• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penerapan Kemahiran Kepimpinan Pendidikan dalam Kalangan Pelajar IPT

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Penerapan Kemahiran Kepimpinan Pendidikan dalam Kalangan Pelajar IPT"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

Penerapan Kemahiran Kepimpinan Pendidikan dalam Kalangan Pelajar IPT Nurfazlaili Padelah Shaimi

Irmohizam Ibrahim Muhammad Hussin

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

__________________________________________________________________________________ Abstrak

Kemahiran kepimpinan sangat ditekankan dalam organisasi bagi mencapai matlamat sesebuah organisasi. Ia merupakan elemen yang penting dalam pembentukan jati diri seseorang pelajar dalam membangunkan kepimpinan mereka. Kajian ini dijalankan untuk meninjau kualiti kepimpinan dalam kalangan pelajar IPTA di Malaysia. Seramai 520 orang pelajar terlibat dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan pendekatan kuantitatif. Menerusi pendekatan kualitatif menggunakan kaedah focus group discussion secara temu bual. Manakala, pendekatan kuantitatif menggunakan kaedah soal selidik. Dapatan diperoleh melalui hasil analisis pemerhatian, soal selidik dan temu bual. Borang soal selidik dianalisis menggunakan perisian komputer Statistical packages for sosial sciences (SPSS) untuk mendapat skor min dan sisihan piawai. Dapatan didapati pelajar diterapkan dengan kemahiran kepimpinan melalui penguasaan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi dan juga kemahiran pengurusan. Oleh itu, melalui penerapan kepimpinan pelajar disyorkan agar pelbagai program perlu dijana bagi memantapkan lagi kepimpinan dalam diri pelajar.

Kata kunci: Kepimpinan, pelajar IPT, jati diri

__________________________________________________________________________________ PENGENALAN

Kajian ini bertujuan untuk meninjau kualiti kepimpinan dalam kalangan pelajar IPTA di Malaysia. Kualiti kepimpinan ini diukur dari persepsi pelajar berdasarkan pengalaman yang mereka lalui. Pengkajian terhadap kualiti kepimpinan model Servant Leadership oleh Greenleaf (1970) dan The Seven Habits of Highly Effective People oleh Steven Covey‘s (1989) dijadikan asas rujukan utama.

Menurut Kouzes dan Posner (2002) kepimpinan didefinisikan sebagai proses pengaruh sosial di mana seseorang atau sekumpulan orang boleh meminta bantuan dan sokongan orang lain dalam menyempurnakan satu tugasan dan pada dasarnya ia adalah untuk mewujudkan cara bagaimana orang dapat memberi sumbangan serta melaksanakan sesuatu dengan cara yang menakjubkan. Cohen (2009) menganalisis pandangan Drucker menyatakan bahawa orang yang mencipta pengurusan dan menerangkan kepimpinan sebagai keupayaan, kemahiran untuk mencapai sasaran bersama dan melalui kerjasama secara sukarela dari orang lain, manakala mendapatkan keyakinan, penghormatan dan kesetiaan mereka.

Lee dan Gharajedaghi (1998) keduanya cendekiawan dan juga penulis yang dikaitkan secara meluas sebagai pelopor bidang kajian daya kepimpinan kontemporari, berkata Kepimpinan adalah meminta orang ingin melakukan apa yang patut dilakukan. Mereka turut memberi analogi dengan menyatakan bahawa seorang pengurus menolak manakala pemimpin menarik, pengurus memberi arahan manakala pemimpin berkomunikasi.

Mauro (1999) mentakrifkan kepimpinan sebagai jiwa raga dalam pengurusan perniagaan. Anda tidak boleh mengurus hanya dengan menyusun atur semula carta organisasi, bermain dengan angka atau memadankan dengan formula bisnes terbaru. Apa yang anda mengurus adalah manusia (dengan memimpin mereka). Kemahiran itulah yang menjadi resipi kejayaan.

(2)

Menjadi pemimpin walau pada peringkat mana sekalipun, merupakan satu amanah yang wajib dipikul dengan penuh tanggungjawab dan penuh bijaksana (Irmohizam 2015). Pemimpin menjadi tempat bersandarnya harapan orang yang dipimpin. Rakyat akan merujuk kepada pemimpin dalam hal yang boleh membantu mereka menyelesaikan masalah. Pemimpin menjadi rujukan dan contoh serta teladan yang perlu dicontohi orang yang dipimpin. Analogi ini merupakan analogi lampau yang semakin dilupakan. Oleh kerana pemimpin adalah segala-galanya, maka tidak ramai masyarakat masa lalu yang berkesanggupan menawarkan diri menjadi pemimpin. Mereka keberatan untuk dipilih kerana merasa bimbang tidak dapat melaksanakan tugas yang sepatutnya dilakukan ekoran tanggungjawab yang berat.

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk meninjau kualiti kepimpinan dalam kalangan pelajar IPT di Malaysia. Secara spesifiknya, objektif kajian dinyatakan seperti berikut:

1. Meninjau kualiti kepimpinan dalam kalangan pelajar Malaysia di IPTA,

2. Mengenalpasti hubungan kualiti kepimpinan dan hubungan antara dimensi-dimensi kualiti kepimpinan pelajar.

3. Mengenalpasti perbezaan kualiti kepimpinan berdasarkan faktor demografi, 4. Mengenalpasti faktor demografi terhadap kualiti kepimpinan pelajar. 5. Mengenalpasti faktor-faktor penyebab kualiti kepimpinan pelajar,

PEMASALAHAN KAJIAN

Pengurusan fokus dalam aktiviti kerja yang melibatkan perancangan, menganjurkan, membuat anggaran, kerta kerja, masa pengawalan, penyelarasan, strategi, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Kesemua itu tidak mencukupi untuk membawa kepada kejayaan organisasi. Menurut By (2005), organisasi seharusnya mampu adaptasi dengan perubahan yang drastik (positif atau negatif) dan perkembangan. Dengan itu, mereka memerlukan kepimpinan yang kukuh untuk mempengaruhi, menetapkan arah tuju, kaunseling, melatih, penyelarasan, mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan membantu tenaga pekerja untuk terus berkembang seiring dengan perubahan semasa.

Pengurusan adalah bidang sains yang boleh dipelajari oleh kebanyakan orang untuk menjadi pengurus. Kepimpinan adalah bidang seni yang tidak dapat dikuasai oleh semua, yang bukan dalam gen seseorang, ianya adalah satu set amalan yang boleh diamati dan dipelajari. Sebuah organisasi yang berjaya sama ada organisasi korporat atau kemahasiswaan tidak boleh mengenepikan kepimpinan dan pengurusan. Organisasi memerlukan kuasa formal iaitu pengurusan manakala pengurusan memerlukan kuasa moral iaitu kepimpinan. Menurut Dibella (2007), pada zaman ini keadaan tersebut nampaknya sudah menjadi sebaliknya. Kebanyakan orang berebut-rebut untuk dilantik atau dipilih sebagai pemimpin walaupun dirinya tidak mempunyai ‗ciri-ciri pemimpin‘ atau tiada kualiti kepemimpinan. Meskipun tidak semua orang bersikap sedemikian, tetapi bilangan golongan seperti ini semakin ramai tanpa mengira peringkat kepimpinannya sama ada di peringkat kepimpinan politik, kesatuan, persatuan, sukan, koperasi, daerah, mukim, kampung dan sebagainya. Golongan seperti ini akan melakukan apa sahaja dengan menjadikan lobi melobi sebagai ‗senjata utama‘ asalkan dapat memimpin. Soal hormat menghormati pihak lain, soal timbang rasa, soal tanggungjawab, soal nilai diri dan sebagainya hilang sama sekali asalkan matlamat mereka berjaya menjadi pemimpin (Fleming dan Spicer, 2003).

Justeru maka lahirlah segelintir pemimpin di sesetengah peringkat kepimpinan yang ‗kurang malah langsung tidak berkualiti‘. Meskipun tidak ramai, namun golongan seperti ini semakin bertambah bilangannya apabila soal lobi melobi menjadi agenda utama pada setiap kali sesuatu organisasi itu ingin memilih pemimpin. Menurut Ford et.al. (2008), kita sering menganggap seseorang yang petah bercakap atau bijak berpidato, serta pandai memanipulasikan sesuatu isu maka dialah dikatakan sebagai pemimpin yang baik. Sebenarnya petah berpidato dan pandai memanipulasikan isu semata-mata belum lagi layak untuk menjadi pemimpin yang baik. Banyak lagi faktor lain yang perlu

(3)

diambilkira (Ford dan Ford 2010). Menyedari kecelaruan kualiti kepimpinan pemimpin pelajar khususnya diperingkat IPTA kajian ini memberi penekanan untuk meninjau sejauhmanakah kualiti kepimpinan pelajar di IPTA.

METODOLOGI

Kajian ini bertujuan untuk meninjau kualiti kepimpinan dalam kalangan pelajar IPT di Malaysia. Reka bentuk kajian ialah menggunakan kaedah tinjaun deskriptif secara deduktif. Jenis tinjauan yang digunakan adalah tinjauan semasa atau keratan lintang (cross-sectional survey) di mana mengumpul data daripada sampel yang dilakukan pada suatu masa (Creswell, 2005). Kaedah tinjauan melibatkan dua pendekatan, iaitu pendekatan kualitatif dan pendekatan kuantitatif. Menerusi pendekatan kualitatif menggunakan kaedah focus group discussion secara temu bual. Manakala, pendekatan kuantitatif menggunakan kaedah soal selidik.

Responden menerusi pendekatan kualitatif dan kuantitatif ialah pelajar IPTA. Bagi kaedah kualitatif temu bual secara focus group discussion, responden terdiri daripada 10 pelajar IPTA (UKM, UniMAP, UPNM, UTM dan UUM). Responden bagi kaedah kuantitatif meliputi 520 pelajar di universiti awan di 5 buah IPTA (UKM, UniMAP, UPNM, UTM dan UUM).

Bagi kaedah kualitatif, temu bual separa berstruktur telah dijalankan keatas responden yang telah dipilih. Kajian ini menggunakan prosedur asas dalam menganalisis data kualitatif iaitu menyediakan trankripsi data secara menyeluruh bagi setiap informasi yang diperoleh dan penyusunannya sesuai dengan soalan-soalan kajian berkaitan. Manakala, kaedah kuantitatif soal selidik telah ditadbirkan kepada responden kajian bagi mendapatkan maklum balas. Analisis bagi data yang diperoleh adalah analisis deskriptif. Analisis deskriptif yang diguna pakai adalah dengan melihat min dan sisihan piawai.

Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengukur kualiti kepimpinan pelajar melalui pengalaman yang dilalui. Kualiti kepimpinan pelajar diukur berdasarkan kemahiran pengurusan, kemahiran komunikasi dan kemahiran penyelesaian masalah. Dapatan kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan skor min digunakan untuk mengukur kualiti kepimpinan pelajar serta di interpretasi melalui jadual.

DAPATAN KAJIAN

Kajian ini meninjau kualiti kepimpinan dalam kalangan pelajar Malaysia di IPT. Kualiti kepimpinan diukur dari persepsi pelajar berdasarkan pengalaman yang mereka lalui. Item-item bagi sub dimensi kepimpinan melibatkan pengukuran terhadap kemahiran pengurusan, kemahiran komunikasi dan kemahiran menyelesaikan masalah. Item ini diperoleh melalui analisis faktor berdasarkan komponen metrik (rotated component matrix).

Dapatan Skor Min Kualiti Kepimpinan

Jadual 1 menunjukkan skor min bagi kualiti kepimpinan pelajar. Semua soal selidik yang digunakan dalam kajian ini menggunakan skala likert lima mata

Jadual 1 Skor Min Kualiti Kepimpinan

Kualiti Kepimpinan N Min Sisihan Piawai

Kemahiran Selesai Masalah 520 3.88 .516

Kemahiran Komunikasi 520 3.76 .515

(4)

Tinjauan terhadap kualiti kepimpinan diukur melalui skor min angkubah-angkubah ini. Skor min bagi dimensi-dimensi kualiti kepimpinan dianalisis bagi melihat dengan lebih terperinci dimensi-dimensi yang membentuk kerangka kajian. Di samping itu, analisis skor min juga melihat perbandingan dalam kualiti kepimpinan dan dimensi-dimensi angkubah berdasarkan lokasi IPT, jantina, tempat tinggal, zon negeri, pekerjaan ibu bapa dan pendidikan ibu bapa. Data angkubah dikaji menunjukkan skor min yang tinggi bagi kualiti kepimpinan dalam kemahiran selesaikan masalah, komunikasi dan juga pengurusan

Dapatan Min Kualiti Kepimpinan berdasarkan IPT

Jadual 2 Min Sub Dimensi Kualiti Kepimpinan Berdasarkan IPT

Pemboleh ubah Pengurusan Komunikasi Penyelesaian Masalah IPT Dalam

Malaysia

N 440 440 440

Min 3.89 3.78 3.77

S.P .535 .528 .507

Berdasarkan Jadual 2, ketiga-tiga kemahiran mencatatkan skor min yang tinggi. Dengan kemahiran kursus dengan skor min 3.88, diikuti kemahiran komunikasi skor min 3.76 dan kemahiran selesai masalah dengan skor min 3.75. Berdasarkan jadual kualiti kepimpinan berdasarkan IPT menunjukkan skor min yang tinggi terhadap ketiga-tiga aspek kemahiran yang dikaji. Kemahiran pengurusan mencatatkan skor yang paling tinggi iaitu 3.89. Ini diikuti dengan kemahiran komunikasi dengan skor min 3.78 manakala 3.77 bagi kemahiran selesai masalah.

Dapatan Min Kualiti Kepimpinan Berdasarkan Jantina

Jadual 3 Min Dimensi Kualiti Kepimpinan Berdasarkan Jantina.

Jantina Pelajar Kemahiran Penyelesaian Masalah Kemahiran Komunikasi Kemahiran Mengurus Lelaki Min 3.91 3.83 3.83 N 248 248 248 S.P .492 .504 .501 Perempuan Min 3.86 3.69 3.68 N 272 272 272 S.P .538 .519 .475

Berdasarkan jadual 3 secara keseluruhan didapati, pelajar lelaki dan perempuan mempunyai nilai tahap kemahiran menyelesaikan masalah yang tinggi iaitu skor min 3.91 dan 3.86. Walaupun terdapat perbezaan skor min tahap kemahiran di antara pelajar mengikut jantina tetapi perbezaan masih lagi rendah dan tidak dapat digunakan bagi menyatakan terdapat perbezaan tahap kemahiran mengikut jantina. Selain itu, kemahiran mengurus pelajar perempuan berada di tahap yang tinggi tetapi ia masih rendah di antara kesemua aspek kemahiran dengan skor min 3.68.

(5)

Tempat Tinggal Kemahiran Selesai Masalah Kemahiran Komunikasi Kemahiran Pengurusan Bandar Min 3.89 3.77 3.76 N 374 374 374 S.P .513 .500 .492

Luar Bandar Min 3.86 3.73 3.71

N 146 146 146

S.P .529 .557 .495

Berdasarkan jadual 4 ketiga-tiga kemahiran pelajar bandar dan luar bandar berada di tahap yang tinggi didahului dengan kemahiran selesai masalah dengan skor min 3.88. Diikuti dengan kemahiran komunikasi dengan skor min 3.75 dan kemahiran pengurusan dengan skor min 3.74. Jadual juga menunjukkan kemahiran pengurusan pelajar dari bandar dan luar bandar antara yang rendah walaupun berada di tahap yang tinggi dengan skor min 3.76 dan 3.71.

Jadual 5 Min Dimensi Kualiti Kepimpinan Berdasarkan Pekerjaan Bapa

Pekerjaan Bapa Kemahiran Selesai Masalah Kemahiran Komunikasi Kemahiran Pengurusan Kerajaan Min 3.95 3.87 3.86 N 166 166 166 S.P .498 .517 .531 Swasta Min 3.91 3.74 3.74 N 162 162 162 S.P .482 .452 .454 Berniaga Min 3.83 3.73 3.92 N 18 18 18 S.P .608 .680 .711

Tidak Bekerja Min 3.78 3.67 3.63

N 160 160 160

S.P .563 .541 .455

Secara keseluruhannya jadual 5 menunjukkan kemahiran urus pelajar yang bapa bekerja di sektor kerajaan dan kemahiran selesai masalah pelajar yang bapa bekerja sektor swasta adalah tinggi dengan masing-masing mencatatkan skor min 3.95 dan 3.91. Jadual juga mendapati pekerjaan bapa pelajar yang bekerja di sektor kerajaan dan berniaga mempengaruhi tahap kemahiran urus pelajar dengan mencatatkan skor min 3.86 dan 3.92.

Jadual 6 Min Dimensi Kualiti Kepimpinan Berdasarkan Pekerjaan Ibu

Pekerjaan Ibu Kemahiran Selesai Masalah Kemahiran Komunikasi Kemahiran Mengurus Kerajaan Min 3.90 3.76 3.76 N 132 132 132 S.P .523 .508 .503 Swasta Min 3.72 3.50 3.51 N 8 8 8

(6)

S.P .525 .467 .449

Berniaga Min 3.91 3.63 3.73

N 36 36 36

S.P .553 .497 .509

Tidak Bekerja Min 3.87 3.77 3.75

N 336 336 336

S.P .518 .522 .495

Berdasarkan jadual 6 secara keseluruhan didapati kemahiran selesaikan masalah mencatatkan nilai yang tinggi mengikut aspek pekerjaan ibu. Walaupun terdapat perbezaan skor min tahap kemahiran pelajar mengikut perbezaan pekerjaan ibu tetapi perbezaan masih rendah dan tidak dapat digunakan bagi menyatakan terdapat perbezaan tahap kemahiran pelajar mengikut aspek pekerjaan ibu.Jadual menunjukkan tahap kemahiran urus pelajar yang ibu bekerja di sektor kerajaan adalah tinggi dengan skor min 3.90 manakala tahap kemahiran komunikasi pelajar yang ibu bekerja di sektor swasta berada di pada kadar yang rendah walaupun berada di tahap yang sederhana dengan skor min 3.50. Bagi kemahiran selesai masalah pula, jadual menunjukkan pelajar yang ibu berniaga dan tidak bekerja berada di tahap yang tinggi dengan masing-masing mencatatkan skor min 3.73 dan 3.75. Ujian-t Mengukur Perbezaan Kualiti Kepimpinan dan Dimensi Kualiti

Kepimpinan Berdasarkan Faktor Demografi

Jadual 7 Ujian-t Kualiti Kepimpinan dan Dimensi Kualiti Kepimpinan Berdasarkan Faktor Jantina

Dimensi

Jantina N Min Sp T Df Sig

Kualiti Kepimpinan Lelaki 248 3.8701 .47039 4.299 518 .000 Perempuan 272 3.6971 .44729 Penyelesaiaan Masalah Lelaki 248 3.9113 .49144 1.143 518 .254 Perempuan 272 3.8595 .53797 Kemahiran Komunikasi Lelaki 248 3.8327 .50350 3.036 518 .003 Perempuan 272 3.6963 .51869 Kemahiran Pengurusan Lelaki 248 3.8318 .50046 3.511 518 .000 Perempuan 272 3.6816 .47497

Jadual 7 menunjukkan hasil ujian-t kualiti kepimpinan dan dimensi kualiti kepimpinan berdasarkan faktor jantina. Faktor jantina lelaki dan perempuan menunjukkan nilai p yang lebih rendah daripada 0.05 (p<0.05) bagi tiga dimensi politik iaitu dimensi kualiti kepimpinan p = .000, kemahiran komunikasi p = .003 dan kemahiran pengurusan p = .000. Ini membawa maksud bahawa faktor jantina memberikan perbezaan pada hasil ujian-t orientasi kualiti kepimpinan dan dimensi kualiti kepimpinan. Manakala bagi dimensi penyelesaian masalah, tiada perbezaan didapati di antara kualiti kepimpinan dan dimensi kualiti kepimpinan berdasarkan faktor jantina.

Jadual 8 Ujian-t Kualiti Kepimpinan dan Dimensi Kualiti Kepimpinan Berdasarkan Lokasi IPT

Dimensi IPTA N Min Sp T Df Sig

Kualiti Kepimpinan IPTA 440 3.7759 .47131 -.425 518 .671 Penyelesaian Masalah IPTA 440 3.8949 .52953 1.115 518 .266 Kemahiran IPTA 440 3.7821 .52532 2.166 518 .031

(7)

Komunikasi Kemahiran Pengurusan

IPTA 440 3.7750 .50511 2.377 518 .018

Jadual 8 menunjukkan hasil ujian-t kualiti kepimpinan dan dimensi kualiti kepimpinan berdasarkan lokasi IPT. Faktor lokasi IPT iaitu institut pengajian tinggi awam menunjukkan nilai p yang lebih rendah daripada 0.05 (p<0.05) bagi dua dimensi iaitu dimensi kemahiran komunikasi dan kemahiran pengurusan.. Nilai p bagi dua dimensi tersebut adalah p = .031 dan p = .018. Ini membawa maksud bahawa faktor lokasi IPT memberikan perbezaan pada hasil ujian-t kualiti kepimpinan dan dimensi kepimpinan. Manakala bagi kualiti kepimpinan dan dimensi penyelesaian masalah, tiada perbezaan didapati di antara Kualiti Kepimpinan dan Dimensi Kualiti Kepimpinan Berdasarkan Lokasi IPT.

Jadual 9 Ujian-t Kualiti Kepimpinan dan Dimensi Kualiti Kepimpinan Berdasarkan Lokasi Tempat Tinggal Dimensi Tempat Tinggal N Min Sp T Df Sig Kualiti Kepimpinan Bandar 374 3.7938 .46128 1.115 518 .266 Luar Bandar 146 3.7431 .47790 Penyelesaian Masalah Bandar 374 3.8901 .51277 .416 518 .678 Luar Bandar 146 3.8691 .52728 Kemahiran Komunikasi Bandar 374 3.7718 .49946 .739 518 .460 Luar Bandar 146 3.7346 .55552 Kemahiran Pengurusan Bandar 374 3.7669 .49211 1.017 518 .310 Luar Bandar 146 3.7181 .49373

Jadual 9 di atas menunjukkan hasil ujian-t kualiti kepimpinan dan dimensi kualiti kepimpinan berdasarkan faktor tempat tinggal bandar dan luar bandar. Keputusan menunjukkan kesemua dimensi iaitu kualiti kepimpinan, penyelesaian masalah, kemahiran komunikasi dan kemahiran pengurusan. didapati tidak mempunyai perbezaan di antara kualiti kepimpinan dan dimensi kualiti kepimpinan berdasarkan faktor tempat tinggal.

Ujian Anova Mengukur Perbezaan Kualiti Kepimpinan Berdasarkan Zon Negeri

Jadual 10 Ujian Anova Kualiti Kepimpinan dan Dimensi Kualiti Kepimpinan Berdasarkan Zon Negeri

Dimensi Df Mean Square F Sig.

Kualiti Kepimpinan 4 1.719 8.204 .000

Penyelesaian Masalah 4 3.864 15.954 .000

Komunikasi 4 1.522 5.825 .000

Pengurusan 4 3.409 15.311 .000

Jadual 10 menunjukkan hasil ujian kualiti kepimpinan dan dimensi kualiti kepimpinan berdasarkan zon negeri. Nilai p bagi kesemua dimensi tersebut adalah dimensi kualiti kepimpinan p = .000, penyelesaian masalah p = .000, komunikasi p = .000 dan pengurusan = p = .000. Kesemua dimensi ini mempunyai nilai yang lebih rendah daripada 0.05 (p<0.05) yang bererti terdapat perbezaan di antara kualiti kepimpinan dan dimensi kualiti kepimpinan berdasarkan zon negeri iaitu Zon Utara, Zon Timur, Zon Tengah, Zon Selatan, Sabah & Sarawak. Analisis post hoc test melalui ujian Scheffe menunjukkan perbezaan berdasarkan zon negeri.

(8)

Jadual 11 Ujian Anova Kualiti Kepimpinan dan Dimensi Kualiti Kepimpinan Berdasarkan Bidang Pengajian

Dimensi Df Mean Square F Sig.

Kualiti Kepimpinan 4 .309 1.443 .219

Penyelesaian Masalah 4 .673 2.541 .039

Komunikasi 4 .436 1.655 .159

Pengurusan 4 .302 1.281 .276

Jadual 11 di atas menunjukkan perbezaan hasil ujian anova kualiti kepimpinan dan dimensi kualiti kepimpinan berdasarkan bidang pengajian .Berdasarkan jadual tersebut didapati skor min dimensi penyelesaian masalah dengan nilai f = 2.541. Nilai p = .039 adalah rendah daripada 0.05 (p<0.05), ini bererti terdapat perbezaan di antara kualiti kepimpinan dan dimensi kualiti kepimpinan berdasarkan bidang pengajian sains, teknikal, sains sosial, akaun dan perniagaan dan kesihatan. Manakala bagi dimensi kualiti kepimpinan, dimensi komunikasi dan dimensi pengurusan, hasil mendapati tiada perbezaan didapati di antara kualiti kepimpinan dan dimensi kualiti kepimpinan berdasarkan bidang pengajian.

Jadual 12 Ujian Anova Kualiti Kepimpinan dan Dimensi Kualiti Kepimpinan Berdasarkan Pekerjaan Ibu

Dimensi Df Mean Square F Sig.

Kualiti Kepimpinan 3 .557 2.557 .055

Penyelesaian Masalah 3 .097 .358 .783

Komunikasi 3 .385 1.454 .226

Pengurusan 3 .170 .691 .558

Jadual 12 menunjukkan hasil ujian anova kualiti kepimpinan dan dimensi kualiti kepimpinan berdasarkan pekerjaan ibu. Keputusan menunjukkan kesemua dimensi iaitu dimensi kualiti kepimpinan, dimensi penyelesaian masalah, dimensi komunikasi dan dimensi pengurusan didapati tidak mempunyai perbezaan di antara kualiti kepimpinan dan dimensi kualiti kepimpinan berdasarkan pekerjaan ibu dalam bidang sektor kerajaan, sektor swasta, peniaga dan tidak bekerja

Jadual 13 Ujian Anova Kualiti Kepimpinan dan Dimensi Kualiti Kepimpinan Berdasarkan Pekerjaan Bapa

Dimensi Df Mean Square F Sig.

Kualiti Kepimpinan 3 .473 2.155 .092

Penyelesaian Masalah 3 .820 3.071 .028

Komunikasi 3 1.110 4.270 .005

Pengurusan 3 1.584 6.611 .000

Jadual 13 menunjukkan hasil ujian anova kualiti kepimpinan dan dimensi kualiti kepimpinan berdasarkan pekerjaan bapa. faktor pekerjaan bapa dalam bidang sektor kerajaan, sektor swasta, peniaga dan tidak bekerja menunjukkan nilai p yang lebih rendah daripada 0.05 (p<0.05) bagi tiga dimensi iaitu dimensi penyelesaian masalah, kemahiran komunikasi dan kemahiran pengurusan. Nilai p bagi tiga dimensi tersebut adalah p = .028, p = 0.05 dan p = .000. Ini membawa maksud bahawa pekerjaan bapa memberikan perbezaan pada hasil kualiti kepimpinan dan dimensi kualiti kepimpinan.

(9)

manakala bagi dimensi kualiti kepimpinan, tiada perbezaan didapati di antara kualiti kepimpinan dan dimensi kualiti kepimpinan berdasarkan pekerjaan bapa.

Jadual 14 Ujian Anova Kualiti Kepimpinan dan Dimensi Kualiti Kepimpinan Berdasarkan Pendapatan

Keluarga Dimensi

Df Mean Square F Sig.

Kualiti Kepimpinan 3 .466 2.170 .091

Penyelesaian Masalah 3 .812 3.077 .027

Komunikasi 3 1.928 7.537 .000

Pengurusan 3 .266 1.109 .345

Jadual 14 menunjukkan hasil anova kualiti kepimpinan dan dimensi kualiti kepimpinan. Berdasarkan pendapatan keluarga Rm3000, RM3001-RM7000, RM7001- RM12,000 dan RM12,000 menunjukkan nilai p yang lebih rendah daripada 0.05 (p<0.05) bagi dua dimensi iaitu dimensi penyelesaian masalah p = .027 dan dimensi tekad diri p = .000. Ini membawa maksud bahawa pendapatan keluarga memberikan perbezaan pada hasil anova kualiti kepimpinan dan dimensi kualiti kepimpinan. Manakala bagi dua dimensi iaitu dimensi kualiti kepimpinan dan dimensi pengurusan, tiada perbezaan didapati di antara kualiti kepimpinan dan dimensi kualiti kepimpinan berdasarkan pendapatan keluarga

Dapatan Kajian Kualitatif Kualiti Kepimpinan Pelajar

Antara aspek yang dikaji semasa proses temu bual dalam kalangan peserta kajian adalah aspek-aspek kualiti kepimpinan pelajar. Hasil daripada temu bual yang dibuat oleh pengkaji bersama peserta kajian menunjukkan bahawa kebanyakan peserta memberikan jawapan yang positif terhadap kualiti kepimpinan di mana melalui kemahiran mengurus responden memberi tindak balas menggunakan kekuatan emosi untuk memotivasikan orang lain, mengambil berat dan selesa untuk melayan permintaan orang lain, responden bersemangat dan bermotivasi untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan sentiasa bersedia untuk menyelesaikan masalah yang mendatang. Bagi kemahiran komunikasi responden memberi tindak balas dengan mengekalkan penampilan dan tingkah laku yang teratur sebagai seorang pemimpin, mampu untuk menunjukkan kemahiran dalam berkomunikasi dan boleh fleksibel dan menyesuaikan diri dalam situasi yang berbeza sebagai cara untuk meningkatkan prestasi diri. Masing-masing mempunyai kualiti kepimpinan dalam kemahiran komunikasi. Dalam kemahiran menyelesaikan masalah pula, responden mempunyai kebolehan untuk merancang sesuatu projek dengan teratur dan sistematik, boleh menganalisa masalah dan mengemukakan jalan penyelesaian, menerima tanggungjawab terhadap kerja yang dilakukan, mampu menyelesaikan masalah secara praktikal dan realistik dan sanggup menerima tanggungjawab terhadap kerja yang diberikan.

CADANGAN

Pengukuran aspek kualiti kepimpinan pelajar melibatkan 38 item bagi mengukur 3 aspek

kualiti kepimpinan pelajar yang meliputi sub dimensi kemahiran menyelesaikan masalah,

kemahiran komunikasi dan kemahiran mengurus. Konsep kualiti kepimpinan ini memberi

maklumat yang berguna dalam menanamkan sifat kepimpinan dalam diri setiap individu agar

dapat memimpin dengan bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat kepimpinan ini boleh

dipelajari dan dipupuk dalam diri setiap individu sejak dibangku sekolah lagi. Dalam hasil

dapatan kajian, tahap kualiti kepimpinan adalah skor min yang paling tinggi berbanding

pemboleh ubah yang lain. Ini menunjukkan betapa tingginya sifat kepimpinan dalam diri para

pelajar IPT dalam negara.

(10)

Kemahiran Penyelesaian Masalah

Kualiti kepimpinan melalui cara penyelesaian masalah telah diukur dengan mengajukan 20

soalan yang berkaitan dengan topik ini. Soalan memberikan penumpuan kepada kemampuan

serta motivasi pelajar dalam menyelesaikan masalah. Keupayaan menyelesaikan masalah

yang mendatang juga dapat dilihat menerusi dapatan kajian melalui soalan yang diajukan.

Dari dapatan kajian yang diperoleh menunjukkan jumlah min yang tinggi iaitu sebanyak 3.88

antara yang tertinggi daripada kemahiran pengurusan dan kemahiran komunikasi iaitu 3.75

dan 3.76. Kualiti kepimpinan terbentuk ketika pelajar itu membuat keputusan dalam

menyelesaikan masalah. Ketika ini kualiti kepimpinan pelajar terbentuk ketika berdepan

dengan sesuatu yang tidak diketahui apa yang berada di hadapan. Dalam situasi sebenar

pelajar berdepan dengan sesuatu yang mencabar, realistik, sukar diramal dan kemampuan

menangani pihak luar.

Untuk menjadi seseorang yang mempunyai kualiti kepimpinan yang baik dalam

penyelesaian masalah maka pelajar IPT harus belajar mencari idea baru dan melihat

keberkesanan terhadap penyelesaian masalah. Dalam pentadbiran sesuatu institusi cara

penyelesaian masalah boleh dipraktikkan. Winder dan Draeger (2006), mengatakan ―Apa

yang kita perlukan hanyalah pemimpin yang berlandaskan organisasi, dengan kapasiti

kepimpinan tertanam di seluruh organisasi‖. Selain ini Winder menerangkan ―Teori yang

terkini dalam kepimpinan melihat kepimpinan sebagai satu proses di mana pemimpin tidak

dilihat sebagai individu dalam kumpulan tetapi sebagai satu anggota komuniti. Penjelasan

bertentangan tentang pentadbiran juga di hurai pada pendapat Horner, (1997, p277) dalam hal

untuk bekerjasama dalam kepimpinan, apa yang penting adalah ―perkongsian pengetahuan di

kalangan ahli-ahli pasukan, yang bertindak sebagai mentor, mengarahkan orang lain,

memudahkan proses kumpulan, memberikan maklumat, memantau prestasi, menggalakkan

komunikasi terbuka, menyediakan matlamat dan memperuntukkan sumber yang berkesan.‖

(Homer, 1997, ms 284).

Selain itu, dalam kajian ini pelajar turut diajukan prosedur mengisi borang-borang

tugasan, kefahaman situasi sosial dalam organisasi, kemampuan menguruskan manusia,

sumber sokongan dan sumber kekuatannya serta mengesan persekitaran emosi dalam

kalangan kumpulan. Kebolehan seperti perancangan yang teratur dan sistematik dalam

merancang sesuatu projek juga diajukan kepada responden. Hasil dapatan menunjukkan

pelajar yang sistematik mampu dilahirkan dengan memperkenalkan aktiviti kurikulum di

Universiti. Contohnya di sini, badan beruniform seperti PALAPES mampu melahirkan

pelajar yang sistematik dan teratur. Sistem PALAPES begitu tersusun dan melatih diri

menjadi lebih berdisplin. Selain itu, PALAPES mengajar tentang kepimpinan, keberanian dan

ketepatan dalam pengurusan masa. Jika sebelum ini pelajar lalai dalam membuat kerja, suka

bertangguh dan sekarang selepas menyertai PALAPES kehidupan menjadi teratur dan

sistematik. Dalam hal ini ketika pelajar di Universiti pelajar harus belajar menyertai aktiviti

yang dianjurkan pihak Universiti supaya kemahiran penyelesaian masalah dapat dipraktikkan.

Seterusnya, pelajar turut diuji dengan kemampuan melihat sesuatu melebihi

kelebihannya, mengambil berat dalam melayani permintaan orang lain, perangkaan strategi

dalam organisasi, menghormati pihak lawan, usaha pelajar mencari kefahaman dalam situasi

konflik dan fleksibiliti dalam membuat sebarang perubahan dalam organisasi. Dalam dapatan

kajian responden mengatakan tentang tanggungjawab ketika di tempat kerja. Tanggungjawab

sememangnya perlu dilakukan dengan sebaiknya dan semampunya. Apabila diberi peluang

memegang tanggungjawab yang besar kita perlu laksanakan jika tidak mampu laksanakan

maka ia akan memberikan keaiban dan boleh memburukkan nama baik kita. Kesimpulannya

(11)

di sini, kualiti kepimpinan yang baik mampu menangani sebarang cabaran. Maka, di sini

kemahiran penyelesaian terbentuk pada semua pelajar IPT Malaysia di dalam dan di luar

negara.

Kemahiran Komunikasi

Kemahiran komunikasi adalah di antara aspek yang penting dalam mengukur tahap kualiti

kepimpinan seseorang individu pelajar tersebut. Bagi mengukur tahap kemahiran komunikasi

dalam kualiti kepimpinan, beberapa soalan telah diajukan berkaitan topik ini kepada para

pelajar. Soalan yang diajukan berkaitan ialah pelajar mengambil berat tentang perasaan dan

tingkah laku orang lain, mampu menerima cadangan dengan terbuka dari individu lain bagi

meningkatkan pencapaian dan nilai integriti untuk setiap aspek berkaitan dengan

perhubungan manusia. Selain itu, pelajar turut diajukan kemampuan dalam menunjukkan

kemahiran dalam komunikasi dan perhubungan dengan orang lain. Seterusnya, diajukan juga

soalan yang berkaitan dengan etika kerja, fleksibel menyesuaikan diri dalam situasi yang

berbeza serta keterampilan dan tingkah laku. Dari dapatan kajian yang diperoleh

menunjukkan jumlah min yang tinggi iaitu 3.76, masih dalam lingkungan yang tinggi serta

satu pencapaian yang baik kerana para pelajar Malaysia mempunyai keyakinan diri yang

tinggi untuk berkomunikasi dengan orang luar serta berkemampuan untuk memberi pendapat

atau idea yang bernas.

Kemahiran komunikasi yang tinggi mencerminkan keperibadian seseorang untuk

memimpin sesuatu projek yang diberikan dengan membahagikan tugas, mengetuai

perbincangan, menyelesaikan masalah, melontarkan dan menerima cadangan dari ahli lain

serta bijak dalam menggunakan masa dengan sebaiknya. Seorang pemimpin juga perlu ada

sifat tanggungjawab untuk mempertingkatkan atau memperbaiki kekurangan yang ada dalam

kumpulan tersebut, agar ahli lain dapat membuat hasil kerja yang lebih baik dengan kepuasan

yang maksimum (Feigenbaum, 3007, p39). Seorang pemimpin bertanggungjawab di atas

segala pembentukan yang dibuat dalam sesebuah organisasi dan tidak akan menyalahkan atau

menuding jari pada orang lain sebarang masalah yang berlaku tetapi bersama-sama

bekerjasama dan bertanggungjawab mencari penyelesaian, cara atau kaedah yang sesuai

untuk menyelesaikan masalah tersebut. Malah, dengan perbincangan bersama akan

memperoleh idea yang bernas dan pelbagai cara dapat disimpulkan dalam satu kerangka.

Walau bagaimanapun, tugas sebagai pemimpin bukan sahaja bertanggungjawab

terhadap organisasi, malah tugasnya juga adalah penasihat serta mempelajari sesuatu yang

baru dari rakan yang lain. Menurut Deming (1986, p248) menyatakan pemimpin “instead of

being a judge, will be a colleague, counseling and leading his people on a day to day basis,

learning from them and with them.” Ini membuktikan betapa rapatnya hubungan antara

seorang pemimpin dan rakan seperjuangan di bawahnya, bukan sahaja menjadi ketua kepada

mereka sahaja, tetapi seorang rakan yang sentiasa mendengar segala permasalahan rakannya

dan sama-sama mencari jalan penyelesaiannya. Penyataan di atas menunjukkan betapa

pentingnya kemahiran komunikasi dalam sesebuah organisasi atau kumpulan di mana tugas

pemimpin tidak terhad kepada memberi arahan sahaja, malah memberi nasihat dan

mendengar permasalahan yang dihadapi mereka dengar menutur kata yang memberikan

semangat kepada mereka.

Selain itu, kemahiran berkomunikasi juga memerlukan ilmu pengetahuan yang meluas

dalam setiap bidang yang diceburi. Dengan ilmu pengetahuan yang luas, masyarakat akan

memandang tinggi dan mempercayai setiap hujah yang diperkatakan. Ini lebih meningkatkan

kepercayaan masyarakat tersebut terhadap pemimpin. Contohnya, sebagai seorang perdana

(12)

menteri, ilmu pengetahuan mereka bukan hanya tertumpu kepada sesuatu bidang tetapi

menyeluruh. Ini disebabkan oleh masyarakat menjadikannya sebagai model yang boleh

diikuti jejak langkahnya.

Justeru itu, pihak universiti di seluruh Malaysia haruslah mengadakan

program-program yang dapat menjana dan memantapkan lagi kepimpinan dalam diri pelajar. Malah ia

juga menguntungkan dan membanggakan pihak universiti kelak apabila pelajar sudah

bergraduat dengan menjadi seorang yang berjaya serta menyumbangkan tenaga kerja

terhadap negara dan meningkat pembangunan negara. Namun begitu, para pelajar lebih

memilih untuk bekerja di negara luar apabila ditawarkan gaji yang lebih tinggi berbanding

negara Malaysia. Sejurus itu, pihak kerajaan harus mencari inisiatif yang lain agar mereka

kekal bekerja di negara ini.

Kemahiran Pengurusan

Di antara aspek lain untuk mengukur tahap kualiti kepimpinan adalah kemahiran pengurusan

yang perlu ada dalam setiap individu. Bagi mengukur sejauh mana pelajar itu mempunyai

kemahiran mengurus dalam kualiti kepimpinan, telah diajukan 10 soalan yang berkaitan

dengan topik ini. Antaranya tanggungjawab terhadap kerja, pengurusan masa, perancangan

projek, pengorganisasian kerja, kompeten dalam kerja dan kekerapan menggunakan agensi

untuk sesuatu yang diperlukan. Selain itu, pelajar juga diajukan tentang kualiti kepimpinan

yang positif, penyediaan program dan penyelesaian masalah. Walaupun jumlah min untuk

kemahiran pengurusan adalah rendah berbanding 2 aspek yang lain, ia masih dalam

lingkungan skop yang tinggi. Ini membuktikan para pelajar IPT mempunyai daya kemahiran

mengurus yang tinggi dalam sesuatu perkara yang dilakukan seperti mengurus program,

menyelesaikan masalah dan pelbagai lagi aktiviti yang disertai oleh para pelajar ketika di

universiti.

Dalam mengukur tahap pengurusan, kekuatan emosi juga diambil kira bagi mengukur tahap

kualiti kepimpinan seseorang. Seorang pemimpin perlu mengawal kestabilan emosinya pada

setiap keadaan. Apabila seseorang individu tidak dapat mengawal emosinya, ia memerlukan

individu yang lain untuk menenangkan hati dan jiwanya dengan mendengar dan memberikan

pandangan atau nasihat agar dapat mengurangkan ketidakstabilan emosi. Terutama bagi

seorang pemimpin yang memikul pelbagai tanggungjawab yang besar dan program yang

perlu dijalankan memerlukan tahap kestabilan emosi yang tinggi agar tidak membuat setiap

keputusan dengan melulu tanpa berfikir, disebabkan itu mereka memerlukan pembantu untuk

mengatur segala jadual serta aktiviti supaya tidak menjejaskan aktiviti tersebut. Justeru itu,

para pelajar harus memahami dan mengetahui kaedah untuk mengawal serta mengurus

ketidakstabilan emosi pada sesuatu tahap dan keadaan, lebih-lebih lagi ketika kerja yang

banyak serta pelbagai masalah yang timbul. Selain daripada itu, para pelajar juga harus

bersemangat dan sentiasa bermotivasi untuk menghadapi dan menyelesaikan sesuatu masalah

serta sentiasa bersedia untuk menyelesaikan sebarang masalah yang mendatang pada masa

sekarang atau masa hadapan

KESIMPULAN

Jumlah pelajar di IPT semakin meningkat dari tahun ke tahun menyebabkan banyak dasar

pendidikan yang perlu digubal oleh kerajaan. Ini kerana tahap pembelajaran di sekolah

rendah dan menengah telah setaraf dengan pembelajaran di IPT menyebabkan berlakunya

pengulangan subjek. Pihak Universiti perlu berkolaborasi dalam memberikan dan

menghasilkan idea yang baru agar pembelajaran di universiti lebih menarik dan

berpengetahuan tinggi. Golongan mahasiswa di Malaysia bukan sahaja penerima manfaat

(13)

daripada pembangunan negara, malahan penyumbang kepada pembangunan negara.

Mahasiswa juga dilihat sebagai pemimpin kepada generasi di masa hadapan. Hakikatnya

mahasiswa merupakan pemimpin golongan generasi yang akan meneruskan perjuangan

pemimpin yang sedia ada. Oleh yang demikian, bakal mahasiswa dan mahasiswa semasa

mestilah menguasai kemahiran dan pengetahuan terhadap aspek kualiti kepimpinan

RUJUKAN

Cohen, L. & Manion, L. 1984. Research Methods in Education. London: Groom Helm

Creswell, J.W. 2005. Educational Research: Planning, Conducting and Evaluating Quantitative and Qualitative Research Ed. Ke-2. Upper Saddle River, NJ : Pearson Education Inc./Merril Prentice Hall.

Dibella, A. (2007), ―Critical perceptions of organisational change‖,Journal of Change Management, Vol. 7 No. 3, pp. 231-42.

Frick, Don M. (2004). Terre Haute‘s Original Servant Leader: Robert K. Greenleaf (1904-1990). Retrieved November 22, 2005, from http://library.indstate.edu/servlead/greenleaf.html. Fleming, P. and Spicer, A. (2003), ―Working at a cynical distance: implications for power,

subjectivity and resistance‖, Organization, Vol. 10 No. 1, pp. 157-79.

Ford, J.D., Ford, L.W. and D‘Amelio, A. (2008), ―Resistance to change: the rest of the story‖, Academy of Management Review , Vol. 33 No. 2, pp. 362-77.

Ford, J.F. and Ford, L.W. (2010), ―Stop blaming resistance to change and start using it‖, Organizational Dynamics, Vol. 39 No. 1, pp. 24-36.

Horner, M (1997) Leadership theory: past, present and future, Team Performance Management, Vol.3, No. 4, pp 270-287.

Irmohizam Ibrahim, 2015. Anak Muda Gelombang Peremajaan. Kuala Lumpur. Nusa Centre.

Jacoby, William G. 2006. ―Value Choices and American Public Opinion.‖ American Journal of Political Science 50(3): 706-723.

Kouzes, J.M and Posner, B.Z. (2002) The Leadership ChallengeLeadership Excellence, Sep 26th 2006, Press Release.

Mauro, J.A and Mauro, N.J (1999) ―The deming leadership method: a behavioral and technical approach, Cross cultural management: an international journal, Vol. 6, No.4, pp 37-44 Winder, R. E and Draeger, J. (2006)―Resilient leadership: integrating stability and agility in the five

dimension leadership model,‖ ASQ World Conference on Quality and Improvement, May 2nd, pp1-1

Referensi

Dokumen terkait

Hal tersebut karena realisasi bahan baku yang disediakan PG Madukismo seringkali belum memenuhi target yang ditentukan oleh perusahaan.Oleh karena itu,penelitian ini

Selain itu, kesan yang dialami oleh sukarelawan juga boleh mendorong kepada ketidaksediaan sukarelawan semasa proses pengurusan bantuan bencana.. Kesediaan pula merupakan

Selain beberapa semester progamme yang telah disebutkan sebelumnya, ACICIS juga menawarkan practicum programs terhadap para peserta ACICIS, program praktikum bersama

1) Dengan adanya web ini, SMP Muhammadiyah 1 Pundong tidak perlu mengeluarkan dana yang cukup besar untuk mencetak brosur-brosur atau membuat pamflet yang

reduksinya moral terhadap implementasi nilai karakter bangsa di sekolah, antara lain: memperkuat penerapan agama di sekolah dan di masyarakat, memperkuat pelaksanaan

[r]

Dan dari makna kufr muncul civil society karakter keterbukaan pada Negara, terbuka dengan pendapat yang berbeda, kebebasan dalam bermasyarakat, saling menghargai,

Dengan adanya pembahasan yang telah dipaparkan, dalam penelitian ini akan dikaji mengenai tindak pidana yang terdapat dalam salah satu pasal Undang-undang Perlindungan