• Tidak ada hasil yang ditemukan

5.1 Kelayakan, Pelantikan dan Perkembangan Staf 5.2 Nisbah Pendidik:Kanak-Kanak Dan Bayi 5.3 Amalan Profesional Dan Etika

5.4 Menerima Kepelbagaian (Pendidikan Inklusif) 5.5 Patriotisme

53 Pendidik telah lulus kursus KAAK/KAP dan berdaftar sebagai pengasuh/pendidik mengikut Akta TASKA 1984 (pindaan 2007) dan Peraturan-peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak 2012: Bahagian VI – 14 (1-3), perenggan 14 (1) subperenggan (3) dalam pelantikan pekerja yang menyatakan:

”Pengusaha hendaklah mengambil bekerja atau melantik apa-apa bilangan pengasuh yang berdaftar seperti berikut: 14(2) adalah seorang warganegara Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas, telah lulus kursus KAAK/KAP, dan berdaftar sebagai pengasuh/pendidik kanak-kanak di bawah Peraturan 16.”

5.1.2 Pelantikan

Pendidik menerima kemudahan kebajikan pekerja (EPF,PERKESO), insuran dan lain-lain mengikut dasar yang ditetapkan kerajaan.

Pendidik menerima gaji minimum yang setimpal dengan tanggungjawab. 5.1.3 Latihan Perkembangan Profesional

Pendidik telah mengikuti atau menghadiri kursus perkembangan profesional atau menghadiri seminar/persidangan/bengkel yang berkaitan secara berterusan untuk meningkatkan pengetahuan dan pemahaman mengenai pendidikan awal kanak-kanak.

5.2 Nisbah Pendidik: Kanak-Kanak Dan Bayi

TASKA mematuhi peraturan Kurikulum PERMATA Negara dan Garis Panduan Bahagian PERMATA mengenai nisbah pendidik: kanak-kanak dan bayi dengan mengelompokkan kanak-kanak dan bayi mengikut umur sesuai dengan Modul PERMATA 1 hingga 6.

54 Kategori kanak-kanak Umur Bilangan

Kanak-Kanak Bilangan Pengasuh/ Pengasuh Berdaftar Kanak-Kanak Normal 0 - 1 tahun 3 1 1 – 2 tahun 5 1 3 – 4 tahun 10 1

Kanak-Kanak Kurang Upaya

0 - 1 tahun 3 2

1 – 2 tahun 5 2

3 – 4 tahun 10 3

5.3 Amalan Profesional dan Etika

5.3.1 Kompetensi

Pendidik mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi tentang asuhan dan didikan kanak-kanak dan bayi serta memahami falsafah, prinsip, konsep dan kandungan Kurikulum PERMATA Negara serta peraturan-peraturan TASKA.

Pendidik melaksana tugas dan tanggungjawab berdasarkan kurikulum dan peraturan Permata Negara secara baik, benar, komited, amanah, cekap dan bertanggungjawab tanpa prejudis dan diskriminasi.

5.3.2 Kemasan Diri (personal grooming)

Pendidik/pengasuh memastikan diri sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas.

55 5.3.3 Sifat Peribadi

Pendidik/pengasuh bersifat penyayang, mesra kanak-kanak, berempati, adil, sentiasa menjaga maruah dan harga diri bayi dan kanak-kanak serta sensitif kepada kepelbagaian kebolehan, minat dan bakat kanak-kanak.

Pendidik mengamalkan sikap yang positif dan saling menghormati dalam hubungan dengan rakan sekerja dan membina suasana kerja yang harmoni. Pendidik melayani ibu bapa dan komuniti dengan hormat dan berbudi bahasa dalam memberi nasihat dan maklumat tepat tentang perkembangan kanak-kanak dan bayi

5.3.4 Penambahbaikan Diri

Apabila berhadapan masalah, pendidik memahami limitasi diri dan merujuk kepada pihak pengurusan sebelum membuat sebarang keputusan terutamanya yang menyentuh dasar berkaitan kanak-kanak dan ibubapa.

Pendidik/pengasuh proaktif dan bermotivasi tinggi untuk penambahbaikan diri secara berterusan agar lebih profisyen dan kompeten dalam bidang asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak.

5.4 Menerima Kepelbagaian (Pendidikan Inklusif)

5.4.1 Meraikan Kepelbagaian

Pendidik/pengasuh memahami bahawa mereka berkhidmat dalam keluarga yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama yang mempunyai budaya/cara hidup atau adat resam sendiri, amalan ibadat dan kepercayaan, makanan dan pantang larang yang perlu difahami.

56 Pendidik menghormati kepelbagaian ini dengan dan mengadakan aktiviti yang meraikan kepelbagaian, contohnya menyambut hari-hari perayaan kaum bersama kanak-kanak dan keluarga di TASKA.

Pendidik menggalakkan kanak-kanak dan bayi bersikap positif terhadap kepelbagaian budaya dan kaum yang terdapat di Malaysia dan menerapkan pemahaman dan menanam nilai-nilai perpaduan di kalangan mereka.

5.4.2 Tidak Bias

Pendidik tidak membuat tanggapan yang akan menjejaskan hubungan di antara pengasuh, ibubapa dan keluarga mereka.

5.5 Patriotisme

5.5.1 Role Model

Pendidik menunjukkan ciri-ciri patriotik sebagai role model seorang rakyat yang taat, yakin membina harga diri (self esteem) dan berani mempertahan Negara dari kejian. 5.5.2 Aktiviti Patriotisma

Pendidik bercerita tentang sejarah dan kesejahteraan Malaysia bagi menanam perasaan cintakan negara.

Pendidik menggalakkan kanak-kanak dan bayi menyanyi lagu Negaraku, berikrar Rukun Negara, menyambut Hari Kebangsaan bagi membina perkembangan sahsiah, sosio-emosi dan kerohanian dan juga membina keyakinan diri dan harga diri (self-esteem) tinggi, keberanian dan patriotisma.

57 Penyampaian perkhidmatan asuhan dan didikan awal kanak-kanak bergantung kepada pengurusan TASKA secara cekap dan berkesan. Ia bermula dengan penentuan visi, misi dan matlamat dan diikuti oleh strategi pelaksanaan untuk mencapai visi, misi dan matlamat tersebut. Strategi-strategi pelaksanaan merangkumi perancangan aktiviti tahunan, bulanan, mingguan dan harian, pengendalian maklumat dan rekod, pengurusan sumber manusia, pengurusan kesihatan dan keselamatan serta kolaborasi dengan ibubapa dan komuniti.

6.1 Visi, Misi dan Matlamat

6.1.1 Kejelasan Visi, Misi & Matlamat

TASKA mempunyai visi, misi dan matlamat bagi memastikan pengoperasian dan pengurusannya berjalan dengan lancar sepanjang masa.

TASKA mempamerkan visi, misi dan matlamat tersebut di tempat yang mudah dilihat oleh pendidik dan ibubapa.

6.1.2 Organisasi Pengurusan

TASKA mempunyai organisasi TASKA yang jelas termasuk Ahli Lembaga dan/atau Penasihat organisasi TASKA yang jelas.

PENGURUSAN

6.1 Visi, Misi dan Matlamat 6.2 Perancangan Aktiviti

6.3 Pengendalian Maklumat dan Rekod 6.4 Pengurusan Sumber Manusia

6.5 Pengurusan Kesihatan Dan Keselamatan 6.6 Kolaborasi Dengan Ibubapa Dan Komuniti

58 TASKA mempamerkan carta organisasi, logo, tagline dan tanda nama dengan jelas.

6.2 Perancangan Aktiviti

TASKA membuat perancangan tahunan, bulanan, mingguan dan harian yang mereflek visi, misi dan matlamatnya.

TASKA mempamerkan takwim tahunan dan bulanan untuk perhatian ibu bapa, penyelia dan/atau pelawat mengenai program dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di TASKA.

6.3 Pengendalian Maklumat dan Rekod

6.3.1 Jenis Rekod mengikut peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012 TASKA menyimpan sijil pendaftaran TASKA

TASKA menyimpan rekod kanak-kanak yang mengandungi:

Latar belakang  Kedatangan

 Kesihatan

Pihak yang bertanggungjawab menghantar dan menjemput kanak-kanak  Pihak yang perlu dihubungi semasa kecemasan

TASKA menyimpan rekod kakitangan yang mengandungi:

 Kelayakan akademik

 Latihan & perkembangan professional

Pengalaman bekerja  Gaji

59

 Cuti

Pelanggaran disiplin  Anugerah

Alamat

Orang yang boleh dihubungi jika berlaku kecemasan

TASKA menyimpan rekod pengurusan yang termasuk:

Rekod kewangan

 Rekod inventori dan asset

Rekod perancangan tahunan, bulanan, mingguan, (takwim)  Rekod harian/menu

 Rekod latihan kebakaran

Rekod Pelawat

Rekod penglibatan ibubapa secara sistematik

6.3.2 Kelengkapan, Kemaskinian dan Kerahsiaan Rekod

TASKA dapat memberi maklumat terkini tentang semua perkara berkaitan kanak-kanak, staf atau urusan pentadbiran, terutama apabila berlaku sesuatu kecemasan atau kemalangan.

TASKA menyimpan rekod sulit di dalam kabinet berkunci.

6.4 Pengurusan Sumber Manusia

6.4.1 Pelantikan

TASKA mempunyai kriteria dan prosedur melantik pendidik/pengasuh mengikut Akta TASKA 1984 (pindaan 2007) dan Peraturan-peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak 2012: Bahagian VI – 14 (1-3), perenggan 14 (1) subperenggan (3) dalam

60 pelantikan pekerja yang menyatakan: warganegara Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas, mempunyai sekurang-kurangnya diploma, telah lulus kursus KAAK/KAP, dan berdaftar sebagai pengasuh/pendidik kanak-kanak di bawah Peraturan 16 Taman Asuhan Kanak-kanak 2012: Bahagian VI – 14 (1-3), perenggan 14 (1) subperenggan (3).

TASKA mempunyai cara dan rekod untuk memastikan tidak ada syak wasangka pendidik mendatangkan risiko kepada keselamatan kanak-kanak dan dia adalah seorang yang boleh dipercayai dan bertanggungjawab untuk menjaga dan melindungi kanak-kanak dari sebarang kecederaan atau kesusahan.

6.4.2 Syarat Perkhidmatan

TASKA memberi gaji minimum yang setimpal dengan tanggungjawab dan kemudahan kebajikan pekerja (EPF,PERKESO), Insuran dan lain-lain mengikut dasar yang ditetapkan kerajaan.

TASKA memberi insentif sebagai saguhati kepada staf yang menunjukkan prestasi cemerlang sebagai motivasi dalam mempertingkatkan kecemerlangan mereka.

6.4.3 Perkembangan professional

TASKA menggalakkan pendidik/pengasuh mengikuti program latihan perkembangan professional dan bengkel secara sistematik dan berterusan untuk menambahbaik pengetahuan mereka dalam bidang yang berkaitan selain dapat meningkatkan keterampilan diri mereka sebagai pendidik/pengasuh PERMATA.

61 6.5 Pengurusan kesihatan dan Keselamatan

6.5.1 Kerjasama dengan pihak lain

TASKA menjalin kerjasama dengan penyedia perkhidmatan di komuniti seperti Bomba, Polis, Pejabat Pos, Klinik/Poliklinik, Hospital atau Pusat Perubatan.

TASKA mematuhi semua peraturan keselamatan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan, Bomba, Jabatan Kesihatan.

6.5.2 Kesihatan dan pemakanan kanak-kanak

TASKA memastikan kanak-kanak telah diberi vaksinasi mengikut jadual Kementerian Kesihatan sebelum diterima masuk ke TASKA.

TASKA menyemak dan mengemaskini rekod vaksinasi untuk memastikan ibu bapa meneruskan pemberian vaksinasi kepada kanak-kanak.

TASKA mengguna rekod kedatangan kanak-kanak untuk membuat perancangan aktiviti dan sajian makanan setiap hari.

6.6 Kolaborasi Dengan Ibubapa Dan Komuniti

6.6.1 Kerjasama dengan ibu bapa

Ibu bapa datang daripada berbagai pengalaman dan kepakaran yang boleh dikongsi bersama kanak-kanak. Penglibatan ibu bapa akan menyemai rasa kepunyaan, menghormati dan menghargai sumbangan yang diberikan oleh pendidik kepada anak-anak mereka.

62 TASKA mewajibkan penglibatan ibu bapa/penjaga dalam aktiviti TASKA sekurang-kurangnya 1 jam seminggu atau 4 jam sebulan.

TASKA membuat perancangan (sejak awal tahun) untuk memastikan ibu bapa tahu bila mereka diperlukan hadir dan apakah aktiviti yang dapat mereka sumbangkan di TASKA.

TASKA menggalakkan penubuhan Persatuan Ibu Bapa bertujuan mengendalikan aktiviti TASKA contohnya hari sukan dan sambutan perayaan. Persatuan Ibu Bapa juga digalakkan mengendali aktiviti hujung minggu contohnya lawatan ke tempat tertentu dan juga untuk memberi sokongan sesama.

TASKA mengguna pelbagai cara untuk perhubungan, termasuk e-mail, pesanan ringkas atau surat rasmi, melalui kanak-kanak atau berbincang terus dengan ibu bapa/penjaga semasa mereka menghantar dan mengambil anak di TASKA.

6.6.2 Kerjasama dengan Masyarakat

Kurikulum PERMATA Negara mengiktiraf kepentingan komuniti dalam membangunkan generasi bangsa Malaysia masa hadapan. Kolaborasi daripada masyarakat setempat dan ahli komuniti adalah sangat besar dan berkesan terhadap perkembangan kanak-kanak yang kelak akan menjadi ahli dalam komuniti berkenaan.

TASKA menjalin hubungan yang baik antara TASKA dan masyarakat setempat seperti Majlis Daerah atau Perbandaran, Ketua Kampung atau Penghulu, JKKK, Wakil Rakyat, Ahli masyarakat biasa, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Badan-Badan Berkanun, Sekolah, Perpustakaan, Institusi Pengajian Tinggi, Kilang

63 Perindustrian, Supermarket, Syarikat Perniagaan, Masjid/Rumah-Rumah Ibadat, Kedai, Pasar, Muzium, Zoo, Taman Bunga/Rekreasi dan sebagainya.

Ahli komuniti boleh terlibat dalam berbagai aktiviti pembelajaran kanak-kanak di TASKA PERMATA secara langsung atau tidak langsung, melalui sokongan kepakaran, peralatan, kewangan atau kesukarelawanan yang ada dalam kemampuan mereka.

TASKA menganjurkan atau mengambil bahagian dalam aktiviti secara bersama sekurang-kurangnya sekali setahun.

TASKA menjalin hubungan yang baik dan mendedahkan Program PERMATA dan keistimewaan yang terdapat dalam program ini kepada masyarakat.

Dokumen terkait