• Tidak ada hasil yang ditemukan

Assignment Moral Aliran Pemikiran

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Assignment Moral Aliran Pemikiran"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

PENULISAN ESEI ALIRAN PEMIKIRAN MORAL

SEMESTER: 4

TAHUN: 2017

MPU 3102

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL

DISEDIAKAN OLEH:

MARYLYN ANNE ANAK MICHAEL JEALI

No. K/P: 961108-13-5496

Program: PISMP Ambilan jun 2015

Kumpulan Akademik: ANGKA GILIRAN:

G 4.4 (SEM 4)

2015172340012

PENSYARAH:

USTAZAH FIRDAUS ABD FATAH

TARIKH SERAHAN: TARIKH DITERIMA:

(2)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS ILMU KHAS

BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

Nama:

MARYLYN ANNE ANAK MICHAEL JEALI

Angka Giliran: 2015172340012

Kod: MPU 3102

Nama Kursus: PENGENALAN KEPADA

PENDIDIKAN MORAL

Pensyarah: USTAZAH FIRDAUS ABD FATAH

Tarikh Hantar: 05 MAC 2017

Tarikh Terima (Diisi oleh pensyarah):

Pengakuan Pelajar

Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar:_____________________________ Tarikh : :__________________

Perincian Maklum Balas Kerja Kursus

Pemeriksa

Moderator (jika berkaitan)

Kekuatan:

Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki:

Aspek yang boleh diperbaiki:

Tandatangan:

Tarikh:

Tandatangan:

Tarikh:

Pengesahan Pelajar

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah

saya rujuki dan fahami.

Catatan (jika ada)

(3)

1.0 PENGENALAN

Pendidikan Moral seringkali dikaitkan dengan Pendidikan Sivik, khususnya di sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Bagi kursus Pengenalan Kepada Pendidikan Moral (MPU 3102) ini, kursus ini memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang maksud moral dan aliran pemikiran moral di dalam kehidupan seharian, membanding beza jenis-jenis nilai dalam Pendidikan Moral serta menganalisis setiap ciri-ciri pembentukan individu bermoral.

Pelbagai objektif kursus ini yang telah dikenalpasti. Antaranya ialah:

1. Menjelaskan aliran pemikiran moral daripada artikel yang dipilih serta membezakan aliran pemikiran moral tersebut.

2. Menganalisis impak individu tidak mempunyai nilai moral terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.

2.0 KONSEP MORAL

Menurut pengertian bahasa, moral berasal daripada bahasa latin moralis atau mores iaitu yang bererti kebiasaan iaitu perbuatan, budi pekerti dan perangai atau pun tingkahlaku yang sejajar dengan tatasusila atau peraturan hidup bermasyarakat. Dictionary of Education menyatakan bahawa moral ialah suatu istilah yang digunakan untuk menentukan batas-batas dari sifat, perangai, kehendak, pendapat atau perbuatan secara layak dapat dikatakan benar, salah, baik, atau buruk. Moral merangkumi segala nilai murni seperti merendah diri, benar, belas kasihan, keadilan, persefahaman, kasih sayang, berdikari dan lain-lain.

Dalam konteks kerja kursus ini, saya memilih untuk menganalisis isu gengsterisme dan mengupas dari segi alran pemikiran moral iaitu aliran naturalisme, emotivisme dan intuitionisme.

3.0 ISU GENGSTERISME

Pada 15 Ogos 2014, negara Malaysia dikejutkan dengan berita panas di mana Empat pelajar dari beberapa sekolah menengah di sini ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes peras ugut, menyertai konsi gelap dan membelasah pelajar lain bertempat di Georgetown, Pulau Pinang. Hakikat ini jelas menunjukkan bahawa gejala gengsterisme di sekolah menengah di seluruh negara membuktikan pelajar telah berani mencabar undang-undang negara dan peraturan hal inimembimbangkan pelbagai pihak. Persoalannya, mengapakah isu ini berlaku?

(4)

3.0.1 ALIRAN PEMIKIRAN NATURALISME

Naturalisme ialah aliran pemikiran yang menggambarkan sesuatu dalam keadaannya yang sebenar. Menurut Peter R.S. dalam Ethnics and Education, tabii manusia perlu diketahui sebelum memahami cara bagaimana mereka harus hidup. Ahli-ahli falsafah bersetuju bahawa manusia adalah rasional secara tabii atau semulajadi berbanding dengan haiwan yang lain. Manusia jauh berbeza dripada haiwan kerana manusia mempunyai keupayaan untuk berfikir dan bertindak secara rasional dengan menggunakan akal. Manusia juga boleh menaakul serta meletakkan batasan-batasan terhadap kehendak-kehendak mereka. Kecenderungan individu untuk menerima apa sahaja keadaan yang sebenar dapat dikatakan berfikiran naturalisme. Pemikiran ini dikritik kerana tanggapan bahawa wanita seharusnya menjadi suri rumah sahaja dan lelaki adalah yang memberi nafkah kepada keluarga dan ini adalah tidak wajar dan masyarakat sudah berubah dari zaman kuno kepada zaman moden. Tegasnya, sesuatu tidak boleh ditentukan secara langsung dengan berdasarkan sesuatu situasi sahaja. Berbalik kepada isu gengsterisme yang diketengahkan, terdapat beberapa punca isu ini berlaku serta berkait rapat dengan aliran pemikiran naturalisme. Faktor utama yang menyebabkan seseorang remaja atau pelajar menyertai kegiatan gengsterisme adalah kerana pengaruh rakan sebaya. Memang tidak dinafikan bahawa pengaruh rakan sebaya sangat besar kesannya terhadap pembangunan mental remaja sehingga menyebabkan remaja sanggup melakukan perkara-perkara yang melanggar undang-undang. Pengaruh rakan sebaya lebih kuat berbanding dengan ibu bapa kerana remaja lebih banyak meluangkan masa bersama rakan sebaya berbanding dengan ahli keluarga mereka. Perkara ini berlaku kemungkinan disebabkan remaja takut ditinggalkan oleh rakan sebaya yang berpengaruh kuat. Hal ini kerana mereka takut dan tidak mahu mengeluarkan pendapat dan pandangan sendiri serta menerima keadaan di sekeliling mereka tanpa berfikir panjang mengenai implikasi yang bakal berlaku. Akibatnya, merekaterlalu bergantung kepada rakan-rakan yang dianggap lebih berpengaruh besar serta mengikut sahaja kehendak rakan-rakan masing-masing dan terjebak dengan gejala gengsterisme.

3.0.2 ALIRAN PEMIKIRAN EMOTIVISME

Emotivis berasal dari perkataan emosi yang merujuk kepada kebangkitan perasaan. Emotivisme menerangkan bahawa pertimbangan moral adalah mengikut emosi, sikap atau perasaan. Perasaan ini dilahirkan melalui air muka, kata-kata, tingkah laku sama ada perasaan gembira mahupun sedih. Menurut golongan masyarakat yang mengamalkan aliran pemikiran emotivisme, individu-individu tersebut hanya menyatakan perasaan mereka dan pada masa yang sama mungkin menimbulkan perasaaan yang sama dalam kalangan

(5)

orang-orang yang mendengar pernyataan-pernyataan itu. Dengan kata lain, golongan emotivis berpendapat bahawa pentafsiran-pentafsiran moral tidak menyampaikan maklumat-maklumat mengenai dunia ini tetapi hanya merupakan pernyataan mengenai emosi atau perasaan orang yang membuat pentafsiran atau pernyataan-pernyataan moral.

Dalam konteks isu gengsterisme, perkara ini boleh berlaku disebabkan perasaan dendam dan perasaan marah pada orang yang dibuli disebabkan cemburu dan iri hati. Sebagai contohnya, mangsa adalah murid kesayangan guru dan guru lebih memberikan perhatian kepada murid yang lebih pandai. Guru beranggapan bahawa pelajar yang bermasalah akan menimbulkan kesukaran kepada mereka untuk memberikan ilmu kerana guru merasakan pelajar-pelajar yang bermasalah ini tidak mempunyai kemahiran dan tahap penerimaan sesuatu pengajaran adalah rendah. Hal ini kerana guru kurang memahami sikap pelajar yang bermasalah. Akibatnya, pelajar akan rasa tersisih dan marah dengan keaadan tersebut seterusnya mengambil keputusan untuk membalas dendam terhadap murid yang lebih lemah dari mereka.

3.0.3 ALIRAN PEMIKIRAN INTUISIONISME

Aliran pemikiran intuisionisme merujuk satu proses ‘melihat’ dan ‘memahami’ secara spontan. Aliran ini ada kaitannya dengan gerak hati. Dengan itu, tindakan seseorang individu yang berfikiran intuisionis adalah berlandaskan apa yang dirasai di dalam hatinya. Orang tua yang bijak telah mengalami 1001 pengalaman hidup oleh itu apabila mereka menghadapi sesuatu masalah atau isu, mereka dapat membaca apa yang tersirat daripada yang tersurat. Bak kata pepatah Melayu ‘terkilat ikan di air sudah tahu jantan betina’.

Dari sudut isu gengsterisme yang dibincangkan, isu ini boleh timbul disebabkan remaja yang menganggap diri mereka lebih senior di sekolah dan lebih arif tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka. Sebagai contohnya, remaja yang lebih senior akan merasakan diri mereka lebih kuat dan berpengaruh di sekolah. Hal ini mengakibatkan mereka akan berbuat sesuka hati dan mengikut naluri masing-masing kerana sifat ego yang tidak mahu mengalah dengan pelajar junior.

(6)

4.0 PERBEZAAN ANTARA ALIRAN PEMIKIRAN MORAL NATURALISME, EMOTIVISME DAN INTUISIONISME

Jadual di bawah menunjukkan perbezaan antara aliran pemikiran moral yang telah saya pilih untuk mengupas isu gengsterisme.

Jenis Pemikiran Sifat Pemikiran Kesan Aliran Pemikiran

Naturalisme  Menerima sesuatu keadaan di

sekeliling tanpa berfikir

panjang.

 Hidup dalam keadaan tertekan

kerana tiada soal jawab

terhadap perkara yang berlaku di sekeliling mereka.

1. Rendah diri.

2. Sukar diterima

masyarakat.

3. Terlalu bergantung

kepada orang lain. 4. Tiada motivasi dalam

hidup.

Emotivisme  Bertindak mengikut perasaan

atau emosi.

 Perasaan dilahirkan melalui

kata-kata atau perubahan

tingkah laku.

1. Membuat keputusan terburu-buru.

2. Cepat iri hati dan cemburu. 3. Selalu menimbulkan masalah. 4. Bersikap agresif, boleh menyebabkan pergaduhan besar berlaku.

Intuisionisme  Bertindak mengikut perasaan

dan hati berdasarkan

pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi.

1. Selalu berubah

fikiran.

2. Selalu merasakan

diri mereka betul. 3. Membuat keputusan

tanpa memikirkan

kesan dan akibat

dalam jangka masa panjang.

4. Bertindak mengikut

bisikan naluri di

mana adakalanya

(7)

5.0 KESAN ISU GENGSTERISME

Isu gengsterisme khususnya dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberikan kesan dan impak yang begitu besar dalam diri individu, keluarga, masyarakat dan negara. Remaja pada hari ini merupakan aset utama dan sangat penting dalam pembangunan negara pada masa akan datang. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku sekiranya masyarakat pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk menangani permasalahan yang kian meruncing ini, ini menjadikan pembentukkan jati diri dan kemuliaan akhlak rapuh dari mata masyarakat kita sendiri.

5.0.1 KESAN KEPADA DIRI

Perumpamaan Melayu ada mengatakan bahawa seseorang insan yang dilahirkan di dunia ini ibarat sesuci kain putih, suci dan bersih, ianya terpulang pada seseorang individu itu bagaimana dia hendak mencorakkan kehidupannya. Individu yang mencorakkan dirinya dengan akhlak yang baik akan dipandang mulia dan tinggi, berbanding individu yang mencorakkan dirinya dengan perkara-perkara negatif akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling. Akhlak yang baik seharusnya dihiasi dengan perkara-perkara keimanan dan ketakwaan kepada Tuhan. Walau bagaimanapun, sebaliknya apa yang terjadi ialah kebanyakan remaja pada hari ini tidak mengikut ajaran yang betul malah memalukan agama, bangsa dan negara. Tidak dapat dinafikan juga kesan gejala gengsterisme ini akan memberikan kesan yang mendalam pada diri seseorang remaja itu.

5.0.2 KESAN KEPADA KELUARGA

Keluarga memainkan peranan yang sangat penting. Keruntuhan sesebuah institusi kekeluargaan akan menyebabkan hilangnya kebahagian dan keharmonian yang dialami sesuatu masyarakat. Akhlak seseorang individu remaja yang baik dan mulia datangnya daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Oleh sebab itu, keruntuhan akhlak dalam institusi kekeluargaan akan memberikan kesan yang besar ke atas kebahagian dan keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu. Akibatnya, sesebuah kekeluarga pastinya akan berlakunya penceraian dan porak peranda. Ini akan menjadikan masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara, seterusnya hilang tempat bergantung dan bermanja. Implikasinya, wujud gejala gengsterisme yang disertai oleh remaja muda yang ingin melepaskan amarah dan kecewa dalam diri mereka.

(8)

5.0.3 KESAN KEPADA MASYARAKAT

Akhlak moral remaja pada hari ini sangat membimbangkan masyarakat. Sekiranya isu gengsterisme ini tidak dibendung oleh pihak–pihak yang tertentu, terutamanya oleh pihak kerajaan, maka tidak hairanlah suatu hari nanti, akan datang masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan akhlak remaja–remaja terutamanya akan rosak dan binasa. Namun begitu terdapat kesan yang paling ketara yang akan dilihat kiranya akhlak remaja pada hari ini tidak dibendung dengan segera. Masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan tidak bersatu-padu. Akibatnya perasaan buruk dan prasangka, sifat saling curiga-mencurigai akan bertakhta di hati masyarakat. Hal ini menberi kesan apabila berlaku pergaduhan dalam masyarakat.

5.0.4 KESAN KEPADA NEGARA

Implikasi utama terhadap negara jika gejala gengsterisme tidak ditengani segera akan menyebabkan negara akan kehilangan pelapis generasi kepimpinan pada masa hadapan. Hal ini akan menjadikan kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan sosioekonomi negara menjadi lembap kerana wujudnya budaya kongsi gelap dan keruntuhan akhlak yang tinggi di kalangan masyarakat. Perkara ini menjadikan kadar jenayah dalam negara juga akan meningkat seterusnya anasir-anasir luar akan meresap masuk ke dalam negara sekiranya generasi muda pada hari ini tidak tahu menjaga akhlak mereka. Kesan paling utama ialah remaja pada hari ini terutamanya akhlak remaja hancur dan rosak, maka pandangan bangsa lain terhadap kita pada hari ini tentulah serong dan buruk.

6.0 KESIMPULAN

Gejala gengsterisme ini perlulah dibendung dengan segera supaya ia tidak akan mendatangkan masalah yang lebih teruk pada masa akan datang. Dalam mengatasi masalah

ini kerjasama antara kesemua pihak adalah sangat penting. Pihak sekolah perlu diberikan

peruntukan kuasa yang lebih besar untuk mengambil tindakan yang setimpal terhadap kesalahan dan masalah yang dilakukan oleh pelajar. Selain itu, kerjasama antara semua pihak adalah amat penting bagi membanteras gejala ini. Kerjasama semua pihak termasuk ibu bapa,pelajar, serta tidak terkecuali pihak media dan pertubuhan bukan kerajaan ( NGO) diperlukan. Kerjasama tersebut akan mewujudkan satu persekitaran yang bebas dari unsur-unsur keganasan dan gengsterisme. Langkah seterusnya ialah peranan dan pemantauan ibu bapa. Ibu bapa perlu perlu melakukan pemantauan dan pengawalan terhadap gerak-geri anak-anaknya. Ibu bapa juga perlu mengambil berat terhadap segala aktiviti yang dilakukan

(9)

oleh anaknya sama ada di sekolah dan di luar sekolah. Oleh itu pihak berwajib perlu memandang serius terhadap masalah sosial ini. Selain itu, amalan aliran pemikiran moral secara hybrid juga patut diamalkan supaya remaja dan pelbagai pihak masyarakat yang lain tidak berfikir secara sehala sahaja, malahan akan membuka minda mereka untuk lebih terbuka supaya boleh mengelakkan isu gengsterisme ini berlaku. Justeru pihak berwajib sentiasa bersiap sedia untuk menangani masalah ini dengan lebih efisen dan komited.

(10)

Bibliografi

Amely, A. (2006, Oktober 1). Kongsi Ilmu Anugerah Ilahi: Aliran Pemikiran Moral. Retrieved

from Kongsi Ilmu Anugerah Ilahi: Aliran Pemikiran Moral:

amelan2013.blogspot.com/2013/06/aliran-pemikiran-moral.html

Anuardeen, M. Z. (2008, Januari 23). Tree Builder: Pemikiran Moral Naturalis, Emotivis,

Intuitionis. Retrieved from Treebuilder Moral:

treebuilder.blogspot.com/.../pemikiran-moral-naturalis-emotivis.html

Daud, W. M. (1996). Insan Baik Teras Kewarganegaraan. Kuala Lumpur: Pemikir Sdn. Bhd.

Jaslan, C. (2010, Mei 4). BICARA BERSAMA CIKGU JASLAN: Aliran Pemikiran Moral.

Retrieved from BICARA BERSAMA CIKGU JASLAN: Aliran Pemikiran Moral: jaslanzabarjad.blogspot.com/2013/12/aliran-pemikiran-moral.html

MABOPA. (2014). Malaysian Book Publishers Association. April: 21.

Osman, M. (1996). Masyarakat Melayu dan Gejala Sosial. Kuala Lumpur: Institut

Perkembangan Minda.

Shaari, A. S. (2003). Bahasa Melayu Komunikasi. Bentong: PTS Publications.

(11)

Lampiran

Referensi

Dokumen terkait

Rumusan masa lah dalam penelitian in adalah : “Seberapa besar pengaruh komunikasi keluarga terhadap perilaku remaja dalam cara berpacaran pada kalangan remaja

Namun demikian, dalam beberapa aspek warga negara secara individu perlu berpartisipasi, terutama dalam memberikan asupan mengenai isu-isu publik yang perlu diresponi oleh

i.. Petikan akhbar dibawah berkaitan kegagalan pengurusan kewangan individu. a) Mengapakah isu muflis berlaku dalam kalangan masyarakat? Jelaskan.. 1225© [Lihat halaman sebelah

Keputusan menunjukkan bahawa persepsi responden terhadap masyarakat Melaka mempunyai kesan positif, di mana responden percaya bahawa peranan individu dalam prihatin

Virtual Tour ingin memberikan kesan pengalaman nyata saat mengelilingi wisata, seperti Museum Nasional Indonesia mengadakan event tour tujuannya untuk masyarakat

Bingkai Akibat/kesan - laporan peristiwa, isu atau masalah dari segi akibat ia ada pada seseorang individu, kumpulan, parti, institusi atau negara; melaporkan kerosakan atau

Berbalik kepada topik ataupun isu perbincangan kita pada hari ini mengenai keruntuhan nilai moral dalam kalangan remaja, saya ingin bertanyakan pendapat

Dengan film maupun film pendek yang memberikan gambaran mengenai isu sosial di kalangan masyarakat saat ini, bisa memberikan edukasi agar membuat masyarakat menjadi lebih cerdas dan