• Tidak ada hasil yang ditemukan

MENYEDIAKAN LAPORAN PENYELIDIKAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "MENYEDIAKAN LAPORAN PENYELIDIKAN"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

BAB

MENYEDIAKAN LAPORAN

PENYELIDIKAN

PENGENALAN

Peringkat terakhir dalam sesuatu penyelidikan tindakan adalah apabila proses dan hasilnya dilaporkan. Terdapat beberapa alasan mengapa laporanpenyelidikan perlu disediakan. Berikut adalah diantara sebab-sebab mengapa penyelidik yang menjalankan penyelidikan tindakan perlu melaporkan proses serta hasil kajian mereka (Altricther et al. 1993).

Mengelakkan Terputusnya Penjanaan Ilmu

Ramai pendidik tidak menyedari nilai pengetahuan yang boeh mereka jana daripada pengalaman yang ditimba dalam bilik darjah. Penyelidikan tinjauan bertujuan untuk memperbaiki fenomena ini dengan memperkenalkan kepada guru-guru pendekatan amali bagi menjana pengetahuan hasil daripada pengalaman mereka supaya mereka sama-sama dapat menyumbangkan pengetahuan tersebut kepada

(2)

professional mereka. Justeru itu membuat laporan merupakan langkah yang terakhir bagi mencapai matlamat. Yakni mengelakkan terpupusnya penjanaan ilmu dalam kalangan pendidik.

Mempertingkatkan Kualiti Mengrefleksi Amalan

Proses melaporkan pengalaman-pengalaman serta hasil-hasil kajian penyelidikan tindakan biasanya melibatkan refleksi dan analisis yang menajamkan interpretasi-interpretasi awal yang sudah dibuat serta membuahkan pandangan pandangan tambahan. Di samping itu, proses melaporkan juga membantu penyelidik menteorikan amalan pendidikan mereka. Selain daripada itu, melapor hasil-hasil penyelidikan tindakan juga merupakan prasyarat untuk guru mendapatkan maklum balas serta kritikan daripada orang lain yang sekaligus bertindak sebagai ‘quality control’ terhadap tindakan yangdijalankan tersebut.

Memperjelaskan Pendidrian Melalui Hujah Rasional

Dengan menganalisa dan melaporkan pengalaman mengadakan sesuatu tindakan, seseorang pendidik berupaya menjelaskan pensiriannya serta rasional terhadap amalan tersebut. dengan perkataan lain, melalui proses melaporkan penyelidikan tindakan, guru dilatih mengemukakan pendirian mereka terhadap polisi-polisi pendidikan yang sedia ada dengan menggunakan hujah-hujah yang mantap dan rasional

Mengamalkan Tanggungjawab Profesional

Apabila seseorang guru melaporkan tindakan yang diambilnya mengenai sesuatu amalan pendidikan secara sistematik dan rasional, beliau sebenarnya menunjukkan sifat bertanggungjawab ke atas rofesinalismenya. Ini adalah kerana kedudukan profesionalisme guru juga bergantung kepada pandangan pihak-pihak lain seperti ibu bapa dan masyarakat. Dengan melaporkan hasil-hasil tindakan yan diambil melalui penyelidikan tindakan, guru yang terlibat menunjukkan komitmen mereka kepada mereka yang berkenaan dan sekaligus menjadikan pihak-pihak tersebut

(3)

sebagai rakan kongsi yang mampu memberikan sumbangan serta pandangan mereka terhadap amalan pendidikan tersebut.

Memainkan Peranan Dalam Perkembangan Profesional

Menurut Schon (1983) melalui proses melaporkan penyelidikan tindakan, seseorang penyelidik akan menjadi seorang pendidik yang reflektif yang berupaya memainkan peranan yang lebih aktif dalam perkembangan profesionalismenya dengan cara berkongsi teori-teori amalan serta pengetahuan bilik darjahnya kepada rakan-rakan baru dalam profesionnya.

Memperkukuhkan Keyakinan Kendiri Kepada Para Guru

Pengalaman mengajar setelah beberapa tahun kadang-kadang mengaitkan sesuatu amalan pendidikan menjadi rutin dan terpencil yang boleh menyebabkan kurangnya perasaan ingin bekerjasama dalam kalangan guru. Melalui proses melaporkan penyelidikan tindakan yag dilaksanakan, masalah ini dapat dibendung kerana proses mendokumentasikan perkembangan profesionalisme seseorang guru boleh menyebabkan terjananya satu badan ilmu yang kolektif. Proses ini biasanya berupaya memperkuatkan lagi keyakinan kendiri para pendidik mengenai amalan pendidikan mereka.

Memperbaiki Reputasi Profesionalisme Perguruan

Terdapat ramai guru yang merasakan diri mereka kecil pada pandangan masyarakat dan mengambil profil yang rendah terhadap isu-isu awam yang berkatan dengan pendidikan. Akibatnya mereka menjadi bahan kritikan media dan pihak-pihak tertentu terutamanya ibu bapa kerana mereka kurang bersuara dalam perdebatan isu-isu tersebut. melalui proses melaporkan penyelidikan tindakan, keadaan ini dapat diperbaiki dengan terjananya ilmu oleh golongan pendidik sendiri yang memberi peluang kepada mereka menyuarakan pandangan terhadap isu-isu pendidikan yang menjadi perhatian umum. Ini sekaligus akan meningkatkan reputasi profesionalisme perguruan mereka.

(4)

ASAS MEMBENTUK LAPORAN PENYELIDIKAN

Penyelidikan tindakan boleh dikategorikan kepada penyelidikan kualitatif berbentuk kajian kes. Menurut Elliot (1994) dan Zalmorski (1994) dalam Mohd Kamal Dasuki (1996), ini adalah kerana:

1. Penyelidikan tindakan bersifat khusus, yakni ia menggambarkan situasi tertentu.

2. Penyelidikan tindakan bersifat longitudinal: yakni ia mendokumenkan satu proses yang meliputi satu tempoh masa yang tertentu.

3. Penyelidikan tindakan bersifat menyeluruh

4. Penyelidikan tindakan mempunyai kualiti ketulenan dan tidak muda dipertikaikan.

5. Penyelidikan tindakan biasanya tertumpu kepada pemahaman proses (termasuklah proses pengajaran pembelajaran dan proses yang berkaitan dengan interaksi sosial dalam bentuk yang lain)

6. Penyelidikan tindakan banyak melibatkan data jenis deskriptif dan interpretif. 7. Penyelidikan tindakan bersifat kualitatif atau kuantitatif

Menurut mereka lagi, pembentukan laporan sesuatu penyelidikan tindakan haruslah berdasarkan kepada criteria yang berikut:

1. Mengandungi penjelasan tentang fokus, yakni tentang permasalahan yang diselidiki atau cuba diperbaiki.

2. Mengandungi penjelasan tentang konteks bagi penyelidikan yang dilaksanakan.

3. Mengandungi deskripsi tentang strategi tindakan.

4. Meliputi penerangan tentang sejauh mana strategi tersebut dilaksanakan dan apakah kesannya.

5. Merangkumi penerangan mengenai kesan yang dijangkakan dan kesan yang tidak dijangkakan serta penerangan tantang kenapa ianya berlaku.

6. Mengandungi deskripsi tentang metodologi yang digunakan untuk mengumul data dan rasional pemilihan metodologi tersebut.

(5)

7. Mengandungi dapatan kajian yang disokong dengan pelbagai jenis data.

PROSEDUR MELAPORKAN PENYELIDIKAN

Sebelum menyediakan laporan bagi satu penyelidikan tindakan, adalah baik sekiranya soalan berikut di ambil kira:

1. Untuk siapa? Khalayak yang berkemungkinan akan membaca laporan tersebut.

2. Apa? Apa yang akan dimasukkan dalam laporan tersebut.

3. Bagaimana? Apakah pendekatan yang akan digunakan bagi melaporkan penyelidikan tindakan tersebut.

Untuk Siapa?

Dalam menyediakan laporan penyelidikan tindakan, sesetengah penyelidik tersalah anggar tentang khalayak yang mungkin berminat dengan kajian tersebut. Altricher et al. (1993) menyenaraikan lebih daripada 10 jenis khalayak yang berpotensi seperti berikut:

1. Rakan-rakan di sekolah

2. Guru-guru daripada sekolah yang berdekatan 3. Peserta-peserta latihan dalam perkhidmatan 4. Guru besar

5. Pelajar-pelajar 6. Ibu bapa 7. Nazir sekolah

8. Lembaga pentadbir sekolah 9. Ahli akademik

(6)

10. Masyarakat tempatan 11. Media

Apa?

Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, perkara-perkara yang perlu dimasukkan dalam sesuatu laopran penyelidikan tindakan termasuklah penjelasan dan deskripsi mengenai penyataan masalah, konteks, reka bentuk kajian, strategi tindakan dan kesannya serta analisa dapatan kajian.

Bagaimana?

Oleh kerana khalayak yang mungkin berminat mengetahui hasil-hasil penyelidikan tindakan yang dijalankan berbeza antara satu dengan yang lain, pendekatan melaporkan penyelidikan tindakan juga biasanya berbeza. Misalnya, seseorang guru boleh melaporkan dasil penyelidikannya kepada masyarakat setempat dengan menulis rencana pendek dalam surat khabar, manakala laporan yang akan dikemukakan kepada pengetuanya mungkin akan menjadi lebih formal dan terperinci. Berikut adalah di antara pendekatap-pendekatan yang boleh digunakan oleh seseorang guru untuk melaporkan hasil penyelidikannya.

Laporan Lisan dan Perbincangan Berbentuk Wacana

Satu cara melaporkan hasil penyelidikan tindakan adalah secara lisan. Ini boleh dilaksanakan dalam bentuk bengkel atau seminar yang melibatkan pendidik lain atau mereka-mereka yang berminat dalam pendidikan.

Persembahan Dalam Bentuk Grafik

Sesetengah hasil kajian penyelidikan tindakan boleh dilaporkan secara grafik dalam bentuk gambar rajah, jadual atau karikatur. Sekiranya persembahan seperti ini dapat dipaparkan di papan kenyataan umum seperti di bilik rehat guru tentulah ianya akan menarik perhatian dan membuka peluang kepada perbincangan dalam

(7)

kalangan guru kerana persembahan dalam bentuk grafik biasanya ringkas dan mudah difahami.

Persembahan Audio-Visual

Saru lagi cara melaporkan hasil penyelidian tindakan adalah melalui persembahan audio-visual. Klip-klip video yang merakamkan aktiviti-aktiviti proses penyelidikan tindakan yang dijalankan boleh menjadi bahan kepada perbincangan pihak yang melihatnya.

Rangkaian Komputer

Salah stau cara yang efektif melaporkan hasil-hasil penyelidikan tindakan yang dijalankan adalah melalui rangkaian-rangkaian computer yang sedia ada pada masa kini terutamanya melalui rangkaian mel elektronik dan alat-alat Internet yang lain seperti Usenet Newsgroups dan Buletin Board dalam World Wide Web.

Dokumen Bertulis

Cara paling biasa dan popular melaporkan hasil-hasil penyelidkan tindakan adalah melalui dokumen-dokumen bertulis.

PENULISAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

Oleh kerana kebanyakan penyelidikan tindakan adalah berdasarkan konteks sesuatu amalan itu dijalankan, kajian kes merupakan format yang paling biasa digunakan bagi melaporkan hasil kajian tersebut. menurut Altricter et al. (1993), satu lagi format yang boleh digunakan ialah cross-case analaysis.

Kajian Kes

Secara umumnya, kajian kes adalah laporan bertulis di mana guru yang terlibat dalam penyelidikan tindakan memberikan maklumat entang satu kes daripada amalan pendidikan mereka termasuklah maklumat seperti konteks, penyataan masalah, rekabentuk kajian, prosedur-prosedur kajian, strategi-strategi tindakan

(8)

serta isu-isu lain yang berkaitan. Berikut adalah di antara cara-cara menstrukturkan penulisan satu kajian kes.

Menyusun Mengikut Urutan Kajian

Kaedah penulisan kajian kes suatuenyelidikan tindakan adalah dengan melaporkan pengalaman dan dapatan mengikut uruta kronologikal seperti mana ianya berlaku. Adalah baik sekiranya urutan ini dapat digambarkan juga dalam bentuk gambarajah atau satu senarai urutan. Salah satu kelemahan penulisan laporan menkut kaedah ini adalah kesukaran membuat perkaitan di antaa satu lankah dengan yang ain dan kemungkinan laporan menjadi terlalu deskriptif dan tidak analitis.

Referensi

Dokumen terkait

Diagram Permasalahan dan Isu Strategis, Kondisi saat ini dan Dampaknya Masih Tingginya Angka Temuan.. Berdasarkan kondisi obyektif yang dipaparkan di atas, kapasitas

Penelitian ini bertujuan untuk menghasilkan Aplikasi Pencarian dan Pemesanan Hotel di Kota Pagar Alam berbasis web yang bisa mempermudah Pemilik Hotel dalam

Penelitian ini bertujuan untuk mempelajari pengaruh waktu ekstraksi dan kecepatan putar pengaduk pada ekstraksi asam lemak bebas dari minyak sawit dengan menggunakan pelarut

Puji syukur kehadirat Allah SWT sebab atas segala rahmat dan karuniaNya, Penulis dapat menyelesaikan skripsi yang berjudul “Pelaksanaan dan Perlindungan Hak Pasien dalam

Berdasarkan pemaparan diatas yang dikemukakan dalam penelitian skripsi ini, maka penulis berpendapat bahwa diketahui faktor-faktor penghambat penegakan hukum terhadap pelaku

Badan Kesatuan Bangsa, Politik dan Perlindungan Masyarakat Kota Salatiga , berubah nomenklatur menjadi Badan Kesatuan Bangsa dan Politik Kota Salatiga terdiri dari

Kepala Puskesmas Sematang Borang , penanggung jawab manajemen mutu, penanggung jawab upaya, penanggung jawab pelayanan klinis, dan seluruh karyawan Puskesmas

Ketua Umum dibantu/didampingi oleh Sekretaris Umum, memiliki hak prerogatif dalam menentukan Dewan Penasihat, Wakil Ketua Umum (jika dibutuhkan oleh Ketua Umum