• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pemanasan Global dan Perubahan Iklim Ris (2)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pemanasan Global dan Perubahan Iklim Ris (2)"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Pemanasan Global dan Perubahan Iklim: Risiko masyarakat manusia dan kesan kepada manusia

Pendahuluan

Isu pemanasan global dan perubahan iklim bukanlah sesuatu perkara baru yang sering

diperdebatkan dan perkara ini juga merupakan isu yang mempunyai banyak kontroversi yang

telah melibatkan unsur ekonomi, politik dan sosial. Sehubungan itu, isu ini bukanlah isu yang

bersifat tempatan tetapi telah dilihat daripada skop yang lebih besar iaitu hubungan alam sekitar

dan global. Antara fenomena bencana alam yang terbaru adalah kejadian gempar bumi di negara

Nepal pada apri, 2015. Gemparan telah mencecah 7.8 magnitude menurut laporan BBC

mengatakan bahawa sekurang-kurangnya 3,617 orang yang telah dilaporkan mati atau hilang

dalam nahas bencana tersebut. Disamping itu, menurut National Emergency Operation Centre

mengatakan lebih 6,500 orang mangsa telah cedera dalam nahas tersebut dan lebih 200 pendaki

yang terperangkap di gunung Everest telah berjaya diselamatkan (BBC News, 2015). Walau

bagaimanapun, kejadian seperti ini juga sering dikaitkan kesan tindak tanduk manusia yang telah

mengurus alam untuk kehidupan mereka.

Masyarakat yang berisiko

Ulrich Beck (1992) telah mengemukakan sebuah konsep atau teori tentang masyarakat

yang berisiko. Apakah yang dimaksudkan dengan risiko pada masyarakat? dan Ulrich Beck telah

menghubungkan tentang masyarakat yang berisiko dengan alam sekitar. Naratif dalam risiko

adalah bersifat ironik dan naratif tersebut sering diselami dengan sindiran, perdebatan, dan

kegagalan dimana untuk menuju kepada pembangunan institusi yang moden. Di samping itu,

(2)

Dalam dua era tersebut para saintis telah memberi fokus dalam isu yang berbeza. Menurut

Shrivastava (1995) semasa era industrilisasi para saintis ketika itu sangat mengambil berat

tentang kesan penciptaan kekayaan melalui teknologi dan pembahagian terhadap kekayaan

tersebut dalam masyarakat. Manakala saintis pasca industrilisasi telah memberi fokus kepada

risiko dalam penciptaan dan pembahagian kekayaan dalam masyarakat. Teori ini adalah untuk

menerangkan atau mengrungkai tentang risiko dalam proses modenisasi.

Risiko adalah sebuah teori yang sangat komplek dan boleh dilihat dalam pelbagai disiplin

dan sudut pandang. Disamping itu, risiko juga boleh membawa maksud kehilangan, kecederaan

dan bahaya. Walau bagaimanapun, daripada sudut pandang ekonomi risiko boleh membawa

maksud ketidak tentuan persepsi tentang keuntungan dan kerugian. Hal ini kerana, dalam

ekonomi banyak risiko yang perlu ditanggung seperti risiko menangung beban hutang, bunga

yang tinggi dan lain-lain. Menurut Krimsky & Golding (1992) ahli sosiologi telah

mendifinisikan risiko sebagai sebuah proses sosial dan satu sistem yang berkaitan dengan

perkara-perkara yang menberi ancaman atau bahaya. Disamping itu, menurut Beck (1992) risiko

juga boleh didifinisikan sebagai satu sistem dimana sistem tersebut mestilah dikaitan dengan

bahaya, terancam hasil daripada modenisasi. Hal ini kerana, idea tentang modenisasi merupakan

perkara yang menjadi asas untuk menghasilkan risiko-risiko yang akan memberi satu bentuk

mengancam kepada masyarakat. Modenisasi juga adalah sebuah pembangunan yang telah

menghasilkan kekayaan kepada manusia.

Kesan daripada kemajuan dan pembangunan tersebut telah berlakukanya lahirnya

unsur-unsur dan faktor yang boleh menghasilnya masyarakat yang berisiko. Beck mengatakan bahawa

moderniti yang menghasilkan risiko secara global yang akan memberi ancaman kepada generasi

(3)

ini akan menyebabkan berlakunya krisis-krisis lain seperti masalah ecologi yang akan mencipta

masalah baru dan mencipta risiko yang lebih tinggi. Oleh itu, Beck telah menghasilkan satu teori

yang telah mengkritik modensasi dengan mengemukakan tentang kesan-kesan daripada

pembangunan modenisasi ketika era industrilisasi. Oleh itu, teori ini juga boleh digunakan untuk

menerangkan tentang risiko-risiko yang berkait rapat dengan alam sekitar. Hal ini kerana, alam

sekitar telah menerima kesan ekoran daripada proses modenisasi yang telah dilakukan oleh

kebanyakan negara.

Menurut (Matten, 2004) daripada sudut sejatah masyarakat berisiko telah diperkenalkan

pada pertengahan tahun 1980 iaitu telah tercetusnya pengakhiran gelombang pergerakan pencinta

alam atau pergerakan sosial yang ingin menjaga alam sekitar. Gerakan sosial ini telah memberi

impak yang besar dalam isu-isu alam sekitar diperingkat global dan boleh memberi tekanan

kepada negara-negara yang telah mengunakan sumber alam yang dianggap salah daripada sudut

pandang mereka. Gerakan-gerakan seperti ini adalah datang daripada negara-negara barat yang

mempunyai agenda dan matlamatnya yang tersendiri yang dikatakan perlu dilakukan sekarang

untuk menjamin masa depan dunia. Disamping itu, gerakan ini sangat mengambil berat tentang

kesan-kesan sampingan yang telah berlaku dalam proses industrilisasi.

Selain itu pada pertengahan tahun 1980 juga gerakan ini telah membawa satu matlamat

yang lebih jelas dengan pendekatan walaupun perkara ini adalah tidak mendapat sokongan

daripada pihak pemerintah dalam kebanyakan negara. Antara isu-isu yang telah dimainkan oleh

banyak pergerakan-pergerakan alam sekitar adalah bencana yang berlaku di utara itali, Sevenso

iaitu kemalangan besar dalam pembuatan bahan kimia dan isu fenomena El Nino yang

menyebabkan lapisan ozon semakin menipis dan telah menyebabkan fenomena climate change.

(4)

mengambil tahu dan perkara ini telah menjadikan masyarakat semakin peka dengan isu-isu alam

sekitar yang dikatakan boleh menyebabkan ganguan kesihatan kepada mereka sendiri. Rentetan

daripada itu, isu pemanasan global juga sering dimainkan oleh gerakan-gerakan sosial ini dalam

mencapai objektif mereka. Gerakan-gerakan ini adalah bukan satu gerakan yang terdiri daripada

institusi kerajaan dalam sesebuah negara tetapi gerakan ini adalah satu gerakan bukan kerajaan

dan mempunyai keupayaan untuk memberi tekanan kepada pihak kerajaan yang mengunakan

sumber alam mereka dengan tidak teratur danpada masa ini, gerakan–gerakan akan menumpukan

kepada negara-negara yang sedang membangun dalam mengunakan sumber alam mereka untuk

pembangunan negara. Di samping itu, kesan modeniti dalam isu alam sekitar ini juga telah

memberi perubahan kepada bentuk sistem politik kerana kegagalan dalam menagani masalah

yang telah terhasil kesan daripada permodenan telah menyebabkan politik itu berubah. Pertama,

menurut Beck kegagalan institusi mengawal kesan sampingan daripada kemajuan kermodenan

seperti dalam industri, petanian, tenaga nuklear dan lain-lain menyebabkan mereka sendiri telah

mencipta risiko mereka sendiri. Kedua pula, pihak institusi juga telah gagal untuk mencari jalan

untuk menyelesaikan masalah tersebut dan menyebabkan mereka terjebak dengan masalah dan

tekanan. Antara tekanan yang akan mereka hadapi adalah tekanan daripa gerakan-gerakan sosial

yang mengambil berat tentang alam sekitar. Gerakan-gerakan sosial ini akan memberi impak

yang amat besar dalam politik institusi tersebut dan akan berlakunya pertembungan dua kuasa

politik. Di samping itu, gerakan-gerak sosial ini juga menyebabkan institusi tersebut akan

berjaga-jaga dalam setiap perkara yang akan dilakukan kerana gerakan-gerakan ini sering

mendapat sokongan dan gerakan ini juga melambangkan suara atau kehendak masyarakat.

(5)

Fokus utama pada masa kini telah diberi kepada dalam konteks globalisasi. Fokus risiko

ini juga telah dilihat dalam sudut batasan yang telah diperolehi untuk mengembangkan agenda

tersebut. Oleh itu, agenda ini telah dikembangkan ke peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat

global. Menurut (Matten, 2004) globalisasi adalah satu perspektif yang boleh membawa maksud

dunia tanpa sempadan dan mempunyai banyak peluang dan kesempatan untuk mengubah

komuniti global dengan saling berhubung atau berkomunikasi dan mengubah Global Villlage

kepada tempat yang lebih selamat daripada ancaman seperti nuklear dan perang dingin.

Disamping itu, globalisasi dilihat sebagai agenda yang lebih positif selain daripada perdebatan

lama yang sering menekankan tentang risiko dan pemeliharaan alam sekitar. Oleh itu, adakah

meletakan isu alam sekitar ini adalah agenda baru dalam globalisasi. Di samping itu, Beck telah

melihat hubungan antara risiko alam sekitar dan globalisasi tetapi beliau juga melihat masyarakat

ancaman masyarakat risiko melalui globalisasi.

Antara ciri-ciri asas dalam kajian yang berkaitan dengan persekitaran berisiko secara

globalisasi adalah originate, meluas dan perkara ini berlaku diluar kawalan badan kerajaan. Hal

ini kerana, daripada modenisasi bukan sahaja bersifat setempat tetapi bersifat global sebagai

contoh asap daripada pembakaran hutan akan beredar mengikut angin dan akan ke negara lain

dan akan mendatangkan kesan buruk bukan sahaja kepada negara perlaku tetapi negara-negara

berdekatan akan turut terima kesanya. Di samping itu, ciri-ciri peraturan persekitaran berisiko

secara global adalah tidak boleh dicapai atau berfungsi hanya dengan satu negara sahaja kerana

isu ini adalah bersifat global dan setiap negara perlu berkerjasama. Selain itu menurut Beck juga

ciri-ciri persekitaran global ini perlu ditekankan tentang sosiopolitik berbanding fenomena

ekonomi (Matten, 2004). Hal ini kerana, faktor ekonomi yang menyebabkan berlakunya proses

(6)

sampingan kepada alam sekitar dan risiko kepada masyarakat itu sendiri. Menurut Matten lagi,

globalisasi juga dikatakan telah lahir akibat proses globalisasi kemudian mordeniti juga telah

melahirkan pelbagai teknologi yang canggih dan telah memperluaskan sektor ekonomi liberal

dan perkara ini telah menyebabkan sempadan negara dianggap tidak lagi releven dalam sektor

sosial.

Dunia menghadapi cabaran keseimbangan alam sekitar

Dalam menghadapi kesan serta risiko yang lebih teruk dalam isu pemanasan global dan

perubahan iklim, dunia secara umumnya mengambil inisiatif yang pelbagai dalam memastikan

bumi ini terus berada dalam keadaan yang selamat untuk di diami oleh penduduk bumi.

Pemimpin-pemimpin dunia serta badan-badan organisasi antarabangsa mengambil tindakan

dengan mengadakan konferen untuk membincangkan isu alam sekitar bagi menghadapi masa

depan yang mampan. Pelbagai siri konferen yang dijalankan dalam mencapai kesepakatan untuk

terus berhadapan dengan kehancuran dunia sekiranya tidak kawal dengan sebaiknya. Antara

konferen yang dilakukan dalam mendepani isu ini ialah World Climate Conference pada 1979,

Kyoto Protocol pada tahun 1997, dan beberapa siri yang lain yang menyentuh secara mendalam

isu alam sekitar. Sebagai mengawal bahan-bahan yang menyebabkan berlakunya pemanasan

global dan perubahan iklim seperti karbon dioksida (CO2) beberapa keputusan telah dibuat untuk

mengurangkan pelepasan bahan-bahan tersebut terutama kepada negara yang membangun seperti

Amerika Syarikat, Jepun, China dan sebahagian negara-negara di Eropah.

(7)

Kyoto Protocol yang diadakan pada 1997 mencari kesepakatan negara membangun

antaranya menekankan tentang beberapa perkara penting dalam konferen tersebut. Protokol ini

secara umumnya menyediakan komitmen terhadap kesedaran dalam mengahadapi pemanasan

global. Dengan menganggarkan pengurangan 5 peratus pelepasan gas rumah hijau sehingga

tahun 2012. Menurut Davies (1998) Kyoto Protocol telah mengutarakan lapan masalah iaitu

perlaksanaan dasar dan langkah-langkah terhadap negara-negara industri. Kedua, pengurangan

pelepasan gas rumah hijau. Ketiga, tindakan bersama ahli negara EC. Keempat, perlaksanaan

bersama oleh negara-negara perindustrian. Kelima, komitmen kepada protokol oleh semua

negara. Keenam, Clean Development Mechanism (CDM). Ketujuh, perdagangan pelepasan dan

terakhir ialah prosedur ketidakpatuhan.

Sedari itu negara-negara membangun perlu bertindak secara serius dalam menangani isu

alam sekitar yang bakal mengakibatkan bencana besar dalam peradaban manusia. Dengan

komitmen yang diberikan oleh semua negara terutamanya negara membangun penurunan kadar

pelepasan gas rumah hijau dapat dikurangkan. Kyoto Protocol ini menuntut kepada

negara-negara terhadap komitmen dalam menjaga bumi secara global. Terdapat juga negara-negara yang

berdolak-dalih dalam memberi komitmen terhadap Kyoto Protocol ini kerana lebih menekankan

kepada pembangunan ekonomi yang sememangnya menuntut kepada pelepasan gas rumah hijau

yang tinggi dalam proses perindustrian. Ternyata hal ini menyukarkan dunia untuk

mengurangkan kesan terhadap pemanasan global. Setelah tamatnya Kyoto Protocol komitmen

negara-negara diseluruh dunia diteruskan dengan Doha Amendment yang juga diadaptasi dari

Kyoto Protocol

(8)

Perubahan iklim dan pemanasan global merupakan satu keadaan semakin kritikal dan

tidak dapat dibendung lagi. Menurut Daniel Murdiyarso (2003), berlakunya perubahan iklim ini

tidak lari dari pengaruh kegiatan manusia di dunia ini yang menghasilkan gas rumah kaca (GRK)

di mana ia menyebabkan pemanasan global yang boleh dirasai oleh manusia. Keadaan ini telah

sedikit sebanyak mengganggu perkembangan dunia dari pelbagai sudut iaitu ekonomi, pertanian,

kesihatan dan juga beberapa sudut lain. Pemanasan global menyebabkan perubahan iklim di

mana suhu dunia meningkat yang memberikan kesan kepada kerosakan ekosistem dan

kehidupan. Perubahan suhu yang berlaku bukan sahaja peningkatan suhu panas malah suhu sejuk

yang semakin meninggi pada musim sejuk. Berdasarkan penerangan daripada (

TarsoenWaryono, 2008), suhu di muka bumi pada musim panas semakin panas dan

menghasilkan gas dan ia dikumpul rumah kaca. Gas yang dihasilkan ini memberikan efek kepada

bumi dan dipanggil sebagai efek rumah kaca (EFK).

Selain itu, pemanasan global menjurus kepada perubahan iklim di mana ia boleh

menyebabkan bencana alam berlaku contohnya kemarau yang berpanjangan, sungai dan lautan

menjadi kering, dan kemungkinan berlaku gelombang badai besar tekanan dari lautan. Manusia

mengalami satu keadaan yang sangat berbeza berbanding dahulu iaitu keadaan iklim bumi makin

tidak menentu. Kebiasaannya pada hujung tahun di Asia khususnya Malaysia akan mengalami

musim hujan yang mengakibatkan kawasan di negara ini berada dalam keadaan sejuk. Akan

tetapi kini, taburan hujan tidak menentu dan ada kalanya perubahan cuaca yang berlaku tidak

seiring dengan peredaran musim.

Penduduk di kawasan luar bandar hidup berdasarkan kegiatan tanaman dan pertanian.

Mereka sangat dekat dengan alam semula jadi, hal yang sedemikian menyebabkan masyarakat di

(9)

kemungkinan yang berlaku berdasarkan perubahan unsur- unsur hujan, kepanasan, kemarau dan

banjir (Chitambar, 1973). Oleh itu, jika perubahan iklim dan pemanasan global berlaku, ia

menyebabkan masalah kepada mereka untuk melakukan kerja- kerja dalam tanaman untuk

meningkatkan sara hidup mereka. menurut hasil kajian yang telah dijalankan oleh Ahmad Zubir

Ibrahim, Chamburi Siwar, Rospidah Ghazali, Basri Abd Talib (2012) mengenai kesan perubahan

iklim terhadap pengeluaran padi di Kawasan Muda, Kedah keputusannya menunjukkan

perubahan ini mempengaruhi hasil pengeluaran padi yang di usahakan oleh penduduk di

kawasan terbabit berdasarkan kaitan antara faktor perubahan taburan hujan dan purata suhu

kawasan tanaman.

Selain itu juga, dari segi faktor kesihatan pula, kehidupan yang menerima kesan daripada

perubahan iklim dan pemanasan global ini semestinya golongan manusia. Keadaan bumi yang

lebih panas berbanding biasa akan mengakibatkan manusia mudah dijangkiti penyakit lebih-

lebih lagi bagi mereka yang mempunyai sistem imunisasi badan yang lemah. Oleh sebab itu,

golongan ini lebih senang dijangkiti penyakit. Suhu panas juga mendorong kepada proses

penyebaran penyakit lebih aktif berbanding di musim sejuk. Antara penyebaran penyakit yang

boleh berlaku ialah demam panas, batuk kering, jangkitan kulit dan juga kesan daripada

pembiakan nyamuk seperti denggi dan malaria.

Modenisasi telah membawa dunia ke satu era yang baru di mana keseluruhan dunia

mengalami perkembangan teknologi dan cara hidup alaf baru. Perkembangan ini dapat dilihat

melalui pembangunan pesat di kawasan tumpuan ekonomi terutama bandar utama dunia.

Pembinaan bangunan-bangunan pejabat dan pencakar langit tumbuh seakan cendawan selepas

hujan di bandar-bandar utama seluruh dunia. Hal ini dilihat seakan-akan satu trend baru dalam

(10)

negara. Di samping itu, pertumbuhan bandar baru juga turut berlaku di kawasan pedalaman dan

terpencil yang dilihat mampu berkembang selain untuk menampung populasi penduduk yang

semakin tinggi di kawasan bandar raya atau pusat bandar.Kemajuan teknologi juga menuntut

kepada kewujudan kawasan perindustrian untuk dibangunkan kilang-kilang. Dalam usaha untuk

mewujudkan kawasan berkenaan, dalam sedar atau tidak, banyak hutan terpaksa ditarah dan

dikorbankan yang pada akhirnya menyebabkan berlakunya pemanasan global dan perubahan

iklim kerana banyaknya pelepasan gas rumah hijau di kawasan bandar.

Kesimpulan

Globalisasi yang merangkumi perkembangan sains dan teknologi telah memberi kesan

yang negatif kepada alam sekitar secara keseluruhannya. Masyarakat manusia berada dalam

suatu keadan yang mana manusia berada dalam keadaan berisiko dan hampir kepada kehancuran.

Manusia menghadapi suatu keadaan yang sukar dan terpaksa bergelut dalam mempertahankan

habitat mereka iaitu bumi. Disebabkan terlalu banyaknya pembangunan tanpa adanya kesedaran

terhadap pentingnya keseimbangan alam sekitar, maka mengahadapi saat kehancuran bumi

disebabkab oleh tangan-tangan manusia itu sendiri.

Antara isu alam sekitar yang sangat ditakuti pada masa kini ialah pemanasan global dan

perubahan iklim yang mengakibatkan bumi tidak berada dalam keadaan kitaran yang sepatutnya

untuk terus stabil. Pelbagai kesan yang perlu dihadapi dari pemanasan global dab perubahan

iklim ini. Atas kesedaran itu Kyoto Protocol dan beberapa siri konferen diadakan untuk

mencapai kesepakatan mengurangkan masalah alam sekitar, seluruh dunia mengambil

Referensi

Dokumen terkait

trafficking internal masuk dalam ruang lingkup perjanjian ini. Protokol trafficking tersebut telah ditafsirkan hanya berlaku untuk kejahatan transnasional dan dilakukan oleh

Berdasarkan definisi diatas maka dapat disimpulkan bahwa media pembelajaran adalah segala sesuatu yang terencana, terprogram dan bertujuan

pembangunan infr astr uktur kabupaten skala besar. Untuk dapat menggunakan sur plus anggar an di atas, maka Pemer intah Kabupaten Manggar ai. Bar at akan

Pada analisis ini variabel X yaitu v/c rasio tidak berubah untuk setiap ruas dan arah, namun nilai AR sebagai variabel Y akan dihitung berdasarkan jumlah

Analisis keselamatan lalu lintas yang dilakukan pada ruas jalan Srandakan dalam tugas akhir ini ditinjau dari kelengkapan jalan, kondisi jalan, dan geometrik jalan. Tugas akhir

Validasi Data Kepesertaan Peserta BPJS Kesehatan yang dilakukan dengan pemeriksaan data peserta, seperti data Penerima Bantuan Iuran dan data peserta Penerima Bantuan

Pendekatan yang dilakukan oleh peneliti yaitu pendekatan koreografi, secara sistematik dibedah dengan melihat analisis bentuk gerak, analisis teknik gerak,

1) Konsep EVA dapat berdiri sendiri tanpa perlu analisis perbandingan dengan perusahaan sejenis. 2) Konsep ini dapat menyajikan ukuran yang adil atau secara