• Tidak ada hasil yang ditemukan

Petikan dialog Recent site activity EDU3053PISMP4BJun2013 Petikan dialog

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Petikan dialog Recent site activity EDU3053PISMP4BJun2013 Petikan dialog"

Copied!
1
0
0

Teks penuh

(1)

Petikan dialog

“ PAKAIAN TRADISIONAL KEBANGGAANKU”

Laila : Wah, cantiknya baju tradisional awak Flora! Apakah nama baju tradisional awak?

Flora : Baju tradisional saya digelar sebagai “ngepan”. Ia digunakan semasa mempersembahkan tarian tradisional kaum Iban.

Laila : Oh begitu.. Baju tradisional awak juga sangat cantik Anna Sui. Apakah nama baju tradisional awak?

Anna Sui : Baju tradisional kaum wanita Cina ini digelar sebagai cheongsam. Warna merah ini merupakan warna kegemaran saya. Saya tertarik melihat baju yang digunakan oleh Hadi. Adakah itu baju tradisional awak?

Hadi : Ya Anna Sui. Ini merupakan baju tradisional bagi kaum lelaki Melayu. Kain yang melilit pinggang saya digelar sebagai sampin. Baju ini biasanya digunakan pada musim perayaan. Jemputlah datang ke rumah saya pada Hari Raya ini rakan-rakan.

Jeeva : Bolehkah saya mengenakan baju Melayu sekiranya saya ke rumah awak pada Hari Raya ini Hadi?

Hadi : Sudah tentulah boleh kerana ia boleh digunakan oleh semua orang tanpa mengira bangsa. Ini menunjukkan sifat saling menghormati antara kaum di negara kita.

Jeeva : Wah, terima kasih Hadi. Jika begitu Flora dan Anna Sui juga boleh menggunakan baju kurung semasa ke rumah awak nanti Hadi.

Flora : Ya, saya, Laila dan Anna Sui akan menolong awak menghidangkan minuman kepada para tetamu nanti.

Referensi

Dokumen terkait