• Tidak ada hasil yang ditemukan

27994363-Pengenalan-Pertolongan-Cemas.pdf

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "27994363-Pengenalan-Pertolongan-Cemas.pdf"

Copied!
36
0
0

Teks penuh

(1)

PENGENALAN

PERTOLONGAN

(2)

PENGENALAN

PERTOLONGAN CEMAS

Disusun oleh:

YUSNIZAM BIN

YUSOFF

PEMBANTU PERUBATAN

AMBULAN

(UNIT KECEMASAN

BERMOTOSIKAL) IBU PEJABAT KEBANGSAAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

ISI KANDUNGAN

Muka

Surat

Skop Pertolongan Cemas

2

Luka & Pendarahan

10

Patah

17

Kecederaan Sendi dan Otot-otot

23

Terbakar dan Melecur

27

(3)

SKOP

PERTOLONGAN

CEMAS

(4)

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Pertolongan Cemas

Pertolongan cemas adalah bantuan permulaan atau rawatan awal yang diberikan kepada mangsa atau pesakit.

Konsep Pertolongan Cemas

Pertolongan Cemas ditakrifkan / diertikan sebagai Bantuan Permulaan / Bantu Mula / Rawatan Awal yang diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang kemalangan atau sakit secara

mengejut / tiba-tiba dengan menggunakan objek sekeliling sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar

perubatan atau sebelum mangsa dihantar ke hospital.

TUJUAN PERTOLONGAN CEMAS

1. Selamatkan nyawa

Memberi bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa di dalam situasi yang mengancam nyawa seperti pendarahan yang banyak, terhenti pernafasan dan jantung, terbakar dan melecur dan lain lain lagi.

2. Mengelakkan dari bertambah buruk

Memberi rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas untuk mengelakkan kecederaan atau keadaan pesakit menjadi bertambah buruk.

3. Mengurangkan kesakitan

Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata semangat untuk memberikan kelegaan kepada pesakit

DAPATKAN BANTUAN KECEMASAN ATAU LANJUTAN

• Dapatkan bantuan seseorang untuk memanggil ambulans dengan kadar yang segera • Jangan tinggalkan mangsa keseorangan sehingga bantuan tiba.

MENILAI SITUASI MANGSA (PRIMARY SURVEY)

Bertindak

D

R

A

B

C

D = Danger (Bahaya)

R = Response (Tindak balas/Reaksi) A = Airway (Saluran pernafasan) B = Breathing (Pernafasan)

C = Circulation (Peredaran/Pengaliran Darah)

RESPONSE (TINDAKBALAS / REAKSI)

Dapatkan tindak balas atau reaksi dari mangsa.

Jika sedar :

• Tanya mangsa keadaannya

• Pastikan kecederaan atau kesan lain

• Berikan rawatan yang sewajarnya

• Dapatkan bantuan jika perlu

Jika tidak sedar :

Pastikan saluran pernafasan terbuka dan tiada halangan

Periksa samada mangsa bernafas atau tidak.

Periksa pengaliran darah dengan merasa denyutan nadi di leher (karotid)

Tahap kesedaran mangsa boleh dibahagikan kepada 4 peringkat iaitu: 1) A - Alert (sedar sepenuhnya)

2) V - Verbal (respon terhadap suara)

3) P – Pain (respon terhadap kesakitan/sentuhan)

(5)

SECONDARY SURVEY (MEMERIKSA MANGSA)

Pemeriksaan tubuh badan mangsa untuk membuat penilaian bolehlah diringkaskan seperti berikut:

Bahagian Tindakan

a) Kepala Pemeriksa kesan-kesan kecederaan yang terdapat pada muka dan keseluruhan bahagian kepala mangsa untuk melihat pendarahan, terbakar, bengkak dan sebagainya.

b) Leher Periksa belakang tengkuk dan nadi. c) Belakang Periksa ruas-ruas tulang belakang.

d) Badan Periksa keseimbangan tulang rusuk, turun naik dada, patah dan sebagainya. e) Tangan Periksa nadi, luka, terkehel dan sebagainya.

f) Kaki Periksa tempurung lutut, patah dan sebagainya.

S Sign / Symptom (Tanda dan gejala) A Alergic (Alahan)

M Medication (Ubatan yang diambil) P Past History (Penyakit yang sedia ada) L Last Meal (Makanan terakhir)

E Event (Punca kejadian)

Untuk mangsa yang mengalami kecederaan bolehlah diperiksa seperti berikut:

D - Deformity C - Concussion A - Abrasion wound P - Punctured wound B - Burn

T - Tenderness ( sakit bila disentuh) L - Laceration wound

S - Swelling

VITAL ORGAN

Adalah organ-organ yang penting di dalam tubuh badan.

Keutamaan (Priority)

1. Otak

Respon, saiz anak mata 2. Jantung

Nadi (Pulse) 3. Paru-paru

Pernafasan (breathing) 4. Hati

Kulit Kelihatan Kekuningan 5. Buah Pinggang

5.1. Bengkak-bengkak pada kulit 5.2. Masalah kencing.

NADI

Nadi ialah tindakbalas pengepaman jantung yang boleh dikesan di seluruh arteri yang selari dengan tulang

Tempat mudah untuk merasai nadi ialah:

1. Pergelangan Tangan - Radial 2. Pangkal Lengan - Brachial 3. Leher - Karotid

(6)

Semasa merasa nadi perkara yang perlu diambil perhatian adalah:

1. Bilangan denyutan nadi

Dewasa (60 – 80 kali seminit) Kanak-kanak (80 - 120 seminit) Bayi (120 -160 kali seminit) 2. Rentak nadi (rhythm)

3. Kekuatan (strength)

RENJATAN (SHOCK)

Suatu keadaan dimana peredaran darah terganggu disebabkan oleh penurunan tekanan saluran darah menyebabkan organ – organ penting tidak dapat berfungsi dengan baik.

Sebab-Sebab renjatan

1. Kehilangan bendalir badan (hypovolumic shock)

a) Kehilangan Darah (haemorrhagic shock)

Pendarahan yang banyak

b) Kehilangan Cecair (haemotegenic shock)

Terbakar – kehilangan plasma Muntah-Muntah

Cirit-birit

2. Keadaan emosi (neurogenic shock)

Terlampau takut Terkejut Berita buruk

3. Saraf (Anaphylitic shock)

Terlampau sakit Alahan / allergi

Tanda-Tanda & Gejala APA YANG HARUS DILAKUKAN

• Kulit kelihatan pucat • Kulit sejuk dan berpeluh /

melekit

• Loya, lemah dan pening • Nadi cepat dan lemah • Nafas cepat dan sesak • Tekanan darah rendah • Dahaga

• Resah gelisah • Pandangan kabur

Tidak sedarkan diri

• Terlentangkan pesakit, tinggikan kedua-dua kaki untuk menggalakkan pengaliran darah ke otak.

• Longgarkan pakaian yang ketat terutama di bahagian leher dan pinggang.

• Tentukan keadaan sekeliling selesa dan dapatkan seberapa banyak udara yang bersih.

• Selimutkan mangsa agar sentiasa panas, tetapi jangan biarkan badannya terlalu panas.

• JANGAN beri sebarang makanan atau minuman kepada pesakit kerana ini boleh menyebabkan muntah.

• Berikan keselesaan dan keyakinan kepada pesakit, kenal pasti kecederaan-kecederaan yang ada dan berikan bantuan kecemasan yang sewajarnya.

(7)

• Perhatikan pernafasan dan denyutan jantung (nadi). 1. TIDAK BERNAFAS – Bantuan pernafasan. 2. TIADA DENYUTAN NADI – CPR

3. BERNAFAS – Baringan pemulihan (recovery position).

• Dapatkan bantuan ambulans dengan segera.

TERCEKIK

Gejala utama menyebabkan asfiksia adalah apabila berlaku TERSEKAT SALURAN PERNAFASAN disebabkan oleh benda-benda asing atau makanan. Ini akan menyebabkan kegagalan oksigen untuk sampai kepada sel-sel badan.

Kaedah HEIMLICH MANUEVER (ABDOMINAL

THRUST) dan CHEST THRUST

HEIMLICH MANUEVER / ABDOMINAL THRUST Tekanan Abdomen Rawatan

1. Mengeluarkan benda asing dengan teknik `abdominal thrust’ atau `Heimlich manuever’

2. Membuka saluran pernafasan 3. Periksa pernafasan dan denyutan

nadi

4. Lakukan CPR jika tiada pernafasan dan denyutan nadi

5. Apabila denyutan nadi dan

pernafasan pulih, baringkan mangsa dalam kedudukan pemulihan 6. Periksa pernafasan dan tahap

kesedaran.

CHEST THRUST Tekanan Dada

Tercekik: Mangsa dewasa menjadi tidak sedar

(8)

Angkat dagu dan lidah dengan satu tangan sementara tangan yang lain digunakan untuk mengeluarkan objek asing dalam mulut dan tekak dengan menggunakan jari.

Dongakkan kepala mangsa untuk membuka saluran pernafasan. Berikan bantuan pernafasan. Sekiranya tersekat, lakukan tekanan abdomen (Abdominal Thrust).

Untuk melakukan tekanan abdomen, melutut dan duduk pada paras lututnya serta mengadap mangsa. Letak tumit tapak tangan di tengah abdomen dan letakkan tapak tangan kedua di atas yang pertama. Tekan sebanyak 6-10 kali dengan satu pergerakan yang kemas dan cepat.

Sentiasa periksa sekiranya objek asing telah keluar. Buka mulut, angkat dagu dan lidah dan periksa mulut. Sekiranya terdapat gigi palsu bolehlah ditanggalkan jika perlu untuk memudahkan pemeriksaan mulut. Dongakkan kepala mangsa dan beri bantuan pernafasan. Sekiranya masih tersekat, ulang semula perkara-perkara di atas dengan cepat.

- Tekan abdomen - Periksa mulut

- Beri bantuan pernafasan

Ulang sehingga bantuan pernafasan tidak tersekat.

Tercekik: Mangsa dewasa yang tidak sedar

Tentukan tahap kesedaran mangsa dengan menepuk bahu dan memanggil. Sekiranya tiada respon, jerit “Tolong!” dan hubungi ambulan. Terlentangkan mangsa.

(9)

Buka saluran pernafasan dengan mendongakkan kepala mangsa dan periksa pernafasan (melihat, mendengar, merasa).

- Melihat dada turun naik - Mendengar pernafasan

- Merasa haba pernafasan dengan pipi

Sekiranya tiada tanda-tanda pernafasan, berikan bantuan pernafasan. Sekiranya tersekat, dongakkan kepala sekali lagi dan beri bentuan pernafasan.

Sekiranya masih tersekat, mangsa mungkin tercekik. Lakukan tekanan abdomen sebanyak 6-10 kali. Periksa mulut mangsa sekiranya ada objek asing yang terkeluar. Sekiranya ada, keluarkan objek tersebut dengan membuka mulut serta mengangkat dagu dan lidah mangsa dan korek menggunakan jari.

Dongakkan semula kepala mangsa dan beri bantuan pernafasan. Sekiranya masih tersekat ulang semula tindakan di atas dengan cepat.

Sekiranya mangsa terlalu gemuk atau mengandung, tekan di atas dada seperti kedudukan CPR.

Rawatan bayi tercekik

Pastikan tahap kesedaran bayi dengan menepuk bahunya perlahan-lahan. Jika tiada respon, jerit “Tolong!” dan hubungi ambulan. Terlentangkan bayi dan buka saluran pernafasan. Pastikan jangan di dongak secara berlebihan.

(10)

Sekiranya tiada tanda-tanda pernafasan beri bantuan pernafasan dengan cara melekapkan mulut anda di sekeliling mulut dan hidung bayi. Jika tersekat, dongakkan semula kepala bayi dan beri bantuan pernafasan lagi. Jika masih tersekat lakukan Back thrust dan Chest thrust.

Tiarapkan bayi dengan mengampunya menggunakan tapak tangan serta lengan.

Letakkan bayi di bahagian paha dengan kedudukan kepala bayi rendah dari paras badannya. Tepuk 5 kali di antara tulang belikat bayi dengan menggunakan tumit tapak tangan.

Kemudian terlentangkan bayi dan ampu leher serta badan bayi dengan kedudukan kepala rendah dari badannya. Tekan 5 kali di atas dadanya seperti melakukan CPR.

Kemudian buka mulut bayi dengan teknik angkat dagu dan lidah serta periksa sekiranya ada objek asing. Sekiranya ada, korek objek tersebut dengan menggunakan jari kelingking.

Cuba buat hembusan semula. Jika masih tersekat ulang semula teknik di atas sehingga objek dapat dikeluarkan dan bantuan pernafasan berjaya.

(11)

LUKA

&

PENDARAHAN

(12)

LUKA

Kecederaan kepada tisu disebabkan oleh benda-benda tajam atau tumpul.

Luka boleh diklasifikasikan kepada dua sifat iaitu: 1. Luka Tertutup

2. Luka Terbuka

Contoh Luka Tertutup

Pendarahan di otak 1. Luka Tertutup

Kecederaan kepada tisu di bawah kulit dimana kesinambungan kulit tidak terganggu dan luka tidak dapat dilihat dari luar. Darah juga tidak keluar ke permukaan kulit.

Contoh Luka Tertutup:

a. Kontuse

Akibat daripada terkena pukulan kuat. Pendarahan berlaku di bawah kulit. b. Haematoma

Pendarahan yang menjadi beku dan kelihatan biru kehitaman.

2. Luka Terbuka

Kecederaan kepada tisu kulit dimana kesinambungan kulit terganggu. Luka dapat dilihat dari luar dan terdapat pendarahan yang keluar ke kulit.

Lebam Contoh Luka Terbuka

Jenis Sebab Contoh

a. Luka Terhiris Benda-benda tajam & nipis Pisau

b. Luka Calar Balar Tersagat Permukaan yang kasar c. Luka Tikaman Benda-benda tajam &runcing Paku / pisau

d. Luka Terkoyak Cakaran Cakaran kuku binatang / kawat duri e. Luka Tembakan Tembakan Peluru pistol

f. Amputasi / kudung Kemalangan Putus Tangan / Kaki

Luka Geseran Luka Terhiris

(13)

LAPISAN KULIT

LUKA TERTUTUP Luka calar-balar

(14)

Luka tembakan Luka tikaman

Rawatan untuk luka

Luka terbuka

Untuk luka terbuka yang tidak banyak pendarahan, lakukan teknik 2 C iaitu: 1. Clean (bersihkan) Bersihkan luka dari sebarang kekotoran. 2. Cover (tutup) Tutup luka dengan gauze atau kain yang bersih. Teknik 2 C ini dilakukan adalah untuk menghalang

1. Pencemaran luka 2. Jangkitan kuman 3. Pembiakan kuman

Untuk luka terbuka yang mempunyai banyak pendarahan lakukan teknik D.I.E. Teknik ini akan diterangkan dengan lebih lanjut di dalam topik pendarahan.

Luka tertutup

Untuk luka tertutup, berikan tuaman sejuk untuk menghentikan pendarahan yang berlaku di bawah kulit. Luka tertutup yang serius ialah yang menyebabkan berlakunya pendarahan dalaman seperti di otak, paru-paru, perut dan lain-lain lagi.

(15)

KUDUNG (Amputasi)

(Putus Anggota badan)

Apa Perlu Dilakukan ?

Langkah Pertama

Jika ada balutkan anggota yang terpisah dengan kain bebat yang bersih

Jika tiada lakukan Langkah Kedua

Langkah Kedua

Masukkan anggota yang terputus ke dalam sebuah beg plastik atau bekas yang bersesuaian

Langkah Ketiga

i. Dapatkan sebuah lagi beg plastik atau bekas yang bersesuaian

ii. Masukkan ais Jika ada atau air sejuk. iii. Masukkan beg plastik yang berisi anggota

yang terputus ke dalam bekas yang mengandungi ais/air sejuk

BAWA KE HOSPITAL DENGAN KADAR SEGERA BERSAMA DENGAN MANGSA

PENDARAHAN

Pendarahan boleh didefinisikan sebagai:

Terkeluarnya darah daripada sistem peredarannya.

Atau

Tercederanya sistem edaran. Pendarahan boleh berlaku melalui: 1. Pendarahan Arteri (salurnadi)

(16)

2. Pendarahan Vena (Pembuluh)

Darahnya berwarna merah tua kerana kurang mengandungi oksigen dan mengalir keluar perlahan-lahan.

3. Pendarahan Kapilari (Rerambut)

Darahnya keluar secara meleleh.

Pendarahan boleh diklasifikasikan kepada dua iaitu: 1. Pendarahan Luaran (External)

Pendarahan yang boleh dilihat dengan mudah dan berlaku pada / melalui lapisan kulit. 2. Pendarahan Dalaman (Internal)

Pendarahan dalaman boleh dikenalpasti melalui tanda-tanda atau keadaan berikut: a) Adanya tanda-tanda bengkak pada kulit

b) Kulit pucat dan berpeluh sejuk / melekit c) Kebiruan (cynose) pada bibir dan kuku d) Denyutan nadi cepat tetapi lemah. e) Pernafasan cepat dan cetek

f) Darah mungkin keluar dari rongga yang terbuka g) Muntah darah atau najis bercampur darah h) Ada tanda-tanda renjatan

i) Tahap kesedaran semakin menurun

Rawatan pendarahan

D DIRECT PRESSURE

(Tekanan Langsung)

I INDIRECT PRESSURE

(Tekanan tak langsung)

E ELEVATE

(Tinggikan)

Tindakan yang perlu diambil ialah:

1. Bersihkan luka dari kotoran.

(17)

5. Periksa Nadi/Pernafasan untuk menentukan tanda-tanda renjatan. 6. Jika ada tanda-tanda renjatan, beri rawatan renjatan.

7. Rehatkan mangsa dan hantar ke hospital dengan kadar segera.

(18)

PATAH

(Fracture)

(19)

PATAH

PATAH bermaksud terputusnya kesinambungan tulang.

Rangka tubuh adalah terdiri dari susunan tulang yang memberikan bentuk dan sokongan kepada tubuh. Terdapat 206 ruas tulang pada anggota badan kita dan dibahagian kepad 4 jenis:

1. Tulang Panjang - lengan / paha 2. Tulang Pendek - pergelangan tangan 3. Tulang Leper - bahu/punggung 4. Tulang Berbagai Bentuk - tulang belakang

Anda akan mempelajari lebih mendalam mengenai struktur tuland dalam pelajaran Pertolongan Cemas Asas. Patah berlaku pada tulang. Oleh kerana tulang terletak di dalam tubuh badan, adalah amat sukar untuk kita kenalpasti secara tepat.

Patah disebabkan oleh:

1. Hentaman langsung

Tulang patah / retak di bahagian di mana tekanan berlaku. 2. Hentaman tidak langsung

Tulang patah / retak di bahagian tempat yang jauh dari tempat ekanan berlaku.

Sebab-sebab lain

3. Penyakit tibi tulang di mana tulang menjadi rapuh.

4. Tarikan otot yang kuat seperti patah pada tempurung lutut disebabkan oleh tarikan mengejut otot-otot.

5. Usia

Patah terbahagi kepada 2 iaitu:

Patah Terbuka

Tulang yang patah keluar menembusi kulit dan menyebabkan luka dan pendarahan.

Patah Tertutup

Tulang yang patah tidak keluar dan boleh menyebabkan pendarahan dalaman.

(20)

Patah terbuka (tibia dan fibula)

Patah melarat

TANDA-TANDA PATAH TINDAKAN YANG HARUS ANDA LAKUKAN

Patah tulang hanya dapat disahkan dengan tepat melalui x-ray tetapi di dalam pertolongan cemas patah tulang boleh disyaki sekiranya terdapat tanda-tanda berikut:

1. Rasa sakit pada bahagian yang cedera. 2. Bengkak hanya pada tempat yang cedera. 3. Lebam.

4. Berubah bentuk. 5. Hilang upaya.

6. Penggeseran tulang apabila digerakkan (crepitus).

7. Nampak tulang jika patah terbuka. 8. Ada tanda renjatan.

Tindakan Utama ( D – R – I )

1. D – Don’t move – Kurangkan pergerakan

anggota yang patah

2. R – Rest – Mangsa hendaklah dipastikan tidak

membuat banyak pergerakan ( berehat)

3. I – Immobilize – Mencegah pergerakan anggota

yang patah dengan menggunakan tuap (splint)

Tindakan Lain

1. Buat penilaian keadaan mangsa dan pastikan tahap kecederaan yang dialami.

2. Pulihkan pernafasan mangsa jika perlu.

3. Hentikan pendarahan jika terdapat luka atau patah terbuka.

4. Pastikan pergerakan yang paling MINIMA sahaja kepada bahagian anggota yang cedera. 5. Tenangkan mangsa.

6. Jika pesakit mengalami renjatan, beri rawatan renjatan.

7. Hantar mangsa ke hospital dengan kadar segera.

Patah tulang tibia / fibula Patah tulang femur

X

X

(21)

TUAP (SPLINT) & ANDUH

Anduh Besar

Anduh Tigasegi

(22)

Patah tulang belakang (back bone)

Kecederaan pada tulang belakang boleh mengakibatkan saraf tunjang (spinal cord) yang terdapat di dalamnya tercedera. Kecederaan ini adalah serius dan perlu diberikan perhatian dan rawatan yang teliti untuk mengelakkan kecederaan menjadi bertambah buruk yang boleh mengakibatkan lumpuh atau mati.

Kecederaan tulang belakang biasanya berlaku disebabkan oleh trauma (kemalangan) samada kemalangan jalanraya, jatuh dari tempat tinggi dan sebagainya.

Tanda-tanda.

1. Pergerakan anggota badan tertentu akan menjadi lemah atau langsung tidak dapat digerakkan. 2. Deria rasa pada kulit berkurangan atau langsung tiada.

3. Tidak dapat mengawal kencing dan berak. 4. Sesak nafas dan sakit di bahagian dada 5. Tidak sedarkan diri.

(23)

LOG ROLL Mengusung pesakit di atas “ spine board”

(24)

KECEDERAAN

SENDI

DAN

(25)

KECEDERAAN SENDI DAN OTOT

Sendi adalah tempat pertemuan antara dua tulang atau lebih. Pergerakan yang melebihi had biasa pada sendi

boleh mengakibatkan kecederaan pada ligamen (tisu penyambungan antara tulang). Ligamen samada boleh meregang dengan berlebihan, terkoyak atau terputus.

Terdapat 4 jenis sendi:

1. Sendi Lesung (Ball and socket) 2. Sendi Engsel (Hinge joint)

3. Sendi Gelungsur (Slightly movable joint) 4. Sendi Tetap (Fixed joint)

Pada sendi terdapat tulang rawan (cartilage) yang bertindak sebagai kusyen atau penyerap gegaran dan terdapat juga sendi yang mempunyai cecair ‘synovial’. Sendi ini juga disebut sebagai ‘Hidro suspension joint’.

Sendi Gelungsur Sendi Lesung

Sendi Engsel Otot-otot Bisep dan Trisep

Jenis Kecederaan sendi. 1. Terkehel (Dislocation)

Pergerakan sendi yang melebihi had menyebabkan tulang beralih dari kedudukan asal dan menjejaskan struktur ligamen.

Tanda-tanda

1. Sakit (bergantung pada tahap kecederaan). 2. Bengkak

(26)

2. Terseliuh (Sprain)

Pergerakan sendi yang melebihi had dan menjejaskan ligamen tetapi tulang tidak beralih dari kedudukan asal.

Tanda-tanda

1. Sakit 2. Bengkak

3. Bertambah sakit bila bergerak 4. Pergerakan yang terhad

Terkehel

Gambarajah sendi lutut Terseliuh

Otot-otot adalah tisu yang membantu dalam melakukan pergerakan tubuh badan. Tindakbalas luarbiasa

otot-otot atau penggunaan yang berlebihan boleh menyebabkan berlaku kecederaan.

Jenis kecederaan otot. 1.Kekejangan (cramp)

Kesakitan yang mendadak disebabkan oleh pengecutan otot-otot secara tiba-tiba.

Tanda-tanda.

• Sakit • Hilang upaya

• Otot menjadi kejang dan keras

2.Keregangan (strain)

Kecederaan kepada otot-otot disebabkan bebanan atau regangan yang berlebihan.

Tanda-tanda

• Sakit • Bengkak

(27)

RAWATAN

R. I. C. E.

1. REST - Rehatkan mangsa

2. ICE - Tuaman ais

3. COMPRESSION - Balutan tekanan

4. ELEVATE - Tinggikan anggota yang cedera Tindakan untuk Kekejangan Otot

1. Rehatkan mangsa.

2. Beri tuaman sejuk (ais) pada bahagian tersebut.

3. Jika kejang berlaku pada betis atau paha, ampu kaki, tolak hujung jari-jari kaki ke arah mukanya secara perlahan.

R -

Rest injured area

I

-

Ice area for 15 min @ 2-3 hrs for first 24-48 hrs

C -

Compress area for 24-48 hrs

(28)

TERBAKAR

DAN

MELECUR

KECEDERAAN TISU KERANA HABA

PANAS, TERLALU SEJUK, BAHAN

(29)

Terbakar ialah kecederaan kepada kulit dan lain-lain tisu badan, disebabkan terkena haba kering. Terbakar boleh

disebabkan oleh api yang menyala, bahan api (flame), objek-objek panas, bahan kimia atau arus elektrik.

Melecur ialah kecederaan disebabkan oleh haba lembab, seperti air mendidih, wap atau minyak panas.

Terbakar dan melecur biasanya adalah serius. Selain daripada kesakitan dan renjatan yang serius selepas kemalangan, ia juga akan meninggalkan kesan parut.

Ketenatan mangsa bergantung kepada:

1. Luas permukaan yang cedera 2. Tempat yang terbakar atau melecur 3. Tahap terbakar

4. Umur, keadaan fizikal dan kesihatan mangsa

Jenis terbakar

Luar - Terbakar pada bahagian kulit Dalam - Terbakar dalam rongga atau perut

SEBAB-SEBAB TERBAKAR JENIS SEBAB-SEBAB

Panas kering

Bahan api / api.

Terkena dengan objek panas seperti perkakas dapur atau puntung rokok. Geseran.

Panas lembab

Wap, cecair panas seperti teh, kopi atau minyak panas. Bahan

Kimia

Kimia perindustrian seperti asap dan gas korosif.

Kimia domestik seperti peluntur cat, racun rumput, asid atau alkali. Radiasi Terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari (ultra violet).

Terdedah kepada punca-punca radioaktif. Elektrik

Arus elektrik yang rendah seperti dari perkakas rumah. Kilat dan petir.

*TERBAKAR DISEBABKAN ARUS ELEKTRIK AKAN MELIBATKAN DUA TEMPAT LUKA SAHAJA.

Terbakar dan melecur berlaku pada kulit tubuh. Tubuh badan kita mempunyai tiga lapisan kulit iaitu: 1. Epidermis 2. Dermis 3. Subcutaneous / Hypodermis Lapisan Kulit

(30)

TAHAP KECEDERAAN

Tahap Pertama (Superficial Burn)

Kecederaan Terbakar / Melecur pada bahagian kulit luar sahaja. Ianya melibatkan bahagian epidermis dan terasa sangat sakit. Kulit kelihatan kemerahan.

Tahap Kedua (Intermidiate Burn)

Terbakar lapisan kulit pertama dan kedua (epidermis dan dermis). Kulit kelihatan kemerahan gelap, lepuh dan mengelembung. Terasa sakit.

Tahap Ketiga (Deep Burn)

Semua lapisan kulit telah rosak. Kulit akan nampak terbakar hitam atau putih kering.Rasa sedikit sakit atau tidak sakit langsung jika saraf rosak.

(31)

TANDA-TANDA

• Sakit yang amat sangat bagi tahap pertama dan kedua.

• Bahagian anggota yang terlibat bewarna kemerahan pada tahap awal, merah gelap, lepuh dan mengelembung pada tahap kedua, kehitaman seperti arang atau putih pada tahap ketiga.

• Pengaliran keluar plasma • Renjatan

Tindakan

Adult – rule of nines

3B

1. Burning Stop Padamkan 2. Breathing Maintain Periksa Pernafasan 3. Body Examine Periksa tahap terbakar 3C 1. Cool Sejukkan 2. Cover Tutup bahagian yang terbakar 3. Carry Bawa ke tempat selamat. Hantar ke hospital. Pengendalian Am

1. Hentikan kebakaran – air.

2. Alihkan punca dari mangsa atau mangsa dari punca (mengikut keadaan).

3. Tentukan ia bernafas.

4. Alirkan air bagi terbakar tahap pertama dan ke dua selama 20 minit atau sehingga kesakitan berkurangan.

5. Periksa A,B,C dan tentukan tahap terbakar.

6. Tenangkan mangsa dan pastikan kecederaan tidak merebak supaya tidak berlaku renjatan.

7. Selimutkan dengan kain yang telah dibasahkan.

8. Beri rawatan renjatan jika perlu dan hantar ke hospital dengan segera.

(32)

LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL

PERLU JANGAN

Basuh tangan sebelum memberi rawatan dan pakai

sarung tangan jika ada. Tanggalkan pakaian yang terlekat pada kulit. Baringkan mangsa dalam kedudukan yang selesa. Pecahkan gelembong.

Tanggalkan jam tangan, tali pinggang, pakaian ketat dan barang kemas sebelum bahagian yang tercedera membengkak.

Guntingkan kulit yang terkoyak. Guna dressing bersih dan basah untuk menutup

bahagian yang tercedera. Beri makanan / minuman.

Periksa pernafasan / nadi setiap 5 minit. Letak atau sapu marjerin, kicap, ubat gigi dan lain-lain. CPR jika perlu. Membuang masa untuk memberi rawatan.

TERBAKAR KIMIA / ASID

PENGENDALIAN TERBAKAR KIMIA

• Gunakan air mengalir untuk mencuci bahan-bahan kimia dari kulit.

• Tanggalkan kain dan barang kemas semasa mencuci dengan air yang mengalir.

• Buang bahan kimia (pepejal) yang terlekat pada kulit sebelum mengalirkan air.

• Hubungi hospital / hantar dengan segera.

Ingat

Jika bahagian mata terbakar oleh bahan kimia, perlu dibawa pada cucuran air selama 15 minit atau sehingga bantuan tiba.

(33)

Terbakar / kejutan elektrik

(Electrocution)

Boleh berlaku melalui dua cara, iaitu secara pancaran (arcing) dan sentuhan (contact).

Pancaran berlaku dalam kemalangan arus voltan tinggi (melebihi 1000 voltan). Arus elektrik memancar

daripada punca elektrik dan menyambar mangsa menyebabkan pakaian dan kulit terbakar.

Kemalangan Pancaran Tindakan anda adalah:

1. JANGAN bantu mangsa selagi kawasan kemalangan belum disahkan selamat.

2. Hubungi penguasa elektrik tempatan supaya bekalan elektrik diputuskan.

3. Bila kawasan selamat, tentukan mangsa ada nadi dan nafas. Jika tiada, lakukan CPR. 4. Rawat mangsa untuk terbakar dan juga renjatan.

5. Bawa mangsa kehospital dengan segera.

Sentuhan biasanya berlaku dalam kemalangan elektrik dalam bangunan (220-240 voltan). Mangsa tersentuh

punca elektrik menyebabkan elektrik mengalir dalam badan mangsa dan menyebabkan banyak kecederaan organ dalaman.

Kemalangan Sentuhan Tindakan anda adalah:

1. Matikan suis utama.

2. Jika ini tidak boleh dilakukan, lepaskan mangsa dari sentuhan punca elektrik dengan menggunakan bahan bukan pengalir seperti kayu, kerusi plastik dan sebagainya.

3. Tentukan mangsa ada nadi dan nafas, kalau tiada lakukan CPR.

4. Rawat kecederaan luka terbakar di dua tempat iaitu bahagian arus masuk dan keluar. 5. Rawat untuk renjatan.

(34)

PITAM

DAN

TIDAK SEDARKAN

DIRI

(35)

PITAM

DEFINISI : Kekurangan bekalan darah ke otak untuk seketika waktu SEBAB-SEBAB

1. Berdiri tegak terlalu lama dalam cuaca panas 2. Terlalu letih, kelaparan 3. Tindakbalas saraf

terhadap kesakitan 4. Persekitaran yang sesak 5. Emosi

TANDA-TANDA 1. Muka pucat 2. Berpeluh sejuk

3. Denyutan nadi cepat tetapi lemah

4. Rasa loya 5. Pening

6. Pandangan kabur

PENGURUSAN

1. Baringkan di tempat teduh dan berudara bersih 2. Longgarkan pakaian yang

ketat

3. Tinggikan bahagian kaki 4. Tenangkan dan beri

keselesaan

5. Galakkan tarik nafas 6. Rawat semua kecederaan

TIDAK SEDARKAN DIRI

Penerangan

- Tidak sedarkan diri adalah satu keadaan dimana tindakbalas saraf daripada otak ke badan dan sebaliknya tidak sampai.

- Seseorang yang akan tidak sedar diri nampak resah seperti orang mabuk. Dia akan mengantuk dan tidak boleh disedarkan walaupun dicubit. Pesakit mungkin boleh pulih atau terus tidak sedar diri. Antara sebab-sebab A - Alkohol E - Epilepsi I - Injury / insulin O - Opium - candu U - Uranium - buah pinggang D - Diabetis M - Malaria H - Hysteria

Pengurusan untuk pesakit yang tidak sedarkan diri

a. TIDAK BERNAFAS

- pemulihan pernafasan (12 kali hembusan seminit) b. TIADA DENYUTAN NADI

- CPR

(15 kali tekanan dan 2 kali hembusan)

c. BERNAFAS & ADA NADI

- Kedudukan pemulihan

Periksa kecederaan-kecederaan lain dan beri rawatan pertolongan cemas yang sewajarnya.

Serangan Sakit Jantung

Penyakit ini melibatkan kerosakan saluran darah arteri

koronari yang membekalkan darah ke otot jantung.

• Kerosakan biasanya berlaku disebabkan oleh proses

‘arterosklerosis’.

• Akibat proses ini, jantung akan mengalami kekurangan oksigen.

Arterosklerosis

• Proses penimbunan beransur-ansur bahan lemak kebanyakkannya kolestrol di bahagian dinding dalam pembuluh darah.

• Bermula daripada umur muda.

(36)

Referensi

Dokumen terkait

Menurut Wibowo dan Hardiwinoto dalam Syamsuddin (1993), “Primordialisme adalah perasaan-perasaan yang mengikat seseorang dikarenakan oleh hal-hal yang dimilikinya sejak

Što je sadržaj vode u zemljištu manji, pozitivan efekat folije je ve ć i: Uticaj mul č folije na temperaturu biljnog pokriva č a je ve ć i na varijantama redukovanog zalivanja

Kepedulian pemerintah tentang keberadaan upacara tradisional Yaqowiyu memang cukup beralasan, karena dengan mengelola atraksi ini meniiliki beberapa keuntungan antara

Mungkin banyak hal yang kita rasakan didalam hati, tapi semua itu seolah cukup untuk kita rasakan bukan untuk dikatakan.. Mau dikatakan bagaimanapun tidak akan ada orang

Teknik Lautenbach kebanyakan diikuti dengan operasi tahap kedua untuk fiksasi tulang, karena penggunaan fiksasi internal ataupun eksternal sulit dilakukan dengan

kompetensi dan kemampuan teknis karyawan dalam menunaikan tanggung jawab pekerjaannya. Seperti halnya dikatakan dalam HR. Thabrani dalam al-Muʽjam al-Awsat , No. Dengan

[r]

Dari hasil penelitian yang dilaksanakan, Dirja, dkk menyatakan bahwa penerapan metode kooperatif Tipe STAD dalam proses pembelajaran, dapat meningkatkan hasil