• Tidak ada hasil yang ditemukan

Rancangan Perniagaan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Rancangan Perniagaan"

Copied!
32
0
0

Teks penuh

(1)

RANCANGAN PERNIAGAAN

MY NBZ HARDWARE

SDN BHD

ALAMAT :

TANAH KOPERASI FELDA PALONG 14 , 15

DAN 16 JEMPOL BERHAD ,

72120 BAHAU NEGERI SEMBILAN

TELEFON :

019 – 3667649

PEMILIK :

NURAZURA BINTI ZAKARIA

DI BAWAH PROGRAM MENTOR MENTEE

MBP ENGINEERING SDN BHD

(2)

ISI KANDUNGAN

1. PENDAHULUAN DAN PENGENALAN PROJEK 2. RINGKASAN EKSEKUTIF

3. LATAR BELAKANG PERNIAGAAN 3.1 Butir – butir Perniagaan 4. LATAR BELAKANG USAHAWAN

4.1 Butir – butir pengarah urusan 4.2 Rekod pekerjaan pengarah urusan 4.3 Pengalaman kerja pengarah urusan 4.4 Butir – butir pengarah

4.5 Rekod pekerjaan pengarah 4.6 Pengalaman kerja Pengarah 5. SENARAI ASET

5.1 Senarai aset yang diperlukan

6. ASPEK PENGURUSAN 6.1 Carta Organisasi 7. ASPEK PEMASARAN 7.1 Lokasi Perniagaan 7.2 Kumpulan Sasaran 7.3 Saiz Pasaran

(3)

7.5 Strategi Pemasaran 7.6 Analisa Pesaing

7.7 Kaedah Promosi Dan iklan

8. ASPEK KEWANGAN

8.1 Perincian Projek 8.2 Penyata Aliran Tunai 8.3 Penyata Untung Rugi

9. KESIMPULAN 10. LAMPIRAN

10.1 Surat Perjanjian Sewa Tapak

10.2 Lesen Perniagaan Dan Kad Pengenalan 10.3 Sijil – Sijil Pengarah Urusan

10.4 Pelan Lokasi Perniagaan

(4)

PENDAHULUAN

DAN

(5)

1. PENGENALAN

Penyediaan rancangan perniagaan ini adalah untuk memperolehi bantuan kewangan sebanyak RM 500,000.00 daripada Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) bagi memulakan perniagaan bahan binaan dan alatan logam (hardware ) yang bertapak di Bandar Seri Jempol , Negeri Sembilan .

Usahawan memerlukan sejumlah bantuan kewangan dari pihak PUNB seperti yang di nyatakan di atas adalah bagi kos keseluruhan perniagaan . Kos yang terlibat adalah merupakan modal awal iaitu kerja-kerja membaik pulih dan menyempurnakan premis perniagaan , pembelian stok awal , overhead pekerja dan lain-lain.

Usahawan berhasrat dan bercadang untuk bernaung di bawah syarikat MBP Engineering Sdn Bhd bagi menjalankan perniagaan pembekalan bahan binaan. Ini adalah kerana MBP Engineering mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ini dan mempunyai rekod perniagaan yang baik .

Syarikat ini akan beroperasi di Lot 7378 , Mukim Jempol Bandar Seri Jempol , dengan keluasan tanah 0.5932 hektar .Lokasi perniagaan adalah strategik kerana ia merupakan laluan utama para penduduk menjalani aktiviti harian mereka serta untuk para penduduk ke pekan dan bandar . Ia juga bersesuaian untuk di jadikan tempat penyimpanan kayu , batu , besi ,simen , pasir serta sebuah kedai berkonsep DIY .

Lokasi juga amat strategik kerana terletak di tengah-tengah pusat pentadbiran dan kawasan utama laluan penduduk .Kawasan ini juga merupakan kawasan yang membangun dan mempunyai kepadatan penduduk melebihi 50 ribu orang serta

mempunyai majoriti 95 peratus penduduk melayu . Dengan faktor ini , sambutan yang di berikan adalah di jangka amat menggalakkan .

(6)
(7)

Perniagaan ini di jalankan di bawah syarikat MY NBZ Hardware Sdn Bhd di mana mentee kepada MBP Engineering Sdn Bhd yang kini beroperasi di Sungai Buluh , Selangor . Pemilik syarikat juga merupakan perantis di bawah program anjuran Permodalan Usahawan Nasional Berhad .

Usahawan merupakan graduan lulusan dalam bidang kewangan . Usahawan

berpengalaman bekerja sebagai eksekutif kewangan di Standard Chartered Bank selama 3 tahun . Sebelum menjalani tempoh perantisan , usahawan sering bekerja pada hujung minggu di sebuah kedai bahan binaan untuk mendapatkan pengalaman dan belajar mengenai selok belok dunia perniagaan di dalam bidang ini . Usahawan juga mengambil keputusan nekad untuk berhenti kerja dan menolak tawaran kenaikan gaji bagi

melibatkan diri dalam bidang perniagaan ini.

Usahawan juga ingin berkecimpung di dalam perniagaan ini kerana sedar akan pembangunan dan kemajuan sektor pembinaan di negara ini khususnya di kawasan petempatan usahawan yang dalam perancangan untuk melaksanakan pembinaan rumah dan deretan kedai. Selain wujudnya pembangunan perumahan terancang ( kawasan FELDA ) , kawasan tersebut juga di huni oleh majoriti masyarakat bumiputera dan rata-rata penduduk di situ mempunyai tanah sendiri untuk di bangunkan. Faktor tersebut menjerumus kepada peratusan yang amat tinggi terhadap alatan logam dan bahan binaan . Dalam menjalankan perniagaan ini , usahawan selaku pengarah urusan dan pemilik syarikat akan terlibat sepenuhnya di dalam operasi dan kendalian operasi syarikat seperti di dalam aspek pentadbiran, kewangan dan pemasaran . Syarikat juga akan melantik seorang pengurus bertujuan untuk membantu dan memastikan operasi perniagaan berjalan lancar .

(8)

LATAR BELAKANG

PERNIAGAAN

(9)

3.

LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

3.1

BUTIR-BUTIR PERNIAGAAN

Nama Perniagaan : MY NBZ Hardware Sdn Bhd

Alamat Perniagaan : Lot 7378 Mukim Jempol Bandar Seri Jempol , 72120 Bahau Negeri Sembilan

No Telefon : 019 – 3667649

No Pendaftaran Perniagaan : 942359 – W Tarikh Daftar Perniagaan : 27 April 2011 Jenis Perniagaan : Sendirian Berhad

(10)

LATAR BELAKANG

USAHAWAN

(11)

4.

LATAR BELAKANG USAHAWAN

4.1

BUTIR – BUTIR PENGARAH URUSAN

Nama : Nurazura Binti Zakaria

Nilai Saham : 80 %

No Kad Pengenalan : 850228-05-5560

Alamat Tetap : No 143 Blok 6 FELDA Serting 2, 72120 Bandar Seri Jempol

Negeri Sembilan

Tarikh Lahir : 28 Februari 1985

Umur : 26 Tahun

Jantina : Perempuan

Taraf Perkahwinan : Bujang

Warganegara : Malaysia

Agama : Islam

(12)

4.2

REKOD PEKERJAAN PENGARAH URUSAN

Ogos 2008 – Oktober 2010 : Eksekutif Kewangan

: Standard Chartered Bank Bukit Jalil November 2010 – Februari 2011 : Eksekutif Kewangan

: Standard Chartered Bank P. Jaya Februari 2011 – Sekarang : Perantis PUNB

: MBP Engineering Sdn Bhd

4.3

PENGALAMAN KERJA PENGARAH URUSAN

Standard Chartered Bank

 Memproses data – data pemindahan wang yang di buat oleh pelanggan dari luar dan dalam negara .

 Membuat pengesahan berkaitan dengan pemindahan wang yang di buat oleh pelanggan melalui sistem SVS .

 Terlibat secara keseluruhan bagi memastikan pemindahan wang yang di lakukan pelanggan dapat di lakukan secepat yang mungkin dan tersusun .

Perantis siswazah PUNB ( MBP Engineering Sdn Bhd )

 Mempelajari sistem inventori dan penghantaran barang .  Terlibat dalam proses jual beli di dalam syarikat .

 Mempelajari secara menyeluruh terhadap barangan yang di jual ( bahan binaan )

(13)

4.4

BUTIR – BUTIR PENGARAH

Nama : Zakaria Bin Wahid

Nilai Saham : 20 %

No Kad Pengenalan : 491225 – 05 – 5379

Alamat Tetap : No 143 Blok 6 FELDA Serting 2 72120 Bahau Negeri Sembilan

Tarikh Lahir : 25 Disember 1949

Umur : 62 Tahun

Jantina : Lelaki

Taraf Perkahwinan : Berkahwin

Warganegara : Malaysia

Agama : Islam

4.5

REKOD PEKERJAAN PENGARAH

April 1970 – April 1983 : Lans Koperal , Rejimen Askar Tanah Melayu Jun 1983 – Ogos 1998 : Peneroka Felda

: Membantu tukang membuat rumah September 1998 – Sekarang : Peniaga kantin sekolah

: Mengambil tempahan memasak untuk pelbagai majlis dan kenduri

(14)
(15)

5

SENARAI ASET

5.1

SENARAI ASET YANG DIPERLUKAN

ASET UNIT HARGA/UNIT (RM) JUMLAH

Forklif 1 70,000.00 70,000.00 Lori ( Deposit ) 2 20,000.00 40,000.00 Menaiktaraf gudang 1 100,000.00 100,000.00 Alatan Pejabat 15,000.00 15,000.00 Stok Awal 230,000.00 Jumlah 455,000.00

Alatan Pejabat : Komputer , Mesin Fax , Meja , Kerusi , Telefon, Signboard , Aksesori meletak barang – barang bahan binaan di dalam kedai ( rak ) .

(16)
(17)

6

ASPEK PENGURUSAN

6.1

CARTA ORGANISASI SYARIKAT

Muka Surat 8 / 14

PENGARAH

URUSAN

KERANI /

PENYELIA

( 2 ORANG )

PEMBANTU STOR

( 1 ORANG )

PEMANDU LORI /

FORKLIFT

( 2 ORANG )

PENGARAH

OPERASI

(18)

Nama : Nurazura Binti Zakaria No Kad pengenalan : 850228 – 05 – 5560

Umur : 26 Tahun

Jawatan : Pengarah Urusan

Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda Kewangan , UNISEL

Gaji Bulanan : RM 2,500.00

Tanggungjawab / Peranan : Mengurus dan memantau keseluruhan operasi syarikat

Nama : Zakaria Bin Wahid

No Kad Pengenalan : 491225 – 05 – 5379

Umur : 62 Tahun

Jawatan : Pengarah Operasi

Kelulusan : SPM

Gaji Bulanan : RM 2,000.00

Tanggungjawab / Peranan : Mengurus operasi jual beli barang

Nama : Mohd Safuan Afendi Bin Abu Bakar

Jawatan : Penyelia Operasi

Gaji Bulanan : RM 1,000.00

Tanggungjawab / Peranan : Membantu tugas-tugas pengarah operasi

Jawatan : Pembantu Stor

Bilangan : 1 Orang

Gaji Bulanan : RM 650.00

Tanggungjawab / Peranan : Penyusunan inventori bahan binaan

Jawatan : Pemandu

Bilangan : 2 Orang

Gaji Bulanan : RM 850.00 / orang

Tanggungjawab / Peranan : Menghantar barang bahan binaan

(19)
(20)

7.1 Lokasi Perniagaan

Perniagaan akan beroperasi di Lot 7378 Mukim Jempol Bandar Seri Jempol 72120 Bahau Negeri Sembilan . Tanah lot dengan keluasan 0.5932 hektar ini terletak di persimpangan menuju ke pusat bandar dan merupakan laluan utama penduduk untuk ke pekan Serting dan Bahau . Lokasi perniagaan juga terletak di tengah – tengah pusat pentadbiran seperti pejabat daerah , pejabat FELDA , pejabat tanah , pejabat pos , hospital , klinik swasta dan kerajaan , ibu pejabat polis , pasaraya dan 6 buah sekolah . Kepadatan penduduk di FELDA Serting melebihi 50 ribu orang dan mempunyai majoriti 95 % penduduk berbangsa melayu.

7.2 Kumpulan Sasaran

Sasaran pasaran kedai bahan binaan ini adalah untuk semua penduduk persekitaran kontraktor binaan , tukang-tukang traditional , agensi – agensi swasta dan kerajaan serta orang perseorangan dari luar daerah ( walk in) . Pelaksanaan kerajaan di bawah

pengurusan FELDA untuk membeli tanah kebun peneroka – peneroka di FELDA juga akan menyumbang kepada jualan syarikat dimana penduduk akan menaiktaraf kediaman mereka apabila mendapat hasil jualan daripada tanah kebun mereka.

7.3 Saiz Pasaran

Saiz pasaran meliputi perkampungan perkampungan melayu, taman – taman perumahan dan penempatan felda pelbagai peringkat . Jumlah penempatan dianggarkan melebihi 150 ribu orang dan ianya di jangka akan meningkat ekoran daripada penambahan rancangan penempatan feldajaya di Bandar Baru Serting .

7.4 Ramalan Jualan

Berdasarkan kepada saiz dan syer pasaran yang di sasarkan , syarikat menganggarkan jualan tunai walk in customer bagi tahun pertama adalah sebanyak RM 900 ribu berdasarkan andaian di mana pada tahun tersebut kami mampu menarik 1500 orang pelanggan dengan perbelanjaan purata sebanyak RM 600 setiap seorang .

7.5 Strategi Pemasaran

Untuk meningkatkan daya saing , syarikat akan memastikan kualiti barang – barang yang di jual mempunyai kualiti yang memuaskan dengan harga yang kompetatif . Syarikat juga merancang untuk menarik lebih ramai pelanggan walk in customer dengan memberi komisen kepada tukang kayu . Syarikat juga bercadang akan memberi pembelian yang bernilai RM 1000 ke atas dalam bentuk barang – barang yang bernilai 10 % daripada harga pembelian .

(21)

7.6 Analisa Pesaing

Pesaing : Xian Jin Hardware Kedudukan : Stabil

Kekuatan : 15 tahun beroperasi : Mempunyai pelanggan tetap

: Tiada pesaing

Kelemahan : Jauh dari perumahan Melayu : Bukan bumiputera

: Harga tidak kompetetif

Pesaing : Mahsan Hardware Kedudukan : Stabil

Kekuatan : 10 tahun beroperasi : Tiada pesaing

Kelemahan : Tiada banyak barang yang di jual : Bukan bumiputera

: Jauh dari perumahan melayu

(22)

7.7 Promosi Dan Pengiklanan

Majlis Perasmian

Syarikat akan menjemput kontraktor – kontraktor binaan , tukang – tukang serta

penduduk kawasan setempat semasa majlis perasmian untuk memperkenalkan syarikat . Mereka ini merupakan prospek pelanggan untuk berjual beli dengan syarikat kelak .  Banner Dan Edaran Pamplet

Banner serta papan tanda akan di letakkan di beberapa jalan utama dan kawasan strategic sekitar golongan sasaran . Pamplet pula akan di edarkan melalui sisipan di dalam akhbar .  Tawaran harga pembukaan

Syarikat akan menawarkan harga yang menarik dan istimewa untuk menarik minat pelanggan serta membina kepercayaan pelanggan kepada syarikat dan produk yang di jual .

Mengadakan Promosi Jualan Akhir Tahun

Syarikat bercadang untuk mengadakan tawaran yang menarik berkaitan harga barang dengan memberi diskaun kepada beberapa jenis barang untuk tempoh waktu yang di tetapkan . Ini akan menarik minat pelanggan untuk datang ke kedai dan merebut peluang diskaun terhadap barang yang di jual

(23)
(24)

8.

ASPEK KEWANGAN

8.1

PERINCIAN PROJEK

Syarikat ingin memohon pembiayaan daripada pihak PUNB untuk keperluan

modal pusingan , pembelian asset serta pembelian stok barang binaan seperti batu pasir , simen , besi , barang – barang paip dan lain – lain .

Modal pinjaman ini akan di gunakan untuk membeli stok bekalan barangan perniagaan daripada mentor ( MBP Engineering Sdn Bhd ) atau wakil pengedar setempat yang menawarkan harga yang berpatutan .

8.2

PENYATA ALIRAN TUNAI ( Sila rujuk lampiran )

8.3

PENYATA UNTUNG RUGI ( Sila rujuk lampiran )

(25)
(26)

9.

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi dan jangkaan kedudukan dan keuntungan syarikat , juga dengan kerjasama dan bimbingan dari syarikat mentor iaitu MBP

Engineering Sdn Bhd , perniagaan ini di yakini boleh berdaya saing , maju dan berkembang dengan pesat .

Dari segi lokasi perniagaan , syarikat berkeyakinan penuh pilihan tapak adalah strategic kerana terletak di tengah – tengah pusat pentadbiran dan laluan utama penduduk dalam melakukan aktiviti harian mereka seperti pergi ke tempat kerja , membeli belah di bandar berhampiran dan aktiviti – aktiviti lain . Selain itu juga faktor penduduk yang mempunyai majoriti 95 % bumiputera dan kawasan perumahan terancang yang padat dengan orang melayu juga sangat membantu dalam memajukan syarikat .

Syarikat yakin dengan modal dari pihak PUNB , peluang untuk memulakan serta meningkatkan jualan dapat dilaksanakan dengan lebih lancar . Harapan kami agar cadangan projek ini akan mendapat pertimbangan sepenuhnya dari pihak PUNB demi untuk meningkatkan kedudukan ekonomi bumiputera di nagara ini .

(27)
(28)

SURAT PERJANJIAN

SEWA TAPAK

(29)

LESEN PERNIAGAAN

DAN KAD PENGENALAN

(30)

SIJIL SIJIL PENGARAH

URUSAN

(31)

PELAN LOKASI

PERNIAGAAN

(32)

Referensi

Dokumen terkait