• Tidak ada hasil yang ditemukan

PANDUAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARA. Disediakan oleh Jawatankuasa Jaminan Kualiti PERMATA Q

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PANDUAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARA. Disediakan oleh Jawatankuasa Jaminan Kualiti PERMATA Q"

Copied!
65
0
0

Teks penuh

(1)

JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARA

PANDUAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARA 2017

Disediakan oleh Jawatankuasa Jaminan Kualiti PERMATA Q

Unit Jaminan Kualiti PERMATA Q Jabatan Perdana Menteri

Aras 3, Blok Podium Menara Usahawan Persiaran Perdana, Presint 2

(2)

SENARAI KANDUNGAN

BIL PERKARA SURAT MUKA

1 Pengenalan 1

2 Objektif Panduan Kualiti Kurikulum PERMATA Negara 1 3 Huraian Standard Kualiti (SQ) Kurikulum PERMATA Negara 2

SQ 1: Amalan Rutin dan Pengasuhan Kanak-kanak 3 - 13 SQ 2: Pembelajaran dan Pentaksiran Kanak-kanak; 14 - 27

SQ 3: Asuhan dan Penilaian Bayi; 28 - 42

SQ 4: Keselamatan Fizikal dan Sumber Pembelajaran; 43 - 51

SQ 5: Sumber Manusia 52 - 56

(3)

1 PANDUAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARA

1. PENGENALAN

1.1 Panduan Kualiti Kurikulum Permata Negara (disebut “Panduan Standard Kualiti atau Panduan SQ” selepas ini) dikeluarkan oleh pihak berkuasa Jawatankuasa Kualiti PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2014. 1.2 Panduan SQ ini merupakan dokumen rujukan bagi TASKA yang berdaftar di

bawah Akta TASKA 1984 dan TASKA di bawah kelolaan agensi awam untuk merangka dan melaksanakan program Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak secara teratur dan menepati piawai kualiti yang telah ditanda aras amalan baik antarabangsa.

1.3 Panduan SQ ini juga merupakan dokumen rujukan dalam pensijilan PERMATA Q yang digunakan bersama Peraturan untuk Persijilan PERMATA Q dan Instrumen Penilaian dan Pelaporan PERMATA Q.

1.4 PERMATA Negara adalah program pendidikan awal dan jagaan kanak-kanak di bawah umur empat (4) tahun yang dikendalikan di bawah program PERMATA mengikut kelulusan Jemaah Menteri bertarikh 24 Oktober 2008. 1.5 Kurikulum PERMATA Negara telah diterima pakai sebagai Kurikulum

Kebangsaan mengikut pindaan Peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak 2012. 1.6 Sijil Perakuan PERMATA Q dianugerahkan kepada TASKA yang telah melalui proses Jaminan Kualiti Permata Q dan mencapai hasrat dan matlamat Kurikulum PERMATA Negara.

2. OBJEKTIF PANDUAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARA Panduan Kualiti Kurikulum PERMATA Negara bertujuan:

2.1 Membantu TASKA yang menggunapakai Kurikulum PERMATA Negara memenuhi semua aspek kualiti pengasuhan dan pembelajaran yang ditanda aras amalan baik antarabangsa.

(4)

2 2.2 Membantu TASKA membuat penilaian kendiri dan bersedia untuk penilaian

validasi.

2.3 Membantu TASKA mengenalpasti amalan-amalan baik yang sudah wujud di TASKA dan mengambil tindaka memperkukuhkan amaln-amalan tersebut 2.4 Membantu TASKA mengenalpasti kelemahan dan memupuk budaya menilai

dan menambaik mutu pendidikan dan asuhan kepada kanak-kanak sebagai kitaran kualiti secara berterusan dan sukarela.

3. HURAIAN STANDARD KUALITI (SQ) KURIKULUM PERMATA NEGARA 3.1 Panduan SQ mencakupi aspek-aspek penting yang ditekankan dalam Kurikulum

PERMATA Negara. Aspek-aspek ini dinyatakan sebagai “standard kualiti atau SQ” yang merangkumi enam perkara berikut:

3.1.1 SQ 1: Amalan Rutin dan Pengasuhan Kanak-kanak; 3.1.2 SQ 2: Pembelajaran dan Pentaksiran Kanak-kanak; 3.1.3 SQ 3: Asuhan dan Penilaian Bayi;

3.1.4 SQ 4: Keselamatan Fizikal dan Sumber Pembelajaran; 3.1.5 SQ 5: Sumber Manusia; dan

3.1.6 SQ 6: Pengurusan.

3.2 Setiap aspek penilaian dibahagikan kepada beberapa SQ yang dihuraikan secara terperinci sebagai panduan untuk dilaksanakan oleh TASKA.

3.3 Panduan SQ ini bukan panduan muktamad dan akan kaji semula dan dikemaskini dari masa ke semasa mengikut keperluan dan perkembangan baru.

(5)

3 1.1 Pengendalian Aktiviti Rutin PERMATA

Pendidik/Pengasuh bertanggungjawab melaksanakan amalan rutin dan asuhan yang memupuk tingkah laku kanak-kanak sehingga menjadi kebiasaan atau tabiat (habit) yang positif seperti mencuci tangan dengan betul sebelum dan selepas makan. Semua proses ini merupakan langkah-langkah pengasuhan rutin memastikan kanak-kanak dididik menjadi individu berdisiplin, tertib, mulia dan dapat hidup secara berdikari. Amalan rutin juga memastikan kanak-kanak dalam keadaan sihat untuk mengikuti pembelajaran di TASKA.

Antara amalan rutin yang baik adalah seperti berikut:- 1.1.1 Menyambut Ketibaan

Pendidik mesti menyambut ketibaan kanak-kanak dengan gembira, mengucap salam dan bersalaman dengan kanak, sambil bertanya khabar dan kanak-kanak memberi respons kepada salam dengan gembira. Pendidik juga berbual

AMALAN RUTIN DAN PENGASUHAN KANAK-KANAK

1.1 Pengendalian Aktiviti Rutin PERMATA 1.1.1 Menyambut Ketibaan

1.1.2 Circle Time / Perjumpaan Pagi 1.1.3 Makan Dan Minum

1.1.4 Kecergasan

1.1.5 Kebersihan Diri Kanak-kanak 1.1.6 Keselamatan

1.1.7 Rehat Dan Tidur 1.1.8 Pulang

1.2 Penerapan Nilai Murni Dan Tingkah Laku Positif Dalam Asuhan

1.3 Bimbingan Kanak-kanak Yang Mempunyai Masalah Tingkah Laku

(6)

4 (bertanya khabar) dengan ibu/bapa mengenai kanak-kanak, sambil ibu/bapa menandatangani Buku Kehadiran dan memulangkan Buku Log Harian Anak PERMATA. Pendidik menyemak barangan peribadi yang dibawa dan memastikan barangan peribadi yang dibawa dalam keadaan bersih. Sekiranya ibu-bapa membekalkan ubat-ubatan, pendidik perlu mendapat arahan terperinci daripada ibubapa tentang pengambilan ubat tersebut.

Pendidik hendaklah memeriksa keadaan kanak-kanak di hadapan ibu/bapa untuk memastikan tiada sebarang tanda-tanda penyakit/demam atau tanda-tanda lebam atau luka. Selepas itu, kanak-kanak bersalam dengan ibu/bapa dan membawa begnya masuk ke kelas.

1.1.2 Circle Time / Perjumpaan Pagi

Aktiviti ‘Circle Time’ adalah sangat penting di mana semua kanak-kanak diasuh untuk berkumpul (sebagai satu komuniti), dimulakan dengan doa, dan diikuti dengan nyanyian lagu NegaraKu, lagu Kebangsaan Negeri, Lagu PERMATA, lagu-lagu patriotik dan membaca Ikrar Anak PERMATA. Bendera Malaysia hendaklah dikibarkan semasa menyanyikan lagu NegaraKu. Pendidik hendaklah menerapkan ciri-ciri patriotik dan memastikan kanak-kanak berdisiplin dan berdiri tegak menghormati Bendera Malaysia/Negeri yang dikibarkan atau dinaikkan semasa menyanyikan lagu NegaraKu/Negeri.

Pendidik memanggil nama kanak-kanak dengan mesra dan kasih sayang, seumpama mengambil kedatangan untuk membolehkan kanak-kanak saling mengenali di antara satu sama lain. Pendidik digalakkan bertanya khabar dengan kanak. Pendidik memberi pujian dan dorongan untuk membantu kanak-kanak berasa dihargai dan dikasihi. Selepas bertanya khabar, pendidik boleh mengadakan senaman atau pergerakan kreatif, samada di dalam atau di luar

(7)

5 TASKA. Circle time dilaksanakan dalam masa tidak lebih daripada 30-40 minit sahaja.

1.1.3 Makan dan Minum 1.1.3.1 Pemakanan

TASKA mematuhi Garis Panduan Pemberian Makanan Bayi dan Kanak-Kanak Kecil, Bahagian Permakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia 2008, (Kurikulum PERMATA Negara 2013, m.s.36-39), Akta TASKA 1984 (Pindaan 2007) Peraturan-peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012 Bahagian XIII; perenggan 43 (1)(2) (a-b) yang menyatakan:

“Jadual Makan: 43 (1) Pengusaha, pengurus atau penyelia, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menyediakan Jadual makan bagi kanak-kanak di Taman asuhan kanak-kanak. (2) Jadual makan hendaklah disediakan mengikut: (a) skala diet yang dinyatakan dalam Jadual Keempat; dan (b) kaedah penyusuan yang dinyatakan dalam Jadual Kelima.”

TASKA menyediakan pemakanan sihat dan seimbang mengikut modul Pendidik Permata 2013, m.s 100-113.

Pendidik wajib tahu jika ada kanak-kanak yang mengalami alahan terhadap sesuatu jenis makanan.

1.1.3.2 Adab makan

Pendidik menjadikan suasana makan sebagai waktu yang sangat ditunggu-tunggu, waktu yang sangat gembira, waktu untuk bersyukur dan berterima kasih. Suasana makan mestilah ceria dan teratur, tidak bising atau kelam kabut.

(8)

6 Pendidik memastikan kanak-kanak beratur, menunggu giliran untuk membasuh tangan, mengambil makanan sendiri, duduk dengan tertib, menunggu rakan-rakan semua duduk dan membaca doa sebelum dan selepas makan.

Pendidik memastikan kanak-kanak bersopan santun, mengikuti tata tertib semasa makan. Pendidik memastikan kanak-kanak menggunakan pinggan-mangkuk, sudu, garpu, dan bekas minuman yang sesuai bagi kanak-kanak.

Pendidik membimbing kanak-kanak untuk berdikari dan makan sendiri dengan cermat dan tertib mengikut adab makan seperti tidak bercakap semasa makanan di dalam mulut, makan dengan tangan kanan, menghabiskan makanan dan mengambil makanan yang dekat dengannya sahaja.

Pendidik duduk bersama kanak-kanak semasa makan sambil bercerita atau menerangkan tentang zat makanan, atau sebagainya dan menggalakkan kanak-kanak menghabiskan makanan. Pendidik perlu prihatin bahawa kanak-kanak-kanak-kanak telah makan dan minum secukupnya. Pendidik perlu juga menggalakkan kanak-kanak minum air kosong.

Selepas makan, pendidik menggalakkan kanak-kanak meletakkan pinggan dan cawan masing-masing ke dalam bekas yang disediakan, membersihkan meja dan menyusun kerusi yang telah digunakan.

1.1.4 Kecergasan

Pendidik memastikan aktiviti jasmani seperti senaman, tarian, pergerakan kreatif, permainan bebas dilakukan oleh kanak-kanak setiap hari pada masa-masa sesuai contohnya semasa/selepas circle time dan sebelum pulang.

(9)

7 1.1.5 Kesihatan dan Kebersihan Diri Kanak-kanak

Kanak-kanak berisiko tinggi dijangkiti penyakit di TASKA kerana pergaulan sesama mereka. Pendidik sentiasa mengamalkan peraturan-peraturan kebersihan dan kesihatan di TASKA mengikut Buku Modul Latihan (m.s. 512-525), untuk mengelakkan kanak-kanak dijangkiti penyakit.

1.1.5.1 Pemeriksaan kesihatan

Pihak TASKA menjemput pegawai perubatan dan pergigian kanak-kanak ke TASKA secara berkala dan memastikan ibu-bapa membawa kanak-kanak untuk pemeriksaan lanjut jika perlu.

Semua rekod kesihatan kanak-kanak (imunisasi dan vaksinasi, carta pertumbuhan gigi, rekod Indeks BMI, rekod alahan, kecacatan, dan penyakit yang pernah atau sedang dialami) disimpan secara sulit, sistematik, kemaskini dan mudah diakses. Pendidik mengasingkan kanak yang sakit dan menghubungi ibubapa kanak-kanak tersebut untuk membawa pulang anak mereka.

1.1.5.2 Amalan Membasuh tangan

Pendidik hendaklah mengajar kanak-kanak membasuh tangan dengan cara yang betul. Ini termasuk kanak-kanak membasuh tangan dengan cermat menggunakan air semasa membilas dicelah-celah jari dengan menggunakan sabun. Selepas itu mereka mengelap tangan dengan tuala kering yang disediakan atau dengan tuala sendiri. Semua kanak-kanak membasuh tangan setiap kali sebelum dan selepas makan. Pendidik memastikan kanak-kanak membasuh tangan sendiri selepas

(10)

8 semua aktiviti terutama selepas bermain di luar kelas, samada bermain fizikal, main air, main pasir, nature walk, atau selepas berkebun dan sebagainya.

1.1.5.3 Gosok Gigi

Setiap kanak-kanak mempunyai bekas (kit) menyimpan berus dan ubat gigi sendiri. Kanak-kanak diajar menunggu giliran untuk menggunakan sinki. Sebelum mandi, semua kanak-kanak menggosok gigi menggunakan berus gigi sendiri dengan dipantau oleh Pendidik supaya memberus gigi dan berkumur dengan betul.

1.1.5.4 Mandi

Kanak-kanak dikehendaki mandi sekurang-kurangnya sekali sehari dan mengikut keperluan. Kanak-kanak menggunakan bilik mandi berasingan di antara laki-laki dan perempuan atau mengambil giliran mengikut gender. Kanak-kanak 2 hingga 4 tahun menanggal pakaian sendiri, mandi sendiri menggunakan sabun dan syampu dengan penyeliaan pendidik. Kanak-kanak tidak membazirkan air. Selepas mandi, kanak-kanak mengelap badan dengan tuala sendiri, memakai pakaian baru yang bersih dan mengemas diri sendiri seperti menyikat rambut dan sebagainya. Pakaian kotor dimasukkan ke dalam beg untuk dibawa pulang. Pendidik membimbing secara konstruktif, menyuruh kanak-kanak melakukan mengikut cara-cara yang betul.

1.1.5.5 Latihan ke Tandas

Pendidik mengesan tanda-tanda kanak-kanak sudah bersedia untuk ke tandas. Pendidik memastikan kanak-kanak menjalani latihan ke tandas sekurang-kurangnya tiga (3) kali sehari iaitu selepas minum pagi, sebelum mandi dan selepas bangun tidur. Pendidik melatih kanak-kanak menggunakan potty atau tandas kanak-kanak. Pendidik memantau semasa kanak-kanak ke tandas, memastikan

(11)

9 kanak-kanak membersihkan diri, mengepam tandas dan mencuci tangan dengan cara yang betul.

1.1.5.6 Barangan Peribadi

Pendidik memastikan barangan peribadi kanak-kanak seperti tuala, berus gigi, sikat, shampoo, sabun dan lain-lain sentiasa bersih, dilabel dengan nama kanak-kanak dan tidak dikongsi dengan kanak-kanak-kanak-kanak lain. Pastikan tuala yang sudah digunakan disidai dan dikeringkan sebelum digunakan semula pada hari tersebut. Pakaian bersih dan kotor diasingkan. Pakaian kotor dimasukkan ke dalam beg atau plastik beg pakaian kotor yang disediakan dan dipulangkan kepada ibu bapa kanak-kanak setiap hari.

1.1.5.7 Ruang Tidur

Pendidik memastikan ruang tidur kanak-kanak sentiasa berada dalam keadaan bersih. Peralatan tidur kanak-kanak seperti stackable cot/tilam, cadar, bantal, sarung bantal dan selimut dibersihkan sekurang-kurang seminggu sekali (atau bila-bila masa yang perlu).

1.1.6 Keselamatan Kanak-kanak

Pendidik memahami dan melaksanakan langkah-langkah pencegahan kecederaan dan kemalangan kanak-kanak di TASKA.

Pendidik sentiasa mengawasi keselamatan kanak-kanak semasa makan dan minum, menukar pakaian, mandi, tidur dan semasa menjalankan aktiviti di dalam dan di luar TASKA. Pendidik memastikan peralatan mainan kanak-kanak selamat (tidak tajam, tidak terlalu kesat, tidak berkarat, tidak mudah tanggal) dan tidak toksik.

(12)

10 1.1.7 Rehat dan Tidur

Kanak-kanak perlu diasingkan di antara laki-laki dan perempuan semasa tidur. Kanak-kanak perlu dipastikan berpakaian bersih sebelum tidur. Mereka perlu digalakkan menyediakan tempat tidur sendiri, membaca doa sebelum tidur dan selepas bangun. Pendidik/pengasuh memalapkan lampu bilik tidur, memperdengarkan muzik atau zikir yang menenangkan dalam volume yang rendah. Kanak-kanak mengemas tempat tidur setelah bangun. Bagi kanak-kanak yang tidak mahu tidur, Pendidik hendaklah membacakan buku cerita atau bermain games yang senyap dengannya sehingga kanak-kanak tertidur atau dapat berehat. 1.1.8 Pulang

Semasa hendak pulang, kanak-kanak bersalam dengan Pendidik. Kanak-kanak mengambil semua barang dan pakaian kotor untuk dibawa pulang. Pendidik memastikan ibu/bapa mengambil balik Buku Log Anak PERMATA yang telah dilengkapkan oleh Pendidik.

1.2 Penerapan Nilai Murni dan Tingkah Laku Positif Dalam Asuhan

Dalam menjalankan aktiviti rutin dan pembelajaran, pendidik sentiasa menerapkan 11 nilai murni PERMATA berikut bagi memupuk budi pekerti kanak-kanak. Nilai-nilai tersebut ialah:-

 Kepercayaan kepada Tuhan

 Berdisiplin dan yakin diri

 Baik hati

 Berani mencuba

 Rajin

 Hormat

(13)

11

 Berbudi bahasa

 Jujur

Daya tahan diri (Resilience)

 Bertanggungjawab

Pendidik sendiri menjadi role model dalam memupuk tingkahlaku positif dengan bercakap dengan sopan, berkelakuan baik dan beradab, memberi pujian, ganjaran yang bersesuaian dengan situasi. Contohnya kepercayaan kepada Tuhan diterapkan melalui amalan seperti berdoa sebelum dan selepas makan, sebelum dan selepas tidur dan bersyukur.

Hasil bimbingan pendidik dilihat apabila kanak-kanak bercakap dengan sopan, berkelakuan baik dan beradab, mengucapkan salam kepada guru, ibu bapa dan tetamu, mengucapkan terima kasih apabila diberikan sesuatu atau apabila menerima sesuatu bantuan atau pertolongan dari pendidik atau rakan-rakan, berdoa sebelum dan selepas makan, sebelum dan selepas tidur dan bersyukur. Kanak-kanak juga suka membantu, bekerjasama, memujuk kawan, bertolak ansur dan meminta izin daripada pendidik jika ingin keluar, bertanya atau bercakap.

1.3 Bimbingan Kanak-Kanak Yang Mempunyai Masalah Tingkah Laku

Pendidik perlu mengunakan beberapa pendekatan untuk menyelesaikan masalah tingkah laku kanak-kanak. Setiap kanak-kanak adalah individu yang berbeza, oleh itu tiada satu cara yang sama boleh digunakan untuk semua kanak-kanak. Antara tingkah laku bermasalah yang perlu diurus oleh Pendidik ialah kanak-kanak terlalu aktif, sangat pemalu, murung, mengamuk (temper tantrum) dan bergaduh.

(14)

12 1.3.1 Mengurus Kanak-Kanak Terlalu Aktif

Pendidik mengamalkan cara berikut: Membawa kanak-kanak ke satu ruang atau sudut untuk kanak-kanak ini bermain sendiri dengan alat mainan yang menggalakkannya menumpu perhatian. Pasang muzik yang menenangkan untuk membantunya relaks; usap kepala atau belakangnya untuk menenangkan, bercakap dengan suara yang tenang dan lembut, pujuk supaya kanak-kanak tidak mengganggu kanak-kanak lain. Pandang pada matanya dan minta kanak-kanak pandang pada mata pendidik semasa bercakap. Ajar kanak-kanak menarik dan melepaskan nafas yang panjang beberapa ketika. Suruh kanak-kanak berzikir bersama Pendidik.

1.3.2 Mengurus Kanak-Kanak Sangat Pemalu

Malu ialah satu ciri personaliti yang normal, ia bukan satu kecacatan atau kelemahan. Pendidik perlu menanam sifat yakin diri pada kanak-kanak melalui galakan untuk kanak-kanak bermain bersama-sama kanak-kanak lain, selalu berikan pelukan; dengar dengan sabar; kerap memberi pujian terutama di hadapan rakan-rakannya.

1.3.3 Mengurus Kanak-Kanak Murung (Depression)

Pendidik memahami kemurungan adalah simptom/tanda kanak-kanak mengalami stress atau perasaan tidak selesa, tidak gembira, tidak sihat dan tidak bermaya. Ini menyebabkannya kanak-kanak tidak mahu terlibat dalam aktiviti pembelajaran di Taska. Tanda-tanda lain ialah kanak-kanak tidak berselera makan, sukar tidur dan menarik diri dari rakan-rakan dan suka duduk bersendirian. Pendidik perlu membantu kanak-kanak yang murung dengan mengajak mereka membuat aktiviti-aktiviti tertentu seperti melukis, main peranan dan main bebas.

(15)

13 Semasa melakukan aktiviti, pendidik menggalakkan kanak-kanak meluahkan perasaan, mendengar dengan sabar dan berempati, pegang tangannya dan duduk dekat dengannya.

Apabila kanak-kanak ini sudah menunjukkan keinginan untuk bersama kembali ke dalam aktiviti yang sedang dijalankan, pendidik menggalakkan kanak-kanak lain untuk bermain bersama kanak-kanak murung itu.

1.3.4 Mengurus Kanak-Kanak Mengamuk (Temper Tantrum)

Pendidik perlu memahami bahawa kanak-kanak ini sedang belajar mengurus emosinya. Pendidik mesti tenang, bersabar dan berempati dan tidak perlu menurut kehendak kanak-kanak. Pendidik mengasingkan kanak-kanak yang masih mengamuk ke suatu sudut untuk menenangkannya buat sementara waktu. Pendidik mengalih perhatian kanak-kanak kepada aktiviti/mainan lain. Pendidik memuji kanak-kanak apabila berkelakuan baik.

1.3.5 Mengurus Kanak-Kanak Bergaduh

Pendidik perlu mengajar kanak-kanak cara-cara menyelesaikan pergaduhan sesama sendiri (conflict resolution) contohnya berebut mainan, mengigit, tolak-menolak dan sebagainya. Pendidik membawa kanak-kanak ke satu sudut yang lebih sunyi dan berbincang apakah masalah yang dihadapi. Pendidik memberi peluang setiap pihak menceritakan kes masing-masing. Pendidik mencadangkan penyelesaian yang adil dan mendapatkan persetujuan kanak-kanak. Pendidik menyuruh kanak-kanak bermaafan, bersalaman atau berpelukan dan ucap maaf apabila kes sudah selesai.

(16)

14 2.1 Prinsip Pedagogi PERMATA

Pendidik memahami konsep whole brain learning yang menjadi teras kepada pedagogi PERMATA dan menunjukkan pemahaman ini melalui pengintegrasian 6 bidang pembelajaran PERMATA dalam kesemua aktiviti-aktiviti pembelajaran. Bidang pembelajaran Permata adalah seperti berikut:

Perkembangan Sahsiah, Sosio-emosi dan Kerohanian

Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal

Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik

Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran

Perkembangan Fizikal dan Psikomotor

Perkembangan Kreativiti dan Estetika

2.1.1 Pengintegrasian Whole Brain Learning Dalam Setiap Aktiviti

Pendidik mengetahui/memahami bahawa pengintegrasian berlaku dalam sesuatu aktiviti pembelajaran dan mempunyai tujuan untuk mengembangkan semua atau beberapa daripada bidang perkembangan kanak-kanak. Contohnya dalam bermain

PEMBELAJARAN DAN PENTAKSIRAN 2.1 Prinsip Pedagogi PERMATA

2.2 Aktiviti Pembelajaran PERMATA

(17)

15 doh (play dough) untuk mencipta haiwan atau buah-buahan, pendidik memahami bahawa aktiviti bermain doh boleh membantu:

 Perkembangan fizikal kanak-kanak dari segi motor halus, koordinasi mata-tangan.

 Perkembangan sahsiah, sosioemosi dan kerohanian dari segi konsentrasi, bekerjasama, iltizam, yakin dan bersyukur.

 Perkembangan awal matematik dari segi membahagikan banyak atau sedikit bahan doh untuk membuat bahagian-bahagian tertentu objek yang sedang dibina.

 Perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran dari segi kesedaran kanak-kanak tentang rupa bentuk buah atau haiwan dan sebagainya.

 Perkembangan kreativiti dan estetika dari segi kebolehan kanak-kanak mengimaginasi buah atau haiwan yang hendak dibentuk, menghayati hasil ciptaan sendiri dan rakan-rakan.

 Perkembangan komunikasi dari segi kebolehan kanak-kanak menceritakan perihal hasil ciptaan mereka kepada guru atau kanak-kanak lain.

2.1.2 Peka Kepada Perbezaan Perkembangan

Pendidik prihatin kepada perbezaan perkembangan, minat dan bakat antara kanak-kanak dan merancang aktiviti yang sesuai bagi membina kebolehan ke tahap potensi yang boleh dicapai.

Pendidik memahami gaya belajar kanak-kanak, dan menggunakan pelbagai teknik dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang merangsang visual, auditori, spatial dan kinestetik kanak-kanak untuk belajar sambil bermain.

(18)

16 2.13 Kaedah 3E dan Projek

Pendidik menggunakan projek STEM mengikut modul Pembelajaran STEM PERMATA bagi memperkenalkan Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik kepada kanak-kanak.

Pendidik menekankan kaedah 3E (explore, experiment and experience) semasa melaksanakan aktiviti pembelajaran bagi merangsang penglibatan aktif kanak-kanak serta menggalakkan sifat iltizam (persistence and focused on task).

Pendidik menyediakan kaedah 3E secara hands-on dan dalam konteks sebenar untuk membolehkan kanak-kanak mengalami (experience) penerokaan sendiri. Pendidik bersikap fleksibel dan membenarkan kanak-kanak meneroka dan mengeksperimen mengikut kreativiti mereka sendiri dan tidak terlalu terikat kepada jadual waktu.

Pendidik merangsang rasa ingin tahu, menggalakkan kanak-kanak bertanya soalan, melahirkan pendapat, meneroka, menyiasat, menguji, mengeksperimen, merungkai, membina dan merekacipta. Pendidik menggalakkan kanak-kanak memerhati, meramal, membuat keputusan, merumus hasil dan bercerita tentang aktiviti yang mereka lakukan.

Contoh penggunaan kaedah 3E dalam konteks sebenar adalah semasa bermain air dimana pendidik memberi tugasan kepada kanak-kanak untuk “menyiasat air” dan menyoal kanak-kanak tentang:

 Kuantiti & sifat-sifat air, apa air boleh buat, apa yang boleh atau tidak boleh dilakukan dengan air, apa air tidak boleh buat.

(19)

17

 Mengapa baju menjadi basah apabila terkena air.

 Apakah benda-benda lain yang boleh menjadi basah apabila terkena air.

 Kanak-kanak mengeksperimen benda-benda yang boleh basah (menyerap air) misalnya kertas, buku, kotak, kasut yang diperbuat dari kanvas, dan lain-lain.

Kanak-kanak mengeksperimen benda-benda yang tidak boleh basah (water proof) apabila dicurah dengan air, misalnya plastik, cermin mata, toys yang dibuat dari plastik, botol mineral, besen, dan lain-lain.

2.1.3 Learning Is Fun

Pendidik memastikan dan kanak-kanak kelihatan gembira semasa bermain. Pendidik menggunakan juga aktiviti ini sebagai terapi untuk membina self esteem yang menghasilkan karakter dan kanak-kanak kelihatan yakin, ceria, berpersonaliti positif dan terbuka.

.

2.1.4 Hubungan dan Interaksi

Pendidik membina hubungan intim dan mesra dengan kanak-kanak melalui interaksi yang positif dan konstruktif antara kanak-kanak dengan pendidik dan rakan-rakan.

Pendidik memastikan suasana bermain dalam semua aktiviti pembelajaran PERMATA memberikan keseronokan.

Hubungan mesra dalam semua aktiviti dilihat dari tingkah laku kanak-kanak yang membina konsep kendiri dan bermain dengan rasa selamat, yakin, berani berfikir, berimaginasi, bertanya, merespon, meneroka dan mencuba bagi menyelesaikan masalah.

Pendidik memberi dorongan dan motivasi dan kanak-kanak kelihatan terus berusaha, bersemangat menyiapkan kerja/tugasan yang dijalankan dan memahami dunia persekitaran mereka.

(20)

18 Dalam membina hubungan mesra, pendidik bertutur dengan lemah lembut dan menggunakan bahasa yang mudah supaya senang difahami dan kanak-kanak menunjukkan sopan santun dalam pertuturan.

Pendidik sentiasa mengguna ayat yang lengkap dan kanak-kanak bertutur dalam ayat yang lengkap untuk membina kosa kata.

Pendidik mendengar apabila kanak-kanak bercakap dan kanak-kanak juga mendengar apabila orang lain bercakap.

Pendidik menggalakkan kanak-kanak berinteraksi dengan pendidik dan rakan-rakan, memberi pujian kepada tingkah laku positif (contohnya cara duduk, bertutur, menunggu giliran) dan kepada usaha, tidak hanya kepada hasil.

Kanak-kanak menunjuk empati dan membina kebolehan berkomunikasi dan bersosial.

Pendidik menerima kesilapan kanak-kanak, memberi tunjuk ajar dan meleraikan konflik di kalangan kanak-kanak secara baik.

Pendidik melayan semua kanak-kanak sama rata. 2.2 Aktiviti Pembelajaran PERMATA

Pendidik melaksanakan aktiviti pembelajaran PERMATA melalui aktiviti - aktiviti yang mengintegrasikan 6 bidang pembelajaran PERMATA yang tersebut di atas. 2.2.1 Main Bebas (Dalam Atau Luar)

Pendidik memastikan semua kanak-kanak diberi peluang untuk bermain bebas. Ia boleh dilakukan di waktu pagi semasa baru tiba ke TASKA atau sebelah petang semasa menunggu untuk pulang.

(21)

19 Kanak-kanak diberi peluang memilih barang permainan dan sudut bermain yang mereka sukai. Mereka boleh menukar alat mainan apabila merasa jemu.

Pendidik hendaklah menggalakkan kanak-kanak menyatakan mengapa mereka memilih permainan atau alat mainan tersebut dan membantunya membina pemahaman dan perbendaharaan kata yang berkaitan.

Pendidik hendaklah sentiasa peka dengan apa yang dilakukan oleh kanak-kanak kerana ini mungkin mencerminkan minat dan bakat yang ada padanya.

2.2.2 Main Pasir

Pendidik menjalankan aktiviti ini dalam dua keadaan sama ada menggunakan pasir basah atau pasir kering. Aktiviti ini bertujuan merangsang perkembangan sensori dan psikomotor kanak-kanak, disamping membina daya imaginasi dan kreativiti untuk merekacipta.

Pasir basah boleh dipadatkan dan dibentukkan mengikut acuan, manakala pasir kering membolehkan kanak-kanak merasai tekstur pasir tersebut. Pasir boleh diganti dengan garam untuk menggalakkan kanak-kanak merasa tekstur.

Aktiviti penerokaan dan eksperimen semasa main pasir ialah: menggali, mencurah, menapis dan menceduk pasir; membina istana pasir, menggali terowong, atau membina zoo, dan sebagainya; mengisi pasir ke dalam bekas, corong atau botol; menulis dan melukis atas permukaan pasir; membuat pelbagai bentuk, dengan tangan atau acuan seperti cawan, mangkuk, sudu dan penutup botol; dan lain-lain aktiviti yang difikirkan sesuai mengikut kreativiti kanak-kanak. Kanak-kanak terlibat dalam mengemas dan membersihkan kawasan bermain pasir setelah selesai bermain.

(22)

20 Pendidik mengawasi dan memastikan kanak-kanak membersih tangan dan kaki setelah selesai bermain.

Pendidik mengawasi dengan rapi dan sentiasa mematuhi peraturan keselamatan semasa aktiviti main pasir dijalankan.

2.2.3 Main Air

Pendidik memastikan main air dijalankan dengan pengawasan rapi melalui main buih sabun, mencuci pakaian, sayur-sayuran, alat mainan, buah-buahan, menuang dan menceduk air dari bekas besar ke bekas kecil, memerah air dari span dan lain-lain.

Pendidik menggalakan kanak-kanak bereksperimen dan mempelajari pelbagai konsep sains seperti kosong-penuh, sebelum-selepas, cetek-dalam, berat-ringan, timbul-tenggalam, atas air - dalam air, basah - kering, serap - tidak serap, larut - tidak larut, cair - beku dan perkataan seperti corong, permukaan, terapung, berpusar, mengalir, berkocak, memercik dan melimpah.

Pendidik melibatkan kanak-kanak dalam mengemas dan membersihkan kawasan bermain air setelah selesai bermain.

Pendidik mengawasi dengan rapi dan sentiasa mematuhi peraturan keselamatan semasa aktiviti main air dijalankan.

2.2.4 Nature Walk

Pendidik membawa kanak-kanak berjalan di taman, di sekitar TASKA atau di kawasan berdekatan bagi memberi pengalaman langsung dalam penggunaan semua deria iaitu penglihatan, sentuhan, rasa, bau dan pendengaran.

(23)

21 Pendidik memupuk kebolehan memerhati, imaginasi, kreativiti dan menanamkan rasa cinta kanak-kanak kepada alam sekitar. Pendidik melatih kanak-kanak mencintai alam sekitar dan menghargai kebesaran ciptaan Tuhan.

Pendidik menggalakkan kanak-kanak meneroka, memeriksa, mengalami sendiri dan membuat eksperimen dengan objek-objek yang terdapat di persekitaran. Contohnya pendidik membimbing kanak-kanak meneroka dan memeriksa:

 Tumbuh-tumbuhan: bentuk-bentuk batang, daun dan buah, warna, saiz; merasai tekstur dan bau, dan sebagainya.

 Haiwan dan serangga: melihat pelbagai jenis, bentuk, anggota badan dan membuat perbandingan.

 Batu-batan: memeriksa batu, saiz, warna dan sebagainya.

Pendidik memberi galakan kepada kanak-kanak yang membuat penemuan baru, inferen dan mengumpul koleksi bahan-bahan yang dijumpai di persekitaran. Pendidik mengawasi dengan rapi dan sentiasa mematuhi peraturan keselamatan semasa aktiviti nature walk dijalankan.

Pendidik mengawasi kanak-kanak membersih tangan dan kaki dan tukar pakaian jika perlu.

2.2.5 Aktiviti Manipulatif

Pendidik mengguna alat-alat mainan yang sesuai untuk perkembangan motor halus, koordinasi mata tangan, deria, dan daya tumpuan.

(24)

22 Kanak-kanak digalakkan melakukan aktiviti seperti menyusun blok/bongkah, mencantum puzzle, menguntai manik, membina struktur, mengasing mengikut saiz, bentuk dan warna, dengan menggunakan bahan seperti daun, ranting dan bahan kitar semula seperti kotak, kadbod, batu, tin, tali, perca kain, botol plastik dan sebagainya.

Pendidik menggalakkan kanak-kanak meneroka, berfikir untuk memanipulasi bahan, menggunakan idea dan kreativiti sendiri untuk membuat projek, pertukangan, perkebunan dan merekacipta serta menyelesaikan masalah melalui proses cuba jaya (trial and error).

2.2.6 Aktiviti Seni Kreatif Dan Kraf

Pendidik melaksanakan aktiviti seni dan kraf untuk meningkatkan kemahiran motor halus, membina kreativiti dan estetika kanak-kanak dengan mengguna bahan seperti water colour, berus besar, crayon bersaiz jumbo, easel rendah, tepung, span, cop pelbagai bentuk dan jenis, pelbagai jenis kertas (kecuali kertas surat khabar) dan lain-lain.

Kanak-kanak mengguna bahan seperti kerincing, gendering, kompang, kastenet dan bahan semulajadi seperti tempurung, daun kelapa, batang padi, kulit kerang bagi meneroka bunyi-bunyian.

Pendidik memberi peluang kanak-kanak mengekpresikan diri dan melahirkan idea dalam bentuk contengan, lakaran, lukisan, capan, binaan, kraf, ukiran, guntingan, lipatan, tampalan, kolaj, dan lain-lain.

Kanak-kanak terlibat dalam mengemas dan membersihkan tempat setelah selesai aktiviti. Pendidik mengawasi dan memastikan kanak-kanak membersih tangan dan kaki dan tukar pakaian jika perlu.

(25)

23 Pendidik mengawasi dengan rapi dan sentiasa mematuhi peraturan keselamatan semasa aktiviti dijalankan.

2.2.7 Aktiviti Fizikal (Permainan Luar)

Pendidik menjalankan aktiviti fizikal bagi meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus, kordinasi deria yang menyumbang kepada kesihatan dan kecergasan tubuh badan kanak-kanak.

Pendidik beri peluang kanak-kanak melakukan aktiviti berikut:

 Merangkak ke dalam terowong

 Melompat tali

 Berlari dan mengejar

 Main gelongsor  Main buaian  Memanjat pokok  Meniti jambatan  Menendang bola  Mengayuh basikal  Senamrobik

Pendidik memilih aktiviti mengikut kesesuaian umur dan taraf kesihatan kanak-kanak (contohnya asma, atau lain-lain penyakit yang tidak membenarkan aktiviti senaman yang berat/meletihkan).

Pendidik menerapkan nilai murni seperti bersabar menunggu giliran, bekerjasama, tolong menolong, bersikap sederhana dan saling hormat menghormati semasa kanak-kanak bermain.

Pendidik mengawasi dengan rapi dan sentiasa mematuhi peraturan keselamatan semasa aktiviti dijalankan. Pendidik mengawasi kanak-kanak membersih tangan dan kaki setelah selesai aktiviti dan tukar pakaian jika perlu.

(26)

24 2.2.8 Aktiviti Bahasa Dan Literasi Awal (Membaca, Menulis, Bercerita, Dan

Menyanyi)

Pendidik melaksanakan aktiviti seperti membaca, menulis, bercerita, dan menyanyi untuk meningkatkan perkembangan bahasa dan literasi awal kanak-kanak.

Kanak-kanak menunjuk kebolehan berkomunikasi melalui perbualan, bercerita, bermain teka teki, berpantun, rhyming, menyanyi, berlakon dan sebagainya.

Pendidik menjalankan aktiviti ini setiap hari dengan cara yang menyeronokkan. Semasa bercerita Pendidik memberi peluang kanak-kanak meningkatkan kemahiran mendengar, memahami, berfikir, menguasai bahasa, mencerita semula dan berkongsi cerita dengan rakan-rakan. Pendidik memupuk minat membaca dan menulis serta menggalakkan kanak-kanak mereka cerita sendiri.

Pendidik mendedahkan kanak-kanak kepada penggunaan teknologi ICT. 2.2.9 Aktiviti Kesenian Dan Kebudayaan

Pendidik menjalankan aktiviti seni muzik, tarian, nyanyian, permainan dan pergerakan kreatif bagi meningkatkan kreativiti kanak-kanak serta apresiasi kepelbagaian kesenian dan kebudayaan negara.

Kanak-kanak berpeluang melakukan aktiviti berikut:

 Menyanyi lagu tradisional kanak-kanak seperti enjit-enjit semut, rasa sayang, ikan kekek.

 Bermain permainan tradisional kanak-kanak seperti congkak, lompat tali, teng-teng dan sorok-sorok.

 Menari tarian tradisional seperti kuda kepang, sumazau, ngajat dan tarian lain yang mencerminkan kepelbagaian budaya Malaysia.

(27)

25 Pendidik melaksanakan aktiviti yang berkaitan perayaan kaum di Malaysia seperti menggalakkan kanak-kanak memakai pakaian tradisional, menyediakan makanan, menghasilkan kraf seperti anyaman ketupat, tanglung, kolum, menyanyi lagu-lagu perayaan, dan mempamerkan tarian seperti tarian naga.

Bagi kanak-kanak beragama Islam pendidik menggalakkan berzikir dan bernasyid. Pendidik memastikan kanak-kanak bekerjasama semasa aktiviti-aktiviti ini bagi membina harga diri (self esteem), keyakinan diri dan sifat positif dan terbuka.

2.2.10 Main Peranan

Pendidik menjalankan aktiviti main peranan bagi membantu kanak-kanak memahami antara fantasi dan realiti serta menggalakkan kreativiti dan imaginasi. Pendidik membenarkan kanak-kanak memilih sendiri peranan yang disukai dan melakonkan watak tersebut. Contoh main peranan termasuk bermain masak-masak, melakonkan watak-watak dalam keluarga (seperti ibu, ayah, datuk/nenek, abang dan adik), doktor dan pesakit, penjual dan pembeli, cikgu dan murid, dan sebagainya.

Pendidik menyediakan prop dan ruang untuk kanak-kanak berlakon peranan. Pendidik memastikan suasana bermain dapat memberikan keseronokan, meningkatkan konsep kendiri, empati serta keyakinan diri kanak-kanak, disamping membina kebolehan berkomunikasi dan bersosial.

2.3 Pemerhatian dan Pentaksiran Kanak-Kanak

Pentaksiran dan penilaian merupakan instrumen penting untuk mengumpul maklumat berkaitan perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak, kesihatan dan tingkahlaku

(28)

26 dalam merancang pembelajaran yang bersesuaian untuk kanak-kanak. Pentaksiran kanak-kanak hendaklah dijalankan secara berterusan melalui pemerhatian semasa mereka menjalani aktiviti dan rutin harian.

2.3.1 Indikator Rekod Pemerhatian & Pentaksiran kanak-kanak

Pendidik menyediakan Log Harian Anak PERMATA yang mencatatkan perkembangan yang dicapai atau masalah yang dihadapai oleh kanak-kanak pada hari tersebut. Log Harian hendaklah dibincang dan diserahkan kepada ibu bapa untuk semakan. Log Harian itu dikembalikan semasa kanak-kanak datang ke TASKA keseokan harinya. Pendidik mengambil ukuran berat badan dan kepanjangan (length) kanak-kanak setiap tiga bulan dan memetakan kepada carta tumbesaran (growth chart) dan BMI.

Pendidik menyediakan senarai semak PERMATA yang lengkap untuk merekodkan status pencapaian setiap kanak-kanak pada masa semakan itu dibuat. Pendidik sentiasa mengemaskini rekod perkembangan kanak-kanak dalam senarai semak perkembangan kanak-kanak PERMATA.

Pendidik menyediakan portfolio untuk setiap kanak-kanak yang mengandungi profil, rekod tumbesaran dan perkembangan, hasil kerja kanak-kanak & gambar aktiviti dan dipamerkan di dalam kelas.

Pendidik menyediakan lain-lain rekod seperti rekod anekdot apabila sesuai untuk merekodkan sesuatu kejadian/event dalam perkembangan kanak-kanak dan membuat persampelan peristiwa (event sampling).

2.3.2 Indikator Pentaksiran

Pendidik membuat pentaksiran perkembangan kanak-kanak berdasarkan semua maklumat yang dikumpul dan dapat menentukan tahap perkembangan normal dan keperluan khas kanak-kanak.

(29)

27 Pendidik berbincang dengan ibu-bapa hasil pengesanan keperluan khas yang dibuat dan menasihat dirujuk kepada pakar perubatan/pakar kanak-kanak.

Dari masa ke semasa pendidik berbincang dengan ibu bapa tentang perkembangan kanak-kanak, membuat perjumpaan formal sekurang-kurangnya tiga kali setahun dan menyerahkan porfolio dan laporan perkembangan kanak-kanak.

Dalam membuat taksiran, Pendidik mendapatkan input daripada pendidik lain, ibu bapa dan agensi sokongan.

Pendidik menyimpan maklumat pentaksiran kanak-kanak dalam kabinet berkunci untuk menjamin kerahsiaan.

(30)

28 Pendidik/Pengasuh bertanggungjawab melaksanakan amalan rutin dan asuhan secara konsisten dan selaras dengan falsafah dan matlamat kurikulum PERMATA dalam persekitaran yang menggalakkan untuk memastikan (i) keperluan asas bayi dipenuhi, (ii) pembelajaran dan perkembangan bayi berlaku secara holistik dan (iii) pentaksiran terhadap perkembangan bayi dijalankan secara berterusan.

3.1 Amalan Rutin Asuhan Bayi

Peranan pendidik/pengasuh adalah untuk menjamin kebersihan, kesihatan serta keselamatan fizikal dan emosi bayi. Pendidik/pengasuh perlu menyediakan persekitaran yang bersih dan selamat.

3.1.1 Hubungan dan Interaksi

Pendidik/pengasuh hendaklah menyedari akan kepentingan belaian dan kasih sayang dalam membina hubungan rapat (attachment) dan kejelekitan (bonding) untuk menjamin kestabilan emosi bayi. Komunikasi dan interaksi pendidik dengan bayi boleh dilakukan melalui dakapan, sentuhan, pertembungan mata serta perbualan dan nyanyian dengan nada suara yang lembut. Bayi bersedia dari aspek emosi dan didapati terurus, selesa, tenang dan ceria.

ASUHAN DAN PEMBELAJARAN BAYI 3.1 Amalan Rutin Asuhan Bayi

3.2 Pembelajaran Bayi

(31)

29 Pendidik/pengasuh sentiasa berada bersama bayi untuk memastikan keselamatan mereka.

Pendidik/pengasuh dapat mengesan bayi berkeperluan khas.

3.1.2 Menyambut Ketibaan Bayi

Pendidik/pengasuh mesti menyambut ketibaan bayi dengan gembira. Semasa menyambut ketibaan bayi, pendidik/pengasuh perlu bertanya khabar tentang kesihatan bayi, memastikan kehadiran dicatatkan, menerima buku log harian anak PERMATA dan menyemak barangan peribadi yang dibawa dan memastikan barangan peribadi yang dibawa dalam keadaan bersih. Sekiranya ibubapa membekalkan ubat-ubatan, pendidik/pengasuh perlu mendapat arahan terperinci daripada ibubapa tentang pengambilan ubat tersebut. Pendidik hendaklah memeriksa keadaan bayi di hadapan ibu/bapa untuk memastikan tiada sebarang tanda-tanda penyakit/demam atau tanda-tanda lebam atau luka. Pendidik/pengasuh memastikan susu ibu yang dibekalkan dilabel dengan nama bayi dan disimpan di dalam peti sejuk khas.

3.1.2 Circle Time / Perjumpaan Pagi

Aktiviti ‘Circle Time’ adalah sangat penting di mana semua kanak-kanak dan bayi diasuh untuk berkumpul (sebagai satu komuniti), dimulakan dengan doa, dan diikuti dengan nyanyian lagu NegaraKu, lagu Kebangsaan Negeri, Lagu PERMATA, lagu-lagu patriotik dan membaca Ikrar Anak PERMATA. Bendera Malaysia hendaklah dikibarkan semasa menyanyikan lagu NegaraKu. Pendidik hendaklah menerapkan ciri-ciri patriotik dan disiplin dalam diri kanak-kanak seperti berdiri menghormati bendera dan lagu Kebangsaan.

(32)

30 Pendidik memanggil nama kanak-kanak dan bayi seumpama mengambil kedatangan untuk membolehkan kanak-kanak dan bayi saling mengenali di antara satu sama lain. Pendidik hendaklah menunjukkan kemesraan dan kasih sayang kepada kanak-kanak dan bayi. Selepas bertanya khabar, pendidik melibatkan bayi dalam aktiviti senaman atau pergerakan kreatif, samada di dalam atau di luar TASKA. Circle time dilaksanakan dalam masa tidak lebih daripada 30 - 40 minit sahaja.

3.1.3 Makan dan Minum 3.1.3.1 Pemakanan

TASKA mematuhi Garis Panduan Pemberian Makanan Bayi dan Kanak-Kanak Kecil, Bahagian Permakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia 2008, (Kurikulum PERMATA Negara 2013, m.s.36-39), Akta TASKA 1984 (Pindaan 2007) Peraturan-peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012 Bahagian XIII; perenggan 43 (1)(2) (a-b) yang menyatakan:

“Jadual Makan: 43 (1) Pengusaha, pengurus atau penyelia, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menyediakan Jadual makan bagi kanak-kanak di Taman Asuhan Kanak-Kanak. (2) Jadual makan hendaklah disediakan mengikut: (a) skala diet yang dinyatakan dalam Jadual Keempat; dan (b) kaedah penyusuan yang dinyatakan dalam Jadual Kelima.”

TASKA menyediakan pemakanan sihat dan seimbang mengikut modul Pendidik Permata 2013, m.s 100-113. Pendidik/pengasuh wajib tahu jika ada bayi yang mengalami alahan terhadap sesuatu jenis makanan. Jenis alahan di catatkan di tempat yang mudah dilihat oleh pendidik/ orang lain (Contoh: notis board di tempat makan).

(33)

31 pertama selaras dengan syor World Health Assembly 2001 dan cadangan Garis Panduan Permakanan Bayi dan Kanak-kanak, KKM 2008.

Susu hendaklah diberi mengikut keperluan individu bayi. Bagi bayi yang menyusu susu ibu, pendidik/pengasuh menyemak nama bayi yang dilabel di botol susu sebelum memanaskan susu bagi bayi tersebut. Cara penyediaan susu perlu mengikut SOP (sila rujuk muka surat 41 buku rujukan SOP). Baki susu yang berada pada suhu bilik yang melebihi tiga (3) jam tidak diberikan semula kepada bayi. Pendidik/pengasuh mengalas dada bayi sebelum menyusukan bayi.

Di samping susu ibu, bayi yang berumur enam bulan perlu dilengkapkan dengan pemberian makanan pepejal. Makanan pelengkap yang sihat perlu mengandungi pelbagai jenis makanan bagi membekalkan tenaga, protein, vitamin dan mineral yang diperlukan oleh bayi. Contoh Makanan Pepejal Untuk Bayi adalah:

 Bijirin dan hasil bijirin, Contoh: nasi, bubur, roti dan ubi membekalkan tenaga.  Ikan, ayam, telur dan daging membekalkan protein.

Buah - buahan dan sayur - sayuran membekalkan vitamin dan galian.

Pendidik/pengasuh memastikan setiap bayi disediakan sudu dan mangkuk berasingan dan tidak menyuapkan makanan menggunakan sudu dan mangkuk yang sama sekiranya menyuapkan makanan kepada lebih daripada seorang bayi.

3.1.5 Kecergasan

Pendidik/pengasuh memastikan aktiviti jasmani seperti senaman, tarian, pergerakan kreatif, permainan bebas dilakukan oleh bayi setiap hari pada masa-masa sesuai contohnya semasa-masa/selepas circle time dan sebelum pulang.

3.1.6 Kesihatan dan Kebersihan Diri Bayi

Bayi berisiko tinggi dijangkiti penyakit di TASKA kerana pergaulan sesama mereka. Pendidik sentiasa mengamalkan peraturan-peraturan kebersihatan di

(34)

32 TASKA untuk mengelakkan bayi dijangkiti penyakit. Pelbagai amalan kebersihan TASKA dan kesihatan bayi diberikan dengan terperinci dalam Buku Modul Latihan (m.s. 512-525).

3.1.6.1 Pemeriksaan kesihatan

Pendidik/pengasuh sentiasa mengamalkan peraturan-peraturan kesihatan dan kebersihatan di TASKA untuk mengelakkan bayi dijangkiti penyakit seperti terkandung di dalam Buku Modul Latihan (m.s. 512-525). Pendidik/pengasuh memastikan bayi menjalani pemeriksaan kesihatan mengikut jadual dan memastikan ibu-bapa membawa bayi untuk pemeriksaan lanjut jika perlu. Semua rekod kesihatan bayi disimpan secara sulit, sistematik, kemaskini dan mudah diakses. Rekod-rekod yang perlu wujud adalah rekod imunisasi dan vaksinasi, carta pertumbuhan gigi, rekod Indeks BMI, dan rekod alahan, kecacatan, dan penyakit yang pernah atau sedang dialami.

Pendidik mengasingkan bayi yang sakit dan menghubungi ibubapa kanak-kanak tersebut untuk membawa pulang anak mereka.

3.1.6.2 Kebersihan Oral

Mulut dan gusi bayi dibersihkan dengan mengelap mulut dengan kain bersih, lembut dan basah setiap kali selepas makan atau minum susu walaupun bayi masih belum tumbuh gigi. Tangan bayi dibasuh setiap kali selepas makan.

3.1.6.3 Mandi

Pendidik/pengasuh memandikan bayi sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan sabun bayi. Bahan kebersihan diri seperti mandian/sabun bayi dan shampoo sentiasa ada dan mencukupi. Cara memandikan bayi perlu mengikut SOP (sila rujuk muka surat 10-11 buku rujukan SOP). Selepas mandi, pendidik mengelap badan bayi dengan tuala bayi sendiri. Pendidik/pengasuh memilih pakaian bersih

(35)

33 dan sesuai dengan keadaan cuaca, suhu dan aktiviti. Pendidik/pengasuh mengemas pakaian kotor dan memasukkan ke dalam beg untuk dibawa pulang.

3.1.6.4 Menukar Lampin Bayi

Pendidik/pengasuh memastikan bayi sentiasa memakai lampin yang bersih supaya bayi merasa selasa. Pendidik menukar lampin dengan segera mengikut SOP (sila rujuk muka surat 38-39, buku SOP) apabila basah atau ada najis untuk mengelakkan bayi daripada mendapat ruam atau lain-lain penyakit kulit.

Pastikan lampin pakai buang yang telah digunakan dibuang di tong sampah yang bertutup dan diuruskan dengan betul. Lampin yang belum digunakan disimpan di dalam almari/bekas bertutup untuk mengelak daripada habuk.

3.1.6.5 Barangan peribadi

Pendidik/pengasuh memastikan barangan peribadi bayi seperti tuala, lampin, botol susu, sikat dan lain-lain sentiasa bersih, dilabel dengan nama bayi dan tidak dikongsi dengan bayi lain. Pastikan tuala yang sudah digunakan disidai dan dikeringkan sebelum digunakan semula pada hari tersebut. Pakaian bersih dan kotor diasingkan. Pakaian kotor dimasukkan ke dalam beg atau plastik beg pakaian kotor yang disediakan dan dipulangkan kepada ibu bapa bayi setiap hari.

3.1.6.6 Ruang Tidur

Pendidik memastikan ruang tidur bayi sentiasa berada dalam keadaan bersih. Peralatan tidur bayi seperti stackable cot/tilam, cadar, bantal, sarung bantal dan selimut dibersihkan sekurang-kurang sekali seminggu (atau bila-bila masa yang perlu).

3.1.7 Mengurut Bayi

Pendidik/pengasuh perlu mengurut bayi sebagai satu rutin yang diamalkan untuk perkembangan emosi (memberi ketenangan dan merapatkan hubungan di antara bayi dan pendidik/pengasuh), fizikal bayi (penghadaman, pertumbuhan dan

(36)

34 koordinasi anggota badan dan mengelakkan kembung perut (colic), meningkatkan kepekaan deria sentuh bayi dan menggalakkan perkembangan minda. Pendidik/pengasuh mengaplikasikan teknik urutan yang betul dan mengaplikasikan belaian dan sentuhan yang lembut supaya tidak mendatangkan kecederaan kepada bayi. Ketika mengurut, pendidik/pengasuh berusaha mengesan bayi keperluan khas seperti gerakan dan pantulan (refleks) yang luar biasa dan autisma.

3.1.8 Keselamatan

Pendidik/pengasuh memahami kecuaian mereka mendedahkan bayi terhadap risiko kecederaan dam kemalangan. Pendidik/pengasuh melaksanakan langkah-langkah pencegahan kecederaan dan mengawasi bayi pada setiap masa di TASKA. Pendidik/pengasuh sentiasa mengawasi keselamatan bayi semasa menyusu, makan, menukar lampin, memandikan bayi, tidur dan semasa menjalankan aktiviti seperti merangkak dan bermain (di dalam dan di luar TASKA).

Pendidik/pengasuh memastikan peralatan mainan bayi selamat (besar, tidak tajam, tidak terlalu kesat, tidak berkarat, tidak mudah tanggal) dan tidak bertoksik. 3.1.9 Rehat dan Tidur

Pendidik perlu memastikan bayi cukup tidur dan rehat. Bayi berpakaian bersih dan selesa sebelum tidur. Pendidik/pengasuh perlu memastikan tempat tidur bayi bersih dan selamat. Pendidik/pengasuh memalapkan lampu bilik tidur, membaca doa tidur dan mempendengarkan alunan zikir/muzik yang menenangkan dalam volume yang rendah.

3.1.10 Pulang

Semasa hendak pulang, pendidik/pengasuh hendaklah menyerahkan bayi, semua barang dan pakaian kotor untuk dibawa pulang. Ibu/bapa mengambil balik Buku Log Harian Anak PERMATA yang telah dilengkapkan oleh pendidik/pengasuh.

(37)

35 3.2 Pembelajaran Bayi

Pendidik/pengasuh melaksanakan aktiviti pembelajaran PERMATA yang bertujuan untuk perkembangan enam bidang pembelajaran PERMATA iaitu (i) sahsiah, sosio-emosi, kerohanian (ii) bahasa, komunikasi dan literasi awal (iii) awal matematik dan pemikiran logik (iv) deria dan pemahamana dunia persekitaran (v) fizikal dan psikomotor (vi) kreativiti dan estetika. Pendidik/pengasuh melaksanakan aktiviti yang sesuai mengikut umur bayi dan mengintegrasikan enam bidang tersebut berpandukan prinsip pedagogi PERMATA.

3.2.1 Pedagogi

Pendidik/pengasuh menekankan penggunaan kaedah 3E (explore, experiment, and experience) yang merangsang fitrah bayi untuk meneroka, menyiasat, menguji dan mengalami. Semasa bayi bermain, pendidik hendaklah turut ‘bermain’ bersama dan berinteraksi, berbual, bercerita dan sebagainya. Pendidik/pengasuh berinteraksi secara positif dan konstruktif supaya dapat membimbing bayi berfikir secara logik dan kreatif.

Pendidik berperanan sebagai pembimbing (scaffolder) semasa bayi melaksanakan aktiviti. Semasa membimbing bayi dalam pelaksanaan aktiviti, pendidik hendaklah mempamerkan sifat berikut:

 Sentiasa ceria, positif, sabar, tenang, berinisiatif, rajin dan jujur.

 Prihatin kepada bayi.

 Berinteraksi dengan bayi dengan cari memberi: sentuhan, dakapan, pelukkan, galakan, ransangan, menepuk tangan dan memberi pujian apabila bayi berjaya melakukan sesuatu, berbual dengan mesra, soal jawab dan sebagainya.

 Menyediakan bahan yang bersesuaian dengan aktiviti dan kebolehan bayi.

 Melaksanakan aktiviti secara kreatif dan bersesuaian dengan perkembangan individu bayi.

(38)

36

 Sentiasa menjalankan pemerhatian terhadap perkembangan bayi.

 Boleh menyelesai masalah tingkah laku bayi.

3.2.2 Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian

Pendidik/pengasuh mengagah bayi, membuat pelbagai bunyi, suara, menyanyi, selawat dan zikir. Ketika memegang bayi, ayunkan bayi secara perlahan dan nyanyikan pelbagai jenis lagu (seperti azan, zikir nasyid, lagu rakyat, klassik, dsb) yang menenangkan perasaannya dan merangsangkan pendengaran bayi.

Pendidik/pengasuh menggalakkan bayi menerokai diri melalui bermain dengan anggota badan dan cermin. Beri peluang kepada bayi untuk bermain sendiri ketika meneroka sesuatu barang permainan dan pendidik/pengasuh memberi bantuan apabila bayi menunjukkan isyarat memerlukan bantuan. Pendidik/pengasuh sentiasa mengawasi bayi untuk memastikan keselamatan fizikal dan emosi. Pendidik/pengasuh memberi peluang kepada bayi untuk berkenalan dengan orang lain. Walau bagaimanapun, pendidik/pengasuh tidak perlu memaksa bayi sekiranya mereka menunjukkan ketidakselesaan atau perasaan takut ketika diperkenalkan.

Pendidik/pengasuh sentiasa mengawasi bayi untuk memastikan keselamatan fizikal dan emosi.

3.2.3 Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal

Pendidik/pengasuh peka kepada komunikasi bukan lisan bayi dan segera memenuhi keperluan bayi secepat mungkin sekiranya bayi merengek. Misalnya,

(39)

37 memberi susu sekiranya bayi lapar atau mendakap dan menidurkannya sekiranya bayi mengantuk.

Pendidik/pengasuh merangsangkan perkembangan bahasa dan komunikasi secara memanggil nama bayi dan bercakap ketika memberi susu/makanan. Mereka meniru bunyi yang dibuat oleh bayi.

Pendidik/pengasuh menamakan bahagian badan bayi sambil menyentuhnya, seperti mulut, telinga, hidung, jari, dsb ketika aktiviti rutin seperti mandi, menukar lampin, membersihkan mereka dan memakai baju.

Pendidik/pengasuh menamakan barang yang ada dalam persekitaran bayi ketika bercakap dengan bayi pada masa makan, menukar lampin, mandi dan membawa mereka berjalan-jalan.

Pendidik/pengasuh memupuk minat membaca bayi dengan menyedia serta membacakan pelbagai jenis buku yang bersesuaian dengan umur bayi seperti buku bergambar yang pelbagai tekstur, bunyi dan bau.

3.2.4 Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik

Pendidik menggalakkan bayi untuk memegang, memerhati, meneroka dan meneliti saiz, bentuk, warna dan pola yang terdapat pada objek seperti bola, tayar, kereta, buah-buahan serta blok/bongkah, shape slotters, puzzle, daun, kotak, kadbod, tin, tali, perca kain, botol plastik dan sebagainya dengan bimbingan pendidik. Pendidik bercakap dan merangsang bayi untuk berfikir sambil memanipulasi bahan dan menyelesaikan masalah.

Mereka menggalakkan bayi menggerakkan badan dan meneroka dalam ruang yang lapang, bersih dan selamat, sambil bercakap dengan bayi tentang apa lakukan.

(40)

38 Pendidik/pengasuh menggalakkan pemahaman konsep object permanence melalui bermain “ciku-cak” atau permainan yang lain ketika pengasuh hilang dan timbul di depan bayi.

Pendidik/pengasuh mendedahkan bayi kepada peraturan - peraturan yang mudah; menggunakan perkataan “boleh” and “jangan” dengan nada suara, wajah, dan reaksi berbeza (tegas, tetapi tidak menakutkan). Mereka menerangkan mengapa “boleh” atau “tidak boleh, serta memberitahu “kenapa” apabila dihalang daripada meneroka sesuatu dalam persekitaran yang merbahaya, seperti saluran elektrik, mesin, dan lain-lain.

3.2.5 Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran

Pendidik/pengasuh merangsang perkembangan deria dengan meletakkan barang mainan yang pelbagai warna, bunyi dan bentuk di tempat yang mudah untuk dicapai dan disentuh oleh bayi (seperti digantung atas katil supaya dapat dilihat ketika baring atau di depan bayi yang sedang meniarap).

Pendidik/pengasuh menyediakan permainan yang mengeluarkan bunyi, seperti patung atau itik yang berbunyi bila ditekan. Mereka membunyikan alat mainan yang berbunyi seperti kerincing di sebelah telinga kiri telinga kanan dan belakang bayi, untuk melatihkan pendengaran dan menggalakkan bayi mencari punca bunyi.

Pendidik/pengasuh menggalakkan bayi meneroka pelbagai tekstur objek dengan meramas, memicit, menepuk dan menekan. Contoh, meneroka tepung yang telah dibancuh dengan air dalam pelbagai kepekatan atau memegang makanan seperti makaroni, spaghetti dan lain-lain.

Pendidik/pengasuh melaksanakan aktiviti bermain air bersama bayi seperti menuang, menceduk, memerah air dengan menggunakan span atau kain,

(41)

39 meneroka bahan tenggelam, timbul dan terapung dan mengalami konsep mengenai air seperti berpusar, mengalir, berkocak, memercik, melimpah, memenuhi bekas dan lain-lain aktiviti yang difikirkan sesuai mengikut kreativiti pendidik/pengasuh.

Pendidik/pengasuh mendokong atau meletakkan bayi dalam kereta sorong untuk meneroka alam persekitaran: melihat keindahan alam seperti pokok-pokok, langit, awan, ayam, lembu; menghirup udara bersih dan menghidu wangi-wangian daun, bunga; mendengar pelbagai jenis bunyi haiwan; menyentuh pelbagai tekstur yang tidak tajam atau beracun seperti daun, batang, buah dan batu-batan.

Pendidik/pengasuh sentiasa mengawasi dan berbual dengan bayi semasa aktiviti dijalankan.

3.2.6 Perkembangan Fizikal dan Psikomotor

Pendidik/pengasuh menyediakan tempat yang luas dan selamat untuk bayi menggapai, mengesot, merangkak dan belajar berdiri. Pendidik/pengasuh merangsang kemahiran motor kasar seperti mengiring, menjulur, membalikkan badan dan meniarap menggunakan objek mainan.

Pendidik/pengasuh menggerakkan anggota bayi sambil melakukan senaman pagi; meletakkan bola atau barang mainan yang bergolek apabila disentuh di hadapan bayi untuk menggalakkan bayi bergerak ke depan atau ke tepi.

Pendidik/pengasuh merangsang kemahiran motor halus seperti membuka tangan, memegang, menggenggam, mengutip, mencungkil dan menggunakan objek mainan.

(42)

40 3.2.7 Perkembangan Kreatif Dan Estetika

Pendidik/pengasuh memperdengarkan pelbagai melodi serta ritma lagu kanak-kanak dan zikir. Mereka menggerak-gerakkan anggota bayi mengikut alunan muzik, sambil mendengar muzik/ menyanyi/berselawat.

Pendidik/pengasuh melaksanakan aktiviti seni dan kraf untuk bayi menggunakan alat dan bahan yang sesuai seperti cat air (water colour), berus besar, crayon bersaiz jumbo, easel rendah, tepung, span, cop pelbagai bentuk dan jenis, pelbagai jenis kertas (kecuali kertas surat khabar) dan lain-lain. Aktiviti yang sesuai untuk bayi ialah mengecat, mengecop, mengoyak, merenyuk, menconteng, menggaul dan menguli.

Pendidik/pengasuh menggalakkan bayi bermain peranan dan imaginasi yang mudah seperti berlakon bercakap-cakap dalam telefon.

3.3 Pemerhatian dan Pentaksiran Bayi

Pentaksiran dan penilaian merupakan instrumen penting untuk mengumpul maklumat berkaitan perkembangan dan pembelajaran bayi, kesihatan dan tingkahlaku dalam merancang pembelajaran yang bersesuaian untuk bayi. Pengumpulan data termasuk gambar dan video tentang pembelajaran dan perkembangan bayi hendaklah berdasarkan kepada Kurikulum PERMATA Negara. Pentaksiran bayi hendaklah dijalankan secara berterusan melalui pemerhatian semasa mereka menjalani aktiviti dan rutin harian.

3.3.1 Rekod pemerhatian dan pentaksiran bayi

Pendidik/pengasuh menyediakan Log Harian Anak PERMATA yang mencatatkan perkembangan yang dicapai atau masalah yang dihadapai oleh bayi pada hari itu. Log Harian hendaklah dibincang dan diserahkan kepada ibu bapa

(43)

41 untuk semakan. Log Harian itu dikembalikan semasa bayi datang ke TASKA keesokan harinya.

Pendidik/pengasuh mengambil ukuran berat badan dan kepanjangan (length) bayi setiap tiga bulan dan memetakan kepada carta tumbesaran (growth chart) dan BMI.

Pendidik menyediakan Rekod Anekdot apabila sesuai untuk merekodkan sesuatu kejadian/event dalam perkembangan bayi (persampelan peristiwa atau event sampling).

Pendidik menyediakan senarai semak PERMATA yang lengkap untuk merekodkan status pencapaian bayi pada masa semakan itu dibuat. Pendidik sentiasa mengemaskini rekod perkembangan bayi dalam senarai semak perkembangan kanak-kanak PERMATA.

Pendidik menyediakan portfolio untuk setiap bayi yang mengandungi profil, rekod tumbesaran dan perkembangan, hasil kerja bayi, gambar aktiviti dan mempamerkan di dalam kelas.

3.3.2 Pentaksiran bayi

Pendidik/pengasuh membuat pentaksiran perkembangan bayi berdasarkan semua maklumat yang dikumpul bagi menentukan tahap perkembangan normal dan keperluan khas bayi. Pendidik dapat membuat pengesanan awal untuk mengesan perkembangan bayi dan berbincang dengan ibu bapa hasil pengesanan yang dibuat supaya dapat dirujuk kepada pakar perubatan/pakar bayi.

Dalam membuat taksiran, pendidik/pengasuh mendapatkan input daripada pendidik lain, ibu bapa dan agensi sokongan.

(44)

42 Dari masa ke semasa pendidik/pengasuh berbincang dengan ibu bapa tentang perkembangan bayi, membuat perjumpaan formal sekurang-kurangnya tiga kali setahun dan menyerahkan porfolio dan laporan perkembangan bayi.

Pendidik/pengasuh menyimpan maklumat pentaksiran bayi dalam kabinet berkunci untuk menjamin kerahsiaan.

(45)

43 4.1 Keselamatan Fizikal

Aspek keselamatan yang perlu diberi perhatian oleh pihak TASKA untuk memastikan keselamatan bayi dan kanak-kanak ialah:

 Menyediakan Peraturan dan Polisi Keselamatan di TASKA

 Menyediakan persekitaran dan peralatan yang selamat dan bersih untuk bayi dan kanak-kanak.

 Melaksanakan peraturan keselamatan secara konsisten dan setiap masa. 4.1.1 Peraturan dan Polisi Keselamatan

TASKA mempunyai polisi yang jelas mengenai Keselamatan TASKA dan kanak-kanak berasaskan buku SOP Pusat Anak PERMATA Negara (Bahagian Permata JPM, 2008), Peraturan-peraturan Keselamatan seperti termaktub dalam Akta TASKA pindaan 2012 dan peraturan perlesenan.

Dasar ini mengandungi langkah-langkah yang diambil oleh pendidik yang bertanggungjawab dengan mengambil kira umur dan perkembangan kanak-kanak dan bayi dan disediakan dalam bentuk senarai semak dan strategi menghadapi risiko-risiko keselamatan. Dasar dan peraturan dipamerkan dengan jelas, contohnya:

KESELAMATAN FIZIKAL DAN SUMBER PEMBELAJARAN 4.1 Keselamatan Fizikal

4.1.1 Peraturan dan Polisi Keselamatan di TASKA 4.1.2 Latihan Staf

4.1.3 Persekitaran Fizikal Luaran 4.1.4 Persekitaran Fizikal Dalaman 4.2 Persekitaran Pembelajaran

4.2.1 Ruang dan Kemudahan Pembelajaran 4.2.2 Ruang dan Peralatan Umum

(46)

44

 Jadual tutup dan buka pintu pagar TASKA.

 Peraturan menghantar dan menjemput anak.

 Peraturan mengenai penggunaan bahan-bahan tumbuhan atau haiwan, dll.

 Prosedur menghubungi ibu-bapa bayi atau kanak-kanak atau pihak hospital jika berlaku kemalangan.

 Prosedur rawatan awal kecederaan jika berlaku kecederaan atau kecemasan sebelum kedatangan ibubapa atau pakar perubatan.

 Prosedur pemeriksaan kesihatan, pendidik/ pengasuh dan tukang masak (suntikan typhoid).

Pendidik dan ibubapa perlu memahami peraturan dan polisi tersebut.

TASKA mematuhi semua peraturan keselamatan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan, Bomba, Jabatan Kesihatan, dan memastikan terdapat alat pemadam api yang diperiksa oleh Bomba secara berkala. TASKA mempunyai peti rawatan kecemasan yang lengkap dan tidak luput tarikh.

4.1.2 Staf terlatih tentang keselamatan

TASKA mengadakan latihan keselamatan yang bersesuaian secara berkala terutamanya menggunakan alat-alat keselamatan (fire drill). Pendidik yang bertanggungjawab memahami langkah-langkah dalam senarai semak dan strategi menghadapi risiko-risiko keselamatan dengan mengambil kira umur dan perkembangan kanak-kanak dan bayi.

Setiap staf TASKA memahami dan dapat melaksanakan langkah-langkah pencegahan kecederaan bayi dan kanak-kanak di TASKA. Contohnya:

 Pendidik/pengasuh mengawasi keselamatan kanak-kanak dalam lingkungan penglihatan atau pendengaran pendidik sepanjang masa.

(47)

45

 Pendidik/pengasuh sentiasa mengawasi keselamatan bayi dan kanak-kanak semasa menyusu, menukar lampin, memandikan bayi, dan semasa menjalankan aktiviti-aktiviti rutin lain seperti makan, tidur, dan ke tandas.

 Pendidik/pengasuh mematuhi peraturan keselamatan kanak-kanak semasa menjalankan aktiviti fizikal, seperti bermain di playground, merangkak di dalam dan di luar TASKA, serta aktiviti pembelajaran seperti bermain air/pasir, dan menggunakan peralatan tajam, dsb).

TASKA mempunyai prosedur rawatan awal kecederaan jika berlaku kecederaan atau kecemasan. Pendidik memahami dan dapat melakukan kaedah first-aid dan prosedur rawatan awal dan prosedur semasa kecemasan sebelum kedatangan ibubapa atau pakar perubatan. Pendidik mengetahui prosedur menghubungi ibu-bapa bayi atau kanak-kanak atau pihak hospital jika berlaku kemalangan.

Pendidik, Pembantu Pendidik dan tukang masak di TASKA mendapat suntikan mencegah typhoid dan membuat pemeriksaan kesihatan diri secara berkala.

4.1.3 Keselamatan fizikal luaran

TASKA memastikan pintu pagar sentiasa terkunci dan kunci berada di tempat letak kunci.

TASKA memastikan persekitaran seperti longkang, jenis-jenis pokok dan tumbuhan hiasan yang ditanam di sekitar TASKA hendaklah bukan dari jenis berduri atau beracun.

Semua peralatan permainan yang disediakan adalah dalam keadaan baik, selamat dan bersih, misalnya lopak pasir (sand pit), kolam, terowong, gelongsor, buaian, jongkang-jongket, jambatan, pondok, dan lain-lain.

4.1.4 Keselamatan fizikal dalaman

Pendidik/TASKA memastikan susun atur persekitaran dalaman tidak membahayakan atau boleh mengganggu pergerakan bayi dan kanak-kanak. Semua

(48)

46 peralatan dan ruang-ruang aktiviti bayi dan kanak-kanak adalah selamat, tidak berair dan licin, kemas dan teratur, mempunyai pencahayaan yang baik, dan suhu yang bersesuaian. Tidak terdapat perabot atau peralatan yang rosak yang boleh mendatangkan bahaya kepada bayi dan kanak-kanak.

Peralatan elektrik diletak di tempat yang jauh dari jangkauan bayi dan kanak-kanak.

Kanak-kanak dilarang memasuki dapur. 4.1.5 Kebersihan TASKA

Pihak TASKA mengambil langkah berikut untuk menjaga kebersihan:

 Membersih dan membuat nyahkuman (sanitasi) setiap hari ke atas semua ruang dan lantai yang digunakan oleh bayi dan kanak-kanak, seperti ruang/sudut pembelajaran, tempat makan dan tidur, tempat menukar lampin bayi, laluan dan tangga, ruang susunan kasut dan beg kanak-kanak.

Memvakum hamparan (permaidani) dan tikar (floor mat) dan mencuci cermin dan tingkap, tombol pintu, dan lain-lain setiap hari.

 Memastikan tandas dan bilik mandi sentiasa kering dan tidak berbau.

 Memastikan kebersihan peralatan dapur, peti sejuk dan stor penyimpanan bahan makanan bagi mengelakkan berlaku keracunan makanan.

 Membuang sampah dan sisa makanan kanak-kanak setiap hari bagi menghalang penyebaran penyakit, dan mencegah bau yang tidak menyenangkan. TASKA mestilah sentiasa bersih dari lalat, semut, lipas dan tikus.

 Membuang serta-merta item kotor, contohnya lampin pakai buang, sarung tangan, kertas tisu ke dalam bekas sampah yang bertutup.

(49)

47 4.2 Persekitaran Pembelajaran

Persekitaran pembelajaran untuk kanak-kanak dan bayi merupakan satu aspek penting, yang mempunyai kesan mendalam serta mampu mempengaruhi pembentukan intelek, fizikal, sosio-emosi, peribadi dan sahsiah semua kanak-kanak. Tiga komponen ditekankan: (i) ruang dan kemudahan pembelajaran di dalam dan luar TASKA (ii) ruang dan peralatan umum TASKA (iii) peralatan dan sumber pembelajaran.

4.2.1 Ruang dan Kemudahan Pembelajaran (dalam & luar TASKA)

Kanak-kanak di TASKA harus berpeluang menikmati pengalaman pembelajaran dalam ruang yang selesa untuk pergerakan bebas dan penerokaan serta kondusif untuk pembelajaran sesuai dengan tahap perkembangan bayi dan kanak-kanak, mengikut Peraturan 24(1), (2) dalam Peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak (di Institusi) 198, yang menggariskan bahawa seorang kanak-kanak perlu mempunyai ruang seluas sekurang-kurangnya 3.5 meter persegi di TASKA.

TASKA mempunyai ruang-ruang dalaman untuk pembelajaran PERMATA seperti ruang/sudut khas untuk bacaan, aktiviti manipulatif, main peranan, aktiviti seni dan kreativiti, teknologi dan dll.

TASKA mempunyai kemudahan luaran seperti Taman Permainan, ruang main air, ruang main pasir, persekitaran untuk menjalankan aktiviti meneroka (terowong, jambatan, gua buatan, dan lain-lain); dan ruang/sudut permainan fizikal (playground).

TASKA menyusun atur persekitaran pembelajaran yang menyegarkan kanak-kanak berasaskan konsep persekitaran semulajadi, sesuai dengan ciri-ciri alam sekitar kanak-kanak, misalnya penggunaan bahan-bahan dengan warna yang

Referensi

Garis besar

Dokumen terkait