• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penerapan dan kesedaran kemahiran kepimpinan menerusi kokurikulum silat dalam kalangan pelajar UTHM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Penerapan dan kesedaran kemahiran kepimpinan menerusi kokurikulum silat dalam kalangan pelajar UTHM"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

Prosiding Persidangan Kebangsaan Pembangunan Holistik Pelajar (NAHSDEC) 2014

Penerapan dan Kesedaran Kemahiran Kepimpinan Menerusi

Kokurikulum Silat dalam Kalangan Pelajar UTHM

Ahmad bin Esa Kamarudin bin Khalid Sarebah binti Warman

Pusat Kokurikulurn

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Email: ahmad@uthm.edu.my

Aida Ilyani Binti Ali

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussien Onn Malaysia ABSTRAK

Kemahiran kepimpinan merupakan elemen penting dalam sesebuah organisasi terutama bagi mencapai matlamat organisasi itu. Namun begitu, pembentukan jati diri berlandaskan budaya bangsa kurang diberi perhatian oleh pelajar dalam membangun kemahiran kepimpinan mereka. Kajian yang dijalankan adalah untuk mengenal pasti wujudnya pembangunan kemahiran insaniah khususnya kemahiran kepimpinan dalam kalangan pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menerusi kegiatan kokurikulum Silat Seni Gayung Malaysia Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (PSSGMUTHM). Seramai 15 orang pelajar dan seorang jurulatih PSSGMUTHM terlibat dalam kajian ini. Kajian ini merupakan kajian kes dengan mengaplikasikan kaedah analisis data secara triangulasi berasaskan Model Teori Pembangunan Chickering. Data kajian diperolehi daripada analisis dokumen PSSGMUTHM, pemerhatian, temu bual dan borang soal selidik. Dapatan diperolehi daripada borang soal selidik dianalisis dengan menggunakan perisian komputer Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) Versi 19.0 untuk mendapat nilai frekuensi, peratus dan juga skor min. Dapatan kajian mendapati pelajar yang menyertai PSSGMUTHM telah diterapkan dengan kemahiran kepimpinan seterusnya sedar dan menguasai kemahiran ini. PSSGMUTHM disyorkan agar dapat mempelbagaikan lagi aktiviti dan program dalam persatuan seperti mengadakan program pengantarabangsaan.

Kata kunci: kemahiran kepimpinan, silat, pelajar, jati diri PENGENALAN

Kebolehan dari segi kepimpinan merupakan salah satu aspek penting dalam pembentukan masyarakat yang bersatu padu. Oleh yang dernikian, kepemimpinan yang cemerlang juga merupakan wadah bagi menguatkan perpaduan antara kaum, mengelakkan konflik dan memangkin rakyat sesebuah negara itu bergerak mencapai matlamat yang sama di samping mampu mempengaruhi mereka untuk menjadi warga yang baik (Mohd. Dom, 2011 dan Ahmad, Ghazali & Hassan, 201 1). Pemimpin negara hams memandang serius dalam isu menghasilkan pelajar yang mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi dengan dalam memacu pembangunan negara (Supaat, 20 12). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-20 10 juga menggariskan pembentukan jati diri yang h a t perlu dititik beratkan dalam melahirkan individu yang berkarisma mengikut acuan Malaysia seiring dengan kebolehan memimpin mereka (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006).

Kajian oleh Lussier & Achua (2007) dan Wictor & Andersson (2012) menyatakan bahawa sebuah negara itu dilihat berjaya, berdaya maju dan disegani adalah disebabkan oleh pemimpinnya yang mempunyai kemahiran kepimpinan yang tinggi. Menurut Robinson (2009), seorang pemimpin yang baik boleh mempengaruhi pasukannya untuk menyertai

(2)

Prosiding Persidangan Kebangsaan Pembangunan Holistik Pelajar (NAHSDEC) 2014

aktiviti yang dilakukan dan mampu berinteraksi dengan baik kepada ahli pasukannya bagi menimbulkan perasaan hormat, timbang rasa dan semangat kerjasama dalam kalangan ahli.

Fan (20 10) mendapati bahawa seni bela diri dapat membentuk kemahiran kepimpinan pelajar yang akhirnya boleh diaplikasikan dalam pekerjaan dan juga dalam hubungan dengan masyarakat. Ini dikukuhkan lagi apabila Menteri Pelajaran Malaysia menyatakan dengan jelas bahawa pertubuhan seni silat dapat mendidik seseorang individu itu mempunyai semangat kepimpinan (Bernama, 2010). Lee-Barron (201 1) juga berpendapat seni bela diri termasuklah silat bukan sahaja dapat meningkatkan tahap kecergasan pelajar tetapi juga dapat membentuk kemahiran interpersonal pelajar yang merangkumi penerapan kemahiran kepimpinan.

Oleh itu, pembangunan kepimpinan di peringkat universiti adalah penting dalam menghasilkan graduan yang berketerampilan dan mempunyai nilai tambah jati diri sebagai memenuhi cabaran pada masa depan.

PENYATAAN MASALAH

Dalam menangani masalah kepimpinan ini, Malaysia serta kebanyakan negara Asean menstruktur semula kepimpinan di institusi pendidikan mereka dalam menempuh persaingan di peringkat global (Chang, Ahmad, Ibrahim, & Kho, 2012). Walau bagaimanapun, masih terdapat ramai bekas pemimpin pelajar yang aktif dalam kokurikulum serta menyumbang kepada universiti dan pelajar lain, tetapi tidak mendapat pekerjaan sesuai selepas menamatkan pengajian (Bernama, 20 10).

Icepincangan kemahiran kepimpinan dalam kalangan pelajar dilihat sangat signifikan berdasarkan dapatan Tahir & Othman (20 11) yang mendapati masih wujud isu kepimpinan di universiti yang melibatkan masalah disiplin pelajar dan mencadangkan penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Sungguhpun begitu, ha1 ini sukar dilaksanakan berdasarkan dapatan Ismail, Anwar, Ahmad & Selamat (20 10) iaitu ramai

pelajar beranggapan kegiatan kokurikulum tidak penting dan banyak membuang masa kerana ianya tidak dinilai sebagaimana kegiatan yang melibatkan akademik. Ahrnad Faisal, Amat & Mohd Ishak, (20 10) dalam kajiannya mendapati kebanyakan pelajar masih tidak sedar akan kewujudannya kesan daripada penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum di universiti.

Oleh itu, penyertaan dalam kokwikulum silat dilihat dapat memberi nilai tambah kepada baltal graduan dari segi pengetahuan, peningkatan diri dan kemahiran diri (Binder, 2007). Wahab (201 1) menjelaskan bahawa silat mampu membina ketahanan dalaman, jati diri, disiplin serta sahsiah pelajar. Namun, terdapat segelintir masyarakat yang masih memandang serong pada persatuan silat kerana merasakan wujudnya unsur negatif dalam teknik pembelajaran silat (Sinar Harian, 2010). Hal ini disokong oleh Binder (2007) yang menjelaskan dalam kajiannya bahawa silat menyebabkan pergaduhan, perilaku agresif dan masalah sosial yang sering menjadi perhatian media massa. Namun begitu, Champ (2004) berpendapat bahawa pembelajaran silat gayung mampu diadaptasi dalam pelbagai bentuk situasi.

Daripada keterangan kajian-kajian di atas, pengkaji merasakan perlunya kajian dibuat bagi mengenalpasti sama ada terdapat penerapan dan kesedaran pelajar terhadap elemen kemahiran kepimpinan dalam kokurikulum PSSGMUTHM. Kajian ini dilihat sangat signifkan untuk dilakukan dalam kalangan pelajar UTHM kerana kurangnya penyertaan pelajar secara aktif dalam membangun kemahiran kepimpinan pelajar. h i juga dijelaskan oleh Ghanie (2005) dalam temu bualnya dengan jumlatih utama PSSGMUTHM merangkap Pemegang Amanah Gayung Negeri Johor yang menyatakan bahawa silat seni gayung bukan sahaja mengajar ahlinya untuk bersilat malahan dapat melahirkan generasi yang sempuma sahsiah, jati diri dan nilai mulia dalam hidup disamping menghargai negara.

(3)

Prosiding Persidangan Kebangsaan Pembangunan Holistik Pelajar (NAHSDEC) 2014

Objektif kajian adalah seperti berikut:

1. Mengenal pasti persepsi pelajar mengenai penerapan kemahiran kepimpinan dalam

diri mereka menerusi aktiviti kokurikulum Silat Gayung di UTHM.

ii. Mengenal pasti tahap kesedaran pelajar terhadap wujudnya kemahiran kepimpinan dalam aktiviti kokurikulum Silat Gayung di UTHM.

METODOLOGI

Reka bentuk penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian kes deskriptif. Penyelidik telah memilih lokasi kajian berdasarkan kepentingan terhadap pendidikan teknik dan vokasional. Disebabkan UTHM merupakan universiti yang menawarkan kursus tenik dan vokasional serta aktiviti kokurikulum Silat Seni Gayung Malaysia dijalankan dengan aktif, penyelidik telah memilih UTHM sebagai lokasi kajian. Dalam kajian ini, sampel kajian adalah pelajar yang menyertai kokurikulum Persatuan Silat Seni Gayung Malaysia UTHM. Ahli PSSGMUTHM yang aktif adalah terdiri daripada 15 orang pelajar, seorang pensyarah penasihat dan seorang jurulatih silat dari luar. Oleh kerana saiz sampel bagi kajian ini kecil, maka sampel kajian dalam kajian ini ialah semua individu yang terlibat secara aktif dalam aktiviti PSSGMUTHM. Penyelidlk menggunakan kaedah trianggulasi data dalam kajian ini. Data kajian diperolehi dari analisis dokumen, pemerhatian, temu bual dan soal selidik. Kaedah triangulasi digunakan bagi meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan hasil kajian yang dibuat. Analisis dokumen dilakukan sepanjang kajian dijalankan dengan iaitu mulai bulan Disember 2012 hingga Mei 2013. Penyelidik telah membuat lima kali pemerhatian terhadap aktiviti dan program yang dijalankan oleh PSSGMUTHM selama satu jam bagi setiap aktiviti. Temu bual pula dilakukan kepada seorang pelajar yang menyertai PSSGMUTHM, seorang rakan karib pelajar tersebut dan seorang jurulatih PSSGMUTHM. Soal selidik pula telah dilakukan kepada ahli PSSGMUTHM yang menghadiri latihan berkala secara aktif.

Kumar (2004) menjelaskan bahawa instrumen kajian adalah komponen yang sangat penting dalam menjalankan sesuatu kajian bagi mendapatkan data yang bererti (Goddard & Melville, 2006 dan Iskandar, 2008). Instrumen yang digunakan dalam kajian kes ialah borang analisis dokumen, set soal selidik, skrip temu bual dan borang pemerhatian. Ringkasan metodologi kajian dijelaskan dalam Rajah 1.

DAPATAN KAJIAN

Persepsi pelajar mengenai penerapan kemahiran kepimpinan dalam diri mereka menerusi aktiviti kokurikulum Silat Gayung di UTHM

Kaedah pertama dalam menganalisis data bagi persepsi pelajar dalam penerapan kemahiran kepimpinan menerusi PSSGMUTHM ialah dengan menganalisis dokumen berkaitan PSSGMUTHM. Punca dokumen yang dianalisis ialah daripada profil persatuan, kertas kerja, gambar dan video berkaitan PSSGMUTHM yang diperolehi dari fail persatuan di Pusat Kokurikulum UTHM dan AJIC persatuan. Penyelidik mendapati wujudnya unsur penerapan bagi setiap elemen kemahiran kepimpinan daripada data yang dianalisis. Penerapan elemen kepimpinan jelas dibuktikan apabila kesemua perkara dalam dokumen yang dikaji mempunyai keempat-empat elemen kemahiran kepimpinan. Salinan asal profil dan kertas kerja PSSGMUTHM. Selain dari dokumen tersebut, dokumen lain seperti gambar dan video sesi latihan PSSGMUTHM yang lepas juga dianalisis .Berdasarkan Penerapan elemen pengetahuan tentang teori asas kepimpinan oleh jurulatih dikenalpasti dari gambar dan video apabila ahli mengikut arahan dengan baik.

Bagi dapatan pemerhatian pula penyelidik mendapati kemahiran kepimpinan sangat diterapkan bagi elemen pengetahuan tentang teori asas kepimpinan, kebolehan untuk

(4)

Prosiding Persidangan Kebangsaan Pernbangunan Holistik Pelajar [NAHSDEC) 2014

memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua pasukan dan anggota pasukan dan kebolehan untuk menyelia anggota pasukan. Walaupun begitu, berdasarkan pemerhatian yang dijalankan penyelidik mendapati elemen kemahiran kepimpinan bagi kebolehan untuk memimpin projek adalah sangat sedikit diterapkan dalam aktiviti yang dijalankan PSSGMUTHM dari segi menyatakan objektif program. Jurulatih tidak menyatakan dengan jelas matlamat sesuatu aktiviti tang dijalankan terutamanya semasa latihan berkala. Walau bagaimanapun, penerapan kemahiran kepimpinan bagi elemen yang lain ada diterapkan semasa latihan berkala. Penerapan kemahiran kepimpinan juga tidak dilihat semasa aktiviti mesyuarat kerana mesyuarat hanya dlhadiri oleh pelajar. Sungguhpun begitu, penyelidik juga mendapati kesemua elemen kemahiran kepimpinan telah diterapkan semasa program Kursus Kejurulatihan Silat di UTM. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa penerapan kemahiran kepimpinan kepada pelajar berdasarkan pemerhatian penyelidik menerusi PSSGMUTHM adalah sangat tinggi.

Bagi mengukuhkan hasil kajian, penyelidik telah membuat temu bual separa berstruktur kepada seorang pelajar (responden pertama), seorang jwulatih (responden kedua) dan rakan sebilik pelajar (responden ketiga). Temu bual responden pertama dan ketiga dilakukan di perpustakaan UTHM manakala temu bual responden ltedua dilakukan di UTM. Sebelum temu bual dilakukan, penyelidik telah membuat temu janji dengan kesemua responden ltajian bagi temu bual. Temu bual yang dilakukan oleh penyelidlk adalah berdasarkan skrip temu bual yang telah dibina sebelum temu bual dijalankan. Daripada hasil temu bual, responden pertama mengatakan bahawa jurulatih ada menerapkan kemahiran kepimpinan melalui aktiviti persatuan. Bagi responden kedua pula, penerapan kemahiran kepimpinan memang menjadi agenda utama seperti yang dinyatakan dengan jelas dalam asas penubuhan silat gayung itu sendiri. Responden ketiga menjelaskan bahawa sikap kepimpinan yang dipunyai oleh responden pertama mungkin disebabkan oleh PSSGMUTHM yang disertainya. Berikut adalah antara kenyataan mereka :

"Ada diterapkan contohnya apabila mengorganisasikan sesuatu program, kita menjadi lebih mahir dalam tutu cara kerja program serta bagaimana nak melaksanakan program dengan lebilz baik. .. " (R1, Q5).

"Kemahiran ini sangat diterapkan. anda boleh lihat sendiri dalam sejarah penubuhan Silat Gayung, semua ada. Silat memerlukan disiplin diri yang tinggi yang perlu ada dalam seseorang pemimpin.. . " (R2, Q4).

"

...

mungkin silat juga membentuk sikap kepimpinan dia ... "(R3,Q6).

Hasil analisis temu bual yang dijalankan oleh penyelidik mendapati kesemua elemen kemahiran kepimpinan ada diterapkan dalam PSSGWTHM.

Analisis data ini juga disokong oleh soal selidik yang dilakukan penyelidik terhadap penerapan kemahiran kepimpinan dalam PSSGMUTHM. Daripada analisis soal selidik tersebut didapati kebanyakan responden berpendapat penerapan kemahiran kepimpinan dalam semua aktiviti PSSGMUTHM adalah tinggi. Ini dibuktikan dengan dapatan skor min keseluruhan item bagi elemen penerapan kemahiran kepimpinan iaitu 4.17. Item yang mendapat min tertinggi ialah item B 13 dan B15 iaitu 4.33 yang menunjukkan jurulatih sangat menerapkan sikap toleransi dan jujur dalam melaksanakan tugasan, manakala min yang terendah ialah item B9 iaitu penerapan dari segi penyumbangan idea dalam memajukan pasukan. Ini menunjukkan bahawa jurulatih sangat menerapkan elemen kepimpinan dalam aktiviti PSSGMUTHM.

Secara keselwuhannya, analisis data dari setiap instrumen yang digunakan mendapati pelajar diterapkan dengan elemen kemahiran kepimpinan dalam kokurikulum PSSGUTHM.

ii. Tahap kesedaran pelajar terhadap wujudnya kemahiran kepimpinan dalam aktiviti kokurikulum Silat Gayung di UTHM

(5)

Prosiding Persidangan Kebangsaan Pembangunan Holistik Pelajar (NAHSDEC) 2014

I<aedah pertama dalam menganalisis data bagi tahap kesedaran pelajar terhadap wujudnya kemahiran kepimpinan dalam PSSGMUTHM ialah dengan membuat temu bual separa berstruktur. Penyelidik menggunakan temu bual yang sama dalam mendapatkan data mengenai penerapan kemahiran kepimpinan kepada pelajar iaitu responden yang terlibat adalah responden yang sama. Daripada hasil temu bual, responden pertama mengatakan bahawa beliau sedar berlakunya kemahiran kepimpinan melalui aktiviti persatuan. Responden kedua pula menjelaskan elemen kemahiran kepimpinan dalam persatuan merupakan perkara yang disedari oleh pelajar silat kerana aspek kesedaran wujud semasa mereka belajar sejarah persilatan itu sendiri. Responden ketiga menyatakan bahawa responden pertama mungkin menyedari adanya elemen kepimpinan dalam silat kerana beliau dapat menjalankan tugasan yang diberikan dengan baik serta boleh mernimpin dengan baik. Berikut adalah kenyataan mereka :

"Ya ... Cikgu(Juru1atih) pun ada ajar tentang sikap hormat, adap dalam silat. Ini dapat meningkatkan penguasaan kemahiran kepimpinan pelajar.. . "(RI, Q9).

"Pesilat dapat sedar konsep kepimpinan jika mereka kaji sejarah silat dengan lebih mendalam, saya raya mereka jelas perkara ni ... " (R2, Q5).

"Ada, dia sangat positif dalam melaksanakan tugas. Dia juga seorang yang sangat yakin dalam mengendalikan sesuatu projek..

.

" (R3, Q6).

Hasil analisis temu bual yang dijalankan oleh penyelidik mendapati kesemua elemen kemahiran kepimpinan disedari oleh pelajar yang menyertai PSSGMUTHM.

Analisis data bagi kaedah temu bual disokong oleh dapatan soal selidik yang dilakukan penyelidik iaitu tahap kesedaran responden terhadap elemen kemahiran kepimpinan dalam semua aktiviti PSSGMUTHM adalah tinggi. Ini dibuktikan dengan dapatan skor min keseluruhan item kesedaran pelajar terhadap kemahiran kepimpinan iaitu 4.07. Item yang mendapat min tertinggi ialah item C17 dan C20 iaitu 4.27 yang menunjukkan pelajar sangat menyedari bahawa mereka menghargai ahli persatuan yang menjalankan tugas dengan baik dan mereka memberi komitmen kepada tugasan yang diberikan, manakala min yang terendah ialah item C19 iaitu kesedaran dari segi sumbangan idea dalam memajukan pasukan. Ini menunjukkan bahawa pelajar kurang sedar bahawa menyumbangkan idea dalam pasukan menerusi aktiviti PSSGMUTHM membantu mereka meningkatkan kemahiran kepimpinan. Secara keseluruhannya, analisis data dari setiap instrumen yang digunakan mendapati pelajar menyedari adanya elemen kemahiran kepimpinan dalam kokurikulum PSSGUTHM.

PERBINCANGAN

i. Penerapan kemahiran kepimpinan kepada pelajar dalam PSSGMUTHM

Hasil analisis berdasarkan dapatan kajian mendapati penerapan elemen kemahiran kepimpinan iaitu pengetahuan tentang teori asas kepimpinan wujud dalam dokumen PSSGMUTHM, senarai semak pemerhatian, transkrip temu bual serta analisis soal selidik. Oleh itu, penyelidik mendapati penerapan elemen ini dalam kajian yang dilakukan adalah tinggi. Dapatan kajian ini disokong oleh Amirianzadeh, Jaafari, Ghourchian, & Jowkar (2010) yang menyatakan aspek kepimpinan perlu diterapkan dalam aktiviti kokurikulum bagi melahirkan lebih ramai pemimpin yang berwibawa. Berikutan itu, penerapan pengetahuan tentang teori asas kepimpinan dalam pembentukan individu yang mampu mengikut arahan ketua adalah perlu bagi memastikan kelancaran dalam aktiviti persatuan seni bela diri (Hamilton, 2010). Dapatan kajian ini juga adalah selari dengan dapatan Burke & Collin (2005) dan kenyataan dari Kementerian Pengajian Tinggi (2006) iaitu teori asas kepimpinan perlu diterapkan kepada pelajar dalam membangun kemahiran kepimpinan mereka.

(6)

Prosiding Persidangan Kebangsaan Pembangunan Holistik Pelajar (NAHSDEC) 2014

Dapatan kajian kaedah pemerhatian didapati berbeza dengan dapatan dari analisis dokumen, temu bual dan soal selidik iaitu elemen kemahiran kepimpinan yang kedua iaitu elemen kebolehan memimpin projek apabila elemen ini kurang diterapkan dalam PSSGMUTHM oleh jurulatih terutamanya dari segi menyatakan objektif program. Matlamat sesuatu aktiviti kokurikulum adalah sangat penting dalam sesebuah organisasi kokurikulum berdasarkan ltenyataan Lussier et. a1 (2007) Dalam kajian ini, jurulatih tidak menyatakan dengan jelas matlamat sesuatu aktiviti yang dijalankan khususnya semasa latihan berkala. Namun, penerapan kemahiran kepimpinan bagi elemen yang lain ada diterapkan semasa latihan berkala. Penerapan kemahiran kepimpinan juga tidak dilihat semasa aktiviti mesyuarat kerana mesyuarat hanya dihadiri oleh pelajar. Penyelidik mendapati kesemua elemen kemahiran kepimpinan telah diterapkan semasa program Kursus Kejurulatihan Silat di UTM. Dapatan kajian menghampiri dapatan Mohd. Noor & Borhan (2010) iaitu penerapan kemahiran kepimpinan dari aspek kebolehan memimpin projek adalah pada tahap sederhana. Walau bagaimanapun, dapatan kajian tidak selari dengan dapatan kajian yang dibuat oleh Thompson (2012) yang menyatakan pelajar diterapkan dengan elemen teori asas kepimpinan semasa menjalankan aktiviti kokurikulum.

Dapatan kajian juga mendapati penerapan kemahiran kepimpinan dalam menyumbangkan idea kepada pasukan kurang dilakukan oleh jurulatih. Pendedahan kepada konsep menyumbangkan idea dalam memajukan pasukan dalam aktiviti kokurikulum adalah sangat perlu diterapkan bagi meningkatkan tahap keyakinan diri pelajar berdasarkan dapatan kajian Abd. Razzaq, Yunos, Hashim & Sawah(2010). Abdul Sitra et al. (2005) berpendapat pelajar perlu diterapkan dengan kebolehan menyampaikan pendapat menerusi aktiviti kokurikum bagi membina insan yang seimbang dari aspek fizikal dan mental. Kajian oleh Hsu (2012) mendapati dengan mendedahkan pelajar kepada kemahiran kepimpinan dalam aktiviti kokurikulum yang disertainya, kreativiti pelajar dalam menterjemahkan idea mereka dapat dipertingkatkan.

Seterusnya, penerapan elemen kemahiran kepimpinan dari sudut kebolehan untuk memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua pasukan dan anggota pasukan pula didapati ada diterapkan dalam setiap data yang dianalisis oleh penyelidik. Dapatan kajian dijelaskan oleh Robinson (2009) yang merumuskan aspek kerjasama pelajar dalam pasukan menerusi aktiviti kokurikulum akan memupuk sikap toleransi dan hormat-menghormati. Dapatan ini juga disokong oleh Wictor et. al., (2012) yang menegaskan komunikasi yang baik dalam memahami dan mengambil peranan anggota lain perlu diterapkan oleh pengajar supaya sesebuah aktiviti kokurilulum itu dapat mencapai visinya. Thompson (2012) mengukuhkan kenyataan ini dengan merumuskan bahawa pelajar yang baik boleh boleh dibentuk dengan memberi mereka ruang untuk memahami pelajar lain dalam pasukannya sebelum diberi peluang memimpin aktiviti kokurikulum yang disertainya.

Penemuan kajian juga mendapati berlaku penerapan elemen kebolehan menyelia anggota pasukan dalam PSSGMUTHM. Menurut Burke et al. (2005), penerapan kemahiran kepimpinan dalam aktiviti kokurikulum dapat dilaksanakan dengan menggalakkan pelajar menyertai aktiviti yang dirancang. Bertepatan dengan dapatan kajian, ha1 ini mampu memberi peluang kepada pelajar belajar melalui pengalaman sendiri. Penerapan elemen kebolehan menyelia anggota pasukan dalam PSSGMUTHM juga adalah sejajar dengan kenyataan Fincher et. al. (2007) bahawa kemahiran kepimpinan dapat dipelajari menerusi pengalaman dalam kokurikulum. Selain itu, penerapan kemahiran menyelia anggota pasukan juga didasari dengan sikap pemimpin di dalam persatuan tersebut. Daripada kajian ini, penyelidik mendapati jurulatih ada menerapkan elemen nilai murni semasa latihan berlangsung. Menurut Robinson (2009) aspek ini mampu menjadikan seorang pelajar itu disenangi dan dihormati dalam pasukan kokurikulum mereka.

Secara keseluruhannya, penyelidik mendapati elemen kemahiran kepimpinan sememangnya dapat diterapkan melalui aktiviti kokurikulum PSSGWTHM. Disamping itu, terdapat juga elemen kemahiran insaniah lain yang dapat diterapkan iaitu kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi interpersonal dan kemahiran kerja berpasukan dalam melahirkan seorang pemimpin yang berkaliber dan berkualiti. Hal ini membuktikan bahawa kajian yang dijalankan ini sangat signifikan terhadap pelajar bagi

(7)

Prosiding Persidangan Kebangsaan Pembangunan Holistik Pelajar (NAHSDEC) 2014

membantu pelajar menempuhi alam cabaran pada masa depan. Selain ifu, kajian ini turut signifikan terhadap jurulatih bagi membolehkan jurulatih menyampaikan matlamat dengan jelas semasa latihan berkala dilakultan agar dapat menerapkan kemahiran kepimpinan dengan lebih baik. Keadaan ini juga amat signifikan terhadap teori pembangunan pelajar yang digunakan dalam kajian ini. Hal ini kerana penyelidik dapat menilai wujud atau tidak penerapan kemahiran kepimpinan dalam aktiviti kokurikulum PSSGMUTHM.

Oleh itu, penyelidik merumuskan bahawa penglibatan pelajar secara langsung dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan oleh PSSGMUTHM menepati hasrat pihak KPT untuk melahirkan modal insan yang berdaya saing diperingkat global. Selain itu juga, penyelidik mendapati bahawa aktiviti kokurikulum yang dijalankan oleh PSSGMUTHM mampu menerapkan kemahiran insaniah khususnya kemahiran kepimpinan dalarn kalangan pelajar IPT di Malaysia dengan jayanya. Usaha ini seiring dengan misi dan visi negara ke arah pembangunan pelajar berkepimpinan dalarn era globalisasi masa kini agar setanding dengan luar negara.

ii. Kesedaran pelajar terhadap kemahiran kepimpinan dalam PSSGMUTHM

Hasil analisis berdasarkan dapatan kajian mendapati kesedaran pelajar terhadap elemen kemahiran kepimpinan iaitu pengetahuan tentang teori asas kepirnpinan mempunyai hubungan yang signifikan dengan analisis transkrip temu bual serta analisis soal selidik. Dapatan kajian ini bertepatan dengan dapatan kajian oleh Ibrahim, Mastor, Mohd Salleh & Sulaiman (20 10) yang menyatakan bahawa aktiviti kokurlkulum memberi kesedaran kepada pelajar dalam meningkatkan kebolehan mereka mencapai matlamat pasukan. Supaat (2012) pula menyatakan kurangnya kesedaran mengenai asas kepimpinan dalam kokurikulum boleh menyebabkan kesukaran pelajar dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Narnun, dapatan kajian ini didapati berbeza dengan dapatan oleh Mohd. Noor et. a1 (2010) iaitu pelajar kurang sedar mengenai pengetahuan tentang teori asas kepimpinan kerana rnereka lebih selesa menjadi pengikut berbanding ketua dalam aktiviti kokurikulum yang disertai oleh mereka.

Seterusnya, analisis dapatan kesedaran pelajar terhadap elemen kemahiran kepimpinan yang kedua iaitu kebolehan memimpin projek dalam PSSGMUTHM juga disedari oleh pelajar yang menyertai PSSGMUTHM. Dapatan ini adalah selaras kajian yang dibuat oleh Shuriye (201 1) yang menyatakan pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum maklum bahawa mereka memperolehi nilai tambah kemahiran kepimpinan melalui aktiviti kokurikulum yang disertai oleh mereka. Selain itu, kajian ini juga selari dengan dapatan Ismail et. al. (2010) iaitu seorang pemimpin pelajar faham bahawa sikap tolak ansur dengan keadaan-keadaan tertentu perlu dalam membuat keputusan semasa memimpin sesuatu projek dalam aktiviti kokurikulum.

Dalam kajian ini, dapatan kajian mengenai kesedaran pelajar terhadap elemen kemahiran kepimpinan dari sudut kebolehan untuk memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua pasukan dan anggota pasukan juga adalah tinggi. Dapatan kajian adalah selari dengan hasil kajian yang dijalankan oleh Guimba et al. (201 1) iaitu pelajar faham bahawa aktiviti kokurikulum memberi impak positif dalam meningkatkan kebolehan sikap tanggung jawab mereka kepada suatu tugasan yang diberikan kepada mereka. Fan (2010) pula menegaskan bahawa dari aspek seni bela diri, sifat tanggung jawab itu diterjemahkan melalui sikap prihatin, kerjasama dan tanggungjawab pelajar dalam melindungi ahli kumpulan semasa sesuatu aktiviti atau program dijalankan.

Berdasarkan analisis dapatan kajian, kemahiran kepimpinan menerusi elemen kebolehan menyelia anggota pasukan dalam PSSGMUTHM juga didapati disedari oleh pelajar. Dapatan kajian ini menyemai dapatan kajian Arnirianzadeh et. al. (2010) bahawa pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum dapat mengorganisasi pasukannya dengan lebih baik berbanding pelajar yang tidak menyertainya. Selain itu, Fincher & Shalka (2009) juga mendapati aktiviti kokurikulum telah menyedarkan pelajar tentang kemahiran kepimpinan dari aspek mengawal selia rakan pelajar yang lain semasa aktiviti tersebut berlangsung. Dapatan kajian Mohd Isa (2012) juga merumuskan bahawa pelajar faham dengan memberi maklum balas kepada pemimpin dalam aktiviti kokurikulum, kemahiran kepimpinan mereka

(8)

Prosiding Persidangan Kebangsaan Pembangunan Holistik Pelajar (NAHSDEC) 2014

dapat diketengahkan. Hal ini bertepatan dengan kajian yang telah dibuat oleh Fan (2010) berkaitan seni bela diri iaitu peningkatan kesedaran dari aspek kepimpinan dikenal pasti berlaku menerusi maklurn balas dari ahli pasukan.

Secara keseluruhannya, penyelidik mendapati pelajar sememangnya menyedari elemen kemahiran kepimpinan melalui aktiviti kokurikulum PSSGMUTHM. Hal ini membuktikan bahawa kajian yang dijalankan ini sangat signifikan terhadap pelajar dalam memberi kesedaran tentang kepentingan kemahiran kepimpinan sebagai landasan untuk menjadi pemimpin yang dihormati kelak. Selain itu, kajian ini turut signifikan terhadap jurulatih bagi memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan kemahiran kepimpinan. Malahan, kajian ini amat signifikan dengan Teori Vektor Pembangunan Individu Chikering (1993) iaitu aspek kesedaran terhadap kemahiran kepimpinan dapat memotivasikan diri pelajar.

Oleh itu, berdasarkan perbincangan yang telah dikemukakan penyelidik penyelidik merumuskan bahawa pelajar PSSGMUTHM menyedari elemen-elemen kemahiran kepimpinan wujud dalam kehidupan seharian mereka. Penglibatan pelajar secara langsung dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan oleh PSSGMUTHM menunjukkan kesedaran terhadap kemahiran kepimpinan. Hal ini menepati hasrat pihak KPT untuk melahirkan pelajar IPT di Malaysia yang dilengkapi dengan kemahiran insaniah khususnya kemahiran kepimpinan secara holistik.

CADANGAN

Berikutan perbincangan dan rumusan yang dibuat, penyelidik ingin mengemukakan beberapa cadangan dan saranan kepada pihak yang berkepentingan dalam kajian ini khususnya kepada PSSGMUTHM, HEP UTHM serta para penyelidik lain terutamanya kepada individu yang membuat kajian berkaitan kemahiran kepimpinan. Cadangannya adalah seperti berikut: 1. Berdasarkan dapatan kajian, penyelidik mendapati masih terdapat kekangan bagi jurulatih untuk menerapkan kemahiran kepimpinan secara maksimum kepada pelajar yang menyertai PSGMUTHM kerana jadual pelajar yang bertindan dengan waktu latihan menyebabkan hanya pelajar yang mempunyai kelapangan sahaja dapat menghadiri latihan asas dan program yang dianjurkan oleh PSSGMUTHM. Oleh itu, penyelidik mencadangkan agar pihak PSSGMUTHM mendapatkan kebenaran daripada HEP memberi peluang kepada pelajar dalam kalangan ahli PSSGMUTHM sendiri menjadi tenaga pengajar supaya sesi latihan dan program persatuan dapat dilaksanakan dengan lebih fleksibel. Di samping membantu persatuan mengatasi masalah kehadiran pelajar, tahap penguasaan kemahiran kepimpinan pelajar juga dapat ditingkatkan ke aras maksimum kerana pelajar dapat mengembangkan potensi, meningkatkan keyakinan serta berpeluang merasai situasi kepimpinan sebenar. Hal ini perlu disertakan dengan pengawasan berkala secara minimum dari pihak penasihat PSSGMUTHM dan HEP. Selain itu, pelajar akan lebih bermotivasi untuk menghadiri setiap aktiviti persatuan kerana peluang menjadi pemimpin merupakan nilai tambah yang bermakna kepada diri pelajar.

ii. Penyelidik mencadangkan pihak PSSGMUTHM melaksanakan program pengantarabangsaan. Program pengantarabangsaan ini boleh dibuat melalui jalinan kerjasama di antara PSSGUTHM dengan institut pengajian tinggi di luar negara dalam bentuk lawatan penanda aras, pertukaran pelajar, kolaborasi aktiviti kesenian, perkongsian ilmu dan pengalaman kepimpinan. Melalui program seumpama ini, pelajar-pelajar dapat meningkatkan kemahiran kepimpinan dari aspek interaksi sosial secara global. Kejayaan program ini secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan diri pelajar di dalam memimpin dan mengkoordinasi organisasi dengan lebih baik.

iii. Bagi melaksanakan cadangan di atas, PSSGMUTHM memerlukan dana yang besar. Walaupun pihak HEP dan UTHM memberi peruntukan yang sewajarnya kepada PSSGMUTHM, pihak PSSGMUTHM menerusi HEP dan Kementerian Pendidikan dicadangkan membuat kolaborasi bersama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTOUR) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebagai satu usaha yang mampu memberi kelebihan dari aspek peruntukan kewangan kepada PSSGMUTHM untuk

(9)

Prosiding Persidangan Kebangsaan Pembangunon Holistik Pelajar (NAHSDEC) 2014

mempelbagaikan program dan aktiviti. Kerjasama bersama MOTOUR membolehkan PSSGMUTHM mendapatkan dana tambahan di bawah Program Pelancongan Sukan manaltala KBS berperanan mempromosikan silat gayung kepada pelajar dan pihak lux. Kerjasama seperti ini membolehkan PSSGMUTHM dilihat sebagai sebuah organisasi yang utuh seterusnya menarik minat lebih ramai pelajar untuk mengenali dan menyertai persatuan. Penyertaan yang tinggi di dalam organisasi ini membolehkan lebih ramai pemimpin dalam kalangan pelajar dapat dihasilkan.

iv. Akhirnya, penyelidik mencadangkan kajian lanjutan yang boleh digunakan bagi mengukuhkan lagi penyelidikan kajian ini di samping mampu mendapatkan hasil kajian yang lebih baik dan dapat dikembangkan kepada umum. Kajian lanjutan boleh dilakukan dengan memperluaskan lagi skop dan sampel kajian selain dari aspek dan elemen dalam kajian ini contohnya seperti elemen komunikasi, motivasi, dan pengumsan. Penyelidik akan datang boleh mengambil sampel kajian dari persatuan silat yang lain atau menambahkan lagi jumlah sampel kajian.

Berdasarkan cadangan yang dikemukakan, penyelidik yakin penerapan, kesedaran dan penguasaan kemahiran kepimpinan menerusi kokurikulum PSSGMUTHM dapat dipertingkatkan jika pihak yang berkepentingan dalam kajian ini iaitu PSSGMUTHM, HEP UTHM dan KPT melaksanakan cadangan yang dikemukakan.

Abd. Razzaq, A. R., Md. Yunos, J., Hashim, J. & Sawah, N. (2010). Penerapan dan Penguasaan Kemahiran Generik dalam Proses P&P bagi Program Pengurusan Hotel dan Katering di Politeknik ke Arah Keperluan Industri.. Kemahiran Insaniah : Kajian di Institusi-Institusi Pengajian.. Dlm. Esa, A. & Mustafa, M. Z.. Batu Pahat : Unversiti Tun Hussien Onn. ms. 153-182.

Abdul Sitra, A. R. & Sasidhar, B. (2005). Teachers' Perception On The Effectiveness Of Co-Curricular Activities: A Case Study Of Malaysian Schools. Unitar E- Journal ](I), ms. 32-44. Dicapai pada Mei 26,2012 dari http://mvais.fsktm.um.edu.mv. Ahmad Faisal, R., Amat, S. & Ishak, N. (2010). Kepuasan Terhadap Aktiviti Khidmat

Masyarakat dan Pembangunan Kesejahteraan Sosial dalam Kalangan Pelajar Tahun Satu di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar. 13(3), ms. 37-56. Di capai pada 30 Disember 2012 dari httv://www.ukm.rnv/~a~/.

Ahmad, J., Ghazali, M & Hassan, A. (201 1). The Relationship Between Self Concept And Response Towards Student's Academic Achievement Among Students Universiti Putra Malaysia. International Journal of Instruction 4(2),23-38. Dicapai pada Mei 26,2012 dari httv://www.e-iii.net/dosvalar.

Amirianzadeh, P. J., Jaafari, P., Ghourchian, N. & Jowkar, B. (2010). College Student Leadership Competencies Development : A Model. International Journal for Cross-Disciplinary Subjects in Education (IJCDSE), 1 (3), ms. 168-172. Dicapai pada Mei 26, 20 12 dari http://infonomics-societv.org.

Bernama (2010, Disember 30). Cari Punca Pemimpin Pelajar Gaga1 Dapat Kerja Sesuai. Harian Metro. Dicapai pada Mei 26,20 12 dari http://www.hmetro.com.mv/.

Bernama (2010, November 20). Pertubuhan Silat Harus Main Peranan Penyumbang Modal Insan. mStar. Dicapai pada Mei 26,2012 dari http://www.mstar.com.my/. Binder, B. (2007). Psycosocial Benefits of the Martial Arts : Myth or Reality?

International Ryuku Karate Research Society's Journal, 1(1), 23-28. Dicapai pada Mei 26, 2012 dari http://ftp.vwv.att.net/.

Burke, V. & Collins, D. (2005). Optimising the effects of leadership development programmes: A framework for analysing the learning and transfer of leadership skills. Management Decision. 43(7/8), ms. 975-987. Dicapai pada Mei 26, 2012 dari htt~://dx.doi.org;/lO. 1 108/0025 17405 10609974.

Champ, J. (2004). Malaysia's Martial Arts Treasure. Inside Kung Fu. ms. 46-50.

Chang, P. K., Ahmad, F., Ibrahim, F. & Kho, S. N. (2012). Correlating Graduate Marketability Dimensions with the Measurements of University-Student

(10)

Prosiding Persidangan Kebangsaan Pembangunan Holistik Pelajar (NAHSDEC) 2014

Relationship. Asian Social Science Journal. 8(6), Dicapai pada Mei 26, 2012 dari www.ccsenet.ordass.

Fan, M. (2010). Systema and Leadership One Tool to Enhance Foundational Leadership Competencies. The Engineering Leadership Review, ](I), ms. 45- 56. Dicapai pada Mei 26,2012 dari http://lot.utoronto.ca.

Fincher, J. & Shalka, T. R. (2009). Co-curricular Leadership Education : Considering Critical Questions. Journal of Leadership Education, 8(1), ms. 228-237. Dicapai pada Mei 26,2012 dari http://www.leadershipeducators.org

Ghanie, A. (2005). Tokoh : Cikgu Mat Noor Genggam Falsafah & Arnanah. Seni Beladiri Unity Through Martial Arts. ms. 4-1 1.

Goddard, W. & Melville, S. (2007) Research Methodology : An Introduction. Lansdowne : Juta & Company Ltd.

Guimba, W., Hashim, C. N., Hussien, S., Razikin, M. & Esteban, I. (201 1). Leadership Experiences of Undergraduate Muslim Student Leaders : An Exploratory Case Study. European Journal of Social Sciences, 20(1), ms. 112-122. Dicapai pada Mei 26,2012 dari http://www.eurojournals.comtEJSS.

Hamilton, M (2010). The Interaction of Transactional and Transformational Leadership, Online Journal of Education and Development 3(3), ms. 1-1 1. Dicapai pada Mei 26,2012 dari htte://o~ensiuc.lib.siu.edu/oiwed/vol3/iss3/4/

Hsu, T. C. (2011). Enhancing College Students' Global Awareness Through Campus Toastmasters Clubs. International Journal of Research Studies in Education, I(]), ms. 21-34. Dicapai pada Mei 26,2012 dari http://www.consortiac ademia.ord. Ibrahim, B., Mastor, S., Mohd. Salleh, K. M. & Sulaiman, N. L. (2010). Kemahiran

Berpasukan Menerusi Penyertaan di Dalam Kokurikulum Universiti Tun Hussien Onn. Kemahiran lnsaniah :Kajian di Institusi-Institusi Pengajian. Dlm. Esa, A. & Mustafa, M. 2.. Batu Pahat : Unversiti Tun Hussien Onn. ms. 45-72.

Iskandar, M. P. (2008). Metodologi Penelitian Pendidikan dun Sosial (Kuantitatif dun Kualitatfl. Jakarta : Gaung Persada Press.

Ismail, K., Anwar, K., Ahrnad, S. & Selamat, J. (2010). Profil Personaliti Bakal Calon Majlis Perwakilan Pelajar UKM: Suatu Perbandingan Antara Lelaki dan Wanita. Jurnal Personalia Pelajar. 13(3), ms. 37-56. Di capai pada 30 Disember 2012 dari http://www.ukm.mv/pap/.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. putrajayae: ~ementeiian ~elajaran Malaysia.

-

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2006). Modul Pembangunan Kemahiran insaniah (Soft skills) untuk Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Serdang :

Universiti Putra Malaysia.

Kumar, R. (2005). ~ e s e a r c h Methodology : A Step-By-Step Guide For Beginners. London : SAGE Publication Ltd.

Lee-Barron, J. R. (201 1). Martial Arts Training as a Method of Modifying Attitudes and Behaviors in The Clasroom. International Journal of Combat Martial Arts and Sciences ICMAUA. 11 (I), ms. 17-22. Di capai pada 1 Disember 2012 melalui http://www.icmaua.com/JoumPDFRO11ICMAUAJournal.pdf.

Lussier, R. N. & Achua, C. F. (2007). Leadership : Theory, application and skill development. 3rd. ed. New York : Southwestern Thomson.

Mohd. Dom, A. (201 1, Januari 4). Pentingnya Pemimpin dan Kepimpinan. Utusan Malaysia. Dicapai pada Mei 26,2012 dari http://www.utusm.com.mv/utusm. Mohd Isa, M. R. (2012), Cara-cara Bagi Meningkatkan Keberkesanan Kepimpinan

Organisasi. Lading Emas. Dicapai pada Mei 20 13 dari http://ladinaemas. wordpress.com.

Mohd. Noor, N. & Borhan, N. (2010). Penerapan Kemahiran Generik dalam Kokurikulum di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan, UTM Skudai : Universiti Teknologi Malaysia.

Pardey, D. (2007). Introducing Leadership, Butterworth : Heinemann Ltd Business &amp; Eco.

(11)

Prosiding Persidangan Kebangsaan Pembangunan Holistik Pelajar (NAHSDEC) 2014

Robinson, L. J. (2009). The Importance Of Leadership And Group Facilitation In Learning Communities. Mcmaster School For Advancing Humanity Journal. ms 89-93. Dicapai pada Mei 26, 2012 dari http://www.defiance.edulmedia/

McMaster Journal 2009.

Shuriye,

A.

0 . (2011). The Role of Credited Co-Curricular Programmnes on The Internationalization and Infusing Values Into Student's Personality : The IIUM Model. Journal of Emerging Trends in Educational Research and Policy Studies, 2(2), ms. 100-107. Dicapai pada Mei 26, 2012 dari

http://jeteraps.scholarlinkresearch.or~/articles.

Sinar Harian (201 0). Pesaka Tangkis Tanggapan NegatiJ: Dicapai pada November 26, 2012 dari http://pesakaraub.wordvress.com.

Supaat, Z. (2008, Disember 26). Menanti Kilauan Emas Pertama. Kosmo! Dicapai pada Mei 26, 2012 dari http://www.kosmo.com.m~/.

Tahir, L. M. & Othrnan, 0 . (201 1). Keperluan Aktiviti Kokurikulum (Beruniform) Kepada Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah Kebangsaan Di Daerah Langkawi. Journal of Science Social, 4(1), ms. 5 1-63. Dicapai pada Mei 26, 20 12 dari ht~://proeduiournal.com.

Thompson, M. D. (2012). Student Leadership Development and Orientaion : Contributing Resources within the Liberal Art. American Journal of Educational Research, ](I), ms. 1-5. Dicapai pada Mac 20 13 dari http://vubs.sciepub.com/education.

Wictor, I. & Andersson, S. (2012). The Importance of Leadership and Vision in Born Globals. Business and Management Research., 22(1), ms. 13-25. Dicapai pada Mei 26,2012 dari http://dx.doi.ordl0.5430/bmr.vlnlpl3.

Rajah 1 : Metodologi

Langkah 1 : Mengenal pasti masalah dan membina objektif

P

l a : menyatakan isu kajian

+ 1 b : membina

ob-jektif persoalan kajian

Langkah 2 : mengumpul data

2a : analisis dokumen

1

1

1

Langkah 3 : Analisis data

r - - - I

:

3b : Analisis Kuantitatif I - - - _ - - - _ - - _ - - _ ,

4

Langkah 4 : membuat perbincangan dan menyatakan kesan kajian

2b : pemerhatian dan temu bual

2c : membuat soal

Referensi

Dokumen terkait

Junanda (2004) Model kinerja Treynor dan Jensen Tidak ada perbedaan antara return reksadana saham dengan return pasar (lHSG) untuk semua jenis reksadana saham Melakukan

Untuk mendukung pemakaian dan meningkatkan aplikasinya dalam mendukung keamanan pangan, maka pengembangan dilakukan uji aktivitas antibakteri bawang putih terhadap bakteri

Hasil analisis prospektif sistem pengelolaan berkelanjutan hutan rakyat di Kabupaten Bogor menunjukkan bahwa, atribut-atribut yang bisa dijadikan sebagai

Musrenbang Kecamatan merupakan sebuah forum musyawarah tahunan para pemangku kepentingan di tingkat Kecamatan untuk mendapatkan masukan kegiatan prioritas dari

Perkembangan CPUE ikan kakap putih ( Lates calcarifer ) di perairan Sungai Kumbe Distrik Malind Kabupaten Merauke pada ketiga Stasiun Penelitian Perkembangan CPUE ikan

Dalam pembahasan ini, akan mendeskripsikan kondisi makro ekonomi 35 kabupaten/kota di Jawa Tengah yang meliputi masalah tingkat kemiskinan, laju pertumbuhan PDRB, tingkat

El diagnóstico de MBA se basa en la demostración de infección pióge- na en el LCR y por lo tanto, se debe estudiar el LCR mediante punción lumbar, para identificar el