• Tidak ada hasil yang ditemukan

Analisis Kuantitatif Terhadap Pencapaian visi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Analisis Kuantitatif Terhadap Pencapaian visi "

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

Analisis Kuantitatif Terhadap Pencapaian Pelajar Tahun Akhir Bagi Kursus

Matematik Kejuruteraan Di Politeknik Kota Kinabalu

Norazlina Binti Ahmad

Jabatan Metamatik, Sains & Komputer

Politeknik Kota Kinabalu

norazlina@polikk.edu.my

Siti Nazura Binti Senan

Jabatan Metamatik, Sains & Komputer

Politeknik Kota Kinabalu

nazura@polikk.edu.my

Abstrak

Matematik Kejuruteraan merupakan kursus wajib yang perlu diambil bagi melengkapkan syarat penganugerahan diploma kepada pelajar kejuruteraan politeknik. Namun kegagalan pelajar dalam kursus ini sering menjadi topik utama di Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK). Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh mana markah penilaian kerja kursus (PKK) memberi kesan kepada pencapaian peperiksaan akhir bagi kursus BA601 dan BA501. Sebanyak 200 sampel telah diambil dan dianalisa menggunakan perisian SPSS versi 19.0 melalui analisa Korelasi Pearson dan kaedah Regresi Linear Mudah. Dapatan kajian menunjukkan hubungan yang signifikan bagi kedua -dua kursus antara peperiksaan akhir dengan penilaian kerja kursus iaitu dengan nilai p = 0.00 dan menunjukkan hubungan yang positif antara pembolehubah. Hasil kajian ini dapat membantu pensyarah politeknik supaya menekankan kepada pelajar kepentingan menghantar penilaian kerja kursus serta menjadi bukti bagi menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh pihak pengurusan berkaitan perbezaan markah yang ketara antara PA dan PKK semasa mesyuarat peperiksaan.

1. Pengenalan

Kursus Matematik Kejuruteraan merupakan subjek wajib yang perlu diambil bagi melengkapkan syarat penganugerahan diploma kepada pelajar politeknik. Kursus ini ditawarkan kepada pelajar peringkat diploma kejuruteraan bermula semester pertama

hinggalah ke semester akhir iaitu semester keenam. Namun demikian, saban hari kegagalan pelajar dalam kursus-kursus yang memerlukan kemahiran matematik sering menjadi topik hangat perbincangan di peringkat politeknik. Kajian yang telah dilaksanakan oleh Pn Nurfadzlina Mohd Rodzi (Politeknik Kuching), merumuskan pencapaian akademik pelajar dalam subjek yang mempunyai konsep pengiraan adalah di dorong oleh faktor pencapaian dalam subjek matematik dan seterusnya ini akan mempengaruhi keputusan CGPA mereka. Oleh yang demikian, kegagalan pelajar dalam subjek matematik akan memberi kesan kepada pengajian mereka sama ada gagal ataupun berjaya menamatkan pengajian. Pencapaian akademik amnya didefinasikan sebagai suatu ujian yang berasaskan penilaian guru atau pendidik dalam sesuatu ujian yang dilakukan bagi mengukur tahap pencapaian seseorang pelajar (Karlinger,1973).

(2)

seperti gred mahupun pangkat bagi sesuatu subjek dalam kursus yang diambil oleh pelajar (Raha,1991).

Dalam menentu ukur pencapaian akademik pelajar, salah satu tugas utama pensyarah ialah melaksanakan penilaian kerja kursus yang telah ditetapkan oleh silibus Jabatan Pengajian Politeknik (JPP). Di samping penilaian kerja kursus, pelajar juga diuji dalam peperiksaan akhir semester. Dengan adanya penilaian kerja kursus ini, tenaga pengajar dapat mengenalpasti masalah atau kekangan yang dihadapi oleh para pelajar. Secara tidak langsung, tenaga pengajar dapat mencari alternatif atau kaedah lain dalam mengubahsuai aktiviti pengajaran mengikut kesesuaian pelajar. Apabila pelajar dapat memahami pembelajaran dengan baik, secara tidak langsung mereka dapat menjawab dengan baik dalam peperiksaan akhir.

Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh mana penilaian kerja kursus memberi impak kepada pencapaian peperiksaan akhir pelajar serta membina model hubungkait antara PKK dan PA yang akan membantu dalam pencapaian pelajar di tahun akhir pengajian. Kajian ini memberi penekanan yang sangat khusus kepada pelajar tahun akhir kerana masa ini dianggap sebagai keadaan yang paling kritikal bagi pelajar berkenaan untuk menamatkan pengajian.

2. Perlaksanaan Kursus

Secara norma, pelajar diploma politeknik memerlukan minima 90 jam kredit yang perlu dilaksanakan dalam tempoh minima 6 semester yang bersamaan dengan 3 tahun pengajian. Bagi pelajar yang mengikuti bidang kejuruteraan, kursus Matematik wajib diambil semasa semester 1, 2 dan 3 untuk pelajar Kejuruteraan Awam dan tambahan lagi 2 semester untuk pelajar Kejuruteraan Elektrik dan Kejuruteraan Mekanikal. Ini menjadikan kursus Metematik Kejuruteraan adalah subjek yang perlu dipelajari di setiap semester dan menjadi kursus pra-syarat di semester 2 dan semester 4. Pencapaian yang baik dalam kursus Matematik biasanya akan membuka jalan mudah untuk pelajar menamatkan pengajian mereka di politeknik.

Untuk memperolehi pencapaian yang cemerlang dalam kursus Matematik, pelajar dan pensyarah kursus masing-masing memainkan peranan penting. Untuk lulus, pelajar perlu membuat semua penilaian kerja kursus yang telah ditetapkan oleh JPP berdasarkan sukatan kursus serta mengambil peperiksaan akhir. Di politeknik, pencapaian pelajar diukur berdasarkan penilaian kerja kursus (PKK) dan juga peperiksaan akhir (PA) dalam satu semester. Pelajar perlu diuji untuk melihat pencapaian mereka sepanjang satu semester. Tujuan pengujian ialah untuk menentukan

pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran. Dengan adanya pengujian, pensyarah dapat melihat, mengesan dan menganalisis tahap pemahaman serta prestasi pelajar mereka dalam sesuatu topik.

Penilaian merupakan perihal atau perbuatan, menilai dan menaksir (Kamus Dewan,1994:930). Justeru penilaian ialah suatu proses yang berterusan bagi mendapatkan maklumat semula dengan tujuan supaya penggubahan kepada pelajar dalam aspek pemikiran, perasaan dan tingkahlaku dapat dilakukan dengan sempurna (Abu Bakar Nordin,1990:4). Proses ini amat penting bagi mengetahui kekuatan dan kelemahan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran selain memastikan para pelajar tidak tergelincir daripada mengikuti sukatan mata pelajaran yang telah ditetapkan. Adalah penting usaha membentuk pelajar mencakupi segala aspek ini sentiasa dikaji bagi memastikan keberkesanan sukatan dan aktiviti yang dijalankan dapat memenuhi kehendak dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaaan. Oleh itu penilaian merupakan satu aktiviti yang amat bermakna dan bermanfaat yang perlu dilakukan seiring dengan proses Pengajaran & Pembelajaran (P&P).

Penilaian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran akan memperlihatkan kemajuan pelajar dalam jangka masa tertentu. Pengesanan kemajuan pelajar secara berterusan ini akan memberi maklum balas kepada pensyarah tentang masalah yang dihadapi pelajar. Sekiranya pelajar menghadapi masalah dalam pembelajaran, pensyarah akan menyelidik punca masalah tersebut. Maklumat berkenaan akan digunakan oleh pensyarah untuk mengubah pendekatan pengajaran atau menyediakan latihan yang khusus supaya masalah yang dihadapi pelajar dapat diatasi. Dalam pendidikan Matematik, semakin banyak topik yang dipelajari, semakin banyak aktiviti pengiraan yang perlu dilakukan oleh pelajar. Bagi pelajar yang agak lemah dari segi pengiraan, mereka merasakan subjek yang melibatkan pengiraan semakin sukar dan kadangkala timbul rasa putus asa untuk menyelesaikan masalah dengan pengiraan. Pelajar mempelajari kemahiran mengira bukan sahaja untuk membuat pengiraan tetapi menggunakan kemahiran itu untuk menyelesaikan masalah dan meneroka idea baru dalam pengiraan (Noraini,2002).

(3)

kursus yang melibatkan kerja berkumpulan seperti Tutorial Exercise, Group Discussion dan End of Chapter menyumbang peratusan yang tinggi sebanyak 60% berbanding kerja individu seperti Quiz dan Theory Test yang hanya 40%. Bentuk-bentuk penilaian ini diharap dapat memberi impak yang positif kepada proses penilaian pendidikan dan pencapaian akademik pelajar politeknik.

3. Metodologi kajian

Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk kumulatif dan data yang diperolehi diambil daripada pensyarah yang mengajar kursus ini Sesi Disember 2013 dan Unit Peperiksaan Politeknik Kota Kinabalu. Data yang digunakan ini dikenali sebagai data sekunder yang telah diperolehi dari dua sumber yang telah dinyatakan. Instrumen data sekunder ini merangkumi keseluruhan markah daripada penilaian kerja kursus dan juga peperiksaan akhir bagi Sesi Disember 2013. Dalam kajian ini, responden adalah terdiri daripada pelajar-pelajar semester 5 (DET5B, DET5C, DTK5B) dan semester 6 (DET 6B, DET 6A, DTK6B) Kejuruteraan Elektrik yang mengambil kursus BA501 dan BA601 bagi Sesi Disember 2013 dan telah menduduki peperiksaan akhir bagi kursus tersebut. Jumlah sampel yang diambil setiap kursus ialah 100 orang pelajar.

Data ini dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 19.0 dengan menggunakan kaedah Kolerasi Pearson dan kaedah regresi linear untuk mengetahui hubungan antara pencapaian peperiksaan akhir dan penilaian kerja kursus berdasarkan andaian berikut:

H0 : Tidak wujud hubungan antara pencapaian penilaian kerja kursus dengan peperiksaan akhir.

H1 : Wujud hubungan antara pencapaian penilaian kerja kursusdengan peperiksaan akhir.

Dalam kajian ini juga, satu bentuk piawaian telah ditetapkan yang merujuk kepada peratusan markah yang diperolehi oleh pelajar dan digunapakai dalam semua sistem pelaksanaan penilaian Politeknik di Malaysia seperti yang dipaparkan dalam Jadual 1.

4. Dapatan kajian

4.1. Analisis Kursus BA601

Kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengkaji hubungan antara pencapaian kerja kursus dengan peperiksaan akhir bagi pelajar yang mengambil kursus Matematik Kejuruteraan BA601 Sesi Dis 2013. Data

Jadual 1 : Piawaian pelaksanaan penilaian pelajar politeknik.

yang diambil merupakan sumber data yang kedua yang terdiri daripda markah PKK dan markah PA.

Daripada analisis deskriptif seramai 100 pelajar telah dikaji. Jadual 2 menunjukkan nilai purata peperiksaan akhir adalah lulus iaitu sebanyak 63.04 manakala penilaian kerja kursus juga lulus dengan purata 78.84. Sisihan piawai PKK juga agak rendah berbanding sisihan piawai bagi PA. Jurang perbezaan markah maksimum bagi kedua jenis penilaian ini tidak begitu ketara berbanding markah minimum yang mencatat beza sebanyak 13 markah. Data ini seterusnya diuji menggunakan kaedah Kolerasi Pearson dan Regresi Linear.

(4)

Jadual 3. Hasil analisa data BA601 menggunakan kolerasi Pearson.

Merujuk kepada Jadual 3, hasil analisa data adalah menggunakan kolerasi Pearson. Dapatan ini menghasilkan nilai kolerasi Pearson adalah R = .718 dan ini menunjukkan hubungan positif yang berkadar secara langsung. Hubungan kolerasi antara PA dan PKK menunjukkan perkadaran linear secara langsung kerana PA dan PKK ini berhubungan secara positif. Melalui analisis ini dapat disimpulkan bahawa wujud hubungan signifikan antara kedua-dua pembolehubah iaitu Sig.= .000 (ρ < .01). Dapatan ini menggambarkan penilaian Kerja Kursus sangat membantu dalam meningkatkan pencapaian peperiksaan akhir pelajar.

Analisis regresi linear telah dilaksanakan untuk menentukan samada nilai PKK dapat meramalkan skor PA secara signifikan. Jadual 4 menunjukkan hasil dapatan analisis Regresi antara PKK yang bertindak sebagai pembolehubah tetap dan pencapaian PA pelajar bertindak sebagai pembolehubah bersandar (tidak tetap). Hasil analisis menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara PKK dan PA pelajar. Selain itu, model Regresi mempunyai koefisien penentu, R2 bernilai .515 dengan ubahsuai R2 sebanyak .510.

Dalam analisis ANOVA, PKK merupakan penyumbang yang signifikan terhadap PA di mana F(1,98) = 104.101, ρ = 0.000 (ρ < 0.01) menunjukkan model regresi adalah linear). Merujuk kepada data koefisien di atas, nilai Beta yang diperolehi ialah -26.07 menerangkan bahawa sebanyak 1 unit PKK akan menyebabkan peningkatan sebanyak 0.718 unit dalam pencapaian pelajar. Analisa ini menunjukkan bahawa β = 1.13 dan C = -26.07. Berdasarkan analisis ini, persamaan regresi dapat dibentuk seperti berikut:

Y = -26.07 + 1.13 (X)

iaitu Y = Markah Peperiksaan Akhir manakala X = Markah Penilaian Kerja Kursus.

Nilai pemalar -26.07 ialah nilai pencapaian pelajar apabila PKK adalah sifar. Ini menunjukkan bahawa PKK memberikan hubungan yang positif terhadap pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir.

Jadual 4. Hasil Regresi Linear bagi hubungan PKK terhadap PA bagi Kursus BA601.

4.2. Analisa Kursus BA501

Kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengkaji hubungan antara pencapaian kerja kursus dengan peperiksaan akhir bagi pelajar yang mengambil kursus Matematik Kejuruteraan BA501 Sesi Dis 2013. Data yang diambil merupakan sumber data yang kedua yang terdiri daripada markah penilaian kerja kursus dan markah peperiksaan akhir.

Jadual 5. Analisa deskriptif bagi Kursus BA501.

(5)

Jadual 6. Hasil analisa data BA501 menggunakan kolerasi Pearson.

Merujuk kepada Jadual 6, hasil analisa data adalah menggunakan kolerasi Pearson. Dapatan ini menghasilkan nilai kolerasi Pearson adalah R = .716 dan ini menunjukkan hubungan positif yang berkadar secara langsung. Hubungan kolerasi antara PA dan PKK menunjukkan perkadaran linear secara langsung kerana PA dan PKK ini berhubungan secara positif. Melalui analisis ini dapat disimpulkan bahawa wujud hubungan signifikan antara kedua-dua pembolehubah iaitu 0.000 (ρ < 0.01). Dapatan ini menggambarkan penilaian Kerja Kursus sangat membantu dalam meningkatkan pencapaian peperiksaan akhir pelajar.

Analisis regresi linear telah dilaksanakan untuk meramalkan skor PA berdasarkan PKK bagi kursus BA501. Jadual 7 menunjukkan hasil dapatan analisis Regresi antara PKK yang bertindak sebagai pembolehubah tetap dan pencapaian PA pelajar bertindak sebagai pembolehubah bersandar (tidak tetap). Hasil analisis menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara PKK dan PA pelajar. Selain itu, model Regresi mempunyai koefisien penentu R2 yang nilainya .512 dengan ubahsuai R2 sebanyak .507.

Dalam analisis ANOVA, PKK merupakan penyumbang yang signifikan terhadap PA di mana F(1,98) = 102.921, ρ = 0.000. Merujuk kepada data koefisien di atas, nilai Beta yang diperolehi ialah -30.66 menerangkan bahawa sebanyak 1 unit PKK akan menyebabkan peningkatan sebanyak 0.716 unit dalam pencapaian pelajar. Analisa ini menunjukkan bahawa β = -30.66 dan C = 0.979 . Berdasarkan analisis ini, persamaan regresi dapat dibentuk seperti berikut:

Y = -30.66 + 0.979 (X)

Y = Markah Peperiksaan Akhir (PA) X = Markah Penilaian Kerja Kursus (PKK)

Nilai pemalar -30.66 ialah nilai pencapaian pelajar apabila PKK adalah sifar. Ini menunjukkan bahawa PKK memberikan hubungan yang positif terhadap pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir.

Jadual 7. Analisa hubungan PKK dengan PA bagi Kursus BA501.

Graf regresi linear bagi kedua-dua kursus boleh dirujuk dalam Rajah 1 dan Rajah 2.

(6)

Rajah 2: Graf regresi linear bagi kursus BA501.

5. Perbincangan

Dapatan menunjukkan bahawa markah pencapaian peperiksaan akhir bagi kedua-dua kursus bergantung kepada markah penilaian kerja kursus. Ini menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara PKK dan PA. Hubungan yang positif bermaksud peningkatan markah PKK akan memberi kesan kepada pencapaian PA. Nilai kolerasi bagi Kursus BA601 ialah 0.718 dan nilai kolerasi bagi Kursus BA501 ialah 0.716 dan dapat ditunjukkan melalui hubungan seperti Rajah 3.

Rajah 2 : Model hubungan antara PA dan PKK bagi Kursus BA601 dan BA501 yang diperolehi dari

persamaan regresi.

Secara keseluruhannya, hubungan yang positif ini terhasil daripada beberapa aktiviti yang telah dilaksanakan seperti pemurnian soalan PKK, Math Drill sebelum ujian 1 dan ujian 2, serta mengadakan Bengkel Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan Akhir. Selain itu, pelaksanaan penilaian seperti Tutorial Exercise, Group Discussion dan End of Chapter yang dilaksanakan secara berkumpulan seperti yang terkandung di dalam silibus bagi kedua-dua kursus menyumbang pemberatan sebanyak 60% manakala baki 40% terhasil daripada markah individu iaitu Quiz dan Theory Test.

6. Kesimpulan

Kajian yang dilakukan ini menunjukkan hubungan yang signifikan antara Penilaian Kerja Kursus dan pencapaian pelajar dalam Peperiksaan Akhir berdasarkan nilai hubungan yang positif terhadap dua pembolehubah yang dikaji. Dapatan kajian mengatakan hipotesis nol ditolak dan hipotesis alternatif diterima. Melalui analisis regresi linear pula, model persamaan regresi yang dibentuk menunjukkan penilaian kerja kursus sangat menyumbang kepada pencapaian para pelajar dalam peperiksaan akhir iaitu sebanyak RBA601 = 0.718 dan RBA501 = 0.716. Hubungan yang sangat positif ini terhasil daripada pelaksanaan program/aktiviti bagi tujuan penambahbaikan kursus-kursus yang terlibat. Oleh itu, pensyarah kursus-kursus perlu memastikan bahawa semua penilaian kerja kursus dilaksanakan oleh pelajar di samping meneruskan aktiviti penambahbaikan yang sedia ada.

Rujukan

Abu Bakar Nordin (1987): Siri Maktab Perguruan. Asas Penilaian Pendidikan

Asri Khalid (2012). Penilaian Dalam Pendidikan.

Retrieved 4 Jun 2014, from

http://serimajugroup4.wordpress.com/2012/06/03/ penilaian-dalam-pendidikan/

Cronbach, L.J. (1970). Essential of Psycological Testing (3rd ed) New York: Harper & Row Hasanah Safein@Shafie, Rozaimah Mustapa & Ira

Fazlin Mohd Fauzi (2013). Hubungkait Padan PB Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Matematik Kejuruteraan 1 di Politeknik Kota Bharu. Seminar Penyelidikan Matematik, Sains dan Komputer. Maridah Alias (2013). Definisi Pentaksiran, Pengujian

dan Penilaian. Retrieved on 22 May 2014 from http://drmaridah.blogspot.com/2013/06/definisi-pentaksiran-pengujian-dan.html

Nurfadzlina Binti Mohd Rozi. Pencapaian Akademik Pelajar Dalam Subjek Yang Mempunyai Konsep Pengiraan Adalah Didorong Oleh Faktor Pencapaian Dalam Subjek Matematik Bagi Pelajar DKA3-S2. Retrieved 20 May 2014, from http://dspace.poliku.edu.my/xmlui/bitstream/handl e/123456789/821/PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR JKA.pdf?sequence=11

Silibus BA501(2010). Engineering Mathematic 4, Ministry of Higher Education Malaysia -Polythechnic, Version: 080510_1.1

Referensi

Dokumen terkait

HASIL DAN PEMBAHASAN Dari hasil pengamatan yang dilakukan dilapangan dan analisis di laboratorium serta melakukan analisis mengenai kesesuaian lahan maka kesesuaian lahan aktual

Hasil penelitian menunjukkan bahwa model Bimbingan Kelompok dengan Pendekatan Muhasabah (model BKp-M) adalah salah satu model bimbingan dan konseling melalui layanan

mampu menekan penutupan dan bobot kering gulma total, bobot kering gulma golongan daun lebar dan golongan rumput hingga 12 MSA dan (2) perlakuan herbisida glifosat yang digunakan

Dalam hal ini peneliti melakukan ekplorasi pada kegiatan belajar dan pembelajaran yang berhubungan dengan pembelajaran karakter, baik yang dilakukan di dalam

Tujuan dari penelitian ini adalah untuk mengetahui kualitas gula putih kristal dengan tingkat kecacatan produk dengan menggunakan metode Six sigma.. Metodologi

Selanjutnya lebih tingginya peningkatan daya serap MDF terhadap formaldehida dibandingkan terhadap kloroform (CHCl ) dimana keduanya bersifat polar, diduga terjadi karena

Fonološki opis govora Ustrina.. Toponimika u prvim zemljišnim knjigama bivšeg senj-

Pertama, kedudukan studi kasus penelitian dengan judul hubungan green urban open space terhadap quality of life ditinjau dari aspek kriminalitas terkait dengan