• Tidak ada hasil yang ditemukan

PANDUAN BISNES ONLINE (PBO)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PANDUAN BISNES ONLINE (PBO)"

Copied!
48
0
0

Teks penuh

(1)

PANDUAN

BISNES ONLINE

(PBO)

SYARIKAT MOMMY

HAPPY GROUP SDN BHD

DISUSUN OLEH PUAN SITI SARAH MOHD FAUZI

(2)

Diterbitkan oleh:

MOMMY HAPPY GROUP SDN BHD (1322601-P)

Hak Cipta © 2020 oleh

MOMMY HAPPY GROUP SDN BHD (132261-P) Cetakan 2020

Hakcipta terpelihara

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi, isi kandungan buku ini, dalam apa-apa juga

bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi,

mekanik , rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat kebenaran bertulis

daripada penerbit.

Sekiranya anda mahu mencadangkan produk ini kepada rakan anda atau saudara mara anda, kami mencadangkan anda mendaftar sebagai ejen

MOMMY HAPPY GROUP SDN BHD (132261-P) Panduan Bisnes Online

Panduan ini dihasilkan untuk memberi pengajaran dan menyalurkan maklumat umum mengenai subjek yang dibincangkan. Ia tidak boleh dianggap sebagai mengandungi nasihat

kewangan atau konsultansi profesional. Strategi yang dibincangkan mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tidak dijamin dapat menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak. Pengarang serta penerbit tidak bertanggungjawab atas apa-apa risiko kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi

(3)

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

TAHNIAH saya ucapkan kepada anda kerana telah membuat pilihan bijak untuk membaca PANDUAN BISNES ONLINE yang saya tujukan khas untuk semua Usahawan, Leader dan ejen berdaftar secara sah dengan Syarikat Mommy Happy Group Sdn Bhd.

Panduan dibuat berdasarkan pengalaman saya dalam bidang perniagaan selama 13 tahun bermula dari tahun 2007 sehingga tahun 2020. Panduan ini mula ditulis pada tahun 2009 dan dikemaskini kan semula pada bulan NOVEMBER 2020.

Sahabat, mungkin panduan ini adalah gabungan sebuah catatan berbentuk pengalaman serta panduan berbisnes..tetapi insyaallah kami yakin segala pengalaman yang tercatat dalam panduan ini insyaallah akan membantu ramai orang untuk BANGKIT

SEMULA.

Pada ketika panduan ini saya kemaskini semula pada bulan November 2020, pada Ketika ini negara kita yang tercinta dilanda wabak COVID19 dan betapa ramai usahawan yang hilang punca pendapatan..berapa ramai pekerja yang hilang

pekerjaan..ALLAHU RABII…saya sendiri terkesan dengan keadaan ini dan terpanggil untuk membantu sedaya upaya yang kami mampu kerana saya sendiri pernah melalui zaman kesusahan yang pada waktu itue, ada duit untuk makan pun dah sangat

bersyukur.. Jadi, saya sangat faham dengan situasi semasa yang berlaku sekarang Biarlah betapa susahnya keadaan yang kita sedang alami sekarang..tetapi sahabatku BANGKITLAH untuk mengubah KEADAAN menjadi lebih baik dari semalam. Jangan berserah pada takdir semata mata kerana kita mampu mengubah NASIB kita dan BERDOA dan BERUSAHA sehabis baik.

BANGKITLAH SAHABAT DAN BERAZAMLAH UNTUK MENGUBAH MASA DEPAN KITA MENJADI LEBIH BAIK..INGATLAH SESUNGGUHNYA ALLAH BERSAMA SAMA DENGAN ORANG YANG SABAR

(4)

ALLAH YANG BERKUASA MENENTUKAN REZEKI KITA.

ALLAH yang berkuasa menentukan rezeki kita. Berapa banyak yang kita akan dapat, berapa lama tempoh kita akan mencapai impian kita dalam bidang perniagaan

semunya didalam kekuasaan ALLAH.

Oleh itu, mintalah kepada ALLAH dengan sungguh sungguh dan sepenuh hati dalam doa dan sujud kita. Sentiasa berdoa dengan sungguh sungguh dan yakin sepenuh hati bahawa ALLAH yang Maha Pemurah dan Maha Kaya akan mengabulkan doa

hambaNya yang berusaha bersungguh sungguh.

“Tuhanmu berkata, ‘Berdoalah kepadaku, nescaya aku perkenankan…”

(Surah Al-Mukmin Ayat 60)

Tunaikan segala perintah ALLAH, solat 5 waktu, puasa, membaca Al-Quran,

bersedeqah, sampaikan kebaikan kepada seluruh manusia. Iya, kita mahu meminta dari ALLAH pemilik segala rezeki, maka jadilah hambaNYA yang taat dan disukai

ALLAH. Kerana matlamat kita hidup adalah mencari KEREDHAAN ALLAH…

Modal yang beribu ribu atau berpuluh ribu atau berjuta juta, produk yang hebat, strategi pemasaran yang hebat, mentor yang hebat kesemuanya adalah alat yang ALLAH ciptakan untuk kita mendapatkan rezeki. Mintalah dahulu kepada pencipta untuk mendapatkan rezeki bagi membuka seluas luasnya pintu rezeki kita. Insyaallah, bila kita meminta kepada ALLAH, segala alat untuk kita dapat rezeki akan datang kepada kita apabila tiba waktunya yang telah ditentukan.

ىِف اَم َو ِت ََٰو ََٰمهسلٱ ىِف اَم ُمَلْعَي َو ۗ ُ هللَّٱ ُهْمَلْعَي ُهوُدْبُت ْوَأ ْمُك ِروُدُص ىِف اَم ۟اوُفْخُت نِإ ْلُق

ريِدَق ٍءْىَش ِ لُك َٰىَلَع ُ هللَّٱ َو ۗ ِض ْرَ ْلْٱ

Katakanlah: "Jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu melahirkannya, pasti Allah mengetahui". Allah mengetahui apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

(5)

TIDAK KIRA SIAPA KITA,

KITA LAYAK BERJAYA DALAM BIDANG PERNIAGAAN

Dalam bidang perniagaan, tidak kira siapa kita, kita boleh Berjaya. Yang paling penting ialah minat dan kesungguhan kita mahu mencapai impian itu. Dalam sejarah perniagaan Malaysia, ramai jutawan yang lahir dari orang biasa sahaja TETAPI mereka mempunyai SEMANGAT YANG LUAR BIASA untuk berjaya. Ramai usahawan berjaya yang bermula dalam keadaan serba kekurangan tetapi mampu bangkit menjadi seorang yang cukup berjaya dalam bidang mereka. Tidak ada alasan lagi untuk kita tidak berjaya walaupun pada hari ini modal ditangan kita hanya ada RM100 atau RM1000 atau RM3000.

Dalam panduan ini saya akan berkongsi, bagaimana dengan modal yang ada walaupun anda ada hanya RM100, anda tetap boleh memulakan perniagaan online anda sehingga berjaya mencapai pendapatan 5ribu sehingga 10ribu sebulan atau sebanyak mana yang anda mahukan.

TIADA APA YANG MUSTAHIL SEKIRANYA KITA BERUSAHA DENGAN CARA YANG BETUL.

Yang penting kita mesti BERTINDAK SEKARANG

(6)
(7)

SENARAIKAN SEMUA IMPIAN DAN MATLAMAT

KITA DAN PERCAYA BAHAWA KITA BOLEH

MENCAPAI IMPIAN YANG KITA MAHUKAN

Kita telah membaca kisah ramai usahawan yang berjaya yang bermula dari bawah. Dalam bidang perniagaan, kita mesti mempunyai impian dan matlamat. Impian dan matlamat kita mestilah jelas supaya kita akan berusaha menuju matlamat kita. Sekiranya kita tiada impian atau matlamat, kita akan berniaga tanpa halatuju.

Sebelum bab ini menjadi lebih panjang , pastikan anda tulis segala impian anda dengan jelas. Ambil kertas dan pen atau buka diari anda atau buka notes di komputer anda dan tulis dengan jelas segala impian..

Adalah sangat penting mempunyai impian dan matlamat yang jelas supaya kita akan bekerja, berusaha bersungguh sungguh menuju impian dan matlamat yang telah kita tetapkan.

Sebagai permulaan kepada perjalanan perniagaan kita yang panjang, saya akan memberi contoh bagaimana seorang peniaga online yang menjual produk pendidikan kanak kanak sama ada menjual buku dan pelbagai jenis permainan kanak kanak mempunyai impian mendapat keuntungan bersih RM5000 sebulan

Kita juga boleh membayangkan matlamat dan impian kita menjadi seperti pernigaan yang kita kagumi. Letakkan gambar gambar kejayaan perniagaan yang kita kagumi sebagai satu inspirasi untuk kita Berjaya seperti mereka.

(8)

Kita juga boleh memasang impian mempunyai online store yang canggih dan mempunyai ratusan ribu pelanggan dalam tempoh sebulan sehingga menghasilkan jualan jutaan ringgit sebulan walaupun perniagaan dijalankan secara online.

Sepertimana jutawan Amazon.com dan jutawan Alibaba.com

Manakala pemilik Amazon.com, laman web online yang menjual buku dan pelbagai produk, Jeff Bezos merupakan individu yang terkaya di dunia pada November 2020 ketika covid19 melanda dunia, perniagaan beliau melonjak naik mendadak

Boleh rujuk https://www.forbes.com/billionaires/

Ya, jika begitu kita semua juga boleh bercita cita tinggi, mahu menjadi 100 individu terkaya di dunia dengan asset berjumlah USD 200 billion walaupun menjalankan perniagaan secara online. CITA CITA dan IMPIAN sangat penting. Insyaallah bila ada cita cita, ALLAH akan tunjukkan jalan untuk mencapai cita cita.

(9)

Kisah Perniagaan Amazon.Com

Amazon.com adalah sebuah syarikat yang dilancarkan dalam talian 1995, bermula sebagai sebuah kedai buku dalam talian. Pengasas syarikat Amazon.Com, Jeff Bezos telah mempopularkan trend membeli-belah dalam talian.

Portal Amazon.com merupakan di antara portal e-dagang yang terbesar di dunia. Walaupun pada awal penubuhannya portal Amazon hanya menjual buku, kini portal tersebut sudah memiliki pelbagai jenis barangan untuk dijual yang terbesar di dunia! Kejayaan portal Amazon ini boleh dikaitkan dengan sistem pembeliannya yang memudahkan penguna untuk membeli secara online serta dengan sokongan jitu dari sistem logistiknya yang amat efisien.

BELAJAR SESUATU ?

BERTINDAKLAH UNTUK

(10)
(11)

MATLAMAT PERNIAGAAN BULAN NOVEMBER 2020 (Jangka Pendek)

Jumlah pendapatan bersih yang ingin saya capai sepanjang bulan NOVEMBER 2020 adalah sebanyak RM5000 sebulan

(matlamat mestilah realistik dan mampu dicapai dengan usaha yang bersungguh sungguh. Anda boleh mengubah matlamat ini mengikut apa yang anda impikan, sama ada ianya kurang dari RM5000 atau lebih banyak dari RM5000)

Untuk mencapai matlamat di atas,

saya akan menjalankan perniagaan menjual produk dibawah:

1. Menjual Buku dan Permainan Kanak Kanak secara retail /runcit mahupun secara dropship

2. Saya mahu mempunyai sekurang kurangya 100 orang ejen dropship berdaftar

dalam team saya

Saya berjanji akan meluangkan masa sekurang kurangnya 2jam sehari untuk menjalankan perniagaan ini.

(masa yang diluangkan hendaklah diluar waktu bekerja sekiranya anda masih bekerja makan gaji atau mempunyai sebarang kerja tetap yang lain. Anda boleh gunakan waktu rehat atau selepas waktu bekerja)

Saya akan melakukan kerja kerja promosi dan melakukan FOLLOW UP terhadap semua database yang saya ada bermula 13 NOVEMBER 2020.

Keuntungan yang saya perolehi daripada perniagaan ini akan digunakan untuk:

1.Berikan kepada Ibubapa (RM500) 2.Simpanan kecemasan (RM200)

3.Laburkan semula untuk perniagaan untuk beli stok dan promosi (RM500) 4.Derma kepada masjid, surau dan fakir miskin (RM500)

5.Simpanan untuk pergi haji (RM300)

Ini adalah contoh sekiranya anda mensasarkan keuntungan RM5000 sebulan. RM3000 boleh anda gunakan untuk keperluan hidup anda seperti bayar sewa rumah, kereta , selesaikan hutang dan pelbagai perbelanjaan. Jadi, baki RM2000 anda boleh gunakan untuk 5 perkara di atas. 5 perkara diatas boleh berubah ubah mengikut impian anda.

(12)

Saya akan menampal salinan matlamat ini selewat lewatnya pada 17 November 2020 di lokasi cermin bilik tidur dan dihadapan meja computer.

Lokasi hendaklah di tempat yang selalu anda lihat setiap hari.

Saya akan memberi salinan ini kepada individu dibawah

1. suami

2. ibu atau ayah 3. adik beradik 4. sahabat karib

Pastikan senarai diatas adalah orang yang rapat dan boleh dipercayai serta mampu memberikan dorongan dan semangat kepada anda untuk mencapai impin anda. Jangan berikan kepada orang yang suka menyebarkan keburukan anda atau meruntuhkan semangat anda.

Sarah

Tandatangan

Tarikh: 17 November 2020

Tarikh yang diisi adalah tarikh matlamat ini ditulis. Setelah selesai tulis matlamat ini, fotostat dan berikan salinan kepada individu yang telah anda snearaikan serta tampal di lokasi yang telah anda senaraikan.

(13)
(14)

TIPS PENTING 4:

Fokus Kepada Impian & Matlamat anda !

Tahniah diucapkan sekiranya anda telah berjaya mengisi borang matlamat jangka pendek dan jangka panjang. Anda boleh menulis dengan sangat detail.Tulis apa sahaja impian anda supaya anda akan berusaha bersungguh sungguh untuk melakukan pernigaan anda. Pastikan ada perubahan drastik untuk tahun pertama anda berniaga. Pasang cita cita untuk membina empayar perniagaan anda secepat yang mungkin. Hanya dengan berniaga anda mempunyai kebebasan kewangan yang dicita citakan dan anda mampu untuk pergi lebih jauh dalam bidang ini. Yang pasti anda mesti bertindak dengan berusaha bersungguh sungguh. Tidak ada jalan pintas menuju kejayaan. Sememangnya kita perlu bersusah payah terlebih dahulu sebelum mencapai kejayaan yang kita impikan. Insyaallah, saya yakin saya dan anda semua akan berjaya. Malah saya mendoakan semua sahabat sahabat saya yang membaca panduan ini lebih berjaya daripada saya sendiri. Sesungguhnya saya sangat gembira dengan kejayaan sahabat sahabat saya. Semoga dengan kejayaan kita akan menjadikan kita hamba ALLAH yang tunduk bersyukur dengan segala nikmat Allah dan menjadikan kita lebih kuat untuk membantu agama ALLAH ini berkembang di atas muka bumi.

Fokus kepada impian dan matlamat anda. FOKUS, FOKUS dengan setiap hari bercakap anda mahu mendapat untung RM250 sehari..simpan dalam kepala otak anda dengan jelas matlamat ini.

Jadi, mengapa anda harus membaca matlamat jangka pendek anda setiap hari, kerana kita mahu belajar untuk fokus kepada apa yang kita impikan. Contoh jelas ialah saya mahu untung bersih RM5000 sebulan.

Pandang azam ini setiap pagi dan berusaha mencapainya. Fikirkan semua cara yang anda boleh gunakan bagi mencapai matlamat ini.

(15)

Setiap hari, letakkan TARGET dan FOKUS kepada USAHA untuk mencapai target. Jika mahu RM5000 sebulan bahagi dengan 20hari bekerja, anda perlu untung bersih RM250 sehari.

Jika anda seorang ejen produk pendidikan Kanak Kanak, Untuk dapat untung RM250 dan ke atas dalam masa sehari mudah sahaja.

Jual produk yang untung RM20 untuk satu produk atau satu pakej sekurang-kuranya kepada 13 orang pelanggan. Lagi banyak anda berjaya menjual lagi bagus!!

Letakkan TARGET berjaya menjual produk yang untung RM20

dan ke atas kepada 20 orang pelanggan.

Saya Mesti Berjaya menjual produk yang untung RM20 dan ke

atas kepada 20 orang pelanggan

Setiap hari selepas solat subuh, berzikir atau membaca Mathurat, membaca Al-quran sekurang kuranya 1 mukasurat, selepas solat sunat Dhuha, katakan pada diri

“Hari ini saya perlu menjual produk yang untung RM20 dan ke

atas kepada 20 orang pelanggan”

Jadi, sekiranya anda berjaya menjual kepada 20 pelanggan, anda sudah ada untung kasar sebanyak RM400, berkemungkinan besar RM50-RM100 adalah kos iklan berbayar dan RM50 untuk lain lain kos seperti kos staf atau bil elektrik.

Pastikan RM250 adalah untung bersih setelah ditolak kos iklan. Ada banyak strategi bagaimana anda mahu menjual produk kepada 20 pelanggan dengan untung bersih RM20 bagi setiap pelanggan. Ada banyak ilmu STRATEGI PRODUK yang perlu anda pelajari. Ianya mudah dan seronok untuk dipraktikkan. Sangat penting untuk anda tahu sebelum anda belajar membuat kaedah mengiklan yang betul.

(16)

Diantara strategi mudah ialah PAKEJKAN PRODUK…anda mungkin ada 10 produk

dan lebih. Lebih banyak produk lebih baik kerana pelanggan anda mempunyai banyak pilihan. Pakejkan produk sehingga produk tersebut dijual dengan harga RM100 termasuk caj pos. Berdasarkan pemerhatian saya, pelanggan yang membeli secara online suka membeli produk yang dipakejkan denga harga RM100. Mudah mereka nak bank in dan apabila sampai pun dapat banyak jenis barang sekaligus. Untuk pakejkan produk kita boleh kreatif buat pelbagai pakej yang sesuai dan menarik untuk pelanggan. Biasanya kami dapati pakej produk buku dan mainan sangat mudah dijual kepada ibubapa kerana gabungan produk tersebut akan membuatkan anak anak mereka sangat happy dan seronok untuk belajar.

Contoh Mudah, untuk Promosi Kombo Anakku Bijak Matematik ini anda ada untung RM10 bagi setiap set yang terjual..target jual set ini sebanyak 10 set sehari pun dah dapat untung runcit RM100..belum cerita bonus lagi tue..ha..so jual by pakej lebih mudah untuk kita target keuntungan yang kita nak capai.

(17)
(18)

FORMAT LATIHAN

PAKEJ PRODUK DAN MATLAMAT KEUNTUNGAN SEHARI

Senarai Produk untuk dipakejkan: Nama Produk 1:

Nama Produk 2: Nama Produk 3:

Gambar produk dan pakej: Total harga pasaran: Total Untung Satu Pakej :

Target Jumlah Pakej Terjual dalam masa sehari: Untung kasar– Kos iklan berbayar = Untung Bersih

Lagi banyak pakej anda buat lagi bagus dan pastikan pakej pakej tersebut mendapat permintaan yang cukup bagus.

Saya sendiri pernah mensasarkan untung RM300 bagi setiap 10 set pakej terjual dalam masa sehari dan mensasarkan sehingga 5 pakej yang hot terjual dalam masa satu bulan!

Contoh:

1)Pakej 4 Permainan

2)Pakej Buku+ Permainan-Set Bacalah Anakku, VCD Abu Ada Ayam & Thinker Toy 3)Pakej Softbook Bayi Bijak-Softbook Alif To Ya, Abjad, Angka

(19)

ILMU PRODUK

Ramai orang menjual tanpa mempunyai ilmu berkenaan produk. Ini akan menimbulkan masalah apabila anda mahu melakukan pemasaran.

Sebagai contoh, apabila kita menggunakan Teknik “Content Marketing” kita perlu memberi info sebanyak mungkin bagaimana produk yang kita jual boleh membantu pelanggan kita dengan berkongsikan tips dan pengalaman sepanjang menggunakan produk itu.

Contoh mudah, saya menjual Pakej Membaca dan Menulis. Saya mesti tahu cara guna produk tersebut dan tips tips lain untuk anak pandai membaca dan menulis bagi membantu pelanggan saya menggunakan produk tersebut sebaik mungkin. Setiap minggu saya akan share dengan pelanggan di facebook page saya tips mengajar anak membaca dan menulis.

Begitu juga dengan produk lain, pelanggan sangat suka jika kita memberikan maklumat sebanyak mungkin seperti tips menggunakan produk, pengalaman pengguna lain yang menggunakan produk.

Selain dari info produk, gambar produk yang detail dan jelas juga sangat penting terutama apabila anda promosi secara online. Lebih banyak gambar lebih bagus.

Faham betul betul semua produk yang dijual.Ilmu

produk sangat penting dan juga adalah penentu

sama ada anda suka menjual atau tidak.Rancang

strategi jualan produk anda dengan betul.Ada

banyak strategi jualan produk yang boleh anda

belajar.

(20)

Bagaimana mengenali produk kita untuk

merancang STRATEGI JUALAN PRODUK

KENALI PRODUK:

1.FRONT END PRODUCT

2.FLAGSHIP PRODUCT

3.BACK END PRODUCT

Mari kenali jenis produk kita ya, supaya kita boleh kategorikan produk dan boleh atur strategi promosi dengan lebih mudah.

1. Front End Product (FEP) - produk yang paling senang untuk pelanggan beli. Pelanggan sudah sedia maklum tentang produk dan tidak berfikir panjang untuk membeli. Dalam promosi jika kita gunakan jenis produk ini, tujuannya adalah untuk dapatkan pembelian pertama dari pelanggan baru yang bakal bertukar kepada pelanggan berulang

2. Flagship Product (FP) - Produk yang biasanya akan dibeli dan sepatutnya berkaitan dengan FEP.

3. Back End Product - Terdiri dari produk yang mahal/premium. Contoh senang nampak dan faham: McDonald

FEP: Aiskrim

FP: Fries, Value Meal, Nugget, etc BEP: Organize birthday Party

Contoh mudah untuk produk Mommy Happy FEP: Permainan

FP: Set buku membaca anak anak, Set Menulis, Set Mengaji BEP: Pakej Lengkap 4M berharga RM300

(21)

Strategi Jualan Produk Dengan

Memberi Free Gift Yang Sangat Menarik

Jika kita biasa pergi ke Kedai Farmasi Guardian, saya selalu melihat mereka menawarkan hadiah kepada pelanggan. Hadiah tersebut memang tidak dijual. Contoh permainan yang sangat canggih dan menarik. Tetapi hadiah tersebut hanya akan dapat apabila pelanggan buat pembelian produk bernilai RM200 dan ke atas. Promosi seperti ini juga akan menarik pelanggan untuk membuat pembelian.

Banyak produk yang saya jual, saya pakejkan menjadi harga produk tersebut lebih RM100 dan saya berikan free gift kepada pelanggan yang membeli pakej tersebut. Strategi ini sangat berkesan kerana pelanggan sangat suka apabila diberi hadiah.

Contoh sebenar dalam bisnes saya ialah untuk produk Set Membaca. Pada awal awal saya menjual mengikut jenis produk contoh jual set buku membaca sahaja berharga RM40…set matematik sahaja berharga RM30

TETAPI apabila saya mempakejkan produk tersebut dan memberi free gift yang sangat menarik jualan produk tersebut tiba tiba naik secara mendadak.

(22)
(23)

Bagaimana Mengenali Pelanggan

JAWAPAN SAYA:

Tahniah puan kerana puan telah berusaha untuk membaca panduan dan bertindak mengikut panduan yang telah diberikan. Satu permulaan yang baik untuk berbisnes online. Tetapi syarat penting, Jangan putus asa berusaha dan terus mengkaji bagaimana proses berniaga online yang betul. Masalah biasa yang dihadapi oleh peniaga yang baru bermula ialah bagaimana nak dapat pelanggan yang beli?? Bagaimana nak ramaikan pembeli?? Bagaimana saya nak untung bersih RM50-RM100 sehari untuk saya gunakan buat belanja anak anak dan shopping beli barang dapur ☺

Bagaimana nak dapat pelanggan untuk orang yang baru sahaja mula berbisnes??

Dalam BMC, topic ini dibincangkan dalam bab “Customer Segments” iaitu siapa target pelanggan kita. Jadi, kena kenal betul siapa pelanggan kita sebelum buat sebarang jenis iklan sama ada iklan percuma atau iklan berbayar. Kena faham betul ciri ciri pelanggan yang akan membeli produk kita.

Setelah faham siapa pelanggan kita, maka kita barulah kita boleh tentukan dimana nak cari pelanggan tersebut dan Bagaimana nak cari pelanggan baru yang membuat pembelian produk kita. Walaupun jawapan mudah yang saya bagi, nak cepat dapat pelanggan baru, buatlah iklan berbayar facebook. Cepat dan Mudah. Dalam tempoh 24

jam sudah boleh dapat ratusan pelanggan baru? Tak percaya? Jom Buat Iklan…opps,

sebelum tu baca dulu Fasa Pelanggan Dalam Bisnes

Kajian kes sebenar ejen saya yang baru berniaga secara online melalui Facebook: Puan A: salam puan.. saya baru mula berniaga dan saya nak tanya macamana nak dapatkan pelanggan yang membeli.saya dah labur RM100 dengan facebook advert .. malah tiada hasil.. Saya harap puan dapat mengajar saya supaya mendapat kan hasil yg sedikit walaupun tidak lumayan. Saya mahu merasa duit hasil berniaga online, untung RM50-RM100 sehari pun sudah cukup membuatkan saya gembira. Saya belum pernah mendapat pelanggan yang membeli secara online walaupun seorang sebab baru sahaja mula berniaga

(24)

Fasa Pelanggan Dalam Bisnes.

Sebelum mencari lebih ramai pelanggan anda perlu faham Formula Get, Keep, Grow

.

Fasa #1 – Get Customers

Dapatkan pelanggan. Ini adalah ‘dadah’ yang buatkan bisnes-bisnes yang baru bermula terlalu ketagih. Mereka lihat dari satu perspektif sahaja. Iaitu,“Bisnes hanya terus hidup apabila ada pelanggan baru setiap hari, setiap masa, setiap saat.”Kenyataan ini betul. Lagi ramai pelanggan, lagi banyak duit masuk ke dalam akaun bank bisnes. Bisnes juga perlukan ramai pelanggan bagi memastikan akaun bank mereka tidak kering.

Fasa #2 – Keep Customers

Apabila sudah dapat pelanggan, maka langkah seterusnya adalah membelai pelanggan itu.Lagi akrab hubungan kita dengan pelanggan, lagi mudah untuk kita menjual sebarang produk dan servis.Seperti kata pakar pemasaran Seth Godin, “Buat orang suka kita. Lebih mudah untuk kita jual apa sahaja produk dan servis selepas itu.”Tidak semua peniaga di Facebook yang menitik beratkan proses keep customers ini. Proses menjaga pelanggan ini adalah proses yang tidak seksi. Malah proses ini adalah proses yang berat.

Bagaimana kita nak “keep customer”? Ada banyak strategi yang boleh kita gunakan. Perkara paling penting yang anda perlu tahu ialah untuk jaga pelanggan seperti call atau SMS/WhatsApp atau email pelanggan yang hanya boleh dibuat sekiranya anda menyimpan DATABASE pelanggan anda secara teratur dan bersistematik. Ada 2000 sms pelanggan? Ini adalah DATABASE pelanggan yang berpotensi untuk membeli lagi dan lagi..

Disinilah pentingnya SISTEM menyimpan database…

Contoh, jika anda ada sebarang produk baru sampai, anda boleh SMS atau WhatsApp kepada semua pelanggan yang pernah membeli dan maklumkan bahawa ada produk baru sampai.

(25)

Fasa #3 – Grow Customers

Fasa ini adalah proses korek lubuk duit dengan lebih mendalam. Seorang konsultan bisnes pernah menulis, “A buyer is a buyer is a buyer.” Bahasa bisnes yang seksi

adalah, “Sekali pelanggan bagi duit, selamanya dia berpotensi bagi banyak duit.”

Fasa ini merujuk kepada:

1)Ali beli produk XYZ dari satu syarikat.

2)Syarikat itu kemudian jual produk ABC kepada Ali.

3)Selepas produk ABC, syarikat itu jual servis DEF pula kepada Ali. 4)Daripada Ali sahaja, syarikat itu sudah dapat banyak duit.

5) Ali mencadangkan kepada rakan rakannya dan saudara maranya untuk mendapatkan produk ABC

Bayangkan apabila syarikat kita mempunyai 100 pelanggan macam Ali.Kita tidak lagi mengeluh tidak ada pelanggan. Sebaliknya kita mengeluh bagaimana mahu menjual produk atau servis yang lain, kepada pelanggan yang sama

Kemudian bagaimana kita mahu membuatkan Ali memberitahu saudara maranya dan rakan rakannya berkenaan produk atau servis kita? Iya mungkin dia akan bagitahu tanpa kita suruh sekiranya dia terlalu berpuas hati. TETAPI ada cara supaya kita dapat memantau keberkesanan “recommendation” iaitu SISTEM REFERRAL.

Sebenarnya cerita yang panjang lebar tadi ialah huraian panjang kepada Business Model Canvas. Business Model Canvas ini panjang hurainnya.

Download Ebook Business Model Canvas Versi Bahasa Malaysia Disini https://panduanbisnesmh.com/ebook-bisnes-model-canvas/

(26)
(27)

Kenali Siapa Target Pelanggan Anda dan Spesifikkan Target

Sebelum anda pergi lebih jauh membuat kerja kerja promosi, menjawab segala pertanyaan pelanggan anda, menghabiskan duit anda ratusan ringgit untuk membuat kerja promosi, ini dia perkara penting dan pertama sekali yang WAJIB anda tahu. Siapakah pelanggan anda???

Dalam Business Model Canvas (BMC) sebelum anda mengenal pelanggan, anda perlu tahu bagaimana anda membantu menyelesaikan masalah pelanggan anda.

Perkara ini ada dijelaskan dalam topic Value Proposition. Iaitu Apakah tawaran nilai yang dijanjikan oleh peniaga atas perkhidmatan atau produk yang dijual. Apa yang pelanggan dapat dengan wang yang mereka gunakan untuk membeli produk kita. Apabila anda tahu bagaimana produk anda boleh menyelesaikan masalah pelanggan anda, maka anda akan tahu siapa pelanggan anda dengan lebih detail.

Baik, dibawah ini latihan untuk anda belajar mengenal pelanggan. SPESIFIKKAN TARGET PELANGGAN anda kerana anda harus bersaing dengan ribuan peniaga lain. Lebih spesifik lebih bagus.

(28)

LATIHAN MENGHASILKAN AVATAR PELANGGAN

“Matlamat pemasaran adalah untuk mengenali dan memahami pelanggan dengan baik hinggakan produk atau perkhidmatan sepadan dengan mereka, dan mereka akan membeli tanpa perlu menjual”.

-Peter Drucker

Perlu Ingat:

- Pemasaran: “Memberitahu orang apa yang mereka sudahpun mahu”. - Berfikir seperti pelanggan

- Avatar Pelanggan: Satu persona yang mempunyai prinsip hidup, sikap, dan persepsi mereka

terhadap dunia

- Belajar cara pelanggan melihat dunia dengan mata mereka, apa yang mereka mahu, dan sediakan penyelesaian terhadap masalah mereka

Produk: Set Membaca dan Mengaji Untuk Anak Anak

Apa yang mereka risaukan dan takut? Apa kesakitan yang mereka hadapi? Masalah utama mereka?

1. Takut anak mereka tak pandai membaca 2. Takut anak mereka tak pandai mengaji

3. Takut anak terlalu lambat boleh membaca dan tak faham subjek disekolah

4. Takut anak jadi anak yang jahat

Apa yang mereka mahukan dan impikan?

1. Anak cepat boleh membaca 2. Anak cepat boleh mengaji

3. Anak jadi anak yang bijak dan soleh

Demografi mereka?

1. Umur? 20-40 tahun

2. Jantina? Lelaki dan Perempuan 3. Lokasi? Malaysia

4. Status perkahwinan? Sudah Berkahwin

Apa mereka selalu buat? Majalah yg suka baca? Hobi? Rancangan TV kegemaran? Jenama yang diminati?

1. Islamik dan suka perkara kebaikan

2. Suka baca page ustaz zaharuddin, zahazan, prof muhaya, prof dr rozieta shaari 3. Suka dengan radio ikim, TV Al-hijrah

(29)
(30)

Latihan untuk mengenali pelanggan ini anda kena buat selalu supaya anda betul betul faham pelanggan anda.Apabila kita sudah mengenali pelanggan kita dengan jelas, maka kita boleh mulakan membuat kerja promosi kita.

Bagaimana cara nak promosi? Dimana nak promosi?

Dimana nak cari pelanggan yang membeli produk kita?

Dalam BMC, dimana nak cari pelanggan ini ialah dalam topik Channel

Ada banyak cara promosi. Ada percuma dan ada berbayar. Saya mulakan dahulu dengan cara percuma iaitu menggunakan Facebook Profile anda sendiri. Syarat utama untuk memastikan Berjaya mengiklan di facebook profile ialah jumlah rakan fb yang ramai contoh saya ada 4998 rakan fb dan memastikan rakan fb adalah yang sesuai dengan niche perniagaan kita. Sebagai contoh rakan fb saya majoriti adalah ibubapa muda dan juga peniaga online. Rakan fb haruslah sesuai dengan perniagaan anda. Jika anda ada 4000 rakan tetapi semua rakan itu tidak suka dengan niche anda, maka 4000 rakan itue langsung tidak berguna untuk perniagaan anda.

CARA PROMOSI DI PROFILE FACEBOOK

Promosi di Profile facebook perlu banyak dilakukan dengan cara softselling bukan hardselling. Ini kerana rakan rakan fb kita menggunakan facebook untuk bersosial. Jika terlalu banyak iklan, rakan fb kita akan menyampah dan unfriend dengan kita.

Tetapi teknik yang saya gunakan dibawah setakat ini mendapat hasil yang cukup bagus. Memang ramai pelanggan membeli tidak kira lah apa sahaja yang saya jual. Dahulu ketika saya membuat pengiklanan berbayar, semua yang membeli produk saya, saya add mereka sebagai friend, jadi mereka semua kenal saya dan tidak teragak agak untuk membeli apa jua produk yang saya jual. Promosi di profile fb anda sendiri jika kena cara dan gayanya memang zero kos tapi hasil lumayan. Tambah tambah dimana kos fb ads semakin mahal, promosi di profile fb sendiri adakalanya lebih baik daripada menggunakan iklan berbayar setelah saya mempunyai friend 4999 orang yang hamper semuanya adalah ibubapa

(31)

1. Teknik Story

2. Teknik Testimonial 3. Teknik Gambar Dulu 4. Teknik Video

5. Teknik Feel

1)Teknik Story ialah teknik untuk menarik perhatian rakan fb kita dengan menggunakan cerita berkaitan kita dan juga produk yang ingin kita promosikan. Anda ceritakan apa yang anda lakukan dan ianya berkaitan dengan produk yang kita jual. Apa sahaja gambar menarik yang sedang kita buat dengan produk tersebut boleh menjadi bahan cerita kepada rakan facebook kita.. Ada banyak contoh bagaimana gambar menceritakan apa yang kita sedang buat dengan produk tersebut. Pelanggan suka contoh sebenar cara menggunakan produk tersebut.

Yang ini pula saya ceritakan tentang apa yang anak kawan saya buat dengan produk yang saya jual. Gambar adalah gambar sebenar anaknya sedang menggunakan produk tersebut

(32)

2)TEKNIK TESTIMONI

Teknik ini sangat mudah dan berkesan. Jika anda sudah mendapatkan produk yang anda mahu promosikan, anda boleh guna testimoni anda sendiri. Anda juga boleh mendapatkan testimoni dari rakan fb anda atau pelanggan anda.

(33)

3)TEKNIK GAMBAR DAHULU

Dalam teknik ini gunakan gambar yang sangat menarik. Details produk, harga dan cara order kita pm kepada pelanggan yang berminat sahaja. Gambar yang sangat menarik perhatian akan menarik rakan rakan fb kita komen walaupun kita menulis tak sampai 10 patah perkataan sahaja .

(34)

Mesti buat FACEBOOK PAGE

Fanpage ni ibarat kedai yang akan digunakan untuk menjual pelbagai produk di facebook.Bagaimana nak buat fanpage?

Ringkasnya klik sahaja link ini: https://www.facebook.com/pages/create/

Lengkapkan Facebook Page.

Pastikan ada timeline cover, default picture

Buat post di fanpage..

Create album mengikut kategori produk atau mengikut jenis produk sekiranya anda mempunyai banyak gambar untuk setiap produk.

Update status berkaitan info produk..Berikan info produk selengkapnya kepada pelanggan anda. Ini adalah berkenaan pendidikan anak anak.

Update gambar stok produk anda terutamanya gambar real. Ini gambar stok, aktiviti dan gambar agen yang mengambil stok.

Jadualkan post anda pada waktu waktu puncak waktu puncak ramai orang buka Facebook. Sekiranya page anda telah berusia setahun, anda boleh semak dekat bahagian insight, bilakah waktu paling ramai fanpage anda online. Atau anda boleh gunakan nota ini sebagai rujukan bila paling ramai orang online.

Sebab pertama sekali, Facebook ni berunsurkan ‘Live Updating’. Contohnya, kalau kita

buat promosi pada waktu 3am, orang yang buka facebook pada jam 9pagi mungkin dah tak nampak post promosi anda sebab sudah ditenggelami post dan status update dari kawan-kawan lain dalam friendlist dia.

(35)

Jadi,bilakah waktu promosi yang sesuai?

Selepas subuh (6am – 7am):

Waktu sebegini, bagus untuk mempromosikan branding anda. Sebab orang baru bangun tido, baru celik mata, baru mandi, masih segar, minda masih fresh. Jadi post yang sesuai untuk bina branding? Bagilah tazkirah pagi, kata-kata motivasi, tips

menceriakan hari, pastu letak ‘link website’ anda ke, link ‘fanpage ke’ dan sebagainya.

Post promosi produk kesihatan pun bagus sebabnya orang baru bangun tidur, ada yang baru sarapan pagi dan ada dah pasang niat malam sebelumnya untuk kuruskan badan.

Selepas minum pagi (8am – 10am):

Yang masuk kerja pagi, ada yang pegi minum kopi dulu, ada yang santai2 check smartphone dorang, (tak terfikir ke apasal ada yang update status mcm 24hrs di Facebook? Sebab dorang browse dari smartphone ler). Masa ni memang sesuai untuk

terus bina branding perniagaan anda. Kalau ada ‘testimoni’ dari pelanggan, boleh post

sekali masa waktu ni.

Waktu makan tengah hari (12pm – 2pm)

Lunch time, apa lagi, facebook lah. Standard la tu. Tgh makan mmg tak check. Tapi lepas makan? Ha, smartphone kluar lagi, ada yang guna tablet, login facebook, update status, gambar ikan goreng la, sambal belacan la, kari ayam la, dan masa ni juga kalau kita mula nak post PROMOSI produk kita sangat sesuai. Sertakan juga testimoni pembeli kalau ada. Gambar memainkan peranan penting jadi kalau ada gambar yang boleh terujakan lagi seseorang tu, post le.

Selepas minum petang (4pm – 6pm):

Ni pulak, ada yang da mula masuk mood shopping. Yang wanita, dah mula buka balik post-post yang menarik perhatian mereka masa WAKTU LUNCH tadi. Sama juga dengan lelaki. Tetapi, mereka masih belum nak beli. Yang beli tu memang da sedia

‘ready cash’ dalam akaun dan ada masa untuk buat internet banking dan sebagainya.

Tapi lazimnya, seseorang tu akan memikirkan dulu tentang produk tu. Dia akan gambarkan produk tu dalam minda dia dalam perjalanan balik dari ofis. Jadi masa ni,

boleh post promosi seperti “Terhad, hanya untuk 5 pelanggan pertama sahaja, harga

sekian2. Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi sekian-sekian”.

(36)

Selepas makan malam & Isyak (9pm – 12midnight):

Inilah waktu HOT. Tapi jangan sampai buat promosi seperti tiada hari esok. Islam menggalakkan kita untuk menuju kearah kesederhanaan. Jadi buat promosi pun sederhana sahaja. Gunakan ayat-ayat soft selling untuk menarik perhatian. Gunakan ayat-ayat yang dapat memberikan impak emosi kepada bakal pembeli. Dan masa ni jugalah anda MESTI online kalau anda buat promosi. Kerana kalau pembeli tu dah memang bersedia nak beli, tapi anda pulak tak online, dan ada tawaran lagi satu dari peniaga lain, mereka akan beli dari orang tu pula.

Dan ini adalah hasil dari pengalaman buat promosi di Facebook secara percuma. Respons yang kita dapat dari pembeli dan trend membeli secara online pada waktu apa.Semak waktu paling ramai ahli fan online di bahagian Fanpage

(37)

PENGIKLANAN DI FACEBOOK

Mengapa pengiklanan di Facebook? Ianya adalah cara paling cepat dan pantas untuk mendapatkan pelanggan baru yang membeli produk produk kita. Bagi mana mana peniaga tujuan utama buat iklan berbayar adalah untuk mendapatkan JUALAN.

Pengiklanan di Facebook ada banyak teknik, topiknya juga sangat banyak.

Dalam Panduan ini saya mahu berkongsi cara paling mudah dan cepat mendapatkan pelanggan yang membeli produk anda.

Cara paling cepat dan mudah ialah menggunakan Iklan Jenis Page Post Advert. Ianya sangat mudah dan cepat. Jika anda sudah mahir seperti saya, iklan boleh siap dalam masa 5minit. Pelanggan pula boleh membeli bertalu talu dalam tempoh 1jam selepas iklan dan akan terus membeli dalam tempoh berbulan bulan selagi anda meng aktifkan iklan. Saya ada beberapa iklan yang sebegini..Ada buktinya..

Untuk memahami bagaimana Iklan Jenis Page Post Advert berfungsi, 5 perkara penting ini perlu anda faham.

1)Gambar produk

2)Skrip Jualan Dibawah Gambar 3)Tajuk Iklan/Tajuk Fanpage

4)Cara setting iklan terutama dibahagian TARGETTING 5)Cara FOLLOWUP pelanggan

(38)

GAMBAR

Post kan di facebook page anda satu GAMBAR yang menarik perhatian. Gambar bersaiz 700 px X 700px, tidak mengandungi lebih 20% teks, buat frame merah atau hitam untuk menonjolkan isi gambar. Background berwarna putih atau yang berwarna cerah. Sekiranya anda tidak tahu langsung nak edit gambar, upah designer untuk buat.Gambar yang bagus ialah gambar yang menggabungkan gambar produk dengan anak anak yang menggunakan produk tersebut. Dibawah adalah beberapa contoh gambar yang kami telah gunakan sepanjang proses mengiklan guna iklan berbayar dan ianya sangat berkesan menghasilkan jualan yang sangat banyak.

(39)
(40)
(41)

SKRIP JUALAN DIBAWAH GAMBAR

Selepas gambar, perkara kedua terpenting ialah skrip jualan dibawah gambar. Bagaimana pelanggan respons kepada iklan anda sangat dipengaruhi oleh apa yang anda tulis dibawah gambar. Dan yang paling penting sekali ialah Headline ayat jualan.

10 perkataan terawal yang anda tulis dalam skrip jualan anda akan menentukan bakal pelanggan anda mahu klik iklan anda atau tidak. Untuk buat headline dan juga skrip jualan ini ianya memerlukan latihan berkali kali. Anda perlu selalu buat dan selalu latihan untuk produk produk yang anda ada dan test buat iklan guna skrip jualan tersebut, adakah pelanggan anda tertarik untuk klik dan seterusnya membuat pembelian..

Contoh pentingnya headline ini anda dapat lihat apabila kita buat pengiklanan berbayar, ia menentukan adakah bakal pelanggan mahu klik atau tidak.

(42)

JENIS JENIS HEADLINE

1.Contoh Headline berbentuk MANFAAT:

MAHU anak pandai alif ba ta seawal usia 2 tahun? SMS “bijakalifbata” ke 017 -9228892.Pakej Anak Bijak Alif Ba Ta ini khusus untuk mengajar anak anak anda kenal alif ba ta sampai pandai..Berminat nak order ? SMS “bijakalifbata” ke 017-9228892 untuk mendapatkan free gift!

10 perkataan terawal inilah yang akan menentukan pelanggan anda mahu klik iklan anda atau tidak?

Belajar menulis Headline 5-7 patah perkataan terbaik.. Contoh: Mahu anak pandai Alif Ba Ta seawal usia 2 tahun?

(43)

2.Headline berbentuk SOALAN ATAU MASALAH

(Masalah)? (Nama Produk) membantu (Siapa pelanggan) dalam masa (Berapa lama), supaya (Apa kesannya).SMS/WhatsApp (Nombor telefon) untuk dapatkan harga produk. Untuk 3 pembeli pertama, kami berikan (Tawaran hebat).

Berikut adalah Format untuk menulis skrip jualan: 1.Headline

2.Sub-headline –ada kene mengena dengan headline 3.Problem-mengenalpasti masalah prospek

4.Solution-Beri penyelesaian kepada permasalahan di atas yang berkaitan dengan produk

5.Testimoni @ Manfaat Produk

6. CALL TO ACTION (Arahan untuk pelanggan bertindak)

Contoh dibawah ialah SKRIP JUALAN UNTUK PAKEJ ANAK BIJAK ALIF BA TA: 1.Headline berbentuk MANFAAT

2.Maklumat produk iaitu CARA GUNA PRODUK 3.Testimoni Pelanggan

(44)

Contoh SKRIP JUALAN:

Headline berbentuk MANFAAT

Wah seronoknya Baby Irfan belajar Alif Ba Ta sekarang! Belajar santai sambil bermain, menyanyi membuat si comel ini teruja sekali, Alhamdulillah ummi ayah pun gembira

Jom mulakan pendidikan mengenal Al-Quran dengan PAKEJ ANAK BIJAK ALIF BA TA ini. Sesuai digunakan dari bayi 6 bulan ke atas. Pakej yang lengkap and its Highly recommended!

Maklumat produk iaitu CARA GUNA PRODUK

Pakej ini merangkumi 3 set ie VCD Mengenal Quran 1, Kad Imbas Anak Bijak Alif Ba Ta dan 3 Poster Alif Ba Ta.

Cadangan cara penggunaan Pakej menarik ini Untuk anak berumur 6 bulan – 2 tahun:

1. Pasang VCD di TV/Laptop/Komputer. Abang Ariffin akan ajar anak anda mengenal huruf hijaiyah sambil bernasyid dan mengenal objek dalam 3 bahasa – B.Melayu, English dan Arab. Sampel VCD Belajar Cepat Membaca Al-Quran siri 1:

http://youtu.be/05YbLitMqbQ

2. Guna kad imbas dan layangkan kepada si comel anda secepat 2-3 saat untuk 1 huruf kepada setiap hari. Boleh dibuat bila-bila masa selepas mandi, selepas makan, sebelum tidur setiap hari. Jika anda nyanyi bersama si manja macam Abang Ariffin ajar anak pasti teruja!

3. Tampal poster Alif Ba Ta pada satu dinding tumpuan si manja anda agar dia dapat lihat setiap hari. Hidupkan suasana pembelajaran Al-Quran di rumah pasti membantu!

Cadangan cara penggunaan Pakej menarik ini Untuk anak berumur 2 tahun ke atas:

1. VCD masih digunakan. Menyanyilah bersama si manja sambil membuat gerakan yang boleh membuat anda ketawa bersama. Boleh mula tunjukkan objek2 yang diajar dalam VCD untuk anak anda kenal lebih dekat lagi. Sampel VCD Belajar Cepat

Membaca Al-Quran siri 1: http://youtu.be/05YbLitMqbQ

2. Anak seusia ini da mula banyak bergerak dan tidak akan duduk setempat dalam 2-3 saat pertama. Jadi anda boleh bermain dengar cari dan teka huruf, boleh susunkan di lantai dan anak mencari huruf yang disebut oleh ibu ayah. Bila anak berjaya jumpa, pujilah dia selambung2nya, Pandainya anak ummi, Cepatnya dia etc. Anak pasti gembira. Cara lain, pegang jari anak anda, dan ajar dia cara menulis huruf2 sambil

(45)

menyebut nama huruf. Ini akan dapat membantu anak cepat mengingat huruf2 tersebut.

3. Poster yang ditampal juga boleh digunakan untuk bermain seperti di atas

Penggunaan pakej mengikut peringkat umur ini hanya cadangan sahaja. Anda tentukan kerna anda lebih mengenali anak-anak anda. Lebih kreatif lebih baik.

Testimoni Pelanggan

TESTIMONI Pn Rabiatul Nabila ibu kepada baby Zahratul Iman 3 bulan

"Dilatih sejak awal 3 bulan, dia memang menunjukkan minat. Bila saya tunjuk je flashcard memang dia akan membulatkan mata dan ikut saya menyebut walaupun bunyinya memang tak sama. In fact, kalau saya lambat bagi dia pegang kad, memang dia akan menjerit-jerit nyaring. Tengok pada respond dia, saya memang rasa dia cenderong belajar menggunakan flashcard. Sekarang saya dah ajar dia sampai huruf 'ya'. Tapi saya tak tekan sangat, saya ajar santai. Sambil mengajar sambil bergurau-gurau. Kadang-kadang saya selitkan juga dengan permainan lain bila mood dia tak baik, sebab takut dia boring."

CALL TO ACTION

Setiap pembelian dengan Kedai Anak Bijak akan menerima:

** PERCUMA Tips/panduan mengajar anak menggunakan kad imbas Anak Bijak Alif Ba Ta untuk ibu bapa dan guru

** PERCUMA 1 Buku Siri Mewarna dan Membaca Jawi.

All item ready stok dan sedia untuk dipos sebaik terima bayaran.

Harga?Hanya RM50 termasuk pos Sem / RM54 termasuk pos Sabah Swak.

Tapi hanya TERHAD UNTUK 10 ORANG SAHAJA!

Jadi apa tunggu lagi….DAPATKAN SEKARANG SEBELUM TAWARAN HABIS!

Untuk tempahan ada dua cara:1. SMS >PAKEJANAKBIJAK< hantar ke 01723898852. PM AIP >PAKEJANAKBIJAK< diwww.facebook.com/messages/ KedaiAnakBijak

Info selanjutnya akan diberikan. Yang berminat boleh komen 'SAYA NAK' di bawah. Segera sebelum tawaran tamat!!

(46)

Apakah yang perlu ada pada ayat CALL TO ACTION ??

Untuk pastikan pelanggan bertindak membuat pembayaran, arahkan pelanggan anda untuk :

1.SMS/WhatsApp

2.Hantar private message kepada page 3.Add sebagai friend

CONTOH:

Untuk tempahan ada dua cara SMS/WhatsApp pakejbijakmengaji ke 017-9228892 atau hantar mesej ke http://www.facebook.com/messages/clothdiapermurah bagi

melayakkan tuan mendapatkan free gift dengan setiap pembelian Pakej Anak Bijak Alif Ba Ta

Untuk menviralkan promosi, galakkan pelanggan anda komen, like dan share

Info selanjutnya akan diberikan. Yang berminat boleh komen 'SAYA NAK' di bawah. Segera sebelum tawaran tamat!!

Mohon LIKE & SHARE. Mungkin saudara mara atau sahabat handai anda sedang mencari hadiah untuk si manja mereka juga. Didoakan agar semua mendapat manfaat.

(47)

Setelah iklan di facebook, pelanggan akan komen di bawah

gambar, mereka minta pm, apa nak jawab pada setiap komen:

Azzura Mat Noor, Terima kasih kerana berminat dengan Pakej Anak Bijak Alif Ba Ta. semoga anak puan jadi anak soleh..SMS pakejbijakalifbata ke 017-9228892 atau hantar mesej ke https://www.facebook.com/messages/clothdiapermurah bagi melayakkan puan mendapatkan free gift dengan setiap pembelian Pakej Anak Bijak Alif Ba.

(48)

PELANGGAN AKAN PM DI PAGE APA NAK JAWAB ???

Assalamualaikum, puan yang budiman.

Didoakan puan sentiasa sihat dan diberkati Allah. Amin....

Terima kasih kerana berminat membeli Produk Pakej Anak Bijak Alif Ba Ta

Pakej Anak Bijak Alif Ba Ta ini boleh membantu anak dengan cara:

VCD Belajar Cepat Membaca Al-Quran siri 1 ini membantu anak anda mengenal huruf-huruf hijaiyah. Selepas anda mula belajar mengecam huruf-huruf menerusi VCD, anda boleh bermain flashcard alif ba ta ini dengan anak-anak anda..hanya flashkan sekali sehari, anda pasti akan nampak hasilnya.Kemudian tampalkan 3 poster di dinding rumah, insyaallah hari hari tengok poster, mudah anak anda nak kenal huruf alif ba ta dan kenal baris.memang best..anak anak happy dan mak bapak pun happy ...alhamdulillah

Harga Jualan kami ialah RM50 seunit termasuk caj poslaju dalam Semenanjung Msia

Jika berminat, cepat cepat buat bayaran ke Akaun Bank

MAYBANK No Akaun: Nama:

Third Party Email:

CIMB No Akaun: Nama:

Third Party Email:

Selepas bayar sms/WhatsApp kepada 013-4928 630 atau email kpd emydin@gmail.com nama bank (maybank atau CIMB), masa bayaran, jumlah bayaran, nama produk, nama penuh, alamat penghantaran, dan juga phone no untuk kami pos laju.

Referensi

Dokumen terkait

Saya memiliki tanggung jawab untuk mengarahkan pikiran saya pada perkara yang di atas (Kolose 3: 1–4), tetapi transformasi dari pemikiran saya yang sebenarnya

Dalam hal isteri tidak mau memberikan persetujuan, dan permohonan izin untuk beristeri lebih dari satu orang berdasarkan atas salah satu alasan yang diatur dalam pasal 55

dapat diatur apakah output menuju main output, monitor, atau grouping. Selain audio mixer juga dihubungkan dengan effect unit dengan menggunakan jalur send dan

EDUKASI SECARA DARING TENTANG PEMANFAATAN MOODLE UNTUK GURU DAN DOSEN SELAMA PANDEMI COVID-19 Khoirul Rista Abidin 1 , Puji Astuti 1 ,Zahro Mufidah 1 ,Fadli Sukandiarsyah 1 ,

Berdasarkan hasil penelitian yang telah dijabarkan sebelumnya, pada umum nya peneliti menggambarkan bahwa kualitas pelayanan di instansi pemerintahan yang masih belum

Akurasi nilai k tidak stabil dipengaruhi oleh sebaran data pada suatu kelas yang tidak beraturan (sebaran data tetangga pada suatu kelas yang sama dapat

Kesimpulan yang dapat diambil dari penulisan ini yaitu, motivasi karier dan motivasi mengikuti USAP merupakan faktor yang mempengaruhi minat mahasiswa akuntansi Universitas