• Tidak ada hasil yang ditemukan

BENCANA ALAM MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "BENCANA ALAM MENURUT PERSPEKTIF ISLAM"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

BENCANA ALAM MENURUT PERSPEKTIF ISLAM 1

Bencana alam yang sering berlaku sejak akhir-akhir ini mewujudkan satu kebimbangan kepada penduduk dunia sehingga mereka mencari teknologi terkini untuk mengatasi masalah tersebut. Perkara ini sebenarnya telah berlaku sejak dari kewujudan awal manusia contohnya peristiwa banjir besar pada zaman Nabi Nuh. Apabila difikirkan dengan kritis bencana semasa yang dikenali sebagai ‘tsunami’ yang berlaku pada tahun 2006 melibatkan Acheh di Indonesia, Thailand, Malaysia dan lain-lain sebenarnya boleh dikaitkan dengan peristiwa banjir besar pada zaman Nabi Nuh. Selain itu, bencana alam juga dikaitkan dengan kejadian seperti gempa bumi, taufan, puting beliung, tanah runtuh, letupan gunung berapi dan sebagainya yang mana bencana tersebut sememangnya sudah berlaku pada zaman dahulu. Kemodenan sains dan teknologi telah mencipta istilah-istilah khas bencana tersebut menyebabkan manusia merasakan bahawa bencana itu seperti baru wujud di alaf ini. Kertas kerja ini cuba menyingkap dan membincangkan bagaimana bencana alam berlaku dalam sejarah Islam dan masa kini, sejarah tsunami yang berlaku di dunia dan pengajaran daripada perkongsian bencana pada dua situasi dan zaman yang berbeza.

Katakunci: bencana alam, banjir,gempa, taufan

Pendahuluan

Sejak kebelakangan ini, isu bencana alam kembali hangat dibincangkan sama ada melalui media cetak mahupun media elektronik. Masyarakat mula kembali membuka mata bahawa isu ini cukup penting dalam kehidupan manusia yang mempunyai kaitan dengan alam sekitar khususnya bencana alam. Ia melibatkan gempa bumi, tsunami, banjir besar, tanah runtuh dan sebagainya mampu memusnahkan kediaman dan harta benda termasuk nyawa manusia dengan sekelip mata. Kejadian seperti ini telah wujud pada zaman dahulu dan kini kembali berulang, yang pasti meninggalkan kenangan pahit, ngeri, sedih dalam kehidupan setiap insan yang pernah mengalami peristiwa sebegini.

Sesungguhnya peristiwa bencana alam seperti ini telah disebut dan dijelaskan dalam al-Quran sebagai pengajaran kepada semua ummat manusia.

Bukankah telah datang kepada mereka berita orang-orang yang terdahulu daripada mereka, iaitu kaum Nabi Nuh dan Aad dan Thamud dan kaum Nabi

1

(2)

Ibrahim dan penduduk negeri Madyan serta negeri-negeri yang telah dibinasakan? (Semuanya) telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka dengan membawa keterangan yang jelas nyata, (lalu mereka mendustakannya dan Tuhan pula membinasakan mereka); Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri’. (al-Taubah (9):70)

Daripada penjelasan di atas, setiap manusia yang berada di muka bumi ini perlulah belajar memahami, memelihara alam sekitar agar ianya mendapat keseimbangan manusia dengan alam. Kedua-duanya merupakan dimensi perhubungan yang cukup memerlukan antara satu sama lain. Secara tidak langsung manusia dapat mengelakan daripada berlakunya bencana alam yang cukup besar kepada manusia sekiranya manusia dapat menjaga dan memelihara alam sekitar. Justeru perbincangan kertas kerja ini, cuba menyingkap dan membincangkan bencana alam secara umum dan bagaimana bencana alam berlaku dalam dua dimensi yang berbeza daripada zaman dahulu dan kini sebagai pengajaran kepada masyarakat dan pembangunan negara.

Bencana Alam Secara Umum

Menurut Kamus Dewan (2007), perkataan 'bencana alam' merujuk kepada bahaya atau kecelakaaan yang dihadapi disebabkan banjir, gempa, angin rebut dan sebagainya yang berlaku di muka bumi. Manakala berdasarkan kefahaman sains, ia melibatkan kemusnahan alam sekitar termasuklah gempa bumi, tsunami, banjir besar, rebut taufan, tanah runtuh dan sebagainya. Secara umumnya, gempa bumi adalah gegaran bumi yang berlaku secara tiba-tiba disebabkan oleh tenaga yang sekian lama tersimpan di dalam batuan bumi tiba-tiba terkeluar. Lebih sejuta gempa bumi mungkin telah melanda bumi sejak dahulu lagi. Gempa bumi menyerupai gelombang air atau gelombang bunyi dalam cara pergerakannya. Ia biasanya berlaku dalam beberapa saat atau minit sahaja, namun kemusnahan yang terhasil cukup banyak termasuklah keruntuhan bangunan, jambatan, jalan raya, rumah kediaman dan mengorbankan banyak nyawa (Era Hijau 4, 2007).

Bencana Alam Menurut Perspektif Islam Dan Masa Kini

Banjir Besar Nabi Nuh – Banjir Besar/Tsunami

(3)

dan banyak lagi (Sekadar menyebut beberapa contoh negara) kesemuanya menyebabkan bencana banjir yang besar yang memusnahkan harta benda dan nyawa. Keadaan fizikal banjir besar ketika berlaku ialah membawa arus terlalu deras, tanah runtuh, tiupan angin ribut yang kencang, air hujan membawa lumpur, terdapatnya lumpur dan tanah jerlus, kehilangan dan memusnahkan banyak harta benda dan juga mengorbankan ribuan nyawa.

Tsunami atau nama lain yang bermaksud ombak besar pelabuhan berlaku disebabkan oleh gempa bumi, tanah runtuh atau ledakan gunung berapi di dasar laut (Utusan, 2/1/2005), Ombak besar yang terbentuk mempunyai kelebaran sehingga 200 kilometer dan ombak mencecah ketinggian 10-35 meter atau lebih(Utusan, Wikipedia). Mengikut sejarah, Tsunami bermula pada tahun 1755 di Lisbon, Portugal dan mengorbankan kira-kira 60,000 orang diikuti pada tahun 1883 di Selat Sunda dan mengorbankan 36,000 orang, seterusnya 1946 di Alaska, Amerika Syarikat, 165 terkorban, kemudian di Chile dan Hawai (1960), 3,000 terkorban, seterusnya di Filipina (1976), 5,000 terkorban, melanda pada tahun 1998 di Papua New Guinea 6,000 terbunuh dan terakhir pada tahun 2004: Gempa bumi di Lautan India melibatkan banyak negara (Indonesia, Malaysia, Thailand, Bangladesh, India, Kenya) yang menyebabkan lebih 150,000 terbunuh dan 2 juta kehilangan tempat perlindungan (Wikipedia,tsunami).

Kita mengatakan perubahan cuaca global, pemanasan suhu bumi yang menghakis glasier, lapisan ozon yang nipis yang disebabkan oleh kegiatan manusia menyebabkan masalah perubahan cuaca yang membawa kepada banjir (Abdul Razak Idris). Tsunami pula terjadi akibat pertembungan antara kepingan tektonik India-Australia dan Eurasia. Kepingan tektonik bumi bergerak dan menghentam satu sama lain sebelum terpisah dan membentuk tekanan ke kawasan lain dan membentuk gempa di dasar laut. Akibat perlepasan tenaga tektonik yang terkumpul puluhan tahun hasil dari pertembungan dua kepingan tektonik (kepingan India-Australia yang bergerak ke arah timur laut dengan kadar 70 mm setahun dan kepingan Eurasia yang statik), dasar laut di kawasan berkenaan akan terangkat beberapa meter dari kedudukan asal, dasar laut di sebelah kepingan Eurasia terangkat dalam jumlah isipadu yang sangat besar menyebabkan gangguan besar kepada air laut yang seterusnya menghasilkan ombak yang besar (Utusan Online,2/1/2005, wikipedia,Plat_tektonik)

(4)

Kawasan Banjir Nabi Nuh (Sumber: Harun Yahya,2006) .

Kehancuran Kaum Nabi Lut – Gempa bumi dan Letupan Gunung Berapi

Al-Quran mengisahkan keadaan kaum Nabi Lut yang dimusnahkan oleh letusan suara yang menggemparkan (al-Hijr(15): 73), keadaan tunggang terbalik(al-Hijr(15): 74, Hud(11): 82) dan tertimbus oleh tanah dan dihujani oleh tanah dan batu terbakar(al-Hijr(15): 76, Hud(11): 82-83,al-Dhariyat(51): 33-34). Dapat disimpulkan suasana fizikal ketika itu ialah terdapatnya satu gempa bumi yang kuat sehingga tempat itu diterbalikkan, letupan gunung berapi yang mengeluarkan gas, haba dan larva yang panas mengalir sehingga menyebabkan kebakaran besar. Sebagaimana yang diketahui azab yang menimpa kaum Nabi Lut disebabkan oleh mereka mengingkari perintah Allah dan mengamalkan keidupan seks di luar tabie (al-A’raf(7): 80-82, al-Ankabut(29): 8-29).

Kajian arkeologi mendapati kawasan berlakunya bencana tersebut di kawasan Laut Mati Sepanjang sempadan Israel-Jordan yang dahulu dikenali sebagai Lembah Sidim (bandar Sodom dan Gomorah) (Harun Yahya,opcit: 43). Arkeologi Jerman, Werner Keller (Harun Yahya) mengakui kawasan sekitar laut mati dimusnahkan oleh satu bencana geologi yang hebat. Laut Mati (tasik Nabi Lut) terletak betul-betul di bawah wilayah gempa bumi yang aktif dan dasarnya terletak pada asas pergerakan bumi yang menghala ke bawah. Kenyataan ‘Kami hujani mereka dengan batu dari tanah terbakar dengan bertubi-tubi’ (al-A’raf(7): 83) menunjukkan letupan gunung berapi telah berlaku di setiap tebing tasik Nabi Lut yang mengakibatkan batu batan meletup dan menjadi seperti ‘dipanggang’(al-Syuara(24): 173). Timbunan Lava dan basalt merupakan bukti bahawa letupan gunung berapi dan gempa bumi pernah berlaku di situ. Tasik ini berada lebih kurang 400 meter di bawah permukaan Mediteranean, memandangkan tempat yang paling dalam di tasik itu ialah 400 meter maka dasarnya ialah 800 meter dari permukaan Mediteranean yang merupakan titik tempat paling dalam di dunia. Berbanding dengan kawasan lain yang lebih rendah dari paras laut hanya 100 meter. Salah satu ciri penting tasik Nabi Lut ialah kandungan garamnya cukup tinggi dengan isipadu hampir 30%. Oleh sebab itu tiada organisme boleh hidup termasuk ikan dan lumut, dan di dalam penulisan-penulisan barat, tasik Nabi Lut dikenali sebagai ‘Laut Mati’ (Ibid: 52). Penyelidik goegrafi dan arkeologi Jerman, Werner Keller mencatatkan bandar Sodom dan Gomorah terletak di wilayah paling jauh dan rendah di tasik Nabi Lut, dan ini bertepatan dengan kedalaman tasik tersebut iaitu 400-800 meter.

(5)

Nabi Lut telah didedahkan oleh penyelidik kaji bumi dengan penemuan rekahan panjang pada bumi (garisan gelinciran) sepanjang 190km dan membentuk dasar sungai Sheri’at yang jatuh sebanyak 180 meter. Fakta ini diperkukuhkan dengan fakta tasik Nabi Lut 400 meter di bawah paras laut. Garisan gelinciran ditemui bermula dari piggiran Gunung Taurus, memanjang ke selatan pantai Tasik Nabi Lut dan berterusan sehingga gurun Arab dan terus ke Teluk Aqaba serta bersambung melintasi Laut Merah dan berhenti di Afrika. Sepanjang laluan ini, aktiviti-aktiviti gunung berapi dapat diperhatikan. Lava dan basalt hitam masih wujud di Pergunungan Galilee di Israel, dataran tinggi Jordan, Teluk Aqaba dan kawasan sekelilingnya. Semua kesan dan bukti geografi ini menunjukkan satu malapetaka geologi pernah berlaku di Tasik Nabi Lut.

Hari ini dikatakan terdapat lebih kurang 1,500 gunung berapi aktif yang mana 550 buah (Harun Yahya,2007: 112) di daratan boleh meletup bila-bila masa yang akan mengakibatkan kemusnahan yang besar. Kisah letupan Gunung Venicius di Itali, Krakatau (Indonesia), Nevado Del Ruiz (Colombia) dan Pinatubo (Flipina), begitu juga kita masih mengingati gempa bumi yang telah berlaku di Kobe (1995), Sinchuan (2008), Acheh (2004) dan banyak lagi memberi manusia pengajaran dan peringatan maksud sebenar kehidupan di dunia ini dan sebenarnya bencana ini terjadi tidak mengira masa dan tempat dan sememangnya telah berlaku semenjak sebelum masehi lagi. Sehingga kertas kerja ini ditulis dilaporkan 8 gempa bumi berlaku disekitar benua Asia terbaru di Rusia (August 09, 2008 02:35:56 GMT) dan terkemudian di Hokkaido Jepun (August 08, 2008 15:53:10 GMT) yang mana gegarannya tidak melebihi 6 skala ritcher (http://earthquake.usgs.gov/eqcenter/recenteqsww/Quakes/us2008vmaj.php, http://maps.google. com/). Laporan Berita Harian bertarikh 16 April 2008 menyatakan, saintis mendakwa California akan mengalami gempa yang kuat 30 tahun lagi berukuran 6.7 skala ritcher seolah-olah memberi ‘amaran’ kepada manusia supaya sentiasa bersedia dengan kedatangan bencana yang tidak diduga.

Kawasan Nabi Lut (Sumber: Harun Yahya,2006)

Taufan, Puting Beliung, Ribut Kencang –Kaum ‘Ad Nabi Hud

Satu lagi kaum yang telah dimusnahkan dan disebut di dalam al-Quran ialah kaum ‘Ad. Sebagaimana yang dinyatakan kaum ini dibinasakan oleh angin ribut yang terlalu kencang selama tujuh hari tujuh malam tanpa henti (al-Haaqah(69): 6-7,al-Qamar(54): 19-20). Kedatangan awan yang disangkakan oleh mereka sebagai hujan sebenarnya ialah angin taufan yang memusnahkan seluruh penduduk yang tidak beriman (al-Ahqaf(46): 24). Brian Doe(Harun Yahya, 2006: 81) seorang pengkaji menyatakan,tanda-tanda awal ribut debu atau pasir ialah kemaraan dinding angin yang dipenuhi debu, boleh mencapai ketinggian seribu kaki dan diangkat oleh arus yang semakin kencang dan berpusar oleh angin yang kuat’ . Bandar ini ditemui oleh arekologi bernama Nicholas Clapp (Ibid: 70) yang terletak di wilayah selatan Oman dan digelar “Atlantis Padang Pasir Uber”. Bukti yang menunjukkan kawasan itu merupakan zaman Nabi Lut ialah kesan

(6)

stuktur pembinaan menara-menara hebat yang mempunyai persamaan tiang-tiang penduduk Iram sebagaimana disebut di dalam al-Quran di dalam surah al-Fajr ayat 6-8 yang bermaksud “(Kami tetap akan membinasakan orang-orang Yang menentangmu Wahai Muhammad), tidakkah Engkau perhatikan, Bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum Aad (yang kufur derhaka). Iaitu penduduk "Iram" Yang mempunyai bangunan-bangunan Yang tinggi tiangnya, (sesuai Dengan penduduknya). Yang belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan kukuhnya) di Segala negeri (pada zamannya)”. Ayat ini dikukuhkan dengan kenyataan Dr.Zarin yang merupakan ketua projek penggalian tersebut mengatakan menara-menara yang ditemui mempunyai ciri khusus Uber, dan Iram pula telah dinyatakan mempunyai banyak menara atau tiang. Secara logiknya tempat itu ialah Iram, bandar kaum ‘Ad sebagaimana yang dijelaskan di dalam al-Quran.

Kini, wilayah yang diduduki oleh kaum Nabi Hud dikenali sebagai Hadramaut (Ibid:76). Penggalian arkeologi yang bermula pada tahun 1975 menemui bandar, tiang, istana dengan pembinaan yang menakjubkan. Rekabentuknya sangat unik dan cantik. Penemuan ini membenarkan cerita di dalam al-Quran yang bermaksud "Patutkah kamu mendirikan pada tiap-tiap tempat Yang tinggi bangunan-bangunan Yang tersergam, padahal kamu tidak membuatnya Dengan sesuatu tujuan Yang baik. Dan kamu pula bersusah payah mendirikan istana-istana dan benteng-benteng Yang kukuh Dengan harapan hendak kekal hidup selama-lamanya? (al-Syuara: 128-129)(al-Fajr: 6-8)

Al-Quran menceritakan kaum Nabi Hud dimusnahkan dengan kejadian ribut pasir dan debu yang kencang. Kesan-kesan kaum ‘Ad atau “Atlantis Padang Pasir Uber” ditemui di bawah lapisan pasir beberapa meter dalamnya. Nampaknya angin kencang selama tujuh dan lapan hari(al-Haaqah(69): 7) telah menghimpunkan bertan-tan pasir dan menimbus penduduknya hidup-hidup. Penggalian yang dijalankan di Uber menunjukkan kepada kemungkinan yang sama. Malah, sebuah majalah Perancis, Ca M’Interesse turut menyatakan “Uber telah ditimbus pasir sedalam 12 meter selepas ribut”(Harun Yahya,Opcit:81). Bukti paling jelas menunjukkan kaum ‘Ad telah ditimbus pasir ialah perkataan ‘ahqaf’ yang digunakan di dalam al-Quran yang bermaksud “dan ingatlah peristiwa (Nabi Hud) saudara kaum Aad, ketika ia memberi amaran kepada kaumnya Yang tinggal di lembah "Al-Ahqaaf", - sedang (amarannya itu samalah seperti) amaran-amaran Yang telah diberikan oleh Rasul-rasul Yang terdahulu daripadanya dan Yang datang sesudahnya - (dengan berkata): "Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, Sesungguhnya Aku bimbang kamu akan beroleh azab hari Yang besar (huru-haranya)" (al-Ahqaf(46): 21) untuk menunjukkan lokasi kaum ‘Ad. Ahqaf bermaksud bukit pasir dalam Bahasa Arab. Ini membayangkan kaum ‘Ad tinggal di wilayah yang kaya dengan bukit-bukit pasir. Inilah fakta logik yang mengesahkan mereka telah ditimbus oleh ribut pasir. Selepas semua penduduk terkorban, ribut pasir itu membentuk gurun dan menutupi segalanya tanpa meninggalkan kesan. Jelaslah di sini penemuan sejarah dan arkeologi telah mengesahkan kewujudan kaum ‘Ad dan bandar Iram yang kemudian telah dimusnahkan dan penyelididkan telah menemui kesan-kesan penduduk daripada timbunan-timbunan pasir.

(7)

mengakui antara sebab berlakunya taufan ialah kemusnahan alam sekitar disebabkan oleh manusia (National Geography), namun terdapat penyebab lain yang menyebabkan kejadian ini berlaku iaitu tidak beriman dengan Penciptanya (al-Syuarak (26): 23-140)

Kawasan Kaum ‘Ad Nabi Hud (Sumber: Harun Yahya,2006)

Kesimpulan

Sesungguhnya, dunia baru kita yang berlainan corak kehidupan umatnya sudah semakin tua dan memerlukan perhatian dari segi penjagaan muka bumi dan isi perutnya. Fenomena bencana alam tidak terjadi sendiri jika tiada kesan perubahan sistem cuaca dunia dan usia bumi yang semakin mengalami evolusi semulajadi yang di luar kawalan kita manusia biasa. Namun sebagai manusia yang berada di muka bumi ini, kita boleh mengambil iktibar dan pengajaran daripada peristiwa bencana alam yang berlaku pada zaman dahulu berdasarkan sejarah Islam dan masa kini kembali berulang. Hal ini berlaku mempunyai persamaan bagaimana bencana alam itu berlaku cuma berbeza mengikut zaman dan keadaan.

Daripada perbincangan ini, jelas bahawa bencana alam merupakan salah satu malapetaka yang perlu dihadapi oleh semua manusia di muka bumi. Ianya boleh berlaku sekelip mata sahaja di atas kekuasaan Allah S.W.T kepada seluruh makhlukNya di mana-mana sahaja dalam pelbagai bentuk dan rupa sama ada berlaku banjir besar, ribut taufan, gempa bumi, tsunami dan sebagainya. Sesungguhnya kekuasaan Allah S.W.T kepada seluruh manusia di dunia adalah milik maha Esa yang cukup memberi seribu satu pengertian, pengajaran dan keinsafan kepada makhlukNya di dunia ini.

Bibliografi

Al-Quranul Karim

Gempa Bumi dalam Majalah Era Hijau, Keluaran 4. (2007) Terbitan Jabatan Alam Sekitar Malaysia.

Hajjah Noresah Baharom, et al., (2007), Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harun Yahya (2006), Kaum-Kaum Yang Pupus, Saba Islamic Media.

Harun Yahya (2006), Bagi Golongan yang Berpemikiran, Saba Islamic Media.

Harun Yahya (2007), Hakikat Kehidupan Duniawi, Saba Islamic Media.

(8)

Holy Bible (2001)New International Version, Grand Rapids Michingan U.S.A

AlKitab Deuterokanonika Berita Baik (2001), Bible Versi Bahasa Melayu, The bible Society Of Malaysia

Abdul Razak Idris, Berita harian Online:

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Rencana/20080519003251/Article/ 19/5/08

_______, ‘California Alami Gegaran Besar 30 Tahun Lagi’, Berita Harian, pada 16 April 2008.

’Bagaimana tsunami terbentuk’, Utusan Online, Laporan Khas:

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2005&dt=0102&pub=utusan_malaysia&sec=laporan%5Fk has&pg=lk_13.htm&arc=hive 02/01/2005

Abdul Razak Idris, Bencana melanda akibat kerakusan manusia’,

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Rencana/20080519003251/Article/ 19/5/08

‘Satu maut banjir di New Mexico’,

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0730&pub=utusan_malaysia&sec=luar%5Fnegar a&pg=lu_14.htm&arc=hive 30/07/2008

’12 maut banjir besar landa tengah China’,

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0724&pub=utusan_malaysia&sec=terkini&pg=b t_12.htm&arc=hive 24/07/2008

’Lima maut banjir di China’,

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0713&pub=utusan_malaysia&sec=luar%5Fnegar a&pg=lu_07.htm&arc=hive13/07/2008

’Penduduk di 7 negara harungi banjir’,

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2007&dt=0629&pub=utusan_malaysia&sec=luar%5Fnegar a&pg=lu_02.htm&arc=hive 29/06/2007

’Gempa bumi kuat di Pantai Timur Honshu, Jepun’,

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Mutakhir/20080614120945/Article/index_html 14/6/08

’Gempa bumi kecil berlaku di Tawau’,

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0519&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hada pan&pg=mh_10.htm 19/5/08

’8,533 terkorban gempa di China’,

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/BeritaUtama/20080513000119/Article/index_htm l 13/5/08- akhbar page 1

’229 terkorban taufan di Filipina’,

(9)

How do earthquakes generate tsunamis?

http://www.geophys.washington.edu/tsunami/general/physics/earthquake.html

How do landslides, volcanic eruptions, and cosmic collisions generate tsunamis?

http://www.geophys.washington.edu/tsunami/general/physics/other.html

Laman web wikipedia

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tsunami

http://ms.wikipedia.org/wiki/Plat_tektonik

http://ms.wikipedia.org/wiki/Taufan#Peringkat_taufan

Discovery, Perfect Disaster-Tornado, pada 9 Julai 2008, dalam Astro Channel 551

Discovery, Planet Green,Fearless Planet-Australian Coral Reaf, pada 9 Julai 2008, dalam Astro Channel 551

Discovery, Planet Green,Fearless Planet-Sahara Desert, pada 16 Julai 2008, dalam Astro Channel 551

Discovery, Why Ancient Egypt Fell, pada 4 Ogos 2008, dalam Astro Channel 551

History, Tsunami The Wave of Death’s, pada 9 Julai 2008, dalam Astro Channel 555

National Geography, Myanmar’s Killer Cyclone, pada 6 Julai 2008, dalam Astro Channel 553

Referensi

Dokumen terkait

Puji dan syukur kepada Tuhan Yang Maha Esa, yang telah memberikan berkat dan kasih-Nya yang melimpah sehingga penulis dapat menyelesaikan penyusunan laporan kerja magang dengan

Program pelayanan prima terbukti telah diterapkan pada setiap tenaga kerja di Rumah Sakit Dustira karena pada tahun 2018 Rumah Sakit Dustira telah memperoleh Sertifikat

Pada bagian ini dilakukan simulasi numerik yang bertujuan untuk membanding- kan banyaknya iterasi dari metode Gauss Seidel dan metode metode Gauss Seidel prekondisi dalam

(4) Pengelolaan Arsip Dinamis sebagaimana dimaksud pada ayat (1) dilaksanakan untuk menjamin ketersediaan Arsip dalam Penyelenggaraan Kearsipan sebagai bahan

Bentuk karya yang mempunyai kesan melawan gaya gravitasi yang dimaksud disini adalah bentuk yang seolah-olah melakukan perlawanan terhadap gaya tarik bumi. Beberapa

Hasil penelitian menunjukkan bahwa penempatan semen beku kambing PE pada permukaan nitrogen cair dengan jarak yang berbeda menurunkan motilitas dan viabilitas spermatozoa

Abstract: The purpose of this study was to determine the character education in the Pancasila subject for STKIP PGRI Lubuklinggau Students. How is character education integrated in

Bersama ini diumumkan daftar nama peserta yang dinyatakan memenuhi syarat tes fisik dan berhak mengikuti tes laboratorium dan penunjang Rekrutmen Umum Lokasi