LAMPIRAN 2 (Langkah 1) Arahan : Padankan gambar dengan pernyataan yang betul.
Pernyataan :
Wanita India memakai pakaian tradisional yang dinamakan sari. Sari merupakan
pakaian tradisional yang cantik dan berwarna-warni. Sari boleh digunakan sama ada
pada hari perayaan mahupun hari biasa.
Pakaian tradisional bagi kaum berbangsa Iban dikenali sebagai ‘ngepan’ bagi kaum
wanita. Pakaian bagi kaum lelaki pula dikenali sebagai ‘baju burung’ . Pakaian ini
dikenakan semasa mempersembahkan tarian tradisional.
“ PAKAIAN TRADISIONAL KEBANGGANKU”
Laila : Wah, cantiknya baju tradisional awak Flora! Apakah nama baju tradisional awak?
Flora : Baju tradisional saya digelar sebagai “ngepan”. Ia digunakan semasa mempersembahkan tarian tradisional
kaum Iban.
Laila : Oh begitu.. Baju tradisional awak juga sangat cantik Anna Sui. Apakah nama baju tradisional awak?
Anna Sui : Baju tradisional kaum wanita Cina ini digelar sebagai cheongsam. Warna merah ini merupakan warna
kegemaran saya. Saya tertarik melihat baju yang digunakan oleh Hadi. Adakah itu baju tradisional awak?
Hadi : Ya Anna Sui. Ini merupakan baju tradisional bagi kaum lelaki Melayu. Kain yang melilit pinggang saya digelar
sebagai sampin. Baju ini biasanya digunakan pada musim perayaan. Jemputlah datang ke rumah saya pada
Hari Raya ini rakan-rakan.
Jeeva : Bolehkah saya mengenakan baju Melayu sekiranya saya ke rumah awak pada Hari Raya ini Hadi?
Hadi : Sudah tentulah boleh kerana ia boleh digunakan oleh semua orang tanpa mengira bangsa. Ini menunjukkan
sifat saling menghormati antara kaum di negara kita.
Jeeva : Wah, terima kasih Hadi. Jika begitu Flora dan Anna Sui juga boleh menggunakan baju kurung semasa ke
rumah awak nanti Hadi.
Flora : Ya, saya, Laila dan Anna Sui akan menolong awak menghidangkan minuman kepada para tetamu nanti.