• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGAJIAN BAHASA ARAB DI MASJID SEBAGAI (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENGAJIAN BAHASA ARAB DI MASJID SEBAGAI (1)"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Prosiding Persidangan Kebangsaan Bahasa Arab (NCAL2015) 31

PENGAJIAN BAHASA ARAB DI MASJID SEBAGAI PROSES PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Rofishahbt. Rashid (rofisha71@gmail.com) Berhanuddin Abdullah (berhannuddin@unisza.edu.my)

Universiti Islam Zainal Abidin

ABSTRAK

Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) merupakan salah satu agenda utama negara dalam pembangunan modal insan.Ia merupakan satu proses ke arah meningkatkan pengetahuan, kemahiran, perubahan tingkahlaku serta usaha untuk membangunkan komuniti setempat. Kajian ini bertujuan untuk membincangkan tentang pengajian Bahasa Arab di Masjid yang dilaksanakan sebagai satu proses Pembelajaran Sepanjang Hayat. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji Proses PSH yang melibatkan kelas pengajian bahasa Arab di masjid.Proses PSH ini melibatkan pembelajaran formal dan tidak formal yang dilaksanakan secara berterusan tanpa menghadkan umur, masa dan tempat di mana berada.Antara kepentingan kajian ini adalah untuk memperkasakan masjid sebagai salah satu Institusi Pendidikan. Gabungan Model PSH yang bersumberkan empat tunjang iaitu pengetahuan, kemahiran, pembangunan insan dan juga kemasyarakatan akan diperkenalkan untuk diaplikasikan di masjid. Dapatan kajian kajian diandaikan bahawa kelas pengajian Bahasa Arab di masjid ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran di kalangan masyarakat setempat.

Kata Kunci: Pembelajaran Sepanjang Hayat; Bahasa Arab; Pengetahuan; Kemahiran;

PENDAHULUAN

Pembelajaran Sepanjang Hayat menurut perspektif Islam dapat diterjemahkan dalam pelbagai pandangan, antaranya Allah S.W.T ada menjelaskan dalam Quran Surah al-`alaq ayat (1-5) yang bermula dengan “Iqra`” bermaksud bacalah, ianya banyak mengandungi unsur-unsur pendidikan.Ayat ini menggesa supaya manusia khususnya umat Islam supaya mencari ilmu.Ayat (4-5) menjelaskan yang mafhumnya Allah S.W.T mengajar ilmu kepada manusia setelah manusia berusaha ke arah itu, sekurang-kuarngnya dengan membaca (Muhamad Yusuf, 2005).

(2)

s.a.wada menyebut: “Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad”. Ilmu perlu perlu dituntut sejak kanak-kanak sehingga akhir hayat seseorang.Perubahan aktiviti ekonomi yang lebih bergantung kepada penguasaan pengetahuan telah menambahkan lagi pelaburan dalam pembangunan kapital manusia yang berilmu.Pembentukan masyarakat yang berilmu supaya lebih kompetitif memerlukan mereka memperolehi pengetahuan secara berterusan.Oleh itu Pembelajaran Sepanjang Hayat dilihat menjadi satu keperluan dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran seseorang.

Pembelajaran Sepanjang Hayat juga merupakan satu idea atau ilham yang lahir daripada satu laporan yang disediakan oleh Paul Lengrand yang merupakan seorang pegawai yang memikul tanggungjawab ke atas Biro Pendidikan Dewasa, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (UNESCO) pada 1965, di mana pembelajaran tidak menghadkan tempoh, umur dan tempat tertentu sahaja. Satu laporan lain yang juga dikeluarkan oleh UNESCO yang bertajuk "Learning To Be" menyatakan ada bahawa sasaran kepada pendidikan tidak sepatutnya dihadkan kepada golongan elit atau untuk mereka yang berada dalam lingkungan umur yang tertentu sahaja. Ini bermaksud pembelajaran terbuka kepada semua golongan tanpa mengira tahap pendidikan, pangkat, miskin atau kaya, golongan atasan atau bawahan.

Pembelajaran sepanjang hayat (PSH) boleh ditakrifkan sebagai satu proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal atau tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di tempat kerja bagi keperluan individu dan guna tenaga di samping mewujudkan masyarakat yang aktif dan saksamaan memenuhi kehendak sosial. PSH juga merupakan pelaksanaan pelbagai aktiviti pembelajaran yang boleh diikuti sehingga ke akhir hayat dengan tujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan kepada individu, masyarakat dan alam pekerjaan (Nur Angriani. et.al., 2014).

(3)

Masjid Sebagai Pusat Pembelajaran

Masjid dianggap sebagai medium bagi memupuk budaya ilmu dalam masyarakat Islam (Azlina, 2010), dan juga berperanan sebagai institusi pengantara dalam proses pendidikan sepanjang abad ke 3H hingga ke 5H (ZulkifleeHaron, 2007). Ianya bukan sahaja dilihat sebagai tempat menunaikan ibadah khusus (Asmak dan Hashim, 2007) dalam Islam, malah ia juga berfungsi sebagai pusat penyebaran ilmu bagi masyarakat Islam. Hal ini dapat dilihat dari sejarah awal Islam dimana Rasulullah telah membina tiga buah masjid di Madinah ketika penghijrahan baginda kesana iaitu Masjid Quba, Masjid Mirbad dan Masjid Nabawi yang mana fungsinya bukan sekadar sebagai tempat berhimpun bagi melakukan solat malah ia juga menjadi pusat penyebaran ilmu bagi masyarakat Islam pada ketika itu. Nabi Muhammad s.a.w sendiri telah telah meletakkan peranan masjid sebagai pusat pelajaran sebagaimana yang telah dijelaskan dalam sebuah hadisnya yang bermaksud:

Malik menceritakan kepadaku daripada Sumi, hamba kepada Abu Bakar bahawa Abu Bakar bin ‘Abd al- Rahman pernah berkata, “Sesiapa yang berpagi atau berpetang ke Masjid yang mana tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk belajar sesuatu ilmu yang baik atau mengajar ilmu itu kemudian dia balik ke rumahnya, seolah- olah dia adalah mujahid yang berperang di jalan Allah dan kembali dengan harta rampasan yang banyak. (HR Imam Malik)

Masjid terus berkembang sebagai pusat ilmu sepanjang zaman. Ianya membentuk individu dalam pembinaan insan cemerlang sebagaimana yang tercatat dalam lipatan sejarah silam sebagaimana yang telah dilalui oleh Masjid Al-Azhar dan Masjid Amru ibn As di Mesir yang dikenali Masjid Seribu, iaitu masjid yang umur pembinaannya menjangkau seribu tahun, al-Jami al-Umawiyy di Damsyik, Jamik al-Mansur di Baghdad, masjid Zaituna di Tunisia, Jamik al-Qarawiyin di Fas, Maghribi dan lain-lain lagi. Masjid- masjid ini merupakan model yang boleh dicontohi. Wujudnya proses pembelajaran pendidikan Islam seperti kelas-kelas agama yang diadakan di masjid tersebut dapat melahirkan ramai pelajar yang cemerlang dan ulama yang hebat, sehingga namanya harum sebagai pusat pembelajaran tinggi dalam bidang agama Islam. Antara cendekiawan ulung yang menimba ilmu daripada institusi-institusi ini ialah Ibnu Khaldun yang belajar di Universiti Zaituna di Tunisia dan Sheikh Yusuf Al-Qardhawi yang berkelulusan daripada universiti Al-Azhar di Mesir (Ishak, 1987; Md Noor et.al, 2014).

(4)

jemaah dalam mengikuti pengajian kursus pendek bahasa Arab.Ia dilihat menjadi satu penggerak dalam usaha memakmurkan masjid sebagai tempat mempelajari, mengguna dan menghidupkan bahasa al Quran agar umat Islam dapat menguasainya. Kenyataan ini selari dengan MohdYusof (2008) dalam kajiannya mendapati banyak masjid dan surau telah menyediakan kerusi dan meja untuk guru duduk supaya kelihatan lebih tinggi dan dapat dipandang lebih jelas berbanding dengan guru duduk bersila di atas lantai.

Berdasarkan kajian di masjid Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Pihak kakitangan masjid telah mengadakan pengajian bersijil atau dikenali sebagai pendidikan formal.Program Pengajian Bersijil adalah salah satu program di bawah kelolaan Unit Pengajian dan Pendidikan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Pengajian Bersijil ini telah dijalankan hampir sembilan tahun dan telah melahirkan lebih 400 orang setiap tahun yang memperoleh sijil dalam bidang Talaqqi Al-Quran, Taranum, Pengajian Syariah dan Pengajian Bahasa Arab dalam beberapa peringkat daripada asas, pertengahan hinggalah ke peringkat tinggi dan lanjutan. Program ini menggunakan Modul yang dibengkelkan sebagai sukatan pelajaran Bahasa Arab.

Secara umumnya dapat difahami bahawa masjid memainkan peranan yang penting dan berfungsi sebagai tempat untuk orang awam mempelajari bahasa Arab secara konsisten dan pembelajaran bahasa Arab.Masjid hari ini dilihat mendapat tumpuan dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan remaja, dewasa, kanak-kanak dan warga emas.Walau bagaimana pun ianya perlu mendapat sokongan

masyarakat untuk terus berkembang.

Pembelajaran Bahasa Arab di Masjid

(5)

Menurut sejarah, Institusi Pengajian Tinggi al-Azhar pada era kecemerlangannya telah memenuhi citacita kerajaan Fatimiyyah sebagai sebuah pusat ilmu, kebudayaan dan dakwah Islam secara menyeluruh. Bermula dari era tersebut, fungsi utama al-Azhar menjurus kepada tiga peranan: Pertama menyampai dan mengajarkan ilmu Islam kepada seluruh manusia. Kedua ialah menyuburkan kebudayaan Islam, dan yang ketiga memelihara kemurnian bahasa Arab sebagai bahasa pengantar utama ajaran agama Islam dan sebagai bahasa ilmiah ( Md. Noor, 2014) Justeru, pembelajaran bahasa Arab di masjid telah lama bertapak dan ia berperanan dalam memartabatkan agama Islam di seluruh dunia. Dalam kajian tersebut telah menjelaskan bahawa bahasa Arab mula bertapak di Malaysia sejak bertahun-tahun yang lalu iaitu pada abad ke 13M seiring dengan kedatangan Islam yang dibawa oleh peniaga-peniaga Arab waktu itu. Di waktu itu proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab berlaku sama ada di masjid atau madrasah.

Beberapa kajian telah mendapati kebanyakan masjid telah menyedari akan kepentingan bahasa Arab dan meletakkannya sebagai salah satu pengajian ilmu di samping pengajian Aqidah, al-Quran, Usuluddin dan sebagainya. Antaranya kajian yang dijalankan oleh Md. Noor et.al. (2014) mendapati 3 buah masjid yang mengadakan kelas pengajian Bahasa Arab secara khusus, iaitu:

i. Masjid Al-Mardhiyah Taman Melawati 375, Jalan B6, Taman Melawati ii. Masjid Al-Khairiah Taman Seri Gombak, 68100 Batu Caves Gombak iii. Masjid As-Syakirin No. 10 Taman Kamariah, KM 9, Jalan Gombak.

Kelas Pengajian Bahasa Arab yang dijalankan di masjid-masjid tersebut ada yang berbentuk mingguan dan ada yang berbentuk bulanan.Pengajian ini menggunakan kitab khusus dan mempunyai pelajar seramai 10-15, ada yang mencecah 30-40 orang pelajar.Ianya bergantung kepada faktor tenaga pengajar dan kemudahan yang disediakan.

Berdasarkan kepada kajian yang dibuat oleh pengkaji terhadap Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, seramai 120 orang pelajar yang terdiri dari pelbagai tahap umur bermula dari 17 tahun ke atas dari kalangan dewasa, remaja dan yang telah bersara telah mengikuti kelas pengajian bersijil. Seramai 6 orang tenaga pengajar terlibat mengendalikan kelas pengajian.Mereka menggunakan modul yang telah dibengkelkan bagi mencapai objektif pembelajaran.Matlamat utama kelas pengajian tersebut lebih kepada kebolehan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkomunikasi.

(6)

ilmu pengetahuan dan kemahiran seseorang. Ianya boleh dikaitkan dengan pengetahuan dalam memahami makna lafaz-lafaz al-Alquran dan juga kemahiran berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Arab. Manfaat dan kesan dari proses pembelajaran tersebut dapat melahirkan modal insan yang berilmu pengetahuan, memahami al-Quran serta berkemahiran dalam bahasa Arab.

Kaedah Pembelajaran Bahasa Arab di Masjid

Kaedah pembelajaran Bahasa Arab dapat dilaksanakan dalam pelbagai kaedah. Terdapat beberapa kaedah yang telah diutarakan oleh Ahmad Kilani (2001), seperti kaedah nahu dan terjemah (al-Qawa`id wa tarjamah), kaedah langsung (Mubasharah), kaedah dengar dan tutur ( al-Sam`iyah al-Syafawiyyah) serta kaedah elektik (al-Intiqa`iyyah). Kelas pengajian Bahasa Arab (bersijil) yang dilaksanakan di masjid hari ini kebiasaannya menggunakan kaedah latih tubi dan tarjemah. Guru-guru yang menggunakan proses terjemahan ini berpendapat bahawa pelajar tidak mempunyai kebolehan sendiri untuk membaca dan memahami. Hasil daripada tanggapan mereka inilah proses terjemahan berlarutan sehingga ke hari ini. Sewajarnya pelajar hendaklah diberi tugas dan peluang untuk berinteraksi dalam kelas bagi menambah keyakinan terhadap kemampuan mereka.

Oleh itu, satu pendekatan perlu diperkenalkan bagi menggantikan kaedah ini.Kaedah tersebut hendaklah boleh memberi kesan yang baik dalam penguasaan ilmu.Antara kaedah yang boleh diaplikasi ialah pengajaran hendaklah berpusat kepada pelajar.Pelajar hendaklah didedahkan dengan strategi kendiri supaya mereka dapat menjalankan aktiviti pembelajaran dengan sendiri. Guru sepatutnya memberi peluang kepada pelajar untuk membaca, mencari makna, membuat kefahaman, kesimpulan dan pembentangan. Pihak terlibat perlu memberi pendekatan yang sewajarnya bagi mengatasi masaalah yang timbul supaya pengajaran bahasa Arab dapat diperkasakan untuk melahirkan generasi yang dapat berinteraksi dalam bahasa Arab (Rosni 2012).Kaedah soal jawab juga biasa diamalkan oleh guru bagi mengukuhkan lagi ingatan pelajar.

Tunjang Pembelajaran Sepanjang Hayat di Masjid

(7)

Empat Tunjang PSH yang diutarakan oleh Delors (1997) iaitu: belajar untuk mengetahui (Learning to know), belajar untuk melakukan( Learning to do), belajar menjadi apa( learning to be), dan belajar untuk hidup bersama-sama ( Learning to live together). Pembelajaran untuk tahu, dengan menggabungkan pengetahuan am cukup luas dengan peluang untuk bekerja secara mendalam terhadap beberapa mata pelajaran. Ini juga bermakna pembelajaran untuk belajar, untuk mendapat manfaat daripada pendidikan menyediakan peluang sepanjang hayat.Belajar untuk memperolehi sesuatu (learning to be) bukan sahaja kemahiran pekerjaan tetapi juga, lebih meluas, kecekapan untuk menangani pelbagai situasi dan bekerja dalam pasukan. Ia juga bermakna pembelajaran perlu dilakukan dalam konteks pelbagai kerja sosial dan orang muda pengalaman yang mungkin tidak formal, sebagai hasil daripada konteks tempatan atau kebangsaan, atau formal, melibatkan kursus, kajiselidik dan bekerja. Pembelajaran untuk hidup bersama, dengan menanamkan persefahaman antara satu sama lain dan saling bergantung hidup sesama masyarakat sekeliling, menjalankan projek bersama dan belajar untuk menguruskan konflik, dengan semangat menghormati nilai-nilai pluralisme, persefahaman dan keamanan. Pembelajaran yang baik dapat membangunkan personaliti seseorang dan dapat bertindak dengan lebih autonomi, pengadilan dan bertanggungjawab. Sehubungan itu, pendidikan tidak boleh mengabaikan mana-mana aspek potensi seseorang: ingatan, penaakulan, rasa estetik, kemampuan fizikal dan kemahiran komunikasi. Dalam konteks kajian learning to know disesuaikan dengan pengetahuan, leaning to be disesuaikan dengan kemahiran, learning to do disesuaikan dengan pembinaan insan manakala learning to live together disesuaikan dengan kemasyarakatan.Keempat-empat tunjang tersebut merupakan asas dalam misi dan visi ke arah kecemerlangan masjid sebagai pusat pendidikan.

(8)

untuk membina asas taqwa di masjid adalah melalui pembentukan sahsiah diri dan mendekatkan diri kepada Allah dengan melaksanakan suruhan Allah dan menjauhi larangannya.Maka usaha untuk menjadikan masjid sebagai pusat pendidikan boleh ditentukan kurikulum khas yang bersumberkan PSH.Dalam konteks pendidikan di Malaysia usaha membangunkan potensi individu ditekankan secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang seimbang. Proses pendidikan dilihat “lebih condong” mengembangkan budaya sesebuah masyarakat ( Hailan, 2010). Proses pendidikan dipandu arah oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ahmad Mohd. Salleh (1997) melihat Falsafah Pendidikan Kebangsaan berteraskan Falsafah Pendidikan Islam. Pandangan hidup Islam mempengaruhi perjalanan proses pendidikan yang berteraskan “Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan”.

Dalam konsep pembelajaran juga, Imam al-Zarnuji mengaitkan dengan etika dan kemahiran (Wahyu, 2012). Ilmu dan kemahiran merupakan dua elemen yang berkait rapat antara satu sama lain. Dalam aktiviti pembelajaran di masjid perlu diterapkan aktiviti atau program kemahiran asas seperti kursus kemahiran berbahasa, kemahiran ucapan umum seperti menbaca khutbah, kemahiran kerja tangan, kemahiran ICT dan sebagainya.Aktiviti kemahiran ini memberi peluang kepada individu masyarakat untuk meningkat kerjaya dan juga kreativiiti.

Walau bagaimanapun Ibnu Khaldun (2006) mengaitkan pembelajaran dengan aktiviti dan kemahiran masyarakat.Ibnu Khaldun berpandangan kreativiti merupakan satu komponen penting dalam semua kegiatan intelektual.Beliau telah menjelaskan dalam kitabnya “Muqaddimah Ibnu Khaldun” bahawa tujuan pendidikan terbahagi kepada beberapa unsur; antaranya memperlengkapkan akhlak, sosial manusia serta memperlengkapkan seseorang dengan kemahiran vokasional atau pekerjaan. Menurut Ibnu Khaldun, pemikiran seseorang perlu dipertingkatkan kerana pemikiran seseorang itu dapat membuat berbagai pekerjaan dan pertukangan tertentu. Pandangan ini hampir selari dengan Yong (1994) yang menyatakan bahawa kreativiti dapat melahirkan idea-idea atau apat memikirkan banyak idea-idea yang bersabit dengan sesuatu masalah.Menurut pandangan Ibn Khaldun lagi, manusia sebagai makhluk berfikir dengan kemampuan dirinya dapat memahami situasi yang berada di luar dirinya.Pada mulanya, kemampuan itu masih berbentuk potensi.Dia menjadi actual (mencapai suatu titik perkembangan) melalui al-ta‘lim (pendidikan) dan al-riyadat (latihan) yang sesuai dengan gerak perkembangan fizikal dan mentalnya.Atas dasar inilah, pengaruh dunia luar program dapat mengoptimalkan potensi manusia ke arah yang lebih sempurna (Shahrul Reza, 2008).

(9)

dan hilang. Menurutnya lagi program Pembelajaran Sepanjang Hayat juga ini telah berjaya melahirkan masyarakat yang bercirikan modal insan yang berkualiti, berpengetahuan, berkemahiran dan bertaraf dunia. Ia nya juga merupakan elemen penting dalam mewujudkan masyarakat yang dinamik dan berfikiran terbuka seterusnya dapat meningkatkan ekonomi Negara. Jika di peringkat individu, pembelajaran sepanjang hayat ini merupakan satu kelebihan bagi mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik. Bahkan ia menjadi pemangkin utama untuk meningkatkan penguasaan pasaran dan mencapai daya saing ekonomi yang kukuh dan jitu.

(10)

RUJUKAN

Ahmad Kilani Mohamad (2001). Teori Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di Sekolah Menengah Agama di Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Asmak Haji Ali dan Hashim Mat Said (2007) Peranan Masjid Dalam Masyarakat Hadhari.Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Pengurusan Masjid anjuran Masjid Sultan Ismail, UTM dan Yayasan Dakwah Islam Malaysia.

HailanSalamun (2010). Kepemimpinan Rabbani Sekolah Menengah Kebangsaan Agama.Tesis Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan, Institut Pengajian Kepengtuaan, Universiti Malaya.

Md Noor Hussin, Ahmad RedzaudinGhazali, Mohammad RofianIsmail(2014) Masjid dan Pengajian Bhs Arab: Kajian di Gombak Selangor . Proceeding of the International Conference on Masjid, Zakat and Waqaf (IMAF 2014), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.(e-ISBN 978-967-13087-1-4). 1-2 December 2014, Kuala Lumpur, Malaysia.

Mohd Ismail bin Mustari dan NorshaifulAzhar bin MohammatNor (2009). Kajian Persepsi Pelajar 3 Spi Terhadap Peranan Masjid Dari Sudut Pendidikan Dalam Masyarakat Islam. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Hassan Basri Awang Mat Dahan, Zawawi Ismail, Muhammad AzharZailani (2005). Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Perspektif Pengajian Tinggi. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Rosni Samah (2012) Isu Pembelajaran Bahasa Arab.Proseding Persidangan Kebangsaan, Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012 (PKEBAR`12), Fakulti Pengajian Islam, UKM Bangi.

ZulkifleeHaron (2007). Kajian Masjid Sebagai Institusi Pengantara dalam Proses Pendidikan: Sorotan Abad 3H hingga 5H. Universiti Teknologi Malaysia.SyahrulRiza (2008). Konsep Pendidikan Islam Menurut Pemikiran Ibnu Khaldun: Suatu Kajian terhadap Elemen-elemen Kemasyarakatan Islam. Tesis yang tidak diterbitkan, Universiti Sains Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait

Harga diri ( Self esteem ) adalah penilaian individu terhadap hasil yang di capai, dengan cara menganalisis seberapa jauh perilaku individu tersebut sesuai dengan

Penelitian yang dilakukan oleh [1] dari Teknik Telekomunikasi, Fakultas Ilmu Terapan, Universitas Telkom telah membuat perangkat stasiun cuaca untuk mengukur curah

Tujuan metodologi pengajaran adalah untuk merencanakan dan melaksanakan cara-cara yang efektif untuk mencapai tujuan. Dasar pemilihan metode yang tepat adalah atau

a. Pembayaran Gaji dan Tunjangan personel sesuai dengan hak anggota berdasarkan jabatan, kepangkatan dan kelas jabatan kinerja. Perencanaan Anggaran dan

Berdasarkan perjanjian tersebut di atas, secara umum Perusahaan harus memperoleh persetujuan tertulis dari bank terlebih dahulu, untuk memperoleh pinjaman/kredit dari pihak

Kriteria Inklusi Ekslusi Population / Problem Jurnalnasional dan international yang berhubunganden gantopikpenelitiy akniregulasi emosi dan intensitas nyeri haid Selain

Dari tabel 4. diatas terlihat bahwa terdapat perbedaan hasil belajar matematika antara tiap tingkat pengelolaan kelas terhadap siswa ketika pembelajaran dan

Berdasarkan kesimpulan yang diperoleh diharapkan untuk selanjutnya kepada pihak sekolah untuk lebih meningkatkan kesadaran para orangtua siswa terhadap pentingnya