• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penggunaan Mobilecasting dan Aktiviti Ak

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Penggunaan Mobilecasting dan Aktiviti Ak"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

International Conference on Social Sciences and Humanities 2012 (ICOSH 2012)

Penggunaan Mobilecasting dan Aktiviti-Aktiviti Waktu Santai dalam Kalangan Generasi Muda Liew Chee Kit

HELP University, Kuala Lumpur Malaysia

Abstract

Guided by the uses and gratification theoretical framework, the main purpose of this

research is to explore the usage of mobilecasting among young adult. Besides that,

research also focuses on the role of mobilecasting toward the leisure activities of the

younger generation. Data was collected by survey method with a set of questionnaire used

to collect data among 400 respondents within the age range of 16 -27 years old. The main

finding indicated that the influence of mobilecasting toward young generations’ leisure

activities, the data reinforces the notion that mobilecasting forms a significant part of the

leisure activities of young generation in the Klang Valley. Research findings demonstrate

that the primary uses of mobilecasting rotate around young generations’ needs for

entertainment and escapisme. Young generation spend much of their free time on the

leisure activity of surfing the internet. Mobilecasting ranks third highest leisure activity

amongst other leisure activities listed in the survey-questionnaire. The statistical result of

Pearson’s correlation shows that there is significant relationship between the uses of

mobilecasting and the gratifications one achieves through its usage. Besides that, the

usage of mobilecasting has significant relationship with leisure hour activities.

(2)

Keywords:Uses and gratification, Usage of mobilecasting, younger generation, leisure

activities, quantitative study

1.0 Pengenalan

Pengalaman hidup generasi muda dalam masyarakat moden telah berubah dengan

signifikan sekali. Ini termasuk hubungan kekeluargaan dan kekawanan, pengalaman

dalam pendidikan dan pasaran kerja, gaya hidup dan waktu santai serta keupayaan dalam

hidup dengan berdikari (Furlong & Cartmel, 2007). Secara spesifiknya merujuk kepada

perubahan dalam aktiviti waktu santai, aktiviti waktu santai generasi muda dahulu

kebanyakannya merujuk kepada aktiviti luar rumah (aktiviti luar) dan kini generasi muda

menjalankan aktiviti waktu santai mereka di dalam rumah seperti menonton televisyen

dan bermain dengan komputer (Furlong & Cartmel, 2007). Begitu juga dengan

penggunaan mobilecasting untuk mengisi waktu santai mereka yang seiring dengan

kecanggihan teknologi mobilecasting di pasaran.

Kajian telah dilakukan oleh Robert (1983), beliau telah menyimpulkan bahawa

aktiviti masa lapang generasi muda pada masa dahulu adalah aktiviti sukan di luar rumah.

Sungguhpun begitu, Robert (1999) menjalankan kajiannya lagi dan dapatan kajian

menunjukkan bahawa aktiviti waktu santai generasi muda mula tertumpu pada aktiviti

dalam rumah. Kajian menunjukkan bahawa generasi muda gemar menjalankan aktiviti

masa lapang di dalam rumah dengan menggunakan media.

Kini, pengguna mobilecasting muda (berumur di antara 18 – 29 tahun)

menunjukkan sifat yang positif terhadap penggunaan mobilecasting dan 32% daripadanya

(3)

bimbit mereka (Stephanie, 2009). Dapatan yang sama turut diperolehi dalam kajian yang

dilakukan oleh Rainie & Keeter (2006) dengan memperolehi dapatan kajian yang

menunjukkan bahawa 40% daripada pengguna mobilecasting muda rela mengorbankan

telefon talian tetap dan memilih telefon bimbit dalam menjalankan kehidupan harian

mereka.

Perbelanjaan bil telefon bimbit generasi muda di New Zealand yang berumur di

antara 18 hingga 29 tahun adalah 3 kali lebih banyak daripada generasi yang lebih tua

(Stephanie, 2009). Kajian telah dilakukan oleh Auter (2007) dan mendapati bahawa

purata penggunaan mobilecasting dalam kalangan pelajar kolej adalah 10.5 jam

seminggu.

Harga telefon bimbit yang kian murah turut merupakan salah satu daripada

faktor yang menyumbang kepada kadar penggunaan mobilecasting yang semakin tinggi

(Mascheroni, 2007). Di Malaysia, pelanggan perkhidmatan talian telefon bimbit adalah

16,243,337 orang pada 31 Mei 2005 (Koay Hock Eng, Azilawati Masri, Malini

Ramalingam & Ng Wai Mun, 2005). Ini merupakan satu jumlah yang begitu besar dan

berpengaruh.

Pada era globalisasi ini telefon bimbit bukan lagi berfungsi sebagai alat

berkomunikasi sahaja tetapi juga berfungsi sebagai alat komunikasi yang bersifat peribadi

dan dilengkapkan dengan fungsi komunikasi dan fungsi multimedia yang lain dengan

meliputi komunikasi dan hiburan (Oscar Westlund, 2008). Kini telefon bimbit tidak lagi

dipanggil sebagai “mobile phone” tetapi “mobile device” kerana ia telah dilengkapi

dengan pelbagai fungsi yang boleh disambung kepada komputer dan talian internet

(4)

Adalah menjadi kerisauan bahawa identiti budaya tempatan dan gaya hidup belia

akan menerima cabaran yang besar dengan inovasi baru dimana tahap penerimaan

golongan muda terhadap mobilecasting adalah tinggi.

1.2 Penyataan Masalah

Mobilecasting merupakan media baru yang membawakan impak kepada fesyen,

status, konsumsi informasi, hubungan sosial dan kawalan sosial (Best, 2009). Ekoran

daripada perkembangan teknologi, pengeluaran telefon bimbit yang semakin canggih dan

reka bentuk yang semakin menarik telah mempengaruhi pandangan belia bahawa telefon

bimbit itu sendiri merupakan fesyen dan dengan menggunakan telefon bimbit yang cantik

dan berjenama maka mereka adalah golongan yang moden.

Argumentasi turut wujud mengenai pengguna mobilecasting adalah tuan atau

hamba kepada teknologi ini ekoran daripada wujudnya kekeliruan bahawa pengguna yang

mengawal mobilecasting ataupun mobilecasting yang telah mengawal minda pengguna

mobilecasting. Ini adalah amat berkait rapat dengan kegiatan waktu santai yang

merupakan tumpuan kajian ini kerana apa yang sedang berlaku di masyarakat kita

memang selari dengan andaian bahawa generasi muda telah dikawal oleh teknologi

mobilecasting. Seperti apa yang diperhatikan dalam kehidupan harian belia di Malaysia,

belia menghabiskan masa mereka dengan menggunakan mobilecasting adalah lebih

banyak daripada di dalam bilik darjah mahupun atas katil mereka untuk berehat.

Sungguhpun media baru seperti mobilecasting telah ditandakan sebagai objek

(5)

inovasi baru ini mempengaruhi gaya hidup generasi muda terutamanya dari segi

penggunaan waktu santai mereka?

1.3 Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk menguji Teori Kegunaan dan Kepuasan terhadap

penggunaan mobilecasting dalam kalangan generasi muda di Lembah Klang, Malaysia.

Kaedah kuantitatif yang berdasarkan survei akan diguna dalam proses memungut data.

Kajian ini akan meninjau kegunaan dan kepuasan teknologi mobilecasting dalam

kalangan generasi muda. Selain itu, kajian turut akan menguji pola penggunaan

mobilecasting dan pengaruhnya terhadap aktiviti-aktiviti waktu santai dalam kalangan

generasi muda. Ia akan membolehkan pengkaji memahami motivasi penggunaan

mobilecasting, pola penggunaan mobilecasting, kegunaan dan kepuasan penggunaan

mobilecasting. Selain itu, ia juga akan menggambarkan bagaimana mobilecasting

berintegrasi ke dalam kehidupan harian generasi muda dan menjadi sebahagian daripada

aktiviti waktu santai dalam kalangan generasi muda di Malaysia. Kajian ini juga

bertujuan utama untuk menerokai kepuasan yang dicapai melalui kegunaan mobilecasting

dalam kalangan generasi muda.

1.4 Objektif Kajian

Kajian bertujuan untuk mengkaji kegunaan dan kepuasan mobilecasting. Selain itu,

(6)

muda dengan menumpukan perhatian kepada aktiviti-aktiviti waktu santai dalam

kalangan generasi muda dan mengambil kira penggunaan mobilecasting untuk mengisi

masa lapang. Secara spesifiknya, objektif kajian adalah seperti berikut:

1. Mengenalpasti motivasi penggunaan mobilecasting dan hubungannya dengan

pola penggunaan mobilecasting dalam kalangan generasi muda.

2. Mengenalpasti pola penggunaan mobilecasting dan hubungannya dengan

aktiviti-aktiviti waktu santai dalam kalangan generasi muda.

3. Mengenalpasti pola penggunaan mobilecasting dan hubungannya dengan

kegunaan mobilecasting dalam kalangan generasi muda.

4. Mengenalpasti kegunaan mobilecasting dan hubungannya dengan kepuasan

mobilecasting dalam kalangan generasi muda.

2.0 Kerangka Teori

Teori Kegunaan dan Kepuasan merupakan teori yang amat sesuai dalam membuat

kajian mengenai penggunaan mobilecasting. Penekanan dalam kegunaan dan kepuasan

adalah berdasarkan kepada ideologi yang mengandaikan bahawa manusia merupakan

pengguna aktif yang akan memilih media serta kandungan media untuk mencapai

kepuasan yang diingini. Penggunaan media itu terdiri daripada salah sejenis bentuk

kegiatan antara pilihan-pilihan yang ada untuk mencapai kepuasan (Katz, Blumber &

Gurevitch, 1974). Para sarjana sering mempertikaikan bahawa kegiatan media tidak patut

dianggap sebagai satu konsep yang tunggal tetapi ia melibatkan pelbagai konsep.

(7)

dengan jenis media, motivasi khalayak dan penggunaan media. Selain itu, Levy dan

Windahl (1985) juga mempertikaikan bahawa peringkat aktiviti adalah berdasarkan faktor

sosial, kandungan media dan ketersediaan media yang ada.

Kajian akan dijalankan dengan berpandukan kepada kerangka teori kegunaan dan

kepuasan untuk menguji hipotesis-hipotesis kajian.

3.0 Sorotan Literatur

Kajian-kajian mengenai penggunaan mobilecasting bukan lagi perkara yang baru.

Para pengkaji telah menjalankan kajian yang mendalam tentang penggunaan

mobilecasting. Kajian meliputi tujuan penggunaan mobilecasting untuk permainan dalam

kalangan belia Amerika Syarikat, Sepanyol dan Czech Republic (Okazaki, Skapa &

Grande, 2008). Selain daripada permainan, penggunaan telefon bimbit turut merupakan

identiti fesyen dan status dengan berdasarkan jenama dan model telefon bimbit yang

digunakan (Shade, 2007).

Menurut kajian yang dilakukan oleh Daine, Ame dan Victoria (2007) terhadap

responden belia di Tokyo, penggunaan telefon bimbit adalah sebanyak 6.5 jam seminggu

secara puratanya dengan tidak termasuk penggunaan untuk tujuan bekerja dan belajar.

Kajian telah dijalankan oleh Ran Wei dan Ven-Hwei-Lo (2006) terhadap 909 pelajar dari

10 buah kolej berdasarkan kaedah kuantitatif survei di Taiwan untuk memantau

penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar kolej untuk tujuan perhubungan sosial.

Abu Sadat Nurullah (2009) dalam kajiannya telah berjaya memperolehi kepuasan

tambahan daripada penggunaan telefon bimbit. Kepuasan tambahan yang berasaskan

(8)

rakan-rakan, mengekalkan hubungan intim dengan teman cinta, mengelakkan daripada

kawalan ibu bapa dan mengkoordinasikan aktiviti dalam kumpulan.

Kajian telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji lalu dengan berdasarkan

penggunaan telefon bimbit, perubahan aktiviti waktu santai dan kepuasan yang diperolehi

daripada kegunaan telefon bimbit. Akibat daripada penggunaan telefon bimbit yang

semakin luas, generasi muda dipercayai akan memilih penggunaan telefon bimbit sebagai

aktiviti waktu santai akibat daripada kepuasan yang dicapai dari segi pelbagai aspek dan

fleksibiliti yang tersedia pada telefon bimbit.

3.2 Hipotesis Kajian

Beikut adalah hipotesis-hipotesis yang terlibat:

Hipotesis 1: Motivasi terhadap mobilecasting mempunyai hubungan yang signifikan

dengan pola penggunaan mobilecasting dalam kalangan generasi muda.

Hipotesis 2: Pola penggunaan mobilecasting mempunyai hubungan yang signifikan

dengan aktiviti-aktiviti waktu santai dalam kalangan generasi muda.

Hipotesis 3: Pola penggunaan mobilecasting mempunyai hubungan yang signifikan

dengan kegunaan mobilecasting dalam kalangan generasi muda.

Hipotesis 3: Kegunaan mobilecasting mempunyai hubungan yang signifikan dengan

kepuasan mobilecasting dalam kalangan generasi muda.

4.0 Metodologi Kajian

Kajian ini akan memberi tumpuan kepada kaedah pengumpulan data dan kaedah

(9)

kepada kaedah kuantitatif iaitu kaedah survei. Kajian akan dijalankan di Lembah Klang

ke atas responden generasi muda dalam lingkungan berumur di antara 16 tahun hingga 27

tahun. Kaedah survei dibentukkan selari dengan objektif-objektif kajian dan

hipotesis-hipotesis kajian supaya kedua-dua elemen ini dapat dicapai dan diuji. Responden yang

akan menjawab borang survei mesti memenuhi syarat yang ditetapkan demi

menghasilkan data yang paling tepat. Soalan-soalan yang ditanya dalam borang survei

kesemuanya adalah bersifat tertutup (close-ended).

4.1 Sampel

Sebanyak 400 responden telah diminta untuk menjawab borang survei yang

disediakan terdahulu. Jantina tidak termasuk dalam komponen kawalan. Selain itu,

responden mesti merupakan pengguna teknologi mobilecasting yang mesti memiliki

telefon bimbit. Elemen-elemen ini merupakan elemen kawalan dalam kajian ini supaya

ketepatan hasil kajian adalah paling tinggi.

4.0 Dapatan Kajian

Jadual 4.1.1: Kajian Kolerasi menurut Hipothesis-Hipotesis

Pembolehubah Penggunaan Kegunaan Motivasi 0.584**

Aktiviti Waktu Santai

0.543**

Penggunaan 0.563**

Kepuasan 0.554**

N = 400

Menurut jadual 4.1.1, Kajian kaedah korelasi pearson telah digunakan untuk

(10)

Motivasi penggunaan mobilecasting dan pola penggunaan mobilecasting mempunyai

hubungan yang signifikan. Dapatan kajian menunjukkan nilai r = 0.584. Ini menunjukkan

hubungan yang di antara motivasi penggunaan mobilecasting dengan pola penggunaan

adalah sederhana dan bersifat positif.

Hubungan di antara pola penggunaan mobilecasting dan aktiviti waktu santai

adalah signifikan dengan nilai r = 0.543. Kekuatan hubungan di antara pola penggunaan

mobilecasting dengan aktiviti-aktiviti waktu santai adalah sederhana dan positif. Ini

menunjukkan bahawa sebahagian daripada aktiviti waktu santai melibatkan penggunaan

mobilecasting. Hipotesis diterima secara langsung.

Jadual menunjukkan bahawa hubungan yang signifikan di antara kegunaan mobilecasting

dan pola penggunaan mobilecasting dengan saiz kesan bersifat positif sederhana dengan

nilai r = 0.563.

Kegunaan mobilecasting mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepuasan

mobilecasting. Saiz kesan menunjukkan hubungan positif dengan kekuatan yang

sederhana dengan nilai r = 0.554.

Analisis korelasi pearson yang mendalam dengan berdasarkan

komponen-kompenen yang berada di dalam kedua-dua pembolehubah turut dijalankan dan data

mendapati bahawa kegunaan mobilecasting yang berdasarkan hiburan dan eskapisme

mempunyai hubungan yang paling kuat dan signifikan dengan kepuasan mobilecasting

(11)

Jadual 5.1.1: Hubungan di antara kegunaan mobilecasting dengan kepuasan mobilecasting

Kegunaan mobilecasting untuk komponen kamera dan perakam mempunyai

hubungan yang signifikan dengan kepuasan mobilecasting dengan nilai r = 0.380 pada

aras signifikan p < 0.05. Saiz kesan menunjukkan hubungan yang sederhana rendah dan

bersifat positif.

Di sebaliknya, kegunaan mobilecasting untuk berkomunikasi mempunyai

hubungan yang paling lemah tetapi masih signifikan dengan kepuasan mobilecasting

dengan nilai r = 0.199 dan pada aras signifikan p < 0.05.

Sebagai rumusannya, terdapat hubungan yang signifikan di antara kegunaan

mobilecasting dengan kepuasan mobilecasting.

6.1 Implikasi Kajian

Secara praktikalnya, terdapat perubahan dari segi tren penggunaan mobilecasting.

(12)

dan bukannya untuk berkomunikasi lagi. Secara tidak langsung, penggunaan

mobilecasting telah dijadikan sebagai salah satu aktiviti waktu santai kepada generasi

muda untuk mengisi waktu santai mereka. Generasi muda telah beralih ke teknologi

mobilecasting untuk berkomunikasi dan jarang menggunakan talian tetap di rumah atau

pejabat. Ini adalah kerana teknologi mobilecasting menjanjikan ruang peribadi kepada

penggunanya. Penghantaran SMS atau mel elektronik melalui telefon bimbit jauh lebih

tinggi berbanding dengan membuat panggilan kerana kaedah ini dianggap lebih selamat

dan mempunyai ruang peribadi kepada golongan remaja.

6.2 Rumusan Kajian

Kajian ini merumuskan penggunaan mobilecasting dalam kalangan generasi muda

dengan berdasarkan kepada kerangka teori Kegunaan dan Kepuasan. Pada masa yang

sama, kajian turut mengkaji aktiviti waktu santai generasi muda dengan melibatkan

penggunaan mobilecasting. Kaedah kuantitatif yang berdasarkan kepada survei telah

dijalankan terhadap 400 responden. Responden adalah berasal dari Lembah Klang yang

sedang menuntut di sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi. Kesemua responden

adalah pemilik telefon bimbit.

Kajian bermula dengan andaian bahawa penggunaan mobilecasting dalam

kalangan generasi muda perlu dilihat daripada satu perspektif yang berlainan.

Kebanyakan pendekatan penggunaan mobilecasting adalah tertumpu kepada matlamat

komunikasi ataupun mobiliti. Pendekatan demikian seolah-olahnya mengandaikan

bahawa mobilecasting masih berfungsi seperti dahulu yang memainkan peranan sebagai

(13)

dipersoalkan tetapi penggunaan mobilecasting pada masa kini jauh lebih luas daripada

komunikasi sahaja.

Kajian ini menunjukkan bahawa tujuan utama penggunaan mobilecasting adalah

untuk mobiliti, fesyen dan status tidak banyak memberi kesan dalam penggunaan

mobilecasting. Teknologi mobilecasting pada masa kini bukan sahaja terhad kepada

membuat dan menerima panggilan atau menghantar dan menerima SMS sahaja. Tetapi

berupaya menggantikan alatan yang lain seperti permain muzik, alat penggera, jadual

waktu digital dan komputer.

Kajian ini turut mengkaji cabang aktiviti waktu santai dalam kalangan generasi

muda dengan mengandaikan bahawa penggunaan mobilecasting merupakan salah satu

aktiviti waktu santai yang berpengaruh. Kebanyakan pendekatan kajian lalu telah

tertumpu kepada aktiviti waktu santai generasi mudah telah beralih ke aktiviti dalam

rumah yang melibatkan penggunaan media. Pendekatan demikian tidak ditolak tetapi

elemen penggunaan mobilecasting patut terlibat sebagai salah sejenis aktiviti waktu

santai. Penggunaan mobilecasting tidak terhad kepada dalam rumah sahaja tetapi ia juga

boleh dipakai di luar rumah seperti sedang menunggu kawan atau berada di dalam

kenderaan.

Dapatan kajian ini merupakan kajian peringkat awal dalam Malaysia. Ekoran

dengan perkembangan teknologi mobilecasting yang semakin canggih dan kadar bayaran

pelan data yang semakin berpatutan akibat daripada persaingan. Motivasi penggunaan

mobilecasting, pola penggunaan mobilecasting dan kegunaan baru mobilecasting akan

berubah dan menghasilkan dapatan yang baru. Adalah dipercayai secara tidak langsung

(14)

Dari segi aktiviti-aktiviti waktu santai, didapati bahawa media baru seperti komputer dan

mobilecasting sedang mencabar media tradisional secara perlahan. Pembacaan surat

khabar dan buku, menonton televisyen dan mendengar radio adalah begitu jarang sekali

jikalau berbanding dengan penggunaan komputer dan mobilecasting.

Kajian ini berjaya menerokai pola penggunaan mobilecasting dalam kalangan

generasi muda. Selain itu, kegunaan dan kepuasan turut dikaji dan mendapati bahawa

kepuasan hiburan dan eskapisme merupakan kepuasan yang tertinggi dalam penggunaan

moblecasting. Mobilecasting pada umumnya merupakan alat komunikasi tetapi ia telah

berubah menjadi alat yang boleh memuaskan kehendak penggunanya dari segi hiburan

dan eskapisme. Ia merupakan dapatan yang baru dalam kajian ini.

Dari segi aktiviti waktu santai, penggunaan mobilecasting telah menjadi salah satu

aktiviti waktu santai dalam kalangan remaja. Dengan aksesibiliti yang dibekalkan oleh

teknologi mobilecasting, penggunanya boleh menggunakannya pada waktu santai

mahupun di dalam rumah ataupun di luar.

RUJUKAN

Abu Sadat Nurullah. 2009. The cell phone as an agent of social change. Rocky Mountain Communication Review 6(1): 19 – 25.

Auter, P. 2007. "Portable social groups: Willingness to communicate, interpersonal communication gratifications, and cell phone use among young adults". International Journal of Mobile Communications 5(2): 139-156.

Best, K.. 2009. When Mobiles Go Media: Relational Affordances and Present-to- Hand Digital Devices. Canadian Journal of Communication 34: 397-414

Blumber, J.G. 1979. The role of theory in uses of gratifications studies. Communication research 6(1): 9-36.

(15)

Supported Coorepative Work 16(1): 45 – 73.

Furlong, A dan Cartmel, F. 2007. Young people and social change. McGraw-Hill. London

Katz, E., Blumler, J.G. dan Gurevitch, M. 1974. Utillization of mass communication by the individual (dlm) J.G. Blumber& Katz(pnyt), The uses of Mass

Communication: Current Perspectives on gratification research hlm. 19-32. Beverly Hills. Sage Publications.

Koay Hock Eng, Azilawati Masri, Malini Ramalingam & Ng Wai Mun. 2005. Featuring the hand phone users survey 2005. Malaysia Communications and Multimedia Commission, Cyberjaya

Levy, M. R. dan Windahl, S. 1985. The concept of audience activity (dlm) K.E.

Rosengren, L.A. Wenner, dan P. Palmgreen (pnyt). Media gratifications research: Current perpective hlm.109-122. Beverly Hills. Sage Publications

Mascheroni, G. 2007, ‘Global nomads’ network and mobile sociality. Exploring new media uses on the move’. Information, Communication & Society 10(4): 527-546.

Oscar Westlund. 2008. From mobile phone to mobile Ddevice: news consumption on the go. Canadian Journal of Communication Vol 33: 443-463

Okazaki, S., Skapa, R. dan Grande, I.. 2008. Capturing global youth: Mobile gaming in the US, Spain, and the Czech Republic. Journal of Computer-Mediated

Communication 13(4): 827 – 855.

Rainie, L., & Keeter, S. 2006. Pew internet project data memo - cell phone use: Pew Internet and American Life Project. http://www.pewinternet.org/ [22 Disember 2010]

Ran Wei dan Ven-Hwei Lo. 2006. Staying connected while on the move: Cell phone use and social connectedness. New Media Society 8(1): 53 - 72

Robert, K. 1983. Youth and leisure. London: Allen and Unwin

Robert, K. 1999, Leisure in contemporary society. Wallingford: CABI Publishing

Shade, L. R.. 2007. Feminizing the mobile: gender scripting of mobiles in north America. Continuum: Journal of Media & Cultural Studies 21(2): 179 - 189

Stephanie, B. 2009. Tertiary Students’ Mobile Phone Use in New Zealand: A

(16)

Referensi

Dokumen terkait

Manfaat dari penelitian yang penulis lakukan adalah agar dengan dibuatnya video profil ini dapat digunakan sebagai sarana untuk memberikan informasi sekaligus promosi kepada

Gerakan sosial baru beranggapan bahwa di era kapitalisme liberal perlawanan timbul tidak hanya dari gerakan buruh, melainkan dari mereka yang tidak terlibat secara

Hal ini dapat dibuktikan dengan sarana dan prasarana yang ada secara kuantitas masih kurang memadai dan kurang dijaga dengan baik, prosedur akta kelahiran belum

7 Pada sisi yang lain Bali Adat/Desa Pakraman merupakan kelembagaan adat yang secara konsisten menjalankan sistem Hukum Adat yang dijiwai oleh Ajaran Agama Hindu pada

GITA SETYANDARI PERTIWI SD Kanisius Mangunan Berbah 726 3114 CICILIA SURATIWI MARTININGRUM SD Kanisius Mangunan Berbah 727 3118 YOSEP MULHARSA SD Kanisius Mangunan Berbah 728

Tindakan operasi pada fossa posterior memberikan tantangan bagi ahli anestesiologi dikarenakan risiko tinggi terjadinya disfungsi batang otak, posisi pasien,

Pada suhu beku dalam freezer surimi ikan mujair akan menjadi lebih awet karena mikroba tidak dapat tumbuh dan proses kimia dari enzim masih terus berlangsung dan

ini adalah PT Arminareka Perdana harus memiliki cara untuk meyakinkan masyarakat bahwa biaya haji jangan terpaku pada harga yang murah. PT Arminareka Perdana Makassar