• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERANAN SISTEM EKONOMI ISLAM KEPADA MASY

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PERANAN SISTEM EKONOMI ISLAM KEPADA MASY"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

TUGASAN 1: PENULISAN : PERANAN SISTEM EKONOMI ISLAM KEPADA MASYARAKAT SEJAHTERA DAN MENJAMIN KEDUDUKAN WANITA

Pengenalan

Sebuah negara maju memiliki sistem pemerintahan yang maju dan holistik. Keberkesanan kepimpinan juga membawa kepada kemajuan sistem ekonomi yang giat berkembang dan mampu memberi manfaat kepada rakyat di dalam negara berkenaan. Perkataan ekonomi yang berasal daripada bahasa greek iaitu [aikos] yang bermaksud ‘rumah’, dan [nemo], yang bermaksud ‘peraturan’, (iaitu pengurusan rumah tangga) merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji pembahagian sumber yang terhad untuk memenuhi keperluan manusia [ CITATION Apr16 \l 17417 ]. Terdapat pelbagai contoh sistem ekonomi yang diamalkan seperti sistem ekonomi kapitalis, komunis dan sosialis. Setiap daripada sistem tersebut bertujuan mencapai pelbagai objektif ekonomi yang berbeza untuk pembangunan negara masing-masing. Akan tetapi bagaimana dengan Sistem Ekonomi Islam? Bagaimanakah sistem ini dapat membantu membina masyarakat sejahtera?

Sistem Ekonomi Islam

Antara tujuan utama sistem ekonomi Islam dijalankan adalah untuk mewujudkan keseimbangan di antara kepentingan individu dengan kepentingan masyarakat. Keseimbangan ini akan terbentuk melalui penglibatan anggota masyarakat di dalam kegiatan ekonomi yang dibenarkan oleh syariat secara produktif. Menurut Jusoh (2011), ekonomi Islam adalah berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah serta urf tijar (amalan komersial) yang tidak bertentangan dengan syariat. Misalnya, individu yang ingin menjalankan perniagaan membuka peluang untuk memenuhi keperluan dirinya dan secara tidak langsung membantu masyarakat untuk mudah memperoleh barangan keperluan harian. Hal ini dikatakan serampang dua mata yang mewujudkan keseimbangan diri dan masyarakat di dalam sistem Ekonomi Islam.

Antara peranan sistem ekonomi Islam adalah menitikberatkan keadilan dalam semua perkara dengan mengharamkan segala bentuk penindasan, amalan riba, penipuan, rasuah, monopoli yang tidak seimbang, manipulasi pasaran dan segala bentuk penyelewengan atau perkara-perkara yang menzalimi dan merugikan pihak-pihak tertentu.

Firman Allah :

(2)

Terjemahan :“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi, dan sebagainya), kecuali

dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa

mengasihani kamu.”

(Surah An-Nisa : 29)

Contohnya, manfaat yang diperoleh daripada pembeli adalah barangan yang elok dan berkualiti serta bebas daripada sebarang unsur gharar. Hal ini secara tidak langsung dapat mewujudkan keyakinan kepada pembeli yang lain di atas kejujuran. peniaga berkenaan. Jadi hal ini membuktikan bahawa sistem ekonomi Islam lebih harmoni dan adil samada kepada pembeli mahupun kepada penjual.

Kesejahteraan masyarakat juga dapat dicapai melalui aktivti perniagaan. Dunia hari ini menyaksikan bahawa aktiviti perniagaan merupakan bidang yang paling popular dan banyak diceburi oleh ramai pelajar di universiti kini. Aspek yang membezakan sistem ekonomi Islam dengan yang lain adalah bagaimana pelaksanaannya dilakukan. Perniagaan dalam sistem ekonomi Islam yang dijalankan tetap berlandaskan kepada Al-Quran dan Sunnah. Sebagaimana yang disarankan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis baginda :

"ةراجتلا يف قزرلا راشعأ ةعست"

Terjemahan : “Sembilan persepuluh punca rezeki itu adalah melalui bidang perniagaan.”

(Riwayat : Sunan Abu Said bin Mansur)

Berdasarkan kepada hadis baginda tersebut, perniagaan merupakan punca rezeki yang paling luas. Jadi, sistem ekonomi dengan menggunakan strategi yang stabil mampu membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada penduduk di negara itu. Jadi keperluan asasi makan dan minum akan dapat diperoleh dengan pendapatan hasil perniagaan kerana menurut Islam, manusia perlu bekerja untuk mendapatkan punca rezeki yang halal kerana Rasulullah S.AW pernah bersabda :

ملسم لك ىلع بجاو الللا بلط

Terjemahan: “Mencari rezeki yang halal itu fardhu wajib ke atas setiap muslim”

(Riwayat : Al-Tabrani dan Baihaqi)

(3)

Hal ini kerana sistem ini menegaskan agar setiap ahli anggota masyarakat dapat menjana pelbagai hasil dan ianya melengkapi keperluan dan kehendak bagi memenuhi kemaslahatan masyarakat. Hasil yang diperolehi dapat menjana ekonomi sesebuah masyarakat, kerajaan ataupun organisasi. Banyak manfaat dan kelebihan yang masyarakat akan dapat nikmati melalui pengamalan sistem ekonomi Islam dan seterusnya mengenepikan sistem konvensional yang menindas masyarakat dan cuma menguntungkan pihak-pihak tertentu sahaja [ CITATION Moh14 \l 17417 ]. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam bagi melaksanakan dan menjalankan kegiatan ekonomi berteraskan syariat Islam dan dapat menunjukkan bahawa Islam ini sebagai satu cara hidup yang terbaik untuk manusia.

Melaksanakan sistem ekonomi Islam adalah signifikan bagi menjamin negara Islam tidak ditindas oleh pihak yang zalim. Jika kita lihat negara-negara yang kurang stabil struktur ekonominya mudah mendapat campur tangan kuasa asing dan berlaku kemusnahan melibatkan kehilangan nyawa dan sebagainya. Melalui sistem ekonomi yang kukuh dan stabil negara Islam dapat berada duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain. Bagi mencapai sistem ekonomi yang stabil pula memerlukan kerjasama para ilmuwan Islam membuat dasar buka pintu untuk menerima pelbagai pandangan dan cadangan untuk mengetahui bagaimana cara membangunkan sistem ekonomi Islam bagi menjaga keamanan negara. Menurut Sobri (1989), kejatuhan ekonomi Islam pada masa dahulu disebabkan oleh pemimpin tidak bersepakat dan saling menjatuhkan antara satu sama lain.

Institusi zakat mampu memantapkan dan menstabilkan ekonomi negara (Hafiz, 2013). Sesebuah negara boleh menjadi maju dan kualiti taraf hidup masyarakat boleh ditingkatkan melalui bantuan secara menyeluruh dan bantuan bulanan kepada asnaf-asnaf zakat terutamanya golongan fakir, miskin dan muallaf agar mampu berdikari dan akhirnya menyumbang kembali kepada institusi zakat. Pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz, iaitu dua setengah tahun setelah beliau memerintah, telah dicatatkan bahawa tidak ada orang yang dimasukkan ke dalam penjara dan tidak ada orang yang berhak menerima zakat. Hal ini kerana sistem ekonomi Islam yang menghalang berlakunya monopoli di dalam perniagaan menyebabkan kitaran ekonomi pada waktu itu maju.

(4)

Islam tidak pernah memandang rendah pada kedudukan wanita akan tetapi Islam tidak menyamakan lelaki dan wanita itu padasatu kedudukan yang sama. Kaum wanita tetap perlu dihormati dan diangkat darjatnya selaras dengan lunas-lunas Islam [ CITATION Nor10 \l 17417 ]. Mereka mempunyai hak yang sama untuk menggunakan harta pemilikannya selaras dengan kehendaknya selagi tidak bertentangan dengan syariah.

Terjemahan : “Bagi orang laki-laki ada hak bagian dari harta peninggalan ibu-bapa dan kerabatnya, dan bagi orang wanita ada hak bagian (pula) dari harta peninggalan ibu-bapa

dan kerabatnya, baik sedikit atau banyak menurut bahagian yang telah ditetapkan ”.

) Surah An-Nisa : 7 (

.Dalam konteks ini kita dapat melihat bahawa Islam sejak dari dahulu lagi telah mengangkat martabat dan hak wanita dalam mengendalikan harta pemilikan mereka. Islam telah memberi hak kebebasan ekonomi kepada kaum wanita berbanding dengan wanita Barat yang hanya memperoleh hak tersebut setelah satu tempoh perjuangan yang panjang sehingga terpaksa mengorbankan akhlak dan kehormatan mereka. Wanita Islam dengan bebas dapat memilik, mengurus harta milik dan menggunakan harta miliknya secara langsung dan peribadi tanpa sebarang campur tangan dari orang tengah, malah mereka berhak untuk memberi dan menyumbang harta mereka kepada sesiapa sahaja tanpa sebarang campur tangan lain seperti Saidatina Khadijah.

(5)

Pengurusan ekonomi kewangan dalam Islam dijelaskan dalam al-Quran dan Al-Hadis serta telah diberikan penjelasan oleh ulama terkemudian. Pengurusannya bukan bersifat mendatang atau menciplak pengurusan ekonomi bukan Islam, dengan mengetepikan lunas atau nas yang ditetapkan dalam Islam. Pada asasnya, Sistem Ekonomi Islam bersifat adil dan memberikan kepuasan kepada kedua-dua belah pihak. Pengimplementasian ekonomi Islam juga dapat menjamin kedudukan negara dan masyarakat agar lebih stabil dan harmoni. Kedudukan wanita juga turut dipelihara di dalam Sistem Ekonomi Islam.

Rujukan:

(6)

Hafiz Ahmad. (2013). Kepentingan Sistem Ekonomi Islam Terhadap Masyarakat. Yogjakarta : LPP Universitas Muhammadiyah

Hairi Malik. (2014). Baitulmal Dan Peranannya Dalam Sistem Ekonomi Islam Di Malaysia. Selangor : Oxford Fajar Bakti Sdn. Bhd

Jusoh Abdul Halim. (2011). Memperkasa Ekonomi Islam Di Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Razin Muhammad . (2009). Kedudukan Dan Peranan Wanita Dalam Islam . Singapura : Pustaka Nasional Pte. Ltd.

Roziah Sidik, Zulkarnain & Nasruddin Yunos. (2011). Pengajian Islam. Selangor : Oxford Fajar Bakti Sdn. bhd

Saleha Noordin. (2010). Hak-Hak Wanita Pada Zaman Rasulullah Saw: Menyingkap Sejarah Serikandi Islam. Kuala Lumpur : PTL Publication

Sobri Solomon. (1989). Ekonomi Islam : Pengenalan Sistem dan Kemungkinan. Petaling Jaya : Al-Rahmaniah

Referensi

Dokumen terkait

bahwa dengan memberikan kesempatan melakukan kontak kulit ke kulit antara ibu dan bayi segera saat di meja operasi dapat memberikan rasa nyaman pada ibu serta

Dengan kondisi pembelajaran di atas, peneliti menemukan beberapa masalah di kelas, yaitu (1) ketika guru menjelaskan materi, terdapat banyak siswa yang mengobrol, (2)

A particular parent revealed that jobs required English much, especially for those who work with the international-based company.Moreover, there are three kinds

In the ASEAN region, due to the significant role of IPR protection, Member Nations introduced ASEAN Framework Agreement on Intellectual Property (IP) Cooperation in 1995, a year

Nilai path coefficients adalah positif yaitu sebesar 0,058 yang menunjukkan bahwa arah hubungan antara kualitas pelayanan dan loyalitas siswa adalah positif tetapi tidak

[r]

Mukosa adalah lapisan jaringan epitel yang melapisi bagian tubuh yang memiliki kontak dengan udara. Jaringan mukosa bersifat lembab karena adanya glandula yang

diperlukannya pencatatan keuangan rumah tangga baik pemasukan ataupun pengeluaran (cash flow ). Faktor pendidikan, dari penjelasan diatas semakin tinggi pendidikan dari