• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERIBAHASA MELAYU CAM BERKAITAN DENGAN P

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PERIBAHASA MELAYU CAM BERKAITAN DENGAN P"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

PERIBAHASA MELAYU-CAM BERKAITAN DENGAN

PERKAHWINAN DAN KEKELUARGAAN: SATU PENELITIAN1

Fatimah Abdullah (timah@ukm.my)

Mohamad Zain Musa (matzen@ukm.my)

&

Farid Mat Zain (farid@ukm.my)

Abstrak

Salah satu keistimewaan Bahasa Melayu ialah kekayaan bahasa kiasannya. Antara bahasa kiasan yang penting ialah peribahasa. Dalam peribahasa Melayu-Cam pelbagai aspek berkaitan dengan nilai dan norma disampaikan; daripada hal-hal berkaitan dengan budi bahasa, peraturan dalam aktiviti seharian, nilai yang diutamakan atau yang ditegah baik untuk wanita dan lelaki, teruna dan dara, ibu dan bapa, suami dan isteri, kanak-kanak, orang muda dan tua, semua itu terdapat dalam peribahasa Melayu-Cam. Sehubungan itu kertas kerja ini akan menyentuh mengenai peribahasa yang berkaitan dengan perkahwinan dan keluarga. Termasuk dalam perbincangan ialah hal-hal yang menyentuh tentang pemilihan jodoh, hubungan dalam keluarga dan antara keluarga. Perkara penting yang cuba diketengahkan ialah mengenai ada atau tiadak adanya persamaan nilai dan norma dalam hal-hal berkaitan dengan perkahwinan dan institusi keluarga sebagaimana yang terkandung dalam peribahasa Melayu-Cam. Skop perbincangan hanyalah didasarkan kepada teks Peribahasa Cam (Dictons & Proverbes Cam) susunan G. Moussey & Duong Tan Thi (2002) dan beberapa koleksi peribahasa Melayu. Tegasnya peribahasa yang terdapat dalam teks berkenaan yang menyentuh tentang perkawinan dan keluarga akan dikupas dan dicari persamaannya dengan peribahasa Melayu. Perbincangan dalam kertas ini bukan sahaja penting dalam memahami nilai dan norma orang Melayu-Cam, malah diharap akan menjadi asas kepada lebih banyak pendokumentasian peribahasa Cam pada masa akan datang. Sekaligus kertas kerja ini diharap dapat menjadi asas penting dalam memahami persamaan antara dua masyarakat ini.

Kata Kunci: peribahasa, Melayu, Cam, nilai, norma, keluarga, perkahwinan

1

(2)

A. Pengenalan

Bahasa adalah satu elemen penting dalam kebudayaan. Sama ada secara lisan mahupun bertulis, bahasa menjadi alat komunikasi yang utama bagi masyarakat untuk menyampaikan kepada ahli-ahlinya halberkaitan dengan adat resam, adat istiadat serta peraturan yang didokong oleh masyarakat berkenaan. Bahasa penyampaian boleh berbentuk formal dan mudah difahami atau berbentuk kiasan. Dalam budaya Melayu bahasa kiasan memainkan peranan penting sebagai satu bentuk peratuaran atau kawalan sosial tidak formal. Antara bahasa kiasan yang penting ialah peribahasa.

Peribahasa ialah bentuk pengucapan yang banyak dijumpai dalam kesusasteraan lama, sebagai persembahan terhadap cara masyarakat berfikir pada masa dahulu. Perhubungan mereka yang rapat dengan alam sekeliling menimbulkan ilham untuk diolah sebagai perbandingan dengan peristiwa yang berlaku dalam masyarakat pada waktu itu. Peribahasa banyak digunakan dalam kehidupan seharian masyarakat pada masa dulu. Ini kerana cara-cara demikian dianggap sebagai suatu kaedah yang agak mudah untuk memberi nasihat, teguran atau sindiran apa lagi kaeadah itu mudah pula diterima atau difahami oleh pihak yang dinasihati. Menurut Abdullah Hussain (1965) peribahasa berasal daripada tiga sumber. Sumber pertama ialah daripada pengalaman hidup di mana rakyat jelata mencipta peribahasa melalui pengalaman hidup seharian. Sumber kedua pula ialah daripada orang yang arif lagi bijaksana, yang mengeluarkan ungkapan kata-kata hasil daripada renungan mereka terhadap alam sekitar dan masyarakat. Sumber ketiga pula ialah melalui kitab suci.

Sebagai masyarakat yang berasal dari rumpun yang sama, orang Cam sebagaimana orang Melayu di Malaysia juga mempunyai peribahasa mereka sendiri. Dalam bahasa Cam istilah panuec pa-ndao atau panuec yao diguna untuk merujuk kepada peribahasa (G. Moussey & Duong Tan Thi 2002: 17). Dalam Koleksi Manuskip Melayu Campa No. 4 Peribahasa Cam pelbagai aspek berkaitan dengan nilai dan norma disampaikan; daripada hal-hal berkaitan dengan keluarga dan kaum keluarga, pekerjaan, pertanian, binatang, kehidupan dan kematian. Kertas kerja ini akan hanya menyentuh beberapa peribahasa yang berkaitan dengan perkahwinan dan keluarga. Termasuk dalam perbincangan ialah hal-hal yang menyentuh tentang pemilihan jodoh dan hubungan kekeluargaan.

(3)

hanyalah didasarkan kepada penelitian awal walau bagaimanapun ia dianggap penting dalam memahami nilai dan norma orang Melayu-Cam, berhubung dengan kehidupan berkeluarga dan hubungan kekeluargaan malah diharap akan menjadi asas kepada lebih banyak pendokumentasian peribahasa Cam pada masa akan datang. Sekaligus kertas kerja ini diharap dapat menjadi asas penting dalam memahami persamaan antara dua masyarakat ini.

B. Isu Perkahwinan dan Keluarga dalam Peribahasa

a. Perkahwinan dan pemilihan jodoh

Dalam kebanyakan masyarakat pembentukan sesebuah keluarga dimulai dengan perkahwinan. Setiap masyarakat mempunyai peraturan tertentu berkaitan dengan pemilihan jodoh. Peraturan penting dalam kebanyakan masyarakat ialah perkahwinan antara ahli keluarga terdekat adalah ditegah. Hal ini sangat jelas dengan adanya peraturan mengenai pantang larang sumbang mahram (incest taboo). Berkait dengan itu jugalah ada masyarakat yang mengamalkan peraturan pemilihan jodoh mengikut prinsip endogami (endogamy) dan/atau eksogami (exogamy). Perkahwinan endogami bermaksud pemulihan jodoh akan dibuat daripada kalangan kelompok sendiri, yakni calon menantu adalah daripada kalangan sanak saudara. Dalam konteks yang lebih luas ia boleh juga

mencakupi jiran tetangga, sama agama, bangsa atau etnik serta

kewarganegaraan. Perkahwinan eksogami pula ialah prinsip pemilihan jodoh di luar kelompok yakni memilih calon menantu atau bakal pasangan daripada kalangan orang yang tidak ada hubungan kekeluargaan; daripada kampung lain atau berjauhan, malah berbeza agama, keturunan dan kewarganegaraan.

Selain peraturan budaya, teori-teori tentangnya menyebut bahawa

kebanyakan perkahwinan pada dasarnya adalah homogami yakni

kecenderungan seseorang memilih pasangan yang ada persamaan sosial (Eshleman 2003: 229). Lazimnya ahli keluarga akan mencari menantu daripada kedudukan sosial yang sama yakni latar belakang kelas sosial yang sama, sama taraf pendidikan, pekerjaan serta kekayaan/harta kedua-dua keluarga adalah penting. Akhir sekali faktor-faktor peribadi seseorang individu seperti rupa paras dan personaliti turut sama diambil kira dalam proses pemilihan jodoh

Berkait dengan hal tersebut, tidak haranlah jika orang Melayu dan orang Cam mempunyai peribahasa sendiri yang bertujuan untuk memandu ahli-ahlinya dalam hal-hal berkaitan pemilihan jodoh. Oleh kerana keluarga sebelah lelaki yang akan mencarikan calon isteri untuk anak lelaki mereka maka selain daripada hubungan kekeluargaan yang sudah terjalin, kriteria lain yang berkaitan dengan keluarga si gadis serta ciri-ciri si gadis itu juga dititik beratkan. Hal ini boleh dilihat dalam peribahasa-peribahasa Melayu dan Cam iaitu antara lain:

 Kuat keluarga kerana perempuan (Kajap paga yua kamei mayah king kamei

(4)

 Kalau berkahwin dengan anak orang, kita harus berkenalan dengan anjing peliharaannya (Khing anák urang thau krán tel asau sang urang) - apabila berkahwin kita harus berkenalan dengan semua ahli keluarganya (Moussay & Doung Tan Thi 2002: 36).

 Kalau dipasang pagar, seluruh kampung akan melihat (Padeng paga gleng di palei, yah khing kamei ruah phun pajaih) - jika mahu berkahwin pilihlah anak gadis daripada keluarga yang baik (Moussay & Doung Tan Thi 2002: 37).

 Tali terentang tidak putus, sangkutan tergantung tidak rekah - pertalian keluarga kerana perhubungan perkahwinan (http://dbp.gov.my).

Kajian mengenai keluarga dalam pelbagai budaya (Eshleman 2003) mendapati bahawa dalam sesetengah masyarakat, perkahwinan antara kelas sosial yang berbeza agak terbatas. Walaupun hal ini sangat ketara dalam masyarakat yang mengamalkan sistem kelas tertutup seperti sistem kasta di India, dalam masyarakat Melayu pun batasan yang sama berlaku. Maknanya perkahwinan adalah di antara wanita dan lelaki daripada kelas sosial yang berbeza mungkin terbatas. Walau apapun, perkahwinan penting dalam menghubungkan dua keluarga sama ada yang telah ada pertalian keluarga atau tidak. Akan tetapi pemilihan jodoh dari kalangan saudara mara sendiri lebih mendapat tempat. Hal ini dapat dilihat dalam peribahasa berikut;

 Menghubung hendak panjang, menyebar hendak lebar - perkahwinan yang akan menambahkan keluarga di kedua belah pihak (http://dbp.gov.my).

 Kuah tertunggang ke nasi, nasi akan dimakan juga - perkahwinan antara kaum keluarga sendiri (http://dbp.gov.my).

 [Dalam keadaan terpaksa] anak saudara lelaki boleh berkahwin dengan anak saudara perempuan (Mik wa tada kamuen hu min)(Moussay & Doung Tan Thi 2002: 35).

b. Gadis/wanita pilihan

Masyarakat Melayu memandang tinggi kepada budi pekerti yang mulia, sopan santun, sifat lemah lembut yang ada pada si gadis. Wanita Melayu mestilah lemah lembut, taat kepada ibu bapa, orang tua dan apabila berkahwin taat kepada suaminya. Sifat sabar, pengasih dan penyangang juga penting terutamanya untuk menjadi seorang ibu. Justeru latar belakang keluarga (tertuamanya keluarga si gadis) sangat penting daripada rupa paras dan ini digambarkan dalam peribahasa berikut;

(5)

 Perempuan cerdik membuat wajah suaminya menjadi cerah (Hadiip krah, ngap hadah mbaok pathang) – isteri pandai adalah kebangaan suaminya (Moussay & Doung Tan Thi 2002: 42).

Salah satu daripada peranan isteri ialah menyediakan makan minum untuk suami dan anak-anaknya. Sehubungan itu sosialisasi dalam keluarga Melayu tradisional ialah mengajar anak gadis dengan pelbagai kemahiran menguruskan rumah tangga termasuk memasak.

 Perempuan cantik tidak dapat menggunakan periuk belanganya (Siam binai o

buh tamá gaok hu) – lebih baik perempuan yang rajin daripada perempuan

yang cantik (Moussay & Doung Tan Thi 2002: 37).

 Pagar yang baik [kerana] kukuh ikatnya, Isteri yang baik [sentiasa] erat/bersama dengan suaminya (Paga siam lambir haraik Kamei siam thaik lambir likei) (Abdul Karim, tt).

 Pagar menjadi bagus kerana ikatan rotannya (Paga siam lembil harik, kamei siam thaik lembil likei) – wanita diminati kerana sikapnya (Moussay & Doung Tan Thi 2002: 41).

 Perempuan yang cantik mempunyai kelakuan yang buruk, perempuan yang

hodoh mempunyai hati yang baik (siam binai kamalai daok dalam, jhak binai hatai yau máh) – perempuan yang baik hati lebih baik daripada perempuan yang cantik (Moussay & Doung Tan Thi 2002: 42).

 Perempuan yang putih (tetapi buruk sifatnya) tidur di kaki suaminya,

perempuan yang hitam (tetapi baik sifatnya) tidur sebantal dengan suaminya (Patih ndih di takai, hatam bar binai ndih sa batal) – sifat perempuan yang baik lebih baik dari kecantikannya (Moussay & Doung Tan Thi 2002: 41).

Perkahwinan adalah satu institusi yang penting bagi wanita. Status sebagai seorang dewasa hanya lengkap apabila wanita sudah bersuami dan mempunyai keluarga sendiri. Hal ini dapat dilihat dalam konteks peribahasa berikut;

 Perempuan yang suka mengejar lelaki akan meninggalkan anaknya (tuei

tanaow, li-aow anak) – perempuan yang tidak bermarwah akan

meninggalkan anak-anaknya (Moussay & Doung Tan Thi 2002: 40).

 Walaupun isteri berwajah hodoh seperti kera, ia tetap bersinar umpama emas jika seorang lelaki duduk di sebelahnya (Kamei jhakbinai yau kra, hu likei daok taphia hadah yau máh) (Moussay & Doung Tan Thi 2002: 39).

 Perempuan cantik umpama dewi tetapi perempuan cantik yang tidak bersuami sama seperti rumput (Kamei siam binai chai yang, o hu pathang yau harek giruak) – perempuan tanpa suami tidak dihargai (Moussay & Doung Tan Thi 2002: 40).

(6)

Nilai tradisional dalam mayarakat melihat bahawa hubungan perkahwinan yang berkekalan ini penting demi menjaga nama baik keluarga malah juga menjamin penjagaan dan kebajikan ke atas anak-anak. Oleh itu pasangan sanggup mengharung apa juga dugaan yang menimpa, sementara perselisihan faham dalam hubungan antara suami isteri adalah satu perkara biasa.

 Senduk dan periuk lagi berantuk - suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga.2 (http://dbp.gov.my).

 Senduk dengan belanga lagi berlaga - Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga3 (http://dbp.gov.my).

 Sedangkan lidah lagi tergigit oleh gigi - Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga4 (http://dbp.gov.my).

 Cencang air tidak putus, pancung abu tak berbekas - Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali5 (http://dbp.gov.my).

 Nan berseluk urat, nan berjumbai akar, nan berlambai pucuk - Kaum keluarga itu sekalipun sudah berjauhan tetapi perhubungan masih tetap ada6

(http://dbp.gov.my).

 Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk - Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga7 (http://dbp.gov.my).

Perceraian adalah sesuatu yang tidak diinginkan dan boleh meninggalkan implikasi yang negatif bukan sahaja kepada anak-anak malah kepada pasangan yang bercerai itu juga. Oleh itu terdapat peribahasa berkaitan dengan hal tersebut;

 Jangan sampai ikan yang terlepas mengoyakkan jalanya (Ikan klah jal juai taik) – kalau bercerai jangan menyusahkan orang lain (Moussay & Doung Tan Thi 2002: 38).

C. Jalinan hubungan kekeluargaan

2

Peribahasa lain yang sama makna: a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b. Sedangkan lidah lagi tergigit oleh gigit

3 Peribahasa lain yang sama makna: a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b.

Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi, c. Senduk dan periuk lagi berantuk.

4 Peribahasa lain yang sama makna: a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b.

Senduk dan periuk lagi berantuk, c. Senduk dengan belanga lagi berlaga.

5 Peribahasa lain yang sama makna: Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.

6 seluk = lilit, belit; lambai = berayun-ayun turun naik.

7 Peribahasa lain yang sama makna: a. Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi, b. Senduk dan periuk lagi

(7)

Dalam kebanyakan masyarakat, jalinan hubungan kekeluargaan mungkin mengikut prinsip matrilineal, patrilineal atau bilineal. Walau bagaimanapun dalam keluarga yang menyusurgalurkan kekerabatan berdasarkan sistem patrilinealpun jalinan hubungan lebih kerap berfokus kepada wanita (yakni hubungan matrifokal). Hal ini dapat dilihat dalam konteks masyarakat melayu dan Cam. Walaupun kedua-dua masyarakat berkenaan menysurgalurkan keturunan melalui sebelah bapa tetapi keakraban hubungan dengan sanak saudara sebelah ibu atau sebelah isteri agak jelas.

Kajian tentang masyarakat Cam kerap menyebut bahawa masyarakat berkenaan mengamalkan sistem kekeluargaan matrilineal, akan tetapi berdasarkan temubual semasa kajian lapangan baik di Kemboja mahupun di Kelantan, sistem matrilineal sebagaimana yang diamalkan dalam masyarakat beradat pepatih tidaklah begitu jelas. Apa yang dipraktiskan ialah, pasangan yang baru berkahwinan biasanya menetap dengan keluarga isteri atau berdekatan dengan keluarga isteri. Menurut orang Cam amalan ini sebenarnya lebih merupakan sokongan sosial untuk si isteri yang masih muda. Tinggal bersama keluarga sendiri memberikan mereka “kekuatan” kerana di dampingi oleh ibu dan keluarga sendiri. Pada masa yang sama amalan ini penting bagi membantu si suami yang masih muda mengukuhkan ekonominya sebelum memulakan kehidupan sendiri di tempat baru atau membina rumah sendiri.

Tempat kediaman matrilokal ini walau bagaimanapun bergantung kepada ada atau tidaknya ruang dalam rumah keluarga isteri atau tapak tanah berdekatan dengan keluarga isteri agar pasangan muda itu boleh membina rumah mereka sendiri. Tinggal bersama keluarga isteri juga penting terutamanya bagi membantu si isteri yang masih muda8 menguruskan diri dan anak yang bakal

mereka lahirkan.

Hidup dalam lingkungan keluarga isteri bukan bermakna kaum lelaki mengabaikan keluarga sendiri. Malah hubungan dengan keluarga sendiri berterusan hingga mati. Justeru tidak hairanlah jika ada peribahasa berikut;

 Di mana pohon tumbuh, di situ daun gugur (Adat kayau phun hapak jruh tak nan) - selalunya seseorang akan kembali ke tempat kelahirannya untuk disemadikan diperkuburan suku ibunya (Moussay & Doung Tan Thi 2002: 27).

 Sepanjang hidup suami bekerja untuk isteri, setelah meninggal dunia tulangnya dikembalikan kepada kaum keluarganya (daok hadiip ngap drep ka urang, tel matai ba talang ka gep) (Moussay & Doung Tan Thi 2002: 43).

Terdapat banyak peribahasa yang menggambarkan mengenai keakraban hubungan kekeluargaan termasuk hubungan antara ibu bapa dan anak-anak, dan ini boleh dilihat antaranya:

(8)

 Tidak ada orang yang memotong tetek dan membuangnya (Halei thei crac tathau klak) – tidak ada ibu bapa yang akan membuang anak-anaknya (Moussay & Doung Tan Thi 2002: 33).

 Bodoh atau pandai, ibu kita tetap ibu kita (Gila jak jang amaik drei) – harus

menghormati orang tua (Moussay & Doung Tan Thi 2002: 32).

 Batang air berhulu, batang pohon berakar (Aia hu haluw kayau hu agha) yang bermaksud kita akan sering bergantung kepada keluarga satu keturunan (Moussay & Doung Tan Thi 2002: 27).

 Kaki tersepak, sakitnya sampai ke hati (Hanail inâ takai, pa-ndik hatai baoh) maksudnya jika seorang ahli dalam keluarga menderita, semua ahli dalam keluarga tersebut akan juga menderita (Moussay & Doung Tan Thi 2002: 30).

 Cubit paha kanan, paha kiri terasa jua (http://dbp.gov.my).

 Ibarat perahu tidakakan karam sebelah (kaum keluarga akan bersimpati

terhadap kecelakaan yang menimpa kerabatnya) (http://prpm.dpb.gov.my)

Betapa pentingnya jalinan hubungan kekeluargaan ini dapat dilihat dalam peribahasa-peribahasa berikut;

 Makan nasi di rumah dan menguruskan hal orang lain (Mbeng lithei sang ngap gruk nagar) – mengkhianati keluarga dengan mengabdikan diri kepada orang (Moussay & Doung Tan Thi 2002: 28).

 Berjaya mengharungi lautan tetapi gagal mengharungi paya (Tapa truh tathik jel di danao) – sanggup melaksanakan projek yang besar tetapi tidak mampu menyelesaikan masalah keluarga (Moussay & Doung Tan Thi 2002: 28).

 Sesiapa yang membelakangi keluarganya dan membantu orang lain akan diejek orang ramai (Klak gep pajiong di urang tabiak di sang urang kli bilei) (Moussay & Doung Tan Thi 2002: 29)

 Meninggalkan kaum keluarganya dan mengikuti orang lain, sama seperti melepaskan pohon dan bersandar pada dahan (Klak phun ga-mbak di dhan klak gep patian tuei urang parat) (Moussay & Doung Tan Thi 2002: 29).

 Kalau kaki tersepak sakitnya sampai ke hati (Hanaik ina takai pa-ndik hatai baoh) (Moussay & Doung Tan Thi 2002: 30).

(9)

 Terbang bertumpu, hinggap mencengkam - Jika merantau hendaklah

mencari keluarga atau kawan kenalan tempat menumpangkan diri9.

(http://dbp.gov.my).

Pergolakan dalam keluarga adalah satu perkara yang biasa dan berlaku di mana-mana pun.

 Sebusuk-busuk telunjuk, telunjuk juga pencolek tahi mata - Sejahat-jahat kaum keluarga (sanak saudara), kalau salah seorang di antaranya dihinakan,

maka semuanya akan ikut membela (mempertahankannya)

(http://dbp.gov.my).

 Seberat-berat beban, di atas kepala juga - Kitalah yang menanggung nafkah keluarga sendiri, orang lain hanya sekadar melihat saja (http://dbp.gov.my).

 Busuk daging dikincah, dimakan; busuk ikan, dibuang - Bagaimana sekalipun kejahatan saudara atau keluarga itu, tiada sampai hati menyalahkannya seperti kita menyalahkan orang lain10 (http://dbp.gov.my).

 Menjemur bangkai ke atas bukit - Memperlihatkan aib dan cela diri dan kaum keluarga sendiri (http://dbp.gov.my).

Sebagaimana dengan masyarakat Melayu di Malaysia, hubungan antara keluarga dalam masyarakat Cam juga dipengaruhi oleh kedudukan sosial sesebuah keluarga berkenaan. Hal ini dapat dilihat dalam peribahasa berikut;

 Bulan menuai kita nampak pak cik dan mak cik, bulan membajak kita nampak nampak kala dan jengking (Bilan manik mboh mik mboh wa, bilan

li-aua mboh ula mboj adiéng) – dalam masa kemakmuran kita memperoleh

ramai teman, dalam masa kesukaran kita tak nampak sesiapa pun (Moussay & Doung Tan Thi 2002: 31).

 Kalau tiada rial di pinggang sahabat yang rapat menjadi renggang

(http://dbp.gov.my).

Kedudukan keluarga sebagai tunjang masyarakat menyebabkan banyak kiasan mengenainya dicipta dan menjadi panduan hidup sejak zaman berzaman. Justeru mereka yang membelakangkan keluarga atau tidak mementingkan keluarga sering kali dilemparkan dengan pelbagai sindiran seperti berikut;

 Makan nasi di rumah dan menguruskan hal orang lain (Mbeng lithei sang ndom gruk ngar) (Moussay & Doung Tan Thi 2002: 28).

9

Peribahasa lain yang sama makna: a. Hinggap mencengkam [dahan], terbang menumpu [dahan]). Bandingkan dengan: a. Datang nampak muka, pergi nampak belakang, b. Datang tampak muka, pulang tampak punggung.

10

(10)

 Menghadapkan bedil pulang: Mencelakakan kaum keluarga sendiri11

(http://dbp.gov.my).

 Potong hidung rosak muka - Berbuat kurang baik terhadap kaum keluarga maka kita sendiri akan mendapat malu juga (http://dbp.gov.my).

 Elok kata dalam muafakat, buruk kata di luar muafakat - Apa yang hendak dikerjakan baik dibicarakan dulu dengan kaum keluarga dan sebagainya supaya pekerjaan itu selamat (http://dbp.gov.my).

 Kerana sabut tebal, tempurungnya pun menjadi kebal - Orang yang banyak

kaum keluarga dan sahabat handainya selamatlah hidupnya

(http://dbp.gov.my).

 Kalau digali tanah berbingkah, tanah berderai yang akan bertemu - Sesuatu perselisihan dalam kalangan keluarga, usahlah dicari siapa yang benar dan siapa yang salah, tetapi carilah jalan untuk menyelesaikannya dengan baik

(http://dbp.gov.my).

D. Perbincangan dan Penutup

Sebagimana dengan masyarakat lain keluarga merupakan institusi penting dalam masyarakat Melayu dan Cam, sebab itulah peraturan-peraturan berkaitan dengann kehidupan berkeluarga; bermula daripada pemilihan jodoh dan perkahwinan hinggalah hal-hal berkaitan dengan jalinan hubungan dalam keluarga dan antara keluarga dinayatakann dengan jelas dalamm peribahasa. Dalam konteks masyarakat Melayu, bahasa kiasan lain seperti pantun, gurindam dan seloka turut memaparkan panduan mengenai kehidpan berkeluarga dan alam perkahwinan.

Makalah ini hanyalah secebis pemerhatian mengenai peribahasa yang menyentuh tentang isu-isu perkahwinan dan keluarga dalam kedua-dua masyarakat Melayu dan Cam. Dengan latar belakang sejarah dan budaya dari rumpun yang sama maka tidak hairanlah kedua-dua masyarakat ini berpegang kepada nilai dan norma yang agak sama dalam hal-hal berkaitan dengan keluarga dan perkahwinan. Walau bagaimana pun masih banyak lagi yang perlu diteroki khususnya menetiti persamaan yang ada, justeru usaha mengumpulkan lebih banyak peribahasa (malah perumpamaan, pantun dll.) perlu dilakukan dengan lebih gigih agar warisan berkenaan tidak tenggelam dalam arus pembangunan dan pemodenan yang semakin pesat kini.

E. Senarai Rujukan

Abdul Halim Othman (penyelenggara). 1993. Psikologi Melayu. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

11

(11)

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. 1998. Kamus peribahasa lengkap Utusan, Kuala Lumpur: Utusan Publication.

Abdullah Hussain. 1965. Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Abdul Karim. Tanpa tarikh. Panuec Pandit (Pribahasa) dan Puah Catuei (Pantun.

Eshleman J. R. 2003. The family. New jersey: Prentice Hall.

Fatimah Abdullah, Mohamad Zain Musa & Farid Mat Zain. 2009. “Perkahwinan dan Keluarga dalam masyarakat Cam”. Kertas Kerja untuk Third International Conference on Southeast Asia, anjuran Jabatan Pengajian Asia Tenggara, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2009.

Fatimah Abdullah. 2006. Isu kekeluargaan dalam pantun Melayu: Satu tinjauan awal”, Proseding Seminar Pantun Melayu: Hari semalam, hari ini dan esuk, anjuran Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM.

http://prpm.dpb.gov.my

Moussey, G & Duong Tan Thi (penyusun). 2002. Peribahasa Cam (Dictons & Proverbes Cam), Koleksi Manuskrip Melayu Campa. Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, kesenian dan Pelancongan Malaysia & Ecole Française D’Extréme-Orient.

Taylor, P. 2007. Cham Muslims of the Mekong Delta: Place and mobility in the cosmopolitan pheriphery Singapore: Southeast Asian Publication Series.

Fatimah Abdullah, Prof. Madya Dr. Program Kerja Sosial,

FSSK, UKM Bangi

(timah@ukm.my)

Mohamad Zain Musa, Prof. Madya Dr. Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM

(matzen@ukm.my)

&

Farid Mat Zain, En.

Fakulti Pengajian Islam, UKM

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan pemikiran Colson dan konstruksi pemben- tukan kultur oleh kekristenan yang dibuat Hunter terdapat sebuah konsep yang men- jadikan Gereja (instansi Kekristenan yang

Kesimpulan penelitian ini adalah bahwa praktik pendayagunaan zakat untuk usaha produktif sebagai pinjaman modal usaha di LAZISMA Jawa Tengah sesuai dengan syari’at Islam,

Informasi yang diberikan dimaksudkan hanya sebagai panduan untuk penanganan, penggunaan, pengolahan, penyimpanan, transportasi, pembuangan dan pelepasan dan tidak dianggap

Dari penjelasan opini di atas, dapat disimpulkan bahwa keseluruhan laporan keuangan telah disajikan tidak sesuai dengan prinsip-prinsip akuntansi yang berlaku umum,

Hasil penelitian ini dapat disimpulkan: (1) Secara total prosentase pencapaian skor pada tes diagnostik oleh mahasiswa pendidikan fisika ini masih relatif rendah yaitu

terpengaruh oleh kepentingan pribadi dalam penyusunan perencanaan pengawasan dengan cara mengalokasikan auditor yang telah melakukan kegiatan pengawasan selama 3

Rajah berikut menerangkan pekerjaan yang dilakukan oleh orang Jepun di Tanah Melayu pad tahun 1930-an. Mengapakah mereka melakukan

Gambar 3- Hubungan antara kandungan fenolik dengan aktivitas antioksidan Ekstrak Etanol Buah Psidium guajava L, Melaleuca leucadendron L, Capsicum frutescens L