• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penilaian Proses Pengajaran dan Pembelaj

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Penilaian Proses Pengajaran dan Pembelaj"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

1

Penilaian Proses Pengajaran dan Pembelajaran dalam

Pengajaran Mikro melalui Analisis Video

Fariza Khalid*, Zanaton Hj Iksan*, Md Yusoff Daud* dan Roslinda Rosli*

*Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak. Kertas kerja ini memuatkan hasil kajian terhadap aspek penilaian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mikro melalui analisis rakaman video. Kajian melibatkan guru-guru pelatih yang mengambil kursus Kurikulum dan Pedagogi. Melalui kursus ini, setiap guru pelatih dikehendaki melaksanakan sekurang-kurangnya dua sesi pengajaran mikro dan setiap sesi pengajaran dirakam menggunakan kamera video. Data kajian melibatkan temubual berstruktur atas talian yang melibatkan 22 orang pelajar, serta lapan set refleksi bertulis oleh para pelajar terhadap rakaman pengajaran yang dipilih secara rawak. Secara keseluruhan, didapati para guru pelatih amat positif terhadap proses refleksi kendiri melalui pengamatan rakaman video dalam membantu mereka mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pengajaran mikro yang telah dijalankan. Meskipun proses ini menuntut keterbukaan mereka untuk menerima kritikan daripada rakan-rakan lain, mereka beranggapan bahawa ianya sebagai satu proses yang penting untuk mempertingkat mutu pengajaran. Hasil analisis juga mendapati beberapa kekuatan dan kelemahan telah dapat dikenalpasti seperti aspek penggunaan ICT dalam pengajaran, teknik pernyoalan, penggunaan bahasa dan penerapan nilai murni.

This paper reports the study on the evaluation of teaching and learning activities through the analysis of video recording. This study involved trainee teachers who enrolled in the Curriculum and Pedagogy course. As the requirement of this course, all trainee teachers needed to perform in at least two micro-teaching sessions, in which all the teaching sessions were recorded using a video camera. Data collection was done through two methods; online structured interview with 22 trainee teachers, and eight written reflections by trainee teachers on their peers’ teaching performance which were selected randomly. The overall findings showed that trainee teachers were positive about the process of reflection on the videos, particularly in identifying the strengths and weaknesses in their teaching activities. Although there was an issue on their openness and readiness to accept critics from their friends, they agreed on the importance of the reflection process to improve the quality of their teaching. The analysis also indicated the strengths and weaknesses identified from the video such as the application of the ICT, questioning techniques, the use of language and the cultivation of moral values.

(2)

2

1 Pendahuluan

Keberkesanan seorang guru dalam pengajarannya banyak dipengaruhi oleh faktor kemahiran serta pengalaman mengajar (Johari et al., 2009; Greenwald et al. 1996; Ingersoll 2000; Ingersoll dan Gruber 1996). Kedua-dua perkara ini dianggap sebagai kelayakan asas yang utama dalam pengajaran berkesan (Goodwin, 1999). Latihan perguruan untuk bakal-bakal guru dilihat sebagai satu platform asas yang penting dalam merealisasikan hasrat untuk melahirkan guru baru yang berkemahiran bukan sahaja dalam aspek isi kandungan mata pelajaran, tetapi juga mencakupi aspek kemahiran dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, saban tahun mengeluarkan graduan dalam bidang pendidikan. Para graduan ini dibekalkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan berkait rapat dengan keperluan dalam pengajaran dan pembeajaran. Ini termasuklah penguasaan dalam bidang psikologi perkembangan, teknologi pendidikan, pengukuran dan penilaian dan tidak ketinggalan kurikulum dan pedagogi. Gabungan kepelbagaian ilmu yang berkaitan antara satu sama lain adalah penting kerana bidang pendidikan merupakan satu bidang unik melibatkan perhubungan dan pengetahuan tentang manusia yang mempunyai nilai kepelbagaian (Hans dan Akhter, 2013).

(3)

3

Justeru itu, bakal guru perlu diberi ruang secukupnya untuk menguasai serta meneroka pengajaran dalam kelas sepertimana situasi sebenar. Hal ini kerana, peluang sebegini akan memupuk pengalaman secara praktikal kepada bakal guru tentang bagaimana membuat keputusan serta merancang pemilihan teknik, pendekatan serta peralatan bantu mengajar dengan cara yang berkesan. Sehubungan dengan itu, proses pengajaran mikro yang dijalankan di bawah kursus GE2113 Kurikulum dan Pedagogi telah melibatkan guru pelatih untuk mengendalikan sendiri proses pengajaran dan pembelajaran sepertimana di bilik darjah sebenar. Ini bertujuan untuk memberi pengalaman sebenar dalam suasana pengajaran dan pembelajaran kepada bakal-bakal guru. Pengajaran ini dijalankan di hadapan guru pelatih lain yang bertindak sebagai pelajar. Dalam pengajaran mikro, terdapat prinsip-prinsip yang perlu diketahui oleh para pelajar, termasuklah objektif pengajaran dan pembelajaran, strategi pengajaran, jangka masa pengajaran, bahan pengajaran serta pebincangan dan refleksi.

Prosedur pengajaran mikro pula melibatkan tiga sesi iaitu sebelum semasa dan selepas pengajaran. Sebelum proses pengajaran, guru pelatih dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran yang lengkap. Semasa pengajaran pula, guru pelatih dikehendaki melaksanakan setiap perancangan sepertimana yang tertulis dalam rancangan pengajaran mereka, bermula dari set induksi, perkembangan pengajaran, penyampaian isi pengajaran, penilaian dan penutup pengajaran. Setiap sesi pengajaran dirakam menggunakan video rakaman oleh para pelajar sendiri.

Penggunaan video untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran mengaitkan bagaimana seseorang individu memperolehi pengetahuan dan kemahiran melalui pemerhatian ke atas video yang ditonton (Nikopoulus dan Keenan, 2006). Terdapat dua proses penting dalam amalan pembelajaran melalui pemerhatian ke atas bahan video ini; iaitu pemodelan (modelling) dan peniruan semula (imitating) (Charlop-Christy, Le dan Freeman, 2000). Dua proses ini membentuk asas dalam pembelajaran yang melibatkan amalan secara pembuktian (evidence-based practice). Melalui pemerhatian ke atas tingkahlaku individu yang ditontonkan dalam video tersebut juga, seseorang individu dapat menguasai kemahiran tertentu dan terbukti memberi impak kepada pembelajaran (Sansosti dan Powell-Smith, 2008; Gul dan Vuran, 2010). Secara umumnya, Mechling (2004) menyarankan empat pendekatan dalam penggunaan video dalam pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi: (a) model daripada video, (b) maklumbalas terhadap video, (c) memberi contoh dan peringatan {cue} daripada video, (d) pengajaran berbantukan video.

(4)

4

mengenalpasti kelemahan serta kekuatan dalam aspek pengajarannya. Proses ini juga melibatkan perbincangan dan pertukaran pendapat antara pelajar-pelajar dan pelajar-pelajar-pensyarah. Melalui proses refleksi kendiri dan perbincangan secara terbuka ini, penambahan terhadap pengetahuan dan peringatan tentang perkara-perkara yang wajar dan tidak wajar dilakukan akan dapat dicapai oleh para pelajar (Maione dan Mirenda, 2006). Kelebihan proses refleksi kendiri adalah ia mampu meningkatkan kebolehan guru pelatih untuk memberi komen secara kritis terhadap proses pengajaran mereka sendiri serta pengajaran rakan-rakan yang lain (Cochran-Smith dan Fries, 2001; Iredale, 1996).

Kepentingan dalam mewujudkan situasi pembelajaran yang reflektif serta keterbukaan dalam memberi dan menerima kritikan daripada pensyarah dan rakan-rakan guru pelatih menjadikan proses ini sebagai ramuan penting yang perlu wujud dalam usaha memupuk kemahiran guru pelatih terutama dalam aspek pedagogi. Meskipun banyak kajian yang menekankan keberkesanan proses refleksi terhadap pembentukan guru yang berkaliber, tidak banyak kajian yang merumuskan secara jelas bentuk-bentuk aktiviti yang boleh digunapakai dalam melaksanakan proses refleksi ini. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan proses refleksi kendiri melalui penggunaan rakaman video dalam meningkatkan kemahiran guru pelatih dalam pedagogi serta kemahiran menilai dan mengkritik pengajaran yang dilalui.

2 Objektif kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti:

i. Aspek kelemahan dan kekuatan guru pelatih semasa proses pengajaran mikro.

ii. Keberkesanan penggunaan video dalam membuat refleksi kendiri. iii.Isu-isu yang mempengaruhi proses refleksi dalam kumpulan.

3 Metodologi

Kajian ini dijalankan secara kualitatif di mana data dikumpul melalui kaedah temubual bersama pelajar yang terlibat, serta bahan penulisan mereka terhadap laporan hasil daripada proses refleksi melalui pemerhatian terhadap rakaman video yang telah dijalankan semasa sesi pengajaran mikro.

3.1 Sampel

(5)

5

pemilihan rawak dengan memilih lapan kumpulan kecil yang mengemukakan laporan refleksi mereka.

3.2 Kaedah pengumpulan data

Data kajian dikumpul melalui dua kaedah. Pertama, melalui laporan bertulis yang mengandungi refleksi yang dihasilkan oleh guru-guru pelatih terhadap pengajaran rakan mereka. Sebanyak lapan laporan digunakan untuk analisis data. Kedua, data dikumpul melalui kaedah temubual di atas talian yang melibat dua belas orang pelajar yang terlibat dalam kajian ini. Temubual dijalankan dengan mengedarkan beberapa soalan kepada guru pelatih dan mereka menjawab persoalan tersebut secara bertulis dan menghantarnya melalui email dan ada sebahagiannya menghantar jawapan melalui Facebook.

3.3 Penganalisisan data

Bagi data daripada laporan bertulis, analisis dijalankan untuk mendapatkan maklumat tentang aspek-aspek kekuatan dan kelemahan pengajaran mereka berdasarkan proses refleksi yang telah dijalankan. Data temubual pula dianalisis untuk mendapatkan maklumat berkaitan bagaimana penggunaan video memberi kesan terhadap pembelajaran serta peningkatan kemahiran mereka dalam pedagogi serta isu-isu berkaitan dengan keterbukaan mereka dalam menerima komen daripada pensyarah dan rakan-rakan lain. Analisis dijalankan menggunakan kaedah analisis bertema atau ‘thematic analysis’ (Miles dan Huberman, 1994).

4 Dapatan kajian

4.1 Kelemahan dan kekuatan dalam pengajaran makro oleh guru pelatih

(6)

6

Rajah 1. Kelemahan dalam pengajaran mikro berdasarkan laporan pelajar

Daripada lapan laporan yang dianalisis, lapan daripadanya membincangkan tentang bagaimana para pelajar kurang berjaya memilih induksi set di awal pengajaran mereka. Lapan laporan mengupas tentang kekurangan kemahiran dari segi penggunaan teknologi sebagai bahan bantu mengajar misalnya, penggunaan tayangan slaid PowerPoint dan Liquid Screen Display (LCD). Antara kelemahan yang dikenalpasti dalam penggunaan bahan tersebut adalah guru pelatih tidak menggunakan fungsi hentian sebentar (pause), serta ulang tayang, khususnya pada video yang dimasukkan dalam PowerPoint sedangkan penggunaan teknik sedemikian dapat membantu peneguhan dan kefahaman pelajar. Aspek lain yang dibincangkan adalah berkaitan pemilihan warna teks dan latar belakang slaid, serta bilangan perkataan yang terlalu banyak dalam satu-satu slaid. Walau bagaimanapun, empat laporan menonjolkan kekuatan

‘guru’ terutama yang mengajar subjek Sains Sukan, di mana penggunaan

bahan realia seperti peralatan sukan banyak memberi manfaat dalam aktiviti pembelajaran, di mana pelajar diberi peluang untuk memegang, dan mencuba peralatan seperti kayu hoki dan bolanya di dalam kelas.

(7)

7

berinteraksi serta gaya bahasa yang digunakan dalam pengajaran. Oleh kerana mereka merupakan rakan sekelas, agak sukar mewujudkan hieraki guru-pelajar dalam sesi tersebut menyebabkan mereka kadang-kadang tersasul menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya dituturkan oleh guru atau pelajar.

Enam laporan turut membincangkan tentang kelemahan ‘guru’ memberi penerangan yang jelas dalam pengajaran. Ini dikaitkan juga dengan kebolehan ‘guru’ dalam menguasai isi kandungan pelajaran. Lima laporan menyatakan kedudukan guru yang statik di hadapan kelas sebagai aspek yang menunjukkan kelemahan guru serta secara tidak langsung mempengaruhi

‘mood’ pembelajaran dan menyebabkan pelajar menjadi kurang aktif.

Lima laporan menyentuh tentang kualiti penyoalan ‘guru’. Pemerhatian mereka terhadap pengajaran rakan-rakan lain mendapati ‘guru’ lebih selesa mengemukakan soalan aras rendah berbanding soalan aras tinggi. Hal ini juga dikaitkan dengan keperluan masa kini di mana pelajar dan guru harus ‘meneroka’ sesuatu isu dalam bentuk yang lebih kritikal dan bukan hanya berdasarkan hafalan semata-mata. Manakala tiga laporan lagi menyentuh tentang bagaimana beberapa guru pelatih gagal menepati mas yang diperuntukkan dalam rancangan pengajaran.

Dari sudut kekuatan pula, dua aspek yang disebut adalah kemahiran pemilihan bahan pengajaran yang sesuai dengan aktiviti dan objektif pengajaran (empat laporan) dan kemahiran guru pelatih membangunkan bahan PowerPoint yang mengandungi elemen multimedia dengan jelas dan menarik (enam laporan). Tiga laporan lain menyebut tentang kreativiti sebahagian mereka yang menggunakan token ekonomi sebagai motivasi untuk meningkatkan penglibatan pelajar dan aktiviti P&P.

4.2 Keberkesanan penggunaan video dalam membuat refleksi

Analisis daripada data temubual menunjukkan bahawa pelajar-pelajar bersikap positif terhadap aktiviti refleksi terhadap rakaman video yang memuatkan pengajaran mereka dan rakan-rakan. Antara kebaikan yang diperolehi hasil aktiviti tersebut adalah ia memberi peluang kepada mereka untuk melihat sendiri secara jelas setiap perlakuan semasa pengajaran makro. Ini membolehkan mereka mengenalpasti kelemahan dan kekuatan diri masing-masing. Sebagai contoh:

(8)

8

pengajaran, alat bantu mengajar, latihan dalam kelas dan sebagainya. (Shila)

Pelajar lain juga mengatakan bahawa proses refleksi ini juga memberi peluang kepada dirinya untuk membuat penambahbaikan untuk pengajaran akan datang tanpa diberitahu oleh sesiapa, misalnya:

Ia (refleksi rakaman video) boleh membantu saya membuat refleksi kendiri untuk saya menilai keberkesanan pengajaran saya...membantu untuk saya merancang proses pengajaran sebelum dan selepas proses P&P. (Zalina)

Penggunaan video juga memberi ruang untuk mereka meneliti video berulang kali bagi membolehkan mereka mengekstrak komentar membina malah boleh dinyatakan dalam laporan untuk rujukan pelajar lain. Misalnya:

Pada minit ke 13:41, kita dapati guru tidak menghiraukan pelajar yang baru datang kelas. Sebaliknya, dia meneruskan pengajaran tanpa memastikan pelajar yang baru masuk itu bersedia untuk belajar. (Laporan 4)

Proses refleksi berdasarkan rakaman video juga membantu mereka menajamkan kemahiran dari sudut kritis serta lebih sensitif terhadap kekurangan yang dipaparkan dalam setiap pengajaran yang mereka tonton. Secara keseluruhannya, pelajar beranggapan bahawa proses refleksi

merupakan ‘pembelajaran sebenar’ dalam proses mendapatkan kemahiran

dalam pedagogi.

4.3 Isu-isu yang mempengaruhi keberkesanan proses refleksi dalam kumpulan

Isu tentang keterbukaan timbul di mana ada sesetengah pelajar berasa kurang senang apabila mendapat teguran daripada rakan-rakan, khususnya apabila yang menegur menggunakan ayar atau perkataan yang agak kurang menyenangkan. Misalnya, ada yang mengatakan:

Kadang tu, saya terasa juga dengan cara rakan-rakan memberi teguran. Kalau pensyarah, saya boleh terima .. tapi bila rakan saya memberi komen terhadap pengajaran saya, sedangkan dia juga ada kelemahan yang sama, saya rasa kurang adil. Apatah lagi bila dibincangkan dalam kelas tutorial. Bahasa yang digunakan terlalu

‘direct’. (Mira)

(9)

9

mereka. Mereka bersikap terbuka menerima komen demi penambahbaikan pengajaran mereka. Contoh jawapan pelajar:

Bagi saya kita boleh menerima pandangan itu secara positif tidak jadi masalah jika sekiranya terdapat komen dari rakan mahupun pensyarah... itulah yang akan menambahkan mutu sesuatu perkara. Lagipun, saya mengenali mereka semenjak tahu satu lagi. Jadi saya

tak kisah … (Zila)

Peranan pensyarah juga dikenalpasti sebagai pemangkin dalam proses refleksi. Pelajar mengatakan bahawa pensyarah memberi kesan dari sudut pemikiran mereka secara kritis, kerana kadangkala isu yang dikupas oleh pensyarah tutorial boleh membuka pemikiran mereka, atau kadangkala isu tersebut melibatkan perkara yang tidak pernah terlintas di fikiran mereka. Misalnya, seorang pelajar mengatakan:

Yang bagusnya sebab kita ada pensyarah yang berkaliber. Komen yang diberi semuanya bernas dan boleh diterima terus. Saya gembira kerana mengikuti kelas tutorial ini. Ada pensyarah yang bila dia memberi teguran, saya agak sukar menerima kerana mungkin cara beliau bercakap, tetapi untuk kelas Kurikulum dan Pedagogi ini saya rasa tidak. Kami diberi peluang untuk berfikir dengan lebih jauh dan digalakkan untuk bercakap atau mengeluarkan pendapat. Saya rasa pensyarah memang penting (Anis).

Setengah pelajar merujuk kepada isu audiens di mana dalam aktiviti pengajaran mikro, ‘pelajar’ terdiri daripada rakan sekelas mereka. Simulasi

sebegini mempunyai batasan tertentu kerana rakan sekelas perlu ‘main

peranan’ sebagai pelajar semasa rakan lain mengajar di hadapan. Hal ini

tentulah berbeza berbanding sekiranya pengajaran makro dijalankan dalam situasi kelas yang sebenar, di mana para pelajar terdiri daripada pelajar

sekolah. Kehadiran rakan sekelas sebagai ‘pelajar’ membataskan keupayaan

‘guru’ untuk benar-benar menguji kemahiran mereka dalam pedagogi. Hal ini

kerana, ‘pelajar’ kadangkala mempunyai kemahiran yang setara dengan ‘guru’ dan kadangkala ada pula ‘pelajar’ yang mengajar ‘guru’ tentang apa

yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa pengajaran makro. Contoh:

Masalah mungkin juga berlaku disebabkan pelajar terpaksa mengajar rakan-rakan sekelas sendiri dan ini mungkin akan memberi kesan kerana mereka bukanlah pelajar yang sebenar. (Isha)

(10)

10

konteks sebenar dan bukan, dan RPH (Rancangan Pengajaran Harian) yang dibuat hendaklah sama selaras semasa mengajar di

konteks sebenar dan bukan … mungkin ianya akan terdapat lebih perkara boleh kita lihat tentang pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan ... jika pelajar diberi peluang untuk buat mikro dan makro pada konteks sebenar mungkin akan lebih berkesan, dan akan memperoleh pengalaman dan gambaran sebenar.
(Musa)

5 Perbincangan dan rumusan

Kajian ini memberi fokus kepada proses refleksi terhadap pengajaran mikro dalam kalangan guru pelatih. Melalui proses tersebut, kekuatan dan kelemahan dalam pengajaran mereka dapat dikenalpasti sebagai langkah untuk penambahbaikan pada masa akan datang. Di samping itu, kajian ini juga menyorot isu-isu yang perlu ditangani untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran mikro. Dapatan kajian menunjukkan para pelajar menunjukkan sikap dan penerimaan yang positif terhadap proses refleksi menggunakan rakaman video ini. Ini kerana, rujukan terhadap rakaman video tersebut memberi lebih ruang kepada mereka untuk melihat secara jelas dan berulang-ulang aspek yang dikenalpasti perlu diperbaiki, malah tanpa memerlukan sesiapa untuk memaklumkan kesilapan tersebut, pelajar mampu dengan sendirinya menyedari akan kelemahan tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa penggunaan rakaman video mampu memberi kesan kepada pelajar untuk membuat refleksi kendiri. Melalui proses tersebut juga, dapat diperhatikan bahawa mereka bukan hanya setakat mengenalpasti kekurangan dalam pengajaran, malah mampu menilai aspek kekuatan guru yang dipaparkan dalam rakaman video. Ini selaras dengan apa yang disarankan oleh Charlop-Christy, Le dan Freeman (2000) bahawa melalui tontonan video, ia mampu memberi kesan terhadap pembelajaran pelajar melalui proses pemodelan dan peniruan.

Penggunaan video ini, meskipun tidak kelihatan seperti suatu tugasan atau perkara yang baru, namun nilai yang mampu diperolehi melalui refleksi ini memberi satu makna yang bererti. Kemampuan pelajar untuk bertindak sensitif terhadap setiap perilaku yang dipaparkan melalui rakaman video mungkin tidak akan dapat dicapai sepenuhnya dengan hanya menjadi

penonton atau ‘pelajar’ semasa pengajaran dijalankan. Hal ini kerana,

(11)

11

Dari sudut penambahbaikan terhadap aktiviti pengajaran mikro pula, dapatan daripada temubual bersama para pelajar menjelaskan beberapa isu yang perlu ditangani. Pertama, kesedaran bahawa wujud sebilangan pelajar

yang berasa ‘terhalang’ untuk menerima komentar daripada rakan-rakan

mereka yang dikaitkan juga dengan cara teguran diberi dan penggunaan bahasa oleh mereka yang memberi komentar. Adalah penting juga bahawa, dalam pendidikan bakal guru, aspek seperti kemahiran komunikasi, psikologi serta inter personal dititikberatkan. Penggunaan bahasa yang kasar serta boleh menyinggung hati orang lain perlu dihindar, sekaligus budaya bersopan dalam pertuturan menjadi agenda penting dalam melahirkan bakal guru yang berkualiti. Hal ini juga boleh didokong oleh peranan pensyarah sebagai

pemangkin bukan sahaja dalam aspek pemikiran kritis, malah sebagai ‘role model’ kepada para pelajar.

Kesimpulannya, aktiviti pengajaran mikro serta proses refleksi ke atas rakaman pengajaran ini meskipun masih perlu ditambahbaik, namun memberi makna terhadap pembelajaran serta peningkatan kemahiran guru pelatih dalam aspek pedagogi khususnya, serta kemahiran mengendalikan peralatan, pembangunan bahan serta psikososial secara umumnya.

Rujukan

Charlop-Christy, M. H., Le, L., & Freeman, K. A. (2000). A comparison of video modeling with in vivo modeling for teaching children with autism. Journal of Autism and Developmental Disorders, 30, 537-552.

Cochran-Smith, M. (2000). Editorial: The question that drive reform, Journal of Teacher Education, 51(5), 331-333

Cochran-Smith, M., Fries, M.K. (2001). Stick, Stones and Ideology: The discourse of reform in teacher education, Educational Researcher, 30(8),3-15.

Goodwin, B. (1999). Improving teaching Wuality: Issues & Policies. Policy Brief.

Mid-Greenwald, R., Hedges, L. & Laine, R. (1996). The effect of school resources on student achievement. Review of Educational Research, 66, 361-396.

Gul, S. O., & Vuran, S. (2010). An Analysis of Studies Conducted Video Modeling in Teaching Social Skills. Educational Science: Theory & Practice, 249-274.

Hans, A., & Akhter, S. (2013). Emerging trends in teacher education. The Macrotheme Review, 2(2), 23-31

(12)

12

Ingersoll, R.M. & Gruber, K. (1996). Out of field teaching and educational equality:

Statistical analysis report. American Institutes for Research in the Behavioral Sciences. National Ceneter for Education Statistics. Washington DC.

Iredale, R. (1996). The significance of teacher education for international education development: Global perspectives on teacher education. Oxfordshire: Triangle books.

Johari, K., Ismail, Z., Osman, I., Othman, A. T. (2009). Pengaruh Jenis Latihan Guru dan Pengalaman Mengajar Terhadap Efikasi Guru Sekolah Menengah (The Influence of Teacher Training and Teaching Experience on Secondary School Teacher Efficacy), Jurnal Pendidikan Malaysia, 34 (2), 3 – 14.

Maione, L., & Mirenda, P. (2006). Efects of video modeling and video feedback on peer-directed social language skills of a child with autism. Journal of Positive Behavior Interventions, 8, 106-118.

Mechling, L. C. (2004). Efects of multimedia, computer-based instruction on grocery shopping luency. Journal of Special Education Technology, 19(1), 23-34.

Nikopoulos, C., & Keenan, M. (2006). Video modeling and behavior analysis: A guide for teaching social skills to children with autism. London: Jessica Kingsley Publishers.

Sansosti, F. J., & Powell-Smith, A. K. (2008). Using computer presented social stories and video models to increase the social communication skills of children with high functioning autism spectrum disorders. Journal of Positive Behavior nte enti ns, 10(3), 162-178.

SOALAN TEMUBUAL SEMI BERSTRUKTUR

1.

Bagaimana proses refleksi menggunakan rakaman video membantu anda meningkatkan kemahiran dalam kurikulum dan pedagogi khususnya amalan dalam bilik darjah?

2.

Apakah cadangan anda untuk menambah keberkesanan aktiviti dan meningkatkan kemahiran pedagogi?

3.

Apa perasaan anda semua apabila pengajaran anda diperhati dan diberi komen oleh rakan-rakan dan pensyarah?

(13)

Referensi

Dokumen terkait

1) Masukan sarana (instrumental input) meliputi keseluruhan sumber dan fasilitas yang memungkinan bagi seseorang atau kelompok dapat melakukan kegiatan belajar. 2) Masukan

Tuliskan secara ringkas tentang prototipe yang dihasilkan dari riset ini dengan fokus menyangkut spesifikasi teknis seperti : bentuk, dimensi, fungsi, dsb. Jumlah

 Struktur PDRB Aceh baik dengan migas maupun tanpa migas menunjukkan bahwa dua sektor yang merupakan leading sector bagi perekonomian Aceh pada triwulan

Dari hasil pra survey pada beberapa Toko Alat Musik terkemuka di Kota Semarang sebagaimana nampak pada Tabel 1.2 dapat ditarik informasi bahwa minat pembelian alat

Telah dilakukan penelitian “Bioaktivitas Senyawa Asam Heksadekanoat dan β- sitosterol Hasil Isolasi Aglaophenia cupressina Lamoureoux Sebagai Bahan Antijamur Terhadap

2. Menjelaskan pada ibu dan keluarga tentang pentingnya makanan bergizi bagi ibu setelah melahirkan, makanan bergizi penting untuk ibu nifas yaitu untuk membantu proses

Berdasarkan hasil Pengujian rangkaian ADC pada Tabel 3 didapatkan hasil konversi diatas merupakan hasil keluaran penguat Op-Amp yang disesuaikan dengan range tegangan

Bab tiga, berisi tentang gambaran umum Lembaga Pemasyarakatan Perempuan Kelas IIA Palembang Bab empat, berisi tentang analisi mengenai pemberian remisi terhadap narapidana tindak