, terdapat wacana kuasa yang diselitkan sebagai inti pati utama lagu ini, seperti lirik di bawah:

Cuba-cuba menaikkan suara,

Aku heret, aku ikat, aku tangkap, aku sumbat!,

Cuba-cuba menaikkan kepala,

Aku ketuk, aku lepuk, aku luku, aku cantas!

Melalui rangkap tersebut, Carburetor Dung cuba menyampaikan kepada pendengarnya tentang penyalahgunaan kuasa (abuse of powers) dan perlanggaran hak asasi manusia (Human

rights violation) dengan menggunakan ‘state legitimate coercive power’ seperti Polis DiRaja

Malaysia dan agensi penguatkuasaan lain bagi meredam kebangkitan rakyat. Penulis berpendapat, lagu ini mencuba untuk menyampaikan mesej kepada pendengarnya mengenai kekerasan politik yang dilakukan oleh pihak kerajaan atas nama keselamatan Negara.

(10)

Punk antarabangsa, The Stooges dengan tajuk ‘I wanna be Your Dog’ (1969) yang dirakamkan semula dan dialih bahasa oleh Carburetor Dung. Lagu ini mungkin berkisar tentang seorang pelobi politik (Political lobbyist) yang menggunakan jaringan politiknya dengan para pemimpin Negara untuk mendapat pelbagai kontrak dan kekayaan. Contoh lirik lagu ialah:

Aku memang kaki nyundal,

Cium pungkok, aku pakar!,

Orang besar semua ku kenal,

Call me Tan Sri Muka Tebal!

Lagu ini mengkritik para pelobi politik yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan apa yang dihajati. Hal ini bukanlah suatu yang janggal dalam politik Negara, sama ada dari parti pembangkang mahupun kerajaan,akan wujud kelompok yang membina jaringan politik (political networks) dengan elit parti dan kerajaan. Penulis berpendapat, kritikan yang dilemparkan dalam lagu ini, memberikan kefahaman kepada para pendengarnya mengenai konsep patron-client melalui teknik yang paling mudah. Secara tidak langsung, ia memberikan kefahaman kepada para pendengar bahawa masalah seperti korupsi misalnya sukar

dihapuskan selagi wujud golongan ‘pencium pungkoq’ seperti yang disampaikan dalam lagu ini.

DUM DUM TAK

Merupakan sebuah kumpulan muzik yang berpusat di Kuala Lumpur. Album mereka yang

berjudul ‘Hentikan Penindasan’ (2009) mendapat perhatian meluas di kalangan peminat muzik aliran underground. Kumpulan muzik bergenre Punk ini menjadikan lagu-lagu mereka sebagai

landasan untuk meluahkan pendapat khususnya mengenai politik. Melalui album ‘Hentikan penindasan’, ia merupakan sebuah album studio yang mempunyai kualiti audio yang memberangsangkan. Seperti kebanyakan lagu-lagu oleh kumpulan bergenre Punk yang lain, lirik yang terdapat dalam setiap lagu mengandungi banyak perkataan kasar (vulgar) serta makian. Hal ini boleh difahami, ia merupakan ekspresi pendapat mereka terhadap pelbagai isu yang melanda arena politik Negara. Namun, penulis begitu tertarik dengan beberapa buah lagu oleh kumpulan ini, kerana mengandungi mesej politik yang jelas seperti anti status quo, anti kapitalisme, anti rasisme, malahan anti kepada regim pemerintah. Penulis akan mencuba untuk menganalisis beberapa buah lagu oleh Dum Dum Tak yang mengandungi idea dan mesej politik yang bermanfaat dalam meningkat kesedaran politik anak muda, khususnya para peminat yang menikmati karya muzik mereka.

Lagu ciptaan Dum Dum Tak yang berjudul Petrol,Petrol, Petrol merupakan track yang paling sarat dengan mesej politik serta menyentuh isu semasa yang dihadapi oleh rakyat. Lirik lagu ini yang berbunyi:

(11)

Konon katanya harga subsidi,

Kau susahkan rakyat dunia,

Sekarang kami sangat tersiksa,

Amerika Syarikat (Fuck You!) Kerajaan Pusat (Fuck You!)

Jelas, lagu ini mengkritik secara langsung tindakan pihak kerajaan yang menaikkan harga minyak yang turut menyebabkan tindakan berantai iaitu kenaikan harga barangan keperluan harian. Selain itu, seperkara yang turut menarik perhatian ialah percubaan Dum Dum Tak mengaitkan peranan kapitalis antarabangsa yang dilambangkan melalui Amerika Syarikat. Perlu disedari, impak daripada kempen ‘War on Terror’ oleh Presiden George W Bush pada

tahun 2001 ke atas ‘pengganas antarabangsa’ menyebabkan melambungnya harga minyak

dunia. Penulis berpendapat, lagu ini memberikan maklumat ringkas kepada pendengar mengenai situasi sebenar disebalik ‘kenaikan harga petrol’ dan barangan keperluan harian sehingga membebankan rakyat. Selain itu, lagu yang menarik ini juga menyarankan pendengar (rakyat) untuk berdemonstrasi bagi memprotes kenaikan harga yang berlaku. Berikut merupakan petikan liriknya:

Harga keperluan meningkat lagi,

Ayuh kita berdemonstrasi,

Luahkan apa yang terbuku di hati,

Dengarkanlah suara kami,

Album ‘Hentikan Penindasan’ ini turut menampilkan sebuah lagu yang mengkritik kepimpinan

Negara (ketika album ini dirakam) iaitu era kepimpinan Tun Abdullah Badawi. Lagu yang

berjudul ‘Suara Kami’ menyelitkan penggunaan perkataan yang kesat (vulgar). Sebagai contoh:

Jemaah Menteri apa lagi yang kau pinta dan ingini,

Engkau hanya goyang kaki, porak peranda hidup kami,

Celaka kau Pak Lawi (Abdullah Badawi), huru hara ekonomi,

Apa nak suap anak bini, jika terus begini,

(12)

Penulis berpendapat lagu ini menceritakan tentang keperitan hidup akibat kemelesetan ekonomi Negara, ekoran salah urus tadbir ekonomi Negara. Oleh itu, kumpulan muzik ini mensasarkan makian mereka kepada kepimpinan Negara yang dilihat menjadi punca utama keperitan hidup yang dilalui oleh rakyat. Walaupun lagu ini mempunyai elemen penggunaan bahasa kasar, namun seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, ia merupakan ekspresi kekecewaan oleh seorang rakyat. Penggunaan bahasa kasar dalam menyampaikan sesuatu mesej sememangnya menjadi ‘trademark’ setiap kumpulan muzik underground.

Sebagai contoh, kumpulan muzik The Sex Pistols sendiri menggunakan perkataan seperti

‘Fasict Regime’, ‘Fuck’, ‘Goddamn’ sehinggakan pada satu tahap menyifatkan pihak

pemerintah sebagai ‘Bloody Fuckers’. Perlu disedari, dalam menyelidik nilai politik yang ingin disampaikan dalam sesebuah lagu, pertimbangan ‘moral judgement’ perlulah dikesampingkan bagi memahami makna utama disebalik lagu. Tidak semua lapisan masyarakat mampu memahami konsep-konsep dan teori politik yang terlalu kompleks, namun melalui karya muzik sebegini, masyarakat setidak-tidaknya mula memahami tentang hak demokratik mereka sebagai rakyat dalam sebuah entiti politik iaitu negara. Karya muzik yang dihasilkan tidak hanya bersandarkan nota-nota muzik yang disusun bahkan turut mengandungi pesanan dan kritikan terhadap sistem yang sedia ada.

KESIMPULAN

Muzik merupakan salah satu saluran yang paling mudah untuk melontarkan idea politik sama ada oleh seseorang ataupun organisasi. Berbanding penyebaran maklumat dan idea politik melalui cara yang konvensional seperti surat khabar dan majalah, penyebaran idea politik khususnya yang bersifat radikal melalui lagu dilihat lebih efektif. Karl Marx (1818-1883) pernah mengatakan bahawa sesiapa yang menguasai akhbar, maka ia akan menguasai pemikiran rakyat. Namun, perubahan zaman memperlihatkan teknik penyebaran idea politik perlu beranjak kepada yang lebih kontemporari dan mampu menambat hati semua pihak, iaitu melalui muzik.

(13)

Di Malaysia, terdapat banyak kumpulan muzik underground dari genre Punk dan Skinhead yang menghasilkan lagu-lagu politikal. Di antara kumpulan muzik underground di Malaysia yang menghasilkan lagu-lagu politikal adalah seperti Carburetor Dung, Dum Dum Tak, Gang Buster, ACAB dan sebagainya. Kumpulan-kumpulan muzik sebegini mempunyai pengikutnya yang tersendiri dan tidak bergantung kepada kehendak pasaran. Oleh yang demikian, penghasilan karya-karya muzik yang politikal oleh kumpulan muzik sebegini sedikti sebanyak memberikan pendidikan politik kepada masyarakat secara umumnya dan anak muda khususnya dalam bentuk yang paling mudah. Walaupun lagu-lagu yang dihasilkan dilihat agak kasar,khususnya dalam konteks penggunaan perkataan, namun ia merupakan ekspresi kepada situasi yang sedang berlaku dalam Negara dan masyarakat. Walaupun aliran ini dilihat bebas daripada sistem, namun terdapat beberapa peristiwa seperti pengharaman oleh pihak kerajaan

akibat daripada ‘moral panic’ yang berlaku dalam masyarakat. Walaubagaimanapun, inisiatif golongan ini perlulah diiktiraf khususnya melalui usaha mereka dalam menyebarkan kesedaran dan kefahaman politik terhadap masyarakat. Diharapkan penyelidikan ini dapat diperluaskan lagi dalam bentuk buku yang lebih berstruktur di masa yang akan datang.

RUJUKAN

Ahlkvist, J.A. 1999. Music and Cultural Analysis in the Classroom: Introducing Sociology

through Heavy Metal. Teaching Sociology. (Vol 27) (Page 126-144)

Cross,R.2010. ‘There is No Authority but Yourself: The Individual and the Collective in British

Anarcho Punk. Music & Politics. Vol IV, No 2 (Summer 2010)

Finley, LL.2002. The Lyrics of Rage Against the Machine: A Study In Radical Criminology. Journal of Criminal Justice and Popular Culture, 9 (3) (Page 150-166)

Kogos,N.2008.Sleep Now in the Fire.ESSAI: Vol 6, Article 28

Liew,K.K & Fu,K .2006. Conjuring the Tropical Specters: Heavy Metal, Cultural Politics in

Singapore and Malaysia. Inter-Asia Cultural Studies. 7 (1), Page 99-112

Moore R. 2004. Postmodernism and Punk Subculture: Cultures of Authenticity and

Deconstruction. The Communication Review (7) (Page 305-327)

Mueller,A. 2011. Understanding Dislocal Urban Subcultures: The Example of the Hardcore

Scene from Tokyo and Beyond. Music & Arts in Action. Vol 3. Issue 3. (Page 136-146)

Pedelty,M & Keefe, L. 2010. Political Pop, Political Fans:A Content Analysis Music Fans Blog. Music & Politics, Vol IV, No 1 (Winter 2010)

Platoff, J.2005. John Lennon, Revolution and the Politics of Musical Reception. The Journal of Musicology. Vol 22, No 2 (Spring 2005) (Page 241-267)

Roberts, M & Moore, R.2009. Peace Punks and P unks Against Racism: Resource Mobilization

and Frame Construction in the Punk Movement. Music and Arts in Action. San Diego State

(14)

Wallach,J. 2008. Living the Punk Lifestyle in Jakarta. Ethnomusicology. Vol 52. (Page 98-115) Walser, R.1992. Eruptions: Heavy Metal Appropriations of Classical Virtuosity. Popular Music.

Referensi

Dokumen terkait

Model meritokrasi partai juga dapat diartikan sebagai kecakapan integritas dan kenegarawanan sosok tokoh partai yang berpengaruh, sehingga nantinya – pengelolaan dan

Terkait dengan hasil analisis diketahui bahwa pemberian ekstrak daun Pegagan (Centella asiatica ) dosis 125 mg/kg bb mampu menurunkan jumlah sel spermatogonium dalam tubulus

diturunkan kepada nabi muhammad surah pertama al-qur’an adalah al-fatihah surah al-qur’an petunjuk hidup manusia umat islam wajib belajar al-qur’an.. umat islam wajib

Pada penelitian ini digunakan metode pill count untuk menilai kepatuhan pasien dalam penggunaan obat dengan cara peneliti mendatangi alamat pasien setelah didapat

Surveilans Infeksi Saluran Kemih (ISK) adalah pengumpulan data kejadian infeksi saluran kemih akibat penggunaan alat dower kateter atau tindakan aseptik lain

- Agar kegiatan pembuatan kerajinan daur ulang sampah di Kampung Wisata Pancer dapat terus meningkat kemanfaatannya bagi masyarakat, dapat dijadikan sebagai wisata edukasi

adalah sistem ekonomi akan mengarah pada sistem ekonomi liberal/kapitalis yang mendasar kegiatan ekonominya pada mekanisme pasar, hal ini berkaitan dengan hak emperative

Guru Bertugas 6 Nov RM3.50 setiap murid / PIBG Pelaksanaan rancangan berjalan dengan baik – 80% Perlaksanaan rancangan berjalan dengan baik – 90% Kelancaran