• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penulisan Jurna1 Minggu 1 n 2 4 n 8

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Penulisan Jurna1 Minggu 1 n 2 4 n 8"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

1

PENULISAN JURNAL

Minggu : KE LAPAN

Tarikh : 25MAC – 29 MAC 2012

Tajuk : PELBAGAI AKTIVITI SEKOLAH.

Isu /Masalah :

 Proses P&P terpaksa ditangguhkan

 Keadaan murid yang ketinggalan dalam pembelajaran mereka  Guru terlibat secara langsung dalam aktiviti yang dijalankan

Analisis

Sepanjang minggu ini dan minggu sebelumnya dan minggu yang akan datang saya terlibat secara langsung dengan aktiviti di peringkat sekolah dan daerah iaitu bagi acara latihan Bola Baling Wanita dan saya juga merupakan guru pembimbing bagi acara Hafazan Wanita untuk Pertandingan Majlis Tilawah Al-Quran bagi Daerah Langkawi yang telah diadakan pada 29 Mac 2012 di Sekolah Kebangsaan Seri Negeri. Selain itu saya juga turut terlibat dengan acara Sukaneka dan Raptai Penuh sempena dengan Kejohanan Olahraga Peringkat Sekolah.

Keadaan ini sedikit sebanyak memberi impak kepada rancangan pengajaran yang dirancang mengikut sukatan dan jangkamasa.Justeru,saya terpaksa menunda P&P saya kewaktu yang sesuai. Di samping memenatkan,impak juga dirasai oleh kumpulan murid di bawah seliaan saya. Ini kerana mereka akan ketinggalan dalam pembelajaran mereka berbanding murid-murid lain. Walaupun saya masih di dalam tempoh praktikum,namun dalam keadaan – keadaan tertentu khidmat dan khudrat saya amat diperlukan bagi melatih murid-murid kepertandingan peringkat sekolah dan daerah.

(2)

2

Cara Memperbaiki / Cadangan

Bagi kelas-kelas yang ditangguhkan dan ditunda,saya akan memberi penumpuan sepenuhnya dan mempercepatkan beberapa aktiviti yang telah dirancang bagi mencukupkan tempoh masa yang diberikan dalam sukatan pelajaran .Saya juga sering berbincang dengan pihak sekolah agar diberi pelepasan kepada saya menyertai beberapa aktiviti jika terdapat penyeliaan daripada guru pembimbing dan pensyarah.

Tempoh Masa

Berlaku dalam beberapa hari sahaja dalam semiggu dan akan diganti dalam minggu selepasnya.

Penilaian

Kebanyakan kelas yang ditunda telah berjaya diganti dan dibuat pengukuhan secepat mungkin.

Tindakan Susulan

Akan merancang seawal mungkin proses P&P jika dijangkakan akan berlaku aktiviti – aktiviti dalam minggu-minggu mendatang.

(3)

3 PERISTIWA

Pada minggu ini adalah merupakan minggu ke tujuh saya menjalani latihan praktikum dan merupakan minggu pertama sesi persekolahan bermula selepas cuti persekolahan yang berlangsung selama seminggu. Pada minggu ini juga, sekolah telah menerima kunjungan daripada pihak nazir dan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah (JPN). Kunjungan ini adalah bertujuan untuk mengkaji dan menaiktaraf sistem pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti kokurikulum persekolahan. Pihak JPN telah berkampung di sekolah ini selama seminggu bagi melihat serta membaikpulih sistem pentadbiran sekolah. Pada tempoh lawatan JPN ke sekolah ini saya telah menerima pencerapan ketika sesi P&P Bahasa Arab bagi murid Tahun 1Bestari. Melalui sesi pencerapan ini saya telah dinilai oleh pihak JPN dan menerima pujian dan teguran dalam meningkatkan prestasi dalam meningkatkan tahap pemahaman murid.

MASALAH

Masalah saya pada minggu ini adalah apabila terdapat ramai murid tahun 1 yang masih gagal dalam melaksanakan dan menyempurnakan tugasan dan kerja rumah yang diberikan dengan sempurna.

(4)

4

ANALISIS

Sepanjang minggu in saya telah menumpukan kepada tugasan dan kerja-kerja rumah yang telah diberikan kepada murid-murid. Sepanjang pemantauan yang telah saya jalankan saya dapati terdapat sebilangan besar murid tahun 1 yang masih gagal dalam melaksanakan dan menyempurnakan tugasan dan kerja-kerja rumah yang telah diberikan dengan lengkap dan baik khususnya bagi mata pelajaran Bahasa Arab. Masalah ini mungkin disebabkan tumpuan guru hanyalah tertumpu kepada penguasaan Bahasa Arab sepenuhnya di dalam kelas.

Daripada tumpuan yang telah saya jalankan didapati terdapat sebilangan besar murid yang tidak melaksanakan tugasan dan kerja rumah yang diberikan. Murid-murid ini juga tidak menghantar buku latihan mereka kepada guru untuk disemak. Ini akan menjejaskan sesi P&P di dalam kelas serta turut mengganggu pembelajaran mereka di dalam kelas dan sudah semestinya mereka juga akan gagal dalam menyiapkan kerja rumah yang akan diberikan bagi kelas berikutnya.

Masalah ini juga telah diajukan kepada guru-guru lain dan hasil dapatan yang diterima memang terdapat masalah ini di dalam subjek-subjek lain. Apapun pendekatan yang perlu diambil adalah dengan terus menerus memberi tugasan dan kerja rumah kepada murid serta memperuntukkan sedikit waktu dalam melaksanakan dan membincangkan cara melaksanakan tugasan atau kerja rumah yang diberi..Ini akan membantu murid-murid yang bermasalah untuk bertanya dan berbincang dengan rakan-rakan yang dapat menguasai P&P.

CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI

Seperti yang telah dinyatakan di dalam analisis di atas, antara pendekatan yang perlu diambil adalah dengan memperuntukkan sedikit waktu bagi membincangkan cara melaksanakan tugasan yang diberikan .Dalam pada itu, penentuan aras murid dengan tugasan yang

(5)

5

diberikan juga perlu diberi perhatian. Misalnya bagi murid-murid yang belum menguasai aras 1, mereka perlu diberi latihan yang bersesuaian dengan tahap mereka seperti mewarna, membuat padanan gambar, mencantum perkataan dan sebagainya. Bagi pihak ibu-bapa pula, saya selalu menasihati murid-murid supaya menunjukkan kepada ibu-bapa mereka setiap kali tugasan yang perlu dibuat dilihat oleh ibu-bapa mereka.

TEMPOH MASA

Saya terus mengambil tindakan bagi menangani permasalahan ini. Dari segi praktikal,tempoh sepanjang P&P diberikan bagi menilai perubahan murid-murid ini. Tempoh yang diberikan juga bergantung kepada sejauh mana perubahan sikap murid-murid ini.

PENILAIAN KEYAKINAN

Sepanjang tempoh yang diberi, saya akan cuba mempraktikkan cadangan-cadangan yang telah dikemukakan bagi menilai tahap perubahan sikap murid dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Dari pengamatan dan penilaian yang dibuat didapati beberapa murid daripada mereka sudah menampakkan sikap-sikap positif dan mula berminat untuk belajar.Manakala terdapat juga murid yang masih lagi di dalam proses untuk menerima

TINDAKAN SUSULAN

Mengasingkan murid-murid yang bermasalah ini daripada kumpulan besar dan membiarkan mereka membuat tugasan yang diberi sepanjang waktu P&P berjalan. Dendaan juga diberikan jika masalah ini berlarutan.

(6)

6

PENULISAN JURNAL

Minggu : KE ENAM

Tarikh : 4 MAC – 8 MAC 2012

Tajuk : MINGGU PEPERIKSAAN PENGGAL PERTAMA / UJIAN BULAN MAC

Isu : Murid-murid tidak membawa alat tulis dan kelengkapan untuk peperiksaan. : Murid-murid berjalan dan menganggu rakan-rakan pelajar yang lain ketika peperiksaan dijalankan.

PERISTIWA

Pada minggu ini adalah merupakan minggu ke enam saya menjalani latihan praktikum. Pada minggu ini adalah merupakan minggu Peperiksaan Penggal Pertama bagi sesi 2012 yang melibatkan semua murid tahun 6 sehingga murid tahun 1. Selain itu, minggu ini juga telah berlangsung Pertandingan Olahraga Peringkat Daerah Langkawi yang berlangsung di Stadiun Sukan Langkawi yang melibatkan sebilangan murid dan guru.

MASALAH

Masalah saya pada minggu lepas adalah masih dalam kajian, ini adalah kerana pada minggu ini murid-murid terlibat dengan Peperiksaan Penggal Pertama dan P&P tidak dapat dilaksanakan.

Manakala pada minggu ini saya menghadapi permasalahan dalam mengawal disiplin murid sewaktu peperiksaan dijalankan.

ANALISIS

Daripada permasalahan yang saya hadapi ini, apa yang dapat disimpulkan adalah berpunca daripada murid yang tidak membawa kelengkapan peperiksaan dan kemudian murid-murid

(7)

7

tersebut mengganggu rakan mereka dengan alasan untuk meminjam alat tulis daripada rakan mereka yang lain. Selain itu di antara faktor lain adalah berpunca daripada pelajar yang tidak mempunyai pengalaman dan pendedahan dalam menghadapi situasi peperiksaan. Oleh itu, murid-murid menjawab soalan peperiksaan seperti membuat latihan sewaktu P&P biasa. Selain itu, murid yang telah selesai menjawab soalan peperiksaan lebih awal juga akan mengganggu rakan murid yang lain dan ini akan mengganggu kelancaran peperiksaan.

CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI

Dalam mengawal disiplin murid sewaktu peperiksaan dijalankan saya mengambil keputusan dengan menyediakan alat kelengkapan tambahan bagi mengatasi masalah murid yang tidak membawa kelengkapan peperiksaan dengan meminjamkan kepada mereka sewaktu peperiksaan dijalankan. Manakala bagi murid yang siap menjawab soalan di awal waktu saya akan mengarahkan murid untuk menyemak semula jawapan mereka kemudian setelah selesai saya memberi kertas lukisan untuk dilukis dan diwarna murid bagi mengelakkan mereka mengganggu rakan murid yang lain

TEMPOH MASA

Saya terus mengambil tindakan bagi menangani permasalahan ini.

PENILAIAN KEYAKINAN

Setelah menyedari hal ini, saya perlu lebih bijak menangani segala masalah yang berlaku supaya peperiksaan berjalan lancar.

TINDAKAN SUSULAN

Saya akan memberi penerangan kepada murid tahun 1 dari masa ke semasa tentang cara menjaga disiplin ketika menghadapi peperiksaan.

(8)

8

PENULISAN JURNAL

Minggu : KE LIMA

Tarikh : 26 FEBRUARI – 1 MAC 2012

Tajuk : MASALAH PENUTUP P&P TIDAK TERLAKSANA

Isu : Perancangan yang dirancang tidak dapat dijalankan seperti yang

dirancangkan di dalam RPH.

: Murid-murid tidak membawa buku kerja.

: Sebilangan besar pelajar memerlukan perhatian guru dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.

PERISTIWA

Pada minggu ini adalah merupakan minggu ke lima saya menjalani praktikum. Seperti biasa saya meneruskan rutin sebagai seorang guru pelatih sekaligus sebagai guru j-QAF yang turut menjalankan tugas sampingan disamping rutin pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Pada minggu ini adalah merupakan minggu Kem Bestari Solat. Saya juga turut terlibat dengan Kem Bestari Solat yang diadakan di surau sekolah. Saya juga merupakan guru pembimbing untuk kem ini bagi pelajar tahun 5 bagi pelajar perempuan.

MASALAH

Masalah saya pada minggu lepas telah dapat ditangani. Saya membuat perancangan yang lebih teliti sebelum P&P berlangsung. Saya juga turut merancang aktiviti yang bersesuain dan lebih konsisten dengan memfokuskan kepada kemahiran yang telah dirancang.

Manakala pada minggu ini saya menghadapi permasalahan ketika ingin menutup P&P. Masalah ini seringkali berlaku, apabila saya tidak dapat mengakhiri P&P dengan baik. Ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya, permasalahan disiplin murid,

(9)

murid-9

murid yang masih leka dengan kerja yang belum siap, masa rehat dan pualang yang hampir tiba menjadikan mereka sibuk untuk bergegas keluar kelas. Ketika ini keadaan sudah mula menjadi tidak terkawal.

ANALISIS

Daripada permasalahan yang saya hadapi ini, apa yang dapat disimpulkan adalah berkemungkinan daripada aktiviti yang dijalankan memakan masa yang agak lama. Selain daripada itu ianya juga berpunca daripada faktor guru yang menyediakan terlalu banyak aktiviti permainan yang menyebabkan para pelajar lebih gemar menjalankan aktiviti permainan sehingga menyebabkan pelajar hilang fokus dan minat dalam menyiapkan tugasan di dalam buku aktiviti. Selain itu, faktor masa juga turut mempengaruhi, di mana guru perlu memberi lembaran kerja lebih awal seperti dalam langkah 2 atau 3 supaya tidak mengganggu masa penutup.

CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI

Selepas berbincang dengan guru pembimbing dan guru j-QAF yang lain saya mengambil keputusan untuk mengkaji semula rancangan pengajaran harian saya. Setiap langkah yang dirancang perlu melihat kepada kemampuan murid. Aktiviti, tugasan dan lembaran kerja yang disediakan juga perlu melihat kepada tempoh masa yang bersesuain untuk dilaksanakan.

TEMPOH MASA

Saya berharap saya dapat memperbaiki kelemahan dan permasalahan ini selepas cuti persekolahan iaitu pada 17 Mac 2012. Di mana saya akan membuat kajian melalui perbincangan dan pembacaan daripada sumber-sumber yang dapat memberi pendedahan dan idea kepada saya dalam menyelesaikan permasalahan ini.

(10)

10

PENILAIAN KEYAKINAN

Setelah menyedari hal ini, saya perlu lebih bijak menangani segala masalah yang berlaku supaya P&P dapat berjalan dengan lancar.

TINDAKAN SUSULAN

Saya akan memperbanyakkan pembacaan tentang pedagogi pengajaran Bahasa Arab untuk memantapkan P&P saya di dalam kelas.

(11)

11

PENULISAN JURNAL

Minggu : KE EMPAT

Tarikh : 19 FEBRUARI - 23 FEBRUARI 2012

Tajuk : MASALAH PEMBAHAGIAN WAKTU YANG TIDAK SISTEMATIK SEMASA AKTIVITI P&P.

Isu : Perancangan yang dirancang tidak dapat dijalankan seperti yang

dirancangkan di dalam RPH.

: Set induksi yang kurang bersesuaian dengan tahap murid.

: Kurang kreatif dan idea menarik dalam menarik minat pelajar sewaktu sesi penerangan tentang topik yang diperbincangkan.

PERISTIWA

Pada minggu ini adalah merupakan minggu ke empat saya menjalani praktikum. Seperti biasa saya meneruskan rutin sebagai seorang guru pelatih sekaligus sebagai guru j-QAF yang turut menjalankan tugas sampingan disamping rutin pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Pada minggu ini juga saya telah diselia oleh Pensyarah Pembimbing iaitu pada hari Ahad bersamaan 19 Februari 2012 untuk kali kedua dan juga merupakan kali pertama penyelian bagi proses P&P bagi mata pelajaran Bahasa Arab Tahun 1 bagi kelas Satu Pintar. Banyak komen-komen membina yang saya perolehi daripada beliau. Pada minggu ini juga saya turut terlibat dengan kem motivasi pelajar tahun 6 yang diadakan di Hotel Sandy Beach Langkawi selain itu saya juga terlibat dengan pemilihan pelajar bagi mewakili sekolah bagi acara larian, lompat tinggi dan lompat jauh. Selain itu, pada minggu ini saya juga turut terlibat dalam persiapan untuk majlis mensyuarat PIBG yang telah diadakan pada hari Jumaat bersamaan 24.2.2012 di Sek.Keb.Kedawang.

(12)

12

MASALAH

Apa yang saya dapati saya masih lemah dari segi pembahagian waktu dalam P&P serta dari segi penyusunan atau fokus kemahiran pelajar di dalam RPH dan P&P sebagai contoh guru tidak memfokuskan kemahiran seperti kemahiran mendengar. Guru telah menggunakan semua kemahiran seperti membaca dan menulis tanpa mengikut tahap yang sesuai dengan pencapaian pelajar

ANALISIS

Sepanjang minggu ini pemerhatian saya tertumpu kepada penyediaan RPH yang bersesuaian dengan masa dan kemahiran atau tahap pencapaian pelajar. Saya hilang fokus ketika menjalani aktiviti pengajaran dan pembelajaran sehingga menyebabkan saya tidak mengikut perancangan yang tersusun yang terdapat di dalam P&P. Kadangkala masalah ini berpunca adalah dari kurangnya persediaan guru dalam menyediakan aktiviti untuk pelajar serta masalah ini juga berpunca daripada sikap pelajar yang tidak memberi tumpuan serta kurang berdisiplin di dalam kelas dan ini menyukarkan guru dalam mengawal aktiviti pelajar dan ini kadangkala telah menggangu kelancaran proses P&P.

CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI

Bagi mengatasi masalah ini,saya telah mengkaji tentang cara-cara menyediakan RPH yang lebih tersusun dan melaksanakan P&P yang lebih menarik serta hanya fokus kepada satu atau dua kemahiran agar tidak membebankan pelajar dan dapat memudahkan pelajar dalam memeberi tumpuan kepada P&P atau tajuk yang diperbincangkan.

(13)

13

TEMPOH MASA

Dalam permasalahan ini, saya tidak dapat menetapkan tarikh yang tepat. Walau bagaimanapun saya akan sedaya upaya akan cuba mengatasi permasalahan ini dengan secepat mungkin bagi mengelakkan permasalahan ini berlanjutan sehingga mengaggu proses P&P.

PENILAIAN KEYAKINAN DIRI

Saya akan meminta guru pembimbing dan guru j-qaf yang lain untuk menilai kemampuan saya. Saya juga berharap dapat berkongsi idea dan pendapat dengan mereka dalam melahirkan pelajar yang bermutu dan berkemahiran di dalam Bahasa Arab.

TINDAKAN SUSULAN

Untuk menambahkan lagi pengetahuan, saya banyak berbincang dengan rakan j-qaf yang lain tentang cara penyediaan RPH yang lebih teratur serta cara melaksanakan P&P yang lebih menarik dan tersusun serta dapat meringankan beban murid dan dapat menarik minat pelajar.

(14)

14

PENULISAN JURNAL

Minggu : KE EMPAT

Tarikh : 12 FEBRUARI – 16 FEBUARI 2012

Tajuk : PENGGUNAAN KAEDAH DAN TEKNIK SEMASA AKTIVITI P&P

Isu : Penggunaan Kaedah Dan Teknik Yang Berkesan.

: Menghadapi Pelajar Hiper Aktif. PERISTIWA

(15)

15

Minggu ini adalah minggu ketiga saya melalui minggu praktikum. Pada minggu ini sesi persekolahan berjalan seperti biasa. Pada minggu ini guru dan pelajar telah terlibat dengan aktiviti merentas desa dan latihan rumah sukan bagi persediaan untuk menghadapi hari sukan sekolah

MASALAH

Permasalahan yang saya hadapi pada minggu ketiga ini adalah mengenai penggunaan kaedah dan dan teknik yang berkesan untuk aktiviti P&P serta mengawal pelajar yang dikatogerikan sebagai pelajar hiper aktif yang tidak memperdulikan teguran dan arahan guru.

ANALISIS

Sepanjang minggu ini pemerhatian saya tertumpu kepada penggunaan kaedah dan dan teknik yang berkesan untuk aktiviti P&P serta mengawal pelajar yang dikatogerikan sebagai pelajar hiper aktif. Permasalahan ini wujud apabila kaedah & strategi yang diguna pakai oleh saya adalah kurang menarik dan kurang memberansangkan mereka.

CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI

Bagi mengatasi masalah ini, saya akan cuba mengakaji dan meneliti minat pelajar serta menyediakan aktiviti dan kaedah yang lebih menarik dan mudah bagi setiap pelajar dalam menguasai tajuk P&P yang disediakan.

TEMPOH MASA

Dalam permasalahan ini, saya akan menggunakan sepanjang tempoh persekolahan bagi memantau setiap tajuk dan setiap kaedah yang bersesuain dengan tajuk yang dipelajari.

(16)

16

PENILAIAN KEYAKINAN DIRI

Saya akan meminta guru dan pensyarah pembimbing serta guru j-qaf yang lain untuk menilai kemanpuan saya. Saya juga berharap dapat berkongsi idea dan pendapat dengan mereka dalam menyediakan aktiviti dan kaedah yang dapat mencuri perhatian pelajar..

TINDAKAN SUSULAN

Untuk menambahkan lagi pengetahuan, guru pelatih akan sentiasa mencari idea-idea baru bagi memberi bahan yang berkualiti dan melahirkan generasi murid yang sempurna. Selain dari itu, saya juga akan berbincang dengan rakan j-qaf yang lain tentang cara menarik minat pelajar bagi menangani permasalahan ini.

(17)

17

Pemasalahan yang saya hadapi pada minggu pertama ini adalah bagaimana saya untuk menyusuaikan diri untuk praktikum dari segi perancagan pengajaran harian (RPH) yang mana sebelum ini hanya satu buku sahaja yang perlu saya siapkan, tetapi bermula pada minggu ini dan seterusnya hingga tamat praktikum saya perlu menyiapkan RPH dalam 2 buku.

Mengikut pada rekod bacaan kebanyakkan murid tahun satu pada tahun ini masih lagi membaca Iqrak 1. Ini merupakan cabaran buat saya dan rakan-rakan yang lain pada tanun ini untuk mengajar mereka. Malahan dalam kelas Bahasa Arab dan Al-Quran pula, masih ada di antara murid yang kurang mengenali huruf hijaiyah. Oleh itu saya memerlukan sedikit masa untuk menyesuaiakan murid dengan diri saya agar mudah untuk saya mengajar mereka.

Untuk menangani masalah ini saya memerlukan sedikit waktu untuk menyelesaikan masalah yang saya hadapi ini. Saya juga perlukan masa untuk saya menyelesaikan masalah

(18)

18

yang hadapi ini. Saya juga perlukan masa untuk saya menyesuaikan diri dengan praktikum ini dan membuat penyediaan rapi bagi menghadapi minggu praktikum yang seterusnya

ANALISIS

Di minggu pertama praktikum ini saya mempunyai kesukaran dalam memulaan proses pegajaran dan pengajaran yang ketara. Di mana saya perlu dalam memikirkan set induksi bagi sesuatu pengajaran yang akan di ajar. Bantuan guru pembimbing, rakan-rakan j-qaf yang lain dan rakan-rakan guru telah banyak memberi tunjuk ajar dan membantu saya dalam menyelesaikan masalah yang saya hadapi.

CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI

Pada masa yang akan datang saya akan cuba memperbaiki kelemahan saya dan cuba untuk membuat persediaan yang lebih rapi serta merancang P&P yang lebih menarik bagi mendorong minat pelajar dalam P&P yang saya sediakan. Selain itu, saya juga akan meminta pendapat dari guru pembimbing dan rakan guru yang lain bagi meningkatkan lagi prestasi kerja saya pada masa akan datang dan bagi menangani masalah dalam menghapi murid tahun satu yang mana guru perlu memahami karektor mereka untuk memudahkan guru dalam menyesuakan diri bagi mengajar mereka.

TEMPOH MASA

Dalam permasalahan ini, saya tidak dapat menetapkan tarikh yang tepat. Walau bagaimanapun saya akan sedaya upaya akan cuba mengatasi permasalahan ini dengan secepat mungkin bagi mengelakkan permasalahan ini berlanjutan sehingga membawa kepada permasalhan yang lebih besar.

(19)

19

Saya akan meminta guru pembimbing dan guru j-qaf yang lain untuk menilai kemanpuan saya. Saya juga berharap dapat berkongsi idea dan pendapat dengan mereka dalam melahirkan pelajar yang bermutu dari segi intelek dan disiplin.

TINDAKAN SUSULAN

Untuk menambahkan lagi pengetahuan, saya banyak berbincang dengan rakan j-qaf yang lain tentang cara menarik minat pelajar serta cara mendisiplinkan pelajar. Saya juga turut merujuk kepada guru kaunseling dan rakan guru yang lain bagi menangani permasalahan ini.

(20)

20

Referensi

Dokumen terkait

Misalnya tidak ditemukan kasus yang relevan dengan sistem pembakaran injeksi, maka HDOs bisa mencoba untuk mengganti sistem pembakaran tersebut dengan sistem pembakaran

Dalam penelitian terkait pemahaman dosen tetap Fakultas Ekonomi Unissula tentang praktik asuransi syariah dan partisipasi dosen tetap fakultas Ekonomi Unissula

Seluruh proses delineasi DAS menggunakan metode analisis GIS. Dalam penelitian ini, delineasi DAS dilakukan secara terpisah masing-masing pada HEC-HMS 4.4 dan ArcGIS

KAJIAN KARAKTERISTIK FISIKOKIMIA TEPUNG SUKUN (Artocarpus communis) TERMODIFIKASI DENGAN VARIASI KONSENTRASI DAN LAMA PERENDAMAN ASAM

Data hasil pengamatan kadar asam lemak bebas VCO buah kelapa yang dipanen pada masing-masing ketinggian tempat tumbuh pengaruhnya sangat nyata terhadap

Peristiwa awal yang ditampilkan dalam sebuah karya fiksi mungkin saja langsung berupa adegan-adegan yang memiliki kadar konflik dan dramatik tinggi,   bahkan

Dari hasil penelitian ini, didapatkan bahwa setelah melakukan penelitian terhadap implementasi media promosi online melalui aplikasi instagram pada Alter Ego

Activity diagram Penulisan Pesan, dapat dilihat pada gambar dibawah ini : Tulis Pesan No Tujuan Pesan Masuk Dekripsi Pesan Penerima Masukkan Key «include» Pesan