• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH TINGKATAN 4 FOLIO HAJI NAMA : RAJA NUR HANISAH BT RAJA SULAIMAN KELAS : 4 SITI FATIMAH NO. IC :

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH TINGKATAN 4 FOLIO HAJI NAMA : RAJA NUR HANISAH BT RAJA SULAIMAN KELAS : 4 SITI FATIMAH NO. IC :"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH

TINGKATAN 4

FOLIO HAJI

NAMA : RAJA NUR HANISAH BT RAJA SULAIMAN

KELAS : 4 SITI FATIMAH

NO. IC : 960220-09-5012

(2)

SENARAI KANDUNGAN

BIL

PERKARA

MUKA SURAT

1. Sejarah Ibadah Haji

2. Manasik Haji

3. Pelaksanaan Haji

4. Niabah dalam Haji

(3)

Seseorang itu tidak mengerjakan haji dengan sendiri, tetapi haji dikerjakan oleh orang lain sama ada dia masih hidup atau setelah dia meninggal dunia.

PENGERTIAN

Para ulamak mazhab Shafie mengharuskan niabah haji dalam dua keadaan:

HUKUM NIABAH DALAM HAJI

i. Untuk orang yang tidak mampu melakukan haji dengan sendiri sama ada kerana terlalu tua atau sakit berat yang tidak ada harapan untuk sembuh. Dalam keadaan ini dia hendaklah mendapatkan orang lain melakukan haji untuknya sama ada secara sukarela atau dengan bayaran upah asalkan ia berpatutan.

ii. Untuk orang yang mati sebelum sempat menunaikan haji sedangkan dia berkemampuan.

Para ulamak mazhab Hanafi mengharuskan niabah haji sama ada untuk orang yang sudah mati atau untuk orang yang masih hidup jika dia tidak mampu melakukannya sendiri.

Menurut pendapat yang muktamad dalam mazhab Maliki niabah haji adalah makhruh untuk orang yang sudah mati dan tidak sah untuk orang yang masih hidup.

(4)

DALIL NIABAH HAJI

Daripada ibnu Abbas RA. dari Fadl bahawa seorang wanita dari Bani Khats'am

berkata, "Wahai Rasulullah saw.! bapaku sangat tua. Apakah difardhukan haji keatasnya, sedangkan dia tidak berdaya untuk menunggang untanya? Sabda nabi S.A.W: kerjakanlah haji untuknya.

Daripada ibnu Abbas RA. bahawa seorang wanita dari Juhainah datang kepada nabi Muhammad S.A.W. dan berkata: Sesungguhnya ibuku telah bernazar untuk menunaikan haji, (tetapi dia tidak melakukannya) sehinggalah dia meninggal dunia. Bolehkan aku menunaikan haji untuknya? Sabda baginda: ya, lakukanlah haji untuknya, apa pandanganmu jika ibumu berhutang, adakah kamu melunasinya?, tunaikanlah (hutang) Allah, (hutang) Allah lebih utama untuk ditunaikan.

HUKUM UPAH NIABAH HAJI

Para ulamak mutaqaddimun (terdahulu) mazhab Hanafi tidak mengharuskan amalan mengupah haji dan amalan-amalan lain yang berkaitan dengan ibadah seperti azan, mengajar Al-Quran dan sebagainya.

Namun begitu para ulamah muta’akkhirun (sekarang) mazhab Hanafi serta para ulamak mazhab-mazhab lain termasuk mazhab Shafie mengharuskannya

berdasarkan hadis: daripada ibnu Abbas RA. berkata, sabda Rasulullah S.A.W: sesungguhnya perkara yang paling berhak kamu perolehi upah terhadapnya ialah kitab Allah.

(5)

SYARAT-SYARAT NIABAH HAJI

1. Na’ib haji iaitu wakil atau orang yang mengambil upah haji mestilah sudah menunaikan haji untuk dirinya dengan sempurna.

2. Na’ib haji mestilah meniatkan haji untuk orang yang diwakili atau orang yang mengupahnya.

3. Na’ib haji hendaklah melakukan ibadah haji untuk seorang sahaja pada satu musim.

4. Na’ib haji hendaklah berihram pada miqat orang yang dihajikan untuknya atau pada tempat yang sama jauh dengan miqat tersebut. Jika ditentukan kepadanya sesuatu miqat, dia hendaklah berihram pada miqat yang ditentukannnya itu.

5. Na’ib haji hendaklah seorang yang cukup keahlian untuk melakukan amalan-amalan haji dan umrah dengan sempurna sebagaimana dia mengerjakannya untuk dirinya sendiri.

6. Na’ib haji mestilah mendapat keizinan daripada orang yang dihajikan untuknya jika dia masih hidup.

7. Jika na’ib haji menunaikan haji secara upah, orang yang ditunaikan haji tersebut mestilah belum menunaikannya lagi kecuali jika dia mewasiatkannya, atau para pewarisnya mengizinkannya.

8. Segala perbelanjaan niabah haji hendaklah mencukupi. Jika dia telah meninggal dunia, segala perbelanjaan diambil dari harta peninggalannya. Jika hartanya tidak mencukupi para pewarisnya disunatkan umtuk melakukan haji tersebut.

(6)

HIKMAH NIABAH

DALAM IBADAH HAJI

 Memberi peluang kepada seseorang untuk melaksanakan kewajipan ibadah haji walaupun dia tidak dapat melakukannya sendiri.

 Memberi peluang terutamanya kepada para pewaris seseorang untuk berbakti kepadanya walaupun setelah dia meninggal dunia.

INFO AD-DIN

Jantina menjadi syarat

dalam niabah haji niabah haji yang dilakukan Menurut mazhab Hanafi, oleh orang yang belum menunaikan haji untuk dirinya adalah sah tetapi ia

adalah makhruh tahrim.

Niabah haji adalah lebih afdhal dilakukan

oleh warisnya yang terdekat.

(7)

SEJARAH PENUBUHAN

LEMBAGA TABUNG HAJI

bulan November 1962- Perbadanan Wang Simpanan

Bakal-bakal Haji telah ditubuhkan-mula beroperasi pada 30 Disember 1963- wujud

hasil penerimaan kertas kerja yang Mulia Diraja Ungku Aziz

pada tahun 1959.

1969-hasil gabungan badan ini dengan Pejabat

Urusan Hal Ehwal Haji di Pulau Pinang, lahirlah Lembaga Urusan dan Tabung Haji-1997, namanya ditukar kepada Lembaga Tabung

Haji Haji adalah ibadah yang melibatkan kewangan, perjalanan, keselamatan

dan sebagainya.

Ia memerlukan satu organisasi yang mampu mengurus dengan teratur, sistematik dan profesional.

Tabung Haji adalah sebuah badan korporat terbesar yang telah dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk menguruskan segala urusan yang berkaitan dengan haji.

(8)

KEPERLUAN KEPADA PENGURUSAN HAL EHWAL HAJI DI MALAYSIA

Membantu umat Islam menjana kewangan mereka secara halal dan

sistematik.

Meringankan beban pengurusan haji.

Menjamin keselamatan para jemaah haji

Memudahkan kesenangan jemaah haji mendapatkan perkhidmatan semasa menunaikan haji. Mengelakkan jemaah haji dari

ditipu oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

(9)

PERANAN TABUNG HAJI

KELEBIHAN MENUNAIKAN HAJI MELALUI LEMBAGA TABUNG HAJI

1. Dapat melaksanakan haji menerusi pelan kewangan yang lebih terancang

2. Memperoleh perkhidmatan yang lebih cekap dan berkualiti

3. Memperoleh layanan yang lebih mesra dan selesa

4. Mendapat bimbingan daripada pakar rujuk serta kaunselor yang berpengalaman. TABUNG HAJI

Memberi kursus dan latihan kepada bakal-bakal

haji

Menyediakan perkhidmatan tabungan serta menjana kewangan

para pendeposit secara halal

Mengurus dan memberi perkhidmatan kepada

jemaah haji semasa menunaikan haji

Membekalkan peralatan asas pelaksanaan haji seperti buku panduan haji, beg dan

sebagainya

Menyediakan pasport dan visa haji

Menyediakan pengangkutan

Menyediakan khidmat pakar rujuk dalam bidang haji dan umrah

Menyediakan penginapan dan makan minum semasa berada di tanah suci

Menyediakan khidmat kesihatan

Melaksanakan dam dan korban

Menjaga keselamatan para jemaah haji

Membuat urusan dengan pihak kerajaan Arab Saudi

Mengurus dan mendaftar kelahiran serta kematian

(10)

BADAN-BADAN LAIN YANG TERLIBAT DALAM PENGURUSAN JEMAAH HAJI

BADAN/INSTITUSI

PERANAN

Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri-negeri  Mengadakan ceramah khas untuk bakal-bakal haji  Mengedarkan risalah haji kepada bakal-bakal haji

Kementerian Kesihatan Malaysia

 Memeriksa kesihatan bakal-bakal haji  Menghantar pegawai-pegawai dan

petugas-petugas perubatan ke tanah suci.

 Menyediakan hospital dan klinik yang khusus untuk para jemaah haji di tanah suci.

 Menyediakan ubat-ubatan kepada jemaah haji.  Memberi ceramah khas berkaitan dengan

penjagaan kesihatan di tanah suci

Kementerian Penerangan serta stesen-stesen televisyen dan radio awam seta swasta

 Mengadakan program-program di televisyen dan radio yang berkaitan dengan pelaksanaan haji.

Kementerian Pengangkutan, jabatan penerbangan awam dan swasta serta Sistem Penerbangan Malaysia (MAS)

 Menyelenggara perlepasan dan ketibaan jemaah haji.

 Menyediakan perkhidmatan penerbangan pergi dan balik.

Badan-badan swasta yang terdiri dari pakej dan konsortium haji yang diiktiraf oleh Tabung Haji

 Menguruskan segala urusan berkaitan dengan jemaah haji

 Memberi kerjasama dalam menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh jemaah haji

Kedutaan Malaysia di Arab Saudi  Mengeluarkan visa perjalanan kepada jemaah haji

Kedutaan Arab Saudi di Malaysia  Memberi kemudahan tempat penginapan kepada jemaah haji

Kementerian Pendidikan Malaysia  Memberi pendedahan awal kepada umat Islam tentang pelaksanaan haji dan umrah.

(11)

SUMBANGAN LEMBAGA TABUNG HAJI KEPADA PERKEMBANGAN EKONOMI

UMAT ISLAM DI MALAYSIA

melaburkan wang umat Islam dalam bidang-bidang yang memberi manfaat dan

pulangan yang lumayan serta mempergiatkan bidang-bidang tersebut memberi peluang pekerjaan kepada umat Islam meningkatkan budaya menabung dalam kalangan umat Islam untuk membangunkan

ekonomi mereka

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN OLEH

LEMBAGA TABUNG HAJI UNTUK MENANGANI

MASALAH KURANGNYA KEMAMPUAN UNTUK

MEMBIAYAI KOS PELAKSANAAN HAJI

Menyediakan peluang kepada bakal haji

untuk menyimpan wang secara

beransur-ansur dan sistematik.

Memberi peluang kepada penyimpan untuk

menjana wang mereka secara halal serta

memperoleh keuntungan yang maksima.

Menyediakan perkhidmatan pengurusan

haji secara berpatutan tanpa mementingkan

keuntungan semata-mata.

(12)

INFO

AD-DIN

Masalah yang dihadapi tanpa wujudnya pengurusan haji di Malaysia:

1. Sukar mendapat visa

2. Tidak dapat mengadu hal jika menghadapi sebarang masalah

3. Sukar mendapatkan rawatan kesihatan

4. Sukar mendapatkan pengangkutan 5. Sukar mendapatkan

bimbingan

Misi korporat Lembaga Tabung Haji:  Memberi perkhidmatan yang cekap dan cemerlang kepada pelanggan

 Mengamalkan semangat berpasukan yang beramanah dan dan profesional

 Beriktikad memberikan pulangan yang tinggi dan setanding dengan pasaran.  Menggunakan teknologi dan

sistem terkini untuk pengurusan dan perkhidmatan yang berkualiti.

Terdapat 2 buah kompleks haji di Malaysia: Kompleks Kelana Jaya, Selangor (1982) Kompleks Bayan Lepas, P.Pinang (1995) Kompleks tersebut dilengkapi dengan tempat penginapan, kantin, masjid, dan dewan untuk taklimat dan syarahan.

(13)

GAMBAR

Kaabah yang merupakan binaan pertama di dunia untuk menunaikan ibadah

Jamrah al-ula, wustho dan aqabah

(14)

rajah kaabah dengan 4 sudut yang disebut sebagai rukun

tempat-tempat amalan haji

Referensi

Dokumen terkait